· Web viewPeneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP)...

5
SEBUT HARGA/MAMPU/PERKHIDMATAN/6/2018 JADUAL 1 SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PELAKSANAAN PROGRAM PENILAIAN BAKAT DAN KEPIMPINAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKTOR AWAM 1. Latar belakang Ringkas Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer, CIO) Pada masa ini, setiap Kementerian dan Agensi Sektor Awam mempunyai seorang pegawai yang berperanan sebagai Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer, CIO). Berdasarkan fungsi dan tanggungjawab, peranan CIO ini dilaksana oleh pegawai pengurusan atasan atau pegawai kanan ICT di Kementerian dan Agensi. 2. Peranan dan Tanggungjawab CIO Peranan utama CIO di peringkat Sektor Awam adalah seperti yang berikut: i. Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian/Negeri/Agensi dan ISP Sektor Awam; ii. Melaksana dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global; iii. Menyelaras penggalakan pembudayaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam; dan iv. Melaksana dan menyelaras inovasi Kerajaan Elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT. 3. Pemusatan Pengurusan dan Pengoperasian ICT Sektor Awam Selaras dengan lanskap baharu bagi penyampaian perkhidmatan ICT yang mengoptimumkan sumber, sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berpaksikan rakyat serta menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi digital negara. Bagi memantapkan tadbir urus dan struktur pengurusan ICT Sektor Awam, CIO kementerian akan dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) yang bertanggungjawab secara langsung kepada Government CIO (GCIO) di MAMPU dan membantu kementerian dalam tugas-tugas perancangan, perolehan, pelaksanaan dan pemantauan projek ICT selaras dengan hala tuju dan dasar yang ditetapkan oleh MAMPU. Bagi tujuan melantik CIO yang baharu, satu program penilaian akan dilaksanakan bertujuan untuk: i. Mengenalpasti ciri-ciri keperibadian dan bakat individu peserta yang merupakan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Sektor Awam, melalui dimensi behavioral compatibility, potential dan competency; dan ii. Menentukan kaedah/ pendekatan yang bersesuaian bagi 1

Transcript of  · Web viewPeneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP)...

Page 1:  · Web viewPeneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian/Negeri/Agensi

SEBUT HARGA/MAMPU/PERKHIDMATAN/6/2018

JADUAL 1

SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PELAKSANAAN PROGRAM PENILAIAN BAKAT DAN KEPIMPINAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKTOR

AWAM

1. Latar belakang Ringkas Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer, CIO)

Pada masa ini, setiap Kementerian dan Agensi Sektor Awam mempunyai seorang pegawai yang berperanan sebagai Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer, CIO). Berdasarkan fungsi dan tanggungjawab, peranan CIO ini dilaksana oleh pegawai pengurusan atasan atau pegawai kanan ICT di Kementerian dan Agensi.

2. Peranan dan Tanggungjawab CIO

Peranan utama CIO di peringkat Sektor Awam adalah seperti yang berikut:

i. Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian/Negeri/Agensi dan ISP Sektor Awam;

ii. Melaksana dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global;

iii. Menyelaras penggalakan pembudayaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam; dan

iv. Melaksana dan menyelaras inovasi Kerajaan Elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT.

3. Pemusatan Pengurusan dan Pengoperasian ICT Sektor Awam

Selaras dengan lanskap baharu bagi penyampaian perkhidmatan ICT yang mengoptimumkan sumber, sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berpaksikan rakyat serta menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi digital negara.

Bagi memantapkan tadbir urus dan struktur pengurusan ICT Sektor Awam, CIO kementerian akan dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) yang bertanggungjawab secara langsung kepada Government CIO (GCIO) di MAMPU dan membantu kementerian dalam tugas-tugas perancangan, perolehan, pelaksanaan dan pemantauan projek ICT selaras dengan hala tuju dan dasar yang ditetapkan oleh MAMPU.

Bagi tujuan melantik CIO yang baharu, satu program penilaian akan dilaksanakan bertujuan untuk:

i. Mengenalpasti ciri-ciri keperibadian dan bakat individu peserta yang merupakan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Sektor Awam, melalui dimensi behavioral compatibility, potential dan competency; dan

1

Page 2:  · Web viewPeneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian/Negeri/Agensi

SEBUT HARGA/MAMPU/PERKHIDMATAN/6/2018

ii. Menentukan kaedah/ pendekatan yang bersesuaian bagi memantapkan bakat dan kepimpinan yang diperlukan oleh peserta, berdasarkan kepada hasil penilaian profil individu.

Bil. Spesifikasi Perkhidmatan

1 SKOP PELAKSANAANPenyebut harga hendaklah mematuhi skop pelaksanaan seperti berikut:

1.1 Merancang keperluan bagi menganjurkan program penilaian bakat dan kepimpinan.

1.2 Mengurus keperluan yang berkaitan dengan persediaan, pelaksanaan dan pasca pelaksanaan program penilaian.

1.3 Melaksana program penilaian dengan profesional dan sempurna.

1.4 Menyediakan laporan penilaian yang komprehensif untuk setiap peserta.

1.5 Menyediakan dokumentasi yang berkaitan dengan kewangan dan pelaporan program.

2 PROGRAM PENILAIANPenyebut harga hendaklah melaksanakan program penilaian seperti berikut:

2.1 Melaksanakan penilaian bakat dan kepimpinan kepada 55 orang Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam Gred JUSA C/ Khas C dan Gred F54:

i. Penilaian Dalam Talian.ii. Penilaian Secara Bersemuka.

2.2 Tempoh Bagi Pelaksanaan Penilaian

2.2.1 Pelaksanaan perkhidmatan Program Penilaian Bakat dijangka dilaksanakan dalam bulan Mei hingga Julai 2018. Sila nyatakan jadual pelaksanaan yang terperinci dan lengkap dalam LAMPIRAN T4.

2.2.2 Penilaian Dalam Talian:

i. Penilaian dalam talian perlu dilaksana sebelum penilaian secara bersemuka dilaksanakan.ii. Penilaian ini perlu dibuka oleh syarikat kepada peserta dalam tempoh satu (1) minggu.iii. Peserta perlu menyelesaikan penilaian secara individu dalam masa dua (2) jam atau kurang.

2.2.3 Penilaian Secara Bersemuka:

i. Penilaian secara bersemuka dilaksanakan dalam tempoh satu (1) minggu

2

Page 3:  · Web viewPeneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian/Negeri/Agensi

SEBUT HARGA/MAMPU/PERKHIDMATAN/6/2018

Bil. Spesifikasi Perkhidmatan

selepas penilaian secara online selesai.

ii.Penilaian secara bersemuka dilaksanakan dalam dua (2) siri melibatkan:

a) Siri Pertama : 28 orang peserta

b) Siri Kedua : 27 orang peserta

iii. Tempoh bagi setiap siri adalah satu (1) hingga dua (2) hari.

iv. Kedua-dua siri hendaklah dilaksanakan dalam tempoh satu (1) minggu.

2.3 Kandungan/ Struktur Penilaian Dalam Talian

2.3.1 Penyebut harga perlu menyatakan kandungan bagi penilaian dalam talian seperti format dalam LAMPIRAN T5a.

2.4 Jadual Penilaian Secara Bersemuka

2.4.1 Waktu adalah bermula pada 8.30 pagi hingga 6.00 petang termasuk rehat. Penyebut harga perlu mencadangkan pengisian slot masa seperti format dalam LAMPIRAN T5b.

2.5 Lokasi Penilaian Secara Bersemuka

2.5.1 Lokasi: Penilaian akan dilaksanakan di Institut Latihan Awam (ILA) atau premis milik Kementerian dan Agensi Kerajaan yang terletak disekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

Urusan tempahan tempat akan dilaksanakan oleh pihak MAMPU. Urusan menyediakan logistik seperti peralatan ICT, susun atur dewan dan lain-lain hendaklah dilaksanakan oleh Penyebut harga.

2.6 Pendaftaran

2.6.1 Penilaian dalam talian: menguruskan pelawaan/ undangan dan pendaftaran peserta bagi penilaian dalam talian perlu dilakukan oleh Penyebut harga.

2.6.2 Penilaian secara bersemuka: menguruskan pelawaan/ undangan dan pendaftaran peserta untuk menghadiri sesi penilaian.

2.7 Logistik dan Peralatan

2.7.1 Penyediaan audio visual dan bantuan mengajar serta alat tulis berkaitan yang bersesuaian dengan keperluan penilaian secara bersemuka.

2.7.2 Penyebut harga perlu menanggung kos, sekiranya caj peralatan dikenakan oleh pihak ILA. Kos peralatan ini perlu diambilkira dalam tawaran oleh

3

Page 4:  · Web viewPeneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian/Negeri/Agensi

SEBUT HARGA/MAMPU/PERKHIDMATAN/6/2018

Bil. Spesifikasi Perkhidmatan

Penyebut harga.

2.7.3 Kit Program: Menyediakan kit program termasuk alat tulis seperti fail, buku nota, pen dan lain-lain peralatan kepada setiap peserta mengikut keperluan aktiviti.

2.8 Makan/minum

2.8.1 Menyediakan keperluan makan minum bagi penilaian secara bersemuka. Makan minum termasuk bagi peserta, tenaga kerja syarikat dan 5 orang urus setia (Kerajaan). (Rujuk LAMPIRAN T6)

3 KHIDMAT PROFESIONAL PENILAIANPenyebut harga hendaklah memberi khidmat profesional penilaian seperti berikut:

3.1 Profil Jawatan CIO Sektor Awam:

3.1.1 Cadangan profil unggul CIO berdasarkan kepada peranan, ciri dan kompetensi CIO Sektor Awam semasa yang digariskan dalam LAMPIRAN T7. Cadangan juga perlu mengambil kira faktor global seperti Revolusi Perindustrian 4.0 dan era digital.

3.1.2 Penyebut harga perlu mencadangkan profil unggul calon CIO Sektor Awam melalui format seperti dalam LAMPIRAN T8.

3.2 Pendekatan Penilaian

3.2.1 Pendekatan Penilaian Dalam Talian Penyebut harga hendaklah menerangkan dengan jelas pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan penilaian merangkumi perkara berikut:

i. Jenis/ produk/ perkhidmatan penilaian bakat dalam talianii. Menentukan compatibility individu dengan jawatan.iii. Menentukan ability individu.

Penerangan bagi pendekatan ini hendaklah dinyatakan dalam Lampiran T9 Perkara 1.

3.2.2 Pendekatan Penilaian Secara BersemukaPenyebut harga hendaklah menerangkan dengan jelas pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan penilaian merangkumi perkara berikut:

i. Menentukan compatibility individu dengan jawatan.ii. Menentukan ability individu.iii. Menentukan tahap pengetahuan bisnes dan kompetensi individu

Penerangan bagi pendekatan ini hendaklah dinyatakan dalam Lampiran

4

Page 5:  · Web viewPeneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian/Negeri/Agensi

SEBUT HARGA/MAMPU/PERKHIDMATAN/6/2018

Bil. Spesifikasi Perkhidmatan

T9 Perkara 2.

3.3 Laporan

3.3.1 Laporan penilaian dalam talian perlu disiapkan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh penilaian selesai. Sila berikan contoh laporan di LAMPIRAN T10 Perkara 1.

3.3.2 Laporan penilaian secara bersemuka perlu disiapkan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh penilaian selesai. Sila berikan contoh laporan di LAMPIRAN T10 Perkara 2.

3.3.3 Laporan akhir penilaian yang mengandungi hasil penilaian individu dan rumusan keseluruhan perlu disiapkan dalam tempoh 7 hari selepas tarikh selesai penilaian secara bersemuka. Sila berikan contoh laporan di LAMPIRAN T10 Perkara 3.

3.4 Lain-lain Tanggungjawab Penyebut harga

3.4.1 Mengambil kedatangan peserta semasa penilaian.

3.4.2 Menyedia, mengedar dan mendapatkan borang maklum balas program daripada semua peserta selepas tamat program.

3.4.3 Menyediakan laporan pelaksanaan program dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris berserta gambar ketika program berjalan dalam tempoh 14 hari selepas tamat program. Sila berikan contoh laporan di LAMPIRAN T10 Perkara 4.

4 TENAGA KERJA PENYEBUT HARGAPenyebut harga hendaklah memberi khidmat seperti berikut:

4.1 Tenaga Kerja Penilaian

4.1.1 Menyediakan tenaga pengajar profesional, bersesuaian dan berpengalaman dalam melaksanakan penilaian terhadap peserta program, terutamanya semasa penilaian secara bersemuka.

Sila nyatakan senarai tenaga kerja yang terlibat dalam penilaian dalam talian dan penilaian secara bersemuka seperti format dalam LAMPIRAN T3.

5