· Web viewPROGRAM SAINS PEMBANGUNAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UKM, BANGI SKAD...

3
PROGRAM SAINS PEMBANGUNAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UKM, BANGI SKAD 1273: RERUANG DAN PEMBANGUNAN PROJEK KURSUS SEMESTER 1, SESI 2016-2017 ___________________________________________________________________________ _______________ Tajuk : Peripentingnya faktor reruang dan hubungannya dengan keusahawanan Pengenalan Ilmu tentang reruang dan geografi membolehkan kita memahami perkara yang kita lakukan dalam kehidupan harian (everyday life). Dalam masa yang sama tindakan kehidupan harian mempengaruhi persekitaran dan reruang. Penekanan ini meletakkan aktiviti harian dalam konteks yang lebih luas yakni reruang. Dengan hal yang demikin kehidupan harian geografi maupun reruang mempertingkatkan kesedaran kehidupan personal dan aktiviti serta konteks sosio-reruang ( socio-spatial ) dari skala kejiranan sehingga ke skala global. Aktiviti keusahawanan dipengaruhi kuat oleh konteks di mana ianya berlaku. Oleh yang demikian adalah wajar dan imperatif dalam memahami bagaimana konteks yang berbeza memungkinkan usahawan mencipta peluang perniagaan. Dalam projek ini, kita memfokuskan kepada konteks reruang usahawan sama ada ruang bandar maupun luar bandar dan meneroka bagaimana konteks reruang tersebut memberi impak kepada aktiviti keusahawanan khususnya dalam mencipta peluang perniagaan. Projek kursus ini ingin meneliti bagaimana reruang dan geografi kehidupan harian berkait rapat dengan tindakan manusia dalam memulakan perniagaan dan dalam strategi yang digunakan dalam memastikan kelangsungan dan sukses perniagaan? Beberapa persoalan yang berkait dengan reruang dan keusahawanan adalah sepert berikut: 1. Bagaimana mereka (yakni usahawan) memikirkan konteks keusahawanan? Apakah kedudukan konteks reruang dan geografi dalam pemikiran mereka? 2. Apakah faktor reruang dan geografi yang dipertimbangkan oleh mereka dalam mendorong ke arah keusahawanan?

Transcript of · Web viewPROGRAM SAINS PEMBANGUNAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UKM, BANGI SKAD...

Page 1: · Web viewPROGRAM SAINS PEMBANGUNAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UKM, BANGI SKAD 1273: RERUANG DAN PEMBANGUNAN PROJEK KURSUS SEMESTER 1, SESI 2016-2017

PROGRAM SAINS PEMBANGUNANFAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN,

UKM, BANGI

SKAD 1273: RERUANG DAN PEMBANGUNAN

PROJEK KURSUS SEMESTER 1, SESI 2016-2017 __________________________________________________________________________________________

Tajuk : Peripentingnya faktor reruang dan hubungannya dengan keusahawanan

Pengenalan

Ilmu tentang reruang dan geografi membolehkan kita memahami perkara yang kita lakukan dalam kehidupan harian (everyday life). Dalam masa yang sama tindakan kehidupan harian mempengaruhi persekitaran dan reruang. Penekanan ini meletakkan aktiviti harian dalam konteks yang lebih luas yakni reruang. Dengan hal yang demikin kehidupan harian geografi maupun reruang mempertingkatkan kesedaran kehidupan personal dan aktiviti serta konteks sosio-reruang (socio-spatial) dari skala kejiranan sehingga ke skala global.

Aktiviti keusahawanan dipengaruhi kuat oleh konteks di mana ianya berlaku. Oleh yang demikian adalah wajar dan imperatif dalam memahami bagaimana konteks yang berbeza memungkinkan usahawan mencipta peluang perniagaan. Dalam projek ini, kita memfokuskan kepada konteks reruang usahawan sama ada ruang bandar maupun luar bandar dan meneroka bagaimana konteks reruang tersebut memberi impak kepada aktiviti keusahawanan khususnya dalam mencipta peluang perniagaan. Projek kursus ini ingin meneliti bagaimana reruang dan geografi kehidupan harian berkait rapat dengan tindakan manusia dalam memulakan perniagaan dan dalam strategi yang digunakan dalam memastikan kelangsungan dan sukses perniagaan?

Beberapa persoalan yang berkait dengan reruang dan keusahawanan adalah sepert berikut:1. Bagaimana mereka (yakni usahawan) memikirkan konteks keusahawanan? Apakah

kedudukan konteks reruang dan geografi dalam pemikiran mereka?2. Apakah faktor reruang dan geografi yang dipertimbangkan oleh mereka dalam mendorong

ke arah keusahawanan?3. Bagaimana mereka melihat pembuatan keputusan terhadap reruang (misalnya lokasi,

tempat, ruang/wilayah dan lain-lain)?4. Apakah fahaman dan makna kedalaman (insights) yang boleh diperolehi mengenai

keusahawanan dengan meneliti hubungan antara keusahawanan dan reruang (misalnya tempat)?

5. Sejauhmana usahawanan mempunyai ilmu yang mendalam dan pertimbangan tentang tempat lokal serta mempunyai jaringan bukan-lokal yang terbina secara strategik? Lazimnya usahawan akan cuba menghabiskan asas sumber lokal sebelum menggunakan/mencari sumber bukan-lokal atau luaran.

Page 2: · Web viewPROGRAM SAINS PEMBANGUNAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UKM, BANGI SKAD 1273: RERUANG DAN PEMBANGUNAN PROJEK KURSUS SEMESTER 1, SESI 2016-2017

Objektif kajian

1. Meneliti peranan faktor reruang dan geografi kehidupan harian yang berkait dengan tindakan usahawan dalam memulakan perniagaan

2. Menghuraikan pertimbangan faktor reruang dan geografi kehidupan harian dalam strategi yang digunakan bagi memastikan kelangsungan dan sukses perniagaan

Metod kajian

Rekabentuk kajian ini menggunakan paradigma interpretif (pentafsiran) dengan menggunakan kaedah temubual separa-struktur (semi-structured interview). Setiap kumpulan dikehendaki menemubual 8 usahawan dalam sektor terpilih di kawasan terpilih. Hal ini bagi memastikan konteks ruang dan sektor perniagaan terfokus. Kaedah analisis kandungan constant-comparative method digunakan untuk menganalisis data.

Output

Pelajar dikehendaki membuat satu projek berkumpulan (setiap kumpulan 4 ahli) mengenai tajuk yang telah ditentukan seperti di atas. Kertas projek ini hendaklah menggunakan gaya UKM terkini (2015/2016)ditaip langkah 1.5, sepanjang 16-20 halaman, tidak termasuk ilustrasi dan lampiran. Format penulisan laporan projek harus mengandungi komponen2 berikut: Pengenalan, Kajian lepas dan kerangka kajian, Metod kajian, Hasil kajian, Kesimpulan, dan Rujukan. Semua transkrip temubual hendaklah di letakkan dalam bahagian lampiran. Pembentangan hasil akan diambilkira dalam penilaian projek. Kertas projek ini hendaklah diserahkan ke Pejabat Am, PPSPP (Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Blok C, Bangunan FSSK) sebelum atau pada jam 4.45 ptg hari Jumaat, minggu ke-14. Kertas esei yang tidak dihantar ke Pejabat AM, PPSPP, tidak akan dilayan. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan pembahagian tugas ahli kumpulan