csnotes.upm.edu.mycsnotes.upm.edu.my/kelasmaya/projek.nsf... · Web viewSoalan kajian dan hipotesis...

3
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PANDUAN PENULISAN KERTAS CADANGAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR Pelajar perlu menyediakan Kertas Cadangan Projek/Proposal dalam semester sebelum pelajar melaksanakan Projek Ilmiah Tahun Akhir. Kertas cadangan projek seharusnya mengandungi maklumat ringkas berkaitan projek yang ingin dilaksanakan. Ianya mesti bersifat: Formal Objektif Berdasarkan sesuatu kajian, pemerhatian, renungan dll Disokong oleh fakta, perangkaan, grafik dll mengikut keperluan Ditulis dalam gaya yang jelas dan padat Memberikan maklumat, hujah, gambaran jawapan, syor, cadangan/perakuan Kertas cadangan projek/proposal mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) muka surat (halaman) Halaman judul mengandungi: Judul lengkap Nama pelajar Nama penyelia Jabatan Tarikh dikemukakan Halaman kandungan mengandungi: Setiap tajuk/bab Subtajuk/subbab Muka surat Senarai grafik/rajah/jadual (mengikut keperluan) Bab Pengenalan (Introduction): Menjelaskan, Apa topiknya Mengapa dibincangkan Latar belakang Isu dan masalah matlamat/tujuan/objektif Skop kajian Soalan kajian dan hipotesis Mengapakah ia berlaku? Mengapakah langkah-langkah yang diambil itu tidak berkesan?

Transcript of csnotes.upm.edu.mycsnotes.upm.edu.my/kelasmaya/projek.nsf... · Web viewSoalan kajian dan hipotesis...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

PANDUAN PENULISAN KERTAS CADANGAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR

Pelajar perlu menyediakan Kertas Cadangan Projek/Proposal dalam semester sebelum pelajar melaksanakan Projek Ilmiah Tahun Akhir. Kertas cadangan projek seharusnya mengandungi maklumat ringkas berkaitan projek yang ingin dilaksanakan.

Ianya mesti bersifat: Formal Objektif Berdasarkan sesuatu kajian, pemerhatian, renungan dll Disokong oleh fakta, perangkaan, grafik dll mengikut keperluan Ditulis dalam gaya yang jelas dan padat Memberikan maklumat, hujah, gambaran jawapan, syor, cadangan/perakuan

Kertas cadangan projek/proposal mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) muka surat (halaman)

Halaman judul mengandungi: Judul lengkap Nama pelajar Nama penyelia Jabatan Tarikh dikemukakan

Halaman kandungan mengandungi: Setiap tajuk/bab Subtajuk/subbab Muka surat

Senarai grafik/rajah/jadual (mengikut keperluan)

Bab Pengenalan (Introduction): Menjelaskan,

Apa topiknya Mengapa dibincangkan Latar belakang Isu dan masalah matlamat/tujuan/objektif Skop kajian Soalan kajian dan hipotesis

Mengapakah ia berlaku? Mengapakah langkah-langkah yang diambil itu tidak berkesan?

Bab Kajian Literatur / Sorotan Kajian (Literature Review)Pelajar seharusnya mengadakan pegangan/pandangan terlebih dahulu kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakan orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan pelajar, jangan membaca apa pandangan orang lain kemudian baru hendak membentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan pandangan orang lain.

Bab ini hendaklah meliputi penyelidikan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk projek yang boleh menguatkan kepentingan pembangunan projek pelajar. Pelajar hendaklah membuat tinjauan bacaan ke atas sekurang-kurangnya 3 bahan/sumber/contoh/dsb.

Bab Metodologi (Methodology):Metodologi atau pendekatan kajian merupakan sebahagian daripada laporan yang menerangkan reka bentuk atau kaedah pembangunan projek yang akan dijalankan. Metodologi yang digunakan sama

ada secara kuantitatif ataupun kualitatif (cadangan sahaja). Ianya merupakan kaedah untuk mendapatkan data daripada golongan sampelan kita, pelajar seharusnya pilih satu kaedah sahaja supaya tidak membebankan pelajar apabila menganalisis data nanti,

Bab ini mengandungi fasa-fasa yang terlibat dalam pembangunan projek seperti

i. diberi/dinyatakan secara terperinci dengan memberi langkah-langkah satu persatu dan juga secara kronologi (procedure of the research)

ii. perancangan (planning)iii. analsis (analysis)iv. reka bentuk (design)v. implementasi (implementation)vi. pengujian (testing)vii. proses persampelan – memberi kriteria pemilihan (subject of the research)viii. bahan-bahan yang digunakan dalam kajian (materials of the research)ix. melibatkan kajian perlakuan (e.g. soalan temu duga, kertas ujian, dll.) ( instrument of

the research)x. Skedul pembangunan projek (project development schedule)

Bab Jangkaan Keputusan (Expected Result)Pelajar hanya membuat satu andaian hasil yang akan diperolehi sekiranya pelajar mengikut apa yang telah ditulis dalam bab-bab sebelum ini dan dapat menjangka apakah sumbangan kajiannya itu kepada jabatannya, organisasinya, dan negara

Bab Kesimpulan (Conclusion) Rumusan/Kesimpulan Mengulang penyataan tujuan/objektif Syor Cadangan

Rujukan (Reference) Bibliograf Rujukan

Lampiran (Appendix)

Penulisan cadangan projek/proposal boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris atau pun Bahasa Melayu, tetapi hendaklah menggunakan gaya bahasa yang betul dan tiada kesilapan ejaan.