· Web viewYear / Tahun 11 Tauhid Tawakkal PENGERTIAN Ertinya ialah menyerahkan diri kepada...

3
Year / Tahun 11 Tauhid Tawakkal Ertinya ialah menyerahkan diri kepada Allah S.W.T dengan penuh keyakinan dalam semua perkara setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Seorang pelajar belajar bersungguh-sungguh dan tekun belajar serta mengulangkaji pelajarannya dengan cara yang sewajarnya. Dia kemudiannya berserah kepada Allah S.W.T untuk menentukan kejayaannya. Tawakal adalah sangat dituntut ke atas setiap umat Islam apabila melakukan sesuatu perkara. Tawakal yang sebenarnya ialah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekerjaan, kemudian barulah berserah dengan penuh keyakinan kepada Alah untuk menentukan hasilnya. Tawakal bukanlah bererti menyerah membabi buta kepada Allah S.W.T tanpa sebarang usaha. Orang-orang yang bertawakal dengan sebenar-benarnya pasti akan beroleh kejayaan dalam segala bidang pekerjaannya. PENGERTIAN CONTOH KONSEP TAWAKAL 1

Transcript of · Web viewYear / Tahun 11 Tauhid Tawakkal PENGERTIAN Ertinya ialah menyerahkan diri kepada...

Year / Tahun 11Tauhid

Tawakkal

Ertinya ialah menyerahkan diri kepada Allah S.W.T dengan penuh keyakinan dalam semua perkara setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Seorang pelajar belajar bersungguh-sungguh dan tekun belajar serta mengulangkaji pelajarannya dengan cara yang sewajarnya. Dia kemudiannya berserah kepada Allah S.W.T untuk menentukan kejayaannya.

Tawakal adalah sangat dituntut ke atas setiap umat Islam apabila melakukan sesuatu perkara.Tawakal yang sebenarnya ialah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekerjaan, kemudian barulah berserah dengan penuh keyakinan kepada Alah untuk menentukan hasilnya.Tawakal bukanlah bererti menyerah membabi buta kepada Allah S.W.T tanpa sebarang usaha.Orang-orang yang bertawakal dengan sebenar-benarnya pasti akan beroleh kejayaan dalam segala bidang pekerjaannya.

Tawakal mempunyai hubungan dan kaitan yang rapat dengan qada dan qadar.

PENGERTIAN

CONTOH

KONSEP TAWAKAL

HUBUNGAN TAWAKAL DENGAN QADA DAN QADAR

1

Setelah seseorang berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh maka hendaklah dia berserah kepada Allah S.W.T untuk menentukan nasibnya.Pada peringkat inilah akan berlakunya qada dan qadar Allah S.W.T iaitu terlaksananya perancangan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas makhluknya.Orang yang bertawakal akan berasa yakin bahawa sesuatu yang diberikan kepada mereka setelah berusaha mengikut ketetapan Allah S.W.T sejak azali lagi

Seorang petani berkerja disawah. Setelah bekerja dengan penuh gigih, menanam, membajak serta menjaga dari serangan penyakit serta serangga. Kemudian bertawakal kepada Allah S.W.T yakni berserah diri kepada Allah S,W.T untuk hasilnya. Setelah memperolehi hasilnya, maka ketika itu ia yakin bahawa itu adalah ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T iaitu qada dan qadar.

Orang yang bertawakal tidak mudah putus asa.Untuk menimbulkan sifat suka dan rajin berkerja kerana yakin kepada Allah S.W.T.Untuk membersihkan jiwa dan meneguhkan keimanan kepad Allah.Menimbulkan ketenangan, kesabaran dan ketenteraman jiwa dalam menghadapi sebarang masalah dan kesusahanMelahirkan sifat berani dalam menempuh sebarang ujian daripada allah S.W.T

Misalnya

HIKMAT TAWAKAL DAN TUJUAN BERTAWAKAL

2