VOKAL 2 (Fonasi)

11
TEKNIK VOKAL: FONASI Bagi menghasilkan satu nyanyian baik, penggunaan teknik-teknik vokal dengan betul menjadi faktor utama dan terpenting. Terdapat lebih dari 5 teknik yang penting di mana bermula dengan pernafasan, postur badan, fonasi, projek suara, sebutan, register suara dan beberapa teknik yang lain. Selain pernafasan dan juga postur, teknik fonasi merupakan salah satu teknik terpenting bagi mendapatkan kualiti suara yang baik. Menurut sumber laman sesawang iaitu nukilan Paul Mason di laman “Voice Training”, fonasi adalah satu penghasilan suara kesan getaran yang terhasil daripada peti suara dan juga aliran udara. Untuk lebih jelas lagi saya telah membaca satu artikel di laman sesawang Wikipedia di bawah tajuk “Vocal Pedagogy” menyatakan fonasi adalah pembunyian yang berlaku di kotak suara yang bergetar seakan-akan berkala. Selain itu di dalam kata lain, proses menyuarakan yang menggunakan pembunyian yang panjang di mana ia berlaku di bahagian larynx yang mengubah aliran udara. Proses ini secara fisiologinya di panggil supra-glottal. Gambar Peti Suara

description

PISMP sem 3

Transcript of VOKAL 2 (Fonasi)

Page 1: VOKAL 2 (Fonasi)

TEKNIK VOKAL: FONASI

Bagi menghasilkan satu nyanyian baik, penggunaan teknik-teknik vokal

dengan betul menjadi faktor utama dan terpenting. Terdapat lebih dari 5 teknik yang

penting di mana bermula dengan pernafasan, postur badan, fonasi, projek suara,

sebutan, register suara dan beberapa teknik yang lain.

Selain pernafasan dan juga postur, teknik fonasi merupakan salah satu teknik

terpenting bagi mendapatkan kualiti suara yang baik. Menurut sumber laman

sesawang iaitu nukilan Paul Mason di laman “Voice Training”, fonasi adalah satu

penghasilan suara kesan getaran yang terhasil daripada peti suara dan juga aliran

udara. Untuk lebih jelas lagi saya telah membaca satu artikel di laman sesawang

Wikipedia di bawah tajuk “Vocal Pedagogy” menyatakan fonasi adalah pembunyian

yang berlaku di kotak suara yang bergetar seakan-akan berkala. Selain itu di dalam

kata lain, proses menyuarakan yang menggunakan pembunyian yang panjang di

mana ia berlaku di bahagian larynx yang mengubah aliran udara. Proses ini secara

fisiologinya di panggil supra-glottal.

Gambar Peti Suara

Page 2: VOKAL 2 (Fonasi)

Bagi mewujudkan hasil suara yang baik, penyelarasan nafas pengawalan peti

suara adalah penting bagi melancarkan aliran udara di bahagian peti suara atau

kawasan lipatan vokal. Perkara ini penting bagi menghasilkan suara atau kualiti

bunyi yang bersih dan jelas. Melihat kepada cadangan Meribeth 2005, beliau

mencadangkan supaya melakukan aktiviti nyanyian dengan dua keadaan yang

berbeza bagi membandingbezakan hasil yang diperolehi. Keadaan yang pertama,

menggunakan satu frasa lagu dengan menyanyikan menggunakan teknik fonasi

yang lemah dan rakamkan. Keadaan yang kedua, menggunakan frasa lagu yang

sama dan menggunakan teknik fonasi dengan baik dan rakamkan. Kemudian

bandingkan kedua rakaman tersebut bagi mencari perbezaan kualiti suara.

Terdapat beberapa jenis latihan bagi mendapatkan hasil yang baik dari teknik

fonasi ini. Berikut adalah jenis latihan fonasi yang boleh dipraktikkan bagi

menghasilkan kualiti suara yang baik. Saya juga telah mengambil contoh latihan

fonasi dari buku ‘Basics of Singing’ karya ‘Jan Schmidt’ dan ‘Heidi Counsell Schmidt’

dan seperti yang tertera di bawah:

1. Membuat aktiviti menguap sambil membuka rongga suara. Di awal aktiviti,

mulakan dengan pic yang tinggi kemudian diluncurkan ke pic yang rendah.

Semasa menguap gunakan bunyi vokal ah atau oh. Contoh notasi:

Kemudian latihan tersebut diteruskan kepada pergerakan yang lebih sukar

iaitu meluncurkan pic tersebut ke atas dan ke bawah. Contoh notasi:

Page 3: VOKAL 2 (Fonasi)

2. Membuat aktiviti dengan mengeluarkan suara iaitu lebih kepada bentuk

nyanyian dengan mengawal pernafasan di sekitar hidung ke dalam pic yang

mempunyai not yang tinggi dan yang rendah. Contoh notasi:

Selain itu juga, latihan fonasi boleh dilakukan secara muzikal tetapi menggunakan

aktiviti berkaitan dengan pergerakan dan bunyi-bunyian alam sekeliling. Antara

contoh aktiviti tersebut ialah:

1. Animal Farm

a. The Donkey

i. Haiwan apa yang mempunyai dua suara? (suara atas/tinggi dan

suara bawah/rendah) Jawapannya adalah keldai

ii. Kanak-kanak disuruh mengimitasikan bunyi keldai (hee-haw)

iii. Pastikan sebutan kedengaran dengar jelas

b. The Horse

i. Kuda juga menggunakan gabungan dua jenis suara (rendah dan

tinggi

ii. Kanak-kanak diajar membuat bunyi kuda (hyeee)

Page 4: VOKAL 2 (Fonasi)

iii. Imitasi bunyi ini memerlukan sokongan yang kuat pada

abdomen

2. WOOFERS AND TWEETERS

a. Little Dog

i. Kanak-kanak diajar mengimitasi bunyi seekor anjing (yip-yip)

ii. Pastikan suara mereka ringan dan tinggi

b. Dog Fight

i. Kanak-kanak secara berpasangan disuruh membunyikan suara

anjing bergaduh sesame sendiri

ii. Seorang menggunakan bunyi woof manakala seorang lagi

menggunakan bunyi yip, yip

iii. Latihan ini menggunakan sokongan abdomen

c. Tweeters

i. Kanak-kanak disuruh mengimitasi suara burung

1. Burung kakak tua yang sedang bercakap ”Polly want a

cracker!”

2. Gagak “ca-ca”

3. Cuckoo “koo-koo-koo”

Segala contoh latihan di atas adalah siri latihan yang membawa

kepada penghasilan mutu nyanyian yang baik. Ini kerana teknik fonasi sangat

penting proses nyanyian berlaku. Oleh itu jenis-jenis latihan tersebut boleh

diubah mengikut kesesuaian penyanyi atau pelajar vokal.

Page 5: VOKAL 2 (Fonasi)

TEKNIK VOKAL: REGISTER

Teknik vokal register adalah salah satu teknik terpenting di dalam nyanyian.

Teknik melatih kita untuk mengawal kedudukan atau register suara dan

menggunakan teknik tersebut dengan betul. Teknik register terhasil di dalam di kotak

suara manusia dengan bentuk getaran yang tertentu. Getaran tersebut bergantung

kepada julat yang tertentu kerana ia akan menghasilkan pic yang tertentu. Register

suara terdapat tiga bahagian iaitu, register atas, tengah dan bawah dan melibatkan

dua resonans iaitu resonans suara dada dan suara kepala.

Ahli-ahli patologi menyatakan bahawa kotak suara manusia mampu

menghasilkan empat getaran yang berbeza iaitu kenali sebagai “modal”, “fry vocal”,

“falsetto” dan “whitsle”. Tetapi kebanyakkan cendiakawan mengistilahkan

kemampuan ini kepada nama “suara dada” dan “suara kepala” dan “falsetto”.

Pengunaan istilah ini lebih mudah difahami kerana wujud kekeliruan dalam

pemahaman register suara di mana mereka salah meletakkan nama pada suatu

kedudukan register suara.

Bentuk otot yang terlibat ketika “suara dada”

Penggunaan istilah “suara dada”, “suara kepala” dan “falsetto” adalah yang

paling meluas di kalangan penggiat muzik amnya dan penyanyi khasnya. “Suara

dada” di kenali sekitar abad ke-13 setelah suara ini dibezakan dari suara tekak dan

suara kepala. “Suara dada” terhasil dari getaran resonans di bahagian rongga dada

di mana penggunaannya adalah amat terhad iaitu hanya digunakan di bahagian pic

yang rendah dan suara biasa (suara percakapan). Semasa penggunaan teknik

“suara dada”, bahagian kotak suara akan mengesan getaran yang berkala pada

Page 6: VOKAL 2 (Fonasi)

rawan yang berhubung dengan pangkal tekak. Penyanyi akan diberi gambaran

bahawa berlaku satu getaran di bahagian muka dan torasik atau dada.

“Suara kepala” juga telah dikenali pada abad ke-13 seperti yang dinyatakan

oleh Johannes de Garlandia dan Jerome of Moravia. Penggunaan teknik adalah

sesuai ketika menyanyikan pic yang tinggi. Menurut Clippinger, titik permulaan

pertukaran register suara bagi lelaki dan perempuan bermula dari huruf Eb atau E di

atas middle C. Kelebihan penggunaan teknik adalah memudahkan seseorang

penyanyi itu menyanyikan pic yang tinggi dengan selesa. Ini kerana “suara kepala”

mempunyai renj yang besar berbanding “suara dada”.

Selain menggunakan teknik “suara kepala”, terdapat satu lagi teknik yang

digunakan ketika hendak menyanyikan lagu yang mempunyai pic yang tinggi. Teknik

ini dipanggil dengan nama “suara falsetto” atau “suara palsu”. Ia adalah suara yang

berada di atas renj suara sebenar dalam lingkuang renj satu oktaf. Kebiasaannya

pengguna teknik ini akan menghasilkan suara yang “breathy” di mana jumlah

penggunaan udara adalah lebih banyak. Oleh itu, pengawalan pernafasan sangat

penting bagi menghasilkan mutu suara yang baik.

Page 7: VOKAL 2 (Fonasi)

APLIKASI DI DALAM AKTIVITI MUZIK SEKOLAH RENDAH

Aktiviti nyanyian merupakan salah satu aktiviti wajib ketika di alam

persekolahan. Ini kerana, aktiviti ini mampu membina keyakinan, kemahiran sosial

serta mengembangkan potensi diri atau bakat yang terselit. Walaubagaimanapun

nyanyian hanyalah nyanyian semata-mata kerana guru sering melupakan untu

menerapkan cara pengunaan teknik vokal dengan betul terutama kepada dua teknik

ini iaitu, teknik fonasi dan teknik register suara.

Kedua-dua teknik tersebut merupakan teknik utama kerana nyanyian adalah

satu aktiviti melibatkan penggunaan kotak suara. Oleh itu dengan melatih kedua

teknik ini di peringkat sekolah rendah meningkatkan kemahiran bernyanyi dengan

baik setelah mereka menuju ke alam dewasa. Sebagai contoh teknik register suara

adalah satu teknik terpenting di dalam vokal. Kanak-kanak peringkat sekolah hanya

akan menyanyi pic-pic yang tinggi dengan sesuka hati mereka, dan tanpa mereka

sedar menggunakan teknik register dengan salah akan mengakibatkan kerosakan

pada pada kotak suara mereka. Oleh itu guru harus menyatakan perbezaan antara

“suara dada” dan “suara kepala” kerana ia dapat membantu seperti kanak-kanak

lelaki apabila menghadapi perubahan suara (pecah). Guru harus menyediakan

pelajar dengan kemahiran teknik register suara ketika kanak berumur 8-11 tahun.

Jika perkara ini gagal dilaksanakan, peti suara kanak-kanak akan rosak dan

menyukarkan mereka untuk bernyanyi dengan baik setelah suara kanak-kanak lelaki

ini pecah.

Selain itu, pengajaran teknik haruslah berperingkat dan masih lagi

berpandukan renj umum kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mampu serap

sepenuhnya teknik yang di ajar kepada mereka oleh itu pendekatan yang berbeza

perlu digunakan. Sekurang-kurangnya murid memahami teknik yang mereka pelajari

walaupun mereka masih belum menguasai sesuatu teknik tersebut. Ini perlu kerana

setiap kanak-kanak mempunyai kadar pemahaman mereka sendiri, sebagai contoh

kanak-kanak berumur 7-8 tahun. Mereka mempunyai karakter imitasi yang tinggi.

Maka guru boleh menggunakan teknik imitasi melodi, ritma ketika sesi pengajaran

kerana teknik ini membuat mereka rasa lebih seronok dan perasaan ingin tahu

adalah tinggi. Ini kerana murid yang berada pada tahap ini mempunyai kelebihan pic

yang tepat, iaitu kebanyakan pelajar mampu meniru pic dengan tepat.

Page 8: VOKAL 2 (Fonasi)

Sebelum melanjutkan siri latihan vokal kepada teknik register suara, lebih

mudah jika latihan tersebut dimulakan dengan pengajaran teknik fonasi. Teknik

fonasi akan menerangkan kepada murid bagaimana untuk menghasilkan kualiti

suara yang baik secara tidak langsung ia akan menyentuh sekali kepada teknik

resonansi (projection) dan juga teknik register.

Page 9: VOKAL 2 (Fonasi)

REFLEKSI

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun proses

penapisan bahan untuk tugasan anatara tugasan yang sukar. Berdasarkan tugasan

ini saya dapati pencarian bahan tugasan ini adalah mudah dicari tapi penggunaan

pelabagai istilah seperti fonasi. Ini kerana ada sesetengah buku menyatakan fonasi

itu adalah penghasilan ton, vokalises dan beberapa istilah yang lain. Ini

menyebabkan saya mengalami kekeliruan semasa pencarian bahan bagi

penerangan berkenaan fonasi. Selain itu, tajuk fonasi adalah lebih bersifat umum, ini

kerana semasa pencarian saya menggunakan laman sesawang, yang saya dapati

maklumat yang diberikan lebih kepada bentuk pedagogi bahasa. Ini agak

menyukarkan saya untuk menapis maklumat berkenaan kepada yang lebih

berbentuk muzikal.

Selain itu, berdasarkan buku yang dijadikan bahan rujukan, saya dapati

terdapat perbezaan maklumat yang ketara dan kebanyakannya sukar difahami

kerana penggunaan bahasa akademik yang agak tinggi. Ini menyebabkan sayaa

mengambil masa yang agak lama bagi menganalisis maklumat yang cuba

disampaikan . Selain itu juga, kebanyakan bahan muzik terutama vokal, masih lagi di

dalam bahasa inggeris. Bukan menjadi kesukaran, tetapi lebih elok dan mudah jika

kebanyakan bahan di dalam bahasa kebangsaan kita. Ini akan memudahkan lagi

pelajar jurusan major vokal untuk membuat rujukan dan tugasan di masa akan

datang. Sekurang-kurangnya ini mampu menarik minat adik-adik saya yang

mengambil kursus PISMP memilih vokal sebagai instrumen utama mereka dan

dijadikan sebagai pilihan utama pelajar IPG jurusan pendidikan muzik.

Setelah mencari, menyemak, menganalisis dan juga memahami, saya dapati

bahawa saya masih lagi mempunyai kekurangan dari segi teknik fonasi dan juga

perletakan register suara dengan betul. Saya masih lagi mencuba untuk menguasai

teknik-teknik ini dengan sebaik mungkin.

Tugasan ini adalah sangat membantu dalam meningkatkan lagi kemahiran

saya dalam menyampaikan nyanyian dengan lebih baik. Selain itu juga tugasan ini

menyedarkan saya bahawa latihan-latihan vokal merupakan adalah hasil dari

perlakuan kita dalam aktiviti seharian.

Page 10: VOKAL 2 (Fonasi)

BIBLIOGRAFI

BUKU RUJUKAN

Turner, J. Clifford. (1976). VOICE AND SPEECH IN THE THEATRE. Pitman

Publishing

Benjamin, Thomas., Melson, Robert. (2008). TECHNIQUES AND MATERIALS OF

MUSIC 7TH EDITION. United States Of America: Thomson Schirmer

Welch, Graham., Murao, Tadahiro. (1994). ONCHI AND SINGING DEVELOPMENT:

A CROSS-CULTURAL PERSPECTIVE. Great Britain: The Roehampton

Institute

Soewito, M. (1996). TEKNIK TERMUDAH OLAH VOKAL DAN LAGU. Jakarta: Titik

Terang

Phillips, H. Kenneth. (1996). TEACHING KIDS TO SING. New York: Schirmer Books

Christy, Van A. (1990). FOUNDATIONS IN SINGING: A BASIC TEXTBOOK IN

VOCAL TECHNIQUE AND SONG INTERPRETATION (2ND EDITION).

WM.C.Brown Publishers

Schmidt, Jan. (1989). BASICS OF SINGING 2ND EDITION. New York: Schirmer

Books

McRae, W.Shirley. (1991). DIRECTING THE CHILDRENS CHOIR. New York:

Schirmer Books

Anderson, M. William., Lawrence, E. Joy. (2001). ELEMENTARY CLASSROOM 5TH

EDITION. United States of America: Wadswoah Thomson Learning

Hackett, Patricia. (1988). THE MUSICAL CLASSROOM BACKGROUND MODELS

AND SKILLS FOR ELEMENTARY TEACHING. New Jersey, United States of

America: Prentice Hall Inc.

Herrold, M. Rebecca. (2001). NEW APPROACHES TO ELEMENTARY

CLASSROOM MUSIC (3RD EDITION). United States of America: Prentice Hall