w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan ...
Transcript of w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan ...
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 308
PERANAN PEMUJUKAN MEDIUM FOTOGRAFI DI MEDIA CETAK DAN MEDIA
ONLINE BAGI PENGGUNAAN AKTIVITI KEMPEN PADA PILIHAN RAYA UMUM
MALAYSIA
Md. Nagib Padil & Mustaffa Halabi Azahari
Faculty of Art & Design
University Technology Mara
Shah Alam, Selangor, Malaysia
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Dalam sistem demokrasi berparlimen, pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun di Malaysia
merupakan suatu peristiwa yang bermakna di dalam penentuan bagi memilih wakil pemimpin-
pemimpin politik dan ketua negara sebagai kuasa memerintah. Kematangan dan kesempurna
menyalurkan maklumat politik sewaktu proses berkempen didalam membujuk perlakuan dan
pengetahuan mengundi bagi menghasilkan keputusan menerusi undian akan meninggalkan impak
yang besar di dalam menentukan masa depan semua lapisan rakyat. Selain dari teks, ilustrasi dan
animasi, kepentingan platfom komunikasi seperti medium fotografi adalah salah satu komponen yang
popular digunakan oleh media massa sama ada di media cetak atau media eletronik (media online)
sewaktu aktiviti kempen dijalankan. Dalam memenangi hati pengundi, laporan imej fotografi berbentuk
berita dan pengiklanan dilihat telah memainkan peranan penting untuk penggunaan parti-parti politik
yang bertanding sebagai strategi utama didalam menyampaikan mesej dan agenda parti untuk
menarik perhatian pengundi bagi mendapatkan sokongan padu sepanjang tempoh berkempen. Bagi
pengundi, mereka perlukan maklumat terkini sebagai rujukan semasa sebelum membuat sebarang
keputusan disaat- saat akhir pembuangan undi dijalankan. Kertas kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti potensi peranan imej fotografi yang dijadikan sebagai utusan dan sumber laporan
semasa didalam aktiviti berkempen pada media akhbar dan media online didalam strategi pemujukan
yang memeberi kesan ke atas persepsi di mata pengundi dan sekaligus mengubah corak lanskap politik
semasa di Malaysia.
Field of Research: Medium fotografi, media cetak, media online, pilihan raya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pengenalan dan latarbelakang kajian
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen. Merujuk
kepada Perkara 113(1) Perlembagan Persekutuan, proses pilihan raya merupakan landasan utama di
mana rakyat diberi kebebasan untuk memilih wakil pemimpin dan ketua pemerintah. Parti politik yang
mendapat undian tertinggi majority dalam pilihan raya tersebut akan mewakili rakyat untuk
memerintah negara selama 5 tahuni.
Mengambil pandangan dari, Micheal C. Leemay (2002)ii, pejalanan pilihan raya biasanya dikaitkan
dengan “3M” yang amat popular dan penting dalam mana-mana kempen pilihan raya sama ada di
negara maju atau membangun. Selain dari kepentingan faktor kewangan (Money) dan jentera parti
(Machinery), peranan media (Media) juga memainkan fungsi yang amat strategi sebagai ajen
perhubungan dalam menyampaikan utusan isu politik di antara parti politik dan rakyat serta seterusnya
memberi impak terhadap trend pengundian di negara ini.
Sejak peristiwa pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955 hingga kepada pejalanan pilihan
raya umum yang ke-13 pada 4 April 2013, selain daripada berkempen secara bersua muka dengan
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 309
masyarakat dan pendekatan ceramah, fungsi media cetak seperti poster, flayer, suratkhabar dan juga
media eletronik seperti radio, television dan internet telah digunakan sebagai saluran utama dalam
berkempen. Penguasaan rangkaian dan ruangan yang terdapat pada media dapat dianggap sebagai
kuasa yang utama sebagai satu alat perhubungan dalam menyempurnakan tujuan politik untuk
penggunaan parti-parti politik yang bertanding bagi meraih sokongan dan undi dari rakyatiii.
Merujuk kepada Shanto Iyenger (2011)iv, beliau menyatakan pemberitaan atau laporan media massa
terbahagi kepada dua peringkat (2), pertama disampaikan di dalam bentuk laporan berita (free media:
news coverage) dan kedua berbentuk pengiklanan parti dan calon (paid media: candidate
advertisement). Dalam perjalanan kempen tersebut akan dibawakan konsep dan lakaran seperti
mempengaruhi minda masyarakat di dalam melihat masalah penting yang dihadapi oleh negara
(agenda setting), pendedahan kepada isu-isu tertentu (framing), penonjolan kepada isu-isu awam
(priming), dan pemujukan di dalam mempengaruhi pendapat publik (persuasion) bagi menentukan
sebarang pendedahan realiti dan kredibiliti isu, peristiwa dan pemberitaan tersebut menjadi lebih
berkesan. Keadaan situasi ini telah menyebabkan masyarakat mudah mempercayai apa jua utusan yang
disampaikan melalui media massa.
Seperti yang diketahui umum, selain dari teks, carta, lukisan dan ilustrasi medium fotografi juga di
antara platfom yang cukup penting digunakan oleh pihak media massa di dalam memberi gambaran
yang lebih tepat, pantas untuk menarik perhatian masyarakat berkaitan laporan yang ditonjolkan.
Nanyan Ahmad (1994)v, berpandangan perbezaan kepentingan gambar dan bahasa seperti penggunaan
teks dan percakapan dari sudut proses komunikasi ialah bahasa dan perkataan sentiasa dikongkong
oleh peraturan nahu serta susunan ayat yang khusus dan sesuai. Dengan itu penyampaian dan
penghuraian idea dan makna terpaksalah dibentang satu persatu mengikut peraturan atau tatabahasa
yang khusus. Sebaliknya dalam gambar segala idea maklumat dapat dilaporkan secara serentak kepada
penonton atau pembaca. Proses penerimaannya pantas, hasilan tindak rangsangan dari imej yang
lengkap dengan fokus subjek yang khusus, lambang visual, warna, emosi yang dipersembahkan dari
pelbagai sudut dan jelas serta penggunaan teknik yang tertentu dalam sekeping gambar dapat
ditunjukkan sehalus-halusnya kepada masyarakat. Namun keunikan fotografi di antara dua bahan
komunikasi ini ialah kemampuannya mengabadikan detik peristiwa yang berlaku.
Dalam kehidupan arus kemodenan dan era digital ini, penggunaan gambar di dalam berkempen sangat
digemari di kalangan pengundi termasuk dari golongan belia sehingga tua, kajian mendapati
keberkesanan imej fotografi juga amat memainkan peranan dalam pemujukan dalam mempengaruhi
pengundi terutamanya kempen di laporan media suratkhabar dan media Internet (online media).
Menurut Mustaffa Halabi (2011)vi kepentingan medium fotografi sebagai proses komunikasi
mempunyai dua peranan yang amat penting, pertama kemampuan ciptaan dokumentasi imej yang
berbentuk realistik atau realiti dimana fakta rakaman subjek, detik peristiwa dan kejadian dapat
dikekalkan dalam bentuk sekeping gambar foto. Kedua, satu perkara terpenting dalam fenomena
wujudnya proses fotografi hingga hari ini adalah bahasa visual yang menggunakan gambar atau
lambang dalam mempersembahkan mesej atau makna juga menyamai ketepatan dan pengalaman
sepertimana dalam rakaman gambar foto. Bahasa visual atau bahasa bergambar bukan sahaja sekadar
dapat membantu kita memahami dan berkongsi pengalaman dari sumber berita atau cerita melalui
rakaman gambar, namun mampu mencetuskan intepretasi pemikiran, pentafsiran dan emosi pembaca
apabila melihat sesuatu gambar fotovii
.
Dengan ini, ungkapan sepertimana yang menyatakan sekeping gambar bernilai lebih dari seribu
perkataan masih ada kebenarannya hingga ke hari ini dimana kajian melihat pengaruh gambar didalam
laporan berita media terhadap politik semasa di Malaysia juga cukup penting dalam membantu untuk
memastikan kemenangan mana-mana pihak parti politik sewaktu sepanjang aktiviti kempen dijalankan.
Kelebihan bukan sahaja mampu untuk memperlihatkan segala kredibiliti perjalanan dan aktiviti parti
politik namun jua mampu mengeksploitasikan isu tertentu dalam mempengaruhi sikap, pendapat dan
kepercayaan rakyat.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 310
2. Permasalah kajian
Di Malaysia peranan media massa dilihat mempunyai kesan yang signifikan ke atas pola persekitaran
politik khususnya sewaktu peristiwa pilihan raya umum (PRU) ke-11 hingga PRU ke-13 yang lalu.
Pengaruh institusi ini dikatakan berkesan sebagai penentu kebangkitan atau kejatuhannya seseorang
pemimpin dan parti politik di Malaysiaviii
.
Teknologi fotografi, di antara medium seni dan sumber saluran komunikasi yang terkesan dengan era
teknologi digital. Rakaman gambar melibatkan aktiviti parti politik bukan sahaja dapat dilihat
sepertimana di dalam bentuk cetakan di media-media akhbar malahan ia juga boleh disebarkan dan
dikongsikan dengan masyarakat secara percuma di seluruh dunia dalam masa yang amat pantas
menerusi media online. Banyak cerita dapat disampaikan dalam sekeping foto yang terakam dalam
tona, warna, karektor wajah, lokasi dan masa.
Kempen yang terancang dan bersistematik melalui sumber yang popular seperti imej fotografi yang
disiarkan oleh media massa terutamanya media akhbar dan media Internet (media online) juga amat
berperanan digunakan sebagai saluran berkempen untuk menguji pengaruh dan kekuatan parti yang
berlandaskan masyarakat majmuk di Malaysia. Kekuatan imej fotografi telah digunakan oleh parti
politik sebagai instrumen pemujukan bagi memperkukuhkan imej parti daripada kaca mata pengundi.
Lawsswell (1971) berpandangan parti politik memerlukan saluran media sebagai satu pendekatan suara
pemujukan yang berkesan kepada pengundi bagi mencapai matlamat yang terakhir iaitu pengaruh. Bagi
pengundi keperluan maklumat terkini diperlukan sebagai rujukan utama sebelum membuat sesuatu
keputusan, ini kerana media dipercayai sebagai pihak tengah yang menghubungkan antara pihak
pemerintah dan rakyat (Whale 1977:85).
Menyedari kepentingannya, isu manipulasi media menggunakan imej fotografi sebagai proses
pemujukan atau retorik parti politik merupakan permasalahan yang perlu dikaji dalam konteks era 21.
Aspek fungsi selain gambar dapat diterjemahkan sebagai penceritaan dan bahan ingatan kepada
pembaca, kualiti penggunaan imej fotografi jua tidak hanya sekadar disajikan dengan rakaman gambar-
gambar yang berbentuk asas (snap shoot) sebagai penonjolan mood cerita, namun spesifikasi
pendedahan rakaman daripada sudut teknikal, kreativiti dan nilai artistik adalah perkara paling penting
yang perlu ada dalam mengilhamkan perkongsian emosi sewaktu imej fotografi dihasilkan dan
disampaikan. Karya yang berkualiti dan penyampaian mesej yang jelas dan tidak mengelirukan perlu
dihasilkan pada kandungan media akhbar dan media online bagi kegunaan motivasi dan pemujukan
masyarakat yang seimbang dan telus dalam mewujudkan sesebuah kempen pilihan raya yang bersih,
sihat dan bebas.
Berdasarkan faktor-faktor ini, kajian ini ingin melihat dan memahami sebahagian daripada tatacara
penghasilan imej yang berpotensi mempengaruhi dan memberi impak besar kepada mood pembaca
sepertimana yang disajikan di dalam media cetak dan kempen online sebagai kunci untuk menjelaskan
isu-isu, pengenalan dan aktiviti calon serta ideologi parti kepada pengundi secara berkesan dalam
proses perhubungan politik sewaktu peristiwa kempen dijalankan.
3. Objektif kajian
Media konvensional seperti media akhbar telah lama digunakan oleh masyarakat di negara ini sejak
zaman kemerdekaan hingga kini dan tidak dapat dinafikan keberkesanannya kepada masyarakat
sebagai penyebaran maklumat serta dapat mempengaruhi gaya pemikiran rakyat dalam medan
berkempen. Namun begitu, kehadiran media online di zaman millenium ini telah menyaksikan satu
perubahan gaya berkempen yang amat ketara terutama dalam kalangan pengundi muda terhadap
corak pilihan raya pada masa kini. Penggunaan imej dalam media cetak dan media online telah
digunapakai sangat meluas bagi menarik perhatian pengundi dalam mengupas sesuatu isu.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 311
Bagi mencapai matlamat penyelidikan ini, kajian telah menggariskan 3 objektif penting yang menjadi
haluan utama penyelidikan, iaitu;
1. Melihat penggunaan imej-imej yang popular yang dijadikan bahan berkempen di dalam media
cetak dan media online (Internet) sebagai informasi berita bagi tatapan masyarakat.
2. Mengetahui sejauh mana gaya elemen/ bahan yang cuba dikongsikan dalam siri-siri gambar
berkempen mempengaruhi pengamatan dalam merungkaikan makna sesuatu isu bagi memberi
impak kepada publik melihat dan membaca.
3. Hasilan kajan ini diharap dapat mempertingkatkan penggunaan dan peranan imej fotografi di
media akhbar dan media online dijadikan sebagai medium pemujukan yang utama dan telus
dalam kempen pilihan raya di Malaysia.
4.0 Kepentingan kajian
Hasilan kajian ini adalah untuk memberi panduan kepada industri media di Malaysia yang
menggunakan pendekatan medium fotografi sebagai sumber maklumat berkempen agar lebih peka
terhadap kualiti persembahan dan penggunaan gambar untuk dijadikan sebagai platfom pemujukan
yang lebih mencerminkan sensitiviti dan perspektif budaya kehidupan masyarakat di Malaysia. Selain
menghasilkan sumber komunikasi yang seimbang, sifat realistik (kredibiliti), elemen kesenian (estetika)
dan kreativiti imej berkempen perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam proses
mengabadikan satu detik dan peristiwa bagi meyakinkan pengundi daripada pelbagai kaum memahami
mesej visual.
Kesan dari penyelidikan ini juga diharap dapat dijadikan rujukan pandangan kepada pihak media
akhbar, jurugambar dan wartawan amatur seperti blogger dan individu di laman sosial agar lebih peka
terhadap kandungan penggunaan imej fotografi di dalam menyampaikan maklumat dan mesej kepada
masyarakat. Penyampaian mesej perlu tepat, telus dan difahami untuk dinilai oleh pembaca agar
kandungan sumber berita tersebut tidak disalah taksir atau dijadikan sebagai manipulasi maklumat
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru itu, ia juga dapat mempertingkatkan kepercayaan
medium fotografi sebagai satu sumber yang diyakini dan bebas bagi tujuan berkempen dipilihanraya di
masa akan datang.
Signifikasi kajian ini juga mampu menyumbangkan sebagai panduan utama kepada pihak kerajaan,
media-media asing, persatuan dalaman, ahli akademik, pelajar daripada latarbelakang seni dan media
dan para penyelidik yang berminat terhadap penyelidikan seni fotografi dan media bagi tujuan
penyelidikan kempen pilihanraya di Malaysia.
5.0 Kaedah penyelidikan (Metodologi)
Penyelidikan ini akan melibatkan aktiviti pendekatan kaedah kualitatif (primary data) sebagai proses
dalam memenuhi dan mendapatkan maklumat hasilan bagi mencapai objektif kajian yang dibuat.
Penyelidikan ini dibuat di dalam beberapa peringkat sepertimana yang digariskan seperti berikut;
1. Tinjauan pengumpulan maklumat bahan (Sampling).
Pada peringkat awalan ini, penyelidik akan mengumpulkan maklumat rujukan dan bahan-bahan hasilan
kajian yang melibatkan penggunan imej fotografi bagi tujuan aktiviti berkempen semasa Pilihan Raya
Umum (PRU 11) pada tahun 2004, Pilihan raya Umum (PRU 12) pada tahun 2008 dan Pilihanraya
Umum (PRU13) pada tahun 2013. Semua bahan koleksi kajian imej-imej fotografi ini di perolehi
daripada sumber-sumber seperti Arkib Negara Malaysia, Perpustakkan Negara dan daripada koleksi
individu menerusi laman sesawang (Internet).
Koleksi media akhbar yang terlibat di dalam kajian ini ialah seperti Utusan Malaysia, Berita Harian,
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 312
Suara Keadilan, Harakah, Harian Metro bagi edisi Bahasa Malaysia. Manakala edisi Bahasa Inggeris
melibatkan akhbar seperti New Straits Times, The Malay Mail, Chinese Press, Harian Tamil Malaysia
Nanban dan Tamil Nelsan Daily bagi akhbar Cina dan India. Koleksi imej fotografi menerusi blog dan
media sosial terutama Facebook, Twiter perseorangan juga dikumpulkan.
2. Pemerhatian (Observation)
Pada peringkat ini juga, penyelidik menilai imej-imej berpotesi yang dianggap sebagai tujuan untuk
penggunaan berkempen melalui aspek persembahan imej seperti idea, teknik, saiz, warna dan mesej
visual tersebut. Proses ini amat penting bagi penyelidik memastikan ketepatan maklumat yang
dikumpulkan untuk proses dokumentasi dan dianalisa.
Selain daripada itu, maklumat-maklumat tambahan berkaitan rujukan fotografi dan media juga di
perolehi seperti jurnal, majalah, buku rujukan serta daripada sumber-sumber Internet dan suratkhabar.
Menganalisa laporan imej berita dengan menggunakan analisa semiotik di antara kaedah yang
digunapakai di dalam kajian ini.
6. Mapping dan analisa
A. Subject Matter (Penggunaan Subjek)
(1). Penghuraian ‘subject matter’ pada kandungan media cetak.
Penekanan penggunaan ‘subject matter’ pada media cetak lebih bersifat formal dan beretika ini kerana
rakam gambar yang digunakan oleh media cetak dihasilkan daripada kumpulan jurugambar profesional
dan kredibiliti sumber kandungan gambar juga bersifat fakta dan disahkan atau ditetapkan oleh
sesuatu pihak (editor) untuk digunapakai sebagai sumber berkempen.
Selain daripada itu juga kandungan subjek yang berkualiti dan menarik daripada segi teknikal dan nilai
estetika juga ditekankan di dalam kandungan gambar seperti kepentingan kualiti subjek utama dan
latarbelakang untuk digunakan sebagai penonjolan sesuatu isu, ideologi parti dan personaliti calon.
Fokus penggunaan subjek tertumpu kepada imej ketua-ketua parti, calon dan penyokong parti. Unsur
unsur kebudayaan, kaum dan kelas (umur dan lokasi pengundi) juga amat ditekankan sebagai strategi
pemujukan berkempen.
Penyampaian mesej disajikan secara ‘direct’ atau simbolik/abstrak, namun berkemampun untuk
digunakan sebagai berkongsi pandangan, pemikiran, dan memujuk di dalam penyampaian mesej
kepada pembaca dan pengundi.
1. 2. 3. 4. 5. 6.
7. 8. 9. 10. 11.
Rajah 1. Penggunaan Subject Matter: Ketua Pemimpin, Calon dan Penyokong parti di media cetak
(akhbar)
Sumber:
1.Utusan Malaysia 4 March 2004, 2. Harakah 14-16 March 2004, 3. Tamil Nelsan Daily 5 Mei 2013,
4. Suara Keadilan 3 Mei 2013, 5. China Press 23 April 2013, 6.The Malay Mail 7 March 2008,
7. Utusan Malaysia 28 February 2008, 8. Harian Metro 12 April 2013, 9. New Straits Times 9 March
2004, 10. News Straits Times 6 March 2004, 11. Utusan Malaysia 16 February 2008.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 313
(2.) Penghuraian ‘subject matter’ pada kandungan media online.
Penekanan penggunaan ‘subject matter’ pada media online lebih kepada pemilikan individu. Dimana
subjek dirakamkan dari individu bersifat amatur daripada kelompok-kelompok penyokong parti atau
perseorangan dan merakamkan apa sahaja subjek yang menarik dimata.
Fokus utama subjek lebih bersifat penonjolan kepada perbandingan parti politik. Subjek subjek ‘human
interest’ yang cenderung kepada apa sahaja subjek yang menarik di temui dijalanan, subjek lanskap,
potret lucu, kehidupan masyarakat dan sebagainya telah dijadikan sebagai bahan perbincangan
berkaitan kualiti dan reputasi ketua parti, calon yang bertanding dan penyokong-penyokong parti.
Pembaca juga disajikan penggunaan subjek yang asas (straightforward shot) dan kebanyakan sumber
cerita bagi penggunaan imej juga digunapakai teknik copy (coping strategies).
Subjek-subjek yang ekstrim dan sebahagiannya kurang beretika digunakan untuk perbincangan sesuatu
isu dan aktiviti kempen namun mampu menyampaikan sesuatu mesej yang telus dan berkecuali untuk
rujukan berkempen.
1. 2. 3.
Rajah 2. Penggunaan Subject Matter: Ketua Pemimpin, Calon dan Penyokong parti di Media Online
(Internet)
Sumber: Koleksi laman Facebook 2013
B. Form (Penggunaan Elemen dan Principle of Photography)
(1). Penghuraian’form’ pada kandungan media cetak.
Kualiti warna dan saiz merupakan antara keperluan yang amat penting bagi penonjolan isu-isu yang
dianggap utama berbanding ‘tona’ hitam putih bagi penonjolan isu-isu yang kurang penting. Selain dari
penggunaan ruang seperti penggunaan halaman utama (Frontpage), kesempurnaan teks (Headline)
yang menonjol mampu membawa kepada pembaca melihat topik awal. Penggunaan lambang makna
(simbol dan logo) digunakan sebagai penegasan di dalam gambar dan membantu penceritaan sebagai
petunjuk berkaitan isu yang ditonjolkan.
Kombinasi pengalaman visual (visual experience) daripada ‘element form’ seperti, line, komposisi, depth
dan pengulangan (repeatition) pada visual digunakan sebagai menghasilkan pelambangan
kekuatan/aktif dalam pemerincian aktiviti parti. Sudut imbangan cahaya, moment (aksi) dan tekstur
yang sempurna juga menentukan dalam mengawal emosi mood pembaca.
Gambar yang kontras membantu menimbulkan sedikit kesan reaksi rangsangan melihat dan
membandingkan kelebihan dan kekurangan sesuatu penonjolan isu. Selain itu juga ia menjadi asas
untuk memudahkan pembaca menangkap maksud yang hendak disampaikan dan seterusnya
memahami kisah yang dirakamkan.
1. 2. 3. 4. 5 .
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 314
6 . 7. 8.
Rajah 3. Penggunaan Element Form pada Kempen di Media Cetak (Akhbar)
Sumber:
1. Berita Harian 26 February 2008, 2. Suara Keadilan 14-27 February 2008, 3. The Star 4 Mei 2013,
4.Berita Harian 19 February 2008, 5. Suara Keadilan 27 February-12 March 2008, 6. The Malay Mail 25
April 2013, 7. The Star 25 April 2013, 8. Berita Harian 6 March 2004.
(2). Penghuraian ‘form’ pada kandungan media online.
Penggunaan imej dalam media online mengutamakan psikologi warna di dalam mempersembahkan
kebanyakan isu yang ditonjolkan. Tona warna yang kontras dan ‘saturation’ memainkan peranan yang
penting di dalam menghasilkan sumber gambar yang unik untuk menarik minat pembaca melihat
sumber berita tersebut.
Ketiadaan subjek utama yang jelas untuk memberi tunjang penceritaan gambar berbentuk laporan
kewartawanan foto (photo journalism), dan banyak imej di dedahkan dengan ruang yang luas (looking
space), namun penggunaan element form seperti warna, persamaan objek (similarity), tekstur yang
menyokong subjek utama mudah diterjemahkan dan memberi mood yang berbeza kepada penonton
melihat dan memahami makna isu yang diketengahkan.
Mementingkan rakaman aksi (moment) membolehkan gambar diterjemahkan dari sudut pandangan
yang berbeza. Strategi penggunaan form contrast kepada extreme contrast juga mempengaruhi
penilaian dan penceritaan gambar.
1. 2. 3.
Rajah 4. Penggunaan Element Form pada Kempen di Media Online (Internet)
Sumber: Koleksi dari laman Facebook from Facebook 2013.
C. Medium (Kandungan dan proses penghasilan gambar)
(1). Penghuraian ‘medium’ pada kandungan media cetak.
Mesej visual dirakamkan dalam resolusi tinggi (piksel besar), penggunaan medium kamera pada format
135mm dan 120 mm dapat memberi kualiti gambar yang lebih tinggi dan tajam (sharp). Kemahiran
rakaman jurugambar, aksesori yang bermutu tinggi dapat membantu menghasilkan visual kempen yang
menarik dan terperinci.
Penggunaan visual yang pelbagai di tonjolkan dalam bentuk warna dan tona hitam putih, saiz dan
‘proportion’ yang versatil serta diiringi kesan dari teks (headline dan caption) mampu dijadikan
petunjuk kepada pembaca memahami mesej serta rangsangan pemikiran terutamanya isu-isu yang
sensitif.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 315
Maklumat grafik, peta, lukisan dan logo digunakan dalam laporan visual mampu membawa tema
kempen disampaikan lebih sifat realistik dan rasional atau logik.
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Rajah 5: Penggunaan Medium (Proses) pada Kempen Media Cetak (Akhbar)
Sumber:
1. Utusan Malaysia 3 March 2008, 2. The Malay Mail 6 Mach 2004, 3. Suara Keadilan 17 February-12
March 2008, 4. The Star 10 April 2013, 5. New Straits Times 5 March 2008, 6. The Malay Mail 25 April
2013. 2008.
(2). Penghuraian ‘medium’ pada kandungan media online.
Mempunyai kelemahan dalam pelbagai sudut penggunaan kamera, lensa dan aksesori. Penggunaan
kamera dan lensa yang asas digunakan sewaktu rakaman imej dihasilkan bagi memeberi inspirasi
aktiviti subjek. Kebanyakan pendekatan imej juga memisahkan subjek utama dengan latar belakang dan
subjek-subjek sokongan yang lain (menghilangkan keaslian bentuk asal imej) untuk mendapatkan
impak yang lebih menarik pada kandungan gambar (subjek utama) agar dapat memberi implikasi untuk
mendorong penonton melihat dan berfikir (berimiginasi) bagi memahami makna persembahan visual
tersebut.
Rakaman mutu resolusi rendah pada kualiti gambar dan penggunaan kreativiti foto yang terhad.
Namun menitikberatkan kreativiti dan inovasi seperti teknikal perisian manipulasi (teknologi software)
bagi memberi kesan dramatik kepada gambar. Susunatur untuk membawa urutan cerita atau
persembahan isu yang ringkas memudahkan penyampaian maksud dari sekeping gambar dan tumpuan
subjek dapat disampaikan kepada penonton dengan baik.
Selain daripada imej, penggunaan medium ilustrasi, kartun, infografik dan sebagainya di antara strategi
yang digunakan untuk tarikan penonton mengingati serta untuk menganalisa makna isu yang
diketengahkan.
1. 2. 3.
Rajah 6: Penggunaan Medium (Proses) pada Kempen Media Online (Internet)
Sumber: Koleksi dari laman Facebook 2013.
D. Style (Rekabentuk dan Persembahan)
(1). Penghuraian ‘style’ pada kandungan media cetak.
Persembahan imej dilaporan media cetak dipratikkan dalam bentuk imej tunggal (single image) serta
beberapa beberapa pendekatan seperti olahan (photo montage) yang terhasil dalam bentuk
penggunaan laporan berita, pengiklanan serta di sisipan kandungan khas dapat menghasilkan mutu
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 316
cerita yang pelbagai dan mampu menyampaikan mesej atau maklumat tentang sesuatu aktiviti dan isu
dikongsi oleh pembaca mudah, cepat dan berkesan.
Isu-isu utama juga ditonjolkan di ruangan mukasurat hadapan (Frontpage) atau di ruangan-ruangan
khas beserta subjek utama gambar di dalam skala saiz yang besar memberi impak mood dan
mencetuskan reaksi pemerhatian pembaca berkaitan mesej penting yang ingin dilaporkan.
Mesej teks yang sering diberi perhatian seperti headline, caption dan slogan bukan sahaja menjadikan
tatapan visual tersebut menarik namun memudahkan pembaca menangkap maksud yang hendak
disampaikan dan seterusnya memahami kisah yang dirakamkan dari sekeping gambar.
1. 2. 3. 4 .
5. 6. 7.
Rajah 7: Penggunaan Style pada Kempen Media Cetak (Akhbar)
Sumber:
1.Utusan Malaysia 20 March 2004, 2. New Straits Times 26 February 2008, 3. Utusan Malaysia 27
February 2008, 4. Tamil Malaysia Nanban 25 April 2013, 5. Harian Metro 4 Mei 2013, 6.Harakah 1-15
March 2004, 7.China Press 23 April 2013.
(2). Penghuraian Medium pada Kandungan Media Online.
Persembahan imej dilaporan media online lebih fashionable style, selain daripada persembahan layout
dan penyuntingan pada gubahan subjek seperti ‘cropping’, warna dan saiz hasil daya kreatif setiap
individu yang mengikut perkembangan citarasa penonton terkini, sumber gambar juga sentiasa
‘update’ dan mudah diperoleh dari rangkaian seperti blog individu atau laman sosial seperti Facebook
dan sebagainya. Penggunaan laporan gambar yang tidak terhad di dalam penonjolan sesuatu isu juga
mampu menjadikan tindak balas penonton bersifat positif atau negatif terhadap sumber yang
dibincangkan.
Ruangan-ruangan komen atau kritik yang terdapat di media online membolehkan sumber laporan bagi
penggunaan imej kempen tersebut dikongsi oleh penonton, dengan ini ia dapat dijadikan sumber idea
utama untuk ketelusan dan kupasan isu-isu yang timbul dengan lebih cepat dan pantas. Hasilan
tersebut jua mampu dijadikan tanda aras kepada ahli-ahli parti politik dengan lebih mudah dapat
mengetahui populariti dan pencapaian prestasi dari penyokong-penyokongnya.
Kreativiti dan teknik seperti superimpose, gabungan lukisan, rekaan kartun dan sebagainya bukan
sahaja mampu dijadikan laporan yang dapat memenuhi citarasa penonton di dalam tarikan melihat isu,
namun mampu juga digunakan sebagai sumber jenaka, gosip dan serangan peribadi ke atas calon dan
isu-isu parti politik.
1. 2. 3.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 317
Rajah 8: Penggunaan Style pada Kempen Media Online (Internet)
Sumber: Koleksi laman Facebook 2013.
7. Kesimpulan
Medium fotografi di media massa amat memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat
yang terkini, kesempurnaan rakaman imej di sebalik detik, masa dan peristiwa berkempen bukan
sekadar memaklumkan kepada publik berkaitan apa yang berlaku namun jika dipadatkan dengan
subjek yang bersesuaian dan menepati tema isu, menonjolkan potensi kualiti pada gambar dan
imbangan mood yang baik mampu menghasilkan tatapan visual kempen tersebut dengan penuh
penceritaan untuk digunakan sebagai senjata yang paling berkesan bagi penggunaan laporan pilihan
raya.
Walaupun kelebihan era teknologi digital kini mampu membuka peluang perspektif baru untuk individu
berkarya dan berkongsi maklumat berkempen dengan lebih baik dan telus untuk penilaian secara
umum kepada publik, namun peranan fotografi sebagai instrumen pujukan dari segi etika dan kredibiliti
gambar yang dijadikan sumber berkempen perlu dititikberatkan demi menjaga kesahihan laporan yang
tepat. Keperluan dan kepentingan imej di laporan media massa tidak boleh dilihat sebagai kepentingan
agen politik sahaja semata -mata, tetapi ia juga perlu bertanggungjawab untuk pembangunan dan
kemakmuran negara.
Rujukan
[
i] Suruhanjaya Pilihan Raya. (2007). 50 Tahun Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad, pp.7.
[ii] Worran Hj.Kabul, Shireen Haron, Mat Zain Mat Kib, Abdul Kadir Rosline. (2008). Seminar Politik
Malaysia. UiTM Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti.
_ Zaherawati Zakaria. (2008). Media: Ketelusan Dalam Pilihan Raya Malaysia
Ke-12, pp. 279.
[iii] Sides, J., Swaw, D., Grossmann, M. and Lipsitz, K. (2011). Campaigns & Elections: Rule, Reality, Strategy,
Choice. New York: W.W. Norton & Company, pp 181-185.
[iv] Iyengar, S. (2011). Media Politic 2
nd Edition: A Citizen’s Guide. New York. London: W.W. Norton &
Company, pp. p13.
[v] Nanyan. A. (1994) Komunikasi Kewartawanan Foto. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, pp. 10-
12.
[vi] Mustaffa, H.A . (2011). Photography Its Significance Strands and Values in Education. UiTM Shah Alam:
University Publication Centre, pp. 8.
[vii
]Lester, P.M. (2003). Visual Communication Images with Messages 3rd
Edition. USA: Wadsorth/Thomson
Learning, pp.63.
[viii
]Syed Arabi, I. Peranan Media Massa dalam Pilihan Raya Umum. Selangor:IIUM Press,pp.13