WacanaPengetua09

23
SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG,JOHOR D.T. AMALAN-AMALAN TERBAIK (BEST PRACTICES) PENGURUSAN SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG Disediakan Oleh YEW KOK LEH Pengetua Cemerlang SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG, JOHOR D.T. OGOS 2009

Transcript of WacanaPengetua09

Page 1: WacanaPengetua09

SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG,JOHOR D.T.

AMALAN-AMALAN TERBAIK

(BEST PRACTICES)

PENGURUSAN

SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG

Disediakan

Oleh

YEW KOK LEH

Pengetua Cemerlang

SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG, JOHOR D.T.

OGOS 2009

Page 2: WacanaPengetua09

1.0 PENGENALAN

embangunan modal insan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing

negara merupakan salah satu teras utama dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010 (PIPP) untuk tujuan tersebut. PIPP menggariskan perancangan

pelbagai strategi untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan

penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual dalam aspek sains, teknologi dan

keusahawanan, bersikap progresif serta bernilai etika dan moral yang tinggi.

Pembangunan modal insan secara holistik di peringkat sekolah tidak akan berlaku jika

sekolah mengamalkan ' more of the same ' tanpa merujuk kepada pelbagai perubahan

terkini yang berlaku. Kertas kerja ini menerangkan beberapa inovasi dan ‘amalan

terbaik’ di SMK Jalan Mengkibol, Kluang (atau lebih popular dikenali dengan nama

singkatan SJM) dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal

insan yang dipertanggungjawabkan oleh masyarakat sekitar kepada sekolah, dengan

merujuk kepada realiti zaman sekarang dan tuntutan masa depan.

P

2.0 IMBASAN DAN ANALISIS

Untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan amalan pengurusan yang sedia ada di

SMK Jalan Mengkibol, Kluang, satu imbasan yang kritikal telah dibuat pada

pertengahan tahun 2007. Kerangka Empat Tindakan Blue Ocean Strategy (BOS)

digunakan sebagai instrumen analisis dan membuat inovasi nilai dalam usaha

meletakbetulkan dan merekaraya sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih

berkesan di sekolah tersebut. Jadual berikut menunjukkan hasil analisis yang dilakukan.

2

Page 3: WacanaPengetua09

Hapuskan (Eliminate)

- Persepsi SJM ialah sebuah 'sekolah

sederhana'.

- Tindihan kerja disebabkan tidak

mengongsi maklumat dan data.

- Keadaan ketidakpastian disebabkan

kekurangan maklumat.

- Amalan kerja tanpa tarikh tutup / tarikh

siap : budaya 'Esok Lusa'.

- Program yang tidak mengambil kira

keberkesanan kos dan objektif.

- Kongkongan mentaliti status quo.

Tingkatkan (Raise)

- Kemahiran mengurus dan

pengupayaan.

- Keberkesanan sebaran maklumat.

- Semangat kekitaan dan cinta kepada

sekolah.

- Kepimpinan dan ketrampilan murid.

- Keberkesanan program akademik.

- Kemahiran ICT dalam pengurusan

perkhidmatan.

- Pengetahuan berkenaan dasar-dasar

yang perlu dilaksanakan.

- Kesedaran hirarki jawatan dan

amalan prosedur kerja yang betul.

Kurangkan (Reduce)

- Masa akses maklumat.

- Pencairan maklumat.

- Perancangan yang ad hoc.

- Kadar vandalisme.

- Gangguan waktu instruksional.

- Program-program akademik yang

tidak berdasarkan analisis data.

- Aduan ibubapa/penjaga dan

masyarakat.

Ciptakan (Create)

- Kertas-kertas konsep penerangan.

- Watak sekolah.

- Prosedur Audit Akademik.

- Konsep Info SJM.

- Konsep 'Program Murid, Oleh Murid,

Untuk Murid'.

- Amalan 'Mana-mana pun boleh'

- Konsep PASTI.

- Konsep 'Let The Manager Manage;

The Manager Must Manage'.

3

Page 4: WacanaPengetua09

Enam Aspek Peningkatan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Info SJM

SJM Sekolah Pilihan Saya

Program Murid, Oleh Murid, Untuk

Murid

Let The Manager Manage; The

Manager Must Manage

Aplikasi Strategik ICT Dalam

Pengurusan

Audit Akademik

Aspek-aspek ini diberi nama yang mudah difahami dan disebar luas.

3.0 ENAM ASPEK PENINGKATAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Dari imbasan dan analisis di atas, beberapa strategi telah dirangka dan dilaksanakan

mulai pertengahan tahun 2007 dan sejak itu sehingga ke tahun ini, iaitu 2009,

dimurnikan dan ditambah nilai dengan inpt-input dan tuntutan-tuntutan yang baru.

Strategi yang dilaksanakan boleh diwakilkan dalam bentuk gambaran sebuah payung

terjun. Sebuah payung terjun, tidak kira betapa tinggi mutunya, memerlukan suatu

prosedur penggunaan yang baik untuk menjaminkan pengguna (penerjun) menuju ke

sasaran yang ditetapkan dengan jitu dan selamat. Dengan hujah yang sama, enam

aspek peningkatan penyampaian perkhidmatan yang dirangkakan khas untuk SJM

adalah umpama enam tali payung terjun yang perlu dikawal untuk memastikan

sasaran, iaitu, matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan dicapai dengan tepat dan

selamat. Rajah berikut menunjukkan satu gambaran ‘over view’ enam aspek

peningkatan penyampaian perkhidmatan itu.

4

Page 5: WacanaPengetua09

Jadual berikut ialah penjelasan ringkas enam aspek yang akan dibincangkan dengan

lebih detail lagi.

Aspek Keterangan Tujuan Kelebihan

1. Info SJM Satu sistem pengurusan dan penyebaran maklumat dan dasar melalui taklimat, kertas konsep, siaran buletin dan paparan.

Maklumat dan dasar kerajaan dapat diturunkan dengan cepat dan tepat untuk dilaksanakan.

Semua warga sekolah dapat gambaran yang lebih menyeluruh dan sedar kepentingan peranan mereka sebagai pelaksana dasar-dasar.

Kurangkan ralat dan kos.

Kurangkan keperluan mesyuarat kerap yang boleh mengganggu waktu instruksional.

2. SJM Sekolah Pilihan Saya

Suasana sekolah yang kondusif supaya murid bergembira dan ibubapa yakin

Berasaskan konsep sekolah penyayang.

Membina semangat kekitaan dan cinta kepada sekolah.

Mengurangkan kadar vandalisme.

Menjadikan suasana sekolah lebih kondusif.

Kurangkan kos baikpulih.

Tingkatkan suasana sekolah yang kondusif untuk melaksanakan proses pendidikan.

3. Program Murid,

Oleh Murid, Untuk Murid

Satu amalan pembangunan modal insan berketrampilan

Murid-murid diberi peluang untuk dilatih kerja berpasukan, pengurusan dan kepimpinan melalui pelbagai projek kokurikulum.

Murid-murid beperluang menunjukkan bakat mereka.

Peranan guru lebih kepada penasihat dan sokongan dari belakang.

Kurangkan penglibatan terus guru dan gangguan instruksional.

Tingkatkan kepimpinan murid.

Tingkatkan peluang murid-murid menyalurkan tenaga mereka secara positif.

4. Let The Manager Manage; The Manager Must Manage

Satu amalan ke arah pengurusan berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan pengupayaan

Pengurus tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Proses pengupayaan (empowerment) membolehkan banyak aspek operasional dilaksanakan dengan cepat.

Mempercepat-kan proses pelaksanaan program.

Meningkatkan akauntabiliti dan kualiti penyampaian.

Mengurangkan

5

Page 6: WacanaPengetua09

Proses pemantauan lebih berkesan.

Pelaksanaan tugas berasaskan perancangan strategik dan berkomitmen tinggi untuk mencapai matlamat.

kos. Menjadikan

organisasi lebih sistematik dan berkesan.

5. Aplikasi Strategik ICT Dalam Pengurusan

Satu rangkaian sistem mengaplikasi ICT yang lebih strategik untuk pengurusan pelbagai unit.

Mengurangkan kerja ulangan atau tindihan.

Perkongsian maklumat memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang status sekolah.

Menpercepatkan pengumpulan maklumat dan data.

Mempercepat-kan pemero-sesan data.

Meningkatkan mutu data dan hasil analisis.

Memudahkan perancangan berdasarkan data.

6. Audit Akademik

Satu sistem pengauditan prestasi akademik dan perancangan program akademik yang berpandukan analisis data ujian / peperiksaan

Perancangan program akademik yang lebih berfokus dengan bantuan sistem analisis peperiksaan dalaman berkomputer.

Kumpulan murid seperti kes sempadan, sederhana, berprestasi tinggi dapat dikenalpasti untuk tindakan spesifik.

Program Perfect Score untuk membentuk critical mass murid cemerlang untuk meningkatkan keputusan peperiksaan awam.

Meningkatkan akauntabiliti diri murid.

Meningkatkan tanggung-jawab dan akauntabiliti panitia dan bidang masing-masing.

Meningkatkan keberkesanan program kecemerlang-an akademik.

4.0 PENERANGAN LANJUTAN ENAM ASPEK

4.1 Info Sekolah -- Satu Sistem Penyebaran Maklumat

Pencairan maklumat dari pihak atasan (PPD, JPN atau KPM) akan berlaku di sekolah

sekiranya mekanisma saluran maklumat tidak diperkukuhkan. Antara sebab utama ialah

kekangan masa untuk mengaturkan mesyuarat atau sesi penerangan tanpa

menjejaskan waktu instruksional dan waktu kokurikulum. Untuk mengatasi kekangan

ini, pendekatan sebaran maklumat pelbagai penjuru seperti yang berikut dilaksanakan.

6

Page 7: WacanaPengetua09

4.1.1 Kertas Kerja Terjemahan Dasar dan Taklimat Ringkas

Sesi-sesi taklimat khas diaturkan oleh ketua-ketua unit berkenaan untuk menerangkan

dasar-dasar. Biasanya sesi ini mengambil masa lebih kurang 1 jam. Guru-guru sesi

petang ditaklimatkan pada masa 12:00 - 1:00 tengah hari dan guru-guru sesi pagi diberi

taklimat pada masa 2:00 - 3:00 petang pada hari yang sama supaya waktu instruksional

tidak diganggu. Jika perlu nota-nota khas yang menterjemahkan dasar-dasar kepada

tindakan sekolah disediakan. Sebagai contoh, nota berkenaan PIPP ditulis dalam

konteks yang mudah dijalankan di sekolah untuk setiap dari enam teras strategik PIPP.

Melalui kaedah ini, guru-guru dapat melaksanakan tugas dengan lebih yakin dan

terarah mengikut matlamat yang perlu dicapai.

4.1.2 Amalan 'Mana-mana Pun Boleh'

'Mana-mana Pun Boleh' merupakan amalan di mana pihak pentadbir bergerak dan

bertemu dengan guru-guru dan staf sokongan di mana-mana tempat yang sesuai untuk

berinteraksi dan memaklumkan secara terus, dasar-dasar yang mereka perlu tahu dan

tugas yang mereka perlu melaksanakan. Amalan ini membolehkan sebaran maklumat

dan dasar dengan cepat, jitu dan boleh mendorong mereka untuk melaksanakan tugas

dengan lebih serius, cekap dan berkesan kerana unsur humanistik dan sentuhan hati

yang terlibat.

4.1.3 Siaran Pengetua

Siaran Pengetua merupakan buletin yang dikeluarkan mengikut keperluan untuk tujuan

penyebaran maklumat secara cepat tanpa sesi taklimat bersemuka. Buletin ini yang

biasanya ditulis dalam satu atau dua muka surat akan diedarkan kepada semua guru

7

Page 8: WacanaPengetua09

dan staf sokongan di sekolah. Fungsinya adalah untuk memberi peringatan dan

perhatian yang memerlukan tindakan yang cepat. Setiap keluaran Siaran Pengetua

hanya memokus kepada beberapa (3-5) perkara dan ditulis dalam format yang tidak

formal supaya tidak mendatangkan persepsi sebagai arahan pentadbiran.

4.1.4 Sistem Maklumat Akses Kendiri

Sistem paparan maklumat berpapan notis dikemaskinikan mengikut lokasi yang

dinamakan Laluan Akademik, Laluan Kokurikulum, Info Utama, Info HEM dan Info

Dasar untuk memaparkan maklumat-maklumat yang berkenaan dengan bahagian

masing-masing. Melalui paparan ini, maklumat dan dasar dapat dibaca oleh semua

warga sekolah termasuk guru, staf sokongan, murid-murid, ibubapa dan pelawat.

Melalui sistem akses kendiri ini, dasar kementerian seperti PIPP, kurikulum,

pentaksiran berasaskan sekolah, dasar kokurikulum, maklumat peperiksaan, bantuan-

bantuan kerajaan, statistik sekolah dan kerjaya dapat dirujuk dengan kerap dan mudah.

4.2 SJM Sekolah Pilihan Saya

Masalah disiplin jika tidak ditangani dengan berkesan boleh menjejaskan sistem

penyampaian perkhidmatan pendidikan di sekolah. Sekolah yang mempunyai banyak

masalah disiplin murid bukan sahaja mengalami pembaziran dari segi kos dan masa.

Banyak masalah disiplin seperti vandalisme dan kerosakan harta benda secara sengaja

adalah manifestasi dari perasaan benci atau ketidakpuasan kepada sekolah. Sekiranya

kita dapat wujudkan satu iklim sekolah di mana emosi negatif murid dapat dikurangkan,

maka masalah disiplin dapat dikurangkan. Penggunaan tagline 'SJM Sekolah Pilihan

Saya' merupakan satu usaha komprehensif untuk mewujudkan suasana sekolah yang

kondusif, berteraskan khidmat penyayang supaya murid bergembira datang ke sekolah

8

Page 9: WacanaPengetua09

dan ibubapa yakin kepada sekolah. Konsep sekolah penyayang adalah berasaskan

kepada pegangan (Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Wawasan Pendidikan - Agenda

Pengisian) :

If a child lives with acceptance and friendship,

He learns to find love in the world.

Berikut adalah beberapa amalan atau program yang menjurus ke arah membudayakan

'SJM Sekolah Pilihan Saya'.

4.2.1 Persekitaran Yang Bersih, Ceria, Selamat Dan Bermaklumat

Sedikit kerosakan (atau kekotoran) jika tidak dibetulkan akan memberi mesej

pentadbiran tidak prihatin dan kerosakan yang lebih besar akan berlaku dengan cepat

(Theory of Broken Windows). Oleh itu usaha untuk membaiki kerosakan berlaku

dengan cepat, walaupun sekeping kaca tingkap yang dipecahkan atau sehelai poster

yang dikoyakkan. Kerosakan dalam penutup longkang, bumbung, astaka, tandas dan

pintu bilik darjah dibetulkan dengan cepat untuk memberi mesej pihak sekolah

mementingkan keselesaan dan keselamatan murid-murid.

4.2.2 Komunikasi Dan Sumbangan

Komunikasi dua hala guru, pentadbir dengan murid sangat penting. Murid-murid perlu

berasa diiktiraf dan dihargai. Semangat kekitaan serta cinta kepada sekolah dapat

disemai melalui perjumpaan yang tidak formal dalam keadaan yang selesa dan mesra.

Dalam kes salahlaku disiplin murid, proses melaksanakan hukuman mesti bersama

dengan komunikasi yang berunsur ajaran dan pemulihan. Komunikasi dua hala telah

menghasilkan kesan yang positif ke arah mencapai 'SJM Sekolah Pilihan Saya'. Namun

demikian pihak pengurusan perlu mengingatkan murid-murid bahawa kemesraan tidak

9

Page 10: WacanaPengetua09

bermaksud mengetepikan nilai-nilai murni seperti memberi salam dan menghormati

guru. Untuk membolehkan semua murid menunjukkan bakat mereka, murid-murid

berprestasi akademik rendah diberi peluang menunjukkan kehandalan mereka dan

memberi sumbangan kepada sekolah. Sebagai contoh, murid yang berprestasi rendah

dari segi akademik dapat menyumbangkan hasil karya mereka dalam bentuk sepanduk

atau poster sempena perayaan ulangtahun kemerdekaan untuk dipamerkan. Mesejnya

ialah : Semua murid ada peranan; semua murid boleh menyumbang.

4.2.3 Layanan Segera Ibubapa/penjaga

Amalan semua boleh layan ibubapa amat penting untuk memikat hati mereka. Seorang

guru yang ibubapa hendak jumpa mungkin sedang sibuk. Guru lain, pentadbir atau staf

sokongan yang dapat melapangkan masa boleh melayan mereka sementara mereka

menunggu. Sebuah bilik satu bay di sebelah Pejabat Urusan Hal Ehwal Murid telah

dijadikan Pejabat PIBG di mana ibubapa yang menunggu diberi layanan dalam

keadaan yang selesa. Layanan yang baik ini dapat merapatkan hubungan silaturahim

antara sekolah dengan ibubapa/penjaga dan mengurangkan konflik yang mungkin

berlaku disebabkan oleh masalah di antara anak dengan guru.

4.2.4 Success Story and Positive Imaging

Untuk menganjakkan kepada persepsi SJM sebuah sekolah cemerlang, maklumat

kejayaan akademik, kokurikulum, kerjaya bekas murid sentiasa diumumkan dan

dipaparkan. Pancaragam dipilih sebagai watak sekolah. Melalui sokongan padu

pelbagai pihak termasuk bekas murid dan usaha gigih ahli-ahli, pancaragam sekolah

telah memenangi beberapa pertandingan sehingga ke peringkat negeri. Persembahan

pancaragam di majlis seperti Sukan, Hari Terbuka, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG,

10

Page 11: WacanaPengetua09

Malam Kebudayaan, Hari Kantin dan Hari Kemerdekaan dapat memprojek satu imej

yang positif tentang sekolah.

4.2.5 Latihan guru - Pengurusan gelagat murid

Usaha sekolah untuk membudayakan 'SJM Sekolah Pilihan Saya' telah menghasil

berdasarkan pertunjuk seperti kadar vandalisme dan kerosakan yang berkurangan

serta kes pergaduhan serius yang sangat minimum. Didapati ramai murid suka berada

di sekolah untuk membuat ulangkaji atau bermesyuarat selepas waktu pelajaran. Guru-

guru diberi latihan dalaman tentang kemahiran mengurus gelagat murid-murid yang

berkebolehan dan dari latar belakang yang berlainan. Sistem mentor-mentee di mana

setiap orang guru baru disandarkan kepada seorang guru senior yang dipilih oleh pihak

pentadbiran berdasarkan kecemerlangan kerja beliau untuk mendapat on-the-job-

training selama satu tahun. Melalui sistem ini, guru-guru baru dilatih dan dibiasakan

dengan budaya kerja cemerlang pada pemulaan kerjaya mereka sebagai guru terlatih.

4.2.6 Visi sebagai daya penolak

Untuk menginstitusikan 'SJM Sekolah Pilihan Saya' sebagai satu daya penolak (driving

force) untuk memajukan sekolah mengikut acuan sendiri, visi sekolah digubal semula

menjadi 'SJM menjadi sekolah idaman masyarakat Kluang pada 2010'.

4.3 Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid

Bahagian Pengenalan Bab 5 PIPP menyatakan bahawa pendidikan memainkan

peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri

yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, mampu berfikir secara kritis dan

kreatif dan berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang

11

Page 12: WacanaPengetua09

sering berubah-ubah. Untuk membangunkan modal insan seperti yang dihasratkan oleh

PIPP, satu panduan bertajuk 'Lima Elemen Utama Membangunkan Modal Insan' telah

dirangkakan. Lima elemen diringkaskan dengan akronium PASTI yang mewakili pimpin,

akhlak, sihat, trampil dan ilmu. Selanjutnya, PASTI telah dijadikan matlamat sekolah,

iaitu, 'SJM berupaya melahirkan generasi yang berdaya ke p impinan tinggi, ber a khlak

mulia, s ihat mental dan fizikal, berke t rampilan dan ber i lmu pengetahuan (PASTI)'.

Salah satu usaha yang berasaskan kepada konsep PASTI ialah 'Program Murid, Oleh

Murid, Untuk Murid'.

'Program Murid, Oleh Murid, Untuk Murid' merupakan satu usaha sekolah untuk

mengupayakan murid-murid untuk merancang dan menjalankan aktiviti kokurikulum

dengan bimbingan, sokongan dan pemantauan guru-guru penasihat. Semua proses

dari peringkat pemohonan kebenaran, perancangan dan perlaksanaan diuruskan oleh

murid-murid sendiri. Unit Kokurikulum sekolah telah memberi kursus pada awal tahun

ini kepada pemimpin-pemimpin murid berkenaan perancangan, penulisan surat

permohonan rasmi, kertas kerja dan laporan, pengurusan kumpulan, membuat bajet

dan ciri-ciri kepimpinan. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di luar waktu pembelajaran

dan murid-murid yang terlibat tidak dikecualikan daripada tugasan kurikulum yang

mereka perlu memenuhi. Dalam situasi yang penuh dengan kekangan dan cabaran,

murid-murid yang terlibat dapat dilatih kemahiran multitasking, berdikari, pengurusan

masa, menyusun keutamaan dan meningkatkan ketrampilan mereka.

4.4 Let The Manager Manage; The Manager Must Manage

Sebagai usaha ke arah pengurusan berkualiti, akauntabiliti yang lebih tinggi dan

pengupayaan (empowerment) yang lebih berkesan amalan Let The Manager Manage;

The Manager Must Manage ditegaskan. Penstrukturan semula dan pengagihan

12

Page 13: WacanaPengetua09

pegawai dilakukan di unit-unit tertentu untuk meningkatkan tahap profesionalisme unit-

unit berkenaan. Setiap pengurus perlu bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti

terhadap unit yang diurus. Pengurusan strategik berdasarkan ciri SMART (Specific,

Measurable, Achievable, Realistic and Timeliness) menjadi indikator prestasi utama

pada setiap peringkat tugas itu. Pemantauan secara berterusan dibuat oleh pentadbir

dari aspek kuantiti, kualiti dan ketepatan masa hasil kerja.

4.5 Aplikasi Strategik ICT Dalam Pengurusan

Terdapat pelbagai aplikasi ICT dalam pengurusan di unit-unit yang berlainan, masing-

masing mempunyai sistem dan perisian (software) untuk tujuan yang spesifik. Sebagai

contoh, pejabat mempunyai SMPP/EMIS; Unit Peperiksaan mempunyai SAPHC,

program jadual waktu; Unit HEM mempunyai e-SSDM dan SMM; Unit Kokurikulum

mempunyai sistem rekod kehadiran murid dan permarkahan kokurikulum; Unit

Maklumat Sekolah mempunyai rekod profil sekolah dan Unit Media mempunyai rekod

persejarahan sekolah. Pembentukan satu sistem rangkaian sistem mengaplikasi ICT

yang lebih strategik untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan

merupakan satu cabaran yang sangat besar tetapi perlu. Semua yang terlibat perlu

bertanggungjawab untuk memastikan kejituan dan integriti data. Sesi penerangan

tentang kepentingan data yang jitu untuk perancangan di peringkat kementerian dibuat.

Prosedur kerja berjadual, penyelarasan dan pemantauan dari peringkat pengumpulan

data mentah sehingga ke peringkat penghantaran data ke pihak atasan disediakan.

Maklumat sepunya yang dapat dikongsi dikenalpasti untuk mengurangkan kerja

ulangan. Penegasan diberi untuk memanfaatkan maklumat yang ada dengan

sepenuhnya dan bukan setakat dibuat untuk dihantar. Maklumat tentang pendapatan

keluarga (SMM) dapat membantu sekolah mengenalpasti murid-murid yang miskin; e-

13

Page 14: WacanaPengetua09

SSDM memudahkan perbincangan dengan ibubapa dengan mempamerkan rekod-

rekod salahlaku anak-anak mereka.

4.6 Audit Akademik

Audit akademik merupakan satu amalan untuk membudayakan perancangan program

akademik berdasarkan analisis data dan maklumat ujian dan peperiksaan. Di sekolah,

terdapat pelbagai jenis program kecemerlangan akademik dilaksanakan oleh

Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Melalui

kaedah audit akademik, perancangan menjadi lebih berstrategik dan dapat memberi

impak yang lebih besar kepada peningkatan prestasi akademik.

4.6.1 Memanfaatkan SAPHC

Adalah satu pembaziran yang besar jika data dan maklumat dari SAPHC (Sistem

Analisis Peperiksaan dengan Headcount) tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Sebagai

contoh pengauditan prestasi akademik dengan bantuan SAPHC dapat mengenalpasti

murid-murid yang gagal satu mata pelajaran sahaja (near miss); murid-murid yang tidak

menguasai mata pelajaran PPSMI; murid-murid tingkatan 4 dan 5 yang mendapat

markah Bahasa Malaysia dalam julat markah 0-19, 20-29, 30-39 dan 40-49 untuk

tindakan susulan panitia-panitia dan guru-guru yang berkenaan.

4.6.2 Graf Prestasi Diri

Selain itu, sistem audit akademik kendiri diperkenalkan dalam bentuk buku Audit

Akademik Kendiri - Graf Prestasi Diri (AAK-GPD). Murid-murid melorekkan carta palang

untuk markah setiap ujian atau peperiksaan dalaman mereka. Tujuannya adalah untuk

mewujudkan satu rekod keputusan secara grafik untuk perbandingan dan penyemakan

14

Page 15: WacanaPengetua09

pola prestasi sendiri. Kaedah ini dapat meningkatkan akauntabiliti murid tentang

prestasi diri mereka. AAK-GPD juga digunakan sebagai asas perbincangan dengan

ibubapa pada hari terbuka.

4.6.3 Perfect Score

Untuk menghasilkan critical mass murid cemerlang yang mencukupi, program Perfect

Score diperkenalkan. Program ini menggalakkan persaingan dalam kalangan murid-

murid berprestasi tinggi. Majlis anugerah Perfect Score dijalankan semasa

perhimpunan dan murid yang mencapai prestasi cemerlang (Tingkatan Peralihan, 1, 2

dan 3 -- 9 A dan ke atas; Tingkatan 4 dan 5 - 10 A dan ke atas). Anugerah ini adalah

dalam bentuk lencana yang boleh dipakai. Sejak memulakan program ini pada tahun

2007, bilangan murid yang layak menerima perfect score semakin meningkat dan

semoga persaingan sihat yang dicetuskan oleh program ini dapat melonjakkan

pencapaian akademik sekolah.

5.0 PENUTUP

Dalam zaman yang dicirikan dengan kadar perubahan yang bereksponential ini, amalan

rutin dan konvensional sahaja tidak mencukupi jika agenda nasional hendak dipenuhi.

Daya yang 'meratakan' dunia (The 'flattening' force of the world) dibawa oleh

globalisasi telah memberi erti yang baru kepada pendidikan di mana perubahan dan

inovasi menjadi kata-kata kunci yang utama. Pembangunan modal insan berminda

kelas pertama dari segi keupayaan dan intelek perlu usaha pelbagai perspektif dan

dinamik. Sistem penyampaian perkhidmatan itu sendirinya adalah satu pembolehubah

dalam dinamisme ini. Usaha yang berterusan untuk memurnikan pelbagai aspek

amalan pengurusan di sekolah amat diperlukan demi untuk mencapai kecekapan dan

15

Page 16: WacanaPengetua09

keberkesanan pengurusan pendidikan yang lebih tinggi lagi. Semua pihak yang terlibat

harus sedar satu hakikat, iaitu : Amalan yang terbaik semalam tidak semestinya sesuai

untuk hari ini dan amalan terbaik hari ini tidak semestinya sesuai lagi untuk hari esok.

SENARAI RUJUKAN

Alimuddin Mohd. Dom. 2006, Kepimpinan Instruksional. Jemaah Nazir Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri. 1 Julai 1994. Panduan Melaksanakan Sistem Pemulihan

Perkhidmatan, Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1994.

Jabatan Perdana Menteri. 2006. Rancangan Malaysia Ke-9 2006-2010, Bab 26.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-

2010.

Thomas L. Friedman. 2005. The World Is Flat, The Globalised World In The Twenty-first

Century. London : Penguin Group.

W. Chan Kim and Renee Mauborgne. 2005. Blue Ocean Strategy. United States :

Harvard Business School Publishing Corp.

Wan Mohd Zahid Mond Noordin. 1994. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala

Lumpur : Nurin Enterprise.

Yew Kok Leh. Pengetua Cemerlang SMK Jalan Mengkibol, Kluang. Ogos 2009

16