WAJ 3104

19
WAJ 3104 1.0 Pengenalan Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan dapat melahirkan komunikasi yang amat diharapkan. Sedap di mulut enak di halwa telinga kata pujangga. Hal ini kerana bahasa telah wujud sebagai alat berkomunikasi antara satu sama lain seiring dengan kemajuan manusia (Husin Fateh Din et. al, 2011). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), literasi bermaksud kebolehan membaca dan menulis. Takrifan literasi (celik huruf atau kenal huruf) biasanya memaksudkan keupayaan membaca dan menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Dalam bahasa pendidikan, Literasi Asas bermakna literasi klasik atau tradisional tentang pembelajaran mengenai bagaimana untuk membaca, untuk menulis, dan untuk melakukan perkiraan dan operasi angka; literasi-literasi asas di dalam kesemua masyarakat dipelajari secara formal dalam suasana pendidikan asas dan menengah, terutamanya sekolah-sekolah awam atau persendirian, tetapi kadangkala literasi-literasi asas ini dipelajari di rumah atau di dalam pusat-pusat komuniti. Dalam konteks yang lebih tepat, literasi bermaksud mampu membaca dan menulis pada tahap yang memadai untuk berkomunikasi, atau tahap yang membolehkan seseorang memahami dan meluahkan pandangan dalam masyarakat celik huruf agar dapat bergaul dalam masyarakat (Hasnah Awang et. al, 2010). Tugasan ini dimuatkan dengan menghuraikan tentang aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan. Selain itu, pengkaji juga akan menghasilkan bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai berkaitan dengan teknik lakonan serta menulis aktiviti dan strategi yang digunakan berdasarkan BBB yang dibina dan persembahan BBB. 2.0 PRABACAAN 1

Transcript of WAJ 3104

Page 1: WAJ 3104

WAJ 3104

1.0 Pengenalan

Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan dapat melahirkan

komunikasi yang amat diharapkan. Sedap di mulut enak di halwa telinga kata

pujangga. Hal ini kerana bahasa telah wujud sebagai alat berkomunikasi

antara satu sama lain seiring dengan kemajuan manusia (Husin Fateh Din et.

al, 2011).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), literasi bermaksud

kebolehan membaca dan menulis. Takrifan literasi (celik huruf atau kenal

huruf) biasanya memaksudkan keupayaan membaca dan menulis, atau

keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar dan

bertutur.

Dalam bahasa pendidikan, “Literasi Asas” bermakna literasi klasik atau

tradisional tentang pembelajaran mengenai bagaimana untuk membaca,

untuk menulis, dan untuk melakukan perkiraan dan operasi angka; literasi-

literasi asas di dalam kesemua masyarakat dipelajari secara formal dalam

suasana pendidikan asas dan menengah, terutamanya sekolah-sekolah

awam atau persendirian, tetapi kadangkala literasi-literasi asas ini dipelajari di

rumah atau di dalam pusat-pusat komuniti.

Dalam konteks yang lebih tepat, literasi bermaksud mampu membaca

dan menulis pada tahap yang memadai untuk berkomunikasi, atau tahap yang

membolehkan seseorang memahami dan meluahkan pandangan dalam

masyarakat celik huruf agar dapat bergaul dalam masyarakat (Hasnah Awang

et. al, 2010).

Tugasan ini dimuatkan dengan menghuraikan tentang aktiviti

prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan. Selain itu,

pengkaji juga akan menghasilkan bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai

berkaitan dengan teknik lakonan serta menulis aktiviti dan strategi yang

digunakan berdasarkan BBB yang dibina dan persembahan BBB.

1

Page 2: WAJ 3104

WAJ 3104

2.0 PRABACAAN

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada

peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat

bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada

tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong

mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

Prabacaan terdiri daripada kemahiran-kemahiran yang akan dapat

menyediakan asas bacaan dalam kalangan murid-murid. Antara kemahiran

yang boleh dilaksanakan iaitu membentuk huruf, bentuk, angka dan

sebagainya.

Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca

kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat

prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, pengamatan

pendengaran, aktiviti pergerakan tangan dan mata, koordinasi psikomotor,

latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat

bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

Jelas di sini bahawa peringkat prabacaan merupakan satu tahap

peringkat yang perlu dilalui oleh murid-murid sebelum mereka mula membaca.

Terus mengajar membaca tanpa melalui fasa persediaan dan tahap yang

sepatutnya boleh memberi kesan negatif terhadap pembelajaran murid-murid

seterusnya.

Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan

memberikan asas kepada murid-murid sebelum mereka boleh membaca.

Secara ringkasnya, kemahiran membaca murid-murid dapat dibahagikan

kepada tiga jenis iaitu pengamatan penglihatan, pendengaran dan pergerakan

mata dan tangan.

Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai

jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah

sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita

sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang

sesuai. Pada peringkat permulaan murid-murid boleh diperkenalkan dengan

2

Page 3: WAJ 3104

WAJ 3104

memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi

permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih

merujuk kepada menyesuaikan murid-murid dengan membaca arah ayat

dimulakan iaitu dari kiri ke kanan untuk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar

murid-murid sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu, semasa

ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk

kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal murid-murid dari

mana ayat mula dibacakan.

Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama

pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah

memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan murid-murid

mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan

ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan

sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama

pelajar. Selain itu, guru harus mengajar bersama-sama huruf dengan ayat.

Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan

menggunakan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada

pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir

dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak-kanak atau membaca

kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang

mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah

penting dalam perkembangan membaca.

Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan.

Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna.

Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat

awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus menggalakkan

kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna

menggunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan untuk melatih kanak-

kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau

pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih

motor halus. Selain itu, guru juga boleh memberi permainan yang

menggunakan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam

perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat

3

Page 4: WAJ 3104

WAJ 3104

memberi aktiviti seperti menggunting tetapi harus dibimbing oleh guru semasa

menggunakannya.

3.0 PRATULISAN

Menulis merupakan ketrampilan yang dimiliki oleh individu sama juga

seperti kemahiran berbahasa yang lain. Setiap ketrampilan hanya diperoleh

melalui latihan. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi

dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika

seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur

dan kemahiran membaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya

melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut

melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif (Literasi Bahasa

Melayu, 2011: 69).

Salah satu keperluan akademik yang utama di sekolah dewasa ini ialah

kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata

pelajaran di sekolah. Menulis dapat dikatakan sebagai satu proses untuk

menyampaikan perkara yang tersirat dalam minda seseorang, meluahkan

idea-idea yang bernas lagi berkesan kepada khalayak dalam bentuk grafik

(Siti Hajar Idrus, Husin Fateh Din (2011:87).

Menurut Nazariyah Sani (2011), kemahiran pratulisan ialah kemahiran

yang menjadi asas kepada kemahiran tulisan mekanis. Aktiviti ini

mengandungi aktiviti fizikal dan psikomotor. Matlamat aktiviti ini dilakukan

supaya murid-murid bersedia untuk belajar menulis dan dapat membantu

mereka membentuk huruf dengan betul, mendirikan asas menulis yang kukuh

agar kanak-kanak dapat menulis dengan baik, cekap dan kemas.

Peringkat pratulisan ialah tempoh masa murid-murid disediakan

dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf

dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan

dan jari serta koordinasi tangan dan mata dilberikan kepada murid dari awal

lagi. Hal ini membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membentuk

lambang-lambang yang kemas dan jelas.

4

Page 5: WAJ 3104

WAJ 3104

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti

melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti

mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas

supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh

menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di

udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa menggunakan alat

tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan.

Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari

dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-

ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh

melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan

latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-

aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan

rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan

mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis

lurus secara bebas. 

Latihan pergerakan jari, tangan dan mata iaitu latihan melembutkan

motor halus merupakan fasa yang mesti dilalui oleh murid-murid sebelum

kemahiran menulis dilakukan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah

mewarna secara bebas dan secara terkawal. Mewarna secara bebas

bermaksud menggunakan pelbagai media warna seperti pensel warna, crayon

dan warna air. Manakala, mewarna secara terkawal bermaksud

menggunakan pelbagai media warna ke atas gambar yang diminati.

Selain itu, aktiviti bagi pergerakan jari, tangan mata yang juga boleh

dilakukan ialah menjahit. Menjahit ialah aktiviti menyambung sesuatu seperti

kain yang koyak dengan menggunakan jarum dan benang. Bahan yang

digunakan seperti jarum, benang dan kain perca. Cara melakukannya

tertakluk kepada bentuk tugasan yang diarahkan oleh guru.

Selain itu, aktiviti yang juga boleh dilakukan bagi aktiviti pratulisan ialah

nyanyian dan pergerakan tangan. Murid-murid bernyanyi sambil

menggerakkan tangan dengan bimbingan guru. Antara tajuk lagu yang sesuai

5

Page 6: WAJ 3104

WAJ 3104

adalah lagu Enjit-enjit Semut, Kalau Rasa Gembira, Tari Lenggang dan

sebagainya. Aktiviti menguli doh merupakan salah satu aktiviti bagi pratulisan.

Murid-murid diberi peluang membuat doh sendiri dengan menggunakan

tangan dengan bimbingan guru.

Aktiviti melukis di udara, pasir, air dan cermin juga merupakan latihan

bagi pratulisan. Antara latihan yang boleh dilakukan ialah melukis bentuk atas

udara, melukis bentuk asas di atas pasir dan melukis dalam air dengan

bimbingan guru. Melalui aktiviti ini, murid dapat melatih pergerakan motor

halus mereka.

Aktiviti pratulisan juga boleh dilakukan melalui aktiviti memadankan

bentuk, gambar dan huruf. Aktiviti ini dijalankan dengan meminta murid-murid

membuat garisan lurus pada pasangan gambar yang sepadan, iaitu bentuk-

bentuk asas yang serupa, gambar yang dibahagi dua bahagian atau huruf

besar dan huruf kecil.

Kesimpulannya, kemahiran pratulis dalam kalangan kanak-kanak

bermula dengan perkembangan motor halus. Kebolehan menulis memerlukan

kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan

(Literasi Bahasa Melayu, 2011:88).

4.0 PEMULIHAN BACAAN

Pemulihan bacaan telah disediakan bagi membantu murid mengatasi

masalah kelemahan khusus dalam pembelajaran terutamanya dalam

penguasaan asas kemahiran membaca seperti menyebut suku kata dan

perkataan. Kumpulan murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai

belum menguasai kemahiran asas membaca pada tahap yang tertentu akan

mengikuti program pemulihan untuk bacaan. Program ini menggunakan

pendekatan klinikal untuk merawat kesukaran belajar atau masalah dalam

pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang berkenaan. Terdapat segelintir

murid-murid yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan

6

Page 7: WAJ 3104

WAJ 3104

kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Sindrom

Down, Lemban, Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak

berkeperluan khas. Dalam konteks pengajaran pemulihan bacaan ada empat

kaedah popular yang boleh digunakan iaitu kaedah VAK, kaedah VAKT,

kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan

sebagai pendekatan kinestetik. (Azman Wan Chik, 1993)

Kaedah VAK merupakan gabungan deria penglihatan dan

pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Menerusi kaedah

ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu

berdasarkan ingatannya. Kaedah VAK dilaksanakan mengikut langkah

pengajaran yang betul. Pada peringkat pertama murid-murid dikehendaki

memerhatikan perkataan yang hendak dipelajari dan seterusnya menyebut

perkataan tersebut. Kemudian murid-murid diminta menulis perkataan itu

berdasarkan ingatannya. Langkah yang terakhir murid-murid diminta

membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal. Langkah VAK ini

diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah yang seterusnya ialah kaedah membaca pelbagai deria

(VAKT). V ertinya visual/ penglihatan, A ertinya auditori/pendengaran, K

ertinya kenestetik/pergerakan dan T ertinya tekstil iaitu sentuhan

menggunakan jari-jari. VAKT. VAKT sesuai dipraktikkan untuk murid-murid

pemulihan kerana ada murid yang hebat dari segi penglihatan, ada murid

hebat dari segi pendengaran, ada murid hebat dari segi pergerakan dan ada

murid hebat untuk merasa/ menyentuh barulah mereka dapat belajar dengan

hebatnya. Salah satu teknik untuk mengendalikan kaedah VAKT ialah

menerusi cara belajar sambil bermain. Belajar sambil bermain sebenarnya

salah satu teknik dari banyak teknik lain seperti bercerita, bermain pupet,

teater dan sebagainya. Contohnya, guru boleh melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan seni lakonan. Murid-murid diminta berlakon dan

memegang watak masing-masing mengikut kehendak guru. Murid-murid

boleh berlakon secara spontan. Secara tidak langsung murid dapat

mengalami sendiri pengalaman itu menggunakan pancaindera mereka.

Konsep belajar sambil bermain adalah salah satu jenis terapi main. Terapi

boleh ditafsirkan sebagai pengubatan atau pemulihan kepada seseorang

7

Page 8: WAJ 3104

WAJ 3104

(tidak menggunakan ubat-ubatan dari doktor pakar). (Kamaruddin Hj Husin,

1993)

Model atau pendekatan yang seterusnya ialah Kaedah Gabungan

Bunyi-Kata (KGBK). Kaedah KGBK menggabungkan kaedah ’fonik’ dan

fonemik dan suku katanya yang jelas. Dengan itu pengajaran membaca

Bahasa Melayu boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran ’bunyi’

beberapa huruf vokal asas (a i u) dan bunyi huruf satu huruf konsonan,

misalnya bunyi ’b’ membentuk suku kata (ba bi bu) dan terus membaca

perkataan mudah ’baba’ ’bibi’ dan sebagainya. Ertinya pendekatan ini

menggabungkan bahagian membunyikan huruf dan suku kata dengan

membentuk dan membaca seluruh perkataan dalam pelajaran yang sama.

Dalam satu unit pelajaran, murid diajar membunyikan huruf (a i u b) dan suku

kata (ba bi bu) dan terus membentuk ’perkataan yang bermakna (baba, bubu,

ibu, abu) dan membacanya. Kemudian mereka menulis huruf, suku kata dan

perkataan yang mereka baca. Pada pelajaran yang berikutnya murid diajar

untuk membunyikan konsonan ’k’ misalnya bunyi suku kata ka ki ku dan terus

membentuk dan membaca perkataan (kuku, kaki, aki). Jika dicantum dengan

suku kata ba bi bu yang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan

membaca perkataan dan ayat seperti (buku abu, abu buka buku). Ini beerti

unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh

digabungkan dalam satu unit pengajaran dan pembelajaran membaca. Pada

akhir setiap pelajaran kanak-kanak boleh membaca perkataan, frasa atau

ayat bermakna. Ini lebih mudah dan cepat untuk murid mudah membaca dan

menulis. Kesimpulannya, murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua

uruf sebelum belajar membaca. (Prof Emeritus Isahak bin Haron, 2007)

Kesimpulannya, potensi setiap kanak-kanak adalah berbeza

terutamanya dalam mengusai kemahiran membaca. Sebagai seorang guru

kita hendaklah memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu tentang kaedah

bacaan untuk pemulihan dan berusaha mengubah potensi individu pemulihan

bacaan kepada tahap yang membanggakan dengan menguasai kemahiran

tersebut. Selain itu, guru mestilah mempunyai kreativiti dengan

mempelbagaikan kaedah bacaan yang sesuai dengan kanak-kanak serta

dibantu dengan bahan bacaan yang menarik. Sekiranya guru pemulihan

8

Page 9: WAJ 3104

WAJ 3104

menggunakan kaedah bacaan tersebut guru mestilah telebih dahulu

merancang aktiviti yang akan dilaksanakan di dalam bilik darjah supaya

mencapai objektif dan hasil pembelajaran.

5.0 PEMULIHAN TULISAN

Bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan

kompleks. Menulis merupakan satu kemahiran dan wahana untuk seseorang

melahirkan perasaan, pendapat dan ideanya. Kemahiran ini menggabungkan

beberapa aspek seperti aspek visual, aspek motor dan keupayaan untuk

membentuk konsep. Tulisan juga dikenali sebagai saluran utama bagi murid

untuk menunjukkan pengetahuan, keupayaan dan pencapaian mereka di

dalam bidang akademik. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis

akan mengalami masalah yang lebih kompleks dalam proses pembelajaran

mereka berbanding murid yang telah menguasai kemahiran menulis. Menurut

Mencer (1985), punca utama berlakunya masalah dalam menulis ialah

masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan huruf dan

perkataan serta daya ingatan yang lemah. Antara jenis masalah dalam tulisan

yang sering timbul ialah lambat menulis, arah menulis yang tidak betul, tulisan

terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika

menulis dan tulisan berlapis-lapis.

Sebagai seorang guru, adalah sangat penting supaya guru tersebut

peka dan mengenal pasti masalah tulisan yang dihadapi oleh murid-muridnya.

Sebelum aktiviti pemulihan tulisan dijalankan oleh guru bagi membantu murid-

murid yang menghadapi masalah tulisan, guru hendaklah mengesan dan

mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan menulis.

Langkah ini dinamakan sebagai saringan. Proses saringan ini boleh

dilaksanakan di dalam bilik darjah ketika proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru boleh menggunakan ayat atau perenggan biasa dengan

memastikan ayat atau perenggan itu tidak mengandungi perkataan yang akan

menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja dan mempunyai isi

kandungan yang dapat difahami oleh murid. Setelah murid membaca

beberapa kali ayat atau perenggan yang diberikan oleh guru beberapa kali

9

Page 10: WAJ 3104

WAJ 3104

dan setelah murid tersebut dapat mengenal pasti isi kandungannya, guru

akan meminta murid supaya menulis ayat tersebut sebanyak lima kali dengan

tulisan yang terbaik tanpa masa yang terhad. Setelah murid selesai menulis,

guru meminta pula murid menulis ayat yang sama seberapa banyak yang

mereka mampu dalam masa yang ditetapkan oleh guru tersebut. Sebaik

sahaja masa yang ditetapkan oleh guru tamat, guru akan mengarahkan

supaya murid berhenti menulis dan mengumpul hasil tulisan tersebut. Ketika

membuat penilaian terhadap tulisan-tulisan tersebut, guru harus meneliti

aspek berikut iaitu kualiti tulisan dalam ujian tanpa had masa dan kualiti

tulisan dalam ujian dengan masa yan dihadkan. Melalui ujian saringan ini,

beberapa kategori murid yang perlu diberikan perhatian dan latihan pemulihan

ialah murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian tanpa masa yang

dihadkan, murid yang kadar penulisannya terlalu lambat dan murid yang

tulisannya terlalu condong ke kiri, atau tulisannya terlalu besar atau terlalu

kecil untuk dibaca.

Kemudian, setelah murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah

yang kedua ialah diagnosis. Diagnosis bertujuan untuk menentukan jenis

kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja. Langkah diagnosis

ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus

dalam pengajarannya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. Cara yang

mudah untuk melakukan proses diagnosis ialah dengan membaca tulisan

murid dan menandakan semua huruf yang sukar dibaca atau yang

memerlukan penelitian kali kedua. Jadual senarai semua murid dan

kelemahan setiap murid dicatat di dalam jadual tersebut. Setelah itu, guru

seharusnya memberikan latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam

peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas kemahiran menulis.

Penerangan, tunjuk cara serta contoh yang jelas dan betul perlulah diberikan

agar murid dapat mengikut dengan mudah. Guru adalah model yang menjadi

ikutan murid-murid. Tulisan dan cara guru menulis contoh yang akan disalin

oleh murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan

lembaran kerja bertulis juga hendaklah disediakan oleh guru dengan

sempurna dan baik.

10

Page 11: WAJ 3104

WAJ 3104

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah

berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis

memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis atau dalam

fikirannya. Proses menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran

adalah sukar, oleh itu usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya

sukar, walaupun murid tersebut tidak menghadapi kesukaran untuk

membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa, penulisan adalah lebih mudah

dipelajari ketika murid masih kanak-kanak. Pengajaran dan perlaksanaan

aktiviti pemulihan tulisan bagi murid sekolah rendah hendaklah bermula

daripada peringkat awal lagi iaitu bermula dengan mengajar cara memegang

alat tulis dengan betul kemudian berterusan ke peringkat dan proses

seterusnya yang melibatkan aktiviti menghasilkan garis lurus, lengkokan,

bulatan dan lain-lain. Penghasilan garisan dan bentuk-bentuk ini mesti

dikuasai agar mereka dapat menulis huruf dan perkataan dengan baik.

Bagi mengajar cara memegang pensil dengan betul, guru hendaklah

memerhatikan cara murid memegang alat tulis dan kedudukan tangannya di

atas meja ketika menulis untuk memastikan pergerakan yang betul.

Seterusnya, murid diminta untuk memegang pensel dengan semua jari

mengelilingi pensel tersebut. Guru kemudiannya mengarahkan murid untuk

membuat gerakan di udara dari kanan ke kiri dan seluruh anggota tangan

harus digerakkan, bkan hanya tapak tangan sahaja. Sebaik sahaja murid

mahir dalam melaksanakan pergerakan tersebut, guru menunjukkan

bagaimana tiga jari harus berada di bahagian belakang pensel dan pensel

harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. Setelah itu, murid diminta

untuk menggerakkan pensel naik dan turun menggunakan ibu jari dan jari

telunjuk. Tiga jari yang lain berada di belakang pensel dalam keadaan senang

dan selesa.

Selepas itu, murid diminta untuk meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di

bahagian bawah pensel hampir dengan mata pensel untu melatih kawalan

terhadap jari-jari di kedudukan ini. Murid kemudiannya diajar untuk

melonggarkan pegangan pensel oleh ibu jari dan jari telunjuk, supaya pensel

dapat bersandar ke atas jari tengah di kedudukan yang selesa dan betul.

11

Page 12: WAJ 3104

WAJ 3104

Proses ini dijalankan berulang-ulang kali supaya murid dapat membiasakan

diri memegang pensel dengan betul seterusnya dapat menulis dengan baik.

6.0 RUMUSAN

Kemahiran bahasa amat penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar

untuk meningkatkan penguasaan kognitif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kemahiran bahasa seperti Kemahiran mendengar dan bertutur,

kemahiran membaca dan menulis harus diajar oleh guru secara ansur maju

dan berperingkat. Prabacaan merupakan salah satu kemahiran yang terdapat

dalam kemahiran asas membaca. Aktiviti yang melibatkan pengamatan,

penglihatan, pendengaran dan pergerakan tangan dan mata merupakan

aktiviti yang meliputi aktiviti prabacaan. Melalui aktiviti seperti ini yang

dijalankan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid akan

dapat mencapai serta mengukuhkan kemahiran membaca mereka ke arah

yang lebih baik, menarik dan teratur.

Kemahiran pratulisan merupakan kemahiran asas kepada kemahiran

menulis. Murid harus menguasai kemahiran pratulisan sebelum menguasai

proses meulis. Aktiviti pratulisan yang dijalanakan harus berfokus kepada

pergerakan-pergerakan motor murid. Guru boleh menggunakan pelbagai

bahan untuk mengajar murid-murid agar dapat menguasai kemahiran

menulis. Kesimpulannya, aktiviti dalam kemahiran ini akan membantu murid

agar dapat menggerakkan otot tangan, jari dan mengkoordinasikan

pergerakan tangan dan mata agar lebih baik.

Program pemulihan dalam pengajaran bahasa membantu murid-murid

yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran mereka. Proses pemulihan

seperti pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan dijalankan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran memberi peluang kepada murid-murid untuk

menguasai kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Aktiviti pemulihan

bacaan dan pemulihan tulisan boleh dilaksanakan melalui penyerapan

pemulihan dalam mata pelajaran lain seperti Pendidikan Muzik, Pendidikan

Seni Visual dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Contohnya, guru

12

Page 13: WAJ 3104

WAJ 3104

menggunakan penyerapan pendidikan muzik dalam pengajaran kemahiran

membaca.

Kesimpulannya, setiap aktiviti yang dijalankan untuk prabacaan,

pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan akan menyediakan murid

untuk menguasai kemahiran-kemahiran bahasa. Guru harus bijak untuk

menyediakan dan memilih bahan atau merancang aktiviti yang sesuai untuk

mengajar setiap peringkat penguasaan kemahiran bahasa. Dengan ini, murid

akan dapat menguasai kemahiran-kemahiran dan seterusnya mengukuhkan

lagi asas kemahiran bahasa.

7.0 PELAKSANAAN BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)

Pemilihan bahan untuk lakonan kanak-kanak perlu sesuai dengan

umur dan taraf berfikir dan pencapaian bahasa kanak-kanak itu sendiri.

Bentuk, isi dan tujuannya perlulah segera dapat menimbulkan minat kanak-

kanak untuk menghayati cerita dan dapat memegang sesuatu watak itu

dengan baik. Dalam hubungan ini beberapa kriteria umum yang mencakup

pertimbangan-pertimbangan didaktis – metodologis dan didaktis-psikologis

perlu sekali diperhatiankan. Kriteria umum yang dimaksudkan ialah skrip

lakonan haruslah dikarang berdasarkan tujuan tertentu yang berlandaskan

pada tujuan pendidikan yang hendak dicapai. Contohnya, skrip lakonan untuk

kanak-kanak sekolah rendah umpamanya perlulah sesuai dengan taraf

pendidikan peringkat rendah tanpa banyak menyelitkan perkara-perkara yang

ada pertaliannya dengan pengajaran dan pembelajaran secara formal di

sekolah. Kedua, bahan yang disaji contohnya bahan bantu belajar dalam

skrip itu haruslah disesuaikan dengan bahan yang diperlukan untuk mencapat

matlamat pendidikan kanak-kanak. .(Sulaiman Masri, 1993)

Ketiga, skrip lakonan perlu selalu mempertimbangkan kesulitan-

kesulitan yang akan dialami oleh kanak-kanak ketika melakonkan cerita

tersebut. Umpamanya bahan atau isi cerita perlulah dimulai dengan bahan

atau benda-benda yang selalu dilihat, diketahui atau didengar oleh kanak-

kanak, sebelum mereka melakonkan perkara-perkara yang belum pernah

13

Page 14: WAJ 3104

WAJ 3104

dilihat atau masih terbayang dalam fikiran atau perasaan mereka.

Seterusnya, bahasa yang digunakan harus sesuai dengan taraf pencapian

bahasa kanak-kanak. Misalnya, bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4

hingga 9 tahun, jumlah perkataan yang umum mereka capai adalah sekitar

800 hingga 2000 perkataan manakala kanak-kanak yang berumur 9 hingga 12

tahun, jumlahnya ialah sekitar 2000 hingga 3000 patah perkataan. Bahasa

harus terjaga dengan baik, sopan, mudah difahami, menggunakan ejaan dan

tanda-tanda baca secara teratur, menggunakan ayat-ayat yang pendek dan

mudah difahami dan perkataan yang tegas ertinya. (Sulaiman Masri, 1993)

Bagi kanak-kanak sekolah rendah cerita dongeng yang berunsurkan

teladan merupakan cerita yang sesuai dengan jiwa dan alam mereka. Pada

peringkat pembelajaran informal di rumah kanak-kanak telah mengenali cerita

dongeng menerusi ahli keluarga mereka. Contohnya, setiap malam si ibu

akan menceritakan atau membaca cerita dongeng kepada anak. Cerita

dongeng atau disebut juga sebagai mergastua sudah dikenali sejak zaman

kanak-kanak. Cerita binatang merupakan salah satu bentuk cerita yang

menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususnya dalam kalangan

kanak-kanak. (Othman Puteh & Abdul Masri,1984)

Penggunaan cerita dalam proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan salah satu kaedah yang efektif untuk mencapai objektif

pembelajaran. Pengaplikasian pelbagai teknik drama dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan cerita. Misalnya, mimos, arca

improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu,

dikon dan sebagainya. Lakonan boleh dianggap wadah yang membantu ke

arah membimbing, mendidik dan melatih kanak-kanak.

Cerita binatang menggunakan binatang sebagai watak-wataknya.

Binatang-binatang tersebut sama ada binatang peliharaan seperti kucing,

anjing, lembu, kerbau, itik atau binatang liar yang mendiami hutan-hutan

rimba seperti harimau, serigala, ular, burung, buaya dan sebagainya. Cerita-

cerita binatang ini menggambarkan binatang berlagak seperti manusia,

mempunyai akal fikiran, dapat bertutur malah berhujah seperti manusia biasa.

Di samping itu, cerita binatang ialah cerita yang watak-watak atau watak

14

Page 15: WAJ 3104

WAJ 3104

utamanya terdiri dari binatang yang diberi jiwa manusia iaitu pandai bercakap,

berfikir, bertindak, menipu, tertipu dan sebagainya. Biasanya binatang-

binatang ini berlakon sesama binatang. Walaubagaimanapun, terdapat juga

watak binatang ini berlakon dengan makhluk lain seperti manusia, raksasa

atau benda-benda yang tidak bernyawa seperti tikar, pokok, kukusan dan

sebagainya.

Hubungan kanak-kanak dengan haiwan dilihat begitu rapat dan sangat

ketara (Mahzan Arshad, 2006). Hal ini dapat dikenalpasti dengan mudah

sejak daripada peringkat awal umur mereka di mana kanak-kanak sering

kelihatan teruja dan tertarik dengan watak haiwan itu sendiri. Dengan itu,

cerita-cerita bertemakan haiwan seringkali mendapat tempat di hati kanak-

kanak sama ada hikayat-hikayat yang menggunakan watak haiwan yang

pandai berkata-kata mahupun kisah yang berkisar tentang realiti haiwan

tersebut dan habitatnya

Strategi Pelaksanaan

Bagi melaksanakan lakonan ini, pelatih telah menggunakan teknik

drama kategori teater pembaca. Teknik yang melibatkan sekumpulan murid

menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada

dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang

dipersembahkan. Namun seorang cerita akan membaca cerita dengan lancar

dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai

dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan

dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton

memahami dan menghayati cerita tersebut.

Cerita yang dipilih ialah cerita binatang yang bertajuk Pengembaraan

Sang Kancil. Haiwan dalam cerita ini berperwatakan manusia. Karakter

binatang dalam kategori ini bersifat seperti manusia dan mampu melakukan

semua aktiviti manusia dalam kehidupan seharian. Haiwan dalam cerita ini

juga boleh bertutur dalam bahasa manusia. Karakter haiwan dalam cerita

jenis ini mampu berkata-kata dan berkomunikasi dalam bahasa manusia.

Cerita ini juga dikategorikan sebagai epik binatang iaitu sejenis cerita binatang

yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya pihak lawannya. Contohnya,

15

Page 16: WAJ 3104

WAJ 3104

cerita ini berkisar tentang sang kancil yang memperdayakan serigala yang

dengki. Antara watak haiwan yang digunakan dalam cerita ini ialah kancil,

serigala, ular, burung, tupai, katak, kura-kura, arnab, monyet dan kerbau.

Antara bahan yang digunakan untuk membuat bahan bantu belajar

untuk cerita ini ialah kertas warna lembut, kertas warna, kad manila, warna air,

surat khabar, dawai, kotak, gam, ‘double tape’ dan pensel warna. Bahan-

bahan ini digunakan untuk membuat topeng dan prop untuk cerita tersebut.

Setiap watak dalam cerita Pengembaraan Sang Kancil akan menggunakan

topeng haiwan yang menggambarkan watak mereka. Topeng itu diperbuat

menggunakan kertas lembut yang pelbagai warna. Di samping itu, pelatih

juga telah menggunakan prop yang berlatarkan hutan rimba. Antara prop

yang dibina ialah awan, matahari, pokok ,kolam, bunga, rama-rama dan gua.

Prop yang dibina bukan sesuatu yang kaku. Murid-murid akan memainkan

peranan untuk memegang watak setiap prop tersebut.

Selain menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik pelatih juga

telah mengadaptasikan penggunaan bahan bantu belajar elektronik. Antara

bahan bantu belajar elektronik yang digunakan ialah muzik latar dan slaid

sebagai latar. Muzik yang dipilih sesuai dengan cerita yang berlatarkan

belantara. Manakala slaid itu sebagai petunjuk untuk latar. Misalnya, untuk

babak berlatarkan gua, slaid akan menunjukkan bahawa latar tersebut

berhampiran atau di dalam gua. Di samping itu, pelatih juga membuat

rakaman suara yang seperti melakonkan cerita tersebut. Rakaman ini akan

digunakan ketika melatih murid-murid ketika berlakon.

Langkah pelaksanaan aktiviti ini ialah pertama guru memilih cerita yang

sesuai dengan kebolehan murid. Guru telah memilih cerita pengembaraan

Sang Kancil. Guru akan meminta seorang murid menjadi pencerita manakala

beberapa orang murid lain akan memegang watar sebagai kancil, serigala,

ular, burung, tupai, katak, kura-kura, arnab, monyet dan kerbau. Selain itu,

murid-murid juga diminta memegang watak sebagai prop awan, matahari,

pokok ,kolam, bunga, rama-rama dan gua. Selepas pemilhan watak, pelakon

akan memahami watak dengan membaca skrip sambil mendengar rakaman

supaya mereka dapat mengikut dan menghayati watak dalam cerita

16

Page 17: WAJ 3104

WAJ 3104

berkenaan. Pencerita juga perlu membaca dengan baik dan menggunakan

nada dan intonasi yang sesuai mengikut plot cerita. Pelakon dikehendaki

berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan diadakan.

Guru membimbing para pelakon menjayakan lakonan dengan memberi

tunjuk ajar dan bimbingan yang sempurna. Pelakon harus melakonkan watak

mengikut skrip yang dihafal atau dibaca. Murid-murid yang menjadi watak

prop akan menjalankan peranan masing-masing untuk menghidupkan latar

cerita tersebut.

Kesimpulan, teknik lakonan yang diserap dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mampu membentuk keperibadian kanak-kanak yang mulia dan

bermoral serta dapat menghayati bidang sastera. Bidang lakonan kanak-

kanak juga berfungsi sebagai pemangkin atau motivasi. Hal ini berlaku kerana

kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha untuk berjaya. Melalui sastera

kanak-kanak seseorang kanak-kanak itu mampu meningkatkan daya motivasi

dan keyakinan dalam diri. Kanak-kanak akan berusaha untuk menjadi lebih

baik atau sama dengan kejayaan yang terdapat dalam cerita kanak-kanak itu.

Contohnya cerita binatang seperti sang kancil yang memperlihatkan

kepandaian sang kancil. Melalui dorongan cerita ini kanak-kanak itu akan

berusaha untuk menjadi sebijak sang kancil dan lebih bijak lagi daripada sang

kancil yang ada dalam cerita itu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sastera

kanak-kanak itu mampu menjadi motivasi dalam diri seseorang kanak-kanak.

17