Waktu Penyemaian, Penuaian dan...

5
Berita Rakan Penabur ialah penerbitan berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur. Alamat Surat-Menyurat P.O.Box: 8327 Kelana Jaya Post Office, 46787 Petaling Jaya SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected] Website: wawasanpenabur.org Waktu Penyemaian, Penuaian dan Pekerja Musim durian baru saja berlalu. Ketika kami di Lawas bulan lepas, durian merupakan salah satu menu makan tengah hari untuk 250 peserta Konferensi Pemimpin BEM Sarawak! Durian yang terbaik di negara ini dikatakan datang dari Bentong, yang juga dikenali sebagai "kebun durian Malaysia". Ketika tuaian sedang banyak, seorang peladang durian akan memberitahu kita bahawa jika pekerja kurang, mereka akan menghadapi beberapa masalah yang serius: sama ada 'jiran yang baik' akan menuai tanpa kebenaran untuk mereka, atau hasil tanaman akan dimakan oleh haiwan liar. Dan buah durian yang jatuh akan dibiarkan reput semata-mata kerana tidak ada tangan yang cukup untuk melakukan penuaian. Demikianlah gambaran ladang tuaian di Sabah dan Sarawak. Sekarang adalah musim penyemaian dan penuaian di Malaysia. Menyemai dan menuai lebih daripada sekadar membantu orang menjadi Kristian; ia termasuk membantu mereka bertumbuh menjadi murid- murid Tuhan. Ladang sudah menguning, tetapi orang lain yang sedang melakukan tuaian. Kita kehilangan anak-anak kita sama ada kepada Islam, atau kepada dunia. Ia adalah seperti perumpamaan tentang si penabur dalam Matius 13. Ada yang mendengar firman tetapi tidak memahaminya, dan si jahat merampas apa yang telah disemai dalam hati mereka. Ada yang mendengar firman itu dan menerimanya dengan gembira, tetapi tidak berakar. Mereka murtad apabila penindasan atau penganiayaan datang. Dan ramai yang disesatkan oleh urusan-urusan dunia serta tipu daya kekayaan. Yesus berkata, "Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit; oleh itu berdoa sungguh-sungguh kepada Tuan yang empunya tuaian, supaya Dia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu" (Mat 9:37-38). Kita semua dipanggil untuk menjadi pekerja Tuhan. Ada ramai saudara dan saudari kita di seberang Laut China Selatan, atau yang datang dari Sabah Sarawak ke Semenanjung, yang mempunyai hati untuk melayani Tuhan, tetapi tidak mempunyai sumber (terutama kewangan) yang cukup untuk menjadi pekerja Kristus yang berkesan. Ramai merasa terpanggil untuk menjadi penginjil, pastor dan pekerja di ladang Tuhan. Dalam ladang Allah (1 Kor 3: 6-9), Paulus bercakap tentang membantu seseorang menjadi seorang Kristian dan kemudian membantu mereka untuk bertumbuh. Ada di antara kita yang menyemai, menanam, dan ada yang menyiram benih. Ini termasuklah mengajar atau berkhotbah, berkongsi kebenaran tentang Yesus atau membantu pelayan Tuhan secara finansial. Sebenarnya Tuhan sendirilah yang menanam dan menyiram kerana Roh Kuduslah yang menyedarkan kita akan keperluan kita untuk Yesus, dan Dialah yang menolong kita bertumbuh secara rohani. “Bukankah kamu mengatakan: Empat bulan lagi tibalah musim menuai? Tetapi Aku berkata kepadamu: Lihatlah sekelilingmu dan pandanglah ladang-ladang yang sudah menguning dan matang untuk dituai.” (Yoh 4:35). Yesus berkata orang sudah bersedia untuk dosa-dosa mereka diampuni oleh-Nya. Ayat-ayat 36-38 mengatakan ada yang "menabur benih rohani" tetapi tidak menuai, sementara yang lain mungkin menuai walaupun tidak menyemai. Yang menuai mungkin teruja melihat orang datang kepada Allah. Tetapi kita sering lupa tentang yang menabur. Yesus berkata penuai memasuki ke dalam kerja-kerja si penabur. Ramai orang yang menabur akan terkejut apabila Allah menyatakan hasil semaian setia mereka di syurga nanti. Ini adalah waktu penyemaian dan penuaian di Malaysia. Tuhan mahu menggunakan kita sebagai saluran-Nya untuk menyebarkan Injil. Tuhan mencari orang yang ingin terlibat dalam menyemai, menyiram, dan menuai di ladang-Nya. Tiada kelayakan khas yang diperlukan - hanya mereka yang percaya kepada-Nya dan bergantung kepada-Nya dengan sepenuh jiwa, fikiran dan hati. Misi Wawasan Penabur: 1. Mengembang & mengedar bahan-bahan sumber BM Kristian dengan bekerja-sama dengan Gereja BM di Malaysia. 2. Membangun kesedaran tentang peluang dan cabaran- cabaran yang dihadapi oleh Gereja BM. 3. Menjadi jambatan antara Gereja BM dan bukan BM. Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja BM di Malaysia

Transcript of Waktu Penyemaian, Penuaian dan...

Page 1: Waktu Penyemaian, Penuaian dan Pekerjawawasanpenabur.org/wp-content/.../2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q… · Yesus berkata, "Tuaian memang ... akan keperluan kita untuk Yesus, ...

Berita Rakan Penabur ialah penerbitan berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur.

Alamat Surat-Menyurat P.O.Box: 8327 Kelana Jaya Post Office, 46787 Petaling Jaya SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected] Website: wawasanpenabur.org

Waktu Penyemaian, Penuaian dan Pekerja Musim durian baru saja berlalu. Ketika kami di Lawas bulan lepas, durian merupakan salah satu menu makan tengah hari untuk 250 peserta Konferensi Pemimpin BEM Sarawak! Durian yang terbaik di negara ini dikatakan datang dari Bentong, yang juga dikenali sebagai "kebun durian Malaysia". Ketika tuaian sedang banyak, seorang peladang durian akan memberitahu kita bahawa jika pekerja kurang, mereka akan menghadapi beberapa masalah yang serius: sama ada 'jiran yang baik' akan menuai tanpa kebenaran untuk mereka, atau hasil tanaman akan dimakan oleh haiwan liar. Dan buah durian yang jatuh akan dibiarkan reput semata-mata kerana tidak ada tangan yang cukup untuk melakukan penuaian. Demikianlah gambaran ladang tuaian di Sabah dan Sarawak. Sekarang adalah musim penyemaian dan penuaian di Malaysia. Menyemai dan menuai lebih daripada sekadar membantu orang menjadi Kristian; ia termasuk membantu mereka bertumbuh menjadi murid-murid Tuhan. Ladang sudah menguning, tetapi orang lain yang sedang melakukan tuaian. Kita kehilangan anak-anak kita sama ada kepada Islam, atau kepada dunia. Ia adalah seperti perumpamaan tentang si penabur dalam Matius 13. Ada yang mendengar firman tetapi tidak memahaminya, dan si jahat merampas apa yang telah disemai dalam hati mereka. Ada yang mendengar firman itu dan menerimanya dengan gembira, tetapi tidak berakar. Mereka murtad apabila penindasan atau penganiayaan datang. Dan ramai yang disesatkan oleh urusan-urusan dunia serta tipu daya kekayaan. Yesus berkata, "Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit; oleh itu berdoa sungguh-sungguh kepada Tuan yang empunya tuaian, supaya Dia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu" (Mat 9:37-38). Kita semua dipanggil untuk menjadi pekerja Tuhan. Ada ramai saudara dan saudari kita di seberang Laut China Selatan, atau yang datang dari Sabah Sarawak ke Semenanjung, yang mempunyai hati untuk melayani Tuhan, tetapi tidak mempunyai sumber (terutama kewangan) yang cukup untuk menjadi pekerja Kristus yang berkesan. Ramai merasa terpanggil untuk menjadi penginjil, pastor dan pekerja di ladang Tuhan. Dalam ladang Allah (1 Kor 3: 6-9), Paulus bercakap tentang membantu seseorang menjadi seorang Kristian dan kemudian membantu mereka untuk bertumbuh. Ada di antara kita yang menyemai, menanam, dan ada yang menyiram benih. Ini termasuklah mengajar atau berkhotbah, berkongsi kebenaran tentang Yesus atau membantu pelayan Tuhan secara finansial. Sebenarnya Tuhan sendirilah yang menanam dan menyiram kerana Roh Kuduslah yang menyedarkan kita akan keperluan kita untuk Yesus, dan Dialah yang menolong kita bertumbuh secara rohani. “Bukankah kamu mengatakan: Empat bulan lagi tibalah musim menuai? Tetapi Aku berkata kepadamu: Lihatlah sekelilingmu dan pandanglah ladang-ladang yang sudah menguning dan matang untuk dituai.” (Yoh 4:35). Yesus berkata orang sudah bersedia untuk dosa-dosa mereka diampuni oleh-Nya. Ayat-ayat 36-38 mengatakan ada yang "menabur benih rohani" tetapi tidak menuai, sementara yang lain mungkin menuai walaupun tidak menyemai. Yang menuai mungkin teruja melihat orang datang kepada Allah. Tetapi kita sering lupa tentang yang menabur. Yesus berkata penuai memasuki ke dalam kerja-kerja si penabur. Ramai orang yang menabur akan terkejut apabila Allah menyatakan hasil semaian setia mereka di syurga nanti. Ini adalah waktu penyemaian dan penuaian di Malaysia. Tuhan mahu menggunakan kita sebagai saluran-Nya untuk menyebarkan Injil. Tuhan mencari orang yang ingin terlibat dalam menyemai, menyiram, dan menuai di ladang-Nya. Tiada kelayakan khas yang diperlukan - hanya mereka yang percaya kepada-Nya dan bergantung kepada-Nya dengan sepenuh jiwa, fikiran dan hati.

Misi Wawasan Penabur:

1. Mengembang & mengedar bahan-bahan sumber BM Kristian dengan bekerja-sama dengan Gereja BM di Malaysia.

2. Membangun kesedaran tentang peluang dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Gereja BM.

3. Menjadi jambatan antara Gereja BM dan bukan BM.

Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja BM di Malaysia

Page 2: Waktu Penyemaian, Penuaian dan Pekerjawawasanpenabur.org/wp-content/.../2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q… · Yesus berkata, "Tuaian memang ... akan keperluan kita untuk Yesus, ...

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Buku Kanak-Kanak: Yesus Sayang Padaku

Bolehkah kanak-kanak memahami Injil dan mengetahui karya penyelamatan Kristus? Bagaimana kita menjelaskan Injil kepada kanak-kanak dalam bahasa yang mudah termasuk konsep dosa, taubat, keselamatan melalui iman dan rahmat Allah? "Yesus Sayang Padaku" adalah sebuah buku kecil yang bertujuan untuk menjelaskan pentingnya untuk mengasihi dan mentaati Tuhan sejak dari awal, dan memperkenalkan Yesus sebagai sahabat setia kepada kanak-kanak. Buku ini boleh didapati dalam 3 bahasa - Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.

Pengarang buku itu, Larry Siah, berkata keselamatan adalah satu proses bagi kebanyakan kanak-kanak. Pada mulanya, pengakuan iman seorang kanak-kanak mungkin hanya sekadar rasa percaya kepada fakta. Mereka mungkin tidak memiliki kefahaman penuh untuk membuat keputusan yang bebas ataupun memperbaiki tingkah-laku. Akan tetapi, perkembangan di dalam pengetahaun akan Tuhan pasti membuat mereka lebih mengenal dan mengasihi Kristus. Kepekaan untuk mengetahui dan memper- timbangkan perkara yang betul dan salah juga akan menjadi lebih tajam.

Buku terbitan Wawasan Penabur ini boleh didapati dengan harga RM 4/naskah. Ia boleh menjadi hadiah Krismas yang sangat baik pada tahun ini.

Inisiatif TITUS 2:7

Akhirnya kami selesai mengunjungi kesemua sekolah teologi yang ada di Sabah dan Sarawak dengan MTS Malangkap di Kota Belud sebagai sekolah terakhir yang dikunjungi pada Julai 2015. Kami juga melawat kedua kali ke PCS PPT. Seramai 544 orang pensyarah dan pelajar dari 11 sekolah Alkitab di Sabah dan Sarawak telah menerima Alkitab Edisi Studi sejak kami mula melawat semua sekolah teologi (kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman) bermula April 2014. Buku-buku juga telah dibawa masuk dan disediakan kepada mereka pada harga yang sangat rendah.

Maktab Teologi Sabah, Malangkap Pusat Pendidikan Teologi (PPT), Kudat

Pada bulan Ogos dan September lalu, kita menghabiskan hampir 5 minggu di Sabah & Sarawak untuk menghadiri Konferensi Pemimpin SIB Sabah di Kota Kinabalu; dan Konferensi Pastor BEM Sarawak di Sarikei, Lawas dan Marudi. Puji dan syukur kepada Tuhan bagi mereka yang telah menyumbang kepada Inisiatif Titus 2:7, yang membolehkan Alkitab Edisi Studi disediakan kepada para pastor, pemimpin dan pelajar sekolah Alkitab dengan harga RM 50. Sebanyak 413 naskhah telah diedarkan kepada SIB Sabah, dan 433 naskah kepada pemimpin/pastor BEM Sarawak, serta 386 naskah lagi kepada guru-guru Sekolah Minggu BEM Sarawak.

Guru Sekolah Minggu BEM Sarawak & Meja Buku WP di Konferensi

Tuhan juga membuka pintu baru bagi kami untuk membawa masuk buku-buku Kristian kepada beberapa asrama Kristian di Sabah. Asrama-asrama ini telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada respons Gereja untuk keperluan pelajar miskin dan memuridkan mereka agar bertumbuh dalam firman. Ia juga merupakan satu strategi untuk memerangi usaha pengislaman di kalangan pelajar yang tinggal di asrama sekolah-sekolah Kerajaan.

Kempen Satu Anak Kristian Satu Alkitab Alkitab Kanak-Kanak masih lagi mendapat permintaan. Kami telah mendengar testimoni bagaimana buku ini memberkati kanak-kanak. Seorang guru Sekolah Minggu memberi kesaksian bahawa dia harus benar-benar mengkaji Firman Tuhan kerana kini kanak-kanak sudah pandai 'memeriksa' cerita-cerita Alkitab yang dia beritahu dalam kelas! Alkitab Kanak-Kanak juga digunakan dalam persekutuan ISCF di Sarawak. Seperti biasa, kami tidak tahu ke mana buku-buku ini akan sampai dan siapa yang membacanya. Gambar kanak-kanak yang menerima Alkitab Kanak-Kanak akan dihantar kepada kami oleh pelbagai gereja atau individu melalui kempen "Satu Anak Kristian Satu Alkitab" kami. Kami mendapat kejutan yang menyenangkan apabila kami pergi ke pedalaman Lahad Datu bulan lalu, di mana Gereja Baptist di pedalaman itu memberitahu gambar anak-anak mereka muncul dalam video klip kami. Kanak-kanak tersebut (kini remaja) berdiri di hadapan kita! Kami menerima gambar tersebut 2 tahun yang lalu!

26Yesus berkata, “Apabila Allah memerintah, keadaannya dapat

diumpamakan seperti seorang yang menabur benih di ladangnya. 27

Pada malam hari dia tidur; pada siang hari dia bekerja. Sementara itu, benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar.

Orang itu tidak mengerti bagaimana hal itu berlaku. 28

Tanah itulah yang menumbuhkan tanaman sehingga berbuah: mula-mula pucuk, kemudian bulir dan akhirnya buah.

29Manakala buahnya masak, orang itu pun mula menuainya kerana

musim menuai sudah tiba.” (Mrk 4:26-29)

Page 3: Waktu Penyemaian, Penuaian dan Pekerjawawasanpenabur.org/wp-content/.../2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q… · Yesus berkata, "Tuaian memang ... akan keperluan kita untuk Yesus, ...

Menjambatani Komuniti Kristian

Inisiatif Sikhem Ada perpatah Melayu yang berbunyi, “Berat mata memandang, lebih berat bahu yang memikul.” Dan ini adalah dua realiti yang Wawasan Penabur sedari. Satu realiti ialah saudara seiman dari gereja BM memerlukan bantuan - banyak bantuan. Realiti yang satu lagi adalah banyak gereja bukan-BM mahu membantu, tetapi mereka tidak tahu bagaimana. Mereka melihat beban berat di bahu saudara mereka yang dari gereja BM. Mereka mahu meminjamkan bahu kepada mereka. Bagaimana kedua-dua realiti ini boleh ditemukan? Melalui Inisiatif Sikhem yang dilancarkan pada 24 September 2015, Wawasan Penabur

berharap untuk menemukan kedua-dua realiti ini.

Sikhem berasal dari perkataan Ibrani, shékém, yang bermaksud “bahu”, “pundak” atau “pelana”. Oleh itu, Sikhem adalah nama yang tepat untuk inisiatif ini. Melalui inisiatif ini, Wawasan Penabur berharap dapat meminjamkan bahu kita ke bahagian pemuridan yang amat diperlukan -- untuk membantu mereka yang memuridkan, dan yang dimuridkan, terutamanya di kalangan belia.

Semakin ramai saudara-saudari kita dari gereja Sabah, Sarawak dan Orang Asli yang mempunyai hati untuk melayani Tuhan, tetapi

tidak mempunyai sumber kewangan yang diperlukan untuk menjadikan mereka pelayan Kristus yang berkesan. Walaupun kami bersyukur ramai yang menyahut seruan Allah dan mendaftar sebagai pelajar di sekolah Alkitab, kewangan adalah satu cabaran kerana latar belakang mereka yang dari luar bandar. Ramai daripada mereka merasa sukar untuk membayar yuran sekolah dan gereja mereka tidak dapat menyediakan apa-apa bantuan kewangan kepada mereka.

Sebahagian daripada tamu Thanksgiving Dinner Wawasan Penabur

(24-September 2015)

Beberapa statistik tentang keperluan mendesak pekerja pastoral dalam beberapa denominasi terpilih (pekerja pastoral termasuk pastor, gembala dan penginjil):

Denominasi Ahli Gereja Pekerja Pastoral

SIB Sabah 120,000 550 380

BEM Sarawak 130,0001 703 403

BCCM BM2 22,000 90 46

PCS3 52,520 327 144

1 Tidak termasuk kanak-kanak

2 Sumber: http: //www.bccm.org.my (2009)

3 Sumber: http://protestantchurchinsabah.org/ (Laporan Synod 2015)

Hanya 52 orang digaji. Yang lain melayani secara sukarela.

Golongan belia terutamanya pelajar sekolah, kolej dan universiti, adalah ladang tuaian yang terbesar di mana pemuridan Kristian amat diperlukan. Ladang sudah menguning, tetapi orang lain yang menuai mereka. Kita kehilangan anak-anak kita kepada usaha-usaha pengislaman agresif di sekolah-sekolah, kolej, universiti; atau kepada dunia. PEKDIS (Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2005 dengan misi untuk menggalakkan ahli-ahli mereka untuk menyebarkan dakwah Islam di sekolah-sekolah. Sehingga tahun 2010, bilangan guru Pengajian/ Pendidikan Islam yang merupakan ahli PEKDIS di seluruh negara telah mence-cah 43,000 orang. Mereka meramalkan ahli mereka akan mencapai 60,000 apabila semua jawatan kosong yang ada dipenuhi pada tahun 2015. Berdasarkan statistik 2014 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan (http://www.moe.gov.my/en/home), terdapat 10,154 buah sekolah (7,760 sekolah rendah dan 2,395 sekolah menengah) di Malaysia, dengan jumlah pelajar 2,704,046 di sekolah rendah dan 2,220,679 di sekolah menengah. Ini menjadikan jumlah pelajar seramai 5,120,802.

Dengan mengambil anggaran kasar 60,000 orang guru Pengajian Islam di seluruh negara pada tahun itu, maka terdapat purata 6 orang guru untuk setiap sekolah di seluruh

negara yang ditempatkan di sana khusus untuk usaha pendakwahan Islam. Berapa ramai pula guru Kristian yang kita ada di sekolah-sekolah di seluruh negara? Adakah kita mampu untuk membendung gelombang yang datang jika anak-anak kita dan anak-anak muda tidak berakar dalam Firman Tuhan? Ramai yang mahu menyahut seruan Tuhan yang empunya penuaian. Tetapi iman yang besar diperlukan untuk mengambil langkah melayani-Nya sepenuh masa, kerana mereka tidak dapat hidup dengan hanya bergantung kepada udara dan air. Malah, ramai pekerja penuh masa yang memuridkan pelajar sekolah dan universiti memerlukan sumber tambahan untuk melepaskan mereka melakukan pelayanan dengan lebih berkesan. Kita boleh membantu memikul sebahagian daripada keperluan ini. Inisiatif Sikhem membuka pintu kepada anda dan saya untuk menjadi sebahagian daripada pekerja Tuhan di ladang-Nya - sebagai penabur, penyemai, penanam, atau penuai. Kami berdoa agar langkah strategik ini akan dapat memastikan generasi pelapis Kristian di Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam Firman Tuhan, supaya mereka boleh menjadi alat-Nya untuk membawa air yang menyegarkan hidup kepada dunia jiwa-jiwa yang dahaga.

Page 4: Waktu Penyemaian, Penuaian dan Pekerjawawasanpenabur.org/wp-content/.../2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q… · Yesus berkata, "Tuaian memang ... akan keperluan kita untuk Yesus, ...

Model Tadbir Urus Wawasan Penabur “Saya berhenti mendukung pelayan Tuhan kerana mereka hanya menulis kepada saya apabila mereka memerlukan bantuan. Tidak ada berita tentang bagaimana dan apa yang mereka buat untuk sepanjang tahun. Dan saya tidak pasti jika mereka menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang baik.” “Selama bertahun-tahun kami tidak menerima apa-apa berita daripada mereka, tetapi kita masih setia mendukung dan percaya kepada apa yang mereka lakukan.” Sering kali kita mendengar komen seperti itu. Dan kita menyedari bahawa kedua-dua pemberi dan penerima perlu berkomunikasi dengan satu sama lain. Melalui Inisiatif Sikhem, Wawasan Penabur berharap dapat menjadi jambatan antara penaja dan penerima lintas denominasi dan bahasa. Dalam model akauntabiliti dan tadbir urus kami, kami cuba untuk memastikan semua pihak (komuniti yang menghantar, sekolah, organisasi atau gereja, penaja dan penerima) memainkan peranan mereka dalam mengekalkan komunikasi dan hubungan.

Anda Perlu Menanam Benih untuk Mendapatkan Tuaian

Model ini perlu melangkaui hanya memberi dan menerima wang. Sebagai contoh, pelajar sekolah Alkitab yang dibantu secara 70-30% bersama-sama dengan komuniti/gereja yang menghantar mereka merupakan satu pelan yang berkesan. Walaupun pada kenyataannya

bahawa komuniti atau gereja yang menghantar mereka tidak mampu untuk menyediakan biasiswa penuh untuk pelajar, mereka sekurang-kurangnya perlu menyediakan 30% sokongan, sekali gus menggalakkan rasa pemilikan komuniti tersebut terhadap bakal pastor/gembala mereka. Penaja akan menyokong sehingga 70% daripada kos tersebut, dan mereka digalakkan untuk berdoa, menghantar mesej, bahkan juga melawat pelajar tajaan mereka. Sekolah memainkan peranan yang penting dalam pemilihan dan rekomendasi pelajar. Mereka juga diminta menghantar laporan akademik pelajar di akhir setiap semester. Sebaliknya, penerima harus memberi laporan kepada penaja sekurang-kurangnya sekali dalam setiap beberapa bulan, serta berdoa untuk penaja mereka. Wawasan Penabur akan bekerjasama rapat dengan semua pihak yang terlibat dalam pemilihan pelajar, menghubungkan penaja dengan penerima, dan membuat pembayaran biasiswa ke sekolah Alkitab. Kami akan memastikan komunikasi yang berterusan, dan laporan dihantar kepada penaja.

Anda Mendapat Apa yang Anda Tanam Anda tidak boleh mempunyai sebuah taman tanpa menanam benih. Dan anda tidak boleh mengharapkan hasil tanaman tanpa benih ditanam. Kita perlu mendidik mereka yang menerima untuk bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang mereka terima daripada penderma. Mereka tidak boleh mengharapkan sokongan yang berterusan jika mereka tidak belajar untuk bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada penderma mereka. Pemikiran mereka perlu diubah. Ia bukan “hak” mereka untuk menerima sokongan daripada para penabur tanpa rasa syukur.

Pada masa yang sama, penderma mestilah berfikiran berlandaskan Firman Tuhan. Dalam Kerajaan Allah, benih yang kita tanam itu adalah firman. Memang mereka berhak untuk menerima laporan dan meng-

hentikan pembiayaan mereka jika penerima tidak menunjukkan minat untuk berkomunikasi. Tetapi adalah menjadi tugas mereka untuk mendoakan benih supaya jatuh di tanah yang baik, sehingga orang-orang yang mendengar firman akan memahaminya, bertumbuh dan membuahkan hasil sehingga seratus, enam puluh, atau tiga puluh kali ganda. Semua benih pada dasarnya akan berkembang, menjadi matang dan menambah-biak.

10 Ia yang menyediakan benih bagi penabur, dan roti untuk dimakan, Ia juga yang akan menyediakan benih bagi kamu dan melipatganda-

kannya dan menumbuhkan buah-buah kebenaranmu; 11 kamu akan diperkaya dalam segala macam kemurahan hati, yang

membangkitkan syukur kepada Allah oleh karena kami. 12 Sebab pelayanan kasih yang berisi pemberian ini bukan hanya mencukupkan

keperluan-keperluan orang-orang kudus, tetapi juga melimpahkan ucapan syukur kepada Allah. 13 Dan oleh sebab kamu telah tahan uji

dalam pelayanan itu, mereka memuliakan Allah karena ketaatan kamu dalam pengakuan akan Injil Kristus dan karena kemurahan hatimu dalam membagikan segala sesuatu dengan mereka dan

dengan semua orang, 14 sedangkan di dalam doa mereka, mereka

juga merindukan kamu oleh karena kasih karunia Allah yang melimpah di atas kamu. (2 Kor 9:10-14. TB)

Penabur dan Pekerja

(1) Minggol Bin Lobok Sebelum saya masuk ke Pusat Pendidikan Teologi (PPT) PCS, saya melayani sebagai gembala sambilan di Luntuk-Gailun, Pitas. Seorang gembala sambilan biasanya tidak menerima gaji dan melayani secara sukarela. Saya merasa terpanggil untuk belajar teologi kerana terdapat banyak keperluan jemaat, dan secara peribadi saya ingin mengenal Tuhan dengan lebih dekat lagi. Pada awal pengajian di PPT, saya terpaksa bekerja sambilan di luar

lsekolah bagi membiayai perbelanjaan harian keluarga saya serta keperluan persekolahan anak-anak saya. Dari pelbagai kerja tersebut, saya memperoleh RM200/bulan - tidak cukup untuk keluarga saya tetapi kita telah belajar untuk hidup berjimat cermat. Sekarang saya mendapat bantuan biasiswa sebanyak RM400/bulan daripada sebuah sel grup di PJ. Sebahagian daripada biasiswa itu adalah untuk yuran pengajian, dan selebihnya untuk perbelanjaan harian keluarga saya. Tetapi saya tetap bekerja sampingan untuk menambah pendapatan kami. Namun saya bersyukur kerana melalui Wawasan Penabur, telah mencari penaja bagi kami untuk membantu meringankan beban saya. Saya akan tamat pengajian tahun ini, dan terbuka untuk melayani Tuhan di mana sahaja yang dihantar oleh PCS Pusat.

Page 5: Waktu Penyemaian, Penuaian dan Pekerjawawasanpenabur.org/wp-content/.../2014/05/Berita-Rakan-Penabur-Q… · Yesus berkata, "Tuaian memang ... akan keperluan kita untuk Yesus, ...

BERSUKA & BERSYUKUR bersama kami untuk:

1. Rahmat dari Tuhan untuk semua peluang dan pintu

yang terbuka bagi kami bekerjasama dengan pelbagai

gereja, denominasi, individu & organisasi Kristian di

pelbagai tempat.

2. Penyediaan dan penguatan dari Tuhan untuk semua

pelayanan Wawasan Penabur.

3. Anda… rakan sepelayanan dan Rakan Penabur kami.

BERDOA bersama kami untuk:

1. Perlindungan Tuhan atas pelayanan ini.

2. Perlindungan ilahi untuk kami dan keluarga kami.

3. Perlindungan untuk semua perjalanan kami.

4. Hikmat dan petunjuk dari Tuhan yang jelas untuk

pelbagai keputusan bagi peluang-peluang pelayanan.

5. Jadual perjalanan dan perkongsian kami:

Oktober

17-18 Living Waters Presbyterian Church,

Muar

24-25 Gereja El-Shaddai, Butterworth

November 6-7 Persidangan Agung SIB Semenanjung

15 Varsity Gospel Centre, PJ

Desember 18-20 Wawasan Penabur Board Planning

Sila hubungi kami jika gereja anda mahu kami berkongsi tentang peluang dan cabaran yang dihadapi oleh Gereja BM di Sabah & Sarawak. Tuhan memberkati anda.

(2) Charles Pius Saya adalah anak sulung daripada lima orang adik-beradik, dan dibesarkan dalam keluarga Kristian. Kedua-dua ibu bapa saya adalah pelayan Tuhan sepenuh masa, sebagai penginjil dan pemimpin gereja. Secara peribadi, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi seorang pastor atau masuk sekolah Alkitab, tetapi pada tahun 2011, Tuhan membuka hati saya untuk belajar di Pusat Latihan Pemuridan Asas (PLPA) di Tagaroh,Kota Marudu. Tiga

bulan di PLPA, saya menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti di Sarawak. Selepas seminggu bergumul, saya menyedari bahawa saya akan menyesal untuk sepanjang hidup saya jika saya meninggalkan PLPA, terutamanya selepas melihat bagaimana Tuhan telah memelihara saya untuk lebih dekat kepada-Nya. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran saya ke Maktab Teologi Sabah (MTS). Saya berjalan dalam iman dan percaya jika Tuhan telah memanggil saya, Dia pasti akan menyediakan semua keperluan saya. Untuk 2 tahun yang pertama, saya hanya makan sekali dalam sehari dan melakukan banyak kerja sampingan demi untuk membayar yuran pengajian saya. Satu hari, saya terjumpa satu nama dan nombor telefon pada kotak yang berisi buku-buku terbitan Wawasan Penabur. Saya mencuba nasib dengan menulis dan berkongsi kepada orang tersebut. Dia memberi respons dan puji Tuhan melalui WP, saya menerima biasiswa daripada sebuah sel grup dari PJEFC pada tahun 2014. Itu memperbaharui harapan saya dan saya sangat bersyukur kepada Tuhan. Saya terus berkomunikasi dengan penaja saya, walaupun e-mel saya perlu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan e-mel mereka kepada BM oleh Wawasan Penabur. Saya kini dalam tahun akhir di MTS, dan sebentar lagi akan menamatkan pengajian saya. Saya siap digunakan oleh Allah di mana sahaja Dia mahu saya melayani. Saya menghargai doa anda supaya saya boleh menjadi seorang hamba Tuhan yang setia.

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya

percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya

ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif ini

supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan gereja

BM melalui tenaga, dana dan doa.

Terlibat dalam projek penulisan dan

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Menyumbang kepada “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” untuk kanak-kanak Gereja BM Orang Asli,

Sabah dan Sarawak

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Menyumbang kepada “Inisiatif TITUS 2:7” Wawasan

Penabur bagi menyediakan Alkitab Edisi Studi untuk para

pastor, pemimpin dan pelajar sekolah Alkitab BM.

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”.

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ____________________________________________________________________________

Nombor Telefon : _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in : Akaun Public Bank: 3127674507 atau Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.