WAKTU SESUDAH ITU

20
OTHMAN HJ. ZAINUDDIN WAKTU SESUDAH ITU PLOT

description

WAKTU SESUDAH ITU. OTHMAN HJ. ZAINUDDIN. PLOT. Binaan & Susunan Plot. Plot Kronologis (Konvensional). Plot dibina menurut urutan masa, iaitu yang dahulu didahulukan, dan kemudian dikemudiankan. ( Kronologi/Urutan ). - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of WAKTU SESUDAH ITU

Page 1: WAKTU SESUDAH ITU

OTHMAN HJ. ZAINUDDIN

WAKTU SESUDAH ITU

PLOT

Page 2: WAKTU SESUDAH ITU

Plot Kronologis (Konvensional)Plot dibina menurut urutan

masa, iaitu yang dahulu

didahulukan, dan kemudian dikemudiankan.

(Kronologi/Urutan)

Page 3: WAKTU SESUDAH ITU

• Drama ini dimulai dengan peristiwa Hindun dihina oleh masyrakat, terutamanya Bidin kerana dia miskin dan melarat.

• Kehidupan Hindun berubah apabila dianugerahi gelaran Serikandi Negara yang melayakkan dia menerima pelbagai hadiah lumayan.

• Hindun mula disanjung masyarakat, terutama Bidin yang mengakui Hindun sebagai emak saudaranya dan Hasan yang mengaku dirinya sebagai anak Hindun.

• Drama ini berakhir dengan peristiwa kematian Hindun. Sebelum meninggal, Hindun telah menolak hadiah yang dimenanginya dan mengesyorkan supaya hadiah itu diwakafkan ke rumah orang-orang tua dan anak yatim.

Page 4: WAKTU SESUDAH ITU

Struktur Plot:

pengenalan peleraian

puncak

perkembangan

perumitan

pertengahanpenurunan

Page 5: WAKTU SESUDAH ITU

pengenalan:

Watak Hindun diperkenalkan.

Page 6: WAKTU SESUDAH ITU

pertengahan:

• Perkembangan

Peristiwa Hindun dihina dan diusir oleh Bidin di kedai kopinya kerana dia miskin dan melarat.

• PerumitanPeristiwa rumah Hindun hendak dibakar oleh Bidin dan Hindun akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat

Page 7: WAKTU SESUDAH ITU

pertengahan:

• Puncak / KlimaksPeristiwa Yang Berhormat dan Suratman bertemu dengan Hindun yang layak menerima gelaran Serikandi Negara dan akan menerima pelbagai jenis hadiah. Kehidupan Hindun berubah dengan gelaran itu.

• Penurunan Peristiwa Bidin mengakui dirinya sebagai anak saudara Hindun dan Hasan pula mengaku dirinya anak Hindun tatkala Hindun mulai disanjung masyarakat.

Page 8: WAKTU SESUDAH ITU

peleraian:

• Peristiwa kematian Hindun. Hadiah kemenangannya diwakafkan kepada rumah orang-orang tua dan anak yatim. Hasan pula menerima rumah setinggan dan barang-barang di dalamnya sahaja.

Page 9: WAKTU SESUDAH ITU
Page 10: WAKTU SESUDAH ITU

Dialog

• dialog Bidin-Hindun dalam keadaan kasar di dalam kedai kopi (ms. 249-251)

• dialog Suratman-Ustaz Lotfi dalam keadaan baik dan sopan (ms.252-254)

Page 11: WAKTU SESUDAH ITU

Monolog

• Mansur : Bidin ni nak hidup sendiri. Tak senang tengok orang lain hidup. Seolah-olah dunia ni dia punya seorang…Orang macam ni, kalau tak kita celikkan matanya, tak mahu dia melihat. Yang dia lihat, apa yang betul pada dirinya sahaja (ms.262).

Page 12: WAKTU SESUDAH ITU

Imbas kembali

• Karim menceritakan peristiwa Hindun menolong Hayati sewaktu tumpah darah akibat keguguran anak (ms. 258)

• Karim memberitahu Hasan bahawa dialah yang telah membina rumah untuk Hindun tinggal (ms. 289)

• Yang Berhormat menceritakan tentang jasa Hindun sebagai pejuang, pemidato dan pendidik sewaktu zaman kemerdekaan (ms. 270-272)

• Hasan mengimbas kembali tentang anak yang ditinggalkan Hindun dahulu, iaitu dirinya sewaktu bertemu dengan Hindun (ms.284).

Page 13: WAKTU SESUDAH ITU

Imbas muka (ramalan peristiwa yang akan berlaku)

• Apabila Hindun meninggal dunia, Hasan berharap agar dia akan mewarisi segala harta Hindun kerana dia mengaku bahawa dia anak tunggal lelaki Hindun (ms.295)

Page 14: WAKTU SESUDAH ITU

Pemerian (deskriptif: bercerita tentang suatu kejadian)

• Yang Berhormat bercerita tentang apa yang dilakukan Hindun selaku pejuang, pemidato dan pendidik sewaktu zaman pra-kemerdekaan (ms.270,272)

Page 15: WAKTU SESUDAH ITU

saspens (unsur ketegangan yang menimbulkan

rasa ingin tahu)

• Mansur memberitahu ibu dan ayahnya bahawa Bidin hendak membakar rumah Hindun (ms. 261)

• Menurut Mansur lagi, Bidin membawa kawan-kawannya untuk menghalau Hindun dari kampung itu kerana Hindun dikatakan pengotor (ms.261)

• Sewaktu wasiat akan dibacakan dan siapa yang akan mewarisi harta Hindun (ms.296)

Page 16: WAKTU SESUDAH ITU

kejutan (sesuatu yang berlaku di luar

jangkaan pembaca) • Karim yang selalu membantu dan berlaku

baik terhadap Hindun tidak mendapat apa-apa dalam wasiat Hindun (ms.296)

• Hasan yang mengaku sebagai anak tunggal lelaki Hindun hanya mendapat rumah setinggan dan barang-barang di dalamnya (ms.296)

Page 17: WAKTU SESUDAH ITU

konflik

• Bidin dan Karim bertengkar apabila Bidin menuduh Hindun pengotor dan punca pencemaran sungai (ms.263-264) – Konflik Idea

• Bidin menerkam dan meninju muka Karim apabila Karim tidak setuju Bidin tinggal di kawasan setinggan kerana Bidin seorang kaya dan mewah (ms.264) – Konflik Fizikal

Page 18: WAKTU SESUDAH ITU

Babakan

• Yang Berhormat memperkenalkan Hindun semasa muda sebagai pejuang, pemidato, dan pendidik melalui teknik suara latar (ms.271-272)

• gambar kanak-kanak sedang beratur pada tahun 50-an atau 60-an, perjuangan askar Melayu dan polis menentang pengganas, perpindahan orang kampung semasa darurat, gerakan menentang Malayan Union, dan Hindun sewaktu dalam penjara diselitkan semasa diperdengarkan suara latar sebagai ‘superimpose’.

Page 19: WAKTU SESUDAH ITU

Sudut pandangan

• Sudut pandangan orang ketiga terbatas

• pengarang tidak menceritakan semua watak tetapi memilih watak-watak tertentu sahaja.

• Tumpuan lebih terarah kepada watak-watak tertentu sedangkan pada watak-watak lain, tumpuannya terbatas.

Page 20: WAKTU SESUDAH ITU

Cikgu Noraidah