wang kertas adalah riba

20

Click here to load reader

description

cerita pasal duit, wang fiat, wang kertas, emas

Transcript of wang kertas adalah riba

Page 1: wang kertas adalah riba

Tahun 2014

wang kertas adalah riba Penerangan ringkas ikut style sendiri

anakrantau sembilanlapan

Page 2: wang kertas adalah riba

A. Kenapa wang kertas (currency/wang fiat) dianggap sebagai akar kepada riba ?

Riba adalah salah satu bentuk penindasan.

1. Dalam perjanjian bretton wood 1971, wang kertas tidak lagi diikat dengan emas. wang kertas negara-negara lain diikat dengan wang kertas usd. wang kertas usd menjadi wang yang bernilai berasaskan undang-undang sistem kewangan dunia.

“Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.” - http://muhdhazrie.wordpress.com/2014/04/30/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam-sejarah-manusia/

2. Wang mesti menjadi satu medium pengukur nilai barang yang konsisten/tetap. Di dalam wang itu mesti ada harga. “Nilai” dalam Wang kertas sekarang semakin jatuh. Bermakna wang kertas bukanlah pengukur nilai .

3. wang kertas (wang fiat/currency) muncul apabila hutang dicipta. Maksudnya setiap kali hutang dibuat di bank atau mana-mana institusi kewangan, wang kertas akan bertambah.

Nota kaki : melalui 3 maklumat di atas, wang kertas sudah memperlihatkan bentuk-bentuk penindasan ? wang sepatutnya unsur bebas yang mempunyai nilai semula jadi di dalamnya. Di mana penindasannya ? nilai wang kertas semakin hari semakin hilang. Impaknya, harga barang semakin meningkat dengan cepat. Tidak berbaloi dengan kerja keras yang diusahakan.

B. Sejarah wang kertas

Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini boleh ditebus kembali untuk mendapatkan emas/perak yang disimpan. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar.

Page 3: wang kertas adalah riba

C. Sekilas Sejarah Mata Wang Dunia

- 1879 Sistem kewangan dunia kembali kepada piawaian emas.

- 1914 penggunaan piawai emas dibatalkan kerana banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia I mencetak mata wang lebih banyak dari simpanan emas yang dimilikinya.

- 1933 FD Roosevelt dilantik menjadi presiden ketika AS mengalami Great Depression, ia memperkenalkan beberapa langkah reformasi sosial dan ekonomi. Ia membatalkan piawai emas dan mengarahkan untuk mencairkan semula 500,000 keping wang emas bernilai USD 20 setiap satu.

- 1 Julai 1944 Perjanjian Bretton Woods di AS. Negara-negara sekutu bersepakat untuk menstabilkan semula kadar tukaran setelah Perang Dunia II. Kerajaan Amerika berjanji kepada rakyatnya dan orang luar bahawa Amerika akan menukar wang kertas USD 35 dengan 1 auns emas. Perjanjian ini juga menyepakati bahawa pencetakan mata wang sesebuah negara berdasarkan rizab emas, dan dolar dijadikan sebagai piawai semua mata wang dunia.

- 15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mengamalkan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistem kewangan dunia diubah, mata wang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab mata wang asing yang dimilikinya. Dunia mengamalkan fiat money sahaja.

- Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang merupakan punca krisis dolar yang meluas. Sejak saat inilah mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD, tentunya dengan kadar bunga tertentu, misalnya IMF menetapkan antara 15-20%. Ini adalah perangkap negara maju sehingga boleh terus mengeksploitasi negara miskin.

- Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasi pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan. Fakta bahawa negara-negara ini masih mempunyai simpanan emas yang banyak tetapi berpakat untuk tidak menjual atau memajakkan emasnya semakin memperkuat persangkaan kita bahawa wang fiat adalah alat penjajahan. Ada maklumat bahawa mulai Jun 2001 Rusia telah mencetak wang emas sebagai legal tender, ia juga telah mula menjual dolar dan menimbun simpanan emasnya.

A.

Page 4: wang kertas adalah riba

B. Bagaimana menukar kertas yang tak benilai menjadi sesuatu yang bernilai seperti emas

i. Langkah 1 - buka satu stor simpanan emas/perak.

ii. Langkah 2 - buka tawaran kepada orang ramai untuk menyimpan emas/perak dan dikenakan upah simpan serta diberi RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK .

iii. Langkah 3 - Buat spekulasi di pasar bahawa RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK dari stor emas A diterima oleh peniaga-peniaga di pasar.

iv. Langkah 4 - pastikan peniaga di pasar tu dah mengatur strategi dengan pemilik stor emas A untuk menerima semula RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK .

v. Langkah 5 - peniaga-peniaga lain mula yakin RESIT MENUNTUT EMAS/PERAK boleh dituntut dengan emas/PERAK dari stor emas A .

vi. Langkah 6 - Pemilik stor emas/perak A mula memberikan pinjaman dan mencetak resit melebihi simpanan emas/perak mereka tanpa diaudit oleh kerajaan dan didedahkan kepada rakyat dan penyimpan emas/perak .

vii. Langkah 7 - penyimpan emas/perak mula diberi keuntungan dari simpanan emas/perak mereka di mana sebelum itu mereka dikenakan upah untuk menyimpan emas/perak .

Dan hari ini , walaupun emas/perak sudah hampir tiada dalam simpanan stor emas/perak A , RESIT MENUNTUT EMAS/perak tetap diterima umum dan masyarakat percaya bahawa RESIT MENUNTUT EMAS/perak itu adalah duit , bukan sehelai kertas

Page 5: wang kertas adalah riba

E. Intipati (essence) riba.

Intipati riba wujud apabila melakukan pertukaran wang jenis antara wang jenis yang berlainan secara terus. Sebuah peristiwa yang tercatat di dalam hadis nabi yang menyokong pernyataan riba ini adalah :

Hadis pertama :

“bilal bin rabbah menukarkan satu bekas tamar yang berkualiti bagus dengan dua bekas tamar yang berkualiti rendah.”

Maksudnya : tidak boleh melakukan "pertukaran secara terus" berlaku di antara tamar yang berlainan kualiti ketika itu. pada waktu itu, tamar digunakan sebagai wang bagi tujuan transaksi/perniagaan.

Hadis kedua :

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit (sukukun) diagihkan sesama penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk urusan jual-beli barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit di antara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah s.a.w. pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, "Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?" Ia menjawab, "Naudzubillah! Apakah itu?" Ia berkata, "Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya." Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya. Zayd ibn Thabit secara khusus menyebut riba kepada resit (Dayn) di mana penduduk berjual beli sebelum menerima barang'.

Maksudnya : pertukaran/berjual di antara resit barang tanpa mengambil barang terlebih dahulu turut termasuk dalam riba. untuk melakukan jual beli, barang mesti diambil terlebih dahulu.

Hadis ketiga :

Dari 'Uthman bin Affan r.a, Rasulullah saw. bersabda, "(Boleh menjual) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum halus dengan gandum halus, gandum kasar dengan gandum kasar, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam, sama-sama ukurannya dan kontan. Barangsiapa yang menambah atau meminta tambahan, maka ia memakan riba. Sama saja baik yang menerima maupun memberi," (HR Muslim [1584]).

Page 6: wang kertas adalah riba

F. Sebab-sebab kenapa “nilai” dalam wang kertas jatuh :

1. Semakin banyak hutang. Semakin banyak hutang semakin besar insflasi.

2. Spekulasi mata wang. Sebagai contoh kes Goerge Soros yang memainkan spekulasi mata wang pada tahun 1998

3. Peperangan.

G. Fungsi wang sepatutnya :

1. Wang mesti menjadi satu medium pertukaran yang pengukur nilai barang

2. Nilai wang adalah konsisten/tetap dalam banyak keadaan. sepatutnya wang rm 1 = wang usd 1 = mana - mana nilai 1 wang kertas di negara yang lain di dunia ini. Kalau sesebuah negara jatuh (seperti diserang/dijajah), “nilai” dalam wang tidak terjejas.

G. Apakah wang sunnah ?

Setiap perbuatan yang dilakukan oleh nabi s.a.w dianggap sunnah. Jika dilihat dari sudut muamalat/perniagaan yang pernah dijalankan nabi s.a.w tidak pernah menggunakan wang kertas.

Wang sunnah mempunyai nilai “semula jadi” yang konsisten/tetap bukan “nilai ciptaan manusia”. Tidak berubah disebabkan spekulasi, hutang, peperangan, pertukaran kerajaan dan sebab-sebab lain.

Wang yang pernah digunakan oleh nabi s.a.w adalah dinar (emas) dan dirham (perak). Sekiranya tiada bekalan dinar dan dirham yang cukup, tamar dijadikan sebagai ganti kepada wang. Terdapat bahan-bahan lain yang mempunyai “nilai semula jadi” boleh dijadikan sebagai ganti wang sekiranya tidak mencukupi bekalan dinar dan dirham. Sebagai contoh, beras, gula, garam.

Kesimpulannya, wang sunnah adalah dinar, dirham atau tamar.

Hadis yang menunjukkan penggunaan wang sunnah :

Dari 'Uthman bin Affan r.a, Rasulullah saw. bersabda, "(Boleh menjual) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum halus dengan gandum halus, gandum kasar dengan gandum kasar, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam, sama-sama ukurannya dan kontan. Barangsiapa yang menambah atau meminta tambahan, maka ia memakan riba. Sama saja baik yang menerima maupun memberi," (HR Muslim [1584]).

Page 7: wang kertas adalah riba

H. Kesan tidak mengamalkan wang sunnah ?

1. Mengalami kesan buruk penggunaan wang kertas/fiat

2. Penggunaan riba berleluasa.

3. Terpaksa berperang dengan Allah dan rasulnya. Rujukan boleh disemak melalui surah al-baqarah ayat 279 :

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Kelihatan aneh. Orang yang tidak solat, tidak diperangi tetapi orang yang mengamalkan riba, tuhan dan rasul akan memerangi pengamalnya.

Page 8: wang kertas adalah riba

Kompilasi komen-komen yang telah dihantar ke laman-laman popular di facebook

A. Wargaprihatin

1. https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10152383574832786/?type=1&comment_id=14066966&offset=100&total_comments=249

wang kertas juga adalah riba.

2. https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10152383574832786/?type=1&comment_id=10152823694112786&offset=0&total_comments=250

tuan, saya ingin menyumbang pandangan.

tuan boleh menambah satu point lagi iaitu wang kertas juga adalah riba. bagi saya, wang kertas adalah akar kepada riba. saya berkata demikian kerana dalam perjanjian bretton wood 1971, wang kertas tidak lagi diikat dengan emas. wang kertas negara-negara lain diikat dengan wang kertas usd. wang kertas usd menjadi wang yang bernilai berasaskan undang-undang sistem kewangan dunia.

melalui penggunaan wang kertas ini, penggunaan hutang sangat sangat berkesan.

"syariah ekonomi" tidak akan berkesan dengan sepenuhnya sekiranya transaksi masih menggunakan wang kertas. sebab wang kertas tidak menjadi pengukur nilai yang konsisten.

wang sepatutnya menjadi pengukur nilai barang yang konsisten. sepatutnya wang rm 1 = wang usd 1 = mana - mana nilai 1 wang kertas di negara yang lain di dunia ini.

tuan boleh ambil contoh daripada hadis nabi melalui peristiwa bilal bin rabbah menukarkan tamar yang berkualiti bagus dengan tamar yang berkualiti rendah. tidak boleh melakukan "pertukaran secara terus" berlaku di antara tamar yang berlainan kualiti ketika itu. pada waktu itu, tamar digunakan sebagai wang bagi tujuan transaksi/perniagaan.

saya percaya, ramai para agamawan/panel syariah tahu mengenai perkara ini.

3. https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10152525278987786/?type=1&comment_id=14610151&offset=50&total_comments=200

rakan-rakan;

Page 9: wang kertas adalah riba

ini lebih kepada pandangan peribadi saya.

untuk meminjam wang (dalam keadaan terdesak) dalam servis ar-rahnu lebih baik berbanding dengan servis personal loan. saya kurang pasti untuk perbandingan ar-rahnu dengan servis pinjaman yang lain. servis ar-rahnu yang pernah saya cuba adalah di bank rakyat.

namun bagi tujuan pelaburan (seperti membeli emas waktu murah dan menjual semula ketika harga emas naik) adalah tidak bagus untuk jangka masa panjang.

kerana ?

1. wang kertas (fiat money) adalah unsur riba (seperti yang saya nyatakan pada komen saya sebelum ini).

2. nilai wang kertas akan semakin mengecil sejajar dengan kejatuhan usd sedikit demi sedikit.

pelaburan emas menggunakan ar-rahnu lebih sesuai dengan menambah emas yang baru.

lagi, metod pelaburan di atas boleh berlaku apabila kita masih menggunakan sistem kewangan dunia sekarang. jika kita beralih kepada sistem kewangan yang menggunakan emas dan perak metod pelaburan di atas tidak akan berlaku. terdapat manipulasi sistem kewangan yang melibatkan duit kertas.

lagi, upah yang simpan dikenakan boleh dipersoalkan kerana caj berdasarkan jumlah nilai emas yang digadai. semakin besar jumlah nilai emas semakin besar caj yang dikenakan.

berbalik kepada wang kertas sekarang. persoalannya kenapa wang kertas semakin kurang nilainya ? adakah disebabkan inflasi (kuasa beli barang melebihi penawaran barang) ? jawapannya adalah kurang tepat.

pengurangan nilai wang kertas adalah disebabkan wang kertas terhasil melalui hutang-hutang yang kita buat. apabila kita selalu membuat hutang menyebabkan kadar kuasa beli orang ramai semakin meningkat dengan sangat cepat. inilah yang menyebabkan inflasi.

boleh merujuk kepada video klip http://www.youtube.com/watch?v=bMnP6Roh450 dan slide presentation berdasarkan video klip di atas - http://www.slideshare.net/.../fractional-reserve-banking....

sekian.

Page 10: wang kertas adalah riba

4. https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10152525278987786/?type=1&comment_id=14617143&offset=50&total_comments=200

daripada cerita sistem ar-rahnu kepada cerita sistem wang kertas kita :

http://www.youtube.com/watch?v=1_TWqizJRaI

5. https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10152525278987786/?type=1&comment_id=14617588&offset=50&total_comments=200

perihal "international monetary system" yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu (supaya lebih mudah untuk difahami) :http://www.youtube.com/watch?v=2crIEFzZzMo

perihal "prohibition of riba" yang diterjemahkan ke dalam bahasa indonesia (supaya lebih mudah untuk difahami) :http://www.youtube.com/playlist...

dua video klip di atas menerangkan sistem perbankan adalah unsur riba yang akar. malah perbankan syariah yang berasaskan wang kertas adalah riba pintu belakang. dengan kata lain, sistem perbankan yang lebih menipu.

sekian.

6. https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10152525278987786/?type=1&comment_id=14619085&offset=50&total_comments=200

dalam kes penjawat awam tersebut (isteri ahli perniagaan) sepatutnya beliau yang memiliki 3 utas rantai emas hanya perlu menggadaikan 1 atau 2 rantai emas. emas yang ketiga perlu disimpan. tidak boleh gadaikan/ar-rahnukan semua sekali.

tujuannya ? langkah berjaga-jaga. ini adalah konsep "pasang dan pusing" dalam teknik membuat "pelaburan emas" menggunakan wang kertas di ar-rahnu. apabila sudah sampai tempoh matang (emas pertama atau emas kedua) dan tidak cukup wang kertas untuk tebus emas , barulah gadaikan emas yang ketiga (ar-rahnu-kan) + wang kertas tambahan untuk mendapatkan emas yang pertama. kemudian buat "pusingan" lagi untuk mendapatkan emas yang kedua. seterusnya buat "pusingan" yang sama untuk menebus emas yang ketiga.

Page 11: wang kertas adalah riba

proses ini dilakukan berterusan sehingga dapat menebus kembali emas yang digadaikan. duit tambahan memang perlu kerana kos upah dan harga emas yang diturunkan oleh pasaran mata wang kertas.

lagi, sekiranya kadar emas berdasarkan pasaran wang kertas lebih tinggi (ketika meng-ar-rahnukan) itu adalah bonus. namun sejak 2, 3 tahun kebelakangan ini, harga emas didagangkan rendah nilainya (berdasarkan pasaran wang kertas).

nota/peringatan :

1. emas tidak boleh beranak menjadi lebih dari satu secara automatik. sebab emas adalah benda/fizik yang sukar diperolehi. emas hanya boleh bertambah menjadi lebih apabila kita bekerja dan kemudian membelinya.

2. tiada perkara yang dikatakan pelaburan emas. emas bukan wang kertas (fiat money). jadi, pelaburan emas tidak boleh diandaikan sama dengan pelaburan wang kertas (seperti amanah saham, tukaran wang asing dan yang seumpama dengannya). pelaburan wang kertas boleh bertambah dengan sendirinya walaupun kita tidak bekerja.

3. sesiapa yang ada simpanan wang kertas, segeralah tukarkannya kepada emas ataupun perak. gunakan wang kertas hanya untuk tujuan transaksi harian.

pemerhatian :

kenapa harga emas jatuh kebelakangan tahun ini ? supaya membuatkan ramai orang dapat memilkinya sebelum terlambat. bertujuan supaya orang ramai dapat menyimpan nilai "duit simpanan" kita. bayangkan jika duit us dollar tumbang ? di mana nilai "duit ringgit malaysia" ketika ini yang terikat dengan duit us dollar ?

ada seseorang sedang membantu orang ramai di balik tabir.

sekadar berkongsikan tips.

7. https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10152525278987786/?type=1&comment_id=14647398&offset=0&total_comments=204

tuan tok belagak, saya sekadar menerangkan apa yang saya tahu mengenai wang kertas/fiat. masih ramai yang tidak tahu pasal perkara ini.

dan ramai ruga beranggapan konsep melabur emas dalam ar-rahnu sama seperti melabur wang kertas sistem pasaran amanah saham dan sistem tukaran wang asing sekarang.

Page 12: wang kertas adalah riba

ramai juga yang suka membeli emas dengan berat yang besar (tetapi kuantiti sedikit) padahal dengan berat yang kecil (tetapi kuantiti yang banyak) boleh menyelamatkan keadaan yang terdesak dalam aktiviti ar-rahnu.

di dalam video klip itu sudah ada kaedah bagaimana untuk menggunakan wang sunnah (dinar dan dirham) bersama-sama dengan fulus (buat masa ini wang kertas digunakan) untuk aktiviti harian.

saya rasa tidak menjadi satu kesalahan untuk saya menerangkan keadaan seperti ini bukan ?

B. Ustazah Siti Khadijah

8. https://www.facebook.com/BintuAbdGhaffar/posts/10201371369280826?comment_id=10201377107024266&offset=0&total_comments=10

tuan Syazwana Sulaiman boleh saja kita mahu menggunakan sistem wakaf ataupun sistem ekonomi yang syariah-compliant. namun sekiranya kita masih menggunakan wang kertas bagi tujuan transaksi/perdagangan, sistem wakaf itu kurang berkesan. mungkin saya boleh menyatakan sehingga ke tahap "kurang berkat".

kenapa ? sebab wang kertas adalah riba. riba itu salah satu bentuk penindasan di dalam perdagangan.

kenapa saya menyatakan sedemikian ?

wang kertas adalah akar kepada riba. dalam perjanjian bretton wood 1971, wang kertas tidak lagi diikat dengan emas. wang kertas negara-negara lain diikat dengan wang kertas usd. wang kertas usd menjadi wang yang bernilai berasaskan undang-undang sistem kewangan dunia.

melalui penggunaan wang kertas ini, penggunaan hutang sangat-sangat berkesan.

"syariah ekonomi" tidak akan berkesan dengan sepenuhnya sekiranya transaksi masih menggunakan wang kertas. sebab wang kertas tidak menjadi pengukur nilai yang konsisten.

wang sepatutnya menjadi pengukur nilai barang yang konsisten. sepatutnya wang rm 1 = wang usd 1 = mana - mana nilai 1 wang kertas negara yang lain di dunia ini.

kenapa saya menyatakan demikian ?

tuan boleh ambil contoh daripada hadis nabi melalui peristiwa bilal bin rabbah menukarkan tamar yang berkualiti bagus dengan tamar yang berkualiti rendah. tidak boleh melakukan

Page 13: wang kertas adalah riba

"pertukaran secara terus" berlaku di antara tamar yang berlainan kualiti ketika itu. pada waktu itu, tamar digunakan sebagai wang bagi tujuan transaksi/perniagaan.

oleh itu, untuk pelaksanaan "sistem wakaf" yang "lebih berkat", kita harus menggunakan "wang sunnah". inilah sunnah nabi muhammad s.a.w yang telah dilupakan sekian lama. bahkan tanpa melaksanakan sunnah ini bakal mengundang kemarahan tuhan dan rasul-rasulnya sehingga level "memerangi" kita. kemarahan ini boleh kita rujuk melalui sural al-baqarah ayat 279 :

"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."

wang sunnah yang saya maksudkan adalah penggunaan dinar dan dirham.

kenapa saya melihat sunnah nabi ini sangat berat berbanding sunnah seperti pemeliharaan janggut, potong kuku dan sebagainya (yang melibatkan personaliti peribadi) ? sunnah ini melibatkan ekonomi, melibatkan harta benda. bayangkan, kita solat di dalam rumah tapi rumah itu dibangunkan atas hutang riba. berniaga/berdagang tapi menggunakan kenderaan berasaskan hutang riba. makan harian kita berasaskan hutang riba.

boleh dikatakan saat kita bersolat menghadap tuhan dalam keadaan tubuh yang penuh dengan unsur-unsur riba.

sistem dajjal kategori ekonomi ini hebat kan ? rata-rata nilai mata wang negara islam lebih rendah daripada us dollar. satu teknik penindasan dan penghambaan terlicik yang tidak perasan oleh kebanyakan daripada kita semua.

melalui sistem dajjal ini, mampu merosakkan nilai keluarga yang ada. perhatikan rakyat islam indonesia yang terpaksa merantau ke negara lain mencari rezeki. mereka yang masih tua, menjadi suami/isteri terpaksa berpisah jauh atas "dasar mencari rezeki" atau "membaiki kehidupan".

masing-masing berlumba mencari rezeki untuk mencapai status orang kaya. sesudah berjaya mengumpul wang, tau-tau tidak mampu mengekalkan kekayaan. hilangnya kekayaan berpunca dari inflasi dan penggunaan hutang yang berlebihan. dulu boleh beli seekor kambing dengan harga rm 200, sekarang mau beli kambing harganya sudah melambung rm 600. kalau dulu dengan rm 600 sudah boleh beli 3 ekor kambing, sekarang hanya boleh beli seekor sahaja. mana lagi 2 ekor kambing ?

kerana sibuknya mencari rezeki, kebanyakan daripada kita lupa tujuan hidup kita ini. lupa bertanya kepada diri sendiri.

Page 14: wang kertas adalah riba

"kita hidup di dunia tanpa kita pinta ini sebenarnya untuk apa ? tau-tau kita sudah wujud."

memburukkan keadaan lagi, rakyat sesebuah negara menyalahkan kerajaan sepenuhnya atas kenaikan harga (walaupun separuh daripada ada kesilapan dari pemerintah negara). suasana harmoni sesebuah negara dirosakkan tanpa sedar oleh rakyat itu sendiri dengan kata-kata nista, marah, benci, dendam dan tidak puas hati.

ini sistem dajjal kategori ekonomi. belum lagi sistemnya yang lain. dia masih belum muncul di dunia publik untuk mengaku dirinya itu tuhan. agendanya ketika ini dilaksanakan melalui proksi-proksinya. namun kesannya sangat power.

saya respek al-masih dajjal kerana geniusnya, dia mengubah pola masyarakat dunia yang sudah dibentuk oleh nabi muhammad s.a.w. tapi saya respek lagi nabi muhammad s.a.w kerana mampu menjadi manusia yang hidupnya ikhlas pada tuhan. kerana saking ikhlasnya, dia juga mampu mengubah sejarah hidup manusia yang dulunya hampir musnah membentuk peribadi-peribadi yang mampu mencorak dunia. menjadikan mereka sebaik-baik umat.

C. Shamsuddin Kadir

9. https://www.facebook.com/ShamsuddinKadir/posts/10201807103885987?comment_id=50210791&offset=0&total_comments=15

salam, tuan.

pandangan saya, sistem perbankan islam juga adalah riba. kerana ? sistem perbankan islam masih menggunakan sistem kewangan berasaskan wang kertas/wang fiat. dan sistem kewangan ini juga adalah riba.

10. https://www.facebook.com/ShamsuddinKadir/posts/10201807103885987?comment_id=50211065&offset=0&total_comments=15

yang paling kurang mudarat. saya juga setuju dengan kata-kata tuan.

saya mahu kongsikan kisah aktivis-aktivis yang berusaha menggunakan wang yang sebenar. mereka yang berniaga di pasar taman tun dr ismail (https://www.facebook.com/DinardirhamORG) telah mula menggunakan wang sebenar (emas dan perak).

sebilangan daripada mereka mula menggunakan istilah dinar dan dirham dalam urusan perniagaan mereka dalam usaha mereka memperkenalkan penggunaan dinar, dirham dan fulus. tak silap saya, mereka tulis dalam resit/inbois mereka dinar, dirham.

Page 15: wang kertas adalah riba

saya fikir, mereka gigih mengeluarkan diri mereka daripada sistem kewangan yang ada sekarang.