Warkah daripada-ibu

6
WARKAH DARIPADA IBU (ROHANI DERAMAN) Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik- adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu walaupun neneknya telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di kampung neneknya itu. Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan barunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulangkaji pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membaca sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan, namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggung jawab sebagai ibu bapa. Apa yang ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat daripada ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir. Mira baru faham 1 Sinopsis

description

khas untuk bebudak mrsm...

Transcript of Warkah daripada-ibu

Page 1: Warkah daripada-ibu

WARKAH DARIPADA IBU

(ROHANI DERAMAN)

Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal

di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya

menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu

persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap

agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya

telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya

menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu

walaupun neneknya telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak

sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan

bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-

adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna

kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira

dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di kampung neneknya itu.

Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan

barunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulangkaji pelajarannya. Dalam

keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membaca

sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya.

Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi

Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam

surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan

menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang

terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni.

Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-

nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan,

namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggung jawab

sebagai ibu bapa. Apa yang ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa

yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua

dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini

menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat

1

Sinopsis

Page 2: Warkah daripada-ibu

daripada ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir.

Mira baru faham apa yang tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu

dan ayah terhadap Mira.

Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa depan.

Pengorbanan ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya ke

kampung untuk tinggal besama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak-

anaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar.

1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anak-anak demi memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.

2. Persoalan kesediaan anak untuk melepaskan kemewahan yang dikecapi. Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.

3. Persoalan masalah sosial di bandar. Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.

4. Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Mira diminta oleh neneknya memakai tudung kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan.

Permulaan

Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal di

kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar

Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan

kepadanya.

2

Tema

Persoalan

Plot

Page 3: Warkah daripada-ibu

Perkembangan

Mira dan keluarganya telah bersia-siap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka tidur

bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan.

Perpisahan dengan ibu dan bapanya telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira.

Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana. Mira mula

bersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedaran

kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulangkaji

pelajaran.

Klimaks

Mira telah membaca surat yang dikirimkan oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya

menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adik ke kampung kerana

bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini. Masalah sosial yang

melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak

pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan

amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar anak-anak menjadi

anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.

Peleraian

Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnya

dan adik-adiknya tinggal di kampung.

Teknik Penceritaan

1. DialogContoh: “Mira... ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di kampung pada hujung bulan ini,” tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat hatinya itu pada suatu hari. (m.s: 60)

2. Deskriptif (Pemerian)Contoh: Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang penyayang. Walaupun sibuk dengan kerja dan tugas seharian di pejabat, mereka masih ada waktu untuk bermesra dengan keluarga. Ibuku seorang yang lemah lembut dan selalu setia kepada ayah. (m.s: 61)

3. Monolog Dalaman Contoh: Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di kampung bersama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku dengan berbagai-bagai pertanyaan. (m/s 1)

3Watak dan Perwatakan

Page 4: Warkah daripada-ibu

Watak Utama

Amira Anak sulung daripada tiga beradik.

Kakak kepada Aidil dan Manja.

Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya.

Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup.

Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.

Watak Sampingan

Ibu Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.

Seorang yang lemah lembut.

Setia kepada suami.

Merupakan anak tunggal.

Seorang ibu yang penyayang.

Ayah

Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.

Seorang yang memahami perasaan isteri.

Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.

Seorang bapa yang penyayang.

Masa

1. Waktu malam Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya.

2. Waktu siang Hari ketika Ibu Mira bersama-sama anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung. Selain itu , semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop.

4

Latar

Page 5: Warkah daripada-ibu

3. Waktu senja Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang bersiap untuk ke masjid.

Tempat

1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.

2. Di rumah datuk dan nenek Mira. Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang tamu rumah datuk dan neneknya.

3. Di Kedai Pak Uda Usop. Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya yang sopan berpakaian.

Masyarakat

1. Masyarakat bandar Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira menyedari tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.

2. Masyarakat kampung Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.

1. Sinkope

Contoh: bu (ibu), tak (tidak), nek (nenek), nak (hendak)

2. Metafora

Contoh: Sembilu rindu (m/s64)

3. Diksi

Contoh: Bahasa arab - Assalamualaikum, Walaikummusalam (m.s 63)

4. Peribahasa

5

Gaya Bahasa

Page 6: Warkah daripada-ibu

Contoh: Tidur-tidur ayam (m.s 62), makan angin (m.s :61)

1. Nilai kasih sayang

Contoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya.

2. Nilai pengorbanan

Contoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham, betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.

3. Nilai kepatuhan

Contoh: Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.

1. Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi

2. Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan

3. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa

1. Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen warkah daripada ibu? Berikan dua contoh bagi setiap gaya bahasa tersebut.

2. Berikan dua nilai yang boleh diambil daripada cerpen ini.

Jawapan:

1. Gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen Warkah daripada ibu ialah sinkope. Contoh: tak (tidak), nak (hendak).

2. Nilai kasih sayang. Nilai ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu yang sangat menyayangi anak-anak dan ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Selain itu, nilai kepatuhan iaitu Mira patuh dengan kehendak ibu bapanya yang mahu menghantarnya dan adik-adiknya ke kampung.

6

Nilai

Pengajaran

Latihan