WARKAH KEPADA GENERASI
-
Upload
allyynn-a-aziz -
Category
Documents
-
view
282 -
download
0
Transcript of WARKAH KEPADA GENERASI
-
7/22/2019 WARKAH KEPADA GENERASI
1/8
WARKAH KEPADA GENERASI
Komsas Tingkatan 2: Warkah Kepada Generasi
Generasiku tercinta
kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di langit alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita.
Generasiku yang bijak bestari
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami.
Penutup warkah ini
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini.
Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup
pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang
-
7/22/2019 WARKAH KEPADA GENERASI
2/8
merdeka.
Rangkap 2
Penyajak mengingatkan generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka
sekarang merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha mendapatkan
kemerdekaan negara.
Rangkap 3
Penyajak mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan sejarah negara.
Tema
Sajak ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada golongan muda/generasi
sekarang tentang sejarah kemerdekaan negara.
Persoalan
1. Persoalan generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang
merdeka.
2. Persoalan kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek
moyang kita.
3. Persoalan kepentingan sejarah kemerdekaan negara.
Gaya Bahasa
1. Metafora
tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5)
istana merdeka (Rangkap 2, baris 5)
-
7/22/2019 WARKAH KEPADA GENERASI
3/8
akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)
2. Sinkope
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)
3. Asonansi
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4
pengulangan vokal a
4. Aliterasi
tercabut dari bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3)
pengulangan konosonan t.
Nada
Sajak ini bernada patriotik.
Bentuk
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Rima akhir bebas.
3. Jumlah baris serangkap bebas
Contohnya : Rangkap 1-5 baris, Rangkap 2 5 baris dan Rangkap 3 3 baris).
4. Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.
5. Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.
-
7/22/2019 WARKAH KEPADA GENERASI
4/8
Nilai
1. Nilai kesyukuran
Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara.
2. Nilai pengorbanan
Nenek moyang kita sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara daripada
penjajah.
3. Nilai cinta akan negara
Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang agar kita sama-sama
dapat berusaha untuk memajukan negara.
Pengajaran
1. Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk
mempertahankannya.
2. Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara.
3. Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita
tidak lagi dijajah pada kemudian hari.
4. Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini kerana
kelalaian tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.
-
7/22/2019 WARKAH KEPADA GENERASI
5/8
Latihan
1. Kemukakan maksud rangkap pertama sajak WarkahKepada Generasi.
2. Pada pendapat anda, mengapa generasi sekarang perlu mengenang jasa para
pejuang kemerdekaan negara?
Jawapan:
1. Maksud rangkap pertama sajak ini ialah Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai
golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang
bermaruah di negara yang merdeka.
2. Pada pendapat saya, generasi sekarang perlu mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara:
a. Supaya mereka menghargai kemerdekaan yang dimiliki sekarang
b. Mereka telah banyak berkorban untuk mempertahankan negara sehingga mencapai kemerdekaan.
c. Supaya generasi sekarang dapat mengerti nilai perjuangan
d. Dapat menanam semangat patriotik dalam diri generasi sekarang.
-
7/22/2019 WARKAH KEPADA GENERASI
6/8
Analisis SajakSajak (Sumber Buku Teks
KOMSAS Antologi Gema Sepi
Gadis Genius, halaman 28)
Maksud
Generasiku tercintakalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di langit alaf
barudengan keberanian sebagai bangsa
bermaruahdi tanah merdeka milik abadi kita.
Penyajak menjelaskan
bahawa generasi muda
sebagai golongan yang
beruntung kerana hidup
pada zaman
sekarang. Mereka hidup
sebagai bangsa yang
bermaruah di negara yang
merdeka.
Generasiku yang bijak bestariini bumi suci perjuangan nenek
moyangyang bersumpah setia
memartabatkan bangsamendaulatkan tanah air, mencipta
kebebasanmembina istana merdeka yang
kalian diami.
Penyajak mengingatkan
generasi muda yang
berilmu bahawa negara
yang didiami oleh mereka
sekarang merupakan hasil
perjuangan nenek moyang
mereka yang berusaha
mendapatkan kemerdekaan
negara.Penutup warkah iniingin kuingatkan: jangan biarkan
akar sejarahtercabut dari bumi bertuah ini.
Penyajak mengakhiri
pesanannya agar kita
semua tidak melupakan
sejarah negara.
-
7/22/2019 WARKAH KEPADA GENERASI
7/8
Tema:Sajak ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada golongan
muda/generasi sekarang tentang sejarah kemerdekaan negara.
Persoalan: Generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka. Kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang
kita. Kepentingan sejarah kemerdekaan negara.
Bentuk: Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. Rima akhir bebas. Jumlah baris serangkap bebas
Contohnya :Rangkap 1-5 baris.Rangkap 2 5 baris.Rangkap 3 3 baris.
Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata. Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.
Gaya Bahasa ContohMetafora tanah merdeka (R1, B5)
istana merdeka (R2, B5)akar sejarah (R3, B2)
Sinkof Generasiku tercinta (R1,B1)Unsur Bunyi ContohAsonansi ditanah merdeka milik abadikita. (R1,B5)Aliterasi membina istana merdeka yang kalian
diami(R2,B5)
-
7/22/2019 WARKAH KEPADA GENERASI
8/8
Nada : Sajak ini bernada patriotik.
Nilai: Kesyukuran: Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat
kemerdekaan negara. Pengorbanan: Nenek moyang kita sanggup berkorban demi mendapatkan
kemerdekaan negara daripada penjajah. Cinta akan negara: Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang
agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memajukan negara.
Pengajaran: Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk
mempertahankannya. Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara. Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara
kita tidak lagi dijajah pada kemudian hari. Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini
kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.Latihan Sajak Warkah Kepada Generasi
1. Apakah tema yang menunjangi sajak ini?
2. Berikan maksud rangkap kedua yang terdapat dalam sajak ini.
3. Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini dan sertakan dengan contoh-contoh yang
sesuai