Warta Penerangan - information.gov.bn

13
Warta Penerangan OKTOBER 2020

Transcript of Warta Penerangan - information.gov.bn

Page 1: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta PeneranganOKTOBER 2020

Page 2: Warta Penerangan - information.gov.bn

“Membudayakan Masyarakat Bermaklumat”

Terbitan Unit Penerbitan Melayu Jabatan Penerangan

Jabatan Perdana Menteri

Page 3: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 5Warta Penerangan 4

Isi Kandungan Muka

Tinjau kesejahteraan warga Penerangan

Majlis Tahlil atas kemangkatan putera diraja

Jabatan Penerangan sertai Majlis Dikir

Wujudkan keselesaan di tempat kerja

Perancangan dan pemikiran strategik

Penjualan ruang iklan di Pelita Brunei

Kursus Penyampaian Berkesan

Bengkel Penggunaan ICT

Bengkel Pembinaan Diri Bagi Kerani

Pendigitalan Pelita Brunei Lama Berjilid

Selera Kampung KitaniNOTA: Sidang Redaksi memohon maaf jika terdapat sebarang berita, maklumat, gambar dan sebagainya yang tidak disiarkan dalam keluaran ini. Harap maklum.

Sidang Redaksi

PenasihatAwang Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka

Haji Ibrahim

Penyelaras, Penyemak & Reka LetakUnit Penerbitan Melayu

dan Unit Seni Grafik

Sumber Berita & FotografiPELITA BRUNEI dan

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Penerangan

WARTA Penerangan merupakan sebuah majalah terbitan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana

Menteri yang memaparkan aktiviti dan program jabatan sepanjang bulan.

Sumber berita dan gambar dipetik dari Pelita Brunei, hasil penulisan pegawai dan kakitangan jabatan.

Warga Jabatan Penerangan juga dialu-alukan untuk memberi sumbangan berita dan gambar aktiviti-aktiviti di bahagian dan cawangan masing-masing.

Berita dan gambar berkenaan boleh dihantar ke Unit Penerbitan Melayu, Tingkat 2, Bangunan Lama Jabatan Penerangan.

5-6

7 - 8

10 - 12

13 - 14

15

16 - 18

19

19 - 20

20

21 - 22

22

Tinjau kesejahteraan warga Penerangan

KUALA BELAIT, Khamis, 22 Oktober. - Cawangan Penerangan

Daerah Belait menerima lawatan tidak berjadual Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud bersama rombongan.

Ketibaan Yang Berhormat dan rombongan disambut oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait, Dayang Hajah Liyana binti Haji Suhaimi berserta para pegawai dan kakitangan Cawangan Penerangan daerah berkenaan.

Menyertai rombongan ialah Setiausaha Tetap Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed

Teks dan Foto: Ihsan Cawangan Penerangan Daerah Belait

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud semasa melawat ke salah sebuah ruang pejabat Cawangan Penerangan Daerah Belait (atas dan bawah).

Page 4: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 7Warta Penerangan 6

GAMBAR ramai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (tengah) bersama rombongan semasa mengadakan lawatan ke Cawangan Penerangan Daerah Belait.

Yunos; Timbalan Setiausaha Tetap Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media, Awang Haji Muhammad Suffian bin Awang Haji Bongsu serta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat turut meninjau sekitar ruang pejabat cawangan tersebut termasuk melawat Mini Galeri Cawangan, bilik pentadbiran dan seterusnya melihat lebih dekat koleksi buku-buku yang terdapat di Bilik Rujukan.

Sepanjang lawatan, Yang Berhomat juga berinteraksi bersama para pegawai dan kakitangan berkaitan dengan gerak kerja yang dilaksanakan di Cawangan Penerangan Daerah Belait.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Majlis Tahlil atas kemangkatan putera dirajaTeks dan Foto: Unit Penerbitan Melayu

BERIKUTAN kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, warga Jabatan Penerangan mengadakan Majlis Bertahlil selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Oktober.

Hadir di hari pertama Majlis Tahlil yang diadakan

HADIR di hari pertama Majlis Tahlil tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

di Bilik Persidangan, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim. Juga hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini. Bacaan dan doa tahlil dipimpin oleh Ketua Unit Penyelidikan dan Perkembangan Jabatan Penerangan, Awang Ali Termizzi bin Haji Ramlli @ Haji Ramli.

Selamat Datang dan Sekalung PenghargaanTeks dan Foto: Unit Penerbitan Melayu

JABATAN Penerangan mengucapkan selamat datang ke Jabatan Penerangan kepada Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim yang mula bertugas pada 12

Oktober 2020.

Dalam kesempatan ini juga, seluruh warga Jabatan Penerangan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada mantan Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad di atas sumbangan beliau yang begitu besar dalam membangun dan menerajui jabatan ini sejak 1 September 2012.

Page 5: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 9Warta Penerangan 8

Sehubungan itu, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dikehendaki mengibarkan bendera setengah tiang selama sehari di hari kemangkatan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia dan berkabung selama tujuh hari bermula Sabtu, 24 Oktober.

Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia mangkat pada Sabtu, 7 Rabiulawal 1442 Hijrah bersamaan 24 Oktober 2020 jam 10.08 pagi.

Semasa hayat, Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim dikurniakan bintang Kebesaran Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B.), Pingat Kehormatan, iaitu Pingat Hassanal Bolkiah Sultan (P.H.B.S.), dan Pingat Jubli Emas.

Pendidikan awal Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim bermula di International School Brunei dan melanjutkan pelajarannya ke Raffles Institution, Republik

JUGA hadir Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.

Singapura, seterusnya ke Oxford Brooke University, United Kingdom.

Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim juga dikenali sebagai seorang putera yang berbudi pekerti dan bergiat aktif dalam pelbagai amal kebajikan, seperti kesenian, kebeliaan dan kesejahteraan, khususnya dalam sama-sama membantu golongan kelainan upaya dan autisme.

SEBAHAGIAN pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan yang hadir di majlis tersebut (atas dan kiri).

Page 6: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 11Warta Penerangan 10

Jabatan Penerangan sertai Majlis DikirTeks: Unit Penerbitan Melayu

Foto: Jabatan Penerangan

BANDAR SERI BEGAWAN. - Majlis Pembukaan Dikir Syarafil

Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah bermula pada 19 Oktober sebelum berlangsungnnya acara kemuncak sambutan pada 29 Oktober 2020 Masihi bersamaan 12 Rabiulawal 1442 Hijrah bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

PEMANGKU Pengarah Penerangan, Awang Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim semasa menghadiri Majlis Penutup Dikir Syarafil Anam bagi Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya di Masjid Ash Shaliheen, Kompleks JPM pada Rabu, 12 Rabiulawal 1442 Hijrah bersamaan 28 Oktober 2020 Masihi.

GAMBAR ramai rombongan Jabatan Penerangan diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan semasa menghadiri Majlis Dikir di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah (atas) sementara gambar kiri ialah rombongan pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan bergambar ramai semasa menyertai Majlis Berdikir sempena Maulidur Rasul di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

Dengan pembukaan dikir tersebut menandakan bermulanya Dikir Syarafil Anam di semua masjid dan surau serta balai-balai ibadat seluruh negara bagi tahun 1442 Hijrah/2020 Masihi.

Tahun ini, disebabkan oleh wabak COVID-19, acara kemuncak, sambutan diadakan di masjid-masjid terpilih di setiap daerah tanpa mengadakan perarakan yang lazimnya diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, bagi sama-sama menyemarakkan sambutan Ihya Maulidur Rasul tahun ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri selaku Jawatankuasa Pengendali Bersama Majlis Sambutan Maulud bagi tahun ini tidak ketinggalan untuk sama-sama melaungkan dikir bagi mengenang kelahiran Baginda Rasulullah.

Pada Isnin, 3 Rabiulawal 1442 Hijrah bersamaan 19 Oktober 2020 Masihi rombongan dikir dari Jabatan Penerangan yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim turut menyertai Majlis Berdikir di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

Jabatan Penerangan juga menghantar tiga orang wakil jabatan ke empat buah masjid di daerah ini terdiri daripada Pembantu-pembantu Pegawai Luar Penerangan iaitu, Awang Bazlan bin Haji Besar, Awang Haji Mahmud Hafidzie bin Haji Ali Mashood dan Awang Haji Abdul Azim @ Mu’az bin Haji Tujoh.

PEGAWAI dan kakitangan Jabatan Penerangan semasa mengikuti dikir maulud bagi menperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Empat masjid tersebut ialah Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis/Madang dan Masjid Ash Shaliheen.

Sementara pada 9 Rabiulawal 1442 Hijrah bersamaan 25 Oktober 2020 Masihi, rombongan Jabatan Penerangan juga diundang untuk menyertai Majlis Berdikir sempena Maulidur Rasul di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

Selain menyertai dikir maulud, Jabatan Penerangan tahun ini juga dilantik untuk mengendali bersama Majlis Perhimpunan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Negara di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

WAKIL peserta dikir dari Jabatan Penerangan semasa mengikuti dikir Maulud di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Page 7: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 13Warta Penerangan 12

Tema Majlis Perhimpunan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Negara Bagi Tahun 1442 Hijrah/2020 Masihi ialah ‘Membangun Dengan Akhlak Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam’.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam merupakan role model yang sangat ideal untuk setiap insan

dalam pelbagai bidang dan ruang kehidupan. Baginda amat terkenal dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bererti laki-laki bersifat amanah, jujur dan dipercayai.

Mudah-mudahan sifat-sifat keperibadian Baginda yang terpuji akan dapat dijadikan contoh teladan serta benteng yang kukuh untuk melawan dan menangkis pencemaran akhlak.

Aktiviti sempena Sambutan Maulud Tahun 1442 Hijrah/2020 Masihi

PARA pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan selaku Jawatankuasa Pengendali Bersama Majlis Sambutan Maulud membungkus makanan dan minuman untuk diagih-agihkan kepada masjid-masjid terpilih yang mengendalikan Majlis Dikir di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Wujudkan keselesaan di tempat kerja Teks dan Foto: Unit Penerbitan Melayu

BANDAR SERI BEGAWAN. - Setiap pekerja sama ada di

sektor kerajaan atau swasta perlu dihargai kerana peranan mereka penting untuk kemajuan sesebuah organisasi dan negara.

Memandangkan pekerja merupakan penggerak kepada kemajuan sesebuah organisasi, segala usaha dan peranan mereka perlu dihargai dengan menyediakan tempat kerja yang kondusif, selesa, sihat dan selamat.

Tanpa suasana kerja yang disebutkan itu, adalah sukar untuk setiap warga kerja menjalankan fungsi serta peranan mereka dengan baik dan sempurna.

Oleh itu, setiap Ketua Jabatan termasuk ketua bahagian dan unit perlu menitikberatkan keselesaan pekerja kerana tempat kerja yang selesa boleh menghasilkan mutu kerja yang berkualiti.

Dalam dunia pengurusan sumber manusia, keadaan emosi yang menyenangkan akan menghasilkan produktiviti kerja yang berkualiti kerana wujudnya keseronokan semasa bekerja akan memberikan impak positif kepada perkembangan sesebuah organisasi.

Ke arah itu, bagi memastikan keadaan di tempat kerja lebih kondusif, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad pada awal bulan Oktober mengadakan lawatan ke bahagian-bahagian dan unit-unit di Jabatan Penerangan.

Juga menyertai lawatan tersebut

ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini. Sepanjang lawatan, beliau meninjau lebih dekat suasana persekitaran tempat kerja dan menasihatkan agar ruang yang ada di setiap bahagian dan unit disusun dengan kemas, menarik dan teratur.

Banyak kesan positif yang boleh diperlolehi jika sesebuah organisasi berjaya mewujudkan keselesaan tempat kerja kepada para pekerjanya kerana ia dipercayai mampu meningkatkan integriti dalam memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Dengan itu, produktiviti kerja akan

dapat dikekalkan pada tahap yang tinggi dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan organisasi khususnya dan pembangunan negara amnya.

Bila setiap pekerja berpuas hati dengan pekerjaan masing-masing, mereka juga akan berupaya menghindarkan daripada tekanan di tempat kerja.

Bagi memastikan ruang di tempat kerja sentiasa kemas, selesa dan harmoni, setiap warga pekerja perlu mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di samping mengamalkan sikap bergotong-royong membersihkan persekitaran pejabat ke arah melahirkan suasana pekerjaan yang selesa.

PEMANGKU Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad semasa meninjau Bahagian Penerbitan dan Seni Grafik pada Khamis, 8 Oktober 2020 (atas dan bawah).

Page 8: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 15Warta Penerangan 14

KERJA GOTONG-ROYONG BAHAGIAN PENERBITAN DAN SENI GRAFIK Perancangan dan pemikiran strategikTeks dan Foto: Unit Penerbitan Melayu

KETIKA dunia masih dilanda krisis pandemik COVID-19, masyarakat

seluruh dunia mengalami kesulitan kerana semua aktiviti tidak dapat dilaksanakan seperti lazimnya.

Bagaimanapun kewujudan era teknologi banyak membantu tugasan semua golongan pekerja dengan menggunakan teknologi canggih dan pelbagai perkakas mudah alih melalui kemudahan jalinan rangkaian tanpa wayar.

COVID-19 juga telah banyak mendidik masyarakat untuk

PEMANGKU Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini ketika mengikuti kursus dalam talian mengenai Perancangan dan Pemikiran Strategik.

menggunakan platform di dalam talian untuk melaksanakan tugasan, mesyuarat serta perbincangan bersama rakan-rakan yang berkepentingan.

Masyarakat umum turut mengambil manfaat dengan menggunakan platform sumber terbuka menerusi peralatan teknologi atau perkakas mudah alih untuk membaca dan mendapat pengetahuan semasa wabak dengan mengurangkan pergerakan di luar pejabat atau rumah dan meluangkan masa dengan lebih efektif menggunakan norma baharu.

Dengan kemunculan wabak ketika ini, kepentingan untuk melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi dalam talian perlu terus diberikan perhatian.

Sehubungan itu, pada 21 hingga 22 Oktober, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini telah menghadiri kursus dalam talian bertajuk Perancangan dan Pemikiran Strategik.

Program ini melengkapkan para pengurus kanan dengan kemahiran untuk mengimbas persekitaran, memahami proses perancangan strategik, merumuskan dan merangka strategi yang membawa hasil. Ini termasuk membuat rumusan strategi, melakukan analisis kompetitif dan membuat keputusan pelaburan yang akan mendorong kejayaan dalam organisasi masing-masing.

Pendekatan praktik dan bebas risiko bagi pembelajaran ini akan mengurangkan masa yang diperlukan untuk membina pemikiran dan perancangan strategik.

Antara tujuan utama kursus dalam talian seumpama ini ialah memberikan kefahaman yang lebih baik mengenai persediaan organisasi, memahami bahawa berfikir secara strategik membawa kepada perancangan strategik yang lebih efisien, menjejak kerangka perancangan strategik, membiasakan langkah-langkah yang melibatkan kepada perancangan strategik di samping sebagai alat atau kaedah untuk memperkuat proses perancangan strategik.

Page 9: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 17Warta Penerangan 16

Penjualan ruang iklan di Pelita BruneiOleh: Nooratini Haji Abas

Foto: Ak. Mohd. Aminol Adi Azrie Pg. Haji Nikman

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Oktober. - Pengiklanan

merupakan inisiatif Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam membarigakan maklumat kepada orang ramai, khusus bagi agensi-agensi kerajaan mahupun sektor swasta.

Pengiklanan ini bukan sahaja dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui pengisian mana-mana tawaran, malahan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk memberitahu kepada orang ramai apa jua tawaran-tawaran yang diiklankan.

Ketua Meja Iklan, Bahagian Pelita Brunei, Dayang Zawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir ketika ditemui di Bahagian Pelita Brunei, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas menjelaskan bahawa pengiklanan di akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei kini dibahagikan kepada dua cara, iaitu melalui Kod QR dan iklan yang tidak menggunakan Kod QR.

Iklan Kod QR ini diperkenalkan pada awal tahun 2020. Menurutnya, ia merupakan inisiatif Jabatan Penerangan untuk memperbanyakkan lagi tawaran iklan dalam satu muka surat, tertakluk kepada pendek atau panjang iklan berkenaan.

Beliau menambah, iklan Kod QR yang dimuatkan dalam Pelita Brunei itu, termasuklah iklan tawaran dan sebut harga yang diterima daripada pihak kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan sahaja.

Iklan yang tidak menggunakan Kod QR pula katanya, memuatkan iklan lelong, jawatan kosong, gaji hari dan luar bidang dari kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan serta mahkamah, yang berupa tuntutan waris dan kebankrapan.

“Iklan yang dicetak di Pelita Brunei hanya dipaparkan bilangan tawaran, tajuk tawaran, sebut harga, tarikh tutup dan yuran tawaran jika ada. Manakala, dalam laman sesawang, semua terma dan syarat dinyatakan, termasuk tempat

menghantar borang tawaran/sebut harga,” terangnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para pegawai dan kakitangan dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang akan menghantar iklan hendaklah mengikuti tatacara pengiklanan di Pelita Brunei secara Kod QR, iaitu dengan menghantar memo dan seterusnya faksimile atau e-mel sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh yang dipohonkan.

Bukan itu sahaja, Jabatan Penerangan ujarnya, kini membukakan peluang kepada orang ramai, khususnya kepada sektor swasta atau individu dan persendirian yang berhasrat untuk menghantar iklan mereka dengan dikenakan caj bayaran mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Jelas Dayang Zawiyatun Ni’mah lagi, ia adalah salah satu inisiatif jabatan untuk mendukung dasar kerajaan dalam mempelbagaikan lagi sumber ekonomi negara dalam usaha untuk memantapkan tadbir

KETUA Meja Iklan, Bahagian Pelita Brunei, Dayang Zawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir ketika ditemui di Bahagian Pelita Brunei.

RUANGAN Meja Iklan di Bahagian Pelita Brunei.

urus fiskal.

Pada masa yang sama katanya, ia secara tidak langsung sebagai salah satu platform untuk mendukung usaha, produk, perkhidmatan syarikat kecil dan sederhana tempatan, menjana aktiviti ekonomi serta peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

Objektifnya adalah untuk mendukung dasar mempelbagaikan sumber hasil Jabatan Penerangan melalui penjualan ruang iklan di Pelita Brunei.

Antara garis panduan pengiklanan bagi iklan berbayar di Pelita Brunei terangnya, adalah ‘full colour’ bagi yang melibatkan grafik; mengikut saiz ruangan (1-25 patah perkataan) bagi ruangan iklan paling kecil juga ‘quarter page’.

Senarai jenis-jenis iklan pula ujarnya, merangkumi iklan sebut harga dan tawaran yang terdiri dari syarikat tempatan dan Government

Linked Company (GLCs), jawatan kosong dari syarikat dan perbankan tempatan dan luar negeri yang berpangkalan di Negara Brunei Darussalam, ucapan tahniah, kelas tuisyen/mengaji yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) serta pelbagai produk dan perkhidmatan perusahaan syarikat tempatan.

Kemudian, iklan-iklan hendaklah mendukung usaha, produk, perkhidmatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) tempatan, pro-kerajaan, pro-masyarakat, memberi peluang pekerjaan, selain imej dan grafik hendaklah berpandukan kepada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

Beliau seterusnya menerangkan, syarikat-syarikat yang hendak mengiklankan produk atau perkhidmatan dan lain-lain hendaklah dimiliki oleh anak tempatan, mempunyai lesen Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 (Business Enactment Section 16 & 17)

yang masih sah laku yang menyenaraikan butir-butir perniagaan, seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik (jika berkenaan).

Bagi pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan pula tegasnya, tidak akan diterima untuk membuat pengiklanan perniagaan, kecuali mendapat Surat Kebenaran untuk berniaga daripada Jabatan Perdana Menteri, mempunyai sijil akuan Brunei Halal (hendaklah beragama Islam jika mengiklankan produk makanan)/kesihatan/AITI bagi produk makanan, kosmetik dan IT juga sijil akuan Kementerian Pendidikan/KHEU bagi kelas tuisyen/kelas mengaji, syarikat berdaftar di Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan (ROCBN).

Seterusnya, berdaftar dengan Kementerian Pembangunan bagi perkhidmatan kerja-kerja kontraktor dan pendawaian elektrik, berdaftar dengan Kementerian

Page 10: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 19Warta Penerangan 18

Kewangan dan Ekonomi bagi bank, ‘remittance’ (money transfer), berdaftar dengan AITI bagi syarikat telekomunikasi, berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi Pusat Penjagaan Kanak-kanak.

Oleh yang demikian, beliau menekankan, mana-mana jenis syarikat atau perkhidmatan yang belum tersenarai di atas kebenaran adalah tertakluk kepada perkhidmatan dan jabatan mana yang bertanggungjawab ke atas pengeluaran permit bagi penjualan atau melaksanakan perkhidmatan tersebut.

Katanya lagi, pemohon yang hendak membuat pengiklanan/ucapan tahniah mestilah terdiri daripada warganegara Brunei Darussalam, manakala pengiklanan ucapanan tersebut hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Imej dan grafik hendaklah berpandukan kepada falsafah MIB.

Sementara itu, iklan yang dibenarkan meliputi Syarikat GLCs, peluang pekerjaan untuk anak tempatan, iaitu dari syarikat tempatan dan luar, peluang perniagaan untuk anak tempatan, produk dan perkhidmatan perusahaan tempatan, seperti cuci kereta, katering, potong rumput dan lain-lain, ucapan tahniah, iaitu ‘graduation’, naik pangkat, Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, kelas tuisyen /mengaji yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan/KHEU, bank, syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat yang dimiliki dan diusahakan oleh warganegara Brunei Darussalam dan syarikat luar negara yang berpangkalan di negara ini, juga perkhidmatan membersihkan rumah (syarikat tempatan).

Malah, iklan yang tidak dibenarkan pula jelasnya, termasuklah peluang pekerjaan untuk warga asing, ucapan takziah, pemakluman acara persendirian, seperti tahlil, pertunangan, perkahwinan dan sebagainya, syarikat-syarikat yang bukan milik dan bukan diusahakan oleh warganegara Brunei Darussalam.

Dari itu, beliau berharap orang ramai khususnya para agensi kerajaan mahupun swasta serta persendirian akan dapat mengikuti garis panduan dan tatacara pengiklanan yang telah ditetapkan oleh akhbar Pelita Brunei.

Orang ramai yang ingin

mendapatkan borang tempahan iklan berbayar bolehlah mendapatkan borang di Kaunter Bahagian Pelita Brunei, Tingkat 1, Bangunan Asal, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas.

Waktu kaunter dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, dan 2.00 petang hingga 3.00 petang (Isnin hingga Khamis), manakala Sabtu dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian +673 2383400 sambungan 217 (pada waktu pejabat) atau e-mel ke ‘[email protected]’.

Kursus Penyampaian Berkesan

Bengkel Penggunaan ICT

Teks: Unit Penerbitan MelayuFoto: Ihsan Institut Perkhidmatan Awam

Teks: Unit Penerbitan MelayuFoto: Ihsan Dayang Sitifah Suhaili

UNIT Penyelidikan dan Perkembangan Jabatan Penerangan terus

memainkan peranannya ke arah meningkatkan kemahiran pegawai dan kakitangan di jabatan ini sesuai dengan fungsinya untuk mengenal pasti keperluan program latihan bagi mencapai hasrat jabatan untuk memiliki warga kerja yang berkemahiran dan berkualiti.

Bermula 5 hingga 8 Oktober, enam orang Pegawai Luar Penerangan telah menghadiri Kursus Penyampaian Berkesan di Institut Perkhidmatan Awam.

Mereka terdiri daripada Awang Isa bin Haji Abdul Rahman, Awanng Mohd. Adi Zamhari bin Haji Awang Yahya, Awang Mohammad Khaiddir Shah bin Haji Abdul Halim, Dayang Dona Azfina binti Ibrahim, Awang Haji Abdul Hanif bin Haji Abdul Rahman dan Dayang Zurairah binti Haji Lisa.

GAMBAR ramai para Pegawai-Pegawai Luar Penerangan yang menghadiri Kursus Penyampaian Berkesan.

Antara objektif kursus yang dihadiri oleh 23 orang peserta dari pelbagi agensi kerajaan itu ialah untuk memberikan kefahaman kepada para peserta mengenai teori dan teknik penyampaian, meningkatkan keyakinan diri semasa berucap di samping meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi info-komunikasi semasa penyampaian.

Kursus diisikan dengan ceramah,

perbincangan, latihan amali, demonstrasi dan kajian kes.

Adalah diharapkan melalui kursusini para peserta akan lebih berasa yakin sebagai seorang penyampai di khalayak ramai yang berkemahiran.

Seramai 60 peserta daripada Bahagian II dan III telah menghadiri kursus seumpamanya yang dibahagikan kepada tiga kumpulan.

TEKNOLOGI Info-Komunikasi (ICT) merupakan industri

yang signifikan dalam era ledakan maklumat dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian di pelbagai bidang. Kewujudan ICT tidak dinafikan memberikan impak besar kepada pembangunan negara sesuai dengan peranannya dalam kehidupan manusia yang semakin diperlukan bagi memudahkan bidang tugasan seharian.

DUA orang Kerani Jabatan Penerangan bekerja secara berpasukan semasa menghadiri Bengkel Penggunaan ICT.

Page 11: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 21Warta Penerangan 20Bagi menyokong keperluan tenaga kerja yang semakin berkembang, Jabatan Penerangan melalui Unit Penyelidikan dan Perkembangan menghantar dua orang Kerani mengikuti Bengkel Penggunaan ICT iaitu, Dayang Sitifah binti Suhaili dan Dayang Halimatusa’diah binti Haji Tangah pada 5 hingga 17 Oktober di Institut Perkhidmatan Awam.

Bengkel ini memfokuskan penggunaan Microsoft Word, penyediaan templat persuratan rasmi melalui elektronik, penyediaan dokumen melalui mailmerge, Outlook and Microsoft Excel.

Menurut Dayang Sitifah, dengan mengikuti bengkel ini banyak memberikan ilmu yang bermanfaat dalam bidang perkeranian, antaranya dapat menguasai penggunaan perisian yang terdapat di dalam Outlook, Microsoft Excel dan Microsoft Word, terutama sekali penggunaan mailmerge.

Bengkel ini dapat memantapkan lagi mutu

DI akhir bengkel para peserta menjalani peperiksaan bagi memastikan apa yang dipelajari dapat difahami dengan sebaiknya.

perkhidmatan perkeranian di samping menambah ciri-ciri dan nilai murni serta memberikan kesan positif terhadap kerja yang dilaksanakan. Bengkel ini juga memberikan tumpuan kepada membangunkan kluster performance culture, menekankan kepada kecekapan penambahbaikan secara berterusan yang merupakan keupayaan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugasan.

Bengkel Pembinaan Diri Bagi KeraniTeks: Unit Penerbitan Melayu

Foto: Ihsan Dayang Halimatusa’diah Haji Tangah

KEWUJUDAN Kerani sama ada di sektor awam dan swasta amat diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab

dalam sesebuah pejabat seperti yang telah disenaraikan oleh organisasi masing-masing mengikut arahan para pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Antara tugasan yang diamanahkan termasuk menaip persuratan, penyemakan dan mengurus sistem pemfailan dan tindakan susulan.

Ke arah itu bagi memastikan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Kerani dilaksanakan dengan sempurna dan teratur, dua orang Kerani dari Jabatan Penerangan iaitu, Dayang Sitifah binti Suhaili dan

Dayang Halimatusa’diah binti Haji Tangah telah mengikuti Kursus Pembinaan Diri bermula 22 hingga 28 Oktober.

Kursus antaranya menekankan beberapa perkara termasuk pembangunan jati diri sebagai seorang kerani yang profesional dan proaktif, pengurusan masa dengan lebih teratur, meningkatkan keyakinan diri serta memberikan kefahaman mengenai kerja berkumpulan.

Salah seorang peserta, Dayang Halimatusa’diah ketika ditemui menjelaskan kursus tersebut sangat bermanfaat dan dapat memenuhi kriteria sebagai seorang kerani, di samping meraih peluang untuk menimba ilmu khususnya di bidang perkeranian.

GAMBAR kiri, Kerani dari Jabatan Penerangan, Dayang Halimatusa’diah binti Haji Tangah (dua kanan) semasa menghadiri kursus tersebut sementara gambar kanan, Dayang Sitifah binti Suhaili (tiga kiri) semasa mengikuti sesi perbincangan secara berkumpulan.

SELAMAT BERTUGAS KE JABATAN PENERANGANTeks: Unit Penerbitan Melayu

Foto: Ihsan Awang Junaidi Haji Binchut

DUA orang warga Jabatan Percetakan Kerajaan (JPK) yang kini dikenali sebagai Print Plus Sendirian Berhad telah diserapkan ke Jabatan Penerangan setelah JPK dikorporatkan.

Dari kiri, Pengendali Mesin Pemotong Kertas Tingkat II, Awang Junaidi bin Haji Binchut (kiri) dan Penjilid Tingkat IV, Awang Metussin bin Haji Sarudin (kanan) masing-masing ditempatkan di Unit Aset dan Unit Sokongan.

Mereka melapor dan memulakan tugas di jabatan ini bermula 22 Oktober.

Pendigitalan Pelita Brunei Lama Berjilid Teks dan Foto: Unit Penerbitan Melayu

PERPUSTAKAAN memainkan peranan penting dalam pencarian sumber maklumat dan kewujudannya sehingga kini masih relevan

untuk kemudahan orang ramai mendapatkan sumber dalam pelbagai bidang ilmu.

Perpustakaan telah lama menjadi ejen dalam penyebaran maklumat untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Namun di era teknologi tanpa sempadan ini, peranan perpustakaan turut tercabar di mana orang ramai lebih memilih teknologi sebagai sumber untuk memperolehi maklumat melalui pelbagai kemudahan teknologi yang ada melalui internet.

Melihat kepentingan maklumat di hujung jari ini, perpustakaan perlu kepada proses transformasi ke era digital atau transformasi kepada e-buku yang

merupakan singkatan dari buku elektronik.

Penggunaan e-buku pada masa ini telah menjadi trend dalam mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan pantas dengan ciri-cirinya yang interaktif di mana ia merupakan gelombang generasi masa depan.

Sehubungan itu, Jabatan Penerangan yang berperanan untuk Membudayakan Masyarakat Bermaklumat perlu terus komited memainkan peranannya sebagai salah sebuah jabatan penyedia maklumat khususnya di bidang percetakan dan elektronik.

Ke arah merealisasikan lagi peranan berkenaan, jabatan ini telah melaksanakan Projek Pendigitalan Pelita Brunei Lama Berjilid (Arkib) dengan melantik sebuah syarikat tempatan iaitu Syarikat Alif Technologies Sendirian Berhad.

PEGAWAI dan kakitangan daripada Syarikat Alif Technologies Sendirian Berhad semasa berada di ruang perpustakaan yang menempatkan koleksi akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei Berjilid.

Page 12: Warta Penerangan - information.gov.bn

Warta Penerangan 23Warta Penerangan 22

Projek pendigitalan tersebut adalah bagi bahan-bahan Pelita Brunei Berjilid tahun 1956-2017 yang akan dijalankan selama dua bulan bermula hujung bulan Oktober.

Adalah menjadi harapan jabatan ini, dengan pendigitalan bahan-bahan terbitan Pelita Brunei tersebut akan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat yang terkandung dalam akhbar Pelita Brunei dengan lebih pantas dengan menggunakan teknologi sedia ada dan maklumat melalui internet berbanding dengan kaedah mendapatkan maklumat

secara konvensional yang memakan masa dan agak terbatas.

E-buku ini sudah digunakan oleh sebahagian besar perpustakaan di negara ini sejajar dengan tuntutan global dalam hal ehwal pengurusan perpustakaan bagi penyediaan dan pemilihan koleksi perpustakaan seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Pemilihan e-buku sebagai koleksi juga menjadi lebih penting berdasarkan trend penggunaan dan penerbitan e-buku di seluruh dunia yang semakin meningkat.

Selera Kampung KitaniSumber: Bahagian Pelita Brunei dengan kerjasama Kampung Burong Lepas

Foto: Azmah Haji Ahad

Pais Daging

BAHAN-BAHANNYA :

½ kilo atau 1 kilo daging3 biji bawang merah (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)2 sudu makan lada (dikisar)1 inci halia (dikisar)1 biji bawang besar (dihiris)garam, serbuk perasa, gulaBeberapa helai daun pisang

CARA-CARA MEMASAKNYA :

Daging dipotong, kemudian bersihkan. Setelah dibersihkan, rebus untuk mengelak daging itu lambat masak dan keras kemudian dituhuskan.

Sediakan mangkuk, masukkan daging yang sudah dituhuskan. Campurkan bawang merah, bawang putih, lada dan halia yang dikisar, bawang besar yang dihiris dan garam.

Gaulkan daging tadi hingga sebati dan meresap bersama kesemua bahan.

Sediakan loyang yang sudah dialas dengan daun pisang dan masukkan daging yang sudah digaul sebati tadi. Bakarlah daging tadi ke dalam oven dengan suhu 220°C dalam masa 30-40 minit atau hingga ia kelihatan masak.

Kampung Burong Lepas

Page 13: Warta Penerangan - information.gov.bn

Sila layari laman sesawang Jabatan Penerangan di:

http://www.penerangan.gov.bnhttp://www.information.gov.bnhttp://www.pelitabrunei.gov.bn

http://www.infofoto.gov.bn

Media Sosial Penerangan:

Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri

infodept.bn

infodept_bn

Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri,Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam.

Tel : 2383400 Faks : 2382242