WAWANCARA EKSKLUSIF SHUTH -...

37
SHUTH PENGASAS WANGCYBER.COM WAWANCARA EKSKLUSIF Tips Mempromosi Direktori Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet! Kenalpasti ‘Target Market’ Anda! 7 Langkah Persediaan Sebelum Menulis Salesletter Anda The Art Of Approaching Gurus MAC 2008 02 BIL. www.MajalahIM.com designed by: Mysticmind

Transcript of WAWANCARA EKSKLUSIF SHUTH -...

SHUTHPENGASAS WANGCYBER.COM

WAWANCARAEKSKLUSIF

Tips Mem

promosi Direktori

Penyakit T

ersembunyi U

sahaw

an In

ternet!

Kenalpasti ‘Target Market’ Anda!

7 Langkah Persediaan

Sebelum Menulis Salesletter Anda The Art Of Approaching Gurus

MAC 2008

02BIL

.

www.MajalahIM.com

designed by: Mysticmind

MAJALAH IM TERUS GAH!Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah pada kali ini kami masih berjaya menerbitkan Majalah IM untuk edisi ke 2 sebagai tatapan semua pengguna Internet. Majalah IM pada edisi ini juga menampilkan seorang penulis baru, yang beliau juga merupakan seorang Usahawan Internet yang cukup dikenali iaitu Vince Tan.

Pada bulan ini juga Majalah IM sekali lagi memberikan anda info per-niagaan Internet yang “fresh” dan bermanafaat untuk kita sama-sama pelajari. Terima kasih sekali lagi kepada barisan penulis kami kerana berjaya menyiapkan artikel untuk dimuatkan dalam edisi kali ini. Kami akan berusaha lagi untuk menambah jumlah penulis Majalah IM agar lebih banyak ilmu bermanafaat yang bakal anda perolehi.

Kami juga agak pening untuk memasarkan ezine ini dan kami menghar-apkan anda dapat menyebarkan ezine ini kepada pembaca blog anda, kawan-kawan anda, sanak saudara dan sebagainya. Ini agar ezine ini terus gah dan ramai yang akan memperolehi manafaat daripada ezine ini.

Terima kasih kerana menyokong kami dan sudah tentu kami akan terus memberikan yang terbaik buat anda. Kami juga manusia biasa dan tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Namun harapan kami agar anda dapat membantu kami untuk memperbaiki mutu majalah ini dengan menghantarkan komen dan cadangan kepada kami.

Sehingga bertemu lagi dalam Majalah IM edisi ke 3 (April 2008)

Wassalam.

Ketua Editor,Team FlareBiz,

NOTA EDITORNOTA EDITOR

http://www.flarebiz.com �

KANDUNGAN

Team FlarebizTazilanIrwan DahnilOsman AffanZamri NanyanSyed Ikhwan

Ketua Editor: Adly aka LabanonEditor Bersama: Zhafran aka KaizenRekaan Grafik: Nizam Ahamad aka mysticmindPemasaran Jenama: Team FlareBiz

Penerbit: FlareBiz Network (KT0236135-D)Pengedaran dan Langganan: www.MajalahIM.com Forum Perbincangan: www.wangcyber.com/forum

Komplen dan pertanyaan: [email protected] - www.flarebiz.com

Nota Editor 2

Wawancara Ekslusif : Shuth @ Suhaimi Abu Bakar 4

Tips Mempromosi Direktori 7

Keseronokan Bekerja Faktor Kejayaan Usaha Perniagaan 9

7 Langkah Persediaan Sebelum Menulis Salesletter Anda 11

Idea Hebat, Peniagaan Hebat 13

Adab Menuntut Ilmu Online 14

Tutorial PHP : Cara Membuat ‘Order Form’ (Bahagian 2) 16

Strategi Pemasaran Produk Affiliate Yang Terbukti Berkesan! 18

Kempen Peperangan Affiliate 21

Kenalpasti ‘Target Market’ Anda! 22

Bisnes Internet Pilihan Bulan Ini 22

The Art Of Approaching Gurus 25

Kaedah Paling Senang Dan Pantas Memohon Akaun Adsense 26

Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet! 29

MajalahIM’s CREW

SmartZulMdpaiAlangShuthKak GVince Tan

www.majalahim.com

1) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh pihak kami. Pertamanya boleh bro Shuth ceritakan secara ringkas latar belakang bro. Salam.. latar belakang ya? Hmm.. dari mana nak mula ya?.. nama saya mohd suhaimy abu bakar.. kat internet lebih dikenali sebagai shuth dan berumur 27 tahun setengah. Berasal dari Muar, Johor dan kini menetap di selangor .. iaitu di sempadan antara bandar baru bangi & kajang.

Pernah menuntut di UKM dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dalam bidang pengkhusu-san Sains Maklumat. Buat masa ini, baru memiliki seorang isteri dan 2 orang anak.. oh!

2) Bagaimanakah bro Shuth boleh terlibat dengan perniagaan Internet?Pada mulanya, saya hanya cuba-cuba mencari duit di internet dengan menyertai program Google Ad-sense... selepas 3 bulan.. tak sangka pula.. cek dari google betul2 sampai ke rumah . Start dari situ saya semakin mula bersemangat untuk cari duit di internet. jadi.. saya lebih banyak fokus kepada program google adsense pada waktu itu.

Namun begitu.. lama-kelamaan saya terfikir.. apa akan berlaku jika google menutup program adsense nya?.. Maklumlah, pada masa tu banyak program buat duit d internet jadi scam dan ditutup seperti auto-surf, hyip, randomizer dan sebagainya..

Walaupun google adsense bukanlah program scam tapi kemungkinan untuk ditutup itu tetap ada.. dan jika ia ditutup , habislah “punca” pendapatan saya di internet. Saya tidak akan mampu berbuat apa2.. sebab-nya.. google adsense bukanlah milik saya! saya hanya menjadi player mereka sahaja.

Jadi.. nak tak nak, saya kena ada perniagaan internet saya sendiri dimana saya mempunyai “kuasa” dan kawalan sepenuhnya terhadapnya. Saya yang akan menentukan sendiri jatuh bangun serta buka atau tutupnya “punca” pendapatan saya..

Dipendekkan cerita.. wujudlah sempoihosting dan bermulalah kisah saya di dalam dunia perniagaan inter-net.

3) Baiklah bro Shuth sebenarnya mempunyai berapa buah perniagaan Internet? Ada sebarang per-niagaan offline?Buat masa ini.. kalau yang betul-betul dipanggil “perniagaan internet”.. baru ada 3.. sempoihosting.com, maskahwin.com & setbersalin.com

4) Saya tahu bro Shuth masih bekerja secara offline..Persoalanya mengapakahbro Shuth tidak berminat melakukan perniagaan Internet sepenuh masa?Eh? Siapa kata saya tidak berminat untuk melakukan perniagaan internet sepenuh masa?.. Minat & cita-cita tu ada.. cuma belum sampai masanya lagi.. masih ada lagi beberapa “target” yang perlu saya capai sebelum saya beralih kepada “perniagaan internet sepenuh masa”.

Shuth @ Mohd Suhaimy Abu BakarWANGCYBER.COMPENGASAS

WAWANCARA EKSKLUSIF

5) Berapakah pendapatan tertinggi bro Shuth se-bulan yang pernah dicapai? Ini agar memberi mo-tivasi kepada para pembaca.

Oo.. hmm.. entahlah.. saya tak pernah pula kira bera-pa income yang saya dapat setiap bulan secara tepat.. sebab duit yang masuk tu bersepah-sepah.. oh!, but.. seriously, saya tak pernah kira dan rekodkan jumlah wang yang saya terima setiap hari..

Ada yang masuk ke akaun maybank saya, ada yang masuk ke akaun cimb, bank islam, paypal, akaun nbepay (payment provider), wang pos dan ada juga kadang-kadang check.. setiap bayaran yang saya teri-ma, memang saya ada track bayaran itu untuk apa.. tapi kalau nak mengira berapa jumlah wang yang saya terima setiap hari @ setiap bulan.. saya memang takde masa nak buat benda tu.

Apa yang lebih penting bagi saya..bukanlah berapa wang yang saya “DAPAT” setiap bulan.. tetapi.. bera-pa yang dapat saya “SIMPAN” setiap bulan. So.. kalau tanya berapa yang saya simpan setiap bulan.. yang itu saya ada rekod.. tetapi, kalau tanya berapa yang saya dapat setiap bulan.. memang saya takde rekod untuk itu..

6) Ketika bro Shuth mula bergiat dalam bidang per-niagaan Internet... niche apakah yang diceburi?

Memandangkan biz internet saya yang pertama ialah sempoihosting.. maka nichenya ialah “Webhosting” lah kan?

7) Pada pendapat bro Shuth kenapa pembaca dilu-ar sana perlu memulakan perniagaan Internet?

Eh? kenapa pula mereka perlu memulakan per-niagaan internet? kalau bagi mereka semuanya su-dah ok.. makan ok! pakai ok! kerja pun ok! buat apa susah-susah nak berniaga di internet?..betul tak? ker-ja macam biasa je cukupla.. betul tak?.. ho! ho! ho!.. psycho nie..

Ok la.. ok la.. Sebenarnya.... perkara ini terpulang kepada individu.. kalau mereka rasa mereka mem-punyai sebab dan alasan yang kuat untuk men-jalankan perniagaan internet.. so.. mereka kena buat lah..

Tetapi, kalau mereka rasa mereka tidak ada sebab atau keperluan untuk memulakannya.. mengapa mereka perlu buat?

Jadi.. benda nie kena tanya diri sendiri.. mengapa saya perlu memulakan perniagaan internet saya sendiri?.. setiap orang mempunyai sebab mereka yang tersendiri.. :)

8) Apakah nasihat yang bro Shuth boleh beri-kan kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan Internet ini?

Iqra!.. itu perkataan pertama yang Allah turunkan kepada Nabi muhammad.. membawa maksud.. sebelum anda memulakan apa-apa pun “misi” di dalam hidup anda.. baca & tuntutlah ilmu terlebih dahulu. Begitu juga jika kita ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet.. kenalah timba ilmu terlebih dahulu.

9) Salah satu perniagaan bro Shuth secara online yang nampak terus berkembang ialah “Sempoi Hosting”... apakah cabaran utama ketika mula melancarkan perniagaan hosting ini?

Cabaran utamanya bukanlah sewaktu “MEMU-LAKAN” perniagaan tersebut... cabaran utamanya adalah “SELEPAS” menjalankan perniagaan tersebut, iaitu.. “Bagaimana hendak mengeka-lkan & memajukannya?”... itulah cabaran uta-manya.

Apa yang lebih penting bagi saya..bukanlah berapa wang yang saya “DAPAT” setiap bulan.. tetapi..

berapa yang dapat saya “SIMPAN” setiap bulan.“

“www.wangcyber.comKomuniti Usahawan Internet Sebenar

10) WangCyber.com merupakan salah satu forum yang tidak asing lagi buat usahawan Internet Malaysia berkongsi pendapat... apakah peran-cangan terkini terus memajukan forum ini?

Perancangan terkini?.. saya kini sedang merancang untuk meningkatkan lagi “brand” serta rangking wangcyber untuk menjadi salah satu website top 100 di malaysia..

11) Saya sendiri menyertai WC300 yang hanya terhad untuk 300 orang forumer di WangCyber.com, namun apakah matlamatnya? Adakah wajar para pembaca Majalah IM sertai WC300 ini?

Selain mendapat hak ekslusif serta kelebihan-kelebi-han yang telah dinyatakan di website wangcyber, WC300 juga sebenarnya adalah bertujuan untuk mewujudkan golongan IM yang serius yang mampu menjadi “trend-leader” dan juga “standard-setter” di dalam bidang perniagaan internet di Malaysia.

12) Seperti yang diketahui umum.. market di Internet ini adalah sangat luas. Apakah target market bro Shuth? dan kenapa bro pilih target market tersebut?

Saya tak ada pilih target market tertentu.. saya ikut projek. Ada sesetengah projek, saya perlu cari tar-get market dulu baru cari produk.. ada sesetengah project, saya perlu cari produk dulu & kemudiannya baru cari market.

Bila masa nak cari market dulu dan bila masa nak cari produk dulu? Tips ini saya ada sharekan ber-sama ahli2 WC300. Kalau nak tahu.. mungkin leh jadi ahli WC300

13) Apakah perancangan bro pada masa akan datang?

Perancangan masa depan ada banyak.. tapi salah satu perancangan saya yang terdekat ini ialah menukarkan status syarikat saya dari enterprise kepada sdn. bhd... insyaallah..

14) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk Majalah IM... apakah pesanan terakhir bro Shuth kepada para pembaca :)

Dalam hidup ini, banyak perkara yang perlu kita lakukan.. tetapi.. perkara yang lebih penting untuk dilakukan ialah.. mengejar impian hidup kita. Jadi.. jangan sesekali membiarkan hari ini berlalu tanpa anda melakukan sesuatu untuk mencapai impian hidup anda..

“ “Saya kini sedang merancang untuk meningkatkan lagi “brand” serta ranking wangcyber untuk menjadi salah satu website top

100 di malaysia..

Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa tips yang saya rasa berkesan untuk mempromosi direktori, ada di antara tips tersebut memang saya gunakan sendiri dan yang lainnya berdasarkan pemerhatian saya terhadap beberapa direktori yang berjaya.

TIPS MEMPROMOSI DIREKTORI

Jika sebelum ini saya memberikan tips bagaimana untuk mempromosi laman web secara am, tetapi hari ini atas permintaan daripada beberapa pembaca, saya akan memberi tips khusus untuk mempromosi la-man web direktori. Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu laman web direktori, boleh membaca tulisan saya sebelum ini iaitu Pendapatan Lumayan Tanpa Iklan

oleh Alang : www.szab.net/blog

1. Jika anda mempunyai direktori yang baru ataupun mengadakan sesuatu promosi, pas-tikan anda umumkannya di beberapa forum yang mempunyai kategori khusus untuknya iaitu Digital Points. Selain itu, anda juga pa-tut mendaftar dan aktif di forum-forum yang khusus untuk pemilik direktori antaranya ialah http://www.directory-owners.com/

2. Pastikan direktori anda tersenarai di be-berapa laman web khusus yang hanya meny-enaraikan direktori sahaja. Antara yang selalu menjadi rujukan ialah http://info.vilesilencer.com/ dan juga http://www.directorycritic.com/

3. Bagi direktori baru, buat promosi dengan menawarkan harga rendah atau percuma bagi membuatkan orang kenal direktori anda.

4. Luangkan masa untuk menilai setiap laman web yang dikemukakan untuk penyenaraian di direktori anda dan ubahsuai kategori, title dan juga keterangan jika perlu. Ini untuk memas-tikan direktori anda benar-benar berkualiti.

5. Tujuan sebenar direktori ialah sebagai tem-pat rujukan bagi pelawat yang ingin mencari sesuatu jenis laman web. Jadi, tidak semesti-nya semua laman web yang tersenarai adalah yang dikemukakan oleh pemiliknya dan berba-yar. Anda harus mencari laman web berkualiti dan senaraikannya sendiri. Apabila pesaing kepada laman web tersebut melihat, mereka pasti akan mengemukakan juga laman web mereka untuk disenaraikan di laman web anda dan sanggup membayar.

6. Pastikan anda menggunakan design yang khusus untuk direktori anda sahaja. Dapatkan designer yang berpengalaman untuk melaku-kannya. Ini untuk memastikan direktori anda unik dan mempunyai identiti sendiri. Jika anda ingin melihat direktori yang mempunyai design yang menarik sila lawat Directory Inspiration

7. Aviva Directory dengan kerjasama PHPLD menganjurkan PHPLD Directory of the Month. Jika anda menggunakan PHPLD script, pas-tikan anda menyertainya dan ia merupakan satu promosi yang percuma dan berkesan untuk di-rektori anda. Jika anda tidak dapat menyertai atau sudah memenanginya, anda boleh menjadi penaja kepada hadiah-hadiah yang diberikan.

8. Bayar designer untuk menghasilkan template direktori yang menarik, letakkan link ke direktori anda di bahagian footer dan berikannya secara percuma. Ini merupakan satu teknik viral mar-keting yang paling berkesan kerana jika tem-plate anda benar-benar menarik, beratus-ratus direktori menggunakannya dan anda mendapat backlink dengan mudah.

Luangkan masa untuk menilai setiap laman web

yang dikemukakan...

“ “

9. Sediakan tools untuk webmaster seperti pagerank checker, backlink checker dan sebagainya untuk memastikan pelawat yang berulang-ulang .

10. Direktori yang mempunyai blog akan mendapat pelawat yang berterusan dan akan selalu dilawati oleh search engine spider.

11. Jika direktori anda merupakan direktori berbayar sepe-nuhnya, jangan letakkan sebarang iklan terutamanya Google Adsense. Ini adalah kerana direktori yang berbayar sepatut-nya eklusif kepada pemilik laman web yang membayar anda untuk menyenaraikan laman web mereka.

12. Jika anda ingin meletakkan banner ke direktori yang lain, pastikan anda tidak meletakkannya di bahagian atas direk-tori anda kerana besar kemungkinan pelawat akan klik pada banner tersebut tanpa melihat direktori anda terlebih dahulu. Sebaik-baiknya, jangan letak sebarang banner langsung.

Apa yang paling penting bila anda ingin memulakan direktori ialah, buat keputusan sama ada direktori tersebut berbayar atau percuma. Jika percuma, bagaimana anda akan mempe-roleh pendapatan daripadanya dan anda harus bersedia un-tuk menerima beratus-ratus submission sehari termasuk dari laman web yang tidak berkualiti.

Jika anda memilih untuk membuat direktori berbayar, letaklah harga yang sesuai dan pastikan harga yang dibayar itu setim-pal dengan apa yang direktori anda boleh berikan kepada pe-milik laman web.

Yang penting sekali, anda harus mempunyai modal sekurang- kurangnya US$2000 (berdasarkan pengalaman saya) untuk mempromosi direktori anda. Jika tidak, direk-tori anda tidak ubah seperti beratus-ratus direktori lain yang wujud setiap hari.

Alanghttp://www.szab.net/blog/

Jika direktori anda merupakan direktori berbayar sepenuh-

nya, jangan letakkan sebarang iklan

terutamanya Google Adsense.

1. Ada Jadual, Perancangan dan Sistem

Ini adalah wajib. Dengan perancangan yang tersusun rapi, anda akan dapat melakukan kerja pada setiap hari dengan begitu mudah dan menyeronokkan. Pastikan anda jadualkan setiap hari dalam seminggu dengan baik agar anda dapat melakukan kerja tanpa sebarang penangguhan.

Bertangguh ialah salah satu penyakit yang terbukti boleh merosakkan usaha perniagaan yang dilaku-kan. Tidak cukup hanya mempunyai jadual dan per-ancangan, pastikan anda melakukannya pada masa yang telah ditetapkan.

Antara faktor lain yang akan melancarkan usaha per-niagaan anda ialah sistem. Ini bermaksud anda mem-buat satu panduan khas (dokumentasi) untuk gerak kerja yang tertentu seperti penghasilan produk, sokongan pelanggan, promosi dan juga pemasaran. Setiap perkara tersebut bukan sahaja perlu dijadu-alkan, tetapi anda juga perlu menyenaraikan setiap gerak kerja (task) secara bersistematik.

2. Ruang Kerja Yang Kemas Dan Tersusun

Pastikan ruang kerja anda kemas dan tersusun rapi. Satu perkara yang sepatutnya anda pertimbang-kan ialah kurangkan penggunaan kertas. Di dalam perniagaan internet, penggunaan kertas sepatut-nya dikurangkan kerana perniagaan jenis ini adalah bergerak tanpa mengira tempat dan ia lebih banyak menggunakan komputer tanpa cetakan.

Tanpa penggunaan kertas yang banyak, anda akan memiliki ruang kerja yang lebih kemas dan tidak menyesakkan mata. Ruang kerja yang berselerak, tidak tersusun atau dipenuhi dengan sesuatu yang tidak perlu akan mengganggu fokus kerja seharian anda.

KESERONOKAN BEKERJA

3. Ada Privasi (Ruang Dan Masa)

Saya bahagikan perkara ini kepada dua jenis iaitu priva-si daripada keluarga dan privasi daripada para pelang-gan anda. Pada waktu bekerja di rumah, pastikan anda tidak diganggu oleh ahli keluarga. Perkara ini sedikit sulit untuk dilakukan, namun jika anda menerangkan mengenai kerja anda, sudah pasti mereka akan mema-haminya.

Seterusnya, semasa bukan pada waktu kerja, anda perlu mengelakkan daripada dihubungi oleh para pe-langgan melalui talian telefon. Wujudkan polisi menja-wab panggilan telefon hanya di waktu tertentu sahaja dan pada hari tertentu sahaja (Contoh: Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.00 petang). Tujuannya agar anda boleh beristirehat bersama ahli keluarga tanpa diganggu oleh sesiapa pun.

Dengan adanya privasi (ruang dan masa anda sendiri), anda akan dapat melakukan kerja dengan lancar, fokus dan dengan penuh keseronokan. Manakala di saat anda bersama keluarga tanpa gangguan pihak luar, anda boleh mendapatkan kembali tenaga dan seman-gat untuk kegunaan di keesokan hari.

KESERONOKAN BEKERJAFaktor Kejayaan Usaha Perniagaan

SmartZulSalah satu faktor untuk berjaya di dalam usaha perniagaan ialah keseronokan di dalam melakukan kerja seharian anda. Jika anda melakukan sesuatu kerja secara terpaksa, maka sudah pasti anda tiada semangat dan kemahuan untuk melakukannnya. Kesannya, jualan produk akan mendapat hasil yang amat kurang memuaskan.

Sebaliknya, jika anda gembira dan seronok melakukan kerja-kerja seharian, maka sudah pasti anda akan bermoti-vasi, tidak mudah berasa letih dan lebih bertenaga. Jika keseronokan ini dapat dikekalkan secara berterusan, maka impaknya ialah akan terhasilnya sebuah perniagaan yang lebih bertahan lama.

Namun, bagaimana untuk mendapatkan keseronokan tersebut? Berikut adalah tujuh panduan yang boleh anda prak-tikkan untuk anda mendapatkan perasaan tersebut:

7. Hargai, Faham Dan Bangga Dengan Kerjaya Anda

Jika anda tidak faham usaha perniagaan yang anda lakukan sekarang, anda akan mudah bosan. Keadaan ini adalah lawan kepada keseronokan. Pastikan anda memahami erti sebenar perniagaan anda dan tujuan anda melakukannya agar keseronokan itu mudah un-tuk anda miliki.

Kemudian, anda perlu menjadi diri sendiri. Jika pendap-atan usahawan lain adalah RM10,000 sebulan dan anda hanya RM5000 sahaja, jangan sesekali memperband-ingkannya sehingga semangat anda lemah. Sebaliknya, jadikan mereka yang lebih berjaya itu sebagai teladan untuk anda lebih kuat berusaha.

Akhir sekali ialah anda mesti bangga dengan usaha anda terutama jika anda melakukannya secara sepe-nuh masa. Usahawan internet juga adalah satu kerjaya, malah sebenarnya ia adalah salah satu cabang keusaha-wanan. Maka, tiada alasan untuk anda tidak berbangga dengan usaha yang anda lakukan.

KesimpulanTanpa keseronokan, anda pasti akan melakukan kerja seharian tanpa hala tujuan, tidak bersemangat, cepat letih dan pendapatan bulanan anda pasti akan mero-sot. Jadi, pastikan anda memiliki keseronokan di dalam usaha perniagaan anda pada setiap hari dan selamanya agar kejayaan menjadi milik anda.

Formula hebat untuk kekal seronok setiap hari: “Jadikan setiap hari sebagai hari yang baru. Lupakan hari yang lepas dan tumpukan pada hari ini dengan pe-nuh fokus dan kesungguhan. Lakukan yang terbaik!”

Mengenai Penulis:Mohd Zulfadli atau lebih dikenali sebagai SmartZul adalah seorang usahawan internet tempatan yang be-gitu aktif di dalam penulisan dan perkongsian ilmu. Beliau banyak menulis mengenai keusahawanan, motivasi, per-niagaan dan pemasaran internet yang telah memberikan manfaat kepada ramai rakyat Malaysia. Dapatkan tip dan panduan motivasi secara percuma di www.MotivasiUsahawan.com, khas untuk para usahawan.

4. Ada Matlamat Dan Tujuan

Pastikan usaha perniagaan anda mempunyai matlamat tersendiri sama ada untuk jangka pendek dan panjang. Contohnya, matlamat sehari anda ialah mendapatkan jumlah penghasilan sebanyak RM200, matlamat ming-guan sebanyak RM1000 dan matlamat bulanan menda-pat hasil sebanyak RM5,000. Manakala matlamat jangka panjang ialah mewujudkan sebuah empayar pernia-gaan internet yang berjaya.

Namun, matlamat ini hanya sebagai panduan sahaja dan jangan jadikannya sebagai satu tekanan kepada anda. Anda hanya perlu mengikut jadual dan perancan-gan kerja yang ditetapkan sahaja tanpa terlalu memikir-kan hasil (matlamat) yang disasarkan itu.

5. Tidak Berseorangan

Anda mudah bosan dan berputus-asa jika berniaga ke-seorangan tanpa menjalinkan persahabatan dengan usahawan internet yang lain. Gunakan ruang dan masa yang ada untuk berkomuniti di forum diskusi seperti WangCyber.com.

Di forum sebegini, anda akan mendapat ramai kena-lan dan boleh bertukar-tukar pandangan dan masalah. Malah di dalam waktu tertentu, komuniti sebegini akan mengadakan program perjumpaan untuk saling berse-muka antara satu sama lain. Aktiviti sebegini sudah pasti amat menyeronokkan dan menambah motivasi anda.

6. Tahu Bila Untuk Berehat

Jangan terlalu kuat bekerja sehingga anda lupa un-tuk berehat, makan minum dan riadah. Tanpa istirehat yang cukup, anda mudah letih dan kemudian datanglah perasaan bosan. Setiap 30 minit bekerja, luangkanlah beberapa minit untuk melakukan regangan otot (sena-man ringkas).

Bagi seorang muslim pula, setiap kali masuknya waktu solat fardhu, segerakanlah ibadah tersebut yang pasti akan memberikan ketenangan yang maksima. Solat yang diakhiri dengan doa dan zikir, sudah pasti akan menguatkan lagi usaha perniagaan anda.

10

LANGKAH PERSEDIAAN

SEBELUM MENULIS

SALESLETTER ANDA

77Pada masa kini, ramai yang mahu menjual di internet dan ra-mai pula memilih laman web berjenis salesletter (surat jualan) bagi tujuan memasarkan produk mereka. Di sini saya akan membincangkan tentang PERSEDIAAN yang perlu anda laku-kan SEBELUM menulis salesletter bagi laman web anda:

Langkah #1: Memiliki Kamus dan Kamus Dwi-ba-hasaTidak kira sama ada salesletter anda dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris, anda perlu mempunyai kamus, termasuk kamus dwi-bahasa. Saya suka menggunakan kamus fizikal berbanding kamus online kerana tidak suka membuka terlalu banyak skrin browser pada masa yang sama. Lagipun, adakalanya ilham bagi menuliskan sesebuah salesletter tidak semestinya datang dari de-pan komputer. Sebuah kamus-mini boleh dibawa ke mana-mana seperti digunakan dalam bas, LRT atau ketika minum di restoran.

Langkah #2: Mengenalpasti Niche dan Target MarketKenalpasti niche dan sasaran pemasaran bagi salesletter anda. Rekabentuk salesletter pada niche yang berlainan pada asasnya adalah sama (ada heading, sub-heading, isi-isi (faedah-faedah, ciri-ciri), testimonial dan call-to-action), tetapi gaya penulisan mungkin berbeza. Salesletter yang ditujukan kepada para remaja, seperti mempromosikan ‘ring tones membership’ untuk telefon bimbit akan berbeza gaya bahasa dari salesletter bagi produk kesihatan untuk orang yang mengalami masalah sendi tulang. Jika anda tersalah niche dan target market, besar kemungkinan usaha promosi anda tidak akan berjaya. Kenalpasti niche dan target mar-ket dengan tepat!

Langkah #3: Menentukan Keywords bagi NicheAnda harus mengkaji keywords yang berkaitan dengan niche anda. Ini adalah bagi menentukan keywords apa yang sering digunakan oleh pengguna enjin carian (terutamanya di Google.com dan Yahoo.com) bagi niche anda. Jangan lupa kepentingan long-tail keywords (keywords yang panjang dan spesifik); walau-pun mungkin dari segi carian harian (daily search) tidak banyak, persaingan juga kurang. Jika anda gunakannya dalam penulisan salesletter anda, ranking anda di enjin carian bagi long-tail key-word tersebut biasanya agak tinggi kerana tidak banyak persain-gan. Jangan lupa bahawa keywords akan digunakan untuk meta tag bagi ‘keywords’ dan ‘description’ pada laman web salesletter anda nanti.

Saya biasa gunakan keyword tools di sini: http://www.internetmelayu.com/keywordtool.html

Biodata Penulis:Galadriel telah melibatkan diri dalam pemasaran internet sepe-nuh masa sejak awal tahun 2006 lagi. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang penulisan di internet seperti penulisan artikel dalam bahasa Inggeris, penulisan untuk blog dalam berbagai niche, copy-writing, termasuk translation dari bahasa Malaysia ke bahasa Ing-geris. Sila layari :www.internetmelayu.com untuk melawat Blog Galadriel.

11

Langkah #4: Menyenaraikan Faedah-Faedah (Benefits) Produk Senaraikan sebanyak mana yang anda boleh tentang faedah-faedah memiliki produk tersebut. ‘Faedah’ tidak sama dengan ‘ciri’. Jika sesebuah televisyen mempunyai flat-screen 50 inci, itu adalah ciri TV terse-but. Faedah memilikinya adalah perasaan seronok melihat rancangan kegemaran anda pada skrin yang lebih besar serta perasaan megah (prestij) kerana ada TV besar.

‘Faedah’ lebih menumpukan kepada psikologi bakal pengguna, seperti memberi perasaan gembira, bang-ga dan perasaan baik (good feeling) yang lain. Senarai tersebut akan digunakan sebagai isi utama dalam salesletter anda kerana, percaya atau tidak, aksi membeli (buying act) selalunya dilakukan berdasarkan emosi – kerana pembeli mengharapkan perasaan baik (good feeling) apabila membeli produk tersebut. Contoh lain, tengoklah pembeli jam tangan Rolex – sedangkan jam yang RM10 tu sama saja boleh mem-berikan waktu, tetapi orang masih membeli jam tangan Rolex kerana perasaan prestij, bangga dan ‘good feeling’ yang dirasakan apabila memilikinya.

Langkah #5: Memahami Ciri-ciri Produk Bagi Mengenalpasti FaedahnyaAdakalanya anda mungkin perlu menulis salesletter bagi sesebuah produk yang kepunyaan orang lain atau anda bukan pengasas atau penciptanya, seperti produk dari jenis Master Resale Rights (MRR). Dalam hal ini, anda perlu tahu dan memahami ciri-ciri produk tersebut, seperti cara penggunaan, ciri khas dan se-bagainya. Jika anda tidak faham atau tidak tahu ciri-ciri produk yang anda ingin promosikan, sudah tentu sukar bagi anda menentukan faedah-faedah memiliki produk tersebut. Pembaca salesletter tidak bodoh. Mereka akan tahu jika anda sedang ‘goreng’ (tipu) mengenai sesuatu produk.

Langkah #6: Merangkakan Salesletter dan Rekabentuk Salesletter Untuk Laman WebSatu kesilapan yang sering dilakukan oleh penulis salesletter di internet ialah mereka sering lupa bahawa mereka menulis untuk laman web. Disebabkan anda akan meletakkan salesletter tersebut pada sesebuah webpage, anda harus pastikan rekabentuk salesletter anda. Anda perlu tahu margin (kiri, kanan, atas dan bawah) webpage anda, grafik-grafik yang digunakan (saiz dan kedudukan) dalam salesletter tersebut, font yang sesuai untuk pembacaan di skrin computer dan warna-warna font yang sesuai.

Rangkakan pada kertas rupa salesletter anda, di mana anda akan letakkan borang opt-in, gambar, gam-barajah, kotak testimonai, video atau audio (jika ada). Anda juga perlu ingat tentang meta tags untuk SEO dan mempraktikkannya ketika membina webpage salesletter anda nanti. Salesletter pada Microsoft word tidak sama dengan yang ada pada laman web kerana pada laman web, factor-faktor seperti source code (SEO, meta tags, spidering) akan memainkan peranan dalam menentukan kejayaan salesletter anda.

Langkah #7: Menulis Draf SalesletterApabila anda sudah laksanakan langkah-langkah 1 - 6, anda sudah bersedia untuk menulis draf salesletter anda. Mulakan draf pertama salesletter anda walaupun anda kekurangan idea atau inspirasi untuk menulis. Mulakan saja. Anda tidak perlu risau jika ia tidak betul, salah atau tidak elok kerana ini baru draf pertama. Sesebuah salesletter mungkin akan melalui 4-5 draf sebelum draf terakhir dihasilkan. Anggaplah setiap draf sebagai ‘stepping stone’ menuju ke salesletter yang terbaik.

Baiklah, saya harap anda dapat manfaat melalui artikel saya ini.

Anda boleh layari blog saya di www.internetmelayu.com bagi maklumat lanjut.

1�

Salam Sejahtera Pembaca Majalah IM

Pernahkah di kalangan kita pernah merasa seolah-olah idea kita ditiru, atau dicuri oleh orang lain?Pada suatu ketika kita rasa idea itulah yang terhebat pernah kita fikirkan, yang tidak pernah di-lakukan oleh orang lain, mempunyai nilai yang istimewa, unik dan canggih dan pastinya berbeza dari idea dan pemikiran biasa.Apatah lagi idea kita tu idea yang melibatkan sesuatu perniagaan, atau idea yang kita rasa boleh menghasilkan wang yang banyak!

Kita rasa dengan idea kita tadi sungguh hebat dan disebabkan takut idea dicuri orang, kita cenderung untuk menyimpan sahaja idea itu. Akhirnya idea hanya tinggal idea…

Sebenarnya idea hanya satu cetusan rasa yang TIDAK AKAN mengubah apa-apa sekiranya idea tersebut tadi tidak digilap, diperkembangkan dan yang paling penting DILAKSANAKAN! Banyak idea-idea yang hebat, terhenti di pertengahan jalan akibat tidak digilar dan dikembangkan pada awalnya dan tentunya banyak idea yang HANYA hebat di minda kerana kegagalan untuk melaku-kannya DENGAN BETUL.

Jangan takut sekiranya idea anda diciplak orang. Sekiranya anda benar-benar rasakan idea anda bernas, kembangkan idea tersebut. Bila kita bercerita tentang idea kita (idea hebat selalunya di-gelakkan oleh orang sahaja) kepada orang lain, mereka akan memberi pendapat. Pendapat inilah sebenarnya yang berguna untuk memperhebatkan idea kita. Bila kita rasa idea kita mudah dici-plak orang, kita akan terus berfikir dengan kreatif, dan akhirnya idea kita akan terus berkembang, berkembang dan berkembang!

Jangan takut untuk memberi idea! Jangan kedekut! Idea yang hebat hanya akan menghasilkan perniagaan yang hebat sekiranya orang yang memberikan idea tadi tidak henti-henti mengem-bangkan idea tersebut. Idea yang telah dikembangkan memberikan si pemikir gambaran yang lebih jelas bagaimana melaksanakan sesuatu dengan betul.

Walau pun begitu, kita lihat dari aspek yang positif pula. Sekiranya saya mempunyai satu idea untuk menghasilkan kereta yang boleh terbang, tentunya idea saya tadi tidak lebih dari angan-an-gan (kerana saya bukan orang yang terlibat dalam industri kereta). Tetapi sekiranya idea saya tadi saya ceritakan kpd syarikat pengeluar kereta, ia mungkin boleh dilakukan! Mana kita tahu kan ?

Menjana idea sebenarnya elok untuk minda kerana sedar atau tidak, itulah sebenarnya kegunaan sebenar otak kita iaitu menghasilkan idea-idea baru yang bernas. Orang kata, otak yang selalu digunakan melambatkan proses penuaan yang juga memberi ‘hembusan’ kehidupan di dalam diri seseorang. Jangan hentikan minda anda untuk berfikir secara terhad. ‘Lepaskan’ ia.Kadang kala idea kita yang akan mengubah dunia. Bukankah itu suatu amal yang mulia ?

Irwan Dahnilwww.irwandahnil.com

Idea Hebat, Perniagaan Hebat

13

Idea Hebat, Perniagaan Hebat

1�

ADAB MENUNTUT ILMU ONLINEADAB 1

Mari kita mulakan dengan ada adab pertama - ‘Bagaimana tetamu masuk ke rumah.’ Untuk adab ini, bayangkan kita sedang mengunjungi rumah seseorang yang kita tidak kenal dan kita mahu belajar sesuatu daripadanya. Apa yang perlu kita lakukan apabila kita sedang berdiri di depan ru-mahnya? Jerit kuat-kuat nama orang tersebut? Tendang pintu dengan kasut kita yang kotor? Cuba buka pintu sendiri? Hmm… saya percaya soalan ini tidak sukar untuk dijawab. Saya percaya kita semua akan menjawab ketuk pintu dan beri salam. Jadi, tips pertama:

Ketuk pintu dan beri salam. - Kalau kita meng-hubungi seseorang secara online, pastikan kita ketuk pintu dan beri salam dahulu. Maksudnya be-gini. Kalau kita hantar email, pastikan ada 3 perka-ra, tulis tajuk, beri salam dan perkenalkan diri.

* Tulis tajuk email. Sebaik-baiknya, tulis tajuk yang ada kena mengena dengan apa yang kita hendak tanya. Orang zaman sekarang selalunya sibuk dan mail box pula dipenuhi bermacam-macam email yang tidak diminta. Jadi, kalau kita tulis tajuk elok-elok, peluang untuk penerima membukanya adalah lebih besar. Saya sendiri selalu terpaksa menapis email yang saya terima kerana setiap hari lebih 50% email tersebut ialah email ’spam’ oleh insan-insan yang mungkin tidak belajar etika perniagaan internet atau yang tidak mengambil peduli mengenai etika-etika tersebut :) Jadi, apabila saya mahu buka email, saya akan baca tajuknya dahulu. Saya percaya kebanyakan penerima email lain akan berbuat demikian juga.

* Saya cadangkan tulis nama kita di dalam tajuk email. Contohnya tajuk email saya begini ‘Surat cadangan program motivasi - Osman Affan’. Satu sebabnya, kita sudah perkenalkan diri kita lebih awal kepada penerima. Satu lagi sebabnya, ka-dang-kadang penerima meletakkan email mereka di dalam folder berbeza. Jadi, bila mereka letakkan email kita dalam satu folder lain, mudah baginya untuk mencari email kita nanti.

* Setelah ada tajuk, mulakan email kita dengan memberi salam. Kalau untuk orang Islam, tulis ‘As-salamualaikum’ dengan ejaan penuh (nanti saya terangkan mengapa) dan kalau bukan Islam, sela-mat sejahtera, Hi atau hello pun boleh diterima.

* Perkenalkan diri. Ini tidak perlu dilakukan den-gan begitu terperinci sampai nombor kad pengena-lan dan nombor sijil kelahiran pun hendak diser-takan! :) Cukup dengan memberitahu nama dan daripada mana kita datang supaya dapat memberi gambaran kasar siapa diri kita. Benar kata pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta. Apabila kita sudah perkenalkan diri serba sedikit, penerima email kita akan rasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami apa yang cuba kita sampaikan.

Bagaimana pula jika kita gunakan shoutbox atau sms? Sama juga cuma bezanya tidak ada tajuk. Penting untuk ucapkan salam dan perkenalkan diri kita. Satu nasihat saya, jangan terlalu mudah gu-nakan ejaan ringkas. Contohnya ‘Assalamualaikum’ jadi ‘Akum’, ‘bagaimana’ jadi ‘bgmn’ dan sebagain-ya. Saya tahu ramai sudah menyedari bahawa perkara ini sudah menjadi ikutan dan fesyen terkini. Mungkin banyak disebabkan penggunaan sms. Ada 2 kesan buruk utama jika menulis begini.Pertama, penerima tidak faham. Kedua, ia akan menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan.

ADAB 2

Adab kedua - Apa yang perlu dilakukan oleh tetamu apabila berada di dalam rumah. Sekarang bayangkan jika kita menjadi tetamu di rumah seseorang. Budaya di negara kita amat menghormati tetamu. Namun ia tidak bermaksud semua tetamu patut dihormati. Ada tetamu yang tidak tahu kasut perlu dibuka apabila hendak masuk ke rumah. Jadi tuan rumah akan memberitahu tetamu itu tentang adat tempatan dengan baik. Selalunya, tetamu akan faham dan membuka kasutnya dengan senang hati (dan mungkin rasa sedikit bersalah kerana tidak tahu adat tempatan dan mungkin telah menyakiti hati tuan rumah tersebut).

Tetapi, bagaimana jika tetamu itu berdegil dan keras kepala tidak mahu membuka kasutnya? “I don’t care…! SEUMUR HIDUP I TAK PERNAH BUKA KASUT KALAU MASUK RUMAH TAU! Awak ni perlu berfikiran terbuka sikit!” katanya kepada tuan rumah. Kalau andalah tuan rumah itu, apa anda lakukan? Senyum dan biarkan dia masuk dengan kasut kotornya? Kalau saya, saya halau saja :) . Hehe… mungkin tidak terus halau tetapi pastinya saya tidak akan benarkan dia masuk ke rumah saya.

Mesej saya di sini ialah jika kita mahu menuntut ilmu dengan seseorang, seseorang itu umpama tuan ru-mah. Kita kena hormatinya dan kena ikut caranya. Walaupun caranya nampak berbeza, kita perlu hormat-inya. Namun, kalau kita rasa caranya sangat berbeza dan menyalahi tatasusila atau bercanggah dengan agama contohnya, tidak perlulah kita masuk ke rumah tersebut. Dengan perkataan lain, janganlah menun-tut ilmu dengannya.

Jika kita menjaga adab kita begini, saya percaya kita akan membawa imej yang baik untuk diri kita send-iri. Saya suka mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh cikgu-cikgu yang saya kenal betapa mereka sangat sayangkan anak-anak murid mereka yang tinggi budi bahasa dan pandai menghormati mereka. Ini bukan bermaksud seorang guru mengharapkan agar anak murid menghormati mereka tetapi disebabkan adab anak-anak murid tersebut, mengasihi mereka menjadi sesuatu yang sangat mudah dilakukan. :)

Selamat mencuba.

Osman Affanhttp://www.osmanaffan.com

1�

Osman Affan adalah seorang Professional Trainer dalam bidang Motivasi dan Kemahiran Belajar. Beliau telah mengasaskan SmartStudy pada tahun 2003.

Selain menjadi Trainer untuk golongan pelajar, beliau juga adalah Professional Trainer untuk program-program pembangunan diri untuk orang dewasa.

Sekarang kita beralih pula ke bahagian 2.

$msg = “”;$ok = true;

Ini hanyalah “initialization” kepada variable yang kita akan gunakan di dalam program kita.

if ($_POST[“submitted”] == “yes”) {

Code ini bermaksud, jika user menekan button submit, buat function berkenaan di dalam tanda { }

//initialize vars reset ($_POST); while (list ($key, $val) = each ($_POST)) { if ($val) $$key = $val; }

Semua data yang dikumpul dari user akan disimpan secara automatic ke dalam satu variable $_POST. Jadi kod ini bertujuan untuk menukarkan sebagai contoh $_POST[“name”] kepada $name. Jika anda tidak memahami kod ini, tidak mengapa kerana ia tidak begitu penting jika di pandang dari aspek tajuk tutorial kita pada kali ini.

// name validation if($name == “”){ $msg .= “Sila isi nama anda.<br/>”; $ok = false; }

Kod ini digunakan untuk memastikan user/customer mengisi field nama. Jika tidak, mesej error akan dipaparkan seperti ini;

// email validation if(!eregi(‘^([._a-z0-9-]+[._a-z0-9-]*)@(([a-z0-9-]+\.)*([a-z0-9-]+)(\.[a-z]{2,3})?)$’, $email)) { $msg .= “<b>Email anda tidak valid.</b><br/>”; $ok = false; }

1�

Cara Membuat “Order Form”(Bahagian 2)

Web Tutorial

Oleh MDPAI

1�

Kod ini juga sama seperti kod sebelum ini, tetapi kod ini digunakan bukan untuk memastikan field nama diisi tetapi untuk memastikan email yang diberi oleh user adalah email yang sah.

// sending email if($ok == true){

Jika tiada error, teruskan menghantar email; $emailAdmin = “[email protected]”; $headers = ‘From: “Khidmat Pelanggan Mdpai.Com”<[email protected]>’ . “\r\n” . ‘X-Mailer: PHP/’ . phpversion(); $subject = “Makluman tentang Mdpai.Com”;

Ini adalah maklumat email anda, jadi apa yang anda boleh lakukan ialah menukar maklumat yang telah sedia ada kepada maklumat email anda.

//ini merupakan msg anda $message = “Nama : “.$name.”\n”; $message .= “Tarikh : “.$date.”\n”; $message .= “Email : “.$email.”\n”;

Ini adalah kandungan email anda. Untuk menambah line kepada email ini, amat senang, anda hanya perlu menambah kod ini;

$message .= “Tulis apa yang anda mahu di sini\n”;

Jadi anda boleh menambah sebanyak mana yang anda suka.

mail (“$emailAdmin”,”$subject”,”$message”,”$headers”); mail (“$email”,”$subject”,”$message”,”$headers”);

Menghantar salinan email kepada anda dan juga kepada user.

$msg .= “Terima Kasih. Email berjaya dihantar.<br/>”; }}?>

Memaparkan mesej jika email berjaya dihantar.

Tutorial kali ini sudah sampai ke penghujungnya. Jika anda masih tidak memahami tutorial ini, anda boleh bertanyakan kepada saya bila-bila masa. Source code untuk tutorial ini boleh didownload di http://www.design-hut.com/download/ (right click dan tekan save as, namakan sebagai contact_form.php)

Mdpai @ Wan Mohd Fairuz Wan Ismailhttp://[email protected]

1�

1�

Salah satu cara menjana pendapatan di Internet tanpa mencipta produk sendiri ialah dengan menjadi rakan kongsi untuk produk yang se-dia ada, dan jual kembali produk tersebut un-tuk mendapat peratusan komisyen yang telah ditetapkan.

Ianya dinamakan program affiliate (atau rakan kongsi) dan MLM online juga tergolong di dalam kategori ini.

Sebagai contoh, ebook “Rahsia Perniagaan Digital” mempunyai program affiliate yang tersendiri. Anda boleh daftar sebagai affiliate di http://www1.bisnesdigital.com/jv dan sekiranya anda berjaya menjual ebook “Rahsia Perniagaan Digital” sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen 50% bagi setiap jualan iaitu besamaan RM18.95. Semua urusan pengiriman produk, masalah pelanggan atau pengiriman komisyen akan diuruskan oleh pihak “Rahsia Perniagaan Digital”. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma memasarkan ebook “Rahsia Perniagaan Digital” ini dengan menggunakan pautan (link) affiliate anda.

Walaubagaimanapun, memasarkan produk affili-ate juga memerlukan strateginya yang tersendiri kerana anda perlu dedahkan link affiliate anda kepada seberapa ramai bakal pembeli yang mungkin, tanpa melakukan SPAM. Semakin be-sar pasaran sasaran anda, semakin tinggi jualan yang bakal anda hasilkan.

Jadi di sini saya akan terangkan salah satu cara yang saya gunakan untuk mempromosikan produk affiliate yang mampu menghasilkan jualan dan juga memperkembangkan perniagaan internet anda secara tidak langsung. Tetapi, sebelum itu, mari kita lihat dahulu infrastruktur yang diperlukan untuk menjayakan strategi ini.

Oleh Zamri Nanyan - http://www.zamrinanyan.com/

Berikut ialah peralatan yang anda perlukan:

1. “Squeeze Page atau Opt-in Page”. (dalam bahasa Malaysia, saya na-makan laman web “Borang Langga-nan”).

Laman web “Borang Langganan” ialah bertujuan untuk memudahkan bakal pembeli produk affili-ate anda meninggalkan nama dan alamat e-mel mereka untuk anda hubungi di kemudian hari. Di laman web ini cuma ada beberapa maklumat penting mengenai perniagaan anda dan satu borang langganan percuma.

Apa yang selalu saya berikan di sini ialah satu e-kursus percuma selama beberapa hari. Jadi saya nyatakan di laman web ini seperti “E-kursus Perniagaan Digital Selama 5 Hari Percuma. Lang-gan Sekarang Dengan Memasukkan Nama Dan Alamat E-Mel Anda” atau yang seumpamanya.

Sesiapa yang berminat dengan apa yang saya tawarkan akan meninggalkan nama dan e-mel mereka di dalam borang yang saya sediakan di laman web ini.

2. Autoresponder

Ini merupakan perisian yang dapat membantu anda menguruskan senarai nama pelanggan dan bakal pembeli anda. Saya pernah menggunakan autoresponder yang dipasangkan di pelayan web saya sendiri namun saya dapati ianya lebih mu-dah untuk menggunakan servis yang dikendalikan oleh mereka yang profesional.

Pemasaran AffiliateStrategi Pemasaran Produk AffiliateYang Terbukti Berkesan!

Strategi Pemasaran Produk AffiliateYang Terbukti Berkesan!

“ “

Semakin besar pasaran sasaran anda, semakin tinggi jualan yang bakal anda hasilkan.

1�

Jadi, saya amat syorkan anda menggunakan GetResponse atau Aweber. Elakkan penggunaan autoresponder yang percuma kerana jika anda ingin perniagaan anda berkembang pada masa akan datang, anda tidak ingin mengambil risiko masalah yang selalu berkaitan dengan servis au-toresponder percuma. Di dalam autoresponder ini, masukkan e-kursus yang anda tawarkan. Ianya merupakan siri mesej berkaitan e-kursus anda dalam format 5 atau 7 e-mel. Emel ini ditulis terlebih dahulu dan dipro-gramkan ke dalam autoresponder berbayar anda untuk menghantar mesej ini pada tempoh-tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, e-mel pertama akan dihantar sebaik sahaja bakal pembeli anda memasukkan nama dan emel mereka ke dalam borang langganan anda. Emel kedua dihantar 2 hari kemudian, dan begitulah seterusnya. Dan penghantaran emel ini sebenarnya berjalan se-cara automatik hasil daripada penggunaan au-toresponder anda.

Blog ialah satu laman web dinamik. Ianya selalu dikemaskini oleh penulisnya untuk memberitahu pembaca mengenai perkembangan semasa yang berkaitan dengan bisnes yang anda jalankan. Ter-dapat banyak perisian blog di internet tetapi saya sarankan anda menggunakan Wordpress yang di-pasang di pelayan web anda sendiri.

3. Blog

Blog ialah satu laman web dinamik. Ianya selalu dikemaskini oleh penulisnya untuk memberitahu pembaca mengenai perkembangan semasa yang berkaitan dengan bisnes yang anda jalankan. Ter-dapat banyak perisian blog di internet tetapi saya sarankan anda menggunakan Wordpress yang di-pasang di pelayan web anda sendiri.

Kos keseluruhan infrastruktur ialah untuk au-toresponder, nama domain dan webhosting.

Selepas anda menyediakan infrastruktur yang diterangkan di atas, anda sekarang sudah berse-dia untuk ke langkah seterusnya – iaitu mempro-mosikan laman web “Borang Langganan” anda. Sila jangan keliru di sini kerana anda tidak cuba untuk mempromosikan sebarang laman web af-filiate pada masa ini lagi.

Anda akan mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda supaya anda boleh menam-bahkan seramai mungkin nama dan e-mel bakal pembeli anda ke dalam pengkalan data (data-base) autoresponder anda. Kebarangkalian anda untuk mendapat lebih banyak jualan meningkat apabila anda mempunyai senarai nama sasaran yang besar.

Sekali lagi saya tekankan – FOKUS kepada cara untuk mendapatkan seramai mungkin bakal pembeli anda ke dalam database au-toresponder anda, dan berikut adalah cara-cara anda melakukannya.

1. Pemasaran Melalui Forum

Terus-terang saya katakan yang saya bencikan forum SEKIRANYA forum yang saya sertai mem-punyai ramai orang yang cuma berminat untuk mempromosikan produk mereka sahaja tanpa memberikan ilmu untuk dikongsi bersama. Jadi, sebelum anda lakukan SPAM di mana-mana fo-rum, anda perlu ingat yang tujuan forum diwu-judkan ialah untuk berkongsi ilmu dan maklumat supaya peserta forum boleh mendapat faedah sesama sendiri secara percuma.

Kalau hendak berforum, pasti ada caranya. Dan anda boleh lakukannya begini… di dalam ba-hagian keahlian forum yang anda sertai, ada di-sediakan kemudahan meletakkan ‘signature file’ yang membolehkan anda meletakkan link ke se-barang laman web. Gunakan bahagian ini untuk meletakkan link ke laman web ‘borang langga-nan’ anda.

Yang menariknya, untuk setiap paparan yang anda tulis di forum yang anda sertai, ‘signature file’ anda akan disertakan di akhir paparan terse-but. Inilah bahagian yang anda gunakan untuk promosi produk anda. Kadang-kadang ada juga disediakan ruangan beriklan di dalam forum yang anda sertai. Di sini juga anda boleh beriklan.

2. Penulisan Artikel

Sekiranya anda mahir dengan sesuatu topik, tidak menjadi masalah untuk anda menulis sebarang artikel yang berkaitan dengan topik tersebut. Mula menulis sekarang dan berikan kebenaran untuk orang lain memaparkan artikel anda di la-man web mereka.

Tapi sebelum itu, berikan syarat anda terlebih dahulu – iaitu bagi sesiapa yang ingin menggu-nakan artikel anda, mereka perlu meletakkan biografi ringkas mengenai anda di akhir artikel yang anda tulis tersebut dan tiada sebarang pindaan dilakukan ke atas artikel anda. Di dalam biografi ringkas inilah anda letakkan link ke laman web anda.

�0

3. Pemberian Laporan Percuma

Selepas menulis beberapa artikel, gabungkan artikel ini dan jadikan satu laporan ringkas yang anda benarkan orang lain menyebarkannya se-cara percuma. Pastikan anda meletakkan link ke laman web anda di dalam laporan percuma ini su-paya sesiapa yang membacanya boleh melawati laman web anda dengan cuma klik ke link yang anda berikan.

Walaubagaimanapun, laporan percuma ini sepat-utnya disimpan dalam format PDF supaya nam-pak lebih profesional. Sekiranya perlu, upah sese-orang untuk mencipta “report cover” (kulit buku untuk laporan percuma) anda.

Ketiga-tiga kaedah promosi yang dinyatakan di atas adalah sebagai permulaan dan anda boleh juga mengaplikasikan lagi beberapa kaedah yang saya rasa tak kurang juga he-batnya di bawah:

1. Meninggalkan komen di blog yang mempunyai ramai pembaca, dan jangan lupa meletakkan link ke laman web anda semasa berbuat demikian.

2. Membeli ruang iklan di laman web orang lain seperti iklan pautan (link) atau banner.

3. Joint venture atau berkongsi promosi untuk memasarkan laman web masing-masing. Sebagai contoh, anda boleh membuat ulasan mengenai laman web rakan anda di blog anda dan rakan anda boleh membuat ulasan di laman web be-liau. Kemudian anda dan rakan anda hantarkan ulasan yang ditulis ini ke mailing list masing-mas-ing. Dengan cara ini, saingan anda akan menjadi rakan kongsi anda untuk kebaikan bersama.

Selepas anda melakukan kaedah pemasaran yang saya nyatakan di atas secara besar-besaran, anda sepatutnya mempunyai ramai orang di dalam sen-arai nama di dalam sistem autoresponder anda.

Di sinilah bermulanya promosi produk affiliate anda.

Kemaskinikan blog perniagaan anda selalu den-gan informasi yang menunjukkan anda adalah pakar di dalam bidang yang anda ceburi. Sekiran-ya produk yang anda pasarkan adalah berkaitan kereta lumba, pastikan anda berikan banyak in-formasi mengenai kereta lumba di blog anda.

Di masa yang sama, anda boleh gunakan fungsi ‘broadcast’ (iaitu menghantar email kepada se-mua orang yang berada di dalam mailing list anda secara serentak) untuk memberitahu yang anda

Dari sinilah anda mula mempromosikan produk affiliate anda. Bagi contoh kereta lumba yang kita bincangkan di sini, anda bolehlah mempro-mosikan produk affiliate seperti replika kereta lumba dan poster pemandu kereta lumba.

Jangan lupa meletakkan pautan (link) ke produk affiliate di blog anda juga dan cuba gunakan fung-si ‘broadcast’ di dalam autoresponder anda untuk mengajak orang datang ke blog anda.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda akan sen-tiasa mempunyai pasaran yang tepat untuk mem-promosikan produk affiliate anda. Sekiranya anda perlukan wang tunai, dan jika dilakukan dengan betul, satu email ke mailing list anda sahaja su-dahpun cukup untuk mendapatkannya.

Akhir sekali, saya ingin nyatakan yang kaedah ini cuma salah satu cara yang berkesan untuk mem-promosikan produk affiliate. Ini juga merupakan salah satu cara saya melakukannya untuk mem-promosikan laman web www.ZamriNanyan.com saya. Apabila anda sudah mahir, cuba perbaiki di mana kelemahan anda dan cuba cari pelbagai lagi kaedah yang dapat menambahkan ‘pengikut’ anda ke dalam autoresponder anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Inter-net. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.Bisnes-Digital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

================================================*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan me-letakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan un-tuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.================================================

kempen peperangan

affiliatekempen peperangan

affiliateSedar atau tidak peperangan program affiliate di Malaysia kini sama seperti peperangan bendera utnuk pilihanraya. Hehehe... Semuanya kerana duit! Affiliate adalah salah satu cara yang amat mudah untuk menjana pendapatan melalui internet. Sudah ada yang menjadikan affiliate sebagai salah satu sumber pendapatan sampin-gan yang tetap. Maka anda bila lagi?

Baiklah berdasarkan sedikit pengalaman berk-enaan affiliate, pada pendapat saya terdapat beberapa kesalahan besar anda gagal dalam affiliate. Antaranya ialah:

1) Memilih affiliate yang salah

Ramai di antara kita ingin menjana pendapatan dengan Affiliate dengan secepat yang mungkin. Asal tau ada program affiliate yang baru je, ter-us daftar. Dunia online tidak sama dengan dunia offline. Kunci utama untuk berjaya di internet ialah KUALITI. Tidak kira apa jua perkara anda perlu ada kualiti. Sama juga dengan program affiliate yang anda ingin sertai. Adakah ianya kualiti? Pernahkah anda ambil masa untuk mengkaji sejauh mana kualiti program affiliate yang anda sertai? Saya pernah jual ebook ‘kual-iti’ satu ketika dulu tapi baru-baru ini pelanggan itu tanya semula kepada saya ada ebook lagi yang nak direkemenkan? :) Nampak kesalahan anda? Eh pasal mengkaji tu saya nak anda kaji clickbank, cj dan Azoogle. Sy cuma cadangkan anda tumpukan lebih perhatin terhadap Azoogle :D

2) Terlalu banyak sertai affiliate program

Seperti yang saya katakan tadi bahawa pro-gram affiliate sangat mudah untuk sertai. Betul! dengan menyertai banyak affiiate adalah jalan untuk dapat lebih banyak pendapatan. Walau-bagaimanapun, anda kena ingat bahawa anda akan buat promosi untuk semua affiliate yang anda sertai. Maka secara tak sengaja anda tidak dapat FOCUS pada setiap program affiliate yang anda sertai! Ada di antara kita yang membina satu blog/website satu program affiliate yang disertai atas tujuan promosi. Anda rasa cara ini terbaik? Bagi saya tidak!

3) Takut untuk keluarkan modal

Hehehe... sebut pasal berniaga mesti kena ada modal. Sama juga dengan affiliate. Anda berni-aga, dalam perniagaaan apa yang paling pent-ing ialah promosi. Adwords adalah jalan yang terbaik untuk melakukan promosi. Anda berani mengeluarkan modal sebanyak $100 terhadap PPC untuk dapat $200+ lebih sehari hanya dengan affiliate? Itulah kuasa promosi dengan Adwords! yup, 100% hanya dengan PPC anda boleh dapatkan modal anda dengan mudah! Nak belajar tentang PPC? Dapatkan buku F2R :)

4) Takut nak mencuba

Takut gagal memang anda tak layak untuk berjaya! Try and error memang lumrah bagi sesiapa nak berjaya. Bila anda salah baru anda banyak belajar berbanding anda sentiasa betul je :P Tapi mcm mana pun nk berjaya mesti kena banyak bersabar ye. Contoh paling jelas, kalo labanon tak berani mencuba masa mula-mula dia keluarkan modal dulu memang sampai ke hari ini dia takkan berjaya dapat pendapatan RM10 000 sebulan hanya dengan menjual eb-ook!

Tetapi untuk berjaya program affiliate di Malay-sia, ‘connection’ anda perlu kuat. Contohnya seperti senarai subcriber anda atau mailing anda.

Saya amat berharap 2 benda sahaja daripada anda setelah selesai membaca majalah ini:

1) Dapat menaikkan motivasi untuk anda terus berjaya di alam maya ini.

2) Membuka minda anda bahwa anda juga ber-peluang untuk berjaya!

P/s: Ada lecturer saya jemput saya datang bilik dia untuk terangkan lebih lanjut tentang bagaimana unutk jana pendaptan di internet. Sbb masa kat kelas hari tu saya ada review pasal si labanon tu :P

Ahib0205 @ Mohd Hanis Bin Jaludinhttp://ahib0205.blogspot.com/

�1

��

Dalam siri yang lalu, kita telah berkongsi info tentang pentingnya mengetahui kekuatan, ke-mahiran dan minat diri anda terlebih dahulu dalam menentukan apakah jenis produk atau perkhidmatan yang ingin anda tawarkan.

Pada kali ini, kita akan membincangkan pula mengenai kepentingan mengenalpasti pasaran sasaran (target market) yang berpotensi sebe-lum kita memulakan sebarang jenis perniagaan di internet. Dalam bahasa mudahnya, sebaiknya kita terlebih dahulu memastikan bahawa produk atau perkhidmatan kita itu mempunyai pasaran yang besar, permintaan yang tinggi dan amat diperlukan oleh bakal pelanggan kita! Jika ber-jaya memenuhi kriteria ini, besar kemungkinan perniagaan internet anda akan strike!

Oleh Mohamad Tazilan Hj. Ibrahimwww.ideabisnesluarbiasa.com www.modelbisnesinternet.com

www.tazilan.com

Apa dan bagaimanakah yang dikatakan pasaran yang besar, permintaan yang tinggi dan amat diperlukan itu?

Pada pemahaman saya, ia bermaksud satu kumpulan pengguna yang memiliki keperluan tertentu, mempunyai kemampuan kewangan, bermotivasi dan bersedia mengeluarkan perbe-lanjaan untuk memenuhi keperluannya tadi.

Sebagai contoh, katalah anda bercadang men-jual tips menjawab soalan peperiksaan dan tu-isyen secara online dengan caj minima RM50. Terdapat ratusan ribu pelajar menduduki peperik-saan setiap tahun dan atas alasan angka yang

besar itu, anda berfikir untuk menjadikan pela-jar sekolah sebagai target market anda. Namun hati-hati! Anda mungkin tersilap perkiraan!

Secara kasarnya tiada apa yang salahnya den-gan perancangan anda itu. Namun jika kita fikir-kan secara lebih mendalam lagi, tentunya para pelajar terpaksa merujuk kepada ibubapa mere-ka untuk sebarang keputusan yang melibatkan kewangan. Kebiasaannya, ibubapa yang akan menapis, menilai, membuat keputusan dan akhirnya mengeluarkan perbelanjaan. Jadi, dalam hal ini, bukankah para ibubapa merupa-kan target market yang lebih realistik dan berke-san?

Dalam kes sebegini, sewajarnyalah anda memastikan salesletter dan kandungan laman web anda mensasarkan kepada para ibuba-pa kerana mereka inilah yang akan membuat keputusan muktamad untuk membuat pembel-ian/pembayaran, bukannya anak-anak mereka!

Dalam contoh lain, katakanlah anda ingin men-jual ebook yang mengajar bagaimana membuat

dan menjual batu nesan (haha.. contoh aje). Jika kita lihat secara kasar, setiap yang hidup pasti mati. Kematian berlaku setiap hari, malah terbukti banyak perniagaan berkaitan kematian menghasilkan pulangan yang besar.

Buatlah pelancaran dan teknik pemasaran yang hebat. Namun hakikatnya, berapa ramai di antara kita yang berminat untuk belajar mem-buat dan menjual batu nesan? Ada… tapi tak ramai. Niche pasaran dan permintaannya ter-lalu kecil, maka ebook ini pasti akan menemui kegagalan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

KENALPASTI ‘TARGET MARKET’ ANDA!KENALPASTI ‘TARGET MARKET’ ANDA!

Lihat sahaja kepada usahawan internet tempatan yang berjaya sebelum ini. Dr. Irfan Khairi mensas-arkan golongan yang ghairah mempelajari asas perniagaan di internet;

Shuth mensasarkan bakal pengantin yang berma-salah kumpul duit untuk belanja kahwin;

Zul Smartusaha mensasarkan mereka yang ingin belajar bagaimana membina blog perniagaan;

Sham RajaAdsense target pada yang ghairah bela-jar tentang Google Adsense;

Irwan Dahnil mensasarkan golongan yang bermi-nat menjana pendapatan dengan SMS dari kesele-saan rumah dan banyak lagi nama yang tak mampu dimuatkan dalam ruang yang terhad ini.

Mereka berjaya kerana telah memilih pasaran sas-aran yang tepat!

Malah jika anda masih ingat, suatu waktu dahulu kita dilanda fenomena TsunamiWang! Secara peribadi saya menganggap ia perniagaan internet yang ber-jaya dari segi pemilihan target market yang besar dan berkesan ketika itu, iaitu golongan yang ingin menjana pendapatan dari internet dengan cepat dan mudah!

Sebenarnya tak susah menentukan pasaran sas-aran anda. Carilah pasaran yang aktif dan proaktif sepanjang masa seperti pendidikan, perkahwinan, kewangan, sukan, hiburan, makanan, pakaian dan sebagainya.

Pokoknya, kenalpasti terlebih dahulu target mar-ket yang paling ideal untuk produk anda itu!

�3

��

Berikut adalah analisis mengenai kekuatan dan fak-tor yang menyumbang kepada kejayaan laman web ini:

Jika dahulu, musim perkahwinan terhad pada musim cuti sekolah sahaja, namun mengikut peredaran masa, kini majlis perkahwinan diadakan hampir sepanjang tahun. Asal ada kesempatan, pasti ada sahaja jemputan ke majlis perkahwinan yang kita terima. Ini menjadikan bisnes rekabentuk kad jem-putan perkahwinan suatu bentuk perniagaan yang mempunyai pasaran yang besar dan berterusan!

Berdasarkan info yang diperolehi, pengasas laman web ini, saudara Mohamad Natasha (Nat) merupa-kan seorang yang berpengalaman dalam kerja-kerja rekabentuk laman web, rekabentuk logo, animasi flash, rekabentuk ilustrasi buku kanak-kanak dan sebagainya.

www.kadkahwin.com.myDirektori Kad Kahwin Malaysia Bersesuaian dengan tajuk artikel ‘Kenalpasti Target Market Anda’, saya persembahkan sebuahlaman web yang saya kira menepati kriteria yang telah dibincangkan dalam artikel tersebut.

BISNES INTERNET PILIHAN BULAN INI

ULASANSeperti namanya, laman web ini khusus menawar-kan khidmat rekabentuk dan tempahan kad jempu-tan untuk majlis perkahwinan secara online.

Seperti yang kita semua maklum, majlis perkah-winan adalah suatu yang biasa dan menjadi tradisi dalam kehidupan masyarakat kita. Justeru ini menjadikan majlis perkahwinan suatu industri dan pasaran yang amat besar di negara kita.

Bermula dari situ, mungkin saudara Nat telah melihat potensi besar yang ada pada dirinya sebagai seorang designer, tetapi telah mengkhususkan kepada per-niagaan rekabentuk dan membekal kad jemputan perkahwinan secara online. Buktinya, laman web ini semakin berkembang maju sejak memulakan operasi pada tahun 2004 sehinggalah ke hari ini.

Selain menawarkan perkhidmatan rekabentuk dan mencetak kad jemputan yang beranika jenis, unik dan eksklusif, laman web ini juga menawarkan beberapa item yang inovatif mengikut trend terkini seperti kal-endar dan juga beg kertas. Selain itu, laman web ini juga bertindak sebagai pusat sehenti dengan menye-diakan perkhidmatan videografi, fotografi, andaman pengantin dan juga artikel serta galeri foto yang pastinya memikat hati bakal pelanggan!

Persembahan rekabentuk laman web yang profe-sional, susunan yang kemas dan mutu rekabentuk kad jemputan perkahwinan yang eksklusif dan trendy meyakinkan lagi pelanggan untuk membuat tempa-han.

Pelanggan semakin terbuka membuat pembelian secara online. Kewujudan laman web ini sebenarnya memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasala-han bakal pengantin yang biasanya kesuntukan masa dalam persiapan majlis perkahwinan.

Berdasarkan peta lokasi yang tertera dalam laman web tersebut, pusat operasi perniagaan ini terletak tidak jauh dari kediaman penulis. Jika betul telahan penulis, ini satu lagi bukti perniagaan home-based yang berjaya!

Berdasarkan analisis di atas, sewajarnyalah kita menghayati dan mencontohi keja-yaan laman web ini yang ber-asaskan minat dan kemahiranserta pemilihan target market yang strategik!

~ Tazilan Hj.Ibrahimwww.ideabisnesluarbiasa.com www.modelbisnesinternet.com www.tazilan.com

Many times we hear things like “Oh, thats because you have con-nection with the Gurus”, or “I don’t think the Gurus will bother to reply to my email” …etc

You probably would have the same thoughts as well when it comes to getting in touch with top marketers.

I started from scratch 5 months back with zero connection with the so called “Gurus”. Now, I am in contact with probably 50 mar-keters and most of them are huge marketers like Jeff Dedrick, John Delavera, JP Schoeffel, Edmund Loh, Liz Tomey, Chris (DJK), Ben Shaffer, Gobala Krishnan, Bob Bastian, Ian Del Carmen and many more. They were also my JV partners when I launched VinceTanReadyEBooks.com last month.

So the question is how did I got in touch with them? Let me tell you this, the most important step to take is “JUST ASK”. Yep, sim-ple as it may seem, you must first ask. If you just assume that they will not reply you, well you are probably right cause you did not even ask in the first place.

Few other quick tips I would like to share with you is this

• Check out their blog, products and if possible their photos. Look for possible things you could use to start a conversation such as “Hey you have a cat! I have one myself… ” , “By the way, this prod-uct ___ is something i’ve been referring to all these while, great job” ..

Things like this will grab their first attention. Remember, they are very busy. So there will be very little time for you to grab their at-tention. So in a way, writing your email to them is like writing a sales copy. You need to have a good headline, follow by subheadlines,

ApproachingThe Art of

Gurus

Why should they JV with you? Is there no one else in the world can offer them what you just offered? If your answer to this question is yes, then maybe the Guru is really a doodoo. They get tons of JV re-quest everyday. Even 100% com-mission offers, etc… you name it they probably gotten it. So they definitely will have to be picky. They will need to make sure that the offer is suitable for their list.

I would suggest that you should start building a list by giving re-ports away, some form of viral marketing (refer friends), etc. Then do some adswap with mar-keters of similar list size, and then join giveaway event. You can eas-ily reach anywhere between 1,000 - 3,000 subscribers with just this few methods. After that just rinse and repeat.

• Offer help whenever you can. Do not say things like “but I don’t know anything”. Thats crap. There are many ways you can offer help, from product review, testing, design, technical, etc. By helping others, you establish yourself as someone people can look up to and in time, you will find that peo-ple will help you as well. These very people who have gotten your help could one day be big market-ers and will in turn help you too. The law of reciprocate.

Well, thats enough for today I’ve been actively building rela-tionship since the very beginning. It takes a lot of time but it will take you further. Vince Tanhttp://www.vincetanblog.com/

and just keep getting them to continue reading your email.

• Secondly, if you can, find out if the marketer that you wish to ap-proach is closely related to who. Then check and see if you can first get in touch with the market-er’s friend before you get directly in contact with that marketer itself. Once you get acquainted with their friends, then it will be easier to slowly move yourself up to the Guru itself.

• Do not think that marketers are arrogant if they don’t reply you. The problem is they are after-all the “Guru” and also probably swamp with tons of emails eve-ryday. If they reply each one of them, they will probably not have enough time to try out news things or create new products for you to use. So remember to approach them with an open mind.

• Never ask a silly question. How do you tell if its a silly ques-tion? Just go to Google and do a search for the answer you looking for. If you can find it in Google, that is a silly question. If you still ask the Guru, that means you are basically asking them to search in Google on your behalf. That is a real turn off. Make sure you have done your homework prior to ask-ing them. I’ve also gotten rude emails like “Can you tell me how much you really make?”. Gosh, when will people learn.

• They are *&(#@&#@ cause they do not want to JV with me. Yes I hear this statement way too often. Its simple. ��

Topik kali ini agak ringkas dan straight to the point (tak perlu membebel-bebel). Saya akan tunjukkan bagaimana cara paling mudah dan ringkas yang perlu kamu lakukan untuk memohon akaun Google Ad-sense.

Tapi sebelum itu, check apa yang diperlukan:

1) Satu akaun GMAIL. Jika tiada akaun GMAIL, boleh dapatkkannya percuma di http://www.gmail.com

2) Satu Blog/Website dalam bahasa ENGLISH. (Jangan buat dalam bahasa melayu, just create satu blog “dummy” bahasa English khas untuk memohon akaun Google Adsense. Bak kata orang just buat syarat je.)

3) Umur kamu mencukupi iaitu 18 tahun (tetapi yang ni kita boleh “ketepikan” dahulu). Jom kita buat semua ni step by step. Saya tunjukkan kepada kamu.

Langkah Pertama : Mencipta Email GMAIL (jika masih tidak mempunyai gmail) - Buka http://www.gmail.com dan create satu email gmail. - Pastikan akaun gmail anda senang anda ingati dan simpan password anda baik-baik.

BAGAIMANA KAEDAH PALING SENANG & PANTAS

Langkah kedua : Membuat Blog di Blogger.com

Dah sudah register akaun GMAIL. Maka kita teruskan pada langkah seterusnya yakni membina website/ blog dalam bahasa English. Jadi dalam hal ini, saya cadangkan anda membuat satu blog di akaun Blogger.com

Buka http://www.blogger.com . Login akaun Blogger.com tersebut menggunakan akaun GMAIL anda (sebab ianya memang link Antara satu sama lain kerana Blogger.com adalah anak syarikat Google juga).

Jadi ia menjimatkan masa untuk proses pendaftaran.

Untuk Memohon Akaun Adsense.

��

Oleh : Syed Ikhwan http://www.jemput.com

Kemudian isikan “Blog Tittle”. Pilih satu topic dalam bahasa English.Isikan “Blog address (URL)”, pilih sehingga available. Cari nama subdomain anda yang unik kerana ia akan menentukan URL blog anda yang akan dibuat sebentar lagi.

Jika dah OK semuanya, hanya tekan butang continue.

Di langkah ini, anda hanya pilih template yang bersesuaian untuk blog anda.Dah pilih, tekan continue.

Kemudian setelah ini rungan di “Display Name” dan “Acceptance of Terms” , tekan butang CONTINUE.

��

Sekarang adalah langkah untuk membuat POST. Anda boleh create post anda sendiri. Sebagai bahan rujukan anda bolehlah rujuk dari enjin carian, ataupun dari buku ataupun dari majalah. Dah siap satu post, anda boleh tekan publish post, kemudian anda boleh view blog anda. Saya galakkan anda buat dalam 3-4 post dahulu.

Sekarang blog sudah pun siap. Maka kita bolehlah menuju untuk memohon akaun Google Adsense.Bersambung pada siri mendatang!

Harap sabar menunggu.

��

Kerjaya sebagai seorang usa-hawan internet selalunya akan menjadikan rumah dan kom-puter sebagai pejabat peribadi mereka. Kerjaya ini dilakukan dengan berbekalkan sebuah komputer dan tanpa perlu keluar dari rumah amat menyenangkan.

Jangan sangka bekerja di bawah bum-bung yang terlindung dari cahaya mata-hari dan sentiasa berhawa dingin bermak-na anda akan sentiasa selamat. Tahukah anda bahawa disebalik ruangan pejabat anda yang selalunya cantik dan tersusun kemas sebenarnya tersembunyi ancaman penyakit yang boleh membahayakan kesihatan?

Buat anda yang berkarier sebagai usaha-wan internet dan banyak menghabiskan masa dihadapan komputer, telitikan be-berapa penyakit di bawah dan lihat sa-mada anda berpotensi untuk mengidap-nya atau tidak :

Batu karangSering berlaku kepada anda yang men-cari info di internet atau idea datang men-curah-curah semasa menulis di blog akan abaikan apabila terasa mahu membuang air kecil. Selalunya mereka akan terus ke tandas apabila terasa benar-benar mahu menunaikan hajat tersebut tetapi ini boleh mengundang bahaya yang amat besar iaitu penyakit batu karang.

PENYAKIT TERSEMBUNYIUSAHAWAN INTERNET

��

“ “Jangan sangka bekerja di ba-wah bumbung yang terlind-ung dari cahaya matahari dan sentiasa berhawa dingin ber-makna anda akan sentiasaselamat... ~ JimieRay

Stres atau tekananBagi wanita yang berkarier sebagai usaha-wan internet sememangnya lebih berisiko untuk menghadapi stres. Urusan kerjaya anda, urusan rumah tangga dan anak-anak sering kali menyebabkan ramai wanita ter-tekan. Awasi jika anda sering sakit kepala, jantung berdegup kencang, sakit leher dan pelbagai simptom lagi.

Ini sebenarnya petanda anda dalam kead-aan stres. Rentetan daripada stres yang di-alami anda mungkin mengalami gangguan kesihatan dan menyebabkan penurunan prestasi kerjaya anda.

Sukar tidurIa adalah lanjutan daripada masalah stres yang anda alami. Sekiranya anda sukar untuk melelapkan mata selama lebih dua minggu bermakna anda mengalami insom-nia. Kekurangan tidur menyebabkan anda sentiasa dalam keadaan letih dan tidak ber-maya. Prestasi kerja anda juga makin menu-run kerana tumpuan anda lemah selain daya tahan tubuh yang makin berkurang.

Oleh itu, tidurlah secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.

GastrikGastrik berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak teratur. Mungkin anda terlalu ‘ex-cited’ dengan satu-satu projek untuk disiap-kan sehingga mengabaikan makan dan mi-num. Kebanyakan mengganggap makan tidak teratur itu tidak mengapa asalkan hati menjadi puas dan akan mengambil makanan apabila betul-betul lapar.

Ini adalah satu perkara yang sering berlaku tanpa kita sedari dan boleh mengundang ba-haya penyakit ‘gastrik’ dan menjadikan kita tidak terurus dari segi pengurusan masa.

Gangguan penglihatanTumpuan mata ke arah komputer dalam tempoh yang lama sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan mata. Penumpuan ke arah skrin komputer menyebabkan anda jarang mengerdip mata. Semakin kurang anda mengerdip mata maka semakin kering keadaan mata anda.

Keadaan mata yang kering berpanjangan juga boleh menyumbang kepada risiko keb-utaan. Selain itu penumpuan terhadap kom-puter dalam jangka masa yang lama mung-kin menyebabkan mata anda berair dan perlahan-lahan mata akan menjadi kabur. Ia dikenali ‘computer vision syndrome’.

Tanda anda mengalami masalah ini adalah sering sakit kepala, sukar menumpukan per-hatian, terasa hendak muntah dan juga sakit perut. Elakkannya dengan merehat mata sejenak selepas setiap setengah jam anda berhadapan dengan skrin komputer. Alihkan pandangan anda pada satu sudut jauh dan dekat di luar jendela secara berulang kali, pandang pemandangan yang hijau dan se-bagainya.

Tidurlah secukupnya iaitu sekurang-kurang-

nya 6 hingga 8 jam sehari.

30

“ “

SenamanAdakah anda cepat berasa letih? Jika ya, ini bermakna anda perlu meneliti semula rutin harian anda. Anda perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Ini bermakna walaupun sesibuk mana pun rutin harian anda sebagai usahawan internet, anda tidak seharusnya lupa untuk bersenam.

Tidak bersenam bukan sahaja akan membuat kesihatan tubuh anda terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit anda, sekaligus nampak tidak bermaya. Ini boleh mengurang-kan prestasi anda daripada mendapatkan idea yang segar.

Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam. Antara senaman sena-man ringkas yang boleh anda amalkan ialah :

1. Menaiki tangga – sekiranya rumah anda atau tempat kediaman anda ada tangga, anda boleh lakukan ini secara berulang-ulang kali.

31

2. Skipping – ‘Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi dari-pada ‘skipping’ hampir sama dengan jogging.

3. Berkebun atau mencuci kereta – ini adalah salah satu aktiviti riadah yang boleh menyihatkan badan anda. Kalau boleh amal-kan aktiviti ini bersama keluarga.

4. Senamrobik – senamrobik adalah salah satu aktiviti kemasyarakatan yang telah diam-alkan oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Mulai sekarang apa kata cuba amalkan aktiviti ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Kesihatan anda adalah aset utama anda. Kekayaan harta benda tidak mempunyai mak-na sekiranya kesihatan anda terabai.

‘Kesihatan Asas Kehidupan’

Penulis artikel, Mohd Rozmie (JimieRay) adalah pengasas Blog JagaKesihatan.com di http://tips.jagakesihatan.com. Dapatkan “tip, nasihat dan panduan kesihatan” secara percuma di blog tersebut setiap minggu. Beliau akan menerbitkan artikel di blog tersebut pada setiap hari Isnin dan Khamis. Dapatkan juga ebook secara percuma (panduan kesihatan) di http://www.jagakesihatan.com

Tahukah anda bahawa laman web jualan yang paling POPULAR dan MENGUNTUNGKAN di internet adalah merupakan laman web jualan berkonsepkan “minisite”?

Hanya dengan membina satu halaman jualan sahaja, anda boleh menghasilkan keuntungan mencecah sehing-ga RM1,000 sehari atau lebih tanpa perlu untuk menjadi seorang “webmaster” yang pakar!

Malah, anda juga berpeluang untuk memiliki “seorang se-tiausaha peribadi” dan “ratusan pekerja part time” dengan mudah hanya dengan satu “teknik” sahaja!

Dapatkan rahsia lebih lanjut menerusi :http://www.webjualan.com

PanduanAsas.com/ysmPanduanAsas.com/ysm

Mulakan Bisnes anda Dengan Membina Web Jualan Anda Sendiri Tanpa Mengupah Designer!

Siapa kata setiap orang tidak pandai merekaben-tuk grafik? Kini anda tidak perlu mengeluarkan wang anda untuk menghasilkan grafik web jualan yang cantik. Saya akan tunjukkan langkah demi langkah disusuli tips dan trik di depan mata anda sendiri dari bagaimana menghasilkan button hinggalah anda mampu menghasilkan ecover anda sendiri.

Kesemuanya mengandungi 15 buah video tuto-rial. Bahan-bahan psd, imej, actionscript dan shapes photoshop disediakan bagi membantu anda mahir dalam pembinaan grafik web jualan dalam masa yang tidak dijangkakan!

Lawati sekarang: http://www.grafikjualan.com

Video Tutorial Photoshop Grafik Jualan

Satu pakej grafik pertama di pasaran yang menggabungkan unsur-unsur niche dalam membina grafik untuk header laman web anda. Mengandungi 51 Graphic Header yang mem-punyai ciri-ciri High Paying Keyword khas untuk web adsense anda. Jika anda membina web adsense yang banyak, anda tidak perlu lagi bimbang mengenai grafik header dan anda juga tidak perlu bersusah-payah lagi mencari apa keyword yang nak digunakan kerana grafik ini direkabentuk berdasarkan high paying keyword. Semua format grafik ini dalam bentuk PSD dan anda boleh edit dengan mudah.

Maklumat lanjut, layari :http://www.nichepasdheader.com

Instant Web Header Termurah di Internet!

Anda mengalami masalah seksual? Isteri anda sering mengadu tidak puas! Ada tidak puas hati dengan prestasi

di ranjang anda ?

Dapatkan segera produk dari LelakiOri.Com..Anda tidak perlu risau lagi, anggap lah masalah anda sudah selesai!

Sudah terbukti berkesan! Tidak Percaya?? Layari www.LelakiOri.com untuk tahu lebih lanjut..

Anda pasti tidak menyesal..!

www.LelakiOri.comJadi Suami HEBAT dengan LelakiOri.com

www.pakejwebtools.com

www.manualinternet.com/teknikniche

www.videomarketing2u.com

www.ebukupanduan.com/rahsiainternet

http://www.jomwebtemplate.com

www.rahsiaonline.biz

www.tipadsense.com

www1.bisnesdigital.com www.bloggingsteps.com/kit

www.modelbisnesinternet.comwww.akademisms.com/ebook.htm

www.mysticdreamworks.com

www.galeribatik.com

www.rapidfirestudio.com

www.design-hut.com

www.smartstudy.com

www.internetmelayu.com