wanieyict.files.wordpress.com · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks...
Transcript of wanieyict.files.wordpress.com · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks...
BAB I
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang
hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan. PSH ini merangkumi
program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal
atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja mahupun di kelas
(Kirby et al. 2010; Simmons et al. 2013). Daya saing global dan kepelbagaian keperluan
telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharu pengetahuan dan kemahiran
mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti
(Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007). Malaysia mengiktiraf dan mengakui
hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan dan
membangunkan modal insan Negara (Asil Esaam, Norlia dan Jamil 2011).
Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara,
individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran
demi kemajuan dan kepuasan diri (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007).
Proses pembelajaran seharusnya berlaku sepanjang hayat seseorang manusia dan tidak
sahaja tamat apabila seseorang itu menamatkan zaman persekolahan ataupun pengajian di
universiti. Proses pembelajaran seharusnya berlaku di mana-mana tempat dan pada
sebarang masa (………….). Menyedari pentingnya usaha untuk melebarkan akses
pendidikan, falsafah pendemokrasian pendidikan tinggi diperkenalkan supaya semua
lapisan masyarakat boleh mendapat pendidikan tinggi yang berkualiti. Pengajian tinggi
2
tidak lagi bersifat elitis. Peluang pengajian tertiari harus terbuka untuk mereka yang
mempunyai kelayakan minimum, daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah,
keluarga di luar bandar dan pedalaman serta golongan minoriti, termasuk Orang Asli.
Membudayakan PSH terutamanya kepada komuniti Orang Asli memberi peluang kepada
mereka untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran serta membuka laluan kerjaya. Secara
tidak langsung, proses perubahan strategik pendidikan ini selaras dengan pembelajaran
bermakna untuk membentuk masyarakat berilmu.
Dunia pendidikan turut mengalami tempias gelombang arus globalisasi yang
mengajak masyarakat mengubah paradigma ataupun persepsi ke alam dunia pendidikan
(…………….). Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan
sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu
bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri
dan daya saing yang tinggi (Ting 2005). Oleh demikian, kerajaan kini menumpukan
produk melahirkan modal insan kelas pertama untuk menghadapi cabaran globalisasi
tersebut. Keadaan tersebut telah menyebabkan perubahan alam pendidikan negara kita.
Disebabkan perubahan tersebut, guru terpaksa mengubah corak pengajaran mereka
daripada yang lama untuk menghasilkan proses “kemenjadian” pelajar
(…………………). Di samping selari dengan falsafah pendidikan Negara yang ingin
melahirkan insan yang seimbang dari Jasmani, emosi, rohani dan Intelek
(………………..).
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Perkembangan ICT yang berlaku di Malaysia memberi implikasi yang besar kepada
perubahan gaya fikir dan gaya hidup remaja juga tidak terkecuali golongan remaja Orang
Asli. Perhatian khusus perlu diberikan kepada masyarakat Orang Asli, mereka
sememangnya hkaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan mereka masih
3
berkait rapat dengan alam semulajadi walaupun sudah memasuki dunia moden.
Disebabkan itu, remaja Orang Asli perlu diberi pendedahan kepada dunia teknologi ICT
bagi membantu menaik taraf ekonomi, memelihara budaya dan tradisi keluarga dan kaum
mereka daripada pencerobohan orang luar.
Bagi komuniti Orang Asli terutamanya wanita, mereka sememangnya mahir
dalam menghasilkan kraftangan. Aktiviti ketika bersantai, mereka akan melakukan
sesuatu aktiviti yang ada kaitan dengan produk seni, untuk hiasan juga kegunaan seharian.
Mereka begitu memanfaatkan segala bahan mentah yang ada di kawasan sekeliling,
malah kreatif dalam mengitar semula bahan terbuang. Justeru itu, budaya warisan
kesenian ini perlu dijaga dengan rapi. Contohnya, masyarakat Orang Asli Mahmeri, suku
Temuan serta Jah Hut memang terkenal dengan ukiran patung dan hasil kraftangan yang
sangat unik. Antara yang menarik perhatian ialah cucuk sanggul dan sikat diperbuat
daripada buluh, tikar dan bakul daripada daun mengkuang.
Pemasaran produk dan hasil kraftangan mereka tersebut perlu diperkenalkan
kepada masyarakat luar dan antarabangsa. Justeru, perintis muda dalam masyarakat iaitu
golongan remaja Orang Asli akan diberi pendedahan mengenai kepentingan penggunaan
ICT dalam kehidupan dan ekonomi mereka. Kemahiran ICT yang dipelajari akan
digunakan sebagai satu alternatif bagi masyarakat Orang Asli memasarkan dan
memperkenalkan hasil pertanian, kesenian dan kebudayaan serta kraftangan mereka
dengan menggunakan teknologi Web 2.0. Pendedahan ini juga dapat membantu pelajar
Orang Asli meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang ICT bagi meningkatkan
sosioekonomi mereka. Pelajar Orang Asli akan diperkenalkan pendekatan pembelajaran
personal dengan modul latihan iaitu pengenalan asas ICT, penggunaan perisian Microsoft
Office, mengambil gambar hasil pertanian/kraftangan dengan menggunakan digital
kamera yang betul, membuka emel dan membina laman blog bagi memasarkan produk
mereka. Untuk permulaan kelas, teknik pengajaran secara bersemuka akan dijalankan
terlebih dahulu yang mana seorang pelatih akan mengajar di hadapan kelas dibantu oleh
beberapa fasilitator yang lain. Dua orang pelajar akan berkongsi sebuah komputer dan
4
dibantu oleh beberapa fasilitator lain bagi memastikan setiap peserta betul-betul boleh
menguasai kemahiran ICT tersebut.
Gaya belajar pelajar masyarakat Orang Asli akan dikaji dan diperhatikan pengkaji
terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan mereka dapat memberi maklum balas yang
positif terhadap pengajaran ICT yang bakal diperkenalkan nanti. Perkembangan
kemahiran ICT dapat melatih dan melibatkan pelajar dengan Pembelajaran Personal,
Personal Learning (PL) (……………….). Pelajar sendiri yang mengawal, menentukan
dan menguruskan pembelajaran (……………………). PL terdiri daripada pelbagai alat
(tools) untuk mengakses (……………………). Antara yang paling banyak digunakan
adalah perisian sosial yang menghubungkan dan membolehkan manusia berkolaborasi
dengan menggunakan komputer seperti Teknologi Web 2.0 (…………………).
PLmengupayakan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri, maka ini
dapat menyesuaikan pelajar dengan cara belajar mereka masing-masing
(……………………….).
Melalui pendidikan dan ICT, masyarakat Orang Asli dapat membuat perubahan
dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, konsep pembelajaran sepanjang hayat
seharusnya diterapkan dalam setiap isi masyarakat Orang Asli (Nurul Farhana 2010).
Golongan ibu bapa khususnya, haruslah peka dan sedar akan kepentingan pendidikan dan
ICT kepada anak-anak mereka. Mentaliti mereka juga haruslah diubah dan tidak ditakuk
lama (Wan Amir 2011). Mereka harus menerima perubahan positif sekiranya ingin
memajukan diri seiring dengan perkembangan semasa. Tambahan pula, dasar pendidikan
negara juga sentiasa menyokong golongan ini untuk maju ke depan.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosioekonomi, sosial dan politik yang
dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan
wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep
5
pembelajaran dan perubahan global serta pembangunan (Abd. Rahim 2005). ICT
memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan
di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku
disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada masyarakat sekeliling
terutamanya golongan remaja masyarakat Orang Asli.
Isu yang sering menjadi perhatian dalam kalangan pengkaji terhadap masyarakat
Orang Asli adalah impak transformasi yang berlaku hasil daripada program pembangunan
yang dijalankan. Orang Asli tidak terkecuali menerima tempias pembangunan tersebut
yang akhirnya telah menyebabkan berlakunya transformasi terhadap sosioekonomi
mereka. Aspek sosioekonomi tersebut merupakan guna tenaga, demografi, pekerjaan,
organisasi yang formal dan kompleks, serta perkembangan ICT (Rahimah Abd Aziz
2001,…………). Kemunculan Era Maklumat menjadi penyumbang utama kepada
kejayaan persaingan antarabangsa telah meletakkan ICT di kedudukan yang penting
dalam pembangunan sosioekonomi negara. Disebabkan itu, kerajaan telah menaik taraf
dan menambah infrastruktur komunikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian bagi
komuniti Orang Asli dengan tujuan merapatkan jurang digital antara masyarakat luar
(………). Ini bermakna kemudahan ICT harus diperoleh oleh semua penduduk secara
saksama dan mampu dicapai secara menyeluruh (……………).
Isu penggunaan ICT bukan sahaja berlaku pada kalangan komuniti terpinggir
Orang Asli tempatan malah turut berlaku pada masyarakat serupa pada peringkat
antarabangsa (Wan Amir 2011). Permasalahan dalam isu ini sebenarnya berkait rapat
dengan sejauhmana penglibatan Orang Asli dalam penerokaan ICT (…………..).
Penglibatan mereka amat penting bagi melicin dan memudahkan proses transformasi
yang diyakini menyumbang kepada pendapatan keluarga dan komuniti mereka serta
negara melalui sektor keusahawanan dan pelancongan (……………..). Masalah
infrastruktur, akses telekomunikasi dan kursus-kursus ICT yang terhad di kawasan
perkampungan Orang Asli merencatkan perkembangan ICT di sana. Pendedahan yang
dilakukan tidak berterusan sehingga masyarakat Orang Asli dapat mempromosi, menjual
dan membuat akaun hasil daripada jualan produk-produk mereka sendiri (…………….).
6
Kekurangan pendedahan kursus pendek mengenai ICT kepada masyarakat Orang Asli
turut mengundang masalah. Ini menyebabkan Orang Asli tidak bersedia serta mempunyai
kemahiran yang terhad dalam berhubung dan berinteraksi dengan masyarakat di luar sana
menggunakan teknologi.
Sebelum ini, komuniti Orang Asli menjual hasil hutan, pertanian, kraftangan dan
kesenian mereka menggunakan orang tengah. Mereka akan menjual barangan mereka
secara terus kepada pemborong. Ini menyebabkan harga setiap produk dan barangan
mereka dikawal sepenuhnya oleh pemborong tersebut. Pengetahuan dan kemahiran yang
kurang mengenai kepentingan ICT menyebabkan masyarakat Orang Asli ditindas oleh
para pemborong. Pemborong telah mengambil kesempatan terhadap masyarakat Orang
Asli dengan mengenakan kadar bayaran yang tinggi terhadap sesuatu barangan yang
dijual kepada mereka. Atas desakan pemborong luar serta kekangan kewangan,
masyarakat Orang Asli paksa rela menerima kadar bayaran yang diberikan hasil jualan
barangan mereka. Untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, golongan remaja
Orang Asli perlu diberi pendedahan terhadap media pemasaran produk dan kraftangan
kreatif Orang Asli melalui penggunaan ICT. Pendedahan penggunaan ICT dalam hasil
kraftangan kaum Orang Asli dapat dipromosikan kepada masyarakat bandar dan
antarabangsa oleh mereka sendiri.
Kajian akan dijalankan bagi menilai penggunaan dan penguasaan anak-anak
Orang Asli mengaplikasikan kemudahan ICT yang telah disediakan sebagai medium
bantuan dalam pembelajaran dan kehidupan mereka seharian. Mereka akan didedahkan
dan dilatih menggunakan teknologi ICT untuk meningkatkan ekonomi keluarga mereka.
Pendekatan aktiviti pembelajaran ini memberi pengalaman dan kemahiran kepada mereka
dalam menggunakan ICT untuk memasarkan produk-produk kesenian dan kebudayaan,
hasil pertanian serta kraftangan komuniti Orang Asli. Tahap kefahaman dan
kebolehcapaian mereka terhadap kemahiran ICT diperhati dan dinilai oleh pelatih dan
fasilitator. Komunikasi antara pelatih, fasilitator dengan pelajar amat penting. Sokongan
daripada ibu bapa mereka juga turut memberi impak positif bagi melancarkan
perlaksanaan kelas literasi komputer ini.
7
Pengetahuan literasi komputer perlu dieksploit sepenuhnya oleh masyarakat
Orang Asli supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran serta kegunaan
harian mereka. Literasi komputer bermaksud mempelajari cara menggunakan sesuatu
perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui
penggunaan komputer. Literasi juga adalah tahap pengetahuan dan kemahiran seseorang
individu menggunakan komputer sebagai alat yang disesuaikan kepada situasi hidup
harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat berasaskan maklumat
(………….). Strategi meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar masyarakat
Orang Asli bergantung kepada kemampuan dan gaya belajar pelajar itu sendiri. Pelajar
dapat menguasai kemahiran ICT mengikut kebolehan, kemahuan serta cara pemikiran
mereka tersendiri.
Kemajuan teknologi yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk
mempertingkatkan martabat dan keharmonian warisan masyarakat Orang Asli yang
sedang mengharungi perubahan abad ke-21. Penggunaan ICT bersesuaian dengan
keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai pelajar masyarakat Orang Asli terhadap
ICT dititikberatkan. Penganjuran kursus ICT jangka pendek untuk pelajar Orang Asli
dijalankan sebagai satu pendekatan bagi menyelesaikan masalah penggunaan kemudahan
ICT bagi masyarakat Orang Asli secara optimum. Penyediaan infrastruktur komunikasi
dan multimedia serta infostruktur yang lengkap, penyediakan kemudahan komputer di
luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi memainkan peranan yang
penting dalam meningkatka taraf ekonomi masyarkat Orang Asli.
Kesimpulannya, kewujudan ICT dan era maklumat dapat menggalakkan kegiatan
P&P, melahirkan pelajar serta pekerja yang berkemahiran boleh pindah, seorang
usahawanan yang dapat berkolaborasi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar serta
antarabangsa. Penggunaan ICT ini juga akan memberikan manfaat kepada individu,
pertubuhan dan masyarakat Orang Asli. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria
penting dalam sistem pendidikan abad ke-21 dan dapat melahirkan seseorang yang
berfikiran kritis, inovasi dan berani menempuh cabaran globalisasi.
8
1.4 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk membina model Persekitaran Pembelajaran Personal
(PLE) berdasarkan strategi ‘Problem-oriented Project-based Hybrid e-Training
(PoPeye)’ dan keutamaan gaya belajar pelajar Orang Asli melalui penggunaan ICT
sebagai alternatif meningkatkan sosioekonomi mereka disamping menghasilkan pelajar
yang berkemahiran boleh pindah (transferable skills).
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan kajian, empat objektif kajian (OK) dibentuk sebagai garis panduan
kepada kajian ini. Objektif kajian adalah seperti berikut:
OK1. Mengenal pasti profil gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan kemahiran ICT.
OK2. Mengenal pasti pertalian gaya belajar (LSP) Orang Asli dengan Pembelajaran
Personal (PL)
OK3. Mengenal pasti pertalian Persekitaran Pembelajaran Personal (PL) dengan
komuniti pembelajaran (learning community, LC).
OK4. Mengenal pasti pertalian komuniti pembelajaran (LC) dengan gaya belajar (LSP)
Orang Asli.
OK5. Mengenal pasti kesan penggunaan aktiviti pembelajaran ICT Orang Asli (ICT-
OA) dalam pemerolehan kemahiran boleh pindah (tranferable skills) yang
membolehkan pengaplikasian bagi meningkatkan ekonomi keluarga.
9
1.6 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenal pasti mengenai pembelajaran ICT,
beberapa persoalan kajian (PK) telah dibentuk. Antaranya ialah :
PK1. Apakah profil gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan kemahiran ICT?
PK2. Adakah terdapat pertalian gaya belajar (LSP) Orang Asli dengan Pembelajaran
Personal (PL)?
PK3. Adakah terdapat pertalian Persekitaran Pembelajaran Personal (PL) dengan
komuniti pembelajaran (learning community, LC)?
PK4. Adakah terdapat pertalian komuniti pembelajaran (LC) dengan gaya belajar (LSP)
Orang Asli.?
PK5. Adakah aktiviti pembelajaran ICT-OA memberi kesan kepada pemerolehan
kemahiran boleh pindah (tranferable skills) yang membolehkan pengaplikasian
bagi peningkatan ekonomi keluarga?
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) masa kini
memberi impak yang positif kepada pendidik serta para pelajar dan tidak terkecuali
komuniti Orang Asli. Kajian ini memberi pendedahan dan penggunaan ICT dalam
kehidupan seharian. Bahagian ini akan menjelaskan kepentingan kajian kepada pihak-
pihak dan bidang yang berkepentingan. Penerangan merangkumi untuk pihak (i) bidang
Persekitaran Pembelajaran Personal (Personalized Learning Environment, PLE) (ii)
tenaga pengajar/fasilitator, (iii) pelajar dan (iv) komuniti luar terpinggir.
10
1.7.1 Bidang PLE
Pada akhir kajian ini, diharapkan kajian ini memberi sumbangan kepada kemajuan
melalui bidang PLE. . Kajian ini mencadangkan model kerangka konseptual
Pembelajaran Personal dalam kalangan pelajar Orang Asli berdasarkan strategi PoPeye
dan keutamaan gaya belajar pelajar. Dengan adanya, pendedahan baru terhadap PLE ini,
dapat menambah nilai pengetahuan ke dalam persekitaran pembelajaran. Akhir sekali,
dengan pemilihan dan pengaplikasian pembangunan PLE dalam pembelajaran dapat
menyesuaikan semua aktiviti pembelajaran mengikut kepelbagaian gaya belajar pelajar.
Pengintegrasian teknologi ICT dalam teknik P&P secara berterusan dapat mencapai
kejayaan melaksanakan PLE. Seterusnya membina peranan dan kecekapan pembelajaran
personal pelajar termasuk pelajar Orang Asli di Malaysia.
1.7.2 Tenaga Pengajar
Penghasilan aktiviti pembelajaran ICT dapat memudahkan P&P asas ICT bagi pelatih dan
fasilitator. Aktiviti pembelajaran ICT di dalam kelas memberi kemudahan kepada pelatih
dan pelajar untuk melaksnakan proses P&P secara berterusan dan mengikut keupayaan
pelajar. Fasilitator ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar dan membantu pelajar dalam
menggunakan komputer serta perisiannya dengan cara yang betul. Aplikasi pelantar
WordPress digunakan untuk mengarkib proses penulisan, pembinaan dan penerbitan
modul ICT yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran kendiri. Hubungan baik
antara pelajar dan pelatih serta fasilitator penting bagi melancarkan perlaksanaan kelas
literasi komputer.
1.7.3 Pelajar
Menggalakkan kegiatan P&P, melahirkan pelajar serta pekerja yang berkemahiran boleh
pindah, seorang usahawanan yang dapat berkolaborasi dan berkomunikasi dengan
masyarakat luar serta antarabangsa. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting
11
dalam sistem pendidikan abad ke-21 dan dapat melahirkan seseorang pelajar itu
berfikiran kritis serta kreatif. Aktiviti pembelajaran literasi ICT ini memberi keutamaan
kepada pelajar untuk bertindak mengikut kebolehan, kemahuan serta cara pemikiran
mereka tersendiri. Penglibatan aktif pelajar dalam kelas literasi komputer amat
digalakkan supaya dapat mengadaptasi diri dalam persekitaran pembelajaran personal dan
suasana komuniti pembelajaran.
1.7.4 Komuniti luar terpinggir
Perkembangan ICT memberi cabaran baharu kepada komunti luar terpinggir terutamanya
masyarakat Orang Asli. Kemajuan teknologi ICT yang berlaku ini perlu dimanfaatkan
oleh mereka untuk mempertingkatkan martabat dan keharmonian warisan masyarakat
Orang Asli yang sedang mengharungi perubahan abad ke-21. Pendedahan penggunaan
ICT sebagai satu alternatif untuk mempromosi dan memasarkan hasil kraftangan kaum
Orang Asli tanpa memerlukan khidmat orang tengah. Pelantar WordPress ini juga akan
digunakan sebagai platform kepada mereka untuk mempromosikan barangan kraftangan,
hasil hutan serta produk keluarga mereka kepada masyarakat bandar serta pelancong
antarabangsa .
1.8 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini terbatas kepada tiga pembolehubah terpendam atau pembolehubah
bersandar dan dua puluh indikator sebagai pembolehubah bebas. Faktor-faktor adalah:
(i) Pembolehubah bersandar 1: Pembelajaran Personal (PL) mengukur enam
indikator: pengetahuan (knowledge), persekitaran pembelajaran (learning
environment), pembelajaran personal (personalized learning), refleksi
(reflection), perkembangan (growth) dan komuniti (community).
12
(ii) Pembolehubah bersandar 2: Keutamaan Gaya Belajar (LSP) mengukur lima
indikator: visual, auditori, kinestetik, taktile, kumpulan dan individu.
(iii) Pembolehubah bersandar 3: Komuniti Pembelajaran (learning community)
mengukur lapan indikator: pengajaran berpusatkan pelajar, penglibatan pelajar,
hubungan guru dengan pelajar, penglibatan keluarga, organisasi kursus/sekolah,
rangkaian antara kursus/sekolah, diversity dan dapatan pelajar.
1.9 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Bahagian ini menerangkan kerangka kerja kajian yang dicadangkan berdasarkan skop
kajian. Kerangka kerja yang dicadangkan mengambil kira objektif kajian dan persoalan
yang telah diperolehi daripada pernyataan masalah. Selain itu, bagi menyokong hasrat
untuk melahirkan pelajar yang mampu berfikir aras tinggi dan dapat menyelesaikan
masalah yang rumit di tempat kerja (Govindasamy 2002; Jonassen, Peck dan Wilson
1999,……………), proses perancangan strategik untuk melaksanakan pembelajaran
personal perlu dilaksanakan. Ciri-ciri pembelajaran personal ini merangkumi lapan
kepentingan iaitu (i) penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran, (ii) menggalakkan
pelajar memiliki ilmu, (iii) memberi pendedahan tahap autonomi pelajar yang diinginkan,
(iv) menyediakan rangkaian kehidupan sebenar, (v) mendedahkan kreativiti antara
pelajar, (vi) memupuk pemikiran, pembelajaran dan pemahaman yang kritis, mendalam
dan jelas, (vii) menyediakan forum untuk perkongsian idea dan (viii) membina hubungan
saling bergantung dan saling menghormati di antara guru dan pelajar (Clements &
Douglas 2008).
Tumpuan bukan sahaja kepada bagaimana teknologi dapat digunakan untuk
mencapai matlamat pendidikan, tetapi juga kepada aspek kemanusiaan, P&P serta
sosioekonomi bagi pelajar masyarakat Orang Asli (…...................). Oleh itu, kajian ini
bukan sekadar untuk membangunkan media pengajaran, aktiviti pembelajaran tetapi
akhirnya pembinaan model untuk pembelajaran personal. Kajian ini diuji secara
13
keseluruhan mengikut kepelbagaian gaya belajar pelajar dan keupayaan untuk mencapai
pembelajaran yang bermakna.
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1, terdapat tiga pembolehubah
unobserved juga dikenali sebagai pembolehubah terpendam atau pembolehubah
bersandar. Ketiga-tiga pembolehubah terpendam – Pembelajaran Personal (PL), Komuniti
Pembelajaran (LC) dan Pilihan Gaya Pembelajaran Bermakna (LSP) ditandakan dengan
bulatan bujur biru. Pembolehubah pendam pertama, PL, dianggap menyebabkan
perubahan dan covariation antara enam pembolehubah yang diperhatikan diwakili oleh
petunjuk kotak hijau di sebelah luar. Lima petunjuk atau pembolehubah yang
diperhatikan adalah pengetahuan (knowledge), persekitaran pembelajaran (learning
environment), pembelajaran personal (personalized learning), refleksi (reflection),
perkembangan (growth) dan komuniti (community). ( …......................).
Pembolehubah pendam kedua adalah komuniti pembelajaran (learning
community). Komuniti pembelajaran juga merupakan pembolehubah terpendam atau
unobserved , yang dianggap menyebabkan perubahan dan covariation antara lapan
pembolehubah yang diperhatikan atau petunjuk diwakili oleh lapan lagi kotak hijau di
sebelah bawah. Pembolehubah yang diperhatikan ialah pengajaran berpusatkan pelajar,
penglibatan pelajar, hubungan guru dengan pelajar, penglibatan keluarga, organisasi
kursus/sekolah, rangkaian antara kursus/sekolah, diversity dan dapatan pelajar (Clements
& Douglas 2008).
Pembolehubah pendam ketiga dan terakhir atau unobserved dalam kerangka
kajian adalah LSP atau kecenderungan gaya pembelajaran. Terdapat enam
pembolehubah dalam kotak hijau yang ditunjukkan oleh anak panah dari pembolehubah
terpendam LSP. Dalam cara yang sama seperti dua pembolehubah terpendam yang lain,
LSP dianggap menyebabkan perubahan dan covariation antara enam pembolehubah yang
diperhatikan - visual, auditori, individu, kinestetik, tactile dan kumpulan (Dunn dan Dunn
1978; Mac Donald et al 2001 , 2002; . Reid 1984, 1987).
14
Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian
AKTIVITI PEMBELAJARAN ICT
Model ID
Strategi & Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran
Problem-oriented Project-based Hybrid e-Training
(PoPeye)
Teori Pembelajaran(apprenticeship)
dapatan pelajar
pengajaran berpusatkan pelajar
penglibatan keluarga
rangkaian antara kursus/sekolah
Diversitypenglibatan pelajar
hubungan guru dengan pelajar
organisasi kursus/sekolah
Komuniti Pembelajaran
(LC)
RefleksiPembelajaran
Personal
KomunitiPengetahuan
Perkembangan
Persekitaran pembelajaran
Pembelajaran personal (PL)
Kumpulan
Individu
Auditori
Taktil
Kinestetik
Gaya Belajar (LSP)
Visual
15
1.10 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya dijalankan kepada murid-murid peribumi di Kg.Belihoi dan
Sg.Raya sahaja. Taburan kanak-kanak yang tidak seimbang dari segi darjah/tahun
belajar. Bilangan pelajar seramai 26 orang dan dewasa seramai 5 orang. Penyeimbangan
bilangan pelajar ini dapat disesuaikan dengan kekurangan perkakasan ICT iaitu komputer
yang mana penggunaan sebiji komputer terpaksa dikongsikan kepada dua orang pelajar
untuk satu sesi pembelajaran. Kajian ini adalah tertumpu pada faktor minat, persekitaran
dan kemahiran yang mempengaruhi pembelajaran praktikal ICT.
1.11 DEFINISI OPERASIONAL ISTILAH
Terdapat beberapa istilah atau konsep dalam kajian ini yang perlu ditakrifkan secara
operasi. Definisi tersebut dijelaskan dalam sub bahagian yang berikut:
1.11.1 Komuniti luar terpinggir
Komuniti luar terpinggir yang dikenalpasti adalah orang asli. Orang Asli sering dianggap
oleh banyak pihak sebagai masyarakat primitif yang kurang mementingkan pembangunan
dan mereka juga dikenali sebagai golongan yang anti pembangunan (Hood Salleh 1989;
Faridatul Akma & Siti Rasidah 2005; Mustaffa Omar 2009; Siti Aminah & Seow Ta Wee
2013). Asnarulkhadi (2005) dan Rohana Yusof (2010) menyatakan bahawa komuniti
Orang Asli dianggap terpinggir dan tidak diintegrasikan bersama dalam perkembangan
dan arus perdana pembangunan negara. Mereka bukan sahaja tidak menikmati kemajuan
tetapi juga dianggap tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Keadaan
keterpinggiran ini atau keterasingan agregat manusia ini juga berkemungkinan
disebabkan oleh arus pembangunan perdana yang gagal membawa atau memasukkan
mereka bersama sehingga menyebabkan mereka terpinggir.
16
1.11.2 Gaya Pembelajaran Pelajar
Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk
memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran (Keefe
1987; Joseph Gomez 2000; Gian 2000). Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia
dilahirkan tetapi cara belajarnya adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ekonomi
dan budaya keluarga, emosi, dan alam fizikal di persekitarannya (Gian 2000; Zhang &
Sternberg 2005). Atas perbezaan faktor-faktor tersebut, gaya pembelajaran seseorang
pelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar yang lain (Zurida 2007,
Kolb 1985). Gaya pembelajaran adalah stail atau cara pembelajarannya untuk menerima
dan memproses maklumat yang diterima (Kolb 1985; Honey & Mumford 1992; Reitz
2007; Zubaidah Begam 2007). Selain daripada itu, gaya pembelajaran juga boleh
dikelaskan dalam beberapa lapis, seperti mana dikelaskan oleh (Felder 1995; Azizi
Yahaya & Syazwani Abdul Razak 2008), gaya pembelajaran terdiri daripada empat lapis
iaitu model sahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model
medium pembelajaran yang disukai. Terdapat beberapa gaya belajar yang diberi
keutamaan dalam kajian ini iaitu, (i) taktail, (ii) kinestatik, (iii) visual dan (iv) auditori.
Dalam kajian ini, gaya pembelajaran merujuk kepada perbezaan cara belajar bagi setiap
individu di antara individu yang lain. Ini kerana pemikiran kognitif setiap individu adalah
berlainan, maka penerimaan terhadap penggunaan ICT dalam kehidupan mereka adalah
berbeza-beza (Felder & Spurlin 2005).
1.11.2 Pembelajaran Personal (PL)
Pembelajaran Personal (PL) merupakan satu konsep baru dalam merekabentuk dan
membangunkan pembelajaran dalam talian. PL menfokuskan kepada pembelajaran
secara individu lebih baik daripada bergantung sepenuhnya oleh tenaga pengajar, sumber-
sumber, peralatan-peralatan dan kemudahan insfrastruktur. PL memainkan peranan yang
aktif bagi meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran setiap individu (X.Gu & X.Li
2009). PL merupakan satu teknik yang membenarkan pelajar untuk bergiat aktif dan
17
melibatkan diri dalam persekitaran sosial termasuk kolaborasi dan komunikasi antara
masyarakat luar, perkongsian ilmu, perkhidmatan dan sumber-sumber (S.bDownes 2006).
1.11.3 Pembangunan kemahiran ICT
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting dalam perkembangan
pendidikan hari ini. ICT adalah singkatan daripada Information and Communication
Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud cara di mana kombinasi
teknologi maklumat dan teknologi komunikasi boleh membantu manusia dan organisasi.
Kemunculan ICT dalam pendidikan, membentuk kepercayaan guru terhadap peranan ICT
sebagai alat mengajar dan nilai ICT untuk meghasilkan pembelajaran pelajar yang berkesan
(Doyle, S. 2001, Sarah 2012). Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT
secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan P&P (……………….). ICT juga telah diperkenalkan di sekolah-sekolah untuk
mengubah proses pengajaran dan pembelajaran dan untuk memperbaiki strategi untuk
pencapaian pendidikan yang lebih baik (Culp et al. 2003; Kozma 2003; Sunkel 2006).
1.11.4 Komuniti Pembelajaran
Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita berpeluang untuk merubah bentuk kaedah
pembelajaran: untuk mencipta komuniti pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan
manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang
diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples 2007).
Komuniti pembelajaran menggambarkan setiap kombinasi individu yang mempunyai
kepentingan dalam sistem pendidikan (……………). Andaian pembelajaran komuniti
merupakan teras pendidikan formal dan bukan semata-mata untuk memastikan bahawa
pelajar diajar tetapi memastikan bahawa mereka belajar. Hubungan antara guru dengan
pelajar, pelajar dengan pelajar, guru dengan ibu bapa, pelajar dengan organisasi dan
pelajar dengan komuniti (………………) perlu dititikberatkan.
18
1.12 RUMUSAN
Bab ini memberi gambaran tentang tujuan kajian dilakukan. Beberapa komponen penting
dalam kajian turut dibincangkan seperti pengenalan kajian, latar belakang kajian, objektif,
persoalan kajian, kepentingan kajian dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan pengkaji jelas
akan kajian yang akan dilakukan dan berharap agar kajian ini dapat mencapai objektifnya.
Penekanan dijelaskan terhadap peluang pendidikan bagi masyarakat Orang Asli telah
diberi perhatian menggalakkan oleh kerajaan demi menjamin masa depan masyarakat
Orang Asli supaya tidak terus ketinggalan. Hakikatnya, penolakan mungkin terjadi
kerana mereka tidak ingin berjauhan dengan suku kaum mereka sendiri dan takut untuk
menerima teknologi ICT. Seterusnya tidak mendapat pendedahan yang baik untuk
membangunkan taraf kehidupan mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti usaha-usaha masyarakat Orang Asli dalam meningkatkan pembangunan ekonomi
mereka menggunakan teknologi ICT. Seterusnya menggunakan pendekatan strategi
PoPeye dan keutamaan gaya belajar pelajar suapay kelas literasi computer lebih efektif
dan efisyen.
19
RUJUKAN
Ahmad Johari Sihes. 2010. Konsep Pembelajaran. http://eprints.utm.my/10357/1/bab10.pdf. [3 Mac 2013]
Asil Esaam et al. 2011. Lifelong Learning in Malaysia: Have We Achieved Our Goals? International Conference on Language, Literature & Linguistics. Open University Malaysia.
Azizi Yahaya dan Syazwani Binti Abdul Razak. 2008. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf [ 5 Feberuari 2013].
Bala, P., Songan, P., Khairuddin Ab Hamid, Harris, R. & Khoo, G.L. 2002. Bridging the digital divide: The e-Bario experience. Sarawak Development Journal 5(1): 63-78.
Barker, P. 1987. Authoring languages. London: Croom Helm.
Clements & Douglas 2008
Culp, K. M., Honey, M., & Mandinach, E. (2003, Octubre). A Retrospective on Twenty Years of Education Technology Policy. U.S. Department of Education, Office of Educational Technology. Recuperado a partir de http://www.ed.gov/rschstat/eval/tech/20years.pdf
Dick, W. and Carey, L. 1996. The Systematic Design of Instruction, 4th ed. New York: Harper Collins Publishing. http://iteach.saintleo.edu/InstructionalDesign/DickCarey.html [8 Mac 2013]
Faridatul Akma Abdul Latif & Siti Rasidah Md Sakip. 2005. Pengekalan dan Pemuliharaan Landskap Budaya Kampung Melayu. Kajian Kes : Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara.
Felder, R.M., Felder, G.N., Mauney, M., Hamrin, Jr., C.E., and Dietz, E.J. (1995). A Longitudinal Study of Engineering Student Performance and Retention. III. Gender Differences in Student Performance and Attitudes. J. Engr. Education, 84(2), 151-163.
Gian Kah How. 2000. Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf 2(3): 57-63
20
Goodyear, P. 1994. Foundations for courseware engineering. In Tennison, R.D (Ed.).Automatic instructional design, development and delivery. Berlin: Springer-Verlag, 7-28.
Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.
Heinich, R, Molenda. M.Russell, J.D., & Smaldino, S.E. 2005. Instructional Media and Technologies for Learning .Ed. ke- 5. Prentice-Hall Inc., N.J.: Englewood Cliff.
Hood Salleh. 2004. Dunia peribumi dan alam sekitar: Langkah ke hadapan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
JHEOA. 2003. Data maklumat asas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia
Jonassen, D.H. 1988. Instructional design and courseware design. In Jonassen, D.H. (Ed.). Instructional designs for microcomputer courseware. Hillsdale, N.J: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
Joseph Gomez. 2000. Gaya Pembelajaran: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Pendidikan Tigaenf 1999/2000 2(3): 41-43.
Keffe, J. (1987). Learning styles theory and practice. Reston: National Association of Secondary Scholls Principals.
Kemp's Model. 1985. http://www.personal.psu.edu/users/w/x/wxh139/Kemp.htm [ 13 April 2013].
Kirby, J. R., Knapper, C., Lamon, P., & Egnatoff, W. J. 2010. Development of a scale to measure lifelong learning. International Journal of Lifelong Education, 29, 291-302.
Kolb, B & Whishaw. (1985). I.Q: Fundamentals of Human Neuropsychology. Edisi Kedua. San Francisco: Freeman 67.
Kolb, D.A. (1985). Learning Style Inventory: Technical Manual. Boston:Mc Ber and Company.
Mazmalek. 2009. Merapatkan Jurang Digital: Keciciran di dalam Bandar. Aspirasi Digital. Keselamatan Siber. Majalah Dwibulanan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
21
Marshall, S. & Taylor, W. 2005. Facilitating the use of TMK for community development through collaborative partnerships between universities, governments and communities. International Journal of Education and Development using TMK
Marshall, I.M., Samson, W.B., Dugard, P.I. & Scott, W.A. 1994. Predicting the development effort of multimedia courseware. Information and Software Technology, 36 (5): 251-258.
Mokhtarrudin Ahmad. 2002. Projek TMK dan Komuniti Kampung Bayangan, Keningau Sabah. Seminar Teknologi Maklumat, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, 26-27 Mac. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Mustaffa Omar. 2006. Pembangunan dan Impak Demografi Ke Atas Komuniti Jakun. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Musa, A.H. & Narimah, I. 1996. Media Massa dan Belia. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Agen Pembangunan Pewaris Negara, Putrajaya.
Nurul Farhana. 2010. ICT dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli di Sekolah-sekolah rendah. Tesis Ijazah Sarjana Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Anuwar Hamat & Zaini Ab Rahman. 2012. ICT dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli di sekolah Rendah. Jabatan Kajian Sosial.
Nor Syazwani Mat Salleh. 2012. Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Adobe Photoshop CS5 Berasaskan Reka bentuk Teori Beban Kognitif dan Minimalis. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nobaya Ahmad, Haslinda Abdullah Abd.Halim Sidekk, Sarjit S.Gill dan Dzulhilmi Dahalan. 2009. Pembangunan Belia Abd Ke-21: Isu dan Cabaran.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. 2007. Bab 8 Memperkayakan Pembelajaran Sepanjang hayat. Peletakan Asas Melangkaui 2020.129-139.
Pusat Perkembangan Kurikulum.2003. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rahil mahyuddin, Kamariah Abu Bakar dan Habibah Elias.1997. Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Reitz, M.J. 2007. Online dictionary for library and information science. http://lu.com/odlis/index.cfm [ 12 Mei 2012].
22
Roblyer, M.D. 1988. Fundamental problems and principles of designing effective courseware. In Jonasssen, D.H. (Ed.). Instructional designs for microcomputer courseware. Hillsdale, N.J: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
Rogers, Carl R.1986."Carl Rogers on the Development of the Person-Centered Approach." Person-Centered Review 1(3): 257-259.
Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sosial : Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohani Abdul Hamid. (1999). “Keperluan Pendidikan Abad Ke-21: Projek Sekolah Bestari.” Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, 2: 1-22.
Rosnah Ahmad Zain. 2002. Pembinaan Modul Bercetak Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bersepadu Adobe Photoshop Dan Reka bentuk Grafik Asas. Tesis Sarjana Pendidikan Komputer , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosseni Din. 2010. Development and Validation of an Integrated Meaningful Hybrid e-training (i-met) for Computer Science: Theoretical Empirical Based Design and Development approach. Tesis Dr.Falsafah, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rahimah Abd Aziz. 2001. Pengantar Sosiologi Pembangunan : Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sarjit S.Gill & Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail. 2009. Pembangunan Belia Abad Ke-21: Isu dan Cabaran. Pembangunan ICT Belia Orang Asli di Selangor. Institut Pengajian Sains Sosial, UPM dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Kementerian Belia dan Sukan. Penernit Universiti Putra Malaysia Serdang.
Sarimah Binti Ismail, & Yusnani Binti Mt Yong. 2010. Pembinaan dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan dan Iradiasi Makanan bagi Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan.Kertas, Penulisan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/10323/2/Yusnani_Binti_Mt_Yong.pdf [ 3 Mac 2013]
Shaharuddin Bin Md Salleh & Fatimah Binti Abu Rairah. 2011. Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi Perisian Adobe Photoshop CS3 berasaskan Teori Kognitif. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/11852/1/Modul_Pembelajaran_Kendiri.pdf [1 April 2013].
Shaharom Nordin dan Yap Kueh Chin.1991. Ke Arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul. Jurnal Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia 7: 89-107.
23
Shuell, T.J. 1992. Designing instructional computing systems for meaningfullearning. In Jones, M. & Winne, P.H. (Eds.). Adaptive learning environments.Berlin: Springer-Verlag: 18-53.
Simmons, Robin & Walker, Martyn .2013 Teacher Training Qualifications For The Lifelong Learning Sector – A Comparison Of Higher Education Institution And Awarding Body Qualifications. Teaching in lifelong learning: a journal to inform and improve practice, 4 (2). pp. 24-31. ISSN 2040-0993
Siti Aminah Mohd Sam & Seow Ta Wee. 2013. Kelestrarian Pembangunan Sosiobudaya Komuniti Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam sekitar ke-4. Anjuran Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI . 483-489.
Sommerville, I. 1989. Software engineering. Third Ed. USA: Addison Wesley.
Spector, J.M., Gagne’ R.M., Muraida, D.J. & Dimitroff, W.A. 1992. Intelligentframeworks for instructional design. Educational Tech. Oktober: 21-27.
Van Vliet, H. 1993. Software engineering. Chichester: John Wiley.
Wan Amir Zal. 2011. Penerimagunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh Belia Orang Asli Selangor: Indikator Integrasi Melalui Tafsiran Nilai. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 11: 49 - 54
Zubaidah Begam. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik:Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Zurida Ishak. 2007. Sistem Hipermedia adapptif pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran dan prestasi pelajar. Tesis S.Sains, Universiti Sains Malaysia.
(Ting 2005).
Syed Yahya Kamal, Syed Ardi and Tasir, Zaidatun (2008) Pembelajaran masa depan -
mobile learning (m-learning) di malaysia. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca
Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.
Sharple, M. (2007). Big Issues in Mobile Learning. Report of a workshop by
24
Kaleidoscope Network of Excellence Mobile Learning Initiative. Nottingham: The
University of Nottingham.
Kozma, R. B. 2003. Technology and Classroom Practices: An International Study.
Journal of Research on Technology in Education, 36(1), 1-14.
Sunkel, G. 2006. Las Tecnologías de La Información y la Comunicación (Tic) en la
educación en América Latina. Una exploración de indicadores. CEPAL -
Politicas sociales (Division de Desarrollo Social, CEPAL, Naciones Unidas.).
BAB II
PENGENALAN
2.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, pengkaji akan menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan
dengan tajuk. Sorotan penulisan ini akan melihat beberapa pandangan dan kajian yang
telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat
samada terdapat persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan.
Beberapa kajian lain turut dikaji sebelum membangunkan modul ICT ini. Di antara
kajian yang telah dibuat adalah meliputi aspek teori, strategi dan perkaedahan pengajaran
dan pembelajaran P&P berasaskan kepada ‘Personalized Learning’.
2.2 LATAR BELAKANG ORANG ASLI
”Orang Asli (Malay: Original People) is the accepted term for 17 to 25 indigenous
ethnic minorities of Peninsular Malaysia”
Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu. Hasil
penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara
Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung
sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Fauzi 2006, Nurul Farhana
2010). Mereka dikatakan berasal dari China dan Tibet, dan berhijrah ke Semenanjung
Tanah Melayu melalui tanah besar Asia Tenggara.
26
Taburan penempatan tiga suku kaum Orang Asli terbahagi kepada tiga zon iaitu,
zon utara yang majoritinya dikuasai oleh suku kaum Negrito, zon tengah oleh suku kaum
Senoi, dan zon selatan oleh suku kaum Melayu-Proto atau dikenali juga dengan Melayu-
Asli (JHEOA 2003; Ibrahim Ngah & Khairul Hisyam 2007). Setiap satu kumpulan ini
dipecahkan lagi kepada 18 suku kaum yang lebih kecil. Pecahan ini dibuat berdasarkan
perbezaan asal usul, tutur bahasa dan juga rupa bentuk fizikal mereka. Mereka
merupakan sebuah masyarakat yang unik, kaya dengan kebudayaan dan amalan tradisi
mereka yang tersendiri. Memahami dan menghayati cara hidup mereka adalah perlu
kerana mereka juga sebahagian daripada rakyat Negara ini yang berhak untuk hidup
selesa tanpa perlu dipandang rendah.
Jadual 1 menunjukkan latar belakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku
kaum mengikut kumpulan.
Kumpulan Keterangan Suku KaumMelayu-Proto Tinggal di sekitar Orang Melayu di
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan dengan orang Melayu. Kebanyakkan perkampungan mereka kini terletak di kawasan bandar dan pedalaman.
Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.
Senoi Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman negeri Perak,
Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri,
Negrito Sesetengah orang negrito masih suka hidup berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-baha makanan.Tinggal di kawasan sekitar daerah Gerik, Hulu Perak, kawasan pedalaman Kelantan, pedalamanUtara Pahang, kawasan barat Terengganu dan Selatan Kelantan.
Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.
Latar belakang Orang Asli di Malaysia (Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor, 2010)
Menurut Hasan Mat Nor (1998) dalam Khairul Hisyam (2008), warga peribumi
ialah kumpulan etnik natif yang mendiami sesebuah wilayah yang dituntut dan
dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara, dengan kumpulan etnik terbabit datang
27
dari wilayah tersebut sebelum wilayah itu menjadi sebuah negara yang berdaulat.
Seterusnya, bacaan diperluaskan lagi dan semakan lanjut mendapati terdapat beberapa
perkataan dan frasa-frasa lain yang digunakan bagi merujuk kepada masyarakat peribumi
iaitu Bumiputera dan Orang Asli.
Dalam Kamus Dewan, masyarakat peribumi ditakrifkan sebagai ‘penduduk asli’
dan juga bumiputera. Kamus Longman Edisi Kedua mentakrifkan peribumi sebagai
aboriginal, iaitu para penduduk asal yang menduduki sesebuah negara sejak awal lagi. Di
sini dapat difahami bahawa Peribumi adalah istilah umum yang digunakan bagi merujuk
kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni awal atau terawal di
Malaysia. Namun muncul pula dua istilah yang lebih spesifik bagi membezakan status
kumpulan penduduk asal iaitu bumiputera dan Orang Asli. Kumpulan bumiputera ialah
Orang Melayu di Semenanjung; Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut,
Melanau, Kelabit dan penduduk natif lain di Sarawak dan Orang Melayu, Kadazan,
Dusun, Bajau dan penduduk natif lain di Sabah.
Sejak dari zaman sebelum merdeka lagi, kehidupan mereka yang unik telah
menjadi tumpuan para pengkaji tumpuan para pengkaji terutama pengkaji dari barat.
Pihak kerajaan telah mewujudkan satu jabatan khas untuk menjaga hal ehwal Orang Asli.
Jabatan yang diberi nama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang dulunya dikenali
sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) menjadi payung kepada masyarakat
Orang Asli selama ini. Peranan jabatan ini adalah untuk menjaga kebajikan Orang Asli
sepenuhnya. Mereka menyediakan kemudahan asas seperti rumah baru, bekalan enjin
kuasa (generator), menguruskan saluran bekalan air, sekolah, balai raya, surau,
menyediakan elaun sara hidup untuk setiap keluarga dan banyak lagi kemudahan semasa
yang menjadi keperluan masyarakat istimewa ini.
Kebanyakan daripada mereka tinggal di hutan belantara dan tanah-tanah tinggi di
antara 2000 hingga 6000 kaki dari paras laut. Terdapat 40% daripada mereka tinggal di
tanah rendah dan persisiran pantai. Kini, Orang Asli ialah kelompok minoriti masyarakat
peribumi di Semenanjung Malaysia (Nicholas 2000; Sunaidin 1997). Mereka dianggap
28
minoriti kerana dengan penduduk seramai 132,000 orang pada tahun 2000, mereka hanya
membentuk 0.5% daripada jumlah keseluruhan penduduk Negara (JHEOA 2003).
2.2.1 Budaya dan Budaya Pemikiran Pelajar Orang Asli
Merujuk kepada Kamus Dewan, budaya ialah tamadun, peradaban dan kemajuan fikiran,
akal budi (cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya, budaya pemikiran Orang Asli
boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan
behavioural.
i. Aspek Kognitif
ii. Aspek Afektif
iii. Aspek Behavioural
29
2.3 ICT DALAM PENDIDIKAN
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi
budaya kehidupan masa kini. ICT juga telah diaplikasikan pada Personalized Learning
Environment (PLE) dan merupakan aspek utama yang berkaitan untuk menyokong
pembangunan dan pembelajaran personal (Trafford et al 2004). Khususnya dalam bidang
pendidikan, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru serta pembelajaran pelajar
(Gani dan Clemes 2006, Johan 2011). Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan
bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru dan
kaedah pembelajaran pelajar. Maka, secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan
sesuai dengan era masa kini mengikut gaya belajar pelajar yang berbeza-beza.
Menurut Vekiri (2010), terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi
penggunaan ICT di kalangan pelajar. Antaranya ialah kepentingan, faedah, minat dan
keseronokan, serta pengetahuan dalam penggunaan ICT. Faktor-faktor ini jugalah yang
akan menyumbang kepada keputusan untuk melihat sejauh mana tahap penggunaan ICT
dalam pembelajaran.
Di celah-celah pembangunan asas tersebut, kerajaan tetap tidak lupa untuk
membawa Orang Asli terlibat dengan pembangunan kontemporari iaitu pembangunan
ICT. Dapat dilihat dengan jelas dalam RMK ke-8 dan Ke-9 yang mana kerajaan cuba
mengurangkan jurang digital dalam pelbagai peringkat masyarakat (Wan Ahmad Amir
2009). Kesungguhan kerajaaan untuk membangunkan ICT merupakan manifestasi dari
kesedaran kerajaan tentang kekuatan yang ada pada ICT iaitu kemampuannya untuk
memperkasakan dan membentuk generasi yang membangun (Kenny 2002). ICT juga
merupakan teknologi yang berkuasa dalam kepantasan dan keberkesanan untuk
mengubah kualiti hidup masyarakat (Gani dan Clemes 2006).
30
2.4 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
2.4.1 Teori Konstruktivisme
Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A
Contemporary Approach (ms. 177), pendekatan pembelajaran konstruktivisme
(constructivism) ialah
“Constructivism is an approach to learning in which learners are provided
theopportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal
connections or relationships among the ideas and facts being taught.”
(McBrien & Brandt 1997)
Dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah
pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina
kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan
(dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga
dikenali sebagai fahaman “binaan”.
Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational
Psychology,“Constructivist perspectives – View that emphasizes the active role of the
learner inbuilding understanding and making sense of information.” Dari kenyataan-
kenyataan ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konsruktivisme, pelajar perlu
memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau
pengetahuan yang dipelajari.
Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah
dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang
31
psikologi kognitif dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang
pertama, iaitu GiambatistaVico, mengatakan bahawa
“one only knows something if one can explain it ” (Yager, 1999).
Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah
penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif,
menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan
menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat
interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek 1992). Seterusnya, perspektif
konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt,
Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey. Pembelajaran
bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan“belajar
dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar
berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey
mempelopori gerakan “progresivisme” dalam pendidikan.
Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal
mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, “Play, Dreams
and Imitation in Childhood ” dan Vygotsky (1978) dalam “Mind in Society ” yang
dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak.
Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku
tekstelah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan
masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang
sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey
dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula
dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif
konstruktivisme.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh
dilaksana dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut (Ramlah dan
32
Mahani 2002): (i) Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang
sesuatu konsep, (ii) Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama
lain, (iii) Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka, (iv)
Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
pandangan mereka, (v) Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar, (vi) Menyediakan
aktiviti-aktiviti berbentuk “hands on” dan “ minds on”, (vii) Mementingkan kemahiran
saintifik dan kemahira berfikir dalam kalangan pelajar, (viii) Menggalakkan pelajar
merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya, (ix) Meminta pelajar
menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina, (x) Menggalakkan pelajar
mengemukakan hipotesis, (xi) Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada
pelajar, (xii) Memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-
pelajar lain, (xiii) Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar dan
(xiv) Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.
2.4.2 Teori Apprenticeship
2.5 PENDEKATAN STRATEGI DAN PERKAEDAHAN
2.5.1 Strategi Pembelajaran Hibrid berasaskan projek dengan berorientasikan masalah (POPEYE)
1.4 PROBLEM-ORIENTED PROJECT-BASED HYBRID E-TRAINING
33
ORIENTATION
Problem-Oriented Project-Based Hybrid E-Training (POPeye) strategy traces back to
the 1970s in Denmark when Aalborg University and Roskilde University Center were
established (Dirckinck-Holmfeld 2002). In Denmark, the more popular term for
POPeye is Problem Oriented Project Pedagogy (POPP). The framework of this study
uses POPeye as a means of providing active, constructive, cooperative, authentic and
achievable learning objectives that will result in meaningful learning. In order to
create contents for a meaningful learning that are appropriate to user needs, fulfill the
Malaysian Qualification Framework and in line with the POPeye strategy, a task
analysis was conducted. The analysis was first conducted to determine the course
contents and second to identify the most appropriate instructional media and delivery
method to be used for the course as explained in Chapter III.
2.5.2 Personalized Learning Environment (PLE)
Setiap individu pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut minat dan
kecenderungan tersendiri. Namun begitu, sistem pendidikan sedia ada tidak berupaya
menyediakan persekitaran pembelajaran mengikut kehendak setiap individu. Justeru itu,
satu persekitaran pembelajaran yang dikenali sebagai Personalised Learning Environment
(PLE) telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. “Personalisation” ialah satu
keperluan penting untuk memotivasi pelajar dan menyokong pembelajaran berpusatkan
pelajar (Noor Azida dan Mohamad Bilal 2010).
PLE diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan satu lokus pembelajaran yang
mana semua elemen dalam proses pembelajaran disatukan bagi menghasilkan satu set alat
yang dapat menyokong pembelajaran setiap individu (Noor Azida dan Mohamad Bilal
2010).
2.5.2.1 Kepentingan Persekitaran Pembelajaran Personal
34
Terdapat pelbagai kelebihan dan kepentingan PLE bagi meningkatkan kualiti sistem
pendidikan. PLE penting kerana ia adalah pertukaran daripada satu model pembelajaran
tradisional yang mana pelajar menggunakan maklumat melalui saluran bebas seperti pusat
sumber dan buku teks kepada satu model yang mana pelajar mendapatkan sumber
pembelajaran yang boleh dipilih dan diuruskannya sendiri (Educause 2009).
Selain itu, menurut Miligan (2006), konsep yang digunakan dalam PLE ialah
pendekatan berpusatkan perkhidmatan yang membenarkan setiap individu pelajar
memilih sendiri persekitaran pembelajaran yang mereka perlukan. Kenyataan ini
disokong oleh Attwell (2007), yang menyatakan PLE membenarkan pelajar menyusun
dan membangunkan sendiri persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan gaya
pembelajaran mereka.
Menurut Attwell (2007), PLE penting kerana berkeupayaan membangunkan
potensi dengan memudahkan capaian pembelajaran dalam konteks yang berbeza dan
menggunakan alat serta antaramuka yang berbeza. Ini akan menghasilkan pelajar yang
lebih bertanggungjawab dan berdikari. Selain itu, menurut Miliband (2006) rasional
pembelajaran personal adalah jelas iaitu untuk meningkatkan piawaian dengan memberi
fokus pada pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kecenderungan dan minat pelajar.
2.5.2.2 Isu-Isu Dalam Persekitaran Pembelajaran Personal
Di antara isu-isu yang berkaitan dengan PLE ialah usaha untuk menyediakan bahan
pembelajaran yang efisyen dan usaha mencari objek pembelajaran yang pelbagai
mengikut keperluan individu, Sampson (2002). Namun isu ini telah di atasi dengan
beberapa usaha antaranya ialah satu enjin carian web-course yang telah dibangunkan oleh
Gong dan Kinshuk (………………..). Enjin carian ini ramah pengguna, efisyen dan
membantu pelajar untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan daripada objek
pembelajaran yang telah dibina. Sistem yang dibangunkan ini menggunakan spesifikasi
Metadata untuk merekod objek pembelajaran yang pelbagai. Dengan Metadata, sistem
tersebut akan mengumpulkan maklumat yang tepat tentang sumber pendidikan, mencari
35
parameter carian yang sepadan dan memberikan keputusan yang bermakna kepada
pengguna.
Menurut Hargreaves (2004), antara isu yang berkaitan dengan PLE yang perlu
diberi perhatian ialah proses mencipta, mengorganisasi dan melaksanakan sistem
pembelajaran personal bagi memastikan latihan dan nota yang dibuat sesuai dan berguna
serta boleh diterima oleh pelajar. Memandangkan kita sudah berada di abad ke-21, isu
yang sering dipersoalkan ialah apakah sistem pendidikan yang diajar kini masih relevan
diajarkan kepada pelajar di abad ini dan apakah perubahan yang harus dibuat pada
kurikulum untuk melahirkan individu yang lebih baik?
Selain itu, isu berkaitan PLE yang telah dikemukakan oleh Aspect (2006), ialah
bagaimana menentukan kemahiran progresif dan sikap yang diperlukan oleh pelajar serta
usaha untuk mencari sistem baru dan kaedah yang boleh memenuhi keperluan individu.
Isu ini dianggap penting kerana untuk menyesuaikan kemahiran dan sikap dengan sistem
pembelajaran bukanlah satu usaha yang mudah. Justeru itu, ahli profesional dalam
bidang teknologi pendidikan harus memikirkan penyelesaian yang terbaik dalam
menyelesaikan dan mengatasi isu ini.
2.5.3 Gaya Belajar Orang Asli
Gaya belajar boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu gaya belajar visual, auditori dan
kinestatik. Setiap pelajar memiliki ketiga-tiga gaya belaajr ini. Walau bagaimanapun,
mereka akan cenderung kepada salah satu antaranya yang lebih dominan samada visual,
auditori dan kinestatik.
2.5.3.1 Ciri-ciri gaya belajar visual
Pelajar yang belajar cara visual belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk
perkataan atau ayat di dalam buku, papan hitam serta paparan komputer (Nor Syazwani
36
2012). Antara ciri-ciri gaya belajar ini ialah seperti (i) Bercakap dengan cepat, (ii)
Mementingkan penampilan dalam berpakaian/penampilan, (iii) Tidak mudah terganggu
dengan kesibukan, (iv) Mengingat apa yang dilihat, daripada apa yang didengar, (v)
Lebih suka membaca daripada dibacakan, (vi) Pembaca cepat dan tekun, (vii) Seringkali
mengetahui apa yang harus dikatakan, tapi tidak pandai memilih kata-kata, (viii) Lebih
suka melakukan demonstrasi daripada bercakap, (ix) Lebih suka muzik daripada seni dan
(x) Mempunyai masalah ntuk mengingat struktur lisan kecuali jika ditulis dan seringkali
meminta bantuan orang untuk mengulanginya.
Pendidik boleh mengaplikasikan beberapa strategi untuk memudahkan proses
belajar bagi pelajar jenis visual ini antaranya ialah (i) Menggunakan bahan cisual seperti
gambar-gambar, diagram dan peta, (ii) Menggunakan warna untuk menandakan hal-hal
penting, (iii) Menggalakkan pelajar untuk membaca buku-buku berilustrasi, (iv)
Menggunakan multimedia (contohnya : komputer dan video) dan (v) Menggalakkan
pelajar untuk mencuba mengilustrasikan idea-ideanya ke dalam gambar.
2.5.3.2 Ciri-ciri gaya belajar auditori
Reid (1984) mentakrifkan pelajar auditori belajar dengan mendengar perkataan yang
dituturkan dan dari penjelasan secara lisan. Pelajar dengan gaya pembelajaran auditori,
belajar dengan lebih baik dengan mendengar cerita, ceramah atau kaset (Dunn, Dunn dan
Price 1979; Rosseni 2010). Antara ciri-ciri gaya belajar ini ialah seperti (i) Semasa
bekerja suka berkomunikasi dengan diri sendiri (monolog), (ii) Penampilan rapi, (iii)
Mudah terganggu dengan kesibukan atau tekanan, (iv) Belajar dengan mendengar dan
mudah mengingat apa yang dibincangkan daripada apa yang dilihat, (v) Mudah membaca
dengan kuat dan memperdengarkan kepada orang lain, (vi) Menggerakkan bibir mereka
dan menulis di buku ketika membaca, (vii) Biasanya seorang yang boleh bercakap fasih,
(viii) Lebih pandai mengeja dengan kuat daripada menulis, (ix) Lebih suka gurauan lisan
daripada membaca komik, (x) Mempunyai masalah dengan suasana yang melibatkan
37
visual, (xi) Berbicara dalam irama yang tersusun dan sistematik dan (xii) dapat
mengulangi kembali dan meniru nada, berirama dan warna suara.
Strategi untuk memudahkan proses belajar bagi pelajar jenis auditori adalah
dengan (i) Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan di dalam kelas
ataupun di dalam keluarga, (ii) Membimbing pelajar untuk membaca bahan pengajaran
dengan kuat, (iii) Menggunakan muzik untuk mengajar murid-murid, (iv) Berbincang
dengan murid menggunakan idea secara verbal dan (v) Pelajar merakam bahan
pelajarannya ke dalam kaset dan bombing mereka untuk mendengarkannya sebelum tidur.
2.5.3.3 Ciri-ciri gaya belajar kinestetik
Pelajar yang belajar gaya kinestetik berkemampuan untuk belajar dengan baik dan
berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di
kelas. Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan apabila
melakukan aktiviti secara amali (Rosniah Mustaffa 2007).
2.6 TRANSFERRIBLE SKILLS
2.6.1
2.6.2
2.7 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
38
Secara amnya, model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pengajaran dan
pembelajaran. Model-model pengajaran juga sebenarnya merupakan model
pembelajaran. Dengan lebih jelas lagi, model pengajaran merupakan satu perihalan yang
dijadikan panduan oleh guru untuk merancang kurikulum khususnya selain merangka
kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program
multi-media serta pengajaran berpandukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan
sebagainya. Namun begitu, model ini haruslah bersesuaian dengan pelbagai situasi
pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi.
Selain itu, model ini juga haruslah bersesuaian atau harus diubahsuai dengan gaya
pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan mata pelajaran yang berkenaan.
Terdapat beberapan kumpulan model pengajaran yang seringkali dijadikan panduan guru
iaitu Model Pemprosesan Maklumat, Model Behavioral, Model Sosial dan Model
Personal.
Pendekatan yang digunakan dalam pembinaan dan pelaksanaan modul ICT ini
adalah berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran. Model ini
dibentuk melalui hasil pengubahsuaian Model Assure (Heinrich dan Molenda 2005),
Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey 1978), model Kemp (Morrison, Ross
dan Kemp 2001) dan Model Reka-bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran &
Pembelajaran (SPP III 2010) (Rosseni 2010) serta Model Personal (Carl Rogers 1982).
2.7.1 Model Assure (Heinrich, Molenda, Russell dan Smaldino 2005)
Dalam membangunkan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran, pendidik sepatutnya
merancang reka bentuk secara sistematik untuk melahirkan suasana pembelajaran yang
berkesan (Zuraidah 2010). Model Assure (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino
2005) adalah model reka-bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang
penggunaan media secara sistematik. Model Assure ini, terdiri daripada enam (6) fasa
iaitu, fasa pertama merupakan fasa Analisis pelajar, fasa kedua menyatakan objektif, fasa
ketiga ialah memilih kaedah, manakala fasa keempat merangkumi media dan bahan. Fasa
39
kelima pula ialah menggunakan media dan bahan, melibatkan pelajar dan fasa terakhir
iaitu fasa keenam ialah menilai dan mengkaji semula. Model ini bertujuan menyediakan
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan media serta
memastikan sesuatu pengajaran dan pengajaran akan berlaku. Ia juga lebih berfokus pada
perancangan mengajar di dalam bilik kuliah atau di bilik darjah yang mana merupakan
sebuah formula untuk Kegiatan Belajar Mengajar (KBM).
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Assure kerana model ini
memenuhi keperluan pengkaji dalam melaksanakan pembangunan Modul Pembelajaran
Kendiri (Nor Syazwani 2012). Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji terdahulu, terdapat beberapa model reka bentuk instruksi yang sering menjadi
tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikan asas bagi pembangunan ‘courseware’
pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang mengambilkira media dan teknologi.
Antaranya ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup
Hashim (2006) yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas digunakan oleh guru-
guru untuk merancang pembangunan media instruksi secara sistematik.
Rajah 2.2 Model Assure (Heinrich, Molenda, Russell dan Smaldino 2005)
2.7.2 Model Morrison, Ross dan Kemp
40
Model Morrison, Ross dan Kemp berorientasikan bilik darjah dan menerangkan satu
pendekatan yang menyeluruh untuk reka bentuk pengajaran yang mempertimbangkan
semua faktor-faktor dalam alam sekitar (Morrison, Ross, & Kemp 2004. Model ini
menetapkan satu proses lelaran dan tertakluk kepada semakan yang berterusan. Bagi
pendapat Prestera (2002) dalam kajian The Herridge Group Inc. (2004), model ini sangat
fleksibel yang direka bentuk untuk memberi tumpuan pada kandungan dan daya tarikan
P&P guru-guru.
Model Morrison, Ross dan Kemp ini mempunyai tiga elemen yang
membezakannya daripada beberapa model lain iaitu: (i) arahan dianggap dari perspektif
pelajar, (ii) model mengambil pandangan sistem umum ke arah pembangunan (komponen
model bebas antara satu sama lain) dengan reka bentuk pengajaran yang dibentangkan
secara pusingan yang berterusan dan (iii) model yang menekankan pengurusan proses
reka bentuk pengajaran (Morrison, Ross, & Kemp, 2004). Bagi model Kemp pula
merupakan contoh model melingkar jika ditunjukkan dalam sebuah diagram. Secara
ringkas, menurut model ini terdapat beberapa langkah dalam penyusunan sebuah bahan
iaitu antaranya ialah menentukan topik setiap pembelajaran, menganalisis gaya
pembelajaran pelajar, menetapkan tujuan pembelajaran yang ingin dicapai, menentukan
isi pengajaran, melakukan penilaian formatif, memilih sumber pembelajaran,
melaksanakan rencana pembelajaran dan penilaian sumatif (Morrison et al. 2004).
41
Rajah 2.3 Model Morrison, Ross dan Kemp Sumber: Kemp (1985): The instructional design process
2.7.3 Model Pengajaran Dick & Carey
Model pengajaran Dick & Carey (1996) ini dipilih kerana antara teori yang mendasari
pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick & Carey. Mengikut teori ini proses
pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh
struktur pelajaran, penaksiran dan kemudiannya maklum balas penilaian. Kesemua
perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan
sesuai dengan objek pendidikan terkini. Kajian Dadang Supriatna dan Mochamad
Mulyadi (2009), menggunakan satu model pembelajaran prosedural yang mempunyai 10
langkah reka bentuk pembelajaran. Teori ini berasaskan pendekatan yang melibatkan
pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang
bersesuaian seperti yang dijelaskan dalam model Assure Menurut Gustasfon dan Branch
(2001), "Mesej pengantar yang paling banyak digunakan berkaitan dengan proses reka
bentuk intruksi” ialah model Dick dan Carey (1996).
42
Model Dick dan Carey ini merupakan model yang mudah dibaca dan difahami.
Pengkaji boleh mengemaskan dan meneliti falsafah yang muncul dalam Intructional
Design (ID) untuk digunakan sebagai bahan rujukan kepada pengajaran. Mereka juga
berpendapat bahawa model ini merupakan satu model contoh yang jelas bagi setiap
langkah dan boleh diaplikasikan untuk meningkatkan minat dalam prestasi teknologi,
analisis konteks modul, model penilaian bertingkat dan juga merupakan sebuah
pengurusan yang mempunyai kualiti yang tinggi.
Rajah 2.4 Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey 1996)Sumber : Sherri Braxton's site on Instructional Design Models
2.7.4 Model Reka bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Penulis telah memilih untuk menggunakan Model SPP III iaitu model yang digunakan
dalam kajian Rosseni (2010) yang telah diubahsuai dari model Waterfall (Sommerville
1989; van Vliet 1993; Marshal et al. 1994) dan Model Pragmatics Sequences (Barker
1987; Shuell 1992; Jonassen 1988; Sector et al. 1992; Goodyear 1984; Roblyer 1988).
Penggunaan model ubahsuaian itu pada asalnya adalah untuk pembinaan sistem
SidangKom (Rosseni 2001). Model ini mengandungi enam fasa iaitu i) fasa kajian
43
permulaan, ii) fasa analisis keperluan, iii) fasa reka bentuk, iv) fasa pembangunan, v) fasa
pengujian dan analisis dapatan kajian dan vi) fasa pemodelan dan penyelenggaraan.
Rajah 2.5 Reka bentuk instruksional, pembangunan, implementasi, pengujian & penilaian dan proses pemodelan bagi I-MeT (Rosseni 2010)
2.7.5 Model Personal
44
Model personal merupakan salah satu kumpulan model pengajaran.
Sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa terdapat pelbagai perspektif yang berbeza-
beza menjadi inti pandangan seseorang mengenai apa yang dilihat tentang perihal dunia
ini. Setiap individu melihat sesuatu secara berlainan berasaskan pengalaman,
persekitaran dan hubungan interpersonal masing-masing (………………). Secara amnya,
kita melihat serta mentafsirkan dan memahami sesuatu peristiwa secara berlainan
(……………..). Hal ini kerana, kita menggunakan kanta yang berbeza-beza untuk
mentafsirkan peristiwa yang kita alami, menterjemah bahasa yang kita dengar dan
mengubah maklumat yang kita terima (……………………). Hal inilah yang menjadi
pandangan kumpulan Model Personal (………………..).
Berdasarkan sumber buku ‘Murid dan Alam Belajar “untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan oleh Choong Lean Keow (…………………..) telah menjelaskan
bahawa model personal adalah model yang berpegang kepada unsur keperibadian
individu. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh berpandukan kepada
teknik-teknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka, menggunakan kaedah
sinektik untuk meningkatkan kreativiti mereka, dan perjumpaan kelas bagi membina
pembelajaran komuniti (…………………………).
Maka model personal sememangnya banyak berfokuskan kepada konsep-konsep
yang mana juga diutamakan oleh ahli humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga diri;
arah kendiri yang positif dan sifat berdikari; kreativiti dan sifat ingin tahu dan
perkembangan domain afektif dan emosi. Di dalam Model Personal terdapat tiga model-
model. Model-model tersebut adalah seperti yang berikut:
i) Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Carl Rogers dan
berpusatkan murid)
ii) Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran
dan penunaian potensi masing-masing.)
iii) Synectics. (Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti)
45
Ketiga-tiga model ini telah dicipta bagi membentuk pendidikan agar
membolehkan kita lebih memahami diri kita, bertanggungjawab atas pendidikan kita dan
seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi tahap maksimum kearah
kualiti hidup yang tinggi. Usaha inilah yang akan diterajui oleh setiap model-model yang
terkandung dalam kumpulan Model Personal. Untuk lebih jelas lagi, kesemua model
tersebut memberi penekanan kepada perspektif bersifat individu serta turut menggalakkan
sifat berdikari yang produktif. Hal ini kerana nasib masing-masing akan lebih terjaga
selain dapat meningkatkan kesedaran kendiri.
Ke semua model reka bentuk Assure (2005), Kemp (1998), Dick dan Carey
(1989) dan SPP III (2010) serta model Personal (……..……) membincangkan langkah
pengembangan pembangunan secara berperingkat-peringkat. Setiap model mempunyai
matlamat, objektif, aktiviti, proses dan penilaian prestasi pengisian serta pencapaian.
Perbezaan utama antara satu model dengan model yang lain ialah reka bentuk model dan
cara perlaksanaan aktiviti yang dijalankan. Setiap model reka bentuk yang diterbitkan
menjelaskan langkah atau peringkat bagaimana model tersebut boleh diguna pakai.
Model yang dibina ini hanya sekadar menyatakan semula model yang lain sama ada
diubahsuai atau diolah semula mengikut pandangan dan andaian masing-masing
(Zuraidah 2010).
Daripada gabungan kelima-lima model tersebut, pengkaji menganalisis ke semua
fasa-fasa tersebut dan menghasilkan satu model baru. Terdapat enam (6) fasa dalam
metodologi pembinaan yang digunakan ini iaitu bagi fasa pertama ialah membuat kajian
terhadap masalah kajian. Seterusnya fasa kedua adalah keperluan analisis di mana
memerlukan spesifikasi sistem. Proses seterusnya, merupakan reka bentuk sistem seperti
model konseptual. Selain daripada itu, fasa keempat pula ialah pembangunan sistem yang
mana memberi penerangan mengenai arahan sistem bagi modul ICT. Fasa model ini
diteruskan dengan fasa kelima iaitu tentang implementasi modul dan membuat pengajaran
46
berkaitan dengan modul ICT. Fasa keenam pula merupakan fasa terakhir adalah proses
penyelenggaraan dan pemodelan bagi modul ICT.
2.8 KAJIAN LUAR NEGARA
Sekarang ini terdapat banyak usaha-usaha di Amerika untuk memadankan gaya
pengajaran guru dengan gaya belajar pelajar. Gaya belajar pelajar Orang Asli di Amerika
Indian.
2.9 KAJIAN DALAM NEGARA
Gaya pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap mata pelajaran pendidikan seni visual.
Dalam konteks tempatan, kajian yang berkaitan dengan komuniti Orang Asli dan
ICT dapat diperhatikan melalui projek-projek yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli (JHEOA) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA). Antara satu contoh
adalah projek e-Bario yang dilaksana ke atas komuniti Kelabit di tanah tinggi Sarawak
(Marshall & Taylor 2005). Projek sedemikian bertujuan membantu komuniti
membangun aspek sosial, budaya dan ekonomi melalui ICT (Bala et al. 2004).
Kajian Mokhtarrudin (2002) di Kampung Bayangan Sabah mendapati kadar
literasi ICT yang tinggi dalam kalangan penduduk adalah sebagai indikator ICT diterima
pakai.
……………………………………………………………………………………….Sintesi
snya, komuniti Orang Asli menerima, tidak menolak ICT dan mampu menggunakannya.
47
Kumpulan remaja Orang Asli di Malaysia juga turut mendapat kesan dari
perkembangan ICT (Gill et al. 2009). Pengkaji telah menganalisis secara empirikal data
kajian yang dijalankan ke atas remaja Orang Asli di penempatan terpilih negeri Selangor.
Kajian ini mengupas tahap kefahaman, kepenggunaan ICT, pemilikan ICT serta dorongan
penggunaan ICT dalam kalangan remaja orang Asli. Selain itu, pola pemilikan ICT
dalam kalangan remaja Orang Asli tidak begitu jauh ketinggalan berbanding dengan
masyarakat arus perdana yang lain. Walau bagaimanapun, masalah kewangan untuk
mendapatkan peralatan ICT masih membelenggu kumpulan ini seterusnya mengakibatkan
peningkatan jurang digital dengan kumpulan masyarakat yang lain.
2.10 RUMUSAN
Nurul farhana. 2010. ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG_ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH. Tesis UTM
Gani, A. & Clemes, M. D. (2006). Information and Communications Technology:
A Non-income Influence on Economic Well Being. International
Journal of Social Economics. 33 (9), 649-662.
Wan Ahmad Amir Zal Bin Wan Ismail. 2009. Nilai dan Penerima Gunaan Teknologi
Komunikasi dan Maklumat Terpilih Dalam kalangan Belia Orang Asli di Bukit Lanjan
dan Pulau Carey Selangor. Tesis Sarjana Sains, UPM.
48
Kenny, C. (2002). Information and Communication Technologies for Direct Poverty
Alleviation: Cots and Benefits. Development Policy Review.
20 (2), 141-157.
BAB III
PENGENALAN
3.1 PENGENALAN
Metadologi penyelidikan memberi panduan dalam perlaksanaan serta cara melaksanakan
penyelidikan. Setiap kaedah akan dijelaskan secara terperinci untuk memudahkan
pemahaman kepada pembaca. Bab ini juga merangkumi aspek persampelan dan
instrumen yang digunakan, prosedur menjalankan kajian, mengumpul data, cara
menganalisis data dan spesifikasi keperluan modul.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN PEMBANGUNAN
Reka bentuk kajian merujuk kepada bagaimana membina modul yang menggunakan
strategi atau pendekatan hibrid. Kajian pembinaan ini merupakan satu kaedah
penyelidikan berkaitan pengajian sistematik tentang reka bentuk, pembangunan dan
penilaian (i) program, (ii) proses dan (iii) produk yang perlu memenuhi kriteria tertentu
serta dinilai dengan instrumen yang sah lagi boleh dipercayai. Kajian pembinaan ini juga
menggandingkan teori dan praktikal serta boleh melibatkan proses pelaksanaan satu reka
bentuk, pembangunan dan aktiviti penilaian secara serentak (Seels dan Richey 1994).
Dalam bidang teknologi pengajaran, pembinaan sering kali bermaksud satu proses
menterjemahkan satu spesifikasi reka bentuk pengajaran menjadi satu produk dalam
bentuk media pengajaran (Richey et al. 1994). Terdapat dua jenis penyelidikan
pembinaan iaitu Jenis 1 dan Jenis 2 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
50
Jadual 3.1 Dua jenis Penyelidikan Pembinaan
Perkara Jenis 1 Jenis 2Penjelasan Kajian mengenai produk spesifik
atau reka bentuk program serta penilaian projek.
Kajian terhadap reka bentuk, pembinaan, penilaian proses, bahan-bahan serta model-model.
Produk Pengetahuan pembelajaran daripada pembangunan produk yang spesifik dan menganalisis syarat-syarat yang memudahkan penggunaan sesuatu produk
Reka bentuk baru, pembangunan, penilaian prosedur atau model serta syarat-syarat yang memudahkan penggunaan model tersebut.
Context-specific Conclusion =>=> Generalized Conclusion
Sumber : Richey, Klein & Nelson 2004 (p.1103)
3.3 POPULASI KAJIAN
3.4 SAMPEL KAJIAN
3.5 LOKASI KAJIAN
3.6 INSTRUMEN KAJIAN
51
3.7 MODEL REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM
Pendekatan yang digunakan dalam pembinaan dan pelaksanaan aktiviti P&P ini adalah
berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran.
Model ini dibentuk hasil pengubahsuaian Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey
1978), Model Morrison, Ross dan Kemp (Kemp 1985), Model Assure (Heinrich &
Molenda 2005), Model Reka Bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran &
Pembelajaran (SPP III) yang digunakan dalam kajian Rosseni (2010) yang telah
diubahsuai dari Model Waterfall (Sommerville 1989; Van Vliet 1993; Marshall et al.
1994) dan Model Pragmatic Sequences (Barker 1987; Shuell 1992; Jonassen 1988;
Spector et al. 1992; Goodyear 1994; Roblyer 1988) serta Model Personal oleh Carl
Rogers (1986) . Di dapati kelima-lima model ini mempunyai kelebihan dan kelemahan
masing-masing. Pemilihan penggunaan model reka bentuk dan pembangunan bahan
pembelajaran dan pengajaran telah dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam Bab II.
Proses pembinaan modul secara keseluruhan dihuraikan secara terperinci bermula
dengan Fasa 1 dan berakhir dengan Fasa 6 dengan penilaian formatif dilaksanakan
sebanyak pusingan yang diperlukan iaitu 2 pusingan dan di akhir pembaikan terakhir
selepas penilaian formatif, penilaian sumatif dalam persekitaran sebenar dilaksanakan.
Model pengajaran ini mengambil kira pelbagai aspek seperti berikut: (i) analisis kaedah
pengajaran dan Strategi Pembelajaran Hibrid berasaskan projek dengan berorientasikan
masalah (POPEYE), (ii) reka bentuk hasil pembelajaran yang sesuai, (iii) menyediakan
inventori kandungan pengajaran dan (iv) melaksanakan pengujian dan pengubahsuaian
modul untuk pelajar Orang Asli yang meliputi enam peringkat fasa yang piawai dengan
kitar hayat pembangunan yang lazim diketahui. Kerangka konseptual ini mengambil kira
beberapa entiti seperti elemen-elemen pembangunan modul ICT dan konstruk yang
terlibat dalam proses pengujian kebolehgunaan modul ICT yang merangkumi tiga lapisan
(L1- L3). Perincian lapisan-lapisan ini adalah seperti berikut:
52
(i) L1: Lapisan pertama merupakan lapisan luaran yang merangkumi persekitaran yang
sesuai dengan pendekatan hibrid: Media atau sumber pengajaran menggunakan
Modul ICT secara hibrid, hasil modul pembelajaran kendiri berasaskan hibrid,
data ataupun maklumat hibrid, strategi pembelajaran yang digunakan iaitu
POPEYE, Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Pembangun serta pengguna
modul ICT.
(ii) L2: Lapisan kedua merupakan lapisan dalaman yang merangkumi keenam-enam fasa
pembangunan yang piawai seperti kajian permulaan, analisis, reka bentuk,
pembangunan, implementasi dan penyelenggaraan serta pemodelan. Keenam-
enam proses ini dilaksanakan secara iteratif sehingga tiada ralat ataupun sehingga
memenuhi keperluan pengguna. Lapisan ini adalah lapisan utama dalam proses
kitar hayat pembangunan.
(iii) L3:Lapisan ketiga merupakan lapisan intradalaman yang merangkumi entiti berkaitan
pengkomputeran berpusat manusia. Entiti-entiti tersebut ialah: isi kandungan
pelajaran modul, ciri-ciri dan aktiviti pembelajaran berasaskan hibrid yang
merangkumi Modul ICT, aplikasi pembelajaran sepanjang hayat, penilaian
kreativiti pelajar, gaya belajar dan ‘personalized learning’. Pengujian
kepenggunaan ini akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu bagi pengujian formatif
pada peringkat pembangunan dan pengujian sumatif pada peringkat implementasi.
53
Rajah 3.1 Kerangka Konsep Keseluruhan Kajian
3.7.1 Fasa Kajian Permulaan
Dalam fasa kajian permulaan ini keperluan kajian dikenalpasti. Dari lompang kajian
yang dikenalpasti, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk penyataan masalah serta
objektif utama membangunkan projek ini dinyatakan iaitu untuk membangunkan modul
ICT sebagai alternatif kepada Orang Asli dalam kehidupan meraka. Dalam fasa ini,
- Gaya Pembelajaran - Visual, Auditori, Taktual, Kinestetik, Kumpulan & Individu
Teori PembelajaranKonstruktivisme
Strategi pengajaranPOPEYEFASA 2:
KEPERLUAN ANALISIS
Media / sumber
Pengajaran
PenilaianSumatif
PenilaianFormatif
(i)-Isi kandungan modul(ii)-Ciri-ciri & aktiviti modul pembelajaran kendiri
- Pembelajaran Sepanjang Hayat- Kreativiti Pelajar- Personalized learning
Hasil Pembelajaran Berasaskan Modul
Pembangun & Pengguna
Data/ Maklumat
MPK
PendekatanHibrid
FASA 5: IMPLEMENTASI MODUL/ KUTIP
DATA
FASA 6: PENYELENGGARAAN
DAN PEMODELAN
FASA 4:PEMBANGUNAN MODUL
FASA 3: REKA BENTUK MODUL
FASA 1: KAJIAN PERMULAAN
L3
L2
L1
54
analisis dibuat untuk mentaksir masalah dan membentuk persoalan kajian. Selain
daripada itu, tujuan serta objektif kajian ditentukan dan batasan kajian dikenalpasti. Hasil
temubual yang dijalankan bersama JKKK Kg.Belihoi, Pengurus Program Komuniti, Akzo
Nobel Paints (Malaysia) Sdn.Bhd , Encik Radzi Abdul Rashid, Kok Swee Kien (Unit ICT
Akzo Nobel Paints Sdn.Bhd) dan terakhir adalah pengguna modul ICT. Melakukan
protokol temu bual berdasarkan konsep triangulasi. Tujuan temu bual ini adalah untuk
mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang masalah utama murid-murid Orang Asli
dalam pengajaran dan pembelajaran ICT.
3.7.2 Fasa Analisis Keperluan Modul/ Pelajar
Dalam fasa ini, pengkaji telah mengenal pasti bentuk bahan instruksi yang akan
dibangunkan dan seterusnya mengenalpasti apa yang diperlukan untuk membina modul
Asas ICT bagi mencapai tujuan dan objektif kajian. Fasa ini melibatkan aktiviti
menganalisis dapatan dari kajian permulaan dan juga bahan-bahan rujukan serta proses
temubual daripada keperluan responden. Antara perkara yang perlu ditentukan dalam
fasa ini ialah matlamat, objektif, pengguna sasaran, teori pembelajaran, strategi
pengajaran dan pembelajaran dan kaedah penggunaan modul semasa P&P. Melalui temu
bual bersemuka, perbualan dirakam menggunakan pita rakaman dan nota catatan. Sesi
temu bual dimulakan dengan mengajukan soalan-soalan asas berbentuk umum dan mudah
dan kemudian menjurus kepada yang lebih berfokus. Sesi ini dijalankan bertujuan untuk
mendapatkan penjelasan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Orang Asli
dalam pembelajaran ICT di sekolah.
3.7.3 Fasa Pemilihan Reka Bentuk Modul
55
Fasa ketiga ini menentukan bagaimana modul akan dibina dan dilaksanakan berdasarkan
apa yang diperlukan dalam spesifikasi keperluan modul. Fasa ini juga meliputi segala
yang dirancang dan menyuratkan apa yang difikirkan untuk membina modul ini.
Terdapat tiga tahap bagi reka bentuk dan pembangunan kajian iaitu: (i) merangka
kandungan serta membuat penilaian terhadap modul, (ii) mereka bentuk dan
membangunkan modul ICT dan (iii) menyediakan senarai semak bagi penilaian modul
ICT yang dibangunkan. Terdapat tiga perkara yang perlu dianalisis seperti ciri-ciri umum
pelajar,pengetahuan dan pengalaman sedia serta gaya pembelajaran pelajar.
3.7.4 Fasa Pembangunan Modul
Fasa keempat ini menentukan bagaimana modul itu akan dibina berdasarkan apa yang
diperlukan dalam spesifikasi keperluan modul selepas ciri-ciri modul dikenal pasti. Pada
fasa ini juga, modul yang direka bentuk mengambil kira konsep-konsep Pendidikan
Komputer dan teori serta strategi P&P yang mendasari pembangunan modul
pembelajaran kendiri mengikut kesesuaian pengguna. Selepas modul ini dibina, ia akan
diteliti dan dinilai semula dalam semua aspek untuk memastika modul tersebut boleh
dibina dan dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan.
3.7.5 Fasa Implementasi Modul
Fasa yang berikutnya ialah fasa kelima. Sebelum memulakan fasa ini, yang mana pada
peringkat akhir pembangunan, dua penilaian kebolehgunaan (Usability Test)
diselenggarakan. Bagi penilaian kebolehgunaan yang pertama Nielson dan Laundauer
(1993) menyarankan sekurang-kurangnya tiga atau lima orang pengguna untuk penilaian
kebolehgunaan. Penilaian ini digunakan untuk mengesan kesalahan teknikal yang
muncul pada akhir peringkat akhir proses pembangunan sistem bagi lima orang pakar dan
sepuluh orang pengguna. Tujuan penilaian kebolehgunaan ini dilakukan adalah untuk
56
mencari kesalahan (bugs) dan untuk memperbaik pelbagai aspek dalam MPK APs CS5.
Fasa implementasi ini juga merangkumi (i) perancangan proses penulisan modul (ii)
penulisan modul (iii) pengujian formatif kandungan dan aktiviti modul.
Ujian ini akan melibatkan penggunaan modul yang dilaksanakan serta dinilai
melalui Bengkel Adobe Photoshop yang akan dihadiri oleh 30 orang pelajar tahun dua,
bagi kursus Teknologi Pendidikan. Maklumat juga diperoleh daripada borang penilaian
yang telah dijawab oleh pelajar-pelajar tahun dua bagi kursus Teknologi Pendidikan
untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi sepanjang proses P&P.
Berdasarkan dokumen reka bentuk modul dan rancangan proses penulisan modul, modul-
modul (1-6) dibina secara terperinci bersama dengan latihan pengukuhan, satu demi satu
mengikut turutan agar mengekalkan kesinambungan modul-modul (1-6). Pemilihan
kaedah, media dan bahan mengajar adalah penting sebelum memulakan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini ada dijelaskan dalam pembangunan Model
Assure oleh Heinrich dan Molenda (2000). Seterusnya, menggunakan media dan bahan
mengajar yang telah dipilih itu kepada pelajar-pelajar dengan sebaik mungkin.
3.7.6 Fasa Penyelenggaraan dan Pemodelan Modul
Pada fasa terakhir iaitu fasa yang keenam, melibatkan proses penyelenggaraan dan
pemodelan. Penyelenggaraan merupakan satu proses pengulangan semula. Bagi fasa ini,
ia adalah bertujuan untuk mengesan ralat yang masih ada selepas proses penilaian sumatif
yang akan dilakukan setelah ke semua modul pembelajaran APs CS5 dibina atau untuk
mengubahsuai kandungan perisian mengikut peredaran masa atau kehendak pengguna
yang mungkin telah berubah. Dalam fasa penyelenggaraan pelaksanaan dan pembaikan
mungkin perlu dibuat secara berterusan sehingga penulis modul berpuas hati dengan hasil
terakhir dan modul tersebut dapat mengaplikasikan teori beban kognitif dan teori
minimalis.
57
3.8 KESIMPULAN
Bab ini telah menerangkan tentang proses-proses yang perlu dilalui untuk membina
modul gabungan ini berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan
pembelajaran dalam kajian yang lalu. Selain itu juga, instrumen dan responden yang
terlibat bagi setiap fasa turut dibincangkan. Output-output bagi setiap fasa merangkumi
penyataan persoalan kajian. Ini adalah untuk dua fasa yang terawal. Penilaian formatif
dan sumatif akan dijalankan bagi setiap fasa mengikut keperluan.
Secara kesimpulannya, untuk menghasilkan sesuatu modul yang memberi
keberkesanan kepada pengguna, penulis perlu menitikberatkan metodologi yang
digunakan. Ini adalah kerana penggunaan metodologi yang bersesuaian dengan
pembangunan modul yang ingin dibangunkan dapat membantu pembangun modul untuk
menghasilkan projek yang bermutu dan berkualiti. Malahan, modul sebegini juga
diharapkan dapat memberi kepuasan dan kefahaman kepada pengguna yang
menggunakan modul yang dibangunkan ini. Oleh yang demikian, metodologi ini menjadi
pilihan penulis dalam projek ini yang melibatkan kehendak serta keperluan pengguna
terlebih dahulu. Sekiranya modul gabungan ini tidak memenuhi kehendak pengguna,
maka proses pelaksanaannya akan diulangi semula sehingga keperluan pengguna
dipenuhi.