cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan...

9
UNIT 5 : GAYA HIDUP SIHAT 5.1 Pemakanan A. Piramid Makanan Pramid makanan adalah satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Piramid Makanan Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia: Paras 1 Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian Paras 2 Buah-buahan dan sayur-sayuran Paras 3 Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu Paras 4 Lemak, minyak, gula dan garam

Transcript of cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan...

Page 1: cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang

UNIT 5 : GAYA HIDUP SIHAT

5.1 Pemakanan

A. Piramid Makanan

Pramid makanan adalah satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-

jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.

Piramid Makanan

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

Paras 1Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

Paras 2Buah-buahan dan sayur-sayuran

Paras 3Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu

Paras 4Lemak, minyak, gula dan garam

Page 2: cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang

B. Kadar Pengambilan Makanan

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?

Paras 1

Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)

Paras 2

Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)

Paras 3

Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)

Paras 4

Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

Page 3: cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang

C. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan

tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal.

Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi,

karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan

kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita

daripada mendapat penyakit.

Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan

sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah.

Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi

ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.

iii. Kandungan fiber yang mencukupi

iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Page 4: cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang

5.2. Penyalahgunaan Bahan

A. Ubat dan Racun

Ubat adalah bahan yang digunakan untuk perubatan bagi mengesan (diagnosis),

meringankan, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit pada manusia serta

meningkatkan taraf kesihatan.

Ubat boleh digunakan dengan berbagai cara dan bentuk iaitu boleh dimakan dan

diminum. Selain itu, ia juga boleh digunakan dengan memasukkannya melalui dubur

(supositori), faraj (pesari), suntikan, ditanam di bawah kulit, disapu dan sebagainya.

Pada umumnya, semua ubat

mempunyai risiko apabila

digunakan. Namun begitu,

risikonya dianggap sedikit kerana

ubat lebih mendatangkan

kebaikan daripada keburukan

seperti menyembuhkan penyakit

dan mengurangkan kesakitan.

Masalah penyalahgunaan ubat

mula timbul apabila ubat

digunakan untuk tujuan selain

daripada perubatan seperti yang

dinyatakan di atas. Maka, ubat

menjadi lebih berisiko.

Page 5: cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang

Racun pula merupakan bahan kimia yang secara lazimnya digunakan untuk

membunuh organisma hidup seperti binatang dan tumbuhan. Contohnya, racun tikus

dan racun lalang.

Racun adalah sebarang unsur yang boleh menyebabkan kecelakaan kepada tubuh

badan anda.

Kecelakaan yang dimaksudkan ialah kecelakaan bersifat ringan (contohnya, sakit

kepala atau rasa mual) dan berat (contohnya, sawan atau demam panas), sehingga

boleh menyebabkan kematian.

Selalunya, jika seseorang atau sesuatu benda hidup terkena racun yang berlebihan ia

tidak akan hidup lama kerana racun mempunyai bahan kimia yang amat merbahaya.

Oleh itu, penggunaannya terkawal.

Ibu bapa yang membeli racun untuk tujuan menghalang pertumbuhan lalang harus

menyimpannya di tempat yang tersorok agar tidak mudah dicapai oleh anak-anak.

B. Kesan Buruk Penyalahgunaan Dadah

Bahan yang seringkali disalahgunakan oleh masyarakat ialah dadah.

Dadah merupakan bahan larangan yang amat popular pada masa kini tidak kira di

Malaysia mahupun di luar negara.

Dadah terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia asli atau tiruan yang dimasukkan ke

dalam tubuh sama ada dengan memakan, menelan, meminum, menghisap ataupun

suntikan bertujuan untuk mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan pengguna.

Page 6: cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang

Kesan FizikalKesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek.

Ini termasuklah pengaruh terhadap sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan

otot-otot. Sistem-sistem in merupakan sistem terpenting dalam tubuh badan kita.

Dengan ertikata lain, keadaan diri penagih dadah menjadi tidak terurus dan tidak

normal.

Jika dadah digunakan secara berlebihan, maka kesan ini akan menjadi lebih ketara.

Apabila kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung

pula akan berkurangan.

Seterusnya tubuh akan menggigil akibat daripada penurunan kadar metabolisme

dalam badan.

Mata juga menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin

akan mengalami sawan dan gangguan fungsi otak.

Keadaan seperti ini agak sukar dipulihkan jika ia berlaku secara berterusan dan

berulang kali. 

Kesan Sosial

Dari aspek sosial, kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak mempedulikan

tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat di sekeliling.

Prestasi dan disiplin kerja mereka akan merosot.

Tingkahlaku dan sikap mereka juga akan berubah daripada apa yang biasa diamalkan

sebelumnya. Contohnya, seorang yang periang menjadi pendiam. 

Selain itu, mereka juga tidak menghiraukan kesihatan diri dan keluarga. Perpecahan,

penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga boleh berlaku.

Page 7: cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang

Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap

mereka. 

Di samping itu, kebanyakan penagih tidak tinggal bersama keluarga. Mereka hidup di

tempat yang lengang dan tersorok agar tidak diganggu oleh orang lain selain

memudahkan mereka menggunakan dadah.

Keadaan mereka diibaratkan hidup segan mati tak mahu. Akhirnya, mereka akan

tersisih oleh keluarga dan masyarakat.

 Kesan Mental dan Emosi

Kesan ini juga lebih dikenali sebagai kesan psikologi iaitu kesan akibat pengaruh

dadah pada otak dan minda.

Ini termasuklah mula berasa seronok, terangsang dan khayal (euforia). Mereka seolah-

olah tidak berpijak di alam yang nyata.

Pada masa yang sama, seseorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran. Mereka

tidak merasa segan-silu melakukan perkara yang di luar batasan di khalayak ramai.

Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit. 

Pesakit juga akan berasa keluh-kesah, gian dan amat menderita sekiranya tidak

mendapat bekalan dadah yang cukup.

Mata akan kelihatan berair, hidung berhingus, perut berasa sakit dan perit, kadangkala

muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi jika

keadaan ini berterusan.

Akhirnya, mereka akan melakukan pelbagai perbuatan jenayah seperti menghendap,

mencuri, merogol dan juga membunuh untuk melepaskan geram dan gian. 

Dalam masa yang sama, mereka juga mengalami gangguan mental dan menjadi tidak

waras. Badan mereka tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk

dipulihkan seperti sediakala.

Hal ini amat menakutkan masyarakat sekeliling terutama sekali wanita dan anak gadis

kerana ia akan meninggalkan kesan trauma pada mereka.

Kesan pada Otak

Otak adalah salah organ terpenting yang dimiliki oleh manusia.

Otak berfungsi mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang.

Page 8: cikguzuraina.files.wordpress.com · Web viewC. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang

Apabila alkohol masuk ke otak melalui darah yang meresap kedalamnya, ia akan

mengubah dan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.

Keadaan ini akan menyebabkan penindasan terhadap kawasan-kawasan otak yang

biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang

malu, fikiran bercelaru dan pergerakannya menjadi tidak terkawal.

Selain itu, peminum juga akan sukar menerima pelajaran, membentuk idea spontan,

menumpukan fikiran dan membuat pertimbangan dengan teliti.

Semakin banyak alkohol diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan peminum

tidak sedarkan diri dan seterusnya mengakibatkan kematian. 

Kesan pada Hati

Selain otak, alkohol juga memberi kesan terhadap hati peminum.

Hati akan mengalami kecederaan iaitu mendapat luka.

Sel hati akan mati dan akhirnya menjadi parut. Parut ini sedikit sebanyak akan

mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan lebih sempurna. Parut yang

serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung.

Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

Selain itu, bengkak hati (Hepatitis) juga boleh terjadi disebabkan oleh kesan toksik

alkohol yang berlebihan. 

Kesan pada Saraf

Alkohol boleh merosakkan saraf-saraf yang terdapat di dalam tubuh kita.

Ia akan menyebabkan kecenderungan mendapat pelbagai jenis penyakit seperti

sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa

kepada komplikasi psikiatri. 

Kesan pada Janin

Pengambilan alkohol secara berlebihan oleh ibu hamil akan menyebabkan

kandungannya mengalami kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil

berbanding tubuh, keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-sendi dan otot.