bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai...

11
Rumah Tradisional di Malaysia Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Rumah tradisional Melaka Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga Rumah tradisional Johor

Transcript of bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai...

Page 1: bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa

Rumah Tradisional di Malaysia

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu.

Rumah tradisional Melaka

Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga

Rumah tradisional Johor

Rumah tradisional melayu Johor juga dikenali sebagai rumah Limas Johor. Rumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran

Page 2: bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa

kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa menggunakan paku, hanya berdasarkan kepada tanggam semata-mata. Rumah Limas tradisional ini dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropika di Tanah Melayu, nilai-nilai astetika yang terdapat dalam setiap binaan banyak di pengaruhi oleh seni bina islam seperti corak flora dan geometri.

Rumah tradisional Negeri Sembilan

Rumah tradisional Melayu Negeri Sembilan hampir menyerupai bentuk rumah adat yang di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik. Terdapat juga rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan yang mengandungi ruang di bawah bumbung. Ruang ini dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis. Ruang ini juga dijadikan tempat simpanan barang-barang.

Rumah Tradisional Pahang

Page 3: bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa

Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang. Rumah ini juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur pula, mengandungi ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.

Rumah tradisional Negeri Perak

Rumah tradisional Melayu yang terdapat di Negeri Perak dipanggil Rumah Kutai. Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi dindingnya dipasang tebar layar yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan barang-barang. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.Bahan-bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah Kutai adalah seperti kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dinding menggunakan pelupuh.

Page 4: bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa

Rumah Tradisional Selangor

Rumah ini merupakan rekaan bumbung panjang yang terdapat di negeri Selangor. Mengandungi kombinasi anjung dan serambi yang agak besar dan menonjol. Hampir kesemua rekaan bumbung panjang adalah memanjang kebelakang apabila diperbesarkan mengikut keperluan semasa pemilik rumah. Rumah ini tidak mempunyai bumbung bertingkat seperti rumah Negeri Sembilan, tetapi mempunyai bumbung besar yang agak curam di rumah ibu. Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapat diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalamnya. Lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap. Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah ini terletak agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras berbanding dapur, anjung, rumah tangga dan serambi. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan lega ketika berada di dalamnya.

Rumah Tradisional Terengganu

Page 5: bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa

Di Negeri Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya dipanggil Rumah Limas Bungkus. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur. Rumah tradisional Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur manakala atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora.

Rumah Tradisional Kelantan

Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan di mana kemudiannya muncul pula rumah bertiang @ berpanggung dengan kedudukan lantainya yang tinggi dari aras tanah dan mengandungi ruang serta berdinding. Bentuk bumbung seperti huruf V terbalik diperkenalkan. Pada pertemuan di sebelah puncak tutup bumbungnya dipisahkan oleh banir yang dipanggil tulang perabung @ tulang bumbung. Bentuk bumbung ini dikenali juga dengan bumbung lipat kajang @ bumbung panjang.

Rumah Tradisional Kedah

Page 6: bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa

Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang. Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah mereka, begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahu pun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa.Kedah Darul Aman kaya dengan struktur unik seperti ini. Rumah tradisional Melayu yang berdindingkan kayu meranti atau demak dan beratapkan rumbia seperti di Kampung Warisan yang terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri ( Wisma Darul Aman ). Kampong itu menempatkan Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai yang menjadi lambang keunikan serta keaslian senibina tradisional Melayu. Kedua-dua rumah ini dipercayai berusia lebih dari 80 tahun.

Rumah Tradisional Perlis

Page 7: bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa

Di perlis terdapat rumah tradisional melayu yang dikenali rumah panjang yang berusi lebih 70 tahun. Rumah jenis ini semakin pupus. Rumah bumbung panjang ini mengandungi banyak tiang, adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang tebar layar yang berbentuk V terbalik.

Tebar layar merupakan sebahagian daripada tutup dinding bumbungnya yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai.Rumah panjang perlis diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut, dindingnya daripada kelarai, atapnya daripada rumbia atau nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora.

Rumah Tradisional Pulau Pinang

Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu berlainan bentuk iaitu rumah bumbung panjang, rumah serambi dan rumah serambi gajah menyusu. Rumah serambi gajah menyusu bumbung ibu kelihatan lebih tinggi rendah seperti seekor gajah tengah menyusukan anaknya. Sama dengan ruang dapur yang bumbungnya lebih rendah daripada bumbung unit rumah utama turut menggambarkan gajah tengah menyusu. Menariknya rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar. Sementara komponen bangunannya terdiri daripada rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya pula terdiri daripada ruang rumah tangga di hadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur.Bahan pembinaan rumah ini membabitkan kayu cengal dan meranti sementara bumbungnya beratapkan rumbia.

Page 8: bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa

Rumah Tradisional Melayu Sarawak

Sarawak adalah negeri yang mempunyai banyak suku kaum pribumi selain Melayu. Oleh itu negeri ini amat kaya dengan warisan budaya tradisi yang pelbagai dan unik, termasuk senibinanya. Rekabentuk dan senibina rumah di sini banyak dipengaruhi oleh faktor geografi, keselamatan dan sosial.

Rumah Panjang Iban

Selain rumah tradisi Melayu, Sarawak amat terkenal dengan rumah panjang yang didiami oleh suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh. Kebanyakan rumah dibina berhampiran sungai yang merupakan laluan utama bagi masyarakat tersebut. Rumah panjang berkenaan mempunyai bilik-bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20 sehingga 80 bilik. Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga 800 orang.

Rumah Tradisional Iranum Sabah.

Page 9: bukuteks.dbp.gov.mybukuteks.dbp.gov.my/media/media/yg9XO1a8rc.docx · Web viewRumah ini mempunyai seni bina yang sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. Rumah ini dihasilkan tanpa

Sabah kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku kaum tetapi pembinaan rumah mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan mistik masing-masing. Rumah-rumah panjang untuk suku Rungus dan Murut mempunyai ruang seakan bilik untuk keluarga dan ruang bagi upacara tradisi suku kaum itu. Selain rumah panjang terdapat rumah individu seperti Rumah Bajau di Kota Belud dan Rumah Banggi di Pulau Balambangan, rumah buluh di Tambunan dan Rumah Lotud di kawasan Tuaran.