Web viewAlif segera berdoa dan bertaubat atas dosanya dan berazam menunaikan ibadah haji dengan...

3

Click here to load reader

Transcript of Web viewAlif segera berdoa dan bertaubat atas dosanya dan berazam menunaikan ibadah haji dengan...

Page 1: Web viewAlif segera berdoa dan bertaubat atas dosanya dan berazam menunaikan ibadah haji dengan penuh keikhlasan. Setelah itu Alif ternampak sebuah van

1

Cerpen: Alif Sesat di Makkah

(Hamdan Kamaruddin)

Sinopsis

Alif seorang remaja berusia 14 tahun berada di Mekah kerana dibawa oleh ibu dan ayahnya untuk menunaikan fardhu haji. Alif enggan mengikuti mereka tetapi setelah dipujuk akhirnya Alif bersetuju. Ibu bapa Alif berharap agar Alif menjadi anak yang soleh, rajin belajar dan tidak nakal lagi.

Ketika diajak oleh ibu dan ayahnya ke Masjidil Haram untuk solat, Alif sering memberi alasan dan menyuruh ayahnya pergi dahulu. Pada ketika itu, dia akan memerhatikan gelagat penjaja yang berniaga pelbagai barangan. Dia sendiri pernah membantu penjaja Turki dan penjaja Indonesia. Dia juga mendapat wang saku daripada kerjanya itu.

Tertarik akan Farhan iaitu seorang remaja Arab yang berniaga tasbih, dia pun memulakan tugasnya menjual tasbih. Kisah bermula ketika Alif, dan kenalannya itu, berniaga menjual tasbih di perkarangan Masjidil Haram. Suasana di situ agak sesak kerana jemaah baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Asar. Ketika leka menjual tasbih kepada beberapa orang jemaah, dia telah ditangkap oleh seorang anggota polis Arab Saudi. Usaha untuk melarikan diri pada awalnya tidak berhasil tetapi setelah semakin ramai jemaah bertolak-tolak untuk keluar dari Masjidil Haram, suasana menjadi tidak terkawal. Alif berhasil melepaskan diri. Dia menyusup di celah-celah ribuan manusia,menyeberang jalan raya dan merentas jambatan. Dia sempat berehat seketika.

Tiba-tiba Alif ternampak polis yang menangkapnya tadi. Dia terus melarikan diri sekali lagi. Peristiwa terlihat dan terserempak dengan polis tersebut berlaku berkali-kali sehingga Alif kehabisan tenaga dan tersesat jalan pulang. Masjidil Haram juga langsung tidak kelihatan. Alif semakin takut dan teringat akan ibu bapanya. Akhirnya Alif teringat pesan penceramah ketika kursus haji supaya segera bertaubat jika ditimpa musibah. Alif segera berdoa dan bertaubat atas dosanya dan berazam menunaikan ibadah haji dengan penuh keikhlasan.

Setelah itu Alif ternampak sebuah van. Tanpa diduga, rupa-rupanya van tersebut ialah van kepunyaan Tabung Haji. Alif bersyukur kerana terselamat. Esok merupakan hari wukuf.

Page 2: Web viewAlif segera berdoa dan bertaubat atas dosanya dan berazam menunaikan ibadah haji dengan penuh keikhlasan. Setelah itu Alif ternampak sebuah van

2

Tema:

Keinsafan manusia setelah ditimpa musibah.

Contoh: Alif yang ingkar akan pesanan ayahnya supaya solat di masjid, telah berniaga tanpa pengetahuan mereka. Dia telah ditangkap oleh polis Arab dan berjaya melarikan diri. Kejadian Alif tersesat dan cedera telah menginsafkan dirinya.

Persoalan:

1. Tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anaknya.Contoh: Ibu bapa Alif berharap agar Alif menjadi anak yang soleh telah mendorong mereka membawa Alif menunaikan haji.

2. Kepentingan nilai keikhlasan ketika menunaikan sesuatu ibadah.Contoh: Alif yang tidak ikhlas ketika menunaikan haji telah mendapat pengajaran apabila ditimpa musibah ditangkap oleh polis dan tersesat ketika melarikan diri.

3. Kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya.Contoh: Ibu bapa Alif tidak mahu meninggalkan anaknya ketika pergi menunaikan haji kerana bimbang keadaan dan sikap negatif anaknya Alif.

4. Kepentingan doa ketika ditimpa musibahContoh: Alif yang tersesat dan keletihan setelah melarikan diri daripada polis, telah memohon keampunan dan taubat daripada Allah. Akhirnya Alif selamat daripada musibah itu.