Web viewAyat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek...

10
55 BAB 8 RAGAM AYAT Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang menekankan subjek sebagai pelaku. Pada umumnya, ayat aktif terbahagi kepada: (i) Ayat aktif transitif menggunakan kata kerja transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksud ayat. (ii) Ayat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat. Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif. Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya. Ayat pasif dikategorikan kepada tiga: (i) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. (ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga (iii) Ayat pasif yang lain ( kata kena, imbuhan ter-, ber, dan ke-…..an ) 8.1 Kesalahan Lazim 8.1.1 Ayat Aktif Transitif Salah Betul Petikan membincangkan tentang kesan pencemaran alam sekitar. Petikan membincangkan kesan pencemaran alam sekitar. Alina mengenang kembali kisah silam. Alina mengenang kisah silam kembali. Ayah menasihati abang supaya tidak mengulangi lagi kesilapannya. Ayah menasihati abang supaya tidak mengulangi kesilapannya lagi. Bahagian Dua: Ayat

Transcript of Web viewAyat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek...

Page 1: Web viewAyat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ... Hadiah itu belum dituntut ... Wang itu hendaklah

55

BAB 8RAGAM AYAT

Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang menekankan

subjek sebagai pelaku. Pada umumnya, ayat aktif terbahagi kepada:

(i) Ayat aktif transitif menggunakan kata kerja transitif yang memerlukan objek

untuk melengkapkan maksud ayat.

(ii) Ayat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak

memerlukan objek selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat.

Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif. Ayat pasif ialah ayat yang menekankan

objek dan perbuatannya. Ayat pasif dikategorikan kepada tiga:

(i) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri

kedua.

(ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga

(iii) Ayat pasif yang lain ( kata kena, imbuhan ter-, ber, dan ke-…..an )

8.1 Kesalahan Lazim

8.1.1 Ayat Aktif Transitif

Salah BetulPetikan membincangkan tentang kesan pencemaran alam sekitar.

Petikan membincangkan kesan pencemaran alam sekitar.

Alina mengenang kembali kisah silam. Alina mengenang kisah silam kembali.Ayah menasihati abang supaya tidak mengulangi lagi kesilapannya.

Ayah menasihati abang supaya tidak mengulangi kesilapannya lagi.

8.1.2 Ayat Aktif Tak Transitif

Salah BetulBas ekspres itu menuju Kuala Lumpur. Bas ekspres itu menuju ke Kuala

Lumpur.Budak yang bermasalah itu berjumpa guru kaunseling.

Budak yang bermasalah itu berjumpa dengan guru kaunseling.

Kamu mesti hormat guru. Kamu mesti hormat akan guru.

Bahagian Dua: Ayat

Page 2: Web viewAyat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ... Hadiah itu belum dituntut ... Wang itu hendaklah

56

8.1.3 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kata Ganti Nama Diri Kedua

Salah BetulBuku itu dibaca oleh saya. Buku itu saya baca.Kerja rumah itu mesti disiapkan oleh awak

Kerja rumah itu mesti awak siapkan.

Kebun di belakang sekolah diusahakan oleh kami.

Kebun di belakang sekolah kami usahakan.

Peraturan sekolah wajar dipatuhi oleh kalian.

Peraturan sekolah wajar kalian patuhi.

8.1.4 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Salah BetulTrofi itu Ashraf menangi. Trofi itu dimenangi oleh Ashraf.Hadiah itu belum mereka tuntut. Hadiah itu belum dituntut oleh mereka.Rumput itu kerbau ragut. Rumput itu diragut oleh kerbau.

8.1.5 Ayat pasif yang lain ( kata kena, imbuhan ter-, ber- dan ke-…..-an )(i) Bangunan itu terbina dalam masa dua tahun.

(ii) Telefon bimbitnya kena curi.

(iii) Pakaian di ampaian belum berangkat.

(iv) Rumah Mawi kemasukan pencuri.

8.2 Rumus

8.2.1 Ayat Aktif Transitif

SUBJEK PREDIKATKata Kerja Transitif Objek (Keterangan)

Mereka menghadiri kursus.Mereka menghadiri kursus di Pulau Pangkor.

Rumus ayat: Subjek + KKT + Objek + Keterangan

8.2.2 Ayat Aktif Tak Transitif

SUBJEKPREDIKAT

Kata Kerja Tak Transitif (Keterangan)

Adik menangis.Adik menangis dengan kuat.Rumus ayat: Subjek +KKTT+ Keterangan

Bahagian Dua: Ayat

Page 3: Web viewAyat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ... Hadiah itu belum dituntut ... Wang itu hendaklah

57

8.2.3 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kata Ganti Nama Diri Kedua

Rumus ayat aktif: Subjek + (Kata bantu) + KKT +Objek

Contoh ayat: Saya telah membaca buku itu.

(S) (Kata bantu) (KKT) ( Objek)

Rumus ayat pasif: Objek + Subjek + Kata kerja dasar + (Keterangan)

Contoh ayat: Buku itu telah saya baca.

(Objek) (kata bantu) (S) (kata kerja dasar)

8.2.4 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Rumus ayat aktif: Subjek + KKT +Objek +( Keterangan)

Contoh ayat: Bapa memandu kereta baharu ke Kuala Lumpur.

( S) (KKT) (Objek) (Keterangan)

Rumus ayat pasif: Objek + KK Imbuhan di-+ oleh + Subjek+(Keterangan)

Contoh ayat: Kereta baharu dipandu oleh bapa ke Kuala Lumpur.

( Objek) (KK Imbuhan di- ) ( S ) (Keterangan )

Bahagian Dua: Ayat

Page 4: Web viewAyat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ... Hadiah itu belum dituntut ... Wang itu hendaklah

58

8.3 Latihan Pengukuhan8.3.1 Ayat Aktif Transitif →Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Isi tempat kosong dengan ayat yang betul.

Bil.

Ayat Aktif Transitif Ayat Pasif diri pertama dan kedua

1 Kami mendaki Gunung Kinabalu.

2 Saya menyertai Perkhemahan Kadet Bomba.

3 Kamu mesti menyiapkan kerja rumah itu.4 Anda hendaklah mematuhi arahan

ketua.5 Saya dan Ai Lee membuat kek itu.6 Tugas itu telah kalian laksanakan

dengan baik.7 Hati ibu telah kausakiti.8 Persembahan terbaik akan kami

berikan.9 Titah baginda telah hamba sampaikan.10 Laksamana akan beta titahkan

meminangkan Puteri Gunung Ledang.

8.3.2 Ayat Aktif Transitif →Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri KetigaIsi tempat kosong dengan ayat yang betul.

Bil.

Ayat Aktif Transitif Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1 Para remaja menjalani Program Latihan Khidmat Negara.

2 Tentera memantau keselamatan di kawasan pedalaman.

3 Dia membantu ibu memasak hidangan tengah hari.

4 Beliau menerima pingat kebesaran daripada Yang Di-Pertuan Agong.

5 Encik Yusuf membawa pesakit itu ke klinik.

6 Perabot jati dibeli oleh bapa saya.7 Drama Sehangat Asmara dibintangi oleh

Adi Putra dan Rita Rudaini.8 Kumpulan artis Korea amat diminati oleh

golongan remaja di negara ini.9 Seekor kambing dibaham oleh harimau.10 Mangsa digigit oleh nyamuk aedes pada

waktu pagi dan senja.

Bahagian Dua: Ayat

Page 5: Web viewAyat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ... Hadiah itu belum dituntut ... Wang itu hendaklah

59

8.3.3 Tandakan Ayat Pasif yang Betul (√) dan Ayat Yang Salah (X)

Bil Ayat √ / x

1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan di semua sekolah.

2 Buku baharu itu telah mereka baca.

3 Subjek itu saya belum kuasai.

4 Cerita itu tidak kami fahami.

5 Wang itu hendaklah dibelanjakan oleh kamu dengan berhemat.

8.3.4 Nyatakan Sama Ada Ayat-Ayat Berikut Ayat Aktif Transitif atau Ayat Aktif Tak Transitif

Bil Ayat Ayat aktif Transitif/Ayat Aktif Tak Transitif

1 Murid-murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun.2 Bayi itu tidur dengan nyenyak.3 Maria menyalin resipi ayam masak merah dari

Internet.4 Kereta api itu menghala ke Gua Musang.5 Ayah tidur berbantalkan lengan.

Bahagian Dua: Ayat

Page 6: Web viewAyat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ... Hadiah itu belum dituntut ... Wang itu hendaklah

60

8.4 SKEMA JAWAPAN

Ayat Aktif Transitif →Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua

Bil.

Ayat Aktif Transitif Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua

1 Kami mendaki Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu kami daki.2 Saya menyertai Perkhemahan Kadet

Bomba.Perkhemahan Kadet Bomba saya sertai.

3 Kamu mesti menyiapkan kerja rumah itu. Kerja rumah itu mesti kamu siapkan.4 Anda hendaklah mematuhi arahan

ketua.Arahan ketua hendaklah anda patuhi.

5 Saya dan Ai Lee membuat kek itu. Kek itu saya dan Ai Lee buat.6 Kalian telah melaksanakan tugas itu

dengan baik.Tugas itu telah kalian laksanakan dengan baik.

7 Engkau telah menyakiti hati ibu. Hati ibu telah kausakiti.8 Kita akan memberikan persembahan

terbaik.Persembahan terbaik akan kami berikan.

9 Hamba telah menyampaikan titah baginda.

Titah baginda telah hamba sampaikan.

10 Beta akan menitahkan Laksamana meminang Puteri Gunung Ledang.

Laksamana akan beta titahkan meminangkan Puteri Gunung Ledang.

Ayat Aktif Transitif →Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Bil. Ayat Aktif Transitif Ayat Pasif kata ganti diri diri ketiga 1 Para remaja menjalani Program Latihan

Khidmat Negara.Program Latihan Khidmat Negara dijalani oleh para remaja.

2 Tentera memantau keselamatan di kawasan pedalaman.

Keselamatan dipantau oleh tentera di kawasan pedalaman.

3 Dia membantu ibu memasak hidangan tengah hari.

Ibu dibantu olehnya memasak hidangan tengah hari.

4 Beliau menerima pingat kebesaran daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Pingat kebesaran diterima oleh beliau daripada Yang Di-Pertuan Agong.

5 Encik Yusuf membawa pesakit itu ke klinik.

Pesakit itu dibawa oleh Encik Yusuf ke klinik.

6 Bapa saya membeli perabot jati. Perabot jati dibeli oleh bapa saya.7 Adi Putra dan Rita Rudaini membintangi

drama Sehangat Asmara.Drama Sehangat Asmara dibintangi oleh Adi Putra dan Rita Rudaini.

8 Golongan remaja di negara ini amat meminati kumpulan artis Korea.

Kumpulan artis Korea amat diminati oleh golongan remaja di negara ini.

9 Harimau membaham seekor kambing. Seekor kambing dibaham oleh harimau.

10 Nyamuk aedes menggigit mangsa pada waktu pagi dan senja.

Mangsa digigit oleh nyamuk aedes pada waktu pagi dan senja.

Bahagian Dua: Ayat

Page 7: Web viewAyat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ... Hadiah itu belum dituntut ... Wang itu hendaklah

61

Ayat Pasif

Bil Ayat √ / x

1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan di semua sekolah. x2 Buku baharu itu telah mereka baca. x3 Subjek itu saya belum kuasai. x4 Cerita itu tidak kami fahami. √ 5 Wang itu hendaklah dibelanjakan oleh kamu dengan berhemat. x

Ayat Aktif Transitif Atau Ayat Aktif Tak Transitif

Bil Ayat Ayat aktif Transitif/Ayat Aktif Tak Transitif

1 Murid-murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun. Ayat aktif Transitif2 Bayi itu tidur dengan nyenyak. Ayat Aktif Tak Transitif3 Maria menyalin resipi ayam masak merah daripada

Internet.Ayat Aktif Transitif

4 Kereta api itu menghala ke Gua Musang. Ayat Aktif Tak Transitif5 Ayah tidur berbantalkan lengan. Ayat Aktif Tak Transitif

Bahagian Dua: Ayat