Web viewBAHASA MELAYU. TAHUN 9. ... 2.ISI. Pelajar perlu menulis satu isi untuk satu perenggan...
-
Upload
trinhhuong -
Category
Documents
-
view
237 -
download
8
Transcript of Web viewBAHASA MELAYU. TAHUN 9. ... 2.ISI. Pelajar perlu menulis satu isi untuk satu perenggan...
SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA
BAHASA MELAYU
TAHUN 9
TEKNIK MENULIS KARANGAN
Karangan terbahagi kepada dua jenis utama iaitu:
1. Karangan berformat
Karangan yang mempunyai bentuk-bentuk khusus yang perlu diikuti oleh pelajar
2. Karangan tidak berformat.
Karangan yang mempunyai bentuk-bentuk yang tertentu yang bersifat umum yang mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
STRATEGI MENJAWAB SOALAN KARANGAN JENIS BERFORMAT.
Untuk menulis karangan yang cemerlang, sekurang-kurangnya terdapat lima langkah yang perlu diikuti.
TEKNIK MENULIS KARANGAN
Dalam menulis karangan, haruslah ada tiga bahagian utama iaitu:
1. PENGENALAN
amat penting untuk menggambarkan isi karangan yang ditulis
Pendahuluan karangan yang baik perlu mempunyai kaitan yang rapat dengan tajuk karangan.
dapat memperkenal tajuk yang dibincangkan secara jelas tanpa mencampurkan dengan isi-isi karangan.
Perkara penting dalam membina perenggan pengenalak atau pendahuluan:
Terus kepada tajuk yang dikemukakan
Tidak memasukkan isi
Tidak melebihi satu perenggan
Isu yang dikemukakan mesti tepat dan berkaitan dengan keadaan semasa
Dalam empat atau lima ayat
Kemukan pendapat umum tentang soalan yang dikemukakan
2.ISI
Pelajar perlu menulis satu isi untuk satu perenggan sahaja (berdasarkan isi utama dalam rangka karangan yang telah dibuat)
perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat ayat dalam setiap perenggan seperti yang di bawah ini:
1. Ayat judul/isi utama ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab persoalan karangan
2. Ayat huraian huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukakan. Ayat ini bertujuan memberi penjelasan tentang perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama
3. Ayat bukti/contoh ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan yang bertujuan untuk menguatkan huraian isi.
4. Ayat penegas - ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti tegasnya, oleh itu, sehubungan itu dan sebagainya
3. PENUTUP
1. MEMBACA DAN MEMILIH SOALAN
Apabila menerima kertas soalan, pelajar dikehendaki membaca arahan dan semua soalan dengan teliti. Kemudian, pelajar hendaklah memilih satu soalan ayat tajuk yang benar-benar dikuasai dan difahami oleh pelajar.
2. MENGENAL PASTI KATA KUNCI DAN KEHENDAK SOALAN
Setiap soalan mengandungi kata kunci tertentu seperti bincangkan, gambarkan, cadangkan, andaikan, ceritakan, huraikan, terangkan, bahaskan, nyatakan, jelaskan dan sebagainya.
3. MEMBUAT RANGKA KARANGAN
Tujuan menyediakan rangka karangan adalah supaya pelajar tidak kekurangan isi semasa menulis karangan dan agar karangan lebih tersusun, kemas dan tidak terpesong. Untuk menyediakan rangka karangan, pelajar hendaklah mengetahui perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan.
4. MENULIS KARANGAN
Selesai menyediakan rangka, pelajar dikehendaki menulis karangan sepenuhnya berdasarkan rangka karangan yang telah disediakan. Karangan yang dibuat hendaklah merangkumi perenggan pengenalan,isi dan penutup.
5. MENYUNTING ATAU MENYEMAK KARANGAN
Peringkat yang terakhir ialah menyemak karangan. Perkara yang perlu disemak ialah isi-isi penting, aspek bahasa seperti ejaan, tanda baca, tatabahasa dan jumlah perkataan. Oleh itu, jika berlaku kesalahan pelajar boleh membetulkannya.
PENGENALAN
ISI
PENUTUP
KESIMPULAN
Ayat ini boleh dimulakan dengan penanda wacana kesimpulan, rumusan, sebagai rumusan, secara keseluruhan, sebagai kesimpulan.
PENDIRIAN
tentang tajuk yang dikemukakan.
SARANAN/CADANGAN
mencadangkan sesuatu tindakan hasil daripada persoalan karangan. Ayat ini boleh dimulakan dengan penanda wacana oleh yang demikian, oleh itu, dalam hal itu
ditulis hendaklah bersifat umum dan padat
KARANGAN BERFORMAT
Laporan
KARANGAN TIDAK BERFORMAT
Penceritaan
Surat kiriman rasmi
Surat kiriman tidak rasmi
Syarahan
Ceramah
Wawancara
Berita
Skrip/drama
Ucapan
Perbahasan
Forum
Catatan harian/diari
Perbincangan
Gambaran
Fakta
Peribahasa
Penerangan
Rencana
Pendapat
Autobiografi