Web [email protected]. ... model secara serius bermula sewaktu melihat keasyikan seorang...

3
Model rumah abadikan seni bina tradisional Oleh Bennie Zie Fauzi [email protected] Ahmad Buhairi rasa bertanggungjawab menghidupkan warisan lama walaupun hanya replika RUMAH tradisional Melayu mungkin akan tinggal nama jika tiada inisiatif membawanya ke khalayak umum. Pendamkan dulu hasrat memperkenalkannya ke persada antarabangsa sebaliknya lipat gandakan usaha menyemai perasaan cinta, menghargai seterusnya menghayati keindahan seni binanya itu terutama di kalangan generasi muda. Kesedaran dan tanggungjawab menghidupkan warisan lama ini memberi ilham pemilik Uneed Craft, Ahmad Buhairi Wahab tampil dengan perhiasan rumah model kediaman tradisional tiga dimensi. Bertunjangkan bakat dan kreativiti, Buhairi berjaya menghasilkan 13 jenis rumah tradisional yang mewakili setiap negeri. Minat menghasilkan model dan replika rumah ini kata Buhairi timbul melalui pemerhatian, pengamatan dan pembacaan selain sedikit penyelidikan bagi memastikan penghasilan karya bermutu, hidup dan menyerupai kediaman asli. Saya menyanjungi warisan seni bina lama dan tidak mahu ia berkubur,

Transcript of Web [email protected]. ... model secara serius bermula sewaktu melihat keasyikan seorang...

Page 1: Web viewbennie@bharian.com.my. ... model secara serius bermula sewaktu melihat keasyikan seorang rakan menyempurnakan model mini bangunan untuk salah satu projek

Model rumah abadikan seni bina tradisionalOleh Bennie Zie [email protected]

Ahmad Buhairi rasa bertanggungjawab menghidupkan warisan lama walaupun hanya replika

RUMAH tradisional Melayu mungkin akan tinggal nama jika tiada inisiatif membawanya ke khalayak umum. Pendamkan dulu hasrat memperkenalkannya ke persada antarabangsa sebaliknya lipat gandakan usaha menyemai perasaan cinta, menghargai seterusnya menghayati keindahan seni binanya itu terutama di kalangan generasi muda.

Kesedaran dan tanggungjawab menghidupkan warisan lama ini memberi ilham pemilik Uneed Craft, Ahmad Buhairi Wahab tampil dengan perhiasan rumah model kediaman tradisional tiga dimensi. Bertunjangkan bakat dan kreativiti, Buhairi berjaya menghasilkan 13 jenis rumah tradisional yang mewakili setiap negeri.

Minat menghasilkan model dan replika rumah ini kata Buhairi timbul melalui pemerhatian, pengamatan dan pembacaan selain sedikit penyelidikan bagi memastikan penghasilan karya bermutu, hidup dan menyerupai kediaman asli.

“Saya menyanjungi warisan seni bina lama dan tidak mahu ia berkubur, Bagi saya, rumah yang diilhamkan nenek moyang sangat unik seni binanya, praktikal serta halus dan berseni

Page 2: Web viewbennie@bharian.com.my. ... model secara serius bermula sewaktu melihat keasyikan seorang rakan menyempurnakan model mini bangunan untuk salah satu projek

mutu buatan,” katanya yang mengaku kebanyakan model dihasilkan dipengaruhi reka bentuk rumah kampung yang pernah dilihat ketika kanak-kanak.

Beliau juga banyak membaca hikayat dan buku lama bagi mengetahui ciri dan mendapatkan gambaran jelas kediaman berkenaan.

Rumah tradisional Pulau Pinang (kiri) dan Rumah Perak kaya ukiran dan bertiang tinggi.

Meskipun, melukis bakat semula jadi, Buhairi tidak pernah terfikir memperkembangkan kemahirannya itu melainkan berkarya secara suka-suka di atas kertas. Minat menyiapkan tempahan replika dan model secara serius bermula sewaktu melihat keasyikan seorang rakan menyempurnakan model mini bangunan untuk salah satu projek syarikatnya.

Dell XPSTM M1530 - With RM700 Instant Cash Redemption!

“Saya suka melukis rumah tradisional namun mula perasan, lukisan atas kertas mendatar dan tidak menarik. Pada masa sama, saya suka memerhatikan kawan menyiapkan model bangunannya. Dari situ, ilham ‘membina’ rumah tiga dimensi muncul yang dimulakan dengan bahagian depan rumah sebelum dilengkapi lakaran rangka sisi dan dalamnya,” katanya.

Bagi lukisan latar belakang pemandangan desa, warna air digunakan kerana memberi impak lembut selain dilihat lebih hidup. Manakala, reka bentuk rumah dizahirkan menerusi tiga cetakan lukisan yang dipotong sebelum dicantumkan kemudiannya.

“Lazimnya, saya menyediakan tiga keping lukisan rumah bergantung tahap kerumitan dan perincian seni binanya. Lebih dari tiga lukisan diperlukan jika rumah yang ingin disiapkan mempunyai reka bentuk kompleks dan mencabar,” katanya yang menggunakan kertas bod bagi reka bentuk model manakala untuk rangka penyambung sisi dengan bahagian dalaman, gentian digunakan kerana menawarkan reka bentuk kemas dan bermutu.

Page 3: Web viewbennie@bharian.com.my. ... model secara serius bermula sewaktu melihat keasyikan seorang rakan menyempurnakan model mini bangunan untuk salah satu projek

Buhairi berkata, kekuatan sesebuah model terletak pada ciri konsisten. Justeru, bagi menghasilkan model berkualiti tinggi, dia menetapkan tidak lebih lima unit model ukuran kecil dan seunit model ukuran besar disiapkan sehari.

“Jumlah yang disasarkan ini adalah cara saya mengekal dan memelihara kualiti produk dikeluarkan. Bagi saya, jumlah ini sudah elok dan jika saya melanggar juga bilangan ditetapkan, selain akan jemu, saya jamin tumpuan yang patut diberikan juga bakal hilang,” katanya.

Kepuasan berkarya kata Buhairi menjelma dalam pelbagai cara dan bentuk. Antara pengalaman paling payah dilupakan ialah kedainya dikunjungi seorang lelaki yang mendakwa terkenangkan rumah pusakanya.

“Lelaki itu memuji model rumah tradisional yang saya usahakan ini bernilai sentimental dan mengundang syahdu. Melihat deretan pelbagai jenis rumah kampung dalam bingkai, dia menjadi sayu kerana terkenangkan rumah tinggalan keluarga yang terpaksa dikorbankan demi pembangunan,” katanya yang meletakkan harga RM30 ke atas bagi sebuah model rumah bergantung ukuran serta halus dan rumit cara pembuatannya.

Selain model siap direka, Buhairi sedia menerima tempahan khas bagi pelanggan yang ingin mengabadikan rumah mereka sebagai sebahagian hiasan rumah.

“Mereka yang ingin berbuat demikian, boleh membawa gambar rumah untuk saya mendapatkan gambaran terperinci seterusnya menterjemahkan seni bina rumah berkenaan dalam bentuk model. Gambar berkenaan juga diperlukan untuk lukisan pemandangan latar belakang,” katanya.

Cetak artik