Web viewCerpen: Syawal di Rumah ... Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik . ......

8
Cerpen: Syawal di Rumah Baru Abang Oleh Nor Hidayah Asari 2010/09/18 SYAWAL hari ini ditemani hujan lebat sejak awal pagi. Suasana jadi muram, sunyi dan basah. Sejak pulang dari solat sunat Aidilfitri di masjid tadi, adik terus berkurung dalam bilik. Adik rasa terbeban dengan perasaan sedih dan rindu mengenangkan abang. Abang belum lagi sampai ke kampung. Agaknya abang memang tidak mahu berhari raya dengan keluarga. Abang sudah jauh berubah sejak memiliki perhiasan indah yang menjadi lambang kebanggaan di rumahnya itu. Hubungan adik dan abang umpama ada benteng pemisah. Kalau bertemu pun bahasanya adalah kelu dan bisu. Adik tahu perhiasan kaca warna putih mutiara berbentuk hati itu mahal harganya, jadi wajarlah kalau abang terlalu menjaga perhiasan itu hingga abang semakin jauh dari adik dan keluarga. Sejak memiliki perhiasan itu abang juga jarang-jarang sekali pulang ke kampung. Kalau pulang ke kampung pun hanya satu malam. Sampai di kampung jam 11 atau 12 tengah malam dan keesokannya sebelum tengahari, abang sudah mahu berangkat pergi. Itulah jadual abang setiap kali pulang ke kampung. Manalah sempat adik dan abang bercerita, bergurau senda dan ketawa riang seperti dahulu. Adik dengar bunyi hon kereta seraya derap langkah kaki di luar bilik . Adik rasa berdebar! Adik! Abang dah sampai! jerit emak terburu-buru. Adik rasa serba salah untuk keluar. Adik teringat kembali peristiwa bulan Ramadan yang lalu. Perhiasan kesayangan abang jatuh dan pecah. Abang luka terkena serpihan kaca dari perhiasan itu. Luka itu dalam. Betul-betul di dada. Abang terlantar sakit. Emak dan abah pujuk adik supaya menjaga abang di bandar. Emak dan abah beranggapan inilah peluang adik dan abang dapat memperbaiki hubungan yang telah lama renggang. Tambahan pula dalam bulan Ramadan, tentu ada banyak keberkatan dan hikmahnya. Walau berat hati, adik setuju juga ke rumah abang. Bagi adik, kesihatan abang lebih penting. Hampir dua minggu adik luangkan masa untuk membantu abang. Adik ikhlas dan rela hati merawat luka abang. Setiap hari adik bertahajut, menyedekahkan surah Yasin dan berdoa tidak putus agar abang kembali sihat. Dik, abang dah tak tahan nak jaga perhiasan kaca ini. Diletak di tempat yang baik pun masih juga mahu melukai abang. Abang fikir, abang nak cari perhiasan kaca baru , rintih abang pada suatu hari ketika adik masih di rumah abang. Kasihan sungguh dengan keadaan abang. Tapi tak patut juga abang terus biarkan perhiasan kaca itu begitu sahaja. Kalaupun perhiasan itu telah melukai abang, abang juga ada salahnya. Abang terlalu manjakan perhiasan itu dan bila abang dah bosan, abang cuba cari perhiasan baru pula. Lebih

Transcript of Web viewCerpen: Syawal di Rumah ... Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik . ......

Page 1: Web viewCerpen: Syawal di Rumah ... Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik . ... “Jemputlah datang ke rumah baru kami pada Hari Raya ke lima nanti

Cerpen: Syawal di Rumah Baru AbangOleh Nor Hidayah Asari

2010/09/18SYAWAL hari ini ditemani hujan lebat sejak awal pagi. Suasana jadi muram, sunyi dan basah. Sejak pulang dari solat sunat Aidilfitri di masjid tadi, adik terus berkurung dalam bilik. Adik rasa terbeban dengan perasaan sedih dan rindu mengenangkan abang. Abang belum lagi sampai ke kampung. Agaknya abang memang tidak mahu berhari raya dengan keluarga. Abang sudah jauh berubah sejak memiliki perhiasan indah yang menjadi lambang kebanggaan di rumahnya itu.

Hubungan adik dan abang umpama ada benteng pemisah. Kalau bertemu pun bahasanya adalah kelu dan bisu. Adik tahu perhiasan kaca warna putih mutiara berbentuk hati itu mahal harganya, jadi wajarlah kalau abang terlalu menjaga perhiasan itu hingga abang semakin jauh dari adik dan keluarga. Sejak memiliki perhiasan itu abang juga jarang-jarang sekali pulang ke kampung. Kalau pulang ke kampung pun hanya satu malam. Sampai di kampung jam 11 atau 12 tengah malam dan keesokannya sebelum tengahari, abang sudah mahu berangkat pergi. Itulah jadual abang setiap kali pulang ke kampung. Manalah sempat adik dan abang bercerita, bergurau senda dan ketawa riang seperti dahulu. Adik dengar bunyi hon kereta seraya derap langkah kaki di luar bilik . Adik rasa berdebar! “Adik! Abang dah sampai!” jerit emak terburu-buru. Adik rasa serba salah untuk keluar. Adik teringat kembali peristiwa bulan Ramadan yang lalu. Perhiasan kesayangan abang jatuh dan pecah. Abang luka terkena serpihan kaca dari perhiasan itu. Luka itu dalam. Betul-betul di dada. Abang terlantar sakit. Emak dan abah pujuk adik supaya menjaga abang di bandar. Emak dan abah beranggapan inilah peluang adik dan abang dapat memperbaiki hubungan yang telah lama renggang. Tambahan pula dalam bulan Ramadan, tentu ada banyak keberkatan dan hikmahnya. Walau berat hati, adik setuju juga ke rumah abang. Bagi adik, kesihatan abang lebih penting. Hampir dua minggu adik luangkan masa untuk membantu abang. Adik ikhlas dan rela hati merawat luka abang. Setiap hari adik bertahajut, menyedekahkan surah Yasin dan berdoa tidak putus agar abang kembali sihat.

“Dik, abang dah tak tahan nak jaga perhiasan kaca ini. Diletak di tempat yang baik pun masih juga mahu melukai abang. Abang fikir, abang nak cari perhiasan kaca baru ,” rintih abang pada suatu hari ketika adik masih di rumah abang. Kasihan sungguh dengan keadaan abang. Tapi tak patut juga abang terus biarkan perhiasan kaca itu begitu sahaja. Kalaupun perhiasan itu telah melukai abang, abang juga ada salahnya. Abang terlalu manjakan perhiasan itu dan bila abang dah bosan, abang cuba cari perhiasan baru pula. Lebih baik abang jaga sahaja perhiasan kaca yang lama itu, lagipun belum tentu perhiasan kaca yang baru nanti tidak akan melukai Abang . Adik nasihatkan abang agar sabar dan beri masa

Page 2: Web viewCerpen: Syawal di Rumah ... Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik . ... “Jemputlah datang ke rumah baru kami pada Hari Raya ke lima nanti

luka abang pulih dalu, barulah abang buat keputusan. Malah, adik berikan abang semangat agar terus jaga perhiasan itu dengan baik.

Diam-diam adik perbaiki perhiasan itu adik cantumkan semula perhiasan itu. Dari kepingan pertama yang pecah hinggalah sempurna bentuknya. Sementara itu, luka abang pun beransur pulih. Sebagai kejutan, adik tunjukkan perhiasan kaca yang adik perbaiki itu. Abang nampak ceria. Abang tak sangka perhiasan itu kembali elok. Namun, sewaktu leka membelek perhiasan kaca itu, tiba-tiba jari Abang berdarah. “Abang ni cepat sangat leka. Kalau abang tidak berhati-hati, abang akan sentiasa terluka. Kalau begini, sampai bila-bila pun abang tidak akan dapat perhiasan yang baik! ” Itu kata-kata adik yang paling keras pernah adik berikan kepada abang. Niat adik waktu itu hanyalah untuk menyedarkan abang tapi abang salah faham. Abang marah. Abang terus halau adik balik ke kampung. Adik cium tangan abang, berkali-kali minta maaf.

“Adik dah musnahkan kebahagiaan Abang! Kalau betul Adik dah baiki perhiasan kaca ini, kenapa masih ada yang sompek. Tengok ni, jari abang dah berdarah. Adik memang sengaja nak lukakan abang.”

Adik terduduk mendengar. Hinanya adik pada pandangan abang. Apa salah adik? Setelah perhiasan itu kembali tercantum elok, abang buang adik pula. Takkanlah kerana sompek yang sedikit itu pun salah adik. Memang perhiasan itu sudah rosak. Walhal, abang sakit pun kerana perhiasan itu juga. Abang, abang .... Kalaulah adik mahu rosakkan perhiasan itu, sejak hari pertama abang sakit, sudah adik buang perhiasan itu. Mana mungkin adik rela mencantumkan semula perhiasan yang sudah retak? Adik paut kedua kaki abang. Adik minta abang tarik semula kata-kata abang. Abang diam sahaja kemudian abang tolak tangan adik . Waktu itu, adik tahu abang memang tidak perlukan adik lagi.

Kenapa abang buta menilai keikhlasan adik? Kenapa abang tak usul periksa? Kenapa abang biarkan parut luka abang ditinggalkan pedihnya pada adik pula? Akhirnya, adik patah hati dan pulang ke kampung dengan rasa kecewa. Adik kuncikan mulut daripada menceritakan apa yang berlaku di rumah abang kepada emak dan abah. Emak abah fikir hubungan adik dan abang sudah pulih. Kalau betul memang salah adik, biarlah adik seorang saja yang tanggung. Adik tidak mahu libatkan emak dan abah. Hinggalah hari ini , akhirnya abang pulang untuk berhari raya. Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik .

“Adik ...” panggil Emak. Adik terkejut. Ingatkan abang yang datang ke bilik adik. Mata emak berair, nafas emak terhenjut-henjut. Abah ada bersama emak. Adik terpinga-pinga.

“Adik, dah lama abang sekeluarga di luar tu. Kenapa tak keluar-keluar lagi?” tanya abah sayu. Air mata abah juga bergenangan. Adik serba salah. Kenapa ni? Adik gugup untuk bersuara.

Page 3: Web viewCerpen: Syawal di Rumah ... Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik . ... “Jemputlah datang ke rumah baru kami pada Hari Raya ke lima nanti

“Keluarlah dik. Janganlah macam ni. Ini kan Hari Raya. Pergilah bersalam. Jemputlah mereka masuk, ” pinta emak hiba. Adik hairan. Inikan rumah tempat abang dan adik dilahirkan. Takkanlah abang sekeluarga perlu dijemput masuk seperti tetamu asing pula.

“Rasanya abang lagi gembira kalau tak nampak muka adik,” jelas adik perlahan. “Adik? Kenapa dengan adik ni? Itukan abang adik, darah daging adik. Kenapa adik cakap begitu? Sekarang ni, abah minta adik tolonglah keluar bersalam dan jemput mereka masuk,” pinta abah sambil menarik adik keluar dari bilik. Sampai di anjung rumah, adik nampak abang berdiri di tangga dengan sebelah tangan memegang Alisya anak sulungnya dan sebelah tangan lagi mendukung Alia, anak keduanya. Hati adik hiba. Alisya yang baru berusia tiga tahun itu menangis sambil memegang botol susunya yang kosong dan Alia yang baru berusia setahun itu merengek rimas. Anak-anak itu nampak comot dan kelaparan. Abang pula kelihatan seperti orang kebingungan. Ya, Allah! Apa dah jadi dengan abang?

Kelihatan muka abang bengkak, merah dan ada kesan luka seperti dicakar dengan kuku. Baju Melayu yang dipakainya nampak comot dan bertompok basah dek hujan. Kain samping songket berbenang emas, hanya di sangkut di bahunya. Rantai butang baju Melayu abang juga sudah putus. Rambutnya kusut masai dan kasutnya berselut tanah basah. Kenapa ni? Adik bergegas turun tangga. Adik salam dan cium tangan abang dengan rasa hiba seakan terlupa peristiwa Ramadan yang lalu. “Salam Kak Seri !” perintah abang perlahan.

“Pergi nak. Pergi salam Kak Seri, cepat jemput Kak Seri masuk rumah,” pinta emak sebak. Adik pandang kereta abang yang diletakkan di pokok cempedak di halaman rumah. Nampaknya, abang sudah bertukar kereta baru.

“Kenapa Kak Seri tak mahu keluar dari kereta?” soal adik. Abang diam sahaja. “Dah puas abah, emak dan abang pujuk. Kak Seri kata, kalau Adik tak bersalam dan jemput dia masuk ke rumah, itu bermakna adik tak alu-alukan kedatangannya. Dia berkeras nak balik semula ke Kuala Lumpur,” jelas Abah. Adik beristighfar. Abang masih membisu.

Adik berfikir sejenak. Tiba-tiba abah ambil payung dan selipar adik di bawah tangga. Melihat abah begitu, segera adik berlalu pergi dengan hanya berkaki ayam sebelum sempat abah memberikan selipar dan payung itu kepada adik. Langkah adik rasa tak teratur lagi menuju ke arah kereta abang. Adik berjalan dengan langkah geram, marah, sedih dan entahlah! Air mata adik mengalir deras, sama seperti hujan yang telah membasahi tubuh adik. Abah cuba kejar adik dengan payung, tetapi adik lebih dahulu sampai ke kereta abang. Adik berhenti beberapa jengkal dari pintu kereta.

Adik nampak Kak Seri sedang duduk memaling tubuh ke arah kanan, bersebelahan kerusi

Page 4: Web viewCerpen: Syawal di Rumah ... Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik . ... “Jemputlah datang ke rumah baru kami pada Hari Raya ke lima nanti

pemandu. Kerusinya disandarkan separuh, nampaknya dia sudah lama menunggu di dalam kereta. Adik dekatkan mata adik ke tingkap kereta. Adik nampak Kak Seri sudah berubah penampilan. Dia tidak bertudung. Rambutnya yang kerinting, nampaknya sudah diluruskan dan diwarnakan dengan warna coklat muda. Baju kurung moden yang dipakainya juga berkerlipan dengan manik dan labuci, lagak seperti isteri VIP. Adik menggeleng kepala. Nampaknya semua sudah berubah baru!

Adik ketuk cermin tingkap kereta. Tiada reaksi. Adik nampak wajah adik sendiri di cermin kereta yang basah mengalir air hujan. Air mata adik dan air hujan yang mengalir di cermin kereta itu nampak sama sahaja. Adik tarik nafas kuat-kuat. Sabarlah wahai hati, pujuk adik sendiri. Adik ketuk lebih kuat lagi. Tiba-tiba abah sampai dan pegang pintu kereta untuk dibuka. Mujurlah adik cepat daripada abah. Adik terus tarik pintu kereta itu. Takkanlah adik nak biarkan abah buka pintu kereta untuk menantunya. Kak Seri masih tidak berpaling lagi. Betul-betul diberikan punggung pada Adik. Adik panggil namanya dan kemudian cuit pinggangnya, barulah Kak Seri berpaling. Subhanallah! Wajah Kak Seri bukan lagi seperti perhiasan kaca putih mutiara yang abang agung-agungkan selama ini. Inikah dia perhiasan indah yang adik cuba pulihkan Ramadan yang lalu? Wajah Kak Seri merah padam, bibirnya muncung, matanya bulat dan garang seperti mahu memakan setiap inci tubuh adik. Walau wajah Kak Seri bersolek tebal, tubuhnya berpakaian mahal, leher dan tangan berhias barang kemas, entah kenapa adik merasakan Kak Seri seperti badut. Dirinya tak seindah namanya, Seri Ayu.

Adik hulur salam. Kak Seri membalas kasar. Sekadar salam, Adik tidak mencium tangan Kak Seri. Adik rasa hilang hormat pada Kak Seri. Ya. Orang yang tidak menghormati orang tua, apalagi ibu bapa suaminya adalah manusia yang tidak patut dihormati. Marah Adik di dalam hati. Adik jemput Kak Seri naik ke rumah, setelah itu barulah Kak Seri sudi keluar dari kereta. Ironinya perangai Kak Seri, dia seorang pendidik dan mendapat kelulusan ijazah terbaik sebagai seorang guru. Di sekolah, Kak Seri mengajar anak muridnya agar bermoral dan berhemah tinggi, tetapi dirinya sendiri bukanlah contoh terbaik pada keluarga. Abah tepuk bahu adik perlahan. Berkali-kali. Seolah-olah tanda abah ucapkan terima kasih kerana telah berjaya membuatkan Kak Seri keluar dari kereta. Abah minta adik dan Kak Seri jalan berpayung sama, tetapi adik berundur ke belakang. Akhirnya abah payungkan Kak Seri seorang hingga sampai ke rumah. Sampai di anjung, abang peluk Kak Seri dan Kak Seri menangis bagai anak kecil. Hampir lima minit memujuk, barulah Kak Seri diam. Adik memerhati saja dari jauh drama indah yang Kak Seri lakonkan pada pagi Hari Raya ini. Selama ini Adik hanya menonton drama di tv atau membaca cerita tentang kisah menantu yang tidak tahu mengambil hati dan menghormati keluarga mentua, tapi hari ini adik dapat saksikan sendiri betapa hebatnya Kak Seri. Akhirnya abang sekeluarga naik juga ke rumah. Kak Seri sempat berpaling pada adik sambil menjeling tajam. Hati adik rasa panas menggelegak. Emak dan abah gamit Adik .

“Adik, naiklah nak. Hujan lagi ni, demam nanti,” pujuk emak dengan suara yang tenggelam

Page 5: Web viewCerpen: Syawal di Rumah ... Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik . ... “Jemputlah datang ke rumah baru kami pada Hari Raya ke lima nanti

timbul dek hujan. Adik angguk perlahan, tapi adik tidak naik ke rumah. Adik ambil basikal dan terus mengayuh laju. Adik berhenti di pondok bas berhampiran masjid. Adik mahu menenangkan fikiran seketika . Adik duduk berpeluk lutut. Adik menangis sepuasnya. Teringat zaman kanak-kanak dulu, bila hujan begini, dapatlah bermain air hujan dengan abang. Adik cukup suka dengan hujan. Selalunya bila hari hujan, abang akan mengajak adik ke laman rumah untuk bermain lopak. Hai, kalaulah sekarang adik dan abang masih pada zaman kanak-kanak, tentu tidak akan ada yang menangis dan berjauh hati begini. Kalau semasa kecil, merajuk macam mana sekalipun, lima minit selepas bergaduh tentu akan berpeluk dan ketawa semula.

Kenapa abang ikutkan saja ragam isterinya itu. Takkanlah kerana abang berkelulusan SPM sahaja dan Kak Seri pula memiliki Ijazah Pendidikan, lalu abang biarkan ego dan angkuh Kak Seri menguasai semua perkara. Dulu, masa mereka bertunang memanglah abang hanya bekerja sebagai Pembantu Stor kilang dan gajinya cuma lima ratus ringgit saja, tetapi sekarang abang sudah berjaya menjadi Pengurus Pemasaran. Gaji abang juga sudah melebihi Kak Seri. Takkanlah abang masih rendah diri dan biarkan perangai sombong dan angkuh Kak Seri berterusan lagi. Entah bilalah abang akan sedar! Sikap abang yang tidak tegas itu membuatkan emak, abah dan adik banyak terasa hati. Emak, abah ... fahamilah hati adik. Adik pun tak suka berlaku biadap dan tidak sopan dengan orang, terutamanya dengan keluarga sendiri, tapi adik tak tahan dengan sikap abang dan Kak Seri, rintih adik.

Timbul pula rasa bersalah di hati adik. Adik mahu mohon ampun maaf pada semua ahli keluarga. Mungkin adik yang beremosi. Adik segera kayuh basikal pulang ke rumah. Sampai saja di halaman rumah, adik nampak semua orang sedang berkumpul di anjung. Abang sudah mahu balik? Adik segera menghampiri mereka.

"Adik, abang dah nak balik. Abang tak bermalam kerana masih sibuk mengemas rumah barunya,” tutur abah seperti wakil jurucakap abang pula. Adik tersentak. Adik rasa sedih.

“Abang berpindah ke rumah baru? Kenapa?” soal adik perlahan.

“Rumah lama tu banyak sial . Tak aman, panas!” tiba-tiba Kak Seri mencelah. Lantang dan tegas. Adik tersenyum sendiri. Sial? Adik rasa macam nak ketawa kuat dan biar satu dunia dengar ketawa Adik. Perangai yang buruk, rumah pula yang disalahkan! Setahu adik rumah itu tak aman kerana abang dan Kak Seri sering bergaduh, selalu tak bersependapat dan yang menambahkan kerunsingan penghuninya adalah kerana mereka sentiasa dilanda pelbagai masalah kerana sikap Kak Seri sendiri. Adik mengeluh perlahan. Adik cium Alisya dan Alia, kemudian Adik hulur tangan pada abang, cium tangan abang. Adik ingin beritahu abang, adik sayangkan abang! Tapi Kak Seri segera tarik tangan adik. Adik sambut. Kak Seri peluk adik serta berlaga pipi seolah-olah berkucupan mesra dengan adik. Bahang panas dari tubuh Kak Seri rasanya masuk ke dalam badan adik. Sandiwara apa pula ni? Detik hati adik.

Page 6: Web viewCerpen: Syawal di Rumah ... Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik . ... “Jemputlah datang ke rumah baru kami pada Hari Raya ke lima nanti

“Jemputlah datang ke rumah baru kami pada Hari Raya ke lima nanti. Ada open house,” pelawa Kak Seri dengan lemah lembut dan senyum rahsianya. Emak dan abah nampak gembira bila Kak Seri buat begitu pada adik.

“Baguslah! Sudah berpenampilan baru, kereta baru, pindah rumah baru. Perangai je masih lama,” sindir adik. Emak cuit tangan adik. Abah memandang tajam pada adik. Muka Kak Seri berubah merah.

“Datang ye, dik. Bawa emak dan abah sekali, sampai KL telefonlah. Abang ambil di perhentian bas,” abang cuba mengalih perbualan. Hipokrit! Bentak adik. Abang sudah lupakah permintaan abang agar adik jangan ganggu abang! Jangan lagi datang ke rumah abang! Jangan sentuh lagi perhiasan abang! Tiba-tiba hujan turun lagi.

“Cepat! Cepat masuk kereta. Hujan turun lagi !” abah bersuara. Kelam kabut abang sekeluarga masuk ke dalam kereta. Adik terus masuk ke dalam rumah. Dalam hati adik, Allah saja yang tahu, luluhnya hati. Adik sangka kepulangan abang kali ini akan menjernihkan keadaan. Rupa-rupanya abang balik hanya untuk memberitahu abang sudah berpindah lagi. Abang ... abang ... aban g...! Abang dengarkah suara hati adik memanggil nama abang, sedangkan hujan begitu lebat? Tuhan itu adil, diberinya hujan agar tidak seorang pun akan mendengar rintih pilu dan tangis sendu adik. Adik mengintai dari tingkap bilik, kereta abang sudah bergerak perlahan meninggalkan kampung halaman. Ini kepulangan abang yang paling singkat. Nampaknya memang tiada ruang dan waktu lagi untuk adik bercerita tentang kenangan dulu kerana sudah tentu di rumah baru abang kali ini, perhiasan indah itu akan menjadi simbol lagi. Antara adik dan Kak Seri memang tidak serasi.

Sebaik sahaja abang pergi, abah tak tunggu lama untuk marahkan adik. Abah salahkan adik kerana lambat turun bersalam dengan Kak Seri. Abah kata adik biadap. Adik tidak pernah dimarahi begitu sekali. Tangan abah hampir-hampir saja naik ke muka adik. Mujurlah emak tenangkan abah dan kemudian barulah emak ceritakan Kak Seri mengamuk macam orang hilang akal dalam kereta tadi. Tak nak keluar dari kereta selagi adik tak turun bersalam dan sambut dia naik ke rumah. Dia marah-marahkan abang kerana tidak menegur perangai adik. Semua cerita lama diungkit kembali hinggalah masalah rumah tangga mereka pun dikatakan semuanya berpunca daripada keluarga ini. Bukan setakat itu saja, depan mata emak dan abah Kak Seri pukul abang, tampar abang, tarik rambut abang, cakar abang. Abang sedikit pun tak membalas. Di hadapan emak dan abah pun Kak Seri berani memperlakukan abang begitu. Mujurlah emak dan abah cepat ambil Alisya dan Alia. Kalau tidak entah apalah nasib anak-anak kecil itu.

Adik terdiam seketika. Teringat keadaan abang waktu mula sampai tadi. Patutlah emak dan abah sampai merayu adik turun bersalam dengan Kak Seri dan abang.

Page 7: Web viewCerpen: Syawal di Rumah ... Bunyi ketukan pintu di bilik mengejutkan lamunan adik . ... “Jemputlah datang ke rumah baru kami pada Hari Raya ke lima nanti

Lidah adik terus kelu untuk berkata-kata. Sekarang adik faham, adiklah yang harus menjaga perasaan emak dan abah. Biarlah emak dan abah tak tahu yang abang pernah menghalau adik. Biarlah adik yang dianggap bersalah, asalkan adik tidak lagi membuatkan emak dan abah sakit hati. Apa yang ada dalam fikiran adik ialah mungkin abang sembunyikan sesuatu yang lebih dahsyat pada keluarga tentang Kak Seri. Kak Seri terlalu obses dengan abang. Semua tindakan abang harus berada di bawah telunjuknya. Mungkin abang juga ada sebab tersendiri untuk berahsia.

Sungguhlah firasat adik dulu, perhiasan kesayangan abang itu bukan sebarang perhiasan. Sekarang, jelas sekali abang telah memilih perhiasan itu dengan melukakan hati kami semua. Walau adik cuba perbaiki dan tidak pernah anggap ia perhiasan itu sebagai mainan, semuanya sudah menjadi luka. Pergilah abang .... Pergilah berpindah ke mana sahaja. Bersama derai air mata adik buang rasa terkilan pergi jauh dibawa hujan. Abang ... walau adik terluka, adik akan pergi juga ke rumah baru abang. Adik akan tebalkan muka, adik akan lawan rasa malu, sedih dan marah ini. Adik akan bawa emak dan abah ke rumah baru abang kerana memang itulah tanggungjawab adik. Adik perlu menjaga hati emak dan abah agar tidak berduka kerana kita. Perlu ada salah seorang yang mengalah.

Tunggulah adik di rumah baru abang. Semoga di rumah baru abang nanti tidak akan berlaku apa-apa perkara yang mengguris hati kita semua. Adik kesat air mata yang berbaki. Abang ....

PROFIL

NOr Hidayah Asari , berasal dari Jerantut, Pahang. Lahir pada 21 Julai 1979 adalah lulusan Diploma Seni Penulisan Kreatif dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK-2003), kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Karyanya dalam genre puisi dan cerpen pernah tersiar dalam Berita Harian, Metro Ahad, Utusan Melayu Mingguan (Jawi), Mingguan Malaysia, Utusan Sarawak, Mingguan Wanita, Seri Dewi Keluarga, URTV, Wanita, Tunas Cipta, WADAH Sabah dan Ibu. Sepanjang menetap di Sabah (2005-2009), karyanya turut mendapat tempat dalam akhbar tempatan di Sabah seperti Harian Ekpres, Utusan Borneo dan New Sabah Times . Pernah memenangi anugerah Hadiah Utama dalam kategori Cerpen Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004. Kini menetap di Kuching, Sarawak.