Web view"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa." Seorang...
Transcript of Web view"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa." Seorang...
MANUSIA DIANTARA DUA TANGISAN
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang
menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta
berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat
resiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan tetes air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan
yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air
kotor diperlimpahan. Namun setetes air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata
indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka
yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta
dan kedudukan.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana
dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya
hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang
mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari
Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta
rindu akan RasulNya. "Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan
diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada
dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata
yang jatuh kerana takutkan ALLAH." Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan
seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan
mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk
selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada
Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta. Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang
menimbulkan rasa takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia
hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak
menangis dan sedikit ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku heran dan terperanjat,melihat orang
ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara
yang menyenangkan."
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak Diterima
ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita ?
Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan
ke neraka dalam keadaan menangis." Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.
Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan
menjemput duka.
Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal
ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat
buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH
: 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum
tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu,
menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah
yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi
Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya
taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu."
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan.
Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya
engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."
Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam
ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu
orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang
mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai,
bersuara keras dan marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak
bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian
kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."
Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!............