Web viewPada masa yang sama, kecemerlangan pendidikan murid ... melalui pemberian peruntukan khas...

1
PRAKATA Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan supaya penerapan nilai-nilai disiplin dan nilai-nilai murni dilaksanakan secara bersepadu, merentasi semua aktiviti di sekolah, sama ada di bilik darjah mahupun dalam aktiviti kokurikulum. Pada masa yang sama, kecemerlangan pendidikan murid di sekolah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Dasar ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan invidu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek demi menjayakan gagasan 1Malaysia. Mulai tahun 1988 melalui aspek afektif dan psikomotor, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa penglibatan murid / pelajar dalam bidang kokurikulum diberi pengiktirafan melalui satu sistem penilaian yang standard. Langkah ini diharapkan akan memberi galakan kepada murid untuk bergiat cergas dan komited dalam bidang kokurikulum melalui pemberian peruntukan khas kokurikulum kepada setiap sekolah di seluruh negara bagi menyemarakkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Zaman melangkaui, kini usaha memacu kecemerlangan murid dalam kokurikulum diteruskan dengan penggubalan Dasar MBMBI yang diperkenalkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Menteri Pelajaran mulai tahun 2009. Sejajar dengan Dasar MBMMBI itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Kurikulum Persatuan Bahasa Melayu yang boleh digunapakai secara langsung di peringkat Sekolah Menengah oleh para guru yang menjadi Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu. Pihak sekolah diharapkan dapat menjalankan aktiviti- aktiviti yang terancang yang merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti- aktiviti terancang itu dapat menyediakan peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh, dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Perencanaan aktiviti dalam Garis Panduan Kurikulum Persatuan Bahasa Melayu ini juga diharap akan dapat menjadi pencetus ke arah memartabat dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan 152. Bahasa Melayu kini

Transcript of Web viewPada masa yang sama, kecemerlangan pendidikan murid ... melalui pemberian peruntukan khas...

Page 1: Web viewPada masa yang sama, kecemerlangan pendidikan murid ... melalui pemberian peruntukan khas kokurikulum kepada setiap sekolah di seluruh negara bagi

PRAKATAKementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan supaya penerapan nilai-nilai disiplin dan nilai-nilai murni dilaksanakan secara bersepadu, merentasi semua aktiviti di sekolah, sama ada di bilik darjah mahupun dalam aktiviti kokurikulum. Pada masa yang sama, kecemerlangan pendidikan murid di sekolah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Dasar ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan invidu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek demi menjayakan gagasan 1Malaysia.

Mulai tahun 1988 melalui aspek afektif dan psikomotor, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa penglibatan murid / pelajar dalam bidang kokurikulum diberi pengiktirafan melalui satu sistem penilaian yang standard. Langkah ini diharapkan akan memberi galakan kepada murid untuk bergiat cergas dan komited dalam bidang kokurikulum melalui pemberian peruntukan khas kokurikulum kepada setiap sekolah di seluruh negara bagi menyemarakkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Zaman melangkaui, kini usaha memacu kecemerlangan murid dalam kokurikulum diteruskan dengan penggubalan Dasar MBMBI yang diperkenalkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Menteri Pelajaran mulai tahun 2009.

Sejajar dengan Dasar MBMMBI itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Kurikulum Persatuan Bahasa Melayu yang boleh digunapakai secara langsung di peringkat Sekolah Menengah oleh para guru yang menjadi Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu. Pihak sekolah diharapkan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang terancang yang merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti terancang itu dapat menyediakan peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh, dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Perencanaan aktiviti dalam Garis Panduan Kurikulum Persatuan Bahasa Melayu ini juga diharap akan dapat menjadi pencetus ke arah memartabat dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan 152. Bahasa Melayu kini sebagai satu komponen yang memberikan identiti kepada bangsa dan negara serta sebagai instrumen penting sebagai bahasa perhubungan yang dapat menyatupadukan rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Melalui penggunaan bahasa perhubungan di peringkat antarabangsa pula, penyediaan murid yang menyerlah potensi dan bakatnya mampu menumbang kea rah melahirkan rakyat berpendapatan tinggi.

Semoga Garis Panduan Kurikulum ini benar-benar dimanfaatkan dan pada masa yang sama dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan aktiviti berkaitan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan lebih tersusun.