Web viewULASAN KOMSAS 15: SINOPSIS BAB 7 - NOVEL RENYAH. Bab 7. Datuk Dolhi meneliti kertas cadangan...
Transcript of Web viewULASAN KOMSAS 15: SINOPSIS BAB 7 - NOVEL RENYAH. Bab 7. Datuk Dolhi meneliti kertas cadangan...
ULASAN KOMSAS 15: SINOPSIS BAB 7 - NOVEL RENYAH
Bab 7 Datuk Dolhi meneliti kertas cadangan yang dihantar oleh Wahi dari Tokyo tentang Kawalan
Mutu Menyentuh (KMM) dan mengarahkan Rozie untuk memaklumkannya kepada pihak
pengurusan dan pegawai-pegawai kanan. Pada dasarnya, Datuk Dolhi amat bersetuju untuk
melaksanakan cadangan Wahi itu. Rozie turut mengingatkan Datuk tentang lawatan
rombongan presiden dari negara Islam bekas Soviet. Datuk Dolhi terus melayani fikirannya
tentang anaknya, Mukhlis dan Wahi silih berganti. Datuk juga mengenang kembali faktor-
faktor kejayaan Jepun selepas kejatuhan suatu ketika dahulu. Tiba-tiba Mukhlis muncul untuk
membuat kunjungan silaturahim di pejabat Datuk sambil berbincang tentang dakwah dan
perniagaan. Sebelum meninggalkan pejabat ayahnya, Mukhlis sempat membuat pinjaman
daripada ayahnya dengan alasan untuk berdakwah ke jalan Allah, tetapi usahanya gagal.
Datuk Dolhi amat kesal dengan tindakan anaknya yang mensia-siakan usia mudanya.