Wordpress seo

download Wordpress seo

of 30

  • date post

    07-Aug-2015
  • Category

    Internet

  • view

    109
  • download

    3

Embed Size (px)

Transcript of Wordpress seo

  1. 1. Panduan Asas Wordpress SEO Langkah Demi Langkah Optimisasi SEO Untuk Laman Wordpress JurnalSEM.com Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari
  2. 2. 2009.JurnalSEM.com *Panduan Asas SEO Untuk Wordpress ini diterbitkan PERCUMA di JurnalSEM.com dibawah siri Panduan SEM JurnalSEM.com adalah laman hub yang memaparkan berita terkini dunia enjin carian, tips pemasaran melalui enjin carian (SEO dan PPC). SEM itu bermaksud Search Engine Marketing. Mengapa SEM? Secara ringkasnya, SEM adalah gabungan pemasaran yang dilakukan di enjin carian samada berbayar (Pay Per Click-PPC) atau percuma (Search Engine Optimization-SEO). Antara enjin carian yang mempunyai peratus penguasaan pasaran yang besar adalah : http://www.google.com http://search.yahoo.com http://search.msn.com http://www.ask.com *Sumber : http://jurnalsem.com/market-share-enjin-carian-mac-09/ Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari
  3. 3. Pemasaran melalui enjin carian dilihat sebagai salah satu cara pemasaran terbaik di Internet, dimana enjin carian menjadi sebagai penghubung diantara prospek (pengguna enjin carian yang membuat carian) dan juga pemilik bisnes (yang menawarkan produk/servis yang dicari oleh prospek). Samada melalui kaedah percuma (SEO) mahupun berbayar (PPC), kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. SEO lebih dilihat sebagai pemasaran jangka panjang manakala PPC sebagai pemasaran jangka pendek. Lazimnya pemasaran melalui PPC akan digunakan terlebih dahulu bagi menentukan kata kunci (keywords) yang sesuai (yang mampu membawa leads atau jualan) sebelum ia digunakan di dalam proses SEO. Setakat ini kesemua kandungan JurnalSEM ditulis oleh Amirul Faisyal, yang mempunyai pengalaman 3 tahun di dalam bidang pemasaran melalui Internet. Dan minat beliau di dalam pemasaran melalui enjin carian terutamanya berkenaan SEO (Search Engine Optimization) diterjemahkan di dalam JurnalSEM ini. Selain dari SEO, Amirul Faisyal juga akan menyelitkan artikel-artikel berupa pendapat peribadi berkenaan industri dan juga artikel yang berkait rapat dengan keusahawanan. Juga jangan lupa tambah Amirul Faisyal sebagai rakan anda di Facebook. :) Mission Statement JurnalSEM Mengembangkan industri pemasaran melalui enjin carian di Malaysia untuk pemilik- pemilik laman web perniagaan dengan memberi pendidikan dan liputan yang secukupnya berkenaan topik pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing). Follow perkembangan terkini JurnalSEM di Twitter : http://twitter.com/jurnalsem Soalan? Komen? Kritikan? Hubungi JurnalSEM di : http://jurnalsem.com/hubungi-jurnalsem/ Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari
  4. 4. Pengenalan Wordpress Sebuah CMS Yang Mesra Enjin Carian (Search Engine Friendly) Terdapat banyak CMS (Content Management Systems) yang ada di Internet, contoh yang biasa kita dengar adalah Joomla, Drupal, dan lain-lain (sila rujuk Wikipedia untuk senarai penuh). Dan setiap CMS yang ada mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saya tidak akan menghuraikan dengan lebih lanjut apa kelebihan dan kekurangan setiap CMS kerana ia sudah diluar konteks panduan ini. Namun apa yang saya mahu kongsikan dengan anda adalah, Wordpress adalah antara salah satu platform CMS yang terbaik dari segi ketidaksukaran robot/crawler enjin carian untuk membuat crawling pada kerangka (framework) mereka. Dan antara kelebihan-kelebihan 'mesra enjin carian' yang terdapat pada Wordpress adalah : 1. Fungsi URL statik melalui penggunaan permalinks; 2. Plugin-plugin tersedia untuk SEO; 3. Fungsi RSS Feeds sedia ada. Jadi jika anda menggunakan Wordpress, boleh dikatakan anda sudah tidak perlu risau samada enjin carian akan mengindeks laman web anda ataupun tidak. Kerana dengan Wordpress biasanya enjin carian tidak akan menghadapi sebarang masalah besar untuk mengindeks laman web anda pada kadar yang segera. Jadi; Wordpress = Mesra Enjin Carian Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari
  5. 5. SEO Optimisasi Laman Web Untuk Enjin Carian SEO secara mudahnya adalah satu proses optimisasi, atau proses penambahbaikan yang dibuat ke atas laman web anda, dengan tujuan untuk : 1. Mendapatkan enjin carian supaya meng-indeks kandungan laman web anda; 2. Mendapatkan ranking tertinggi di keputusan carian (SERP -Search Engine Results Page) bagi carian katakunci (keywords) tertentu. Jadi disini proses SEO ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu : 1. Optimisasi dalam laman (On-page optimization); 2. Optimisasi luar laman (Off-page optimization). Bagi proses optimisasi dalam laman, apa yang anda perlu lakukan adalah membuat penambahbaikan kepada laman web anda, seperti contoh mengemaskini coding, membina fail robots.txt, membina peta laman (sitemap), dan juga membuat internal linking (banyak lagi proses optimisasi dalam laman ini tetapi ini sekadar contoh). Dan proses-proses optimisasi ini hanya dilakukan di dalam laman web anda sahaja. Manakala bagi proses optimisasi luar laman, proses yang perlu dilakukan adalah membina backlinks dari laman-laman lain. Untuk memahami apa itu backlinks anda boleh melihat diagram dibawah : Merujuk diagram diatas, LamanA.com, LamanB.com, dan LamanC.com dilihat memberi backlinks kepada laman web anda (LamanWebAnda.com) dengan meletakkan link URL anda di laman web mereka. Dan kedua-dua bahagian asas optimisasi dalam dan luar laman ini akan disentuh secara di dalam panduan ini. Bagi asas optimisasi dalam laman saya akan memberi panduan langkah demi langkah manakala asas optimisasi luar laman saya akan menyentuh secara ringkas sahaja. Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari
  6. 6. Asas-Asas Optimisasi Dalam Laman (On-Page Optimization) Wordpress Di bahagian ini anda akan mempelajari beberapa langkah asas untuk mengoptimisasikan laman anda. Untuk bahagian ini saya anggap anda sudah mempunyai satu platform Wordpress yang dipasang di server hosting milik anda sendiri (atau melalui syarikat penyedia hosting) dan bukannya dipasang di laman-laman penyedia blog percuma Wordpress seperti Wordpress.com dan lain-lain. Contoh jika laman web Wordpress anda adalah LamanAku.Wordpress.com, kebanyakan maklumat di dalam panduan ini tidak boleh diaplikasikan kepada laman web tersebut. Optimisasi Dalaman #1 Mengubah setting permalinks. Permalinks adalah bentuk URL yang akan keluar di pelayar web dan setiap laman (page) akan mempunyai URL unik mereka sendiri. Setting permalinks mana yang terbaik? Baik, jika dilihat dibahagian setting permalinks di dalam dashboard Wordpress ; Contoh - http://www.LamanAnda.com/wp-admin/options-permalink.php Anda akan melihat terdapat lima pilihan yang anda boleh buat untuk struktur permalinks laman web Wordpress anda. Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari
  7. 7. Tetapi di dalam kelima-lima pilihan tersebut yang manakah paling terbaik? Cuba anda lihat keputusan seperti ini di Google SERP (Search Engine Results Page), mana satu yang anda fikir mempunyai kadar klik (CTR Click Through Rates) yang lebih tinggi? Keputusan A Keputusan B Keputusan A menggunakan setting permalinks /%postname%/ di bahagian 'Custom Structure' manakala keputusan B menggunakan setting 'Default'. Dan diantara A dan B, A akan mempunyai kelebihan untuk mendapat CTR yang lebih tinggi di keputusan carian berbanding B, kerana : 1. Untuk keputusan A, link URL-nya mengandungi katakunci, 2. Dan bagi B pula, tiada katakunci di URL-nya. (NOTA - Sejak faktor-faktor ranking (algorithm) enjin carian adalah satu perkara rahsia, maklumat dibawah ini mungkin betul atau tidak. Saya menulis berdasarkan kajian saya dan terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Jangan ambil nasihat saya bulat-bulat) : Pada kajian saya, kadar CTR terhadap satu-satu laman web yang tersenarai di keputusan carian akan mempengaruhi ranking laman web tersebut. Dengan kata mudah, jika laman A mempunyai kadar CTR yang lebih tinggi dari laman B di keputusan carian, laman A akan 'dianugerahkan' ranking yang lebih tinggi dari laman B. Jadi disini, dari kajian saya (dan juga pembacaan di sumber-sumber authoriti SEO), setting permalinks yang terbaik adalah : Pilih 'Custom Structure' dan masukkan kod /%postname%/ di dalamnya. Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari
  8. 8. Optimisasi Dalaman #2 Menentukan Penggunaan WWW atau Non-WWW Pada Laman Web Wordpress Anda Untuk optimisasi kedua ini, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menentukan samada anda mahu menggunakan www atau non-www kepada laman web anda. Contoh jika www, laman web anda akan dilihat seperti ini ; http://www.LamanAnda.com Manakala jika anda memilih untuk menggunakan non-www, keputusannya seperti ini ; http://LamanAnda.com Jadi, kenapa anda perlu membuat ketetapan sebegini? Secara ringkasnya, manfaat dari menggunakan satu sahaja jenis URL untuk laman web anda adalah ; 1. Untuk mengelakkan berlakunya duplicate content yang akan merugikan laman web anda sendiri; 2. Link building Manfaat dari proses link building anda akan pergi kepada satu URL sahaja dan anda tidak perlu berkongsi dengan URL yang satu lagi (jika anda tidak melakukan proses kedua ini). NOTA : Sila buat semakan terlebih dahulu samada anda telah melakukan redirection ataupun tidak ke atas URL laman web anda. Caranya adalah dengan membuat semakan kepada kedua-dua jenis URL, dengan menaip kedua-dua URL (http://www.LamanAnda.com dan http://LamanAnda.com) dan lihat samada berlaku redirection atau tidak. Jika tiada berlaku redirection (dari non-www ke www atau sebaliknya) bermakna anda perlu ikut proses kedua ini. Jika sebaliknya, anda boleh skip proses ini dan terus ke proses optimisasi ketiga. Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari
  9. 9. Dan untuk gambaran lebih jelas anda boleh lihat diagram dibawah : Baik, saya rasa anda sudah jelas manfaat menggunakan satu jenis URL sahaja. Sekarang anda tentukan URL manakah yang anda mahu guna, jika anda memilih non- www, anda akan membuat redirection www ke non-www. Contoh jika pelawat A menaip URL laman web anda http://