Work Place Assessment(Momok)

32
1.0 ABSTRAK Laporan keselamatan dan kesihatan ini adalah penilaian tempat kerja yang dilakukan untuk menilai dan mengenal pasti risiko-risiko keselamatan dan kesihatan yand terdapat di tempat kerja. Dengan memilih aktiviti menarik dan membaik pulih kabel fibre optik pada waktu malam di ruang terkurung yang dianggap sebagai suatu kerja yang berisiko tinggi ia dapat membantu untuk mengurangkan risiko terhadap pekerja disamping itu juga ia dapat mengelakan risiko itu terhadap orang awam. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh sesebuah syarikat telekomunikasi dan ia tidak dapat dielakan. Laporan ini bertujuan untuk memperbaiki sistem atau cara kerja yang sedia ada. 2.0 PENGENALAN TIME dot Com Sdn. Bhd. Yang beralamat di Level , Wisma TIME, 249 Jalan Tun Razak Kuala Lumpur merupakan sebuah syarikat 1

description

example work place assessment for safety

Transcript of Work Place Assessment(Momok)

Page 1: Work Place Assessment(Momok)

1.0 ABSTRAK

Laporan keselamatan dan kesihatan ini adalah penilaian tempat kerja yang dilakukan

untuk menilai dan mengenal pasti risiko-risiko keselamatan dan kesihatan yand terdapat di

tempat kerja. Dengan memilih aktiviti menarik dan membaik pulih kabel fibre optik pada

waktu malam di ruang terkurung yang dianggap sebagai suatu kerja yang berisiko tinggi ia

dapat membantu untuk mengurangkan risiko terhadap pekerja disamping itu juga ia dapat

mengelakan risiko itu terhadap orang awam. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada

pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh sesebuah syarikat telekomunikasi dan ia tidak dapat

dielakan. Laporan ini bertujuan untuk memperbaiki sistem atau cara kerja yang sedia ada.

2.0 PENGENALAN

TIME dot Com Sdn. Bhd. Yang beralamat di Level , Wisma TIME, 249 Jalan Tun Razak

Kuala Lumpur merupakan sebuah syarikat yang terlibat di dalam bidang telekomunikasi

selain daripada Telekom, Maxis dan Lain-lain. Syarikat ini melakukan pelbagai jenis

aktiviti di dalam bidang telekomunikasi di bawah Suruhan Jaya Tenaga dan

Telekomunikasi. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh syarikat ini ialah seperti jalur lebar,

BTS, talian tetap, “wayerless” dan bermacam lagi. Untuk tujuan laporan ini, tapak kerja

yang dipilih adalah di kawasan Telok Gong dimana terdapatnya kerosakan kepada talian

fiber optik dan perlu diperbaiki dengan segara.

1

Page 2: Work Place Assessment(Momok)

Carta organisasi projek and carta jawatankuasa keselamatan adalah seperti berikut

CARTA ORGANISASI PROJEK

2

PENGURUS ABD BASER

PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATANZUL IRWANDI

PENYELIAZAMRI DOLLAH

PEKERJA PEKERJAPEKERJA

Page 3: Work Place Assessment(Momok)

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

WAKIL MAJIKAN WAKIL PEKERJA

3

PENGERUSITAN SEE YIN

SETIAUSAHAPENGURUS KESELAMATAN DAN KESIHATANMAJOR(RTD) JIMMY NG

PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATANZUL IRWANDI

SAIFUL ZAMRUD

NINA AHMAD CAPT SAMSURI AHMAD TARMIZI

Page 4: Work Place Assessment(Momok)

Aktiviti ini bermula daripada saat menerima panggilan yang menyatakan berlakunya

kerosakan kepada kabel fiber optik, menentukan kawasan yang terlibat, masuk ke dalam

“manhole” atau ruang terkurung, menarik keluar kabel dan membaikpulih kabel dan

memasukan kabel semula.

2. 1 Membuka “manhole”

Setelah kawasan yang bermasalah di kenalpasti. Kerja pembaikpulihan akan dimulakan.

Kerja-kerja ini biasanya dimulakan dengan membuka “manhole” mengunakan “manhole

key”. Hazard yang wujud ketika ini aktiviti ini adalah ergonomic iaitu cara mengangkat

penutup “manhole” yang berat dan penutup “manhole” jatuh menimpa pembuka dan orang

lain.

2.2 Memasuki “manhole” atau ruang terkurung

Aktiviti ini dibuat selepas penutup “manhole” dibuka dan seorang pekerja akan masuk

untuk mencari sumber masalah tersebut. Hazard yang terdapat ketika ini ialah terdapatnya

kekurangan oksigen didalam “manhole”, adanya gas beracun dan binatang berbisa.Ini

boleh menyebabkan berlakunya kematian.

2.3 Mencari dan mengenal pasti dan menarik kabel fiber optik yang rosak

Aktiviti ini melibatkan pekerja untuk masuk dan mencari bahagian mana kabel yang rosak.

Hazard yang terdapat pada ketika ini ialah fizikal hazard iaitu kekurangan sumber

pencahayaan dan tergelincir atau terjatuh . Ini akan membawa masalah kepada pekerja

untuk menjalankan kerja dengan selamat. Selain itu juga terdapat satu lagi hazard dimana

apabila proses menarik kabel keluar ia dilakukan diatas jalan raya. Ini membahayakan

4

Page 5: Work Place Assessment(Momok)

nyawa pekerja dimana pekerja boleh dilanggar oleh kenderaan yang tidak perasan dengan

sekatan jalan yang dibuat.

3.0 OBJEKTIF

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti hazard-hazard terhadap keselamatan dan

kesihatan terhadap pekerja dan orang awam. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti dan

mencari jalan penyelesaikan terhadap setiap hazard-hazard yang telah dikenalpasti. Selain

itu juga ia bertujuan untuk menghuraikan langkah-langkah kawalan keselamatan dan

kesihatan yang perlu diambil seperti langkah penghapusan (elimination),langkah

penukaran(subsitution), langkah pengasingan (isolation), langkah kawalan kejuruteraan

(engineering control), langkah kawalan pengurusan (administrative control) dan yang

akhir sekali ialah langkah pengunaan alat pelindungan peribadi(PPE).

4.0 KAEDAH

4.1 Terdapat pelbagaai kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Berikut adalah beberapa contoh yang telah

digunakan untuk kerja khusus ini.

Yang pertama ialah dengan merujuk semua akta yang terlibat sebagai contoh Akta

Keselamatan dan kesihatan pekerja 1994, Akta Kilang dan Jentera dan juga garis

panduan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Merujuk kepada maklumat yang terdapat daripada internet.

Merujuk kepada bahan-bahan ilmiah seperti buku dan majalah

Melakukan pemeriksaan kesihatan dan keselamatan di tempat proses berlangsung.

5

Page 6: Work Place Assessment(Momok)

Menilai tahap pendidikan dan pengetahuan pekerja di dalam aspek keselamatan

dan kesihatan.

Melalui prosedur kerja yang dikeluarkan oleh pihak syarikat.

Merujuk kepaada orang yang lebih berpengalaman.

Hasil daripada maklumat-maklumat yang diperolehi maka dapatlah kita menilai tahap

risiko sesuatu kerja itu dan menghasilkan “Qualitative Risk Table”.

4.2 Penilaian

Penilaian Hazard adalah seperti berikut.

4.2.1 Membuka penutup “manhole”

Didalam proses kerja ini terdapat dua penutup “manhole” yang akan dibuka dimana setiap

satu penutup “manhole” itu mempunyai keberatan hampir 50 kg. Pekerja akan menbuka

“manhole” mengunakan “manhole key” dan kemudiannya mengangkat penutup itu ketepi.

Hazard pertama di dalam proses ini ialah ergonomic dimana cara mengangkat penutup

“manhole” perlulah betul untuk mengelakan daripada terjadinya regangan melampau pada

otot-otot tangan dan kaki. Ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada pekerja kerana

ia mungkin merosakan otot-otot dan tulang belakang pekerja. Kesan ini banyak berlaku

kepada pekerja yang mengangkat beban yang lebih.

4.2.2 Memasuki “manhole” atau ruang terkurung

Ini merupakan hazard kedua dan merupakan yang paling kritikal dimana ramai pekerja

yang berkerja diruang terkurung mati disebabkan oleh kurangnya pegetahuan didalam

cara-cara atau prosedur untuk masuk kedalam ruang terkurung. Kerja ini mengkehendaki

pekerja untuk masuk kedalam “manhole” dan mengenalpasti kabel yang bermasalah.

Walaupun kerja ini dilakukan hanya sekali tetapi ia dapat memberi kesan yang teruk

6

Page 7: Work Place Assessment(Momok)

kepada pekerja iaitu maut. Ini disebabkan oleh kekurangan kandugan oksigen didalam

ruang terkurung tersebut. Selain daripada terdapatnya hazard ketiga iaitu masalah kepada

kesihatan dimana mungkin wujudnya gas-gas kimia yang boleh menyebabkan pekerja

merasa gatal dan penat. Ini membuat pekerja berasa kurang selesa ketika melakukan

pekerjaan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka lalai dan lupa tanggungjawab mereka.

Hazard keempat pula ialah hazard biologi iaitu adanya binatang berbisa didalam

“manhole” tersebut terdapat beberapa kes yang melibatkan pekerja dipatuk atau disengat

binatang berbisa ketika memasuki “manhole”.

4.2.3 Mencari dan mengenal pasti dan menarik keluar kabel fiber optik yang rosak

Selalunya kerja-kerja pembaik pulihan ini dilakukan pada waktu malam dimana keadaan

tidak terlalu sibuk. Namun begitu terdapatnya beberapa hazard yang boleh menyebabkan

kemalangan terhadap pekerja. Hazard kelima yang didapati ialah hazard fizikal dimana

pekerja boleh terjatuh, tersandung dan tergelincir dan ini boleh menyebabkan pekerja

mengalami kecederaan. Selain itu juga pekerja mempunyai risiko untuk dilanggar oleh

kenderaan yang mengunakan laluan tersebut.

7

Page 8: Work Place Assessment(Momok)

5.0 HASIL DAN PERBINCANGAN

5.1.1 HAZARD PERTAMA

Hazard yang pertama adalah apabila pekerja memulakan aktiviti membuka penutup

“manhole”. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:

Melakukan kerja pembukaan bersama dengan orang lain. Ini dapat mengurangkan

beban yang ditanggung oleh seorang pekerja. Proses ini dapat membantu

mengelakan kecederaan kepada otot-otot pekerja.

Aktiviti ini dikategorikan tidak berisiko tinggi disebabkan proses melakukan kerja ini

adalah sebanyak empat kali sahaja iaitu semasa membuka dan menutup “manhole”. Ia juga

dikategorikan sebagai tidak merbahaya kerana jumlah kemalangan yang menimpa pekerja

adalah kurang.

5.1.2 HAZARD KEDUA

Hazard ini merupakan hazard yang paling kritikal dimana wujudnya kekurangan oksigen

didalam “manhole”. Hazard ini dianggap kritikal kerana ia mampu meragut nyawa

pekerja. Jumlah Oksigen diudara ialah 21 %, ini adalah normal manakala didalam ruang

terkururng mungkin kadar kandungan oksigen itu berkurang. Tahap minimum penerimaan

manusia terhadap oksigen ialah 19.5 % dimana jika kadar oksigen lebih rendah daripada

nilai ini maka akan wujud satu situasi dimana badan akan menjadi lemah dan tidak mampu

untuk terus bekerja. Manakala apabila kadar oksigen berada didalam 12-14 % pada masa

ini denyutan jantung akan menjadi cepat dan pekerja akan tidak dapat menilai sesuatu

kerja itu dengan pemikiraan yang normal. Pada tahap 10-12 % pernafasan akan mula

meningkat, kebolehan membuat keputusan menurun dan bibir akan menjadi biru. Apabila

tahap oksigen berada pada tahap 8-10 % disini bermula proses dimana pekerja akan

8

Page 9: Work Place Assessment(Momok)

pengsan dan jika kandungan oksigen kurang daripada nilai ini hanya maut menunggu

merreka. Berikut adalah langkah-langkah yang kawalan yang perlu diambil ialah seperti

berikut:

Menyediakan permit untuk masuk kedalam “manhole”

Memastikan pekerja mempunyai pengetahuan didalam kerja yang akan mereka

lakukan.

Memastikan pekerja mengikut prosedur kerja selamat.

Menguji tahap kandungan udara didalam “manhole” mengunakan alat pengujian

udara.

Mengunakan mesin pengudaraan untuk memastikan pengaliran udara berlaku

didalam “manhole”

Menyedikan peralatan pelindungan peribadi kepada pekerja untuk melindungi

pekerja daripada mengalami sesak nafas.

Hazard ini dikategorikaan sebagai hazad yang utama disebabkan oleh sudah ramai pekerja

mati didalam “manhole” disebabkan oleh kekurangan oksigen.

5.1.3 HAZARD KETIGA

Hazard yang ketiga ini merupakan hazard kesihatan dimana mungkin wujud gas-gas kimia

yang terhasil daripada alam sekitar, bahan buangan dan malahan daripada proses

penyejukan dan pemanasaan kabel yang terdapat didalam “manhole”. Terdapat pelbagai

jenis gas berbahaya didalam ruang terkurung seperti hydrogen sulfat , karbon monoksida,

sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Ini terhasil daripada peralatan dan bahan yang kita

gunakan seharian untuk bekerja. Langkah kawalan yang perlu diambil ialah seperti

berikut:

9

Page 10: Work Place Assessment(Momok)

Melakukan pengujian terhadap kandungan gas kimia yang wujud didalam

“manhole” tersebut.

Selain itu Pastikan pengguna pengesan gas tahu mengunakannya.

Selain itu juga ia boleh disedut keluar menggunakan sistem pengaliran udara

dimana udara yang tercemar akan disedut keluar.

Pastikan pekerja tahu mengunakan “respirator” dan alat bantuan pernafasan

Hazard ini dianggap sama kritikal dimana kebaraangkalian berlakunya keracunan bahan

kimia adalah sama berbanding dengan dengan kekurangan oksigen.

5.1.4 HAZARD KEEMPAT

Hazard ini adalah hazard yang sederhana dimana tidak ramai pekerja yang dipatuk atau

disengat binatang berbisa seperti ular dan serangga namun begitu risiko ini tetap wujud

kerana pekerja yang memasuki “manhole” ini tidak dapat melihat kerana mereka

melakukan kerja pada waktu malam. Selain itu kadar pencahayaan yang tidak cukup

menyebabkan mereka kurang berwaspada terhadap apa yang ada didalam “manhole”

tersebut. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakan kejadian

ini daripada boleh berlaku:

Memastikan tiada haiwan masuk kedalam “manhole”

Melakukan pemeriksaan sebelum memasukinya.

Menyediakan pen cahayaan yang cukup untuk menerangi kawasan tempat

kerja anda.

10

Page 11: Work Place Assessment(Momok)

5.1.5 HAZARD KELIMA

Hazard kelima pula merupakan hazard yang kurang berisiko ini disebabkan oleh kelalaian

pekerja itu sendiri. Perkara ini dapat dielakan dengan memberi latihan yang secukup nya

kepada pekerja. Selain daripada pemakaian pakaian yang terang dapat mengelakan pekerja

daripada dilanggar oleh kenderaan.

11

Page 12: Work Place Assessment(Momok)

5.2 HAZARD KRITIKAL

5.2.1 HAZARD KRITIKAL KESELAMATAN

Hazard ini merupakan hazard yang paling kritikal dimana wujudnya kekurangan oksigen

didalam “manhole”. Hazard ini dianggap kritikal kerana ia mampu meragut nyawa

pekerja. Jumlah Oksigen diudara ialah 21 %, ini adalah normal manakala didalam ruang

terkururng mungkin kadar kandungan oksigen itu berkurang. Tahap minimum penerimaan

manusia terhadap oksigen ialah 19.5 % dimana jika kadar oksigen lebih rendah daripada

nilai ini maka akan wujud satu situasi dimana badan akan menjadi lemah dan tidak mampu

untuk terus bekerja. Manakala apabila kadar oksigen berada didalam 12-14 % pada masa

ini denyutan jantung akan menjadi cepat dan pekerja akan tidak dapat menilai sesuatu

kerja itu dengan pemikiraan yang normal. Pada tahap 10-12 % pernafasan akan mula

meningkat, kebolehan membuat keputusan menurun dan bibir akan menjadi biru. Apabila

tahap oksigen berada pada tahap 8-10 % disini bermula proses dimana pekerja akan

pengsan dan jika kandungan oksigen kurang daripada nilai ini hanya maut menunggu

merreka. Berikut adalah langkah-langkah yang kawalan yang perlu diambil ialah seperti

berikut:

Menyediakan permit untuk masuk kedalam “manhole”

Memastikan pekerja mempunyai pengetahuan didalam kerja yang akan mereka

lakukan.

Memastikan pekerja mengikut prosedur kerja selamat.

Menguji tahap kandungan udara didalam “manhole” mengunakan alat pengujian

udara.

Mengunakan mesin pengudaraan untuk memastikan pengaliran udara berlaku

didalam “manhole”

12

Page 13: Work Place Assessment(Momok)

Menyedikan peralatan pelindungan peribadi kepada pekerja untuk melindungi

pekerja daripada mengalami sesak nafas.

Hazard ini dikategorikaan sebagai hazad yang utama disebabkan oleh sudah ramai pekerja

mati didalam “manhole” disebabkan oleh kekurangan oksigen.

5.2.2 HAZARD KRITIKAL KESIHATAN

Hazard yang ketiga ini merupakan hazard kesihatan dimana mungkin wujud gas-gas kimia

yang terhasil daripada alam sekitar, bahan buangan dan malahan daripada proses

penyejukan dan pemanasaan kabel yang terdapat didalam “manhole”. Terdapat pelbagai

jenis gas berbahaya didalam ruang terkurung seperti hydrogen sulfat , karbon monoksida,

sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Sebagai contoh karbon monoksida adalah sejenis

gas yang mungkin terhasil didalam ruang terkurung. Ia mempunyai beberapa sifat-sifatnya

tersendiri seperti tidak berbau, mempunyai ketumpatan sama dengan oksigen, tidak

bewarna dan lain-lain. Gas ini terhasil daripada pembakaran tidak lengkap bahan bakar

seperti kayu, arang, minyak diesel daripada generator dan lain-lain. Kesan karbon

monoksida ini pada manusia dapat dilihat apabila pekerja merasakan sakit kepala dan rasa

hendak muntah. Karbon monoksida boleh membunuh pada kadar 1000 ppm didalam udara

selain itu pada kadar 200 ppm karbon monoksida akan membentuk karboxyhemoglobin

didalam darah manusia. Selain daripada gas karbon dioksida ada juga gas gas lain yang

boleh menyebabkan hazard kesihatan berlaku dimana gas-gas seperti klorin, ozon,

hidriklorik asid, sulfuric asid dan ammonia. Ini boleh menyebabkan pekerja merasa gatal-

gatal tetapi tidak memberi kesan sistemik kepada sistem badan. Namun begitu ada juga

gas yang dapat menganggu sistem sistemik badan iaitu benzena . Kesan jangka panjang

apabila terdedah kepada gas-gas ini ialah pekerja menjadi lemah dan tarap deria rasa akan

13

Page 14: Work Place Assessment(Momok)

berkurang. Ini terhasil daripada peralatan dan bahan yang kita gunakan seharian untuk

bekerja. Langkah kawalan yang perlu diambil ialah seperti berikut:

Melakukan pengujian terhadap kandungan gas kimia yang wujud didalam

“manhole” tersebut.

Selain itu Pastikan pengguna pengesan gas tahu mengunakannya.

Selain itu juga ia boleh disedut keluar menggunakan sistem pengaliran udara

dimana udara yang tercemar akan disedut keluar.

Pastikan pekerja tahu mengunakan “respirator” dan alat bantuan pernafasan

Hazard ini dianggap kritikal dimana kebaraangkalian berlakunya keracunan bahan kimia

adalah sama berbanding dengan dengan kekurangan oksigen.

14

Page 15: Work Place Assessment(Momok)

6.0 CADANGAN DAN KAJIAN SEMULA

LANGKAH-LANGKAH KAWALAN UNTUK HAZARD KESELAMATAN

Menyediakan permit untuk masuk kedalam “manhole”

Memastikan pekerja mempunyai pengetahuan didalam kerja yang akan mereka

lakukan.

Memastikan pekerja mengikut prosedur kerja selamat.

Menguji tahap kandungan udara didalam “manhole” mengunakan alat pengujian

udara.

Mengunakan mesin pengudaraan untuk memastikan pengaliran udara berlaku

didalam “manhole”

Menyedikan peralatan pelindungan peribadi kepada pekerja untuk melindungi

pekerja daripada mengalami sesak nafas.

Langkah kawalan yang pertama ialah kawalan pengurusan dimana pekerja perlu dihantar

untuk menghadiri kursus-kursus atau latihan dalam bekerja di ruang terkurung. Ini dapat

membantu pekerja untuk menjadi lebih cekap dan mahir menganalisa sesuatu keadaan.

Selain daripada sistem kerja selamat perlu diimplimentasi untuk semua kerja diruang

terkurung. Semua yang terlibat seperti penyelia kemasukan, pemeriksa gas bertauliah,

orang yang menjaga(standby person) orang yang membenarkan masuk(authorized entrant)

tahu tanggungjawab masing-masing. Semua bahagian pekerja perlulah mengetahui tugas

masing-masing sebagai contoh majikan perlu tahu tanggungjawab mereka apabila

mengarahkan pekerja mereka untuk masuk kedalam ruang terkurung. Selain itu juga

majikan perlulah mengetahui peralatan perlindungan peribadi yang sesuai untuk diberikan

kepada pekerja mereka.Contoh peralatan yang sesuai ialah seperti helmet keselamatan,

kasut keselamatan, cermin mata dan lain-lain. Selain daripada itu untuk proses ini

15

Page 16: Work Place Assessment(Momok)

pengujian tahap udara adalah penting untuk memastikan keselamatan pekerja. Pengunaan

alat menguji gas adalah penting sebelum langkah seterusnya dapat dijalankan. Jika

terdapatnya kekurangan oksigen sistem pengudaraan perlu dilakukan . AGT perlu

melakukan ujian untuk mengenal pasti gas yang wujud didalam ruang terkurung tersebut.

Apabila semua sudah disahkan selamat baru pekerja boleh mula bekerja.

LANGKAH-LANGKAH KAWALAN UNTUK HAZARD KESIHATAN

. Langkah kawalan yang perlu diambil ialah seperti berikut:

Melakukan pengujian terhadap kandungan gas kimia yang wujud didalam

“manhole” tersebut.

Selain itu Pastikan pengguna pengesan gas tahu mengunakannya.

Selain itu juga ia boleh disedut keluar menggunakan sistem pengaliran udara

dimana udara yang tercemar akan disedut keluar.

Pastikan pekerja tahu mengunakan “respirator” dan alat bantuan pernafasan

Langkah-langkah kawalan yang diambil ialah dengan memastikan AGT melakukan

pemeriksaan terhadap segala jenis gas yang berbahaya dan memberi amaran kepada

pekerja tentang bahaya gas tersebut. Pekerja perlu dihantar untuk berlatih

menggunakan respirator dalam keadaan yang tertentu. Selain daripada itu alat bantuan

pernafasan adalah penting jika menghadapi situasi yang buruk.

16

Page 17: Work Place Assessment(Momok)

6.2 LANGKAH-LANGKAH SEMAKAN

Langkah-langkah semakan semula boleh dilakukan dengan dengan beberapa cara iaitu:

Memastikan pekerja mengikut prosedur yang digunakan dengan melakukan

pemeriksaan mengejut.

Melihat pada cuti sakit yang diambil oleh pekerja dan menilai adakah ia

berkaitan dengan kerja yang dilakukan

Menerangkan hazard-hazard kepada pekerja untuk semua jenis aktiviti kepada

pekerja.

Memeriksa akta terbaru atau garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh

kerajaan.

Mengemaskini data-data terbaru yang diperolehi tentang kerja diruang

terkurung.

Melakukan pemeriksaan tapak bersama dengan ahli jawatankuasa keselamatan.

Memasti pembaharuan yang dilakukan dijalankan dalam setiap proses.

Semakan ini penting untuk melihat sejauh mana keberkesanan program atau

pembaharuan yang telah dijalankan

17

Page 18: Work Place Assessment(Momok)

6.3 MANFAAT

Tujuan langkah-langkah ini dipraktikan adalah semata-mata untuk keselamatan

pekerja dimana ia dapat mengurangkan tahap risiko yang mungkin wujud dan

yang akan menyebabkan kemalangan .

Cadangan atau langkah kawalan ini akan memberi manfaat kepada pekerja itu

sendiri dari segi moral kerana mereka akan merasakan kebajikan mereka

terjaga. Ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti kerja serta manaikan mutu

kerja yang sedia ada.

18

Page 19: Work Place Assessment(Momok)

7.0 RUJUKAN

i) Rujukan buku - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ACT514) 1994

Guideline for entering confined space

The Handbook of Safety & Health Practice (Pearson

Education 2000)

ii) Rujukan Laman OSHA Technical Manual, Section V: Chapter 2

Web WWW. ASME.COM

Lincoln Electric U.S

WWW. LINCOLN ELECTRIC.COM

American Federation Employee

WWW.AFCSME

NIOSH USA

19

Page 20: Work Place Assessment(Momok)

Risk Assessment

Measure of Consequence (C)

Descriptor Example Detail DescriptionFatality DeathMajor Injury/Loss

Extensive injuries, lost time injury >5days, permanent disability (eg broken bones, major strains).Total property loss incur operational down time > 5 days.

Minor Injury/Loss

Medical treatment required, lost time injury from 1-5 days (eg minor strains).Equipment replacement required, operational down time 1-5 days.

First Aid/Repair

First aid treatment where medical treatment not required (eg minor cuts and burns). Property requires repair.

Negligible Incident does not require any first aid, minimal property damage may have occurred.

Measure of Likelihood (L)

Descriptor Description

Very likely It is expected to occur at some time in the near future.Likely Will probably occur in most circumstances.Occasionally Might occur at some time.Unlikely Could occur at some time.High unlikely May occur in exceptional circumstances.

Risk Level (R)

Likelihood (L)

Consequences (C)Negligible First Aid Minor Major Fatality

Very likely H H E E ELikely M H H E EOccasionally L M H E EUnlikely L L M H EHigh unlikely

L L M H H

E : Extreme Risk ; H : High Risk ; M : Moderate Risk ; L : Low Risk

20

Page 21: Work Place Assessment(Momok)

21

Page 22: Work Place Assessment(Momok)

OHSAS 18001

HAZARD IDENTIFICATION, RISK ASSESSMENT & RISK CONTROL

DEPT/SECTION: DATE:

TEAM MEMBER: REV:

Location Hazard Consequences Risk Assessment(C) (L)

Risk Level(R)

Current Control

Proposed Risk Control Level

Responsible Person

Timeline

Prepared By:_________________ Approved By:_______________

22