WPA SHO EXAM

47
Laporan Kajian Hazard Di Tapak Projek Pembinaan ….. …………………………xxx Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Di Dalam Industri Pembinaan Oleh No. Index: NS 6606 No. KP: XXXXXX-XX-XXXX Peperiksaan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (4/2011) Kertas IV Bhg 1: Kertas Tugasan Tempat Kerja 13 June 2011– 26 July 2011

description

work place assignment

Transcript of WPA SHO EXAM

Page 1: WPA SHO EXAM

Laporan Kajian Hazard

Di Tapak Projek Pembinaan …..

…………………………xxx

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Di Dalam Industri Pembinaan

Oleh

No. Index: NS 6606No. KP: XXXXXX-XX-XXXX

Peperiksaan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (4/2011)Kertas IV Bhg 1: Kertas Tugasan Tempat Kerja

13 June 2011– 26 July 2011

Page 2: WPA SHO EXAM

PERAKUAN TUGASAN TEMPAT KERJAWORKPLACE ASSIGNMENT VERIFICATION

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa dokumen ini yang disediakan untuk

Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan adalah berdasarkan hasil kerja

asal saya sendiri dan maklumat diperolehi hasil lawatan tapak ke tempat kerja yang

berkenaan kecuali sedutan atau petikan yang dinyatakan.

I hereby certify that this document prepared for the Safety and Health Officer

Examination is based on my original work and information are gathered from the site

visit except for citation and quotation made.

Tandatangan : _______________________ Signature

No. Kad Pengenalan : ______________________I.C. No.

No. Indeks : ______________________Index No.

Tarikh : _______________________Date

Page 3: WPA SHO EXAM

KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 ABSTRAK 1

2.0 PENGENALAN

2.1 Profil Syarikat 2

2.2 Struktur Organisasi 2

2.3 Aktiviti Dan Proses Kerja 3

2.4 Persekitaran Kerja 3

3.0 OBJEKTIF 4

4.0 KAEDAH

4.1 Mengenalpasti Hazard 5

4.2 Kaedah Penaksiran Risiko 8

5.0 HASIL DAN PERBINCANGAN

5.1 Senarai Hazard Yang Dikenalpasti 12

5.2 Keutamaan Hazard 13

5.3 Kesan Dari Hazard Paling Kritikal

Kepada Organisasi 15

KANDUNGAN MUKASURAT

Page 4: WPA SHO EXAM

6.0 SARANAN

6.1 Langkah Kawalan 17

6.2 Langkah Semakan Semula 22

6.3 Manfaat Langkah Kawalan Keselamatan 26

Dan Kesihatan

7.0 KESIMPULAN 28

8.0 RUJUKAN 29

4

Page 5: WPA SHO EXAM

1.0 ABSTRAK

Aspek-aspek keselamatan dan kesihatan adalah amat penting untuk diberi perhatian utama. Bagi

menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang lain tidak terjejas dengan segala aktiviti dan

proses yang dijalankan di tapak pembinaan, kesemua hazard yang wujud perlulah dikenalpasti,

dinilai dan dikawal bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan

terhadap pekerja dan orang yang berada di tapak pembinaan. Ini juga bagi menjamin inspirasi dan

matlamat Kerajaan melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menjadikan budaya

kerja selamat dan sihat menjadi amalan di semua sektor pekerjaan di Malaysia.

Satu kajian telah dilakukan di tapak pembinaan Kilang Pengeluaran Komponen Badan Kereta Di

Bandar Proton Mukim Ulu Bernam Timur, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan

Untuk Tetuan Miyazu Malaysia Sdn Bhd (selepas ini di panggil Kilang Miyazu) yang bertujuan

untuk mencapai objektif iaitu mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan, risiko dan bahaya

yang terdapat dan terhasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja, menentukan

hazard yang paling kritikal dari segi keselamatan dan kesihatan, mengenalpasti kaedah-kaedah

pengawalan dan pencegahan serta keberkesanannya dan akhirnya bagi mencadangkan kaedah-kaedah

pengawalan dan pencegahan terhadap hazard yang telah dikenalpasti sangat kritikal.Kajian ini

dilakukan dengan mengkaji peruntukan undang-undang dan piawaian yang ada, membuat

pemeriksaan dan audit di tempat kerja serta mengkaji data dan maklumat kemalangan di tempat

kerja.

Hasil dari kajian yang dilakukan didapati hazard yang paling kritikal di tapak pembinaan XXXXX

XXXXX ialah jatuh dari tempat tinggi yang berlainan bagi hazard keselamatan dan hazard

ergonomik ( mengangkat objek secara manual) bagi hazard kesihatan. Sehubungan dengan itu,

5

Page 6: WPA SHO EXAM

beberapa saranan dan cadangan kawalan telah diberikan di dalam laporan kajian ini berdasarkan

kepada faktor-faktor hazard yang wujud di tempat kajian. Langkah-langkah kawalan dan

pencegahan yang diambil akhirnya akan memberi manfaat kepada majikan di samping para pekerja

juga terpelihara dari terdedah kepada hazard keselamatan dan kesihatan di dalam melakukan kerja

mereka pada setiap hari.

2.0 PENGENALAN

2.1 Profil Syarikat

Syarikat Kencana Torsco Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembinaan kelas A. Syarikat ini

merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

(CIDB) dan merupakan sebuah syarikat pembinaan berkelas G7. Alamat Ibu Pejabat di Level 9,

Menara Kencana Petroleum, Solaris Dutamas, 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur .

Syarikat Kencana Torsco Sdn Bhd amat komited dalam menjaga keselamatan dan kesihatan

pekerjaan di kawasan tapak pembinaan. Komitmen ini ditunjukkan dengan perlantikan Pengurus dan

Penyelia Keselamatan dan Kesihatan, menguatkuasaan peraturaan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan dan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Selain itu syarikat ini

turut mempunyai Polisi Keselamatan dan Kesihatan (Rujuk Lampiran 1).

2.2 Struktur Organisasi

Struktur Organisasi syarikat seperti ditunjukkan dalam Lampiran 2

6

Page 7: WPA SHO EXAM

2.3 Aktiviti Dan Proses Kerja

Aktiviti yang dijalankan di dalam kawasan kajian adalah berdasarkan skop kerja yang telah

ditetapkan iaitu menyiapkan 1 blok kilang utama dan bangunan utiliti yang lain. Secara

amnya, aktiviti di kawasan kajian ini boleh dibahagikan kepada 5 aktiviti utama iaitu:

a) Kerja Sub-struktur – penyediaan asas bangunan, ground beam, tapak lantai bawah.

b) Kerja Superstruktur – Struktur Besi dan Penyiapan bumbung .

c) Kerja Architectural – pemasangan kemasan pada lantai, dinding bumbung dan

sebagainya.

d) Kerja Mekanikal dan Elektrikal – pemasangan pendawaian, peralatan elektrik, sistem

bekalan air dan sebagainya

e) Kerja Sivil – pembinaan jalan, pagar, longkang dan lain-lain.

2.4 Persekitaran kerja

Aktiviti di tapak pembinaan banyak bergantung kepada persekitarannya dan ia juga turut

mempengaruhi faktor-faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Persekitaran kerja di tapak

pembinaan boleh dibahagikan kepada dua situasi utama iaitu persekitaran ketika waktu siang

dan cerah (Panas, silau berhabuk dan berdebu) dan pada waktu hujan (Berlumpur / Licin dan

berair/air bertakung ). Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati persekitaran kerja di

kawasan kajian berada dalam keadaan baik kerana berada jauh dari orang awam selain terletak

di kawasan pembinaan yang lapang dan dibantu oleh Penyelia dan Pengurus Keselamatan

dan Kesihatan yang kompeten dan berdaftar. Kerja-kerja housekeeping sentiasa dijalankan

bagi memastikan kawasan kerja bersih, dan selamat. Walaubagaimanapun, masih terdapat

7

Page 8: WPA SHO EXAM

beberapa kelemahan yang perlu di atasi seperti masalah disiplin pekerja yang mempunyai

latarbelakang yang berbeza

3.0 OBJEKTIF

3.1 Objektif Kajian

Setiap kajian yang akan dijalankan mestilah mempunyai objektif agar kajian yang dilakukan

tidak terkeluar dari skop yang dikehendaki. Berikut adalah objektif bagi kajian yang

dijalankan di Projek XXXXXXXXXXXXXX..

Objektif utama kajiselidik dan laporan ini adalah seperti berikut :

i) Untuk mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan, risiko dan bahaya yang

wujud dan terhasil daripada kerja-kerja yang dijalankan di tempat kerja.

ii) Untuk menilai dan menafsir jenis-jenis bahaya yang terdapat di tempat kerja dan

menentukan hazard yang paling kritikal dari segi keselamatan dan kesihatan.

iii) Untuk mengenalpasti kaedah-kaedah pengawalan, pencegahan dan penghapusan serta

punca-punca bahaya yang terdapat di tempat kerja.

iv) Untuk menilai keberkesanan kaedah-kaedah pengawalan, pencegahan dan

penghapusan yang telah dijalankan.

8

Page 9: WPA SHO EXAM

v) Untuk mencadangkan kaedah-kaedah pengawalan dan pencegahan yang baru

sekiranya perlu untuk memastikan semua hazard, risiko dan bahaya yang terdapat di

tempat kerja dapat dikawal, dicegah atau dihapuskan dengan cara yang sempurna

supaya orang yang sedang bekerja atau orang lain tidak terjejas dengan segala aktiviti

dan proses yang dijalankan.

4.0 KAEDAH

4.1 Mengenalpasti Hazard

Bagi mencapai matlamat dan tujuan yang tersebut di atas, adalah penting terlebih dahulu

mengetahui makna beberapa perkataan penting yang digunakan sebelum membuat sebarang

penilaian terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat

i) Hazard – Punca atau keadaan yang mempunyai potensi untuk menyebabkan

kecederaan atau penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, pencemaran kepada

persekitaran atau kombinasi kesemuanya.

ii) Risiko – Kombinasi kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya dalam jangka masa

atau situasi tertentu dan keterukan kecederaan atau penyakit kepada kesihatan

manusia, harta, persekitaran atau kombinasi di atas akibat kejadian tersebut.

iii) Bahaya – Pendedahan relative kepada hazard.

iv) Penaksiran risiko – Proses menaksir risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang

disebabkan hazard di tempat kerja.

9

Page 10: WPA SHO EXAM

Bagi memastikan pekerja dan orang lain tidak terjejas dari segi keselamatan dan kesihatan

disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja. Semua hazard yang wujud di

tempat kerja haruslah dikenalpasti. Bagi memudahkan mengenalpasti hazard yang terdapat di

tempat kerja, ianya bolehlah dikenalpasti mengikut kategori seperti berikut :

i) Mekanikal – Kejadian terjatuh, terlanggar, tersepit, tercucuk

ii) Elektrikal – Kejutan elektrik, terbakar, kebakaran

iii) Biologi – virus Nipah, Zoonosis (anthrax)

iv) Ergonomik – Kedudukan anggota badan, kerja secara manual, bebanan kerja,

kerja yang sama berterusan,

v) Psiko-sosial – Ketegangan dan keletihan

Bagi mengenalpasti hazard-hazard yang wujud di tempat kerja, kombinasi atau kaedah seperti di

bawah haruslah digunapakai :

4.1.1 Mengkaji Peruntukan Undang-undang dan Piawaian

Melalui kaedah ini, Akta, Peraturan dan Garispanduan yang terdapat berkaitan dengan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan dinilai dari segi peruntukan dan pematuhan di dalam

aktiviti pembinaan seperti Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (OSHA) dan Akta

Kilang Dan Jentera, 1967 (FMA)..

Dalam kajian ini juga turut melihat piawaian yang ada bagi memastikan perkara mengenai

keselamatan dan kesihatan pekerjaan diambil kira dalam aktiviti pembinaan yang dilakukan

10

Page 11: WPA SHO EXAM

seperti mengenalpasti bahaya dan prosedur yang berkaitan. Bagi projek Pembinaan Kilang.

Sehubungan dengan itu terdapat prosedur yang berkaitan keselamatan dan kesihatan yang perlu

dipatuhi iaitu Prosedur Perundangan dan Lain-lain Keperluan, Prosedur Latihan, Kesedaran dan

Kompetensi dan Prosedur Persediaan dan Tindakan kecemasan.

4.1.2 Pemeriksaan dan Audit Di Tempat Kerja

Pemeriksaan dan audit yang dilakukan di tempat kerja adalah berdasarkan kepada senarai

pemeriksaan dan audit yang perlu dijalankan di tempat kerja bagi memeriksa kawasan kerja,

peralatan, mesin dan sebagainya selamat dan boleh digunakan tanpa memudaratkan keselamatan ,

kesihatan dan alam sekitar. Pemerhatian di tapak pembinaan juga dilakukan untuk mengenalpasti

bahaya yang wujud dan sekiranya ada masalah atau perkara-perkara diluar jangkaan seperti tabiat

pekerja yang tidak selamat semasa sesuatu aktiviti kerja dilakukan. Lampiran 3 menunjukkan

gambar-gambar yang diambil semasa melakukan pemerhatian di tempat kerja.

4.1.3 Mengkaji Data dan Maklumat Kemalangan

Mengkaji/menilai semua data dan maklumat daripada kejadian kemalangan dan jenis kecederaan.

Oleh yang demikian adalah penting bagi semua jenis kemalangan dari sekecil-kecil kemalangan

termasuk kemalangan nyaris hendaklah dilaporkan dan disiasat dengan segera supaya dapat

dipastikan semua punca yang menyebabkan kepada kemalangan tersebut berlaku. Satu prosedur

melaporkan kemalangan yang tersusun dan teratur hendaklah disediakan bagi memudahkan pekerja

melaporkan kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Lampiran 5 menunjukkan contoh proses

aliran laporan kemalangan.

11

Page 12: WPA SHO EXAM

4.2 Kaedah penilaian dan penaksiran risiko.

Risiko adalah suatu kombinasi daripada kecenderungan berlakunya kejadian berhazard dengan

menghasilkan kecederaan, keterukan/keparahan atau penyakit kepada manusia atau alam sekitar

disebabkan oleh kejadian itu. Penaksiran risiko boleh diterangkan dalam beberapa cara untuk

memaklumkan hasil analisa serta membuat keputusan bagaimana untuk mengawal risiko

tersebut. Satu kaedah kualitatif digunakan kerana ianya sangat berkesan dan mudah

difahami jika dimaklumkan kepada pekerja dinyatakan seperti di bawah:

SKOR KEMUNGKINAN HURAIAN

4 Sangat Mungkin Boleh berlaku dengan kerap (setiap hari)

3 Mungkin Boleh berlaku sekali sekala (setiap minggu)

2 Tidak Mungkin Boleh berlaku tetapi jarang (setiap bulan)

1 Sangat Tidak MungkinBoleh berlaku tetapi kemungkinan tidak (setiap tahun)

Jadual 1 : Jadual Skor Kemungkinan

SKOR KEPARAHAN/KETERUKAN HURAIAN

4 Kematian Kematian/hilang upaya kekal.

3 Kecederaan Teruk Cuti sakit lebih 4 hari/ hilang upaya sementara.

2 Kecederaan Ringan Cuti sakit maksima 4 hari

1 Kecederaan Yang Boleh Di Abai Kemalangan hampir/First Aid.

Jadual 2 : Jadual Skor Keparahan/Keterukan.

12

Page 13: WPA SHO EXAM

Berdasarkan kepada jadual skor kemungkinan dan jadual skor keparahan/keterukan diatas,

pengiraan risiko boleh dilakukan dengan menggunakan formula iaitu :

RISIKO = KEMUNGKINAN x KEPARAHAN.

Contoh dibawah menunjukkan bagaimana pengiraan risiko dilakukan:

a) Hazard Keselamatan – Jatuh dari tempat tinggi.

Risiko = Kemungkinan x Keparahan.

= 3 x 4

= 12

b) Hazard Kesihatan – Mengangkat objek berat secara manual

Risiko = Kemungkinan x Keparahan.

= 4 x 3

= 12

13

Page 14: WPA SHO EXAM

`KEPARAHAN

AKIBAT Kematian Kecederaan Kecederaan Kecederaan

(4) Teruk (3) Ringan (2) First Aid (1)

KE

MU

NG

KIN

AN

Sangat Mungkin (4)

Tinggi Tinggi Sederhana Rendah

Mungkin (3)

Tinggi Sederhana Sederhana Rendah

Tidak Mungkin (2)

Sederhana Sederhana Rendah Rendah

Sangat Tidak Mungkin

(1)Rendah Rendah Rendah Rendah

Suatu Jadual Matriks Penaksiran Risiko (Kualitatif) boleh dibuat dengan menyimpulkan hasil

dari gabungan dan perkara tersebut dibawah:

Jadual 3 : Jadual Matriks Penaksiran Risiko (Kualitatif)

HAZARDKEMUNGKINAN

(a)KETERUKAN

(b)RISIKO

(a) x (b) = c KEUTAMAAN

Jatuh dari tempat tinggi

3 4 12 TINGGI

Ditimpa objek 2 4 8 SEDERHANA

Terkena jentera 2 3 6 SEDERHANA

Jatuh dari aras yang sama

3 3 9 SEDERHANA

Mengangkat objek berat secara manual

4 3 12 TINGGI

Panas lampau dan tegasan haba

3 2 6 SEDERHANA

Jadual 4: Jadual Matriks Penaksiran Risiko Kuantitatif

14

Page 15: WPA SHO EXAM

Berdasarkan kepada Jadual Matrik Penaksiran Risiko diatas, kadar risiko boleh dinilai dan di

klasifikasikan seperti di bawah :

No Kadar Risiko Persamaan Risiko

1.1 – 5

(Rendah)

Tidak begitu membahayakan tetapi terdapat langkah

kawalan yang mencukupi dan praktik untuk

mengurangkan risiko.

2.6 – 9

(Sederhana)

Risiko yang boleh diterima selepas penilaian risiko

telah dilakukan dan langkah kawalan diambil secara

berkala untuk mengurangkan risiko. Tindakan yang

diambil perlu didokumenkan didalam form

penaksiran risiko bersama-sama tarikh siap.

3.10 – 16 (Tinggi)

Aktiviti perlu dihapuskan atau diubahsuai untuk

mengurangkan tahap risiko, boleh diteruskan jika

terdapat sebab yang spesifik dan releven. Tindakan

yang diambil perlu didokumenkan didalam form

penaksiran risiko bersama-sama tarikh siap.

Jadual 4 : Jadual Tindakan Risiko.

15

Page 16: WPA SHO EXAM

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Senarai Hazard Yang Dikenalpasti

Hasil dari penaksiran yang dilakukan ke atas hazard di tempat kerja melalui Jadual Risiko

Kualitatif dan Jadual Matriks Penaksiran Risiko, didapati bahawa terdapat 6 hazard yang perlu

diberi perhatian oleh majikan dalam mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan

pekerjaan di tapak pembinaan. Hazard-hazard tersebut terdiri daripada 4 hazard keselamatan dan

2 hazard kesihatan.

No Hazard Keselamatan Hazard Kesihatan

1 Jatuh dari tempat tinggi Mengangkat objek berat secara manual

2 Ditimpa objek Panas lampau dan tegasan haba

3 Terkena Jentera

4 Jatuh dari aras yang sama

16

Page 17: WPA SHO EXAM

5.2 Keutamaan Hazard

Setelah hazard dikenalpasti, proses penaksiran risiko dibuat dengan menggunakan Jadual

Matriks Penaksiran Risiko Kuantitatif. Berikut adalah rating risiko yang diperolehi

mengikut keutamaan:

NO HAZARD SKOR RISIKO

1 Jatuh dari tempat tinggi 12

2 Mengangkat objek berat secara manual 12

3 Jatuh dari aras yang sama 9

4 Ditimpa objek 8

6 Panas lampau dan tegasan haba 6

5.3 HAZARD YANG PALING KRITIKAL

Hasil daripada penyenaraian hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja dan penilaian yang

dilakukan telah dapat mengenalpasti dua (2) hazard yang perlu diberi perhatian utama seperti yang

dibincangkan di bawah.

5.3.1 Hazard Keselamatan

Hazard keselamatan yang paling kritikal ialah jatuh dari tempat tinggi. Hazard ini merupakan

salah satu hazard utama di tapak binaan. Kerja-kerja binaan bangunan melibatkan banyak aktiviti

dijalankan di aras yang lebih tinggi, contohnya kerja-kerja pemasangan perancah, pemasangan

struktur bumbung dan sebagainya. Akibat yang paling teruk melibatkan hazard ini ialah kematian

dan hilang upaya kekal. Akibat dari hazard ini bukan sahaja mengakibatkan penderitaan kepada

mangsa dan ahli keluarga, malah turut menjejaskan produktiviti kerja, menjejaskan keuntungan

17

Page 18: WPA SHO EXAM

syarikat, merosakkan imej syarikat dan tindakan perundangan ke atas syarikat yang melibatkan

kos yang tinggi.

5.3.2 Hazard Kesihatan

Kerja-kerja mengangkat objek berat secara manual boleh dibahagikan kepada tiga kategori

iaitu:

a) Statik – mengangkat barang di satu lokasi yang tetap

b) Dinamik – mengangkat objek dari satu lokasi ke lokasi yang lain

c) Kombinasi di antara static dan dinamik

Mengangkat objek berat secara manual banyak mendatangkan masalah kesihatan kepada

pekerja. Hazard ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan pekerja, malah ia turut

mengakibatkan penurunan produktiviti dan kualiti kerja kerja. Antara akibat dari hazard ini

kepad pekerja ialah:

a) Sakit atau bengkak pada bahagian kaki

b) Sakit dan lenguh-lenguh pada otot

c) Varicose Vein (urat timbul)

d) Sakit pada bahagian belakang dan pinggang

e) Stress pada bahagian bahu, tengkuk dan bahagian lain

f) Kecederaan lain yang mungkin diakibatkan ole hazard ini ialah seperti radang

sendi, terseliuh, slipped disc dan lain-lain

Berdasarkan perbincangan mengenai kedua-dua hazard yang dinyatakan di atas, dapat

dirumuskan bahawa kerja seharian yang dilakukan oleh para pekerja di kawasan kajian

18

Page 19: WPA SHO EXAM

amatlah berbahaya dan berisiko tinggi. Keadaan ini memerlukan perhatian serius dari pihak

majikan bagi memastikan para pekerja berada dalam keadaaan sihat dan selamat.

5.4 KESAN DARI HAZARD PALING KRITIKAL KEPADA ORGANISASI

Di dalam kebanyakan sistem kerja, apabila unsur-unsur keselamatan dan kesihatan tidak diambilkira,

akhirnya nanti ia akan memberi masalah kepada majikan. Apabila berlaku kemalangan atau

kecederaan yang mengakibatkan kesan yang teruk seperti kematian atau hilang upaya kekal, majikan

akan kerugian kerana kehilangan seorang pekerja yang mungkin mahir untuk sesuatu tugasan dan

sukar untuk mencari penggantinya. Ini akan merugikan kerana mereka selalunya adalah pekerja yang

telah mahir dan tidak perlu dilatih lagi untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Pengambilan pekerja baru memerlukan pelbagai latihan diberikan kepada mereka, disamping

menghantar mereka menghadiri untuk mendapatkan ‘green card’ di CIDB sebelum membolehkan

mereka bekerja di tapak pembinaan. Latihan-latihan lain yang diperlukan ialah latihan induksi,

latihan keselamatan dan juga latihan bagi melaksanakan tugasan seharian mereka. Mereka ini

memerlukan masa untuk menjadi seorang pekerja yang cekap dan boleh menyebabkan berlakunya

kelewatan di dalam menyiapkan tugasan mereka dan seterusnya akan turut mempengaruhi

pencapaian progres projek secara keseluruhannya.

Selain itu majikan juga kemungkinan terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk membayar kos

rawatan dan kos untuk rawatan susulan. Wang pampasan kepada ahli keluarga mangsa juga perlu

19

Page 20: WPA SHO EXAM

dikeluarkan jika berlaku kemalangan yang melibatkan kematian atau kecederaan teruk sehingga

hilang upaya kekal.

Kemalangan yang berlaku yang memberi akibat yang teruk seperti kematian atau hilang upaya kekal

biasanya akan menyebabkan pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (JKKP) akan

mengeluarkan arahan supaya menghentikan operasi untuk beberapa ketika bagi melakukan siasatan

dan pihak majikan perlu mengambil langkah-langkah segera untuk memperbaiki keadaan tersebut.

Apabila mendapat arahan menghentikan operasi buat sementara, ia memberi kerugian yang besar

kepada syarikat kerana syarikat perlu menanggung kos-kos seperti penyewaan mesin dan gaji

pekerja. Ia juga akan menyebabkan kelewatan projek yang dibina.

Projek yang lambat siap pembinaan akan menyebabkan syarikat perlu mengeluarkan kos tambahan.

Apabila projek lambat siap dari tarikh yang ditetapkan syarikat akan terpaksa membayar “Gantirugi

Kelewatan Kerja” di mana kos ini biasanya melibatkan jumlah yang besar dan ini pasti akan

merugikan syarikat.

Apabila berlaku sesuatu kemalangan yang memberi kesan yang teruk ia pasti akan menjejaskan imej

syarikat. Ia seolah-olah menggambarkan syarikat tidak mengambil berat terhadap isu-isu

keselamatan dan kesihatan pekerja. Jika kemalangan tersebut melibatkan kes kematian dan

kemalangan yang mengerikan kemungkinan ia untuk didedahkan oleh pihak akhbar adalah tinggi.

Siasatan lanjut juga akan dilakukan oleh agensi yang terlibat seperti Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Jabatan Kesihatan.

20

Page 21: WPA SHO EXAM

Jika banyak kemalangan ngeri dan melibatkan banyak kematian, ia boleh juga menyebabkan

kepercayaan pihak yang berkenaan untuk memberi projek-projek baru kepada syarikat adalah kurang.

Keadaan ini pasti akan menjejaskan prestasi kemajuan syarikat.

6.0 SARANAN DAN SEMAKAN SEMULA

6.1 Langkah Kawalan

Setelah proses pengenalpastian dan penaksiran risiko yang telah dijalankan, langkah-langkah

bagi mengawal hazard-hazard tersebut perlu dilaksanakan. Biasanya langkah kawalan dibuat

berdasarkan hirarki kawalan, iaitu:

a) Penghapusan

b) Penggantian

c) Pengasingan

d) Kawalan Kejuruteraanan

e) Kawalan Pengurusan

f) Penggunaan Alat Perlindungan diri (PPE)

6.1.1 Hazard Keselamatan (Bekerja DitempatTinggi)

a) Penghapusan

Adalah mustahil untuk menghapuskan aktiviti kerja di tempat tinggi di dalam industri

pembinaan kerana industri ini memerlukan pekerja bagi melakukan aktiviti kerja pada

aras ketinggian mengikut kehendak dan cadangan pembangunan.

21

Page 22: WPA SHO EXAM

b) Penggantian

Langkah penggantian tidak boleh dilakukan semasa kerja dijalankan, namun ianya

boleh dilakukan di peringkat rekabentuk. Penggunaan Industrial Building System

(IBS) dapat mengurangkan bilangan pekerja yang terlibat dalam aktiviti kerja di

tempat tinggi. Namun begitu, sistem ini masih lagi kurang mendapat sambutan kerana

kontraktor di Malaysia masih selesa menggunakan sistem pembinaan konvensional.

c) Pengasingan

Langkah pengasingan boleh dilakukan dengan pemasangan pengadang, pita

keselamatan, papan tanda amaran dan sebagainya bagi mengelakkan pekerja daripada

terjatuh.

d) Kawalan Kejuruteraan

Pemasangan safetynett boleh diaplikasikasikan bagi mengelak atau menahan pekerja

daripada terjatuh. Namun begitu, di kawasan kajian ini, tiada peruntukan yang

disediakan oleh kontraktor utama untuk memasang safetynett tersebut.

e) Kawalan Pentadbiran

Pengurusan memainkan peranan besar dalam mengawal hazard yang wujud di

kawasan kajian ini. Antara yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan dalam

mengawal hazard yang wujud ialah:

i) Mengadakan Toolbox Briefing kepada para pekerja mengenai risiko ketika

berada di tempat tinggi, mengadakan latihan yang bersesuaian dan menghadkan

22

Page 23: WPA SHO EXAM

kepada pekerja yang kompeten dan terlatih sahaja untuk bekerja di tempat

tersebut.

ii) Setiap aktiviti dikaji dan dikenalpasti risikodan langkah pencegahan dan

pengawalan risiko, contohnya dengan menggunakan Analisis Kerja Selamat

(JSA).

iii) Menyediakan Prosedur Kerja Selamat (SOP) bagi kerja-kerja yang melibatkan

ketinggian.

iv) Pemasangan perancah dilakukan dan diperiksa oleh orang yang kompeten.

f) Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE)

Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE) yang bersesuaian seperti safety harness

dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa jika terjatuh.

6.1.2 Hazard Kesihatan (Mengangkat Objek Berat Secara Manual)

a) Penghapusan

Keadaan yang menyumbang kepada masalah ergonomic tidak dapat dihapuskan

sepenuhnya, tetapi boleh dikawal dam dikurangkan.

b) Penggantian

Penggunaan jentera seperti loader, backhoe, forklift dan sistem takal bagi

menggantikan tenaga manusia adalah munasabah tetapi terhad dalam keadaan tertentu

sahaja. Selain itu kos penggunaan jentera yang tinggi antara faktor kenapa ianya jarang

digunakan.

23

Page 24: WPA SHO EXAM

c) Pengasingan

Kaedah ini tidak relevan bagi mengawal hazard berkaitan masalah ergonomik.

d) Kawalan Kejuruteraan

Penggunaan alatan mudah seperti sistem takal, kereta sorong dan jentera dapat

membantu kerja-kerja mengangkat objek ini dingan mengurangkan penggunaan tenaga

manusia.

e) Kawalan Pentadbiran

Pengurusan memainkan peranan besar dalam mengawal hazard yang wujud di

kawasan kajian ini. Antara yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan dalam

mengawal hazard yang wujud ialah:

i) Mengadakan program latihan bagi menerangkan teknik mengangkat yang betul

dan menerangkan akibat-akibat yang mungkin berlaku kepada kepada mereka

daripada aktiviti tersebut.

ii) Menggalakkkan para pekerja melakukan regangan sebelum memulakan kerja.

iii) Memberi kesedaran kepada pekerja kepentingan melaporkan sebarang tanda

berlakunya gejala yang berkaitan dengan kerja mengangkat baraang berat.

iv) Menyediakan waktu rehat yang kerap bagi menghilangkan stress fizikal.

v) Mengadakan sistem penggiliran kerja.

24

Page 25: WPA SHO EXAM

f) Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE)

Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE) yang bersesuaian seperti sarung tangan.

Langkah kawalan yang dicadangkan bukanlah penyelesaian menyeluruh kepada isu

keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia memerlukan kerjasama dari seluruh organisasi yang

terlibat termasuk klien, pengeluar, pembekal, pengguna, pekerja atau individu yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tanggungjawab berkaitan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ini jelas terkandung dalam Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu di bawah Kewajipan Am Majikan dan Orang Yang Bekerja

Sendiri dan Kewajipan Am Pekerja. Oleh itu, pihak pengurusan perlu memberikan komitmen

sepenuhnya dan mengambil langkah dalam menghapuskan atau mengawal risiko melalui:

a) Mengkaji dan menyemak semula program keselamatan dan kesihatan dengan

kerap dan mengubahnya jika perlu.

b) Mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan isu keselamatan dan

kesihatan pekerjaan.

c) Menggunakan maklumat terkini atau laporan dari organisasi seperti Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Institut Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaaan Negara (NIOSH), Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO),

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan sebagainya.

25

Page 26: WPA SHO EXAM

d) Menyediakan penyelia kompeten dengan secukupnya supaya kerja dapat diatur

dengan berkesan, tidak menggunakan jalan pintas dan mengikut peraturan yang telah

ditetapkan.

e) Menggunakan penanda aras serta tataamalan yang baik.

f) Mengadakan pemantauan berkala bagi memastikan keadaan sentaiasa dalam

keadaan selamat dan mengambiltindakan pencegahan dengan segera.

g) Menjalankan kajian semula jika langkah yang diambil didapati tidak berkesan

dengan keadaan semasa.

6.2 LANGKAH SEMAKAN SEMULA

6.2.1 Mengkaji dan menilai peruntukan Undang-undang, Peraturan, Garispanduan dan

Piawaian.

Dalam sesuatau sistem pengurusan adalah amat penting untuk melakukan semakan semula terhadap

keperluan peruntukan Undang-undang, Peraturan, Garispanduan dan Piawaian. Ini adalah bagi

memastikan segala langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil memenuhi keperluan pematuhan

kepada peruntukan dan piawaian yang ada. Contohnya seperti peruntukan untuk memasang

perancah.

26

Page 27: WPA SHO EXAM

6.2.2 Mengkaji maklumbalas pekerja

Adalah amat penting di dalam mengambil langkah kawalan keselamatan dan kesihatan, turut

memberi perhatian kepada maklumbalas yang diberikan oleh pekerja kerana para pekerja lah yang

sentiasa berhadapan dengan risiko setiap hari. Mereka juga yang melakukan segala kerja di tapak

binaan. Kemungkinan maklumbalas yang diberikan adalah baik dan sesuai untuk dilaksanakan di

tapak projek seperti contoh pemakaian alat perlindungan diri (PPE).

6.2.3 Minit mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan

sekali mempunyai isu-isu yang perlu diberi perhatian. Segala isu-isu keselamatan dan kesihatan yang

dibangkitkan perlu dibawa kepada pengetahuan pihak pengurusan supaya langkah sewajarnya boleh

diambil dan diketahui umum serta dapat dilasanakan dengan mudah.

6.2.4 Mengkaji hasil pemeriksaan dan audit di tempat kerja

Bagi melakukan semakan semula, hasil pemeriksaan dan audit yang dilakukan di tempat kerja boleh

dinilai untuk melihat di manakah isu-isu keselamatan, kesihatan dan alam sekitar sering berlaku.

Dengan mengenalpasti di mana isu-isu tersebut sering berlaku, majikan lebih mudah mengambil

tindakan bagi membetulkan keadaan dan mengawal hazard-hazrad yang terdapat di tapak pembinaan.

27

Page 28: WPA SHO EXAM

6.2.5 Mengkaji dan menilai proses kerja

Setiap proses kerja mempunyai hazard dan risiko yang berlainan. Oleh itu adalah penting untuk

mengkaji setiap proses yang terlibat supaya semua aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa diambil

perhatian. Dengan itu langkah kawalan yang khusus dapat diambil bagi mencegah dari berlakunya

kemalangan di tapak pembinaan.

6.2.6 Menyediakan borang maklumbalas latihan dan kemahiran

Majikan boleh menyediakan borang maklumbalas latihan bagi mengetahui tahap kefahaman pekerja

setelah mereka menjalani latihan. Borang maklumbalas boleh digunakan sama ada pekerja

mengikuti latihan secara dalaman/ ‘in-housetraining’ atau yang mengikuti latihan secara luaran.

Borang maklumbalas kemahiran pula boleh disediakan bagi diisi oleh pekerja setelah tiga atau enam

bulan mereka menjalani latihan. Melalui kaedah ini majikan akan mengetahui tahap kemahiran

pekerja dan tahap pengetahuan mereka terhadap aspek-aspek keselamatan dan kesihatan dan mereka

benar-benar terlatih untuk melakukan kerja yang diperlukan.

6.2.7 Mengkaji rekod kemalangan dan kesihatan

Rekod kemalangan yang ada perlu dikaji dan dianalisa bagi mengenalpasti punca-punca kemalangan,

kawasan kemalangan, masa berlaku dan jenis kecederaan. Maklumat yang diperolehi dari rekod

tersebut boleh dijadikan landasan kepada majikan untuk mengetahui kelemahan sistem yang ada dan

seterusnya tindakan pembetulan dan pencegahan boleh diambil.

28

Page 29: WPA SHO EXAM

6.2.8 Menyemak rekod kecederaan, penyakit dan keracunan

Setiap kecederaan, penyakit dan kes keracunan perlu direkodkan bagi membolehkan kajian lanjut

dilakukan terhadap kes yang berlaku. Ia juga boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan dan

rujukan pada masa akan datang selain sebagai panduan kepada langkah kawalan yang hendak

diambil.

6.2.9 Memeriksa rekod jentera/mesin

Semua rekod jentera dan mesin perlu disimpan dengan baik kerana jika berlaku sesuatu kemalangan,

ia diperlukan sebagai maklumat penting dalam siasatan yang dilakukan. Oleh itu rekod-rekod yang

berkaitan dengan jentera dan mesin perlu diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik

dan selenggaraan hendaklah dilakukan mengikut tempoh masa yang ditentukan oleh pengeluar atau

peruntukan perundangan.

6.2.10 Menyemak rekod latihan pekerja

Bekerja di tapak pembinaan bukan lah kerja yang boleh dilakukan dengan sambil lewa sahaja,

sebaliknya pekerja perlu diberi latihan bersesuaian dengan kerja yang dilakukan di samping

mengikuti latihan induksi dan khusus untuk ‘green card’. Jika terdapat pekerja yang belum

mengikuti latihan yang diperlukan, majikan bertanggungjawab mengambil tindakan untuk

memastikan mereka dihantar mengikuti latihan yang berkaitan.

29

Page 30: WPA SHO EXAM

6.3 MANFAAT LANGKAH KAWALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Setiap usaha yang diambil untuk pengawalan, pencegahan, dan penghapusan hazard keselamatan dan

kesihatan mempunyai manfaatnya. Manfaat yang diperolehi oleh majikan hasil dari langkah-

langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil adalah banyak terutamanya dari segi kos yang

tersembunyi. Berikut adalah antara manfaat yang diperolehi hasil daripada langkah-langkah yang

telah diambil.

Manfaat yang paling ketara yang akan diperolehi ialah pengurangan jumlah kemalangan di tempat

kerja. Ini akan memelihara imej syarikat dan akan meningkatkan keyakinan kerajaan kerana syarikat

dapat menyiapkan projek pembinaan dengan baik tanpa melibatkan banyak kemalangan terutamanya

kemalangan serius yang menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal.

Kemalangan yang kurang berlaku di tapak pembinaan akan membolehkan syarikat menggunakan

sepenuhnya tenaga pekerja yang ada dan perbelanjaan untuk bayaran gaji pekerja dapat

dimanfaatkan sepenuhnya. Para pekerja dapat melakukan kerja dengan efektif tanpa ada gangguan

dari segi pembaziran masa bekerja seperti cuti sakit, kecederaan dan kerugian dari segi harta benda.

Tahap keselamatan dan kesihatan pekerja akan meningkat. Mereka dapat melaksanakan tugas setiap

hari tanpa rasa kurang selesa dan terancam dengan hazard yang ada. Ini akan meningkatkan motivasi

para pekerja kerana mereka tidak rasa bimbang terhadap bahaya di tempat kerja dan secara tidak

langsung mereka akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja mereka. Keadaan ini merupakan

situasi yang baik kepada syarikat kerana tidak menghadapi masalah disiplin atau motivasi yang

rendah para pekerja.

30

Page 31: WPA SHO EXAM

Selain daripada itu, syarikat juga tidak memerlukan peruntukan perbelanjaan yang banyak untuk

menampung kos rawatan perubatan pekerja yang tercedera, kehilangan masa bekerja para pekerja.

Syarikat juga tidak perlu membayar wang pampasan jika melibatkan kemalangan yang serius dan

pekerja terpaksa berhenti kerja kerana sudah tidak berupaya untuk bekerja lagi atau pun melibatkan

kematian pekerja.

Syarikat juga dapat mengelakkan dari membayar saman yang mungkin dikeluarkan oleh pihak

Kerajaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga bebas dari notis atau arahan

untuk mengambil beberapa langkah segera bagi tindakan pembetulan atau menghentikan operasi buat

sementara waktu yang pastinya akan turut melibatkan kos yang merugikan syarikat.

Semakin lama seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, maka kemahirannya juga akan turut

semakin tinggi. Untuk mendapatkan seorang pekerja yang mahir adalah sangat tinggi kosnya. Oleh

itu, melalui program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan, secara tidak langsung syarikat

dapat memastikan pekerja yang mempunyai kemahiran ini dapat terus bekerja dengan baik tanpa

menimbulkan masalah seperti berlaku kemalangan. Dengan itu syarikat tidak perlu mengambil

pekerja yang baru dan mengeluarkan perbelanjaan untuk melatihnya bagi memastikan pekerja

tersebut benar-benar mahir.

Komitmen syarikat untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin di tapak pembinaan

kemungkinan akan membolehkan syarikat menerima penghargaan dan anugerah –anugerah seperti

dari aspek keselamatan dan kesihatan atau alam sekitar yang diberikan oleh agensi kerajaan atau

persatuan seperti Persatuan Pegawai Keselamtan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH).

31

Page 32: WPA SHO EXAM

7.0 KESIMPULAN

Pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah berkait rapat dengan pencegahan

kemalangan, penyakit dan keracunan serta kebajikan orang yang sedang bekerja. Selain itu, semua

pihak mesti berusaha untuk melindungi orang lain yang tidak berkaitan dengan sesuatu pekerjaan

terlibat dengan kemalangan dari sesuatu aktiviti pekerjaan perusahaan yang dilakukan.

Pihak pengurusan mestilah memastikan semua kegiatan pekerjaan sama ada jentera, mesin, bahan

yang digunakan dan sebagainya tidak membahayakan pekerja dan orang lain sejajar dengan cita-cita

Negara untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

Sementara itu para pekerja juga perlu turut sama menjaga keselamatan dan kesihatan mereka di

tempat kerja agar mereka terus dapat mencari rezeki tanpa memudaratkan keselamatan dan kesihatan

mereka. Sebagaimana Allah memerintahkan supaya kita menjadikan semua kegiatan hidup sebagai

beribadah kepada Allah menepati firmannya yang bermaksud “Dan ingatlah aku tidak menjadikan jin

dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada aku”.

32

Page 33: WPA SHO EXAM

7.0 RUJUKAN/SUMBER

1. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Peraturan-Peraturan. MDC

publisher Sdn Bhd. 2004.

2. Electronic Library of Construction Occupational Safety and Health. Ergonomic

Hazard for each trade. 2005

http://www.cdc.gov/elcosh/docs/d0100/d000113/d000113.html

3. Electronic Library of Construction Occupational Safety and Health. An Analysis of

Fatal Events in the Construction Industry 2003. 2005

http://www.cdc.gov/elcosh/docs/d0600/d000689/d000689.html

4. Electronic Library of Construction Occupational Safety and Health. Fall – The

Number One Cause of Construction Deaths. 2005

http://www.cdc.gov/elcosh/docs/d0100/d000145/d000145.html

5. Factory And Machinery Act With Regulations. MDC Publishers Sdn Bhd. 2004

6. Manual Kursus Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Modul 1, Modul 2, modul 3,

Modul 4.

7. World Weather Information Services. 2007

http://www.wordweather.org/020/c00078.htm

8. Dosh Guide Line for Hirarc 2008.

33