Yang Berbahagia Tuan Guru Besar

2
Yang berbahagia tuan guru besar Yang diberusaha barisan guru-guru penolong kanan Yang dihormati guru-guru dan Yang dikasihi bakal mahasiswa-mahasiswi Selamat Sejahtera diucapkan. Pada minggu ini Saya, Cik dan Cg akan menjalankan tugas. Sebarang masalah murid boleh berjumpa dgn kami pada waktu rehat di bilik Guru. Tajuk saya pada pagi ini ialah MENGHORMATI GURU Kenapa cikgu pilih tajuk ini kerana rasa hormat murid pada guru semakin pudar. Ada beberapa cara murid boleh menunjukkan rasa hormat pada guru. 1.Guru akan berasa dihargai apabila murid menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kamu semua. Guru juga mendidik anda supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, murid boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Murid juga tidak boleh sombong terhadap guru. 2. Murid juga boleh menghormati guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah yang diberikannya. Murid mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jadi,guru wajar dihormati dan dihargai kerana selalu membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. 3. Murid juga boleh menghormati guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan anda berjaya dalam pelajaran. Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, murid perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.

Transcript of Yang Berbahagia Tuan Guru Besar

Yang berbahagia tuan guru besarYang diberusaha barisan guru-guru penolong kananYang dihormati guru-guru dan Yang dikasihi bakal mahasiswa-mahasiswi Selamat Sejahtera diucapkan.

Pada minggu ini Saya, Cik dan Cg akan menjalankan tugas. Sebarang masalah murid boleh berjumpa dgn kami pada waktu rehat di bilik Guru.

Tajuk saya pada pagi ini ialah MENGHORMATI GURU Kenapa cikgu pilih tajuk ini kerana rasa hormat murid pada guru semakin pudar. Ada beberapa cara murid boleh menunjukkan rasa hormat pada guru.

1. Guru akan berasa dihargai apabila murid menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kamu semua. Guru juga mendidik anda supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, murid boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Murid juga tidak boleh sombong terhadap guru.

2. Murid juga boleh menghormati guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah yang diberikannya. Murid mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jadi,guru wajar dihormati dan dihargai kerana selalu membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

3. Murid juga boleh menghormati guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan anda berjaya dalam pelajaran. Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, murid perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.

4. Murid boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Murid boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Menghormati guru juga bermaksud menghindari daripada menyinggung perasasan guru, bercakap dengan baik dengan guru dengan menggunakan bahasa yang sopan, tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.Cikgu mengharapkan semua murid dapat melakukan amalan ini keranamenghormati guru sangat diutamakan dalam menuntut ilmu.Murid yang ikhlasmenghormati guru akan mudah menerima setiap pelajaran yang dituntut.Sekian dan terima kasih.