YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan...

21
KERTAS KERJA HELP! CAMBODIA PROJEK KEBAJIKAN MASYARAKAT MUSLIM KEMBOJA YAYASAN IKHLAS

Transcript of YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan...

Page 1: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

KERTAS KERJA

HELP! CAMBODIA

PROJEK KEBAJIKAN

MASYARAKAT MUSLIM

KEMBOJA

YAYASAN IKHLAS

Page 2: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

Tajuk:

HELP! Cambodia

Tarikh:

Sepanjang 2018

Tempat:

Kampung Senjumren, Tboung Khmom

Kampung Olung, Kratie

Anjuran:

Yayasan Ikhlas

Disediakan oleh:

Mohamad Fathil Aqil Abdullah

Pembantu Pegawai Operasi, Yayasan Ikhlas

YAYASAN IKHLAS

Page 3: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

ISI KANDUNGAN

No Huraian

1 Tujuan

2 Pengenalan

3 Objektif

4 Sasaran

5 Strategi Perlaksanaan

6 Plan Tindakan

7 Perlaksanaan Program

8 Urusetia

9 Tentatif

10 Anggaran Belanjawan

11 Penutup

12 Lampiran

i. Tentatif ( Lampiran 1 )

ii. Urusetia ( Lampiran 2 )

iii. Belanjawan ( Lampiran 3 )

iv. Gambar ( Lampiran 4 )

YAYASAN IKHLAS

Page 4: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

1

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon KERJASAMA SERTA

SUMBANGAN dari pelbagai pihak dalam menjayakan projek kebajikan

HELP! Cambodia anjuran Yayasan Ikhlas.

2.0 PENGENALAN

HELP! Cambodia merupakan projek kebajikan yang diinisiatifkan oleh

Yayasan Ikhlas di lokasi perkampungan muslim miskin di Kemboja.

Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai

pelbagai lapisan etnik dan didominasi oleh Khmer, bangsa teras yang

beragama Buddha. Di antara bangsa minoriti yang ada adalah bangsa

Cham; bangsa yang mula datang ke bumi Kemboja sekitar tahun 1826

hingga 1836.

Cham merupakan bangsa yang berasal dari kerajaan Melayu Champa yang

pernah memerintah sekitar abad ketujuh hingga tahun 1832. Wilayah

pemerintahan kerajaan Champa meliputi dari bahagian tengah serta selatan

tanah Vietnam masa kini amatlah strategik kerana laluan lautan yang

menghubungkan perdagangan di antara China dengan India, Gujerat, dan

Arab adalah dibawah kekuasaan Champa. Oleh yang demikian, Champa

mempunyai kekuatan maritim sehingga banyak kerajaan ketika itu

membina hubungan diplomatik disamping ada beberapa kerajaan yang

konsisten menyerang contohnya kerajaan Dai Viet, jiran terdekat mereka

sendiri. Pengislaman besar-besaran masyarakat Cham berlaku pada abad

ke-17 bila mana kerajaan diraja

YAYASAN IKHLAS

Page 5: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

2

Champa telah memeluk Islam lalui dituruti rakyat jelata. Akibat dari usaha

perluasan kuasa Dai Viet menyebabkan tumbangnya kerajaan Champa

sepenuhnya pada tahun 1832 dan masyarakat Cham melarikan diri ke

beberapa kawasan seperti Kemboja, pantai timur Malaysia, Acheh, dan

Pulau Hainan. Kebanyakan mereka yang melarikan diri ke Kemboja telah

membentuk komuniti di sebuah wilayah yang kini dinamakan sebagai

Kampong Cham serta di sekitar tepian Sungai Mekong.

Berlalu masa yang panjang dalam sejarah Kemboja seperti penjajahan

Perancis serta perubahan pimpinan parti kerajaan pasca penjajahan, ia

tidaklah seperit ketika dalam tempoh pemerintahan kuku besi Khmer

Rouge oleh Pol Pot. Walaupun tempoh tersebut tidaklah memakan masa

yang lama kerana hanya berlaku sekitar 1975 hingga 1979 namun ia

membekas sehingga ke hari ini. Polisi kerajaan pimpinan Pol Pot yang

taksub pada ajaran komunis menyebabkan masyarakat Cham juga menjadi

mangsa utama kekejamannya dimana para ulamak, para ustaz, dan para

imam dibunuh beramai-ramai. Dalam masa sesingkat tiga tahun lapan

bulan dan 10 hari sahaja, dianggarkan setengah juta masyarakat Islam

terutamanya yang berbangsa Cham telah dibunuh secara kejam dan hanya

sejumlah 100000 orang sahaja yang tinggal pada ketika itu. Biarpun pada

masa kini keadaan kembali aman di Kemboja, namun parut kezaliman Pol

Pot masih mengesani masyarakat Cham di Kemboja dan ia terbukti bila

melihat kelompongan individu yang terkehadapan dalam memimpin

masyarakat Cham untuk menjana pendapatan hidup serta pendidikan

dengan lebih baik masih belum selesai. Oleh yang demikian, majoriti

daripada mereka ini masih hidup di bawah kadar kemiskinan yang amat

dahsyat.

YAYASAN IKHLAS

Page 6: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

3

Pada tahun-tahun sebelum ini, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan

beberapa projek seperti sumbangan korban dan akikah di Kemboja. Untuk

kali ini, pihak kami merancang untuk memperluaskan lagi bentuk bantuan

yang boleh disampaikan dan difokuskan pada tiga jenis sumbangan utama:

Bantuan pembinaan telaga tiub untuk bekalan air bersih

Bantuan pendidikan dari segi infrastruktur sekolah serta alat bantu

belajar

Tajaan sahur dan berbuka puasa di bulan Ramadhan, jamuan

sempena Aidilfitri serta sumbangan daging korban dan akikah

sempena Aidiladha

Pada tahun 2017, Yayasan Ikhlas telah berjaya menyampaikan sumbangan

daging korban dan akikah sebanyak 28 ekor lembu dan dua ekor kambing

manakala bantuan untuk kos operasi sekolah seperti bayaran gaji

tertunggak guru-guru sekolah telah diberikan. Untuk tahun 2018, Yayasan

Ikhlas mensasarkan sumbangan yang akan disampaikan akan memberi

manfaat seramai 1000 orang golongan fakir dan miskin di Kemboja.

Justeru ini, Yayasan Ikhlas dengan rendah hati mengajak mana-mana

badan, syarikat, dan individu untuk bersama kami menjayakan projek

HELP! Cambodia 2018 ini. Moga dengan pelaksanaan projek ini menjadi

bukti keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik biarpun

sempadan geografi jauh memisahkan disamping membawa keberkatan

kepada para penyumbang, insyaAllah.

YAYASAN IKHLAS

Page 7: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

4

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengajak rakyat Malaysia membantu bersama dalam menjalankan

sumbangan untuk keperluan komuniti miskin di Kemboja seperti

bekalan air bersih serta kemudahan pendidikan.

3.2 Menggalakan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan

sukarelawan dari mana-mana persatuan, dan institusi pendidikan

serta latihan untuk memberikan servis kesukarelawanan mahupun

kepakaran dalam menambahbaik kehidupan komuniti miskin di

Kemboja.

3.3 Menyediakan fasiliti yang lengkap untuk kegunaan komuniti miskin

di Kemboja sekaligus memberi peluang khususnya untuk generasi

muda dari kalangan mereka menjalani hidup dengan lebih baik.

3.4 Membantu mewujudkan budaya lebih baik dalam kalangan anak-

anak dan remaja komuniti miskin di Kemboja agar mereka membina

peluang memajukan diri dengan lebih baik pada masa hadapan.

4.0 SASARAN

Projek HELP! Cambodia ini merupakan sebuah projek jangka panjang dan

dalam setiap misi ke lokasi sasaran, Yayasan Ikhlas akan membawa

bersama sumbangan dari rakyat Malaysia sama ada berbentuk wang

mahupun material mengikut kesesuaian dan keperluan. Untuk tahun 2018,

dua misi akan dilaksanakan:

25 – 28 Jun 2018 (bantuan pembinaan telaga tiub, sumbangan

kewangan untuk kos operasi sekolah, jamuan sempena Aidilfitri)

YAYASAN IKHLAS

Page 8: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

5

21 – 26 Ogos 2018 (sumbangan korban dan akikah sempena

Aidiladha, infrastruktur sekolah, dan bahan bantu belajar)

Pada bulan Mac 2017, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan satu misi tinjauan

lokasi strategik untuk penyampaian sumbangan kepada masyarakat Melayu

Cham muslim di Kemboja. Pemilihan untuk meninjau dua lokasi ini adalah hasil

daripada permintaan seorang sukarelawan Yayasan Ikhlas yang mempunyai

kenalan yang berasal dari Kemboja ketika mereka sama-sama melanjutkan

pengajian suatu ketika dulu. Hasil daripada misi ini, dapat disimpulkan bahawa

masyarakat tersebut masih terbelenggu dalam kemiskinan yang dahsyat

disamping kurangnya bantuan pendidikan diterima mereka.

YAYASAN IKHLAS

Page 9: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

6

KAMPUNG SENJUMREN, TBOUNG KHMOM

135 buah keluarga menetap di kampung ini.

3,247 buah keluarga menetap di sekitar kampung-kampung berdekatan

kampung ini. Bantuan korban dan akikah yang dilaksanakan oleh Yayasan

Ikhlas baru-baru ini telah dikongsikan dagingnya pada lebih 30 buah

kampung.

Hanya mempunyai sebuah sekolah rendah sahaja di kampung ini yang

menampung 116 orang anak murid. Bilangan kelas serta tenaga pengajar

yang terhad menyebabkan ada beberapa keluarga tidak menghantar anak

mereka ke sekolah.

Di kampung ini masih kekurangan lebih 75 buah telaga tiub untuk

kemudahan bekalan air bersih di setiap rumah.

YAYASAN IKHLAS

Page 10: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

7

YAYASAN IKHLAS

Page 11: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

8

KAMPUNG OLUNG, KRATIE

187 buah keluarga di kampung ini.

3, 197 buah keluarga yang menetap

di kampung-kampung berhampiran

kampung ini.

Sebuah pondok usang dijadikan

kelas untuk 90 orang anak-anak

murid belajar asas pendidikan

Islam.

YAYASAN IKHLAS

Page 12: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

9

YAYASAN IKHLAS

Page 13: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

10

5.0 JENIS SUMBANGAN

KORBAN DAN AKIKAH

Tahun 2017 menjadi tahun keempat Yayasan Ikhlas melaksanakan amanah

ibadah korban dan akikah yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Tahun ini

juga menyaksikan penambahan bilangan penyertaan lembu korban

sebanyak 28 ekor. Yayasan Ikhlas juga meluaskan capaian sasaran

penerima daging korban di tiga lokasi utama:

Kampung Senjumren, Tboung Khmom

Kampung Olung, Kratie

Kampung Congklong, Pursat

Untuk tahun mendatang, Yayasan Ikhlas mensasarkan lebih banyak lagi

penyertaan korban kerana pencapaian sedia ada sebenarnya masih belum

mencukupi untuk setiap keluarga di tiga lokasi utama serta kampung di

sekelilingnya menikmati daging lembu. Disamping itu, Yayasan Ikhlas

juga membuka peluang mana-mana pihak untuk bekerjasama sama ada.

membantu mencari penyertaan korban dan akikah ataupun menyertai misi

penyampaian sumbangan korban dan akikah pada tahun akan datang

YAYASAN IKHLAS

Page 14: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

11

TELAGA TIUB

Dek kerana pembangunan luar bandar yang masih belum maju, kesemua

rumah penduduk kawasan pedalaman Kemboja bergantung kepada perigi

atau telaga tiub untuk mendapatkan bekalan air bersih. Air bawah tanah

yang digali sedalam 5 hingga 20 meter ini menjadi nadi penting dalam

kehidupan seharian masyarakat miskin ini.

Yayasan Ikhlas lebih mengutamakan pembinaan telaga tiub kerana ia lebih

mudah dibina yang hanya memakan masa sepantas tiga atau empat hari

untuk satu unit disiapkan. Disamping itu, ia juga lebih selamat digunakan

hampir semua lapisan ahli keluarga baik dari kanak-kanak hingga dewasa.

Pembinaan perigi memberi risiko lain selain ia juga sukar dibina dan

memakan masa yang panjang untuk disiapkan.

Melalui projek ini, Yayasan Ikhlas mensasarkan setiap sebuah rumah

mempunyai satu telaga tiub kerana ia merupakan keperluan asasi sesebuah

keluarga disamping ia membantu menjaga privasi untuk mandi, membasuh

pakaian dan peralatan, serta menjimatkan masa kerana jika satu telaga tiub

dikongsi beberapa buah rumah, ia akan menyukarkan.

YAYASAN IKHLAS

Page 15: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

12

Di peringkat awal, Yayasan Ikhlas mensasarkan untuk mengutamakan

keperluan akses air bersih di Kampung Senjumren dahulu dan 75 unit akan

berjaya disumbangkan pada tahun ini.

YAYASAN IKHLAS

Page 16: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

13

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Untuk bantuan ini pula, Yayasan Ikhlas hanya memfokuskan pada

pembangunan fasiliti Sekolah Islam Senjumren (SIS) yang dikelolakan

oleh Ustaz Soleh Muhammad, mudir sekolah tersebut. Ustaz Soleh yang

merupakan wakil Yayasan Ikhlas di sana merupakan graduan dari

Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan mampu bertutur dalam bahasa

Cham, bahasa Khmer, bahasa Arab, dan juga bahasa Melayu. Beliau

pernah menuntut di Malaysia sebelum melanjutkan pengajian di Arab

Saudi dan beliau mengambil keputusan untuk kembali berbakti di tempat

asal beliau atas dasar kesedaran untuk membangunkan pendidikan di

kampung beliau.

SIS merupakan salah sebuah usaha murni bekas pensyarah di salah sebuah

universiti tempatan di Malaysia, almarhum Dr. Mohd Faiz dan sekolah ini

mula dibina serta beroperasi pada tahun 2008. Selepas meninggal dunianya

Dr. Mohd Faiz, projek pembangunan infrastruktur sekolah ini tertangguh

dek kerana tiada pantauan serta bantuan kewangan. Mulai tahun 2014,

Ustaz Soleh serta para guru sedia ada menyusun kembali pentadbiran

sekolah ini dan berjaya mendaftarkan SIS di bawah pejabat akademik

daerah (kurikulum SIS diiktiraf kementerian pendidikan Kemboja).

Untuk pendidikan Islam pula, pihak SIS bekerjasama dengan Yayasan Al-

Rahmah, salah satu badan bukan kerajaan Islam terbesar di Kemboja untuk

menyusun atur silibusnya. Kesemua usaha murni ini tak lain dan tak bukan

hanyalah demi memastikan penerusan budaya ilmu yang baik pada

kalangan generasi kanak-kanak disamping membina masa depan yang

cerah buat masyarakat Melayu Cham sendiri.

YAYASAN IKHLAS

Page 17: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

14

Oleh yang demikian, dibimbangi kekurangan dari sudut bahan bantu

belajar dan infrastruktur sekolah akan merencatkan usaha mulia ini.

Yayasan Ikhlas bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam

membantu menyambung pembangunan SIS ini. Pada peringkat awal ini,

sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kitab Iqrak untuk kegunaan murid-murid dalam menguasai ilmu

tajwid serta bacaan Al-Quran. Kitab Iqrak yang digunakan di SIS

adalah sama seperti yang digunakan di Malaysia.

Bantuan alat tulis untuk kegunaan murid-murid serta guru seperti

pensel, pemadam, pen marker, dan lain-lain.

Pembinaan bilik kelas baru, kantin, dan perpustakaan serta baikpulih

kemudahan sekolah seperti tandas.

Kos pengurusan SIS seperti bil elektrik dan gaji guru.

YAYASAN IKHLAS

Page 18: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

15

TAJAAN BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR SERTA JAMUAN

AIDILFITRI

Ini merupakan inisiatif terbaru oleh Yayasan Ikhlas untuk tahun 2018 dimana ia

akan membuka peluang kepada para penyumbang di Malaysia untuk sama-sama

berkongsi rasa gembira sempena meraikan bulan Ramadhan dan Aidilfitri.

Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa

dan sahur untuk 50 buah keluarga miskin sebanyak dua kali. Manakala tajaan

yang sama juga akan disediakan pada sepanjang bulan ini di Masjid Kampung

Senjumren untuk para jemaah yang datang beriktikaf dan bertalaqqi ilmu Al-

Quran serta fardhu ain.

YAYASAN IKHLAS

Page 19: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

16

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN HELP! CAMBODIA 2017

BIL BANTUAN HARGA SASARAN JUMLAH

1 Korban dan akikah RM 350 satu

bahagian lembu

7 bahagian x

50 ekor

RM 122,500

2 Telaga tiub RM 130 satu lot 10 lot x 75

unit

RM 97,500

3 Pembangunan pendidikan

- Wakaf iqrak

- Alat tulis kelas

- Infrastruktur sekolah

- Kos pengurusan

RM 20 seunit

RM 50 sekelas

RM 170,000

RM 3,000 sebulan

60 unit

6 kelas

-

3 bulan

RM 1,200

RM 300

RM 170,000

RM 9,000

4 Tajaan berbuka puasa dan

sahur

- Keluarga miskin

- Individu jemaah

masjid

RM 60 sekeluarga

RM 25 seorang

100 buah

keluarga

35 orang x

30 hari

RM 6,000

RM 26,250

JUMLAH KESELURUHAN RM 432,750

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

6.1 Mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan,

korporat dan swasta bagi menaja keperluan projek HELP! Cambodia

2018.

6.2 Membina hubungan strategik dengan Kementerian Luar Negeri

melalui Kedutaan Malaysia di Kemboja.

YAYASAN IKHLAS

Page 20: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

17

6.3 Menggerakkan para sukarelawan untuk melaksanakan kempen

penerangan dan kutipan sumbangan seperti ceramah di lokasi-lokasi

bersesuaian seperti masjid, surau, institusi kerajaan dan swasta.

6.4 Mengadakan kerjasama dengan badan-badan media cetak dan

elektronik dalam menyebarluaskan makluman usaha kempen ini.

7.0 URUSETIA

Penasihat : Dato’ Mohd Rosli Ramli

Pengerusi, Yayasan Ikhlas

Pengarah : Ir. Haji Kamaruddin Kassim,

Pengurus Besar, Yayasan Ikhlas

Bendahari : Siti Aisyah Mat Rani

Pegawai Kewangan

Logistik : 1. Syafiq Syahmi Sazali

Pegawai Tugas-Tugas Khas (012-9790211)

2. Ustaz Luqman Afifi Sabri

Pegawai Operasi (019-3421384)

3. Mohamad Fathil Aqil Abdullah

Pembantu Pegawai Operasi (019-6159496)

4. Ustaz Soleh Muhammad

Wakil Yayasan Ikhlas di Kemboja

YAYASAN IKHLAS

Page 21: YAYASAN IKHLASyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-help-cambodia-2018.pdf · Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa dan sahur untuk 50 buah

18

Pengarah:

- Menyelaras dan meyelenggara segala urusan berkaitan projek seperti

surat rasmi, mesyuarat dan laporan.

- Mengambil tahu kesemua perkembangan semasa dan keperluan projek

- Membuat keputusan dan arahan bagi setiap perkara berkaitan projek

berdasarkan pendapat, pengalaman dan pengetahuan yang diterima atau

dibincangkan dalam mesyuarat.

Bendahari:

- Mengurus urusan keluar masuk dana berserta resit.

- Memastikan pengurusan dana yang telus, berkesan, dan sistematik.

Logistik:

- Mengurus keperluan serta persediaan projek.

- Merancang dan melaksanakan promosi untuk meraih sumbangan pihak

korporat dan orang awam.

- Memastikan bahagian media projek terjaga dari segi berita, gambar, dan

video.

8.0 PENUTUP

Besar harapan kami di Yayasan Ikhlas agar usaha murni ini mendapat

dokongan serta sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.

Sumbangan berbentuk kewangan terutamanya amatlah diperlukan demi

menjadikan kehidupan komuniti Melayu Cham di Kemboja ini lebih

terkehadapan sehingga mampu membawa diri keluar dari kepompong

kemiskinan.

YAYASAN IKHLAS