YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata...

8
1 UCAPAN YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR, MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) PADA 25 JULAI 2016 Terima kasih pengacara Majlis; YB DATUK IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBHG. DATIN HAJJAH ASIAH BINTI MOHD NOOR; YBHG. DATO’ SRI AZIZAN BIN AHMAD, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBHG. DATIN SRI NORIDZAN BINTI ABDUL RANI, YBHG. DATO’ DR. NADZRI BIN YAHYA Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) YBHG. DATO’ SR DR. AZIMUDDIN BIN BAHARI Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar) YBHG. DATO’-DATO KETUA-KETUA PENGARAH Jabatan-Jabatan di bawah NRE Setiausaha-Setiausaha Bahagian Rakan-Rakan Media Tuan-tuan dan Puan-Puan para hadirin sekalian. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARKATUH DAN SALAM 1NRE.

Transcript of YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata...

Page 1: YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri, sekian WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

1

UCAPAN YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) PADA

25 JULAI 2016

Terima kasih pengacara Majlis; YB DATUK IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBHG. DATIN HAJJAH ASIAH BINTI MOHD NOOR; YBHG. DATO’ SRI AZIZAN BIN AHMAD, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBHG. DATIN SRI NORIDZAN BINTI ABDUL RANI, YBHG. DATO’ DR. NADZRI BIN YAHYA Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) YBHG. DATO’ SR DR. AZIMUDDIN BIN BAHARI Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar) YBHG. DATO’-DATO KETUA-KETUA PENGARAH Jabatan-Jabatan di bawah NRE Setiausaha-Setiausaha Bahagian Rakan-Rakan Media Tuan-tuan dan Puan-Puan para hadirin sekalian. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARKATUH DAN

SALAM 1NRE.

Page 2: YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri, sekian WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

2

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pihak urusetia yang telah sudi menjemput saya ke Majlis

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri NRE yang kita adakan pada hari ini.

Hari ini merupakan hari ke 20 Syawal 1437 Hijrah dan memandangkan

kita masih lagi berada di bulan Syawal, saya dan isteri saya ingin

mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga NRE serta jabatan-

jabatan di bawahnya.

Hadirin yang dihormati sekalian

2. Kita sebagai rakyat Malaysia adalah sangat beruntung kerana kita

di negara ini kita semua hidup di dalam suasana aman dan tenteram.

Dalam kita bergembira dan menikmati pelbagai jenis makanan dan

hidangan ada rakyat di negara lain yang menghitung hari menanti maut

datang akibat kebuluran dan peperangan yang melanda di negara

mereka. Sehubungan dengan itu, adalah amat penting bagi kita memastik

keamanan serta kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini dapat kita

pelihara untuk generasi-generasi yang akan datang.

3. Di Malaysia, kita mempunyai banyak perayaan untuk dirayakan.

Pelbagai jenis juadah yang disediakan mengikut perayaan yang

disambut. Kita boleh mengunjungi saudara mara dan sahabat handai

semasa berlangsungnya perayaan atau bercuti di tempat-tempat

peranginan memandangkan kita mempunyai cuti-cuti sempena perayaan

sepanjang tahun. Tetapi ada negara-negara lain yang rakyatnya

menderita kerana berlaku perperangan saudara yang mengakibatkan

negara tidak dapat dibangunkan dan bertambah buruk dengan

berlakunya krisis makanan yang mengakibatkan kebuluran.

Page 3: YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri, sekian WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

3

Hadirin yang dihormati sekalian

4. Selain daripada pelbagai sambutan perayaan di negara ini, kita juga

amat bertuah kerana negara yang kita cintai ini dianugerahkan tuhan

dengan kepelbagaian sumber asli dan alam sekitar yang kaya dengan

flora serta faunanya di mana menjadi tugas dan tanggungjawab kita

sebagai satu keluarga besar untuk menguruskannya secara lestari di

bawah satu bendera NRE.

5. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyeru agar kita

semua haruslah berganding bahu dan saling bekerja sama dalam

memastikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada kita

untuk menguruskan sumber asli dan alam sekitar secara lestari dapat

dilaksanakan dengan penuh jayanya tanya mengira sama ada kita

bertugas di Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan Pengairan dan Saliran

atau lain-lain jabatan di bawah NRE. Kita haruslah berfikir dan bertindak

sebagai satu entiti iaitu sebagai 1 Warga NRE.

Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Trend pada masa kini memperlihatkan bahawa isu-isu berhubung

sumber asli dan alam sekitar semakin mendapat perhatian bukan sahaja

di kalangan rakyat tempatan bahkan juga di peringkat antarabangsa.

Makin ramai yang mula berminat untuk mendapatkan maklumat

mengenai isu-isu berkaitan kesan perubahan iklim akibat pemanasan

global, peningkatan paras air laut, penirisan lapisan ozon dan lain-lain

lagi. Minat ini timbul apabila apa yang diramalkan 20 tahun dahulu oleh

para saintis, kesannya mula dirasai oleh kita semua yang secara tidaka

langsung turut meningkatkan kesedaran kepada kita semua betapa

Page 4: YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri, sekian WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

4

penting bagi kita untuk menguruskan sumber asli dan alam sekitar secara

mapan kerana ia saling berkait rapat. Ini ditambah pula dengan kepesatan

teknologi informasi maklumat yang memboleh kita semua mendapat

banyak maklumat-maklumat terkini dari seluruh pelusuk dunia.

7. Sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab mengenai

isu-isu yang berkaitan sumber asli dan alam sekitar, kita perlu memainkan

peranan yang lebih proaktif dalam menangani isu-isu tersebut. Matlamat

bagi meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap isu-isu

alam sekitar mungkin telah berjaya dilaksanakan. Namun ianya perlu

diteruskan dengan memberi pendidikan mengenai langkah-langkah yang

perlu diambil oleh setiap individu dalam menangani isu-isu tersebut.

Hadirin yang dihormati sekalian

8. Masa berlalu begitu pantas dan kita telahpun melepasi setengah

tahun bagi tahun 2016 ini. Sekarang ini adalah masanya bagi kita

meningkatkan segala usaha dan tenaga kita bagi memastikan apa juga

perancangan yang telah kita lakukan pada awal tahun dapat diselesaikan

mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

9. Suka juga saya menarik perhatian jabatan-jabatan di bawah NRE

yang telah sama-sama membantu sewaktu Pilihanraya Negeri Sarawak

pada bulan Mei yang lalu agar apa juga yang telah kita janjikan sewaktu

kita berkempen tempoh hari, dapat kita laksanakannya. Adalah penting

segala kerja-kerja dijalankan mengikut apa yang telah dirancangkan.

Page 5: YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri, sekian WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

5

10. Ini memerlukan perhatian serta komitmen 100% daripada

pengarah-pengarah projek agar memastikan segala projek yang

dijalankan mengikut jadual dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang

permasalahan yang kelak menyebabkan projek tersebut lewat atau

terbengkalai.

11. Setiap projek yang dijalankan perlulah dipantau. Sebarang

permasalahan yang timbul perlulah dicarikan jalan penyelesaian. Ini

adalah juga bagi mengelakkan berlakunya peningkatan dalam kos

sekiranya sesuatu projek itu tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan.

12. Bukan sahaja jabatan-jabatan yang perlu memastikan segala

projek-projek yang dijalankan dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan tetapi bantuan daripada Bahagian-Bahagian di NRE juga

adalah amat penting kerana kadang kala sesuatu projek tersebut

berhadapan dengan masalah-masalah di peringkat awalan lagi seperti

dari segi peruntukkan kewangan, perundangan sebagai contoh masalah

dalam pengambilan tanah dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, saya

menyeru agar kerjasama antara Bahagian-Bahagian dengan Jabatan-

Jabatan di bawah NRE haruslah dipereratkan. Salah satunya ialah

melalui penganjuran majlis seperti Majlis Hari Raya ini di mana kita boleh

melihat Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bersama-sama

menganjurkan majlis yang meriah ini.

Page 6: YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri, sekian WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

6

Hadirin yang dihormati sekalian,

13. Menjelang ke penghujung tahun, NRE melalui Bahagian-Bahagian

seperti Bahagian Pengurusan Perubahan Iklim, Bahagian Pengurusan

Perhutanan dan Biodiversiti akan terlibat banyak dengan perbincangan

sama ada yang akan diadakan di dalam negeri mahupun di luar negara.

Sehubungan itu, Setiausaha-Setiausaha Bahagian-Bahagian yang

terlibat perlulah memastikan agar kertas-kertas persidangan dapat

disediakan awal supaya kita lebih bersedia bagi membawa pandangan

negara terhadap isu-isu yang dibincangkan samada di peringkat dalam

mahupun luar negara.

14. Tahun 2016 turut memperlihatkan kita telah berhadapan dengan

pelbagai isu seperti penerokaan tanah secara haram, bauksit, jerebu

merentasi sempadan dan lain lain yang semuanya melibatkan NRE serta

Jabatan-Jabatan samada secara langsung mahupun tidak. Sejak saya

mula menerajui Kementerian ini saya dapati ada beberapa Akta dan

Peraturan yang sedia ada yang memerlukan semakan semula. Ada di

antara Undang-Undang sedia ada yang mungkin tidak sesuai lagi di mana

sekiranya ia tidak disemak, ini akan membantutkan usaha kita dalam

menangani isu-isu pengurusan sumber asli dan alam sekitar negara

secara lestari.

15. Selain itu, walaupun kita mempunyai beberapa Undang-Undang

dan Peraturan yang memberikan kita kuasa dalam menangani

permasalahan yang dihadapi, ia akan turut menjadi sia-isa sahaja

sekiranya aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dijalanan dibuat sambil lewa.

Saya ingin tegaskan bahawa, penguatkuasaan undang-undang adalah

kaedah yang terbaik bagi kita menangani isu-isu yang dihadapi dan kita

tidak boleh bertoleransi mengenainya.

Page 7: YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri, sekian WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

7

16. Isu-isu ini perlulah ditangani dengan bijak dan penjelasan perlulah

diberikan dengan kadar segera kepada masyarakat agar mereka

memahami perancangan dan usaha-usaha yang telah dilakukan bagi

mengatasi isu-isu tersebut. Kerjasama dengan pihak-pihak lain seperti

Kerajaan Negeri, NGOs serta ”stake holders” yang lain juga adalah tidak

kurang pentingnya bagi memastikan kita dapat mencapai Misi, Visi dan

Objektif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

17. Akhir sekali setelah semua usaha-usaha yang kita rancang dan kita

laksanakan itu, ia haruslah dimaklumkan kepada rakyat agar mereka tahu

bahawa ”We have delivered our job”. Dalam hal ini, saya juga ingin

mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan media kita

yang sering membantu kita dalam memberikan penerangan kepada

rakyat diluar sana. Pihak media juga boleh membantu kita melaporkan

apa juga isu-isu alam sekitar yang mungkin kita tidak nampak dan

perasan. Apa yang paling penting sekali ialah bagi memastikan sesuatu

permasalahan yang timbul itu dapat diselesaikan sebelum ia merebak

menjadi isu yang akhir kesanya terpaksa ditanggung oleh rakyat yang

merupakan pelanggan utama di luar sana.

18. Sesungguhnya apa yang saya sebut tadi bukanlah satu tugas yang

mudah tetapi ia memerlukan kesungguhan dan kerjasama yang erat di

antara Jabatan-Jabatan serta Bahagaian-Bahagian dengan Semangat

1NRE. Ketua-ketua Jabatan perlulah selalu turun ke padanga dan melihat

projek-projek atau program-program yang dijalankan bagi memastikan

segalanya berjalan seperti yang dirancang dan memikirkan penyelesaian

kepada sebarang permasalahan yang dihadapi.

Page 8: YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU … Ucapan NRE/Ucapan Menteri-Sa… · Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri, sekian WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

8

19. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya sekali lagi ingin

mengucapkan terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan–puan

ke Majlis Sambutan Hari Raya NRE ini dengan harapan agar tuan-tuan

dan puan akan bergembira sambil menikmati juadah yang telah

disediakan pada hari ini.

Aidilfitri diraikan sebulan;

Kunjung mengunjungi sahabat dan taulan;

Pelbagai juadah dan juga hidangan;

Salah dan silap harap dimaafkan;

Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri, sekian WABILLAHITAUFIK

WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

WABARAKATUH.

*******