Zakat Johor

download Zakat Johor

of 13

Transcript of Zakat Johor

Syarat wajibSYARAT WAJIB ZAKATPertama IslamZakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.Kedua MerdekaZakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka.Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.Ketiga Sempurna MilikHarta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdekadan bebas untuk menggunakannya.Keempat Cukup NisabNisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu hartauntuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.Kelima Sempurna HaulHarta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpananselama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)Zakat PendapatanZAKAT PENDAPATANGaji / PendapatanGaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.Kaedah pengiraan Zakat PendapatanIaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :a. Sara diri RM 9,000.00b. Isteri RM 3,000.00 x Bilangan isteric. Anak RM 1,000.00 x Bilangan anakd. Mereka yang dibawah tanggungannya.2. Perubatan3. PendidikanContoh pengiraanA. PendapatanGajiRM 36,000.00

ElaunRM 6,200.00

BonusRM 4,000.00

Jumlah pendapatan SetahunRM 46, 200.00

B.Perbelanjaan

Penolakan

Saraan diriRM 9,000.00

IsteriRM 3,000.00

Anak RM 1,000.00 x 4 orangRM 4,000.00

Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulanRM 2,400.00

Perubatan anak RM200.00 x 12 bulanRM 2,400.00

Jumlah penolakan setahunRM 20,800.00

Pendapatan (A) Perbelanjaan (B)RM 25,400.00

Zakat = RM 25,400.00 x 2.5%RM 635.00 (setahun)

*RM 53.00 (sebulan)

* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.

Zakat SimpananZAKAT WANG SIMPANANWang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain simpananNisab Wang SimpananMenyamai nilai semasa 85 gram emas.Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.Kadar Wajib Zakat1/40 atau 2.5%dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% =RM 250.00Pengiraan simpanan tidak tetap(keluar & masuk) Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul Pemilik beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab. Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat.contoh 1: Simpanan dalam satu akaunTarikhMasuk/DividenKeluarBaki

1/1/20052,000.002,000.00

5/3/20058,000.0010,000.00

25/10/2005(faedah) 150.004,500.005,650.00

15/3/2006500.006,150.00

10/4/2006250.005,900.00

Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5 mac 2005 15 mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah) Zakat yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah bank yang diterima) RM5,650.00 RM150.00 (faedah) x 2.5% = RM137.50 (diandaikan kadar nisab ialah pada RM5,300.00)contoh 2: Simpanan dalam beberapa akaunAkaun 1

TarikhMasuk/DividenKeluarBaki

2/3/20057,000.00

28/72005500.006,500.00

30/12/2005300.006,800.00

15/3/20066,400.00400.0012,800.00

2/4/20062,000.0014,800.00

Akaun 2

TarikhMasuk / DividenKeluarBaki

1/3/20057,500.007,500.00

28/11/20054,500.003,000.00

25/3/20061,500.004,500.00

20/4/2006100.004,600.00

Tempoh haul bermula pada 1 mac 2005 Zakat yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun x 2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00)x 2.5% = RM237.50Pengiraan Simpanan tetap (fixed deposite) Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya. Contoh pengiraan : ahmad mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM 50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun. Zakat ialahRM 50,000.00 x 2.5% = RM1,250.00

Zakat PerniagaanZAKAT PERNIAGAANIaitu dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham. Termasuk di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat untung dan rugi. Selain daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah : Mempunyai niat berniaga Perniagaan yang halalHarta perniagaan yang dikira dalam penentuan zakat Barang perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa) Wang tunai di tangan Wang tunai di bank Hutang niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar semula Pelaburan dari hasil perniagaan (jangka pendek)Kadar Nisab Menyamai nilai semasa85 gram emas.Kadar Wajib 2.5 % atau 1/40daripada harta perniagaan yang cukup nisabPengiraan ZakatKaedah pengiraan Zakat Perniagaan adah berdasarkan kepada penyata kunci kira-kira syarikat bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan berbeza yang boleh digunakan, namun ianya berasaskan kepada persamaan perakaunan yang seimbang iaitu:Modal kerjaAset/Harta semasa liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan

Modal BerkembangEkuiti Pemilik + liabilit jangka panjang aset tetap aset separuh tetap +/- Pelarasan

Kedua-dua model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat.

Zakat Emas dan PerakZAKAT EMAS DAN PERAKMaksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.Nisab Emas & PerakEmas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga /85 gram.Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga /595 gram.PengiraanEmas dan Perak yang disimpan / tidak dipakaiIaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.Contoh pengiraanJika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah :RM5,000.00 X 2.5% =RM 125.00Emas yang dipakaiEmas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakatKECUALIjika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emasBagi perak tiada had maksima ditetapkan

Zakat PertanianZAKAT PERTANIAN ( Buah-buahan & Bijiran )

Bijiran ialah hasil tanaman yang menjadi makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi, kacang dan seumpamanya. Buah-buahan ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja. Bagi Negara Malaysia, bijiran yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi Hasil pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi, sayur-sayuran dan sebagainya tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan. Tidak disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh manusia.Nisab bijiran dan buah-buahan5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia atau 816.75 kilogram.1 Tahil = 37.5g1 Kati = 600g = 16 tahil1 Gantang = 3 kati 12 tahil = 2.25kg

Waktu berzakatDikeluarkan zakat setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan diproses. Sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur.Kadar wajib zakat- 5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera dan saliran. 10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata.Zakat TernakanZAKAT TERNAKANTernakan yang diwajibkan zakat- Unta Lembu / Kerbau Kambing / Biri-biriSyarat WajibSelain daripada 5 syarat utama zakat, hendaklah haiwan itu Dipelihara di padang ternakan Tidak diguna untuk bekerjaSifir Pengiraan LembuNisabKadar Zakat

JumlahJantinaUmur

30-3911 jantan @ 1 betina1 tahun

40-4911 betina2 tahun

60-6922 jantan1 tahun

70-7921 jantan & 1 betina1 tahun & 2 tahun

Sifir Pengiraan KambingNisabKadar Zakat

JumlahJantinaUmur

40-1201Jantan / Betina1 tahun

121-2002Jantan / Betina1 tahun

200-3993Jantan / Betina1 tahun

400-4994Jantan / Betina

Zakat Galian / RikazZAKAT GALIAN / RIKAZGalian hasil galian emas dan perak yang tertanam di dalam perut bumi.Rikaz Rikaz ialah harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah hasil simpanan orang-orang jahiliah (sebelum kedatangan Islam)Nisab Galian Dan waktu mengeluarkannyaNisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85 gram bagi emas dan 595 bagi perak. Tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi dan dibersihkan tanpa diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada jumlah keseluruhannya yang cukup syarat.Syarat wajib Zakat RikazSyarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan sempurna milik. Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi.

Zakat FitrahZakat FitrahPendahuluanZakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Kefardhuan Zakat FitrahTakrif Zakat FitrahZakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.Hukum Zakat FitrahMengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.Maksudnya : Berkata Waki bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah1. Islam dan merdeka.2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah1. Waktu Harus iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.3. Waktu Afdhal iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakansembahyang sunat Aidil Fitri.4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.Lafaz Akad Zakat Fitrah1. Lafaz untuk diri sendiri:Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.3. Lafaz bagi pihak:Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala.Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor1. Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan pungutan dan agihan wang zakat dan fitrah di negeri Johor mengikut sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (1);Majlis hendaklah berkuasa memungut Zakat daripada sekalian orang yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayar Zakat di atas harta bendanya di dalam negeri ini yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayarnya.2. Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di negeri Johor menunaikan Zakat Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik amil-amil di setiap kariah dan kawasan bagi diberi kuasa dan tauliah memungut Zakat Fitrah sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (2);Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh memungut, mengambil atau menerima bayaran Zakat atau Fitrah melainkan bagi pihak atau dengan kebenaran Majlis.3. Umat Islam di negeri Johor hendaklah membuat bayaran Zakat Fitrah kepada amil-amil yang diberi kuasa dan tauliah memungutnya di kawasan masing-masing. Bagi mereka yang membuat bayaran zakat kepada mereka yang tidak diberi kuasa dan tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangn 14 Seksyen 28 (3);Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh membayar Zakat dan Fitrah melainkan kepada seorang yang telah dibenarkan oleh Majlis bagi memungut, mengambil atau menerimanya.4. Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Tahun 1997 Seksyen 16 :Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi:a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah; ataub) enggan membayar atau dengan senganja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.