Zaman Kemerdekaan

33
ISI KANDUNGAN PENGENALAN PENENTANGAN MALAYAN UNION PERSEKUTUAN TANAH MELAYU KESIMPULAN LAMPIRAN BIBLIOGRAFI

description

ef

Transcript of Zaman Kemerdekaan

Page 1: Zaman Kemerdekaan

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

PENENTANGAN

MALAYAN UNION

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

KESIMPULAN

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

Page 2: Zaman Kemerdekaan

ZAMAN KEMERDEKAAN

PENGENALAN

Getir Perjuangan Kemerdekaan

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya

penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar.  Selepas Belanda mengalahkan

Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh

pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau

dan Kuala Selangor. Pada ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji yang bangun berjuang

dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang.

Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah

menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila

British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di

Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-

British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan

seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan

Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak,

Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di

Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku

Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat

Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka

berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan

kedaulatan tanah air wajar disanjung.

Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan

terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada

peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar

abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Muhammad Akil,

Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam,

Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.

Page 3: Zaman Kemerdekaan

Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan

guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Harun

Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai.

Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang

ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.

Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan

Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945

telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini.

Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku.

Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya

membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’.

Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui

gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1

April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun.

Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-

pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu

ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu

telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman

dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan

menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’

sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul

Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, ”cogan Hidup

Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk

menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan

belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari

naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan

kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi

berharapkan belas rahim British lagi”.

Page 4: Zaman Kemerdekaan

Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui

PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul

Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri

seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar

semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi

negara ini.

Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada

awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah

berangkat ke London bagi mengadakan  rundingan dengan pihak British. Rundingan ini

membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956.

Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi

saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada

31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa

melibatkan penumpahan darah.

Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah

sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa

melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan

pengorbanan para pejuang lalu perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran

mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta.

Page 5: Zaman Kemerdekaan

PENENTANGAN

Penentangan Dol Said di Naning

Naning adalah sebuah wilayah kecil di bahagian utara Melaka dan didiami oleh orang

Minangkabau  yang  berasal dari Sumatera. Ia terletak antara Rembau dan Melaka. Semasa

Melaka ditadbir oleh Belanda, Naning diletakkan di bawah naungan Belanda. Naning membayar

ufti tahunan kepada Belanda. Pada 1824, British yang berjaya menguasai Melaka melalui

Perjanjian Inggeris-Belanda dan menganggap Naning sebagai sebuah wilayah di bawah

kekuasaannya. Penduduk Naning diarah menghantar ufti tahunan dan membayar cukai

sebanyak satu persepuluh daripada hasil negeri kepada Melaka. Dol Said enggan membayar

cukai tersebut. Beliau juga menentang campur tangan orang British dalam adat resam

penduduk Naning.

     British bertindak memansuhkan jawatan penghulu dan ketua-ketua suku. Mereka yang

terlibat dalam pemansuhan jawatan-jawatan tersebut dilantik sebagai pengutip cukai dalam

negeri. Dol Said menganggap dirinya sebagai pemerintah bebas. Oleh itu, beliau menganggap

tindak-tanduk British  sebagai mencabar kekuasaannya. British mengambil keputusan

menyerang Naning apabila Dol Said enggan berjumpa dengan pegawai British dan mematuhi

arahannya. Pada 1831, angkatan tentera British menyerang Naning tetapi gagal mengalahkan

Naning. Kejayaan Dol Said menghadapi serangan British adalah kerana mendapat bantuan

daripada negeri-negeri  jiran seperti Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong. Pada 1832,

British sekali lagi menyerang  Naning dengan satu angkatan perang yang lebih kuat. Naning

dapat ditawan tetapi Dol Said berjaya melarikan diri.

Kesan Penentangan

Dol Said menyerah diri kepada British pada 1833. Beliau diberikan pencen dan sebuah

rumah di Melaka. Beliau dibenarkan pulang ke Naning pada 1849 dan meninggal dunia pada

tahun yang sama. Naning menjadi sebahagian wilayah pentadbiran Melaka. Jawatan Penghulu

dimansuhkan dan digantikan dengan jawatan Penguasa (Superintenden). Penguasa bertugas

memungut cukai, menjalankan undang-undang dan mengawal ketenteraman.

Page 6: Zaman Kemerdekaan

Perjuangan Dato' Maharaja Lela di Perak

Nama sebenarnya ialah Pandak Lam. Beliau  menyokong pemerintahan Sultan

Abdullah. Mengikut Perjanjian Pangkor 1874, Sultan Abdullah diiktirafkan sebagai Sultan Perak

yang sah dengan seorang Residen British sebagai penasihat. Sultan Abdullah menerima 

J.W.W. Birch  sebagai Residen British Perak tetapi Birch terlalu banyak mencampuri hal ehwal

adat istiadat orang Melayu.

Birch memulakan tugasnya dengan memperkenalkan banyak pembaharuan secara

mendadak tanpa mempertimbangkan perasaan orang Melayu Perak. Beliau turut mencampuri

adat resam orang Melayu berikutan tindakannya yang telah menamatkan hak Sultan dan

pembesar-pembesar Melayu mengutip cukai  tanpa bayaran ganti rugi. Birch juga menamatkan

amalan pengabdian dan memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri.

Tindakannya membangkitkan kemarahan pembesar -pembesar Melayu kerana adat hamba

hutang ini merupakan adat resam Melayu lama.

Memungut cukai merupakan amalan tradisional pembesar-pembesar Melayu Perak

tetapi tindakan Birch menyerahkan hak memungut cukai kepada pembesar-pembesar British

menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Melayu. Pembaharuan-pembaharuan Birch

melemahkan kedudukan Sultan dan para pembesar. Hubungan Birch dengan  Sultan Abdullah

menjadi tegang. Pembesar-pembesar yang menyokong Sultan  Abdullah mendapati kuasa dan

hak mereka semakin berkurangan.

Pada Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa menandatangani surat perisytiharan yang

mengandungi persetujuan baginda menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Perkara ini

semakin memuncakkan lagi kemarahan orang-orang Melayu.

Page 7: Zaman Kemerdekaan

Kebangkitan di Perak 1875

Sultan dan pembesar-pembesar Hilir Perak berkomplot untuk membunuh Birch dan

mengusir British dari Perak. Sultan Abdullah memerintahkan Dato' Maharaja Lela membunuh

Birch. Baginda dan Raja Ismail menyediakan alat-alat senjata untuk mengusir British dari Perak.

Pada November 1875, Birch dibunuh oleh dua orang upahan Dato' Maharaja Lela di

Pasir  Salak. Tentera British berjaya mengawal kebangkitan orang Melayu di Perak dan

menawan Pasir Salak pada 15 November 1875. Semua orang yang terlibat dalam pembunuhan

Birch ditangkap. Dato' Maharaja Lela dan Tok Sagor dijatuhkan hukuman gantung di Matang .

Sultan Abdullah, Orang Kaya-kaya Menteri  dan Ngah Ibrahim pula dibuang negeri ke Pulau 

Seychelles.

Kesan Penentangan

Kegagalan penentangan orang Melayu di Perak menunjukkan British lebih kuat.

Terdapat juga orang Melayu Perak bekerjasama dengan British. Tanpa penyatuan semua

pembesar Melayu dan penduduk Perak, perjuangan  menentang kuasa penjajah berakhir

dengan kegagalan. Peristiwa pembunuhan Birch menyebabkan British lebih berhati-hati dalam

melantik seorang Residen baru yang lebih cekap dan berpengalaman. Sir Hugh Low dilantik

sebagai Residen British yang kedua di Perak.

Page 8: Zaman Kemerdekaan

Dato' Bahaman - Penentangan British di Pahang

Dato' Bahaman adalah seorang pembesar yang penting dalam kerajaan Pahang. Beliau

dilantik sebagai Orang Kaya Semantan kerana jasanya kepada Bendahara Wan Ahmad dalam

perang saudara tahun 1857 hingga 1863. Pada tahun 1888, J.P. Rodger dilantik sebagai

Residen British di Pahang dan memperkenalkan jawatan 'Pemungut dan Majistret'. Para

pembesar Melayu menentang pengenalan sistem Residen di Pahang. Penentangan ini

berpunca daripada soal kehilangan kuasa dan hak keistimewaan yang mereka alami.

        Berdasarkan sistem Residen, para pembesar Melayu dilarang mengutip cukai, menyimpan

hamba abdi dan cukai ke atas tanah pula dikenakan.  J.P. Rodger melantik pegawai-pegawai

British yang dikenali sebagai Pemungut  dan Majistret untuk mentadbir daerah-daerah di

Pahang. Tindakan Rodger ini menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Pahang.

Pembesar yang mula-mula menentang penjajah British di Pahang ialah Dato' Bahaman.

Kehilangan kuasa Sultan dan hak-hak istimewa pembesar Melayu merupakan sebab terpenting

meletusnya kebangkitan Pahang.

Kebangkitan di Pahang

Kebangkitan ini diketuai oleh Dato' Bahaman. Kebangkitan di Pahang berlaku pada

pertengahan Disember 1891. Ini berikutan tindakan Dato' Bahaman  menyerang pasukan  polis

yang menahan pengikut-pengikutnya atas kesalahan memungut hasil hutan tanpa kebenaran

pentadbiran baru.

Dato' Bahaman kemudiannya menyerang balai polis di Lubuk Terua dan menawan Temerluh.

Penyertaan Tok Gajah dalam kebangkitan ini adalah kerana British tidak menambahkan

elaunnya. Anaknya, Mat Kilau yang anti-British turut menyertai kebangkitan  ini. Kebangkitan di

Semantan merebak ke daerah-daerah lain.

Pada pertengahan Jun 1894, para pejuang Pahang menyerang sebuah balai polis di

Kuala Tembeling dan membunuh lima orang anggota polis. Mereka kemudiannya berundur ke

Jeram Ampai yang berdekatan dengan Kuala  Tembeling dan menawan Kubu British di sana.

Namun, pihak British bertindak balas dengan melancarkan serangan secara besar-besaran

terhadap Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya di Jeram Ampai.

Page 9: Zaman Kemerdekaan

Pasukan pertahanan British terdiri daripada kumpulan anggota polis Sikh, Perak dan

Selangor. Sekali lagi pejuang-pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan 

Terengganu. Hugh Clifford dihantar ke negeri-negeri itu untuk memberkas kumpulan penentang

tersebut.

Namun begitu, pemerintah kedua-dua negeri itu enggan menyerahkan Dato' Bahaman,

Tok Gajah dan Mat Kilau kepada British. Pihak British mendapat berita bahawa Dato' Bahaman

dan sekumpulan pejuang Pahang melarikan diri ke Siam. Pihak British cuba mendapatkan

bantuan Siam untuk memburu Dato' Bahaman. Pada 1895, Dato' Bahaman dan pengikut-

pengikutnya menyerah diri kepada kerajaan Siam.

Page 10: Zaman Kemerdekaan

Perjuangan Tok Janggut di Kelantan

Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan iaitu Ketua Kampung Jeram yang

terletak dekat Pasir Putih. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berani dan handal dalam

ilmu silat. Beliau juga seorang yang alim dan sangat dihormati oleh penduduk di kawasan

Jeram.

Sejak meluaskan kuasa ke Kelantan, British menghadapi penentangan penduduk

tempatan. Pada 1915, berlaku satu penentangan hebat rakyat Kelantan terhadap British.

Penentangan ini diketuai oleh Tok Janggut yang berpunca daripada  pengenalan beberapa

peraturan baru oleh British. Peraturan-peraturan ini didapati bertentangan dengan cara

pemerintahan tradisional, seperti perlantikan Ketua Jajahan yang  mengancam kedudukan

pembesar. Penduduk dipaksa membayar pelbagai jenis cukai.

Sebelum kedatangan British, Engku Besar Tuan Ahmad (Engku Besar Jeram) dilantik

sebagai  pembesar kawasan Jeram (sebuah daerah kecil di Pasir Puteh). Setelah kedatangan

British, seorang Ketua Jajahan  dilantik di Pasir Puteh.  Perlantikan ini menyebabkan Engku

Besar Jeram kehilangan kuasa pentadbirannya. Tugas-tugas utamanya seperti mengutip cukai

dan menyelesaikan  kes-kes jenayah diambil alih oleh Ketua Jajahan.

Kemarahan Engku Besar tidak dapat dibendung lagi apabila baliau terpaksa membayar

cukai seperti orang ramai. Oleh itu, beliau menyokong perjuangan Tok Janggut. Pada 1 Januari

1915, kerajaan mengenakan cukai tanah yang baru. Rakyat dikehendaki membayar cukai ke

atas semua jenis tanah tanpa mengambil  kira sama ada diusahakan atau tidak. Rakyat tidak

berpuas hati kerana cukai yang  tinggi membebankan mereka dan menguntungkan British.

Pada 1913, Encik Latiff menjadi Ketua Jajahan di Pasir Puteh bagi menggantikan Encik Salleh.

Ketua Jajahan yang baru ini tidak disukai kerana beliau terlalu tegas dalam  menguatkuasakan

sistem cukai tanah. Penduduk Jeram juga tidak suka ditadbir oleh Encik Latif yang berasal dari

Singapura. Tok Janggut kemudiannya bertindak mengumpul pemimpin-pemimpin lain untuk

membantunya mengusir orang British dari Kelantan.

Page 11: Zaman Kemerdekaan

Kebangkitan Tok Janggut pada 1915

Penentangan berlaku di kawasan Jeram dan berpusat di Pasir Puteh. Penentangan ini

berlaku semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV. Perjuangan Tok Janggut disertai oleh

Engku Besar Tuan Ahmad, Penghulu Adam,  Haji Said dan Encik Ishak Merbul.

Tok Janggut mempengaruhi penduduk di Pasir Puteh supaya tidak membayar cukai.

Kerajaan British bertindak balas dengan menghantar  surat saman kepada Tok Janggut dan

pengikut- pengikutnya untuk dibicarakan di mahkamah. Apabila Tok Janggut tidak hadir di

mahkamah, perintah menangkap beliau dikeluarkan.

Tok Janggut telah membunuh seorang anggota polis, Sarjan Che' Wan yang cuba

menangkap beliau. Peristiwa  pembunuhan ini merupakan detik permulaan  penentangan

bersenjata penduduk Jeram terhadap penjajah British. Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya

menawan balai polis di Pasir Puteh awal 1915. Beliau kemudiannya menubuhkan pemerintahan

sementara di Pasir Puteh. Engku Besar dilantik menjadi raja di kawasan itu. Tok Janggut pula

menjadi Perdana Menteri.  British dengan bantuan askar dari Singapura dan Negeri-negeri

Melayu Bersekutu  berjaya menawan semula Pasir Puteh.

Kegagalan Tok Janggut dalam menentang British menyebabkan beliau dan pengikut-

pengikutnya terpaksa berundur. Namun, Tok Janggut masih tidak berputus asa dan ingin

berjuang habis- habisan. Pada akhir Jun 1915, mereka menyerang semula Pasir Puteh. Dalam

pertempuran hebat itu, Tok Janggut dan ramai pengikutnya terbunuh. Untuk melemahkan

semangat perjuangan penduduk Pasir Puteh, pihak British  mengarahkan supaya  mayat Tok

Janggut diarak ke Kota Bharu.

Page 12: Zaman Kemerdekaan

Penentangan Rentap di Sarawak

Nama sebenar Rentap  ialah Libau dan digelar 'Raja Darat' oleh masyarakat Iban.

Rentap ialah ketua orang Iban yang tinggal di hulu Sungai Sekrang. Ia merupakan Pahlawan

Iban yang terkenal. Kebangkitan penentangan Rentap adalah berpunca daripada rasa tidak

puas hati  terhadap beberapa tindakan yang dijalankan oleh keluarga Brooke yang memerintah.

Rentap dianggap  sebagai lanun oleh pemerintahan Brooke. Kemaraan British mencerobohi

kawasan petempatan orang Iban  di sepanjang Sungai Sekrang kerana  bertujuan untuk

menghapuskan penduduk tempatan  yang dianggap lanun . Keluarga Brooke juga

menghapuskan amalan memburu kepala di kalangan kaum Iban.

Pada tahun 1853, Rentap meyerang kubu Brooke di Nanga Sekrang. Dalam serangan

itu, seorang pegawai British, Alan Lee terbunuh. Pada 1853, Rentap diserang balas oleh

pasukan askar British tetapi beliau dapat melarikan diri dan menubuhkan kubu baru di atas

Bukit Sadok.

Kubu ini sangat kuat dan teguh serta dilengkapi dengan selaras meriam besi yang

besar. Pihak Brooke menyerang kubu tersebut pada 1854 dan 1857 tetapi gagal  menawannya.

Pertempuran sengit berlaku lagi pada tahun 1861 kerana Charles Brooke menyerangnya lagi

dengan sebuah meriam tembaga yang dinamakan Bujang Sadok dari Kuching.

            Kubu Rentap akhirnya berjaya ditembusi dan beliau melarikan diri ke dalam hutan.

Beliau menetap di Sungai Entabai dan meninggal dunia di sana. Perjuangannya untuk

mempertahankan cara hidup orang  Iban  menemui kegagalan. Keluarga Brooke mengukuhkan

kuasa mereka di Sarawak dan mengubah tradisi  hidup penduduk peribumi.

Page 13: Zaman Kemerdekaan

Penentangan Syarif Masahor di Sarawak

Syarif Masahor merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban dan

Melanau. Beliau dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau

merupakan seorang pembesar  yang cekap dan jujur. Pengenalan pentadbiran baru oleh James

Brooke menerima tentangan daripada pembesar-pembesar Sarawak. Para pembesar ini

berhasrat mengusir orang Eropah keluar dari Sarawak dan  mengambil alih kerajaan. 

Beberapa tindakan James Brooke menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Sarawak,

seperti  mengambil alih hak memungut cukai dan menghapuskan  amalan hamba hutang dan

amalan pemburuan kepala. Atas rasa tidak puas hati itulah Syarif Masahor bangun menentang

kerajaan Keluarga Brooke.

Pada1853, James Brooke mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan

kekuasaannya dan membina sebuah kubu di Kanowit. Tindakan Brooke ini menggugat

kedudukan Syarif Masahor. Beliau kemudiannya membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul

Gapur untuk mengusir Brooke dari Sarawak. Penentangan Syarif Masahor terhadap

pemerintahan James Brooke juga disebabkan  pembatasan kuasa dan haknya. Syarif Masahor

juga ingin mengembalikan kekuasaan Sultan Brunei  yang semakin  kehilangan wilayah kerana

diambil oleh keluarga Brooke.

Pada 1859, mereka menyerang kubu British di Kanowit. Dua orang pegawai British iaitu

Henry Steel dan Charles Fox terbunuh.  James Brooke segera bertindak balas menyerang

Kanowit.  Orang Melayu dan Dayak yang terlibat dalam pembunuhan dua pegawai British itu

dihukum mati. Pada 1860, Syarif Masahor membuat persiapan menyerang Kuching melalui laut.

Sekali lagi James Brooke berjaya mematahkan serangan Syarif Masahor dan kapal-kapal

perangnya ditenggelamkan.  Syarif Masahor sempat melarikan diri ke Brunei. Atas desakan

Brooke, Sultan Brunei memerintahkan supaya Syarif Masahor dihantar ke Singapura.

Kegagalan penentangan Syarif Masahor adalah kerana tidak wujud penyatuan di

kalangan rakyat Sarawak.  Kebanyakan bangsawan Melayu tidak memberi sokongan kepada

Syarif Masahor kerana mereka lebih setia kepada Raja Brooke. Oleh itu, Raja Brooke dengan

mudahnya dapat meluaskan kuasanya ke daerah- daerah lain.

Page 14: Zaman Kemerdekaan

Penentangan Mat Salleh di Sabah

Nama sebenar pahlawan Mat Salleh ialah Mohammad Salleh. Beliau berketurunan

Bajau dan Suluk dan dilahirkan di Inanam. Beliau menjadi pembesar di hulu Sungai Sugut yang

merupakan tempat Kompeni Berpiagam sering campur tangan. Rancangan W.C Cowie,

Pengarah Urusan Syarikat Berpiagam Borneo Utara untuk menjalankan pembangunan secara

besar-besaran menyebabkan penderitaan rakyat. Berbagai jenis cukai telah dikenakan oleh

Syarikat Berpiagam. Perluasan kuasa Syarikat Berpiagam juga telah menyekat kebebasan

pembesar-pembesar tempatan. Oleh itu, beliau telah melancarkan penentangan  secara besar-

besaran terhadap syarikat dari tahun 1894 hingga 1900.

Penentangan Mat Salleh meletus pada tahun 1894 apabila polis memaksa Mat Salleh

menyerahkan pengikut-pengikutnya yang terlibat dalam pembunuhan dua orang Dayak di

Sungai Sugut. Pasukan Kompeni  telah menyerang dan membakar perkampungan Mat Salleh

di Pulau Jambangan kerana keengganannya mematuhi arahan mereka. Mat Salleh sempat

melarikan diri ke Lingkabau dan membina sebuah kubu di sana. Pada tahun 1897, Mat Salleh

bertindak balas dengan menyerang dan membakar pelabuhan Kompeni di Pulau Gaya. Beliau

berjaya memusnahkan pelabuhan tersebut. Pertempuran terus berlaku apabila Inggeris

menyerang balas pada tahun 1897 di Sungai Inanam yang menyebabkan Mat Salleh melarikan

diri ke Ranau.

Wiliam Cowie berpendapat keadaan yang tidak stabil itu perlu ditamatkan. Beliau

mengesyorkan perdamaian diadakan. Mat Salleh setuju menghadiri rundingan perdamaian

yang diadakan oleh Cowie di Menggatal. Pada bulan April 1898, Mat Salleh setuju menamatkan

permusuhan dan dibenarkan mentadbir kawasan Tambunan dengan bebas. Malangnya

Kompeni mungkir janji dan mengambil alih kuasa di Tambunan lalu perang tercetus sekali lagi

yang menyebabkan Mat Salleh tertembak dan meninggal dunia.

Page 15: Zaman Kemerdekaan

KESATUAN MALAYA (MALAYAN UNION)

Pada bulan Oktober 1945, pihak British mengumumkan satu langkah berani bagi

menamatkan cara pemerintahan secara tidak langsungnya dengan menyatukan kesemua

negeri menjadi Kesatuan Malaya di bawah seorang Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif.

Ia juga telah mencadangkan untuk memperkenalkan kewarganegaraan Malaya yang akan

memberi hak sama rata kepada mereka yang mengakui Malaya sebagai tanah airnya.

Walaupun Pulau Pinang dan Melaka merupakan sebahagian daripada cadangan

Kesatuan Malaya, ia tetap akan menjadi Jajahan British. Singapura juga akan menjadi jajahan

yang berasingan. Kesatuan Malaya dan Singapura akan mempunyai Gabenor, Majlis Eksekutif

dan Perundangan mereka sendiri.

Di bawah Kesatuan Malaya, Sultan-sultan Melayu akan menjadi Presiden Majlis

Penasihat Melayu di negeri masing-masing, yang bertanggungjawab ke atas hal-hal

keagamaan sahaja. Sultan-sultan Melayu dikehendaki menandatangani perjanjian baru yang

akan memberikan kerajaan British kekuasaan mutlak di negeri mereka. Perlembagaan yang

dicadangkan ini merupakan satu perubahan yang menyeluruh dalam dasar kerajaan British.

Selama ini, Negeri-negeri Melayu tidak pernah menjadi wilayah British secara mutlak dan hanya

merupakan negeri-negeri yang dilindungi British.

Pada bulan Oktober 1945, Sir Harold MacMicheal, wakil khas kerajaan British tiba di

Kuala Lumpur bagi membincangkan perjanjian baru dengan Sultan Negeri-negeri Melayu.

Walaupun membantah, pihak Sultan telah menandatangani perjanjian tersebut dan melepaskan

hak kedaulatan dan kekuasaan mereka kepada Kerajaan British. Parti-parti politik dan

persatuan-persatuan ditubuhkan di seluruh negara dengan tujuan menentang cadangan

Kesatuan Malaya yang akan berkuatkuasa pada 1 April 1946 di mana sebuah pentadbiran

kerajaan awam akan ditubuhkan.

Pada 1 March 1946 wakil-wakil daripada 41 persatuan dan pertubuhan Melayu telah

membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dato’ Onn Jaafar telah dilantik

sebagai Presiden yang pertama dan orang-orang Melayu pada waktu itu buat pertama kalinya,

menjadi lebih bersatu apabila memperjuangkan satu hala tuju yang dikongsi bersama. UMNO

menjadi peneraju bagi penentangan orang Melayu terhadap Kesatuan Malaya. Perpaduan

orang Melayu telah menjadi satu kuasa baru yang harus dihadapi oleh pihak British dan juga

masyarakat Cina. UMNO seterusnya meluluskan satu resolusi yang mengisytiharkan bahawa

Page 16: Zaman Kemerdekaan

perjanjian yang ditandatangani oleh para Sultan tidak lagi sah dan telah batal. Pada 31 Mac

1945, Pentadbiran Ketenteraan British dibubarkan secara rasminya.

Pada 1 April 1946, Kesatuan Malaya diwujudkan dan Sir Edward Gent telah dilantik

sebagai Gabenor Kesatuan Malaya di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, UMNO telah

menuntut agar Kesatuan Malaya dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Malaya.

Persekutuan Malaya yang dicadangkan ini terdiri daripada 9 buah Negeri-negeri Melayu dan 2

buah negeri jajahan British. Ia juga mencadangkan agar seorang Pesuruhjaya Tinggi dan

bukannya seorang Gabenor, dilantik sebagai wakil Kerajaan British.

Cadangan tersebut juga menetapkan bahawa selain daripada orang Melayu, hanya

generasi kedua orang Cina, India dan lain-lain bangsa yang berhak mendapat taraf

kewarganegaraan persekutuan. Justeru, Kesatuan Malaya telah dibubarkan secara rasmi pada

31 Januari 1948.

Page 17: Zaman Kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu

Akibat tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union (MU) dan perakuan Edward

Gent dan Malcolm MacDonald, maka Kerajaan British telah menghantar satu perwakilan ahli

Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak

orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU. Pada 25

Julai 1946, Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan. Ia terdiri daripada 6 pegawai Eropah, 4 wakil

Sultan dan 2 wakil UMNO untuk merangka satu perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di

Tanah Melayu, khususnya yang dapat diterima oleh orang Melayu dan British. Pada dasarnya,

matlamat mereka ialah untuk menubuhkan kerajaan pusat yang kukuh, memajukan ekonomi

Tanah Melayu dan menyelesaikan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan serta kewibawaan

Sultan dan syarat kerakyatan. Orang-orang bukan Melayu tidak bersetuju dengan penubuhan

Jawatankuasa Kerja kerana mereka bimbang Jawatankuasa Kerja yang tidak diwakili oleh

orang bukan Melayu akan merangka perlembagaan yang hanya menguntungkan orang Melayu

dan merugikan orang bukan Melayu. Mereka telah mengadakan beberapa halangan bagi

mengagalkan tugas Jawatankuasa Kerja. Walaupun mendapat halangan, Jawatankuasa Kerja

telah berjaya mengemukakan laporan mereka pada 11 Disember 1946 yang mengandungi draf

perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Perkembangan 1946-1948

Penentangan PTM berbeza dari MU terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa

orang Melayu, kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Pad 15 Disember

1946, Jawatan Perunding yang terdiri daripada 5 pegawai Eropah, 2 wakil Cina dan 2 wakil

India telah ditubuhkan untuk meninjaukan pandangan orang bukan Melayu terhadap draf

perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Perunding telah mengemukakan laporan

mereka pada 21 Mac 1947 yang mengandungi beberapa pindaan ke atas draf perlembagaan

Jawatankuasa Kerja. Dalam usaha untuk menentang draf perlembagaan tersebut, mereka telah

menubuhkan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. AMCJA

dipimpin oleh Dato’ Tan Cheng Lock sebagai Presiden dan John Eber sebagai Setiausaha.

Antara pertubuhan yang menyertai AMCJA ialah Malayan Democratic Union, Malayan Indian

Congress, Pan-Malayan Federation of Trade Union, Malayan People Anti-Japanese Ex-

Services Comrades Association dan Parti Komunis Malaya. Mereka telah mengemukakan

Page 18: Zaman Kemerdekaan

beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru di Tanah Melayu. Antara

cadangan itu ialah:

Pernyatuan Tanah Melayu dengan Singapura sebagai satu unit politik.

Pemerintahan sendiri akan dijalankan melalui badan perundangan pusat yang ahlinya

dipilih.

Kerakyatan yang sama yang memberi hak dan peluang yang sama kepada semua

warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan.

AMCJA telah mendesak supaya British membatalkan semua persetujuan yang telah dicapai

antara British dengan Raja-raja Melayu dan UMNO. Mereka juga mahu AMCJA diterima

sebagai wakil bukan Melayu.

Pada 22 Disember 1947, golongan kiri orang Melayu telah menubuhkan Pusat Tenaga

Rakyat (PUTERA) untuk menentang draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. PUTERA

dianggotai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhannuddin,

Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar

(AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh. PUTERA juga mengemukakan beberapa cadangan untuk

dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. Antaranya ialah:

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.

Pemerintahan sendiri akan dijalankan di mana hal-ehwal luar dn pertahanan menjadi

tanggungjawab bersama Kerajaan British dengan Kerajaan Tanah Melayu.

Perkataan “Melayu” mesti digunakan sebagai rupa bangsa warganegara Tanah

Melayu.

Bendera Tanah Melayu mesti mengandungi warna-warna kebangsaan Tanah

Melayu.

Pada 16 Mac 1947, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA yang menguatkan

penentangan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Mereka telah

mengemukakan “perlembagaan rakyat” yang merupakan gabungan cadangan PUTERA dan

AMCJA untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. Mereka juga telah

melaksanakan “hartal” di seluruh Tanah Melayu pada 19 Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk

menunjukkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja serta

menunjukkan kekuatan mereka. Walau bagaimanapun, British tidak berminat untuk menerima

Page 19: Zaman Kemerdekaan

cadangan PUTERA-AMCJA. British menerima draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja yang

dijadikan asas perlembagaan PTM. Pada 21 Januari 1948, Raja-raja Melayu dan wakil

Kerajaan British menandatangani persetujuan penubuhan PTM. Pada 1 Februari 1948, lahirlah

PTM secara rasminya.

Cadangan PTM 1948

Sembilan negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor,

Pahang, Kelantan dan Terengganu dan dua Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau

Pinang disatukan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai PTM.

Singapura diasingkan dari PTM.

PTM menjadi negeri lindungan British.

Pentadbiran PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (PJT).

PJT akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Perundangan Persekutuan

(MPP) dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan (MMKP).

MPP terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 9 Menteri Besar, 2 wakil Melaka dan Pulau

Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 ahli tak rasmi yang terdiri daripada 22 Melayu, 14 Cina, 7

Eropah, 5 India, 1 Ceylon dan 1 Serani.

MMKP pula terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 4 ahli rasmi dan sekurang-kurangnya 5

atau selebih-lebihnya 7 ahli tak rasmi.

Majlis Mesyuarat Raja-raja ditubuhkan dan dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu.

Persidangan yang dijalankan akan dipengerusikan oleh salah seorang dari mereka.

Kekuasaan dan kewibawaan Sultan ke atas negeri mereka dikekalkan. Sultan-sultan

akan menjalankan pentadbiran mereka dengan bantuan MMN dan MMK negeri.

Kerajaan negeri bertanggungjawab dalam kerajaan tempatan, kesihatan, pelajaran,

tanah dan pertanian.

Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.

Hak kerakyatan:

Mereka yang lahir di Tanah Melayu mesti bermastautin selama 8 tahun dari

tempoh 12 tahun yang terdahulu.

Mereka yang lahir di luar Tanah Melayu mesti bermastautin selama 15 tahun dari

tempoh 20 tahun yang terdahulu.

Umur minimum menjadi warganegara ialah 18 tahun.

Mereka mesti boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Page 20: Zaman Kemerdekaan

Mereka diminta bersumpah untuk menentukan taat setia kepada Tanah Melayu.

Perkembangan 1948-1957

Mengikut perlembagaan PTM 1948, Kerajaan British bersetuju untuk memberi Tanah

Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan akan dijalankan beransur-ansur. British juga

bersetuju untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli MPP. Walau bagaimanapun, usaha

ke arah tersebut terhalang akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) sejak 16 Jun

1948. Apabila keadaan mulai reda, usaha ke arah tersebut diteruskan. Pada tahun 1951,

Sistem Ahli diperkenalkan di mana 9 rakyat tempatan yang menjadi MPP dilantik untuk

mengetuai 9 jabatan kerajaan. Jabatan-jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal

Dalam Negeri, Kesihatan, Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan

Perhubungan, Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos.

Antara mereka ialah Dato’ Onn bin Jaafar mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri, Hau

Sek Lee mengetuai Jabatan Kesihatan dan Thuraisingam mengetuai Jabatan Pelajaran.

Mulai 1951, pilihanraya perbandaran mulai diadakan bagi memilih ahli majlis

perbandaran. Pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk

memilih 9 orang ahli. Dalam pilihanraya tersebut Parti Radikal Pulau Pinang memenangi 6

kerusi, Parti Buruh 2 kerusi dan UMNO satu kerusi. Pada 16 Februari 1952, Pilihanraya

Perbandaran Kuala Lumpur diadakan untuk memilih12 ahli. Untuk menghadapi pilihanraya

tersebut UMNO dan MCA telah bergabung sebagai Parti Perikatan untuk menghadapi Parti

Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar yang telah keluar dari UMNO akibat

perselisihan dasar. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA memenangi 9

kerusi, IMP 2 kerusi dan bebas 1 kerusi. Akibat kemenangan Parti Perikatan, 2 orang

anggotanya iaitu H.S. Lee dan Dr. Ismail dilantik sebagai Ketua Jabatan Kerajaan dalam Sistem

Ahli. Pada tahun 1953, seorang rakyat tempatan yang menjadi ahli MPP dilantik menjadi

“speaker” menggantikan PJT yang tidak lagi menjadi ahli MPP. Pada tahun 1953 juga, Parti

Perikatan UMNO-MCA telah mendesak supaya British mengadakan pilihanraya umum bagi

memilih ahli-ahli MPP.

Pada tahun 1954, Gerald Templer selaku wakil Kerajaan British telah mengumumkan

MPP akan mempunyai 98 ahli, iaitu 52 dipilih dan 46 dilantik. Pilihanraya Umum yang pertama

akan diadakan pada 27 Julai 1955. Berikutan dengan pengumuman itu, UMNO dan MCA

bergabung pula dengan MIC menjadi Parti Perikatan yang lebih besar. Antara parti yang

Page 21: Zaman Kemerdekaan

bertanding dalam Pilihanraya Umum Pertama ialah Parti Buruh, Parti Sosialis, Parti Negara,

Parti Progresif Rakyat, Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS), Parti Perikatan Melayu Perak dan

Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC

telah memenangi 51 kerusi dan PAS 1 kerusi. Hasil dari kemenangan besar Parti Perikatan,

Tanah Melayu telah diberi berkerajaan sendiri di mana Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai

Ketua Menteri. Sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada 6 Melayu, 3 Cina dan 1 India telah

dibentuk.

Bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu, usaha-usaha telah dijalankan untuk

menamatkan pemberontakan PKM. Hasilnya Rudningan Baling diadakan pada 28 dan 29

Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David

Marshall. PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Cheng Tien dan Rashid Maidin. Walau

bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman tidak dapat menerima

kehendak Chin Peng yang mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah dan Chin Peng pula

tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan.

Pada 6 Januari 1956, rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Parti Perikatan dan diketuai

oleh Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke England untuk merundingkan kemerdekaan

Tanah Melayu dengan Kerajaan British. Rundingan yang diadakan dari 18 Januari hingga 8

Februari 1956 dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd. Hasil dari rundingan tersebut, British

bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagi merangka

perlembagaan PTM yang merdeka, Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid telah

dibentuk. Anggota-anggotanya terdiri daripada hakim-hakim negara Komanwel, iaitu Ivor

Jenning (Britain), William Mackell (Australia), B. Malik (India) dan Abdul Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan mendapatkan pandangan daripada orang

tempatan, pelbagai parti politik, persatuan dan pertubuhan. Sejumlah 131 memorandum telah

diterima. Hasil dari memorandum ini, Suruhanjaya Reid telah menyusun dan merangka

perlembagaan dan siap pada bulan Mac 1957.

Pada 31 Ogos 1957, lahirlah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Page 22: Zaman Kemerdekaan

KESIMPULAN

Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan dengan sumber aslinya dan kedudukannya

yang strategik, telah mendorong beberapa kuasa Barat untuk menguasainya. Pendudukan

kuasa barat di Tanah Melayu bermula dengan penawanan Melaka oleh Portugis. Kemudian

Melaka telah dikuasai oleh Belanda dan British. Sarawak pula ditadbir oleh keluarga Brooke,

manakala Sabah terletak di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Campur

tangan kuasa barat ini dalam hal-ehwal di negeri-negeri melayu, Sabah dan Sarawak telah

mencetuskan tindak balas daripada masyarakat tempatan terhadap mereka.Pembaharuan yang

diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu, pentadbiran Brooke di Sarawak dan Syarikat

Berpiagam Borneo Utara di Sabah, telah memberi kesan terhadap sistem sosial, ekonomi dan

politik tempatan.

Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dirintis sejak penjajahan Portugis di Melaka

pada 1511. Pengaruh Portugis bagaimanapun, mula berkurang pada tahun 1581 apabila

Belanda tiba di Timur untuk bersaing dengannya dalam bidang perdagangan. Belanda berjaya

menakluki Melaka pada 1641. Bagaimanapun Melaka ditakluki pula oleh British melalui

perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Dasar campur tangan British bermula di Perak melalui

Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 1874. Seorang Residen dilantik sebagai

penasihat raja-raja Melayu bagi mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.Pelaksanaan dan

pengenalan peraturan baru oleh pihak British telah mencetuskan gerakan tentangan daripada

penduduk tempatan. Dari segi kepimpinan, gerakan penentangan ini boleh dibahagi kepada

dua iaitu penentangan golongan pembesar dan penentangan golongan rakyat. Penentangan

golongan pembesar berlaku di naning, Sarawak, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Pahang,

sementara penentangan golongan rakyat pula berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Tindakan British mengambil alih tugas pungutan cukai dan menghapuskan sistem

hamba abdi yang menjadi amalan pembesar-pembesar Melayu menyebabkan timbulnya

penentangan daripada pembesar Melayu seperti Datuk Maharaja Lela di Perak (juga membawa

kepada pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak), Datuk Kelana di Sungai Ujong, Negeri

Sembilan dan Datuk Bahaman di Pahang. Sistem pentadbiran British juga ditentang oleh

Page 23: Zaman Kemerdekaan

pembesar-pembesar tempatan termasuk Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam,

Haji Said dan Che Sahak di Kelantan dan Abdul Rahman di Terengganu.

 

            

Daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa penjajahan, adalah jelas bahawa

rakyat negara ini tidak rela tanah airnya dijajah. Semganat ini harus menjadi  pegangan bagi

kita untuk terus memperjuangkan kebebasan dan menentang sebarang bentuk penjajahan.

Page 24: Zaman Kemerdekaan

LAMPIRAN

Penentangan di Naning

Penentangan di Sawarak

Peta menunjukkan Kedudukan Sarikei di kawasan Sungai Rajang

Page 25: Zaman Kemerdekaan

Tempat yang berkaitan dengan penentangan Mat Salleh di Sabah

BIBLIOGRAFI

http://world-islam.blogspot.com

www.wikipedia.org

http://www.allfreeessays.com