Zaman Paleolitik Di Malaysia

download Zaman Paleolitik Di Malaysia

of 15

Transcript of Zaman Paleolitik Di Malaysia

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak. Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.Isi kandungan[sorokkan]

1 Ciri-ciri penempatan 2 Kegiatan dan peralatan 3 Kepercayaan 4 Lokasi di Malaysia 5 Lihat juga

6 Rujukan

[sunting]Ciri-ciri

penempatan

Pada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad. Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam [sunting]Kegiatan

dan peralatan

Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri. Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian. Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :

Kapak Genggam Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat

[sunting]Kepercayaan

Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu. [sunting]Lokasi

di Malaysia

Kota Tampan, Perak - 1989 Bukit Jawa, Perak - 1996 Bukit Bunuh, Perak - 1987 Gua Niah, Sarawak - 1975 Tingkayu, Sabah 1992

AnimismeDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sila bantu memperbaiki rencana atau bahagian ini dengan mengembangnya.

Maklumat selanjutnya dapat ditemui di Laman Perbincangan atau di permintaan untuk pengembangan.

Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian. Dianggarkan bahawa di Kalimantan Barat masih terdapat 7,5 juta orang Dayak yang tergolong pemeluk animisme. Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yag telah mati boleh masuk ke dalam tubuhhaiwan, misalnya suku Nias, di sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai bahawa seekor tikus yang keluar masuk dari rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati beranak. Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran semula seperti yang terdapat pada agama Hindu.

Zaman Neolitik di MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana atau bahagian ini mungkin mengandungi bahan kajian peribadi atau tuntutan pendapat yang tidak disahkan.

Sila perbaiki rencana ini dengan menambah rujukan. Lihat laman perbincangan untuk maklumat lanjut. (Ogos 2010)Rencana ini memerlukan petikan tambahan untuk pengesahan.

Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambah rujukan boleh dipercayai. Bahan tak bersumber mungkin dicabar dan dikeluarkan. (Ogos 2010)

Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu.[1] Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang)Isi kandungan[sorokkan]

1 Ciri-ciri penempatan 2 Kegiatan dan peralatan 3 Kepercayaan 4 Lokasi di Malaysia 5 Lihat juga

6 Rujukan

[sunting]Ciri-ciri

penempatan

Pada zaman ini telah mula wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja. Mereka tinggal di dalam gua dan kawasan yang berhampiran dengan sungai.[2] [sunting]Kegiatan

dan peralatan

Pada Zaman Neolitik, mereka mula mencipta peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan juga belanga.Mereka juga mencipta alat seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam kayu. Selain itu mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.[3]

Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, serta menternak binatang ternakan.Selain itu mereka juga memburu haiwan liar dan memungut hasil hutan. Mereka turut berdagang secara tukar barang atau sistem barter. Mereka juga mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting, kalung dan gelang sebagai perhiasan mereka.[4] [sunting]Kepercayaan

Mereka mengamalkan kepercayaan animisme.Animisme bermaksud menyembah batu,matahari dan lain-lain lagi kerana mereka mempercayai adanya semangat (roh dan jiwa) orang mati [sunting]Lokasi

di Malaysia

Gua Cha di Kelantan Bukit Tengkorak di Sabah

Zaman Logam di MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana atau bahagian ini mungkin mengandungi bahan kajian peribadi atau tuntutan pendapat yang tidak disahkan.

Sila perbaiki rencana ini dengan menambah rujukan. Lihat laman perbincangan untuk maklumat lanjut. (Ogos 2010)Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri.

Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam. (Ogos 2010)

Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kirakira 4000 tahun dahulu.Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.Isi kandungan[sorokkan]

1 Ciri-ciri penempatan 2 Kegiatan dan peralatan 3 Kepercayaan 4 Lokasi di Malaysia

5 Lihat juga

[sunting]Ciri-ciri

penempatan

Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua. Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri. [sunting]Kegiatan

dan peralatan

Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang. Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.

[sunting]Kepercayaan

Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.Mereka juga pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu. [sunting]Lokasi

di Malaysia

Sungai Tembeling, Pahang Gua Harimau, Perak Changkat Menteri, Perak Lembah Bernam, Selangor Sungai Muar, Johor Sungai Langat, Selangor

Orang asli atau penduduk peribumi tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perumusan yang diterima luas yang mentakrifkan istilah "orang asli" dengan lebih ketat telah dikemukakan oleh beberapa pertubuhan yang dikenali di peringkat antarabangsa, antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan Bank Dunia. Orang asli yang dimaksudkan dalam rencana ini mengikut takrifan tersebut.

Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: Draft United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples

Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: Convention concerning Indigenous and Tribal Peoples in Independent Countries

Daripada sumber-sumber ini, takrifan kontemporari "orang asli" untuk sesuatu tujuan mempunyai kriteria yang cuba untuk memasukkan kumpulan budaya (dan keturunan mereka) yang mempunyai kesinambungan sejarah atau hubungan dengan kawasan tertentu, atau sebahagiannya, dan yang pernah atau sedang mendiami kawasan tersebut sama ada:

sebelum ia dijajah atau diilhak; atau bersama-sama dengan kumpulan budaya lain semasa pembentukan negara bangsa; atau sebahagian besarnya terasing dari pengaruh pemerintahan sebuah negara bangsa,

Dan juga mereka yang:

masih mengekalkan sebahagian ciri-ciri linguistik, budaya dan masyarakat yang berbeza, dan dengan itu kekal berbeza

sedikit sebanyak daripada penduduk di sekitar dan budaya dominan negara tersebut.

Selain itu, satu lagi kriteria biasanya ditambah:

mereka yang mengaku sebagai peribumi dan diakui oleh orang lain sebagai peribumi.

ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Paleolitik_di_Malaysia

Zaman PaleolitikLast Updated on Isnin, 25 Apr 2011 06:07

Tapak-tapak Paleolitik di Malaysia memberikan bukti kewujudan awal manusia di Malaysia yang bermula sekitar 1.83 juta tahun dahulu hingga ke akhir Pleistosen sekitar 10,000 tahun dahulu. Penemuan dan kajian tapak-tapak Paleolitik ini telah menjadikan Malaysia dikenali dalam peta kebudayaan Palaeolitik dunia sejak 1938 hingga ke hari ini.

Perak Man

Gua Gunung Runtuh

Kota Tampan

Artifak Bukit Jawawww.heritage.gov.my

Gua Peraling

Suevite Bukit Bunuh

Pengenalan Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang CroMagnon tinggal di Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang pada zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea mereka. Ciri-ciri :

Tempat Tinggal Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak.

Cara Hidup Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu berpindah-randah dalam kelompok kecil. faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahu menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap.

Kegiatan Seharian Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berkaita dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini, mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka akan berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan. Binatang yang biasa dicuru adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya.

Peralatan

Peralatan yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan tulang. Bentuk peralatannya tidak berapa kemas. Bentuknya boleh dikatakan kasar. Peralatan ini digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong dan mempertahankan diri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak dibuat daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnya ditajamkan dan tanduk rusa dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka.

Kepercayaan Orang Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya bahawa unsur alam semesta telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, mereka memuja unsur alam semesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya.

Pakaian Orang Paleolitik sudahpun tahu berpakaian. Pakaian daripada kulit binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruang Semasa rusa berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa rusa telah dijadikan sebgai makanan dan kulitnya digunakan pakaian. Kulit ini kemudiannya disambung dengan tali kulit. mereka dibuat dan sebagainya. tersebut. Daging untuk dijadikan

Penggunaan Api Orang Paleolitik tahu menggunakan api untuk memanaskan badan, menakutkan binatang liar dan memasak daging. Mereka mendapat pengetahuan penggunaan api daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar kilat. Pada permulaan, mereka tidak tahu membuat api. Lama-kelamaan, mereka mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran batu. Selain itu, ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung, iaitu hasil daripada usaha seseorang yang bersungguh-sungguh memperbaiki alat kayunya sehingga keluar bunga api disebabkan panas. Di Australia, api dihasilkan dengan mengumpulkan daun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang berlubang dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atasnya sehingga ia terbakar.

Pengenalan Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian. Ciri-ciri : Tempat Kediaman Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka. Kegiatan Seharian Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan. Peralatan Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.

Zaman Neolitik Dan Ciri-cirinya :

Pengenalan

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya. Ciri-ciri :

Tempat Tinggal Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.

Cara Hidup Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.

Kegiatan Harian Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk

tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.

Peralatan Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.

Kepercayaan Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.

Pakaian Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.

Aktiviti Perdagangan Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.

Organisasi Sosial Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.

Teknologi Baru Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.

www.angelfire.com/space2/sejarah0/zamanpaleolitik.html