Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

download Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

of 12

Transcript of Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    1/12

    ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

    Campur tangan British secara rasminya di negeri-negeri Melayu

    apabila termeterainya Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, tetapi

    penglibatan British secara tidak rasmi di Tanah Melayu telah berlaku lebih

    awal lagi. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah berjaya mengambil Pulau

    Pinang melalui tipu muslihat yang licik dari tangan kerajaan Kedah semasa

    pemerintahan Sultan Abdullah. Oleh kerana kedudukan Pulau Pinang yang

    strategik untuk dijadikan pangkalan tentera dan perdagangan, British cuba

    untuk bertapak di situ.

    Pulau Pinang sebenarnya merupakan sebahagian daripada Kedah

    yang sedang menghadapi ancaman Siam dan Burma. Sebelum ini, Sultan

    Muhammad Jiwa telah membuat tawaran kepada British untuk membuka

    petempatan di Pulau Pinang sekiranya British sedia membantu Kedah

    menghadapi ancaman Siam. Tawaran tersebut diberi sekali lagi oleh Sultan

    Abdullah pula kepada British. Melalui tawaran ini, Sultan Abdullah

    meletakkan syarat-syarat bahawa British hendaklah mengawal perairan

    Kedah dan musuhnya juga adalah musuh British. Perbelanjaan perang akan

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    2/12

    ditanggung oleh British sendiri dan kapal-kapal bebas berniaga di Kedah

    dan Pulau Pinang. Pampasan $30,000 wang Sepanyol hendaklah dibayar

    kepada sultan atas kehilangan beberapa keistimewaan dalam

    perdagangan.

    British hendaklah mempertahankan Kedah daripada ancaman

    musuhnya.Tanpa mendapat kebenaran daripada pegawai atasan British di

    India, Francis Light telah bertindak sendiri bersetuju dengan syarat-syarat

    itu pada tahun 1785 dan apabila pegawai atasannya enggan menyetujuisyarat-syarat yang telah ditetapkan kerana ingin menjaga kepentingan

    perdagangan dan politik dengan Siam, maka Sultan Abdulah telah

    mendesak supaya British meninggalkan Pulau Pinang. Keengganan British

    meninggalkan Pulau Pinang telah menyebabkan keadaan menjadi semakin

    tegang dan mereka menyerang Seberang Prai dengan menyebabkan Kedah

    mengalami kekalahan yang teruk dalam peperangan tersebut.

    Bermula dari situ, bermulalah penjajahan ke atas Pulau Pinang dan

    seterusnya Seberang Prai pula jatuh ke tangan British apabila Kedah sering

    menyekat bekalan makanan kerana merasa tidak puas hati dengan syarat-

    syarat perjanjian yang telah dibuat pada tahun 1791 yang antara lainnya

    Sultan Kedah akan mendapat pampasan tahunan sebanyak $6,000 wangSepanyol sahaja. Menyedari kedudukan Pulau Pinang agak jauh ke utara,

    British merancang pula untuk mencari satu pangkalan baru di kawasan

    yang berhampiran dengan Selat Melaka.

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    3/12

    Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura

    apabila beliau campur tangan dalam pertikaian Tengku Hussin dengan

    Yang Dipertuan Muda Kerajaan Johor. Sebagai balasannya, Tengku Hussin

    membenarkan Raffles membuka petempatan di Singapura melalui satu

    perjanjian pada tahun 1819. Dalam perjanjian itu British sedia memberi

    perlindungan kepada Tengku Hussin dan menyediakan pampasan tahunan

    sebanyak $3,000 wang Sepanyol serta menetapkan pemerintahan Johor

    atau penggantinya tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa Barat

    yang lain.

    Dengan itu, British sudah dapat menguasai dua kawasan penting di

    Tanah Melayu.Pada tahun 1824, satu perjanjian telah ditandatangani di

    antara British dengan Belanda. Dalam perjanjian ini, kedua-dua pihak

    menetapkan garis sempadan kekuasaan masing-masing bagi mengelakkan

    pertembungan yang boleh mengakibatkan peperangan. Mengikut perjanjian

    tersebut, kawasan di utara dan timur selat Melaka diserahkan kepada

    British, manakala kawasan di barat dan selatan Selat Melaka diserahkan

    kepada Belanda. Belanda yang menduduki Melaka ketika itu

    menyerahkannya kepada British, manakala British menyerahkan Bangkahulu

    yang didudukinya ketika itu pada Belanda.

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    4/12

    Faktor-faktor Campur Tangan British Di Tanah Melayu

    Faktor Ekonomi

    Merupakan faktor terpenting campur tangan kerana British

    memerlukan bahan-bahan mentah kerana ketika itu berlakunya revolusi

    industri di Eropah. Ramai pedagang British telah menanam modal di

    negeri-negeri Melayu khususnya di kawasan perlombongan.

    Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-kuasa Asing

    Pada tahun 1870-an, kuasa-kuasa asing seperti Itali, Perancis, Jerman

    dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan

    sebagai pembekal bahan-bahan mentah untuk tujuan industri.

    Masalah Di Tanah Melayu

    Perang saudara antara pembesar dan sultan dalam merebut takhta

    dan kawasan selain daripada itu, berlakunya pergaduhan antara Kongsi

    gelap Cina (Ghee Hin dan Hai San) dan juga kegiatan perlanunan di Selat

    Melaka.

    Perubahan dalam kakitangan Pejabat Tanah Jajahan

    Sebelum tahun 1871, pegawai-pegawai Pejabat Tanah Jajahan dan

    parti Liberal yang memerintah England tidak bersimpati langsung dengan

    rayuan-rayuan bagi kerajaan NNS campur tangan di Tanah Melayu untuk

    memulihkan keamanan.

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    5/12

    Tetapi selepas tahun 1871, telah berlaku perubahan dalam kakitangan

    Pejabat Tanah Jajahan dan kabinet British yang melahirkan sentimen

    imperialisme (dasar luar yang aktif serta amalan berkuasa terus dalam tanah

    jajahan) di Britain. Golongan ini telah menyokong dasar campur tangan

    tersebut.

    Pada tahun 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai Setiausaha Pejabat

    Tanah Jajahan dan mengarahkan Sir Andrew Clarke untuk melaporkan

    langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan British untuk

    memulihkan keamanan di Tanah Melayu.

    Peranan Sir Andrew Clarke

    Sir Andrew Clarke yang menggantikan Sir Harry Ord sebagai Gabenor

    NNS pada bulan November 1873 merupakan sebab campur tangan British

    di negeri-negeri Melayu.

    Atas inisiatif sendiri, beliau mengambil keputusan untuk campur tangan

    di Perak pada bulan Januari 1874 dan seterusnya di Selangor serta Sungai

    Ujong.

    Faktor Kemanusiaan

    Kerajaan British ingin menamatkan keadaan huru hara di Negeri-negeri

    Melayu bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda. Ini merupakan

    pendapat Sir Frank Swettenham, namun pendapat ini kurang tepat.

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    6/12

    Sistem Residen

    Usaha British untuk campur tangan dan terlibat sama dalam politik di

    Negeri-negeri Melayu paling ketara pada tahun 1874. Akibat keadaan tidak

    aman terutama di kawasan perlombongan di Perak, British telah bertindak

    dengan membentuk dan menandatangani Perjanjian Pangkor pada tahun

    1874 di Pulau Pangkor Perak.

    Bermula di Perak, sistem ini kemudian diperkenalkan di Selangor dan

    Sungai Ujong pada 1874, di Pahang pada 1888 dan di Negeri Sembilan

    pada 1889.

    Antara pegawai British yang pernah menjawat jawatan residen ini adalah

    seperti berikut:

    Perak : 1874 : J.W.W. BirchSelangor : 1874 : J.G. Davidson

    Sg. Ujung : 1874 : Kapt. W. Tatham

    Pahang : 1888 : J.P. Rodger

    Negeri Sembilan : 1889 : Martin Lister.

    Kesan-kesan Sistem Residen

    Politik

    Keamanan dapat dipulihkan namun sistem tradisi di negeri-negeri

    berkenaan terjejas kerana sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dalam

    pemerintahan dan para pembesar hampir hilang hak tradisi mereka.

    Ini adalah kerana residen terlampau berkuasa, maka mereka mentadbir

    mengikut cara sendiri kerana garis panduan tidak disediakan.

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    7/12

    Ekonomi

    Secara keseluruhan, negeri-negeri yang terbabit menampakkan

    kemajuan kerana pelaburan semakin giat ekoran perkembangan

    perusahaan bijih timah dan tanaman lain seperti kopi dan getah. Kesan

    daripada kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor ekonomi,

    petempatan mula berkembang dan menjadi perbandaran.

    Namun berlaku ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri

    dan di dalam negeri itu sendiri. Sumber dan hasil ekonomi telah

    dimonopoli oleh pelabur-pelabur barat sedangkan kaum pribumi masih

    ketinggalan.

    Sosial

    Berlaku kepesatan dalam penyediaan infrastruktur seperti sistem

    perhubungan, kesihatan, telegraf, pos, bekalan air, elektrif, sekolah dan lain-

    lain.

    Namun begitu kebanyakan infrastruktur tersebut disediakan di kawasan-

    kawasan yang terdapat kepentingan ekonomi Inggeris sahaja.

    Ini telah menyebabkan hubungan di antara penduduk tempatan dengan

    kaum imigran semakin renggang dan wujud perbezaan serta jarak sosial di

    antara mereka.

    Negeri-Negeri Selat (NNS)

    Apabila British berjaya menduduki negeri-negeri di Tanah Melayu dan

    membuat petempatan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, mereka telah

    menyatukan wilayah-wilayah ini di bawah satu pentabiran yang disebut

    Negeri-negeri Selat (NNS) dan Pulau Pinang dipilih menjadi pusat pertamapentadbiran NNS.

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    8/12

    Ia diketuai oleh seorang Gabenor dan setiap negeri diketuai oleh

    Residen Konsular. Gabenor NNS yang pertama ialah Robert Fullerton. Pada

    1 April 1867, pentadbiran NNS dipindahkan dari Calcutta di India ke

    Pejabat di Tanah Jajahan di London.Pemindahan pentadbiran ini sebenarnya

    memberikan kesan kepada perkembangan sejarah tanah air. Antaranya

    pentadbiran NNS semakin cekap, pertanian niaga seperti lada hitam,

    gambir, buah pala, cengkih dan tebu semakin berkembang pesat.

    Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)Untuk mengukuhkan lagi kedudukan British di Tanah Melayu, mereka

    telah menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang

    berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri tersebut terdiri

    dari Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

    NNMB bukanlah merupakan persekutuan dalam erti yang sebenarnya,

    tetapi merupakan satu kesatuan politik. Melalui sebuah persekutuan,

    sumber-sumber semua negeri ahli dapat dikumpulkan dan digunakan bagi

    faedah bersama dan membangunkan negeri lain dengan kos pentadbiran

    yang minimum.

    NNMB diketuai oleh Residen Jeneral dan bertanggungjawab kepada

    Gabenor NNS. Residen Jeneral pertama yang dilantik ialah Frank

    Swettenham. Jawatan Residen bagi keempat-empat negeri dikekalkan tetapi

    tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral.

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    9/12

    Perjanjian Persekutuan

    Di antara syarat-syarat Perjanjian Persekutuan ialah supaya raja NNMB

    menerima seorang pegawai British yang digelar Residen-Jeneral yang

    berperanan sebagai penasihat dalam semua bidang pemerintahan kecuali

    yang menyentuh tentang hal ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu.

    Ia bertanggungjawab kepada Gabenor NNS dan Gabenor ini akan

    bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British di London.

    Residen Jeneral pertama yang dilantik ialah Frank Swettenham. Untuk

    mewujudkan hubungan yang baik antara raja-raja Melayu dengan pegawai

    Inggeris, telah diperkenalkan sistem Persidangan Raja-raja Melayu yang

    dikenali sebagai Durbar.Persidangan pertama telah diadakan pada tahun

    1897 di Kuala Kangsar dan persidangan kedua diadakan pada tahun 1903

    di Kuala Lumpur.

    Akibat dari perjanjian ini, kuasa pentadbiran telah dipusatkan dalam

    tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur dan raja telah kehilangan kuasa didalam negeri mereka.Penubuhan pelbagai jabatan-jabatan persekutuan

    telah menyebabkan pengambilan lebih ramai pegawai-pegawai Inggeris.

    Majlis Mesyuarat Persekutuan

    Kedudukan Inggeris diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Majlis

    Mesyuarat Persekutuan pada 1909. Tujuannya ialah untuk menambahkankuasa raja-raja dan residen dari negeri-negeri berkenaan. Namun motifnya

    ialah untuk menambahkan kuasa gabenor Inggeris di Singapura. Ahli-ahli

    Majlis terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral, 4 orang raja

    Melayu, 4 orang residen dan 4 orang ahli tidak rasmi (3 orang Eropah dan

    1 orang Cina).

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    10/12

    Apa yang jelas daripada penubuhan Majlis tersebut telah melemahkan

    kuasa raja-raja Melayu apabila sultan hanya sebagai ahli biasa sahaja dan

    tidak mempunyai kuasa pemutus. Semua perundangan yang diluluskan

    akan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya sultan. Ini

    bermaksud kuasa sebenar adalah di tangan Pesuruhjaya Tinggi.

    Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu (NNMTB)

    Sebelum tahun 1909, negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis

    adalah di bawah naungan Siam. Ekoran dari Perjanjian Bangkok 1909, Siam

    bersetuju menyerahkan negeri-negeri berkenaan kepada Inggeris dan

    seorang penasihat Inggeris telah ditempatkan di setiap negeri tersebut.

    Walaubagaimanapun, pada hakikatnya Perjanjian Bangkok 1909 tidak

    dipersetujui oleh negeri-negeri yang terlibat khususnya Kedah dan

    Perlis. Pada peringkat awal negeri-negeri berkenaan enggan menerimapenasihat Inggeris.

    Inggeris menyatukan pentadbiran negeri-negeri berkenaan dalam 1 unit

    pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

    (NNMTB).Perjanjian Bangkok 1909 ini telah menyekat perluasan kuasa Siam

    di NNMTB untuk melindungi kepentingan Inggeris di Tanah

    Melayu. Dengan adanya perjanjian ini kuasa-kuasa Barat lain sukar untuk

    menembusi negeri-negeri di Tanah Melayu dan ia lebih menguntungkan

    Inggeris.

    Bagi Inggeris, NNMTB adalah berpotensi dari segi ekonomi dan

    perdagangan, sedangkan bagi Siam ianya tidak menguntungkan. Perjanjian

    ini juga telah menamatkan proses perluasan kuasa Inggeris di TanahMelayu iaitu setelah Johor menerima penasihat Inggeris pada tahun 1914.

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    11/12

    Ia juga merupakan peristiwa penting dalam menentukan sempadan di

    antara Tanah Melayu dan Siam. Mulai tahun 1914, negeri-negeri di Tanah

    Melayu berada di bawah 3 unit politik iaitu Negeri-negeri Selat (NNS),

    Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak

    Bersekutu (NNMTB).

    Desentralisasi Kuasa (1920-1941)

    Pengagihan kuasa pusat adalah bermaksud bahawa kuasa-kuasa utama

    yang berkaitan dengan pentadbiran kewangan, perkhidmatan sepertikeretapi, kastam dan pos yang selama ini dikuasai oleh kerajaan pusat akan

    diagihkan ke negeri-negeri berkenaan. Antara tahun 1910-1920 keadaan di

    NNMB adalah aman dimana keadaan ekonomi adalah baik dan raja-raja

    berpuas hati dengan kedudukan mereka.

    Selepas tahun 1920 berlaku perasaan tidak puas hati khususnya di

    kalangan raja. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Inggeris

    mengambil langkah mengagihkan kuasa pusat ke negeri-negeri berkenaan.

    Faktor-faktor yang mendasari pengagihan kuasa pusat ialah rasa tidak

    puas hati di kalangan raja-raja Melayu di NNMB dari segi kuasa

    memerintah. Ini adalah kerana tidak seperti raja-raja di NNMTB yang

    berkuasa penuh ke atas negeri masing-masing.

    Keinginan Inggeris untuk menyatukan NNMTB dengan NNMB,

    kemelesetan ekonomi dunia 1920-an dan pergelutan kuasa di antara

    Residen Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi. Pengagihan kuasa yang dilakukan

    oleh Inggeris sebenarnya memperlihatkan bagaimana Inggeris melakukan

    sesuatu itu berlandaskan kepada motif ekonomi dan politik.

  • 8/14/2019 Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

    12/12

    Dari segi ekonomi, pengagihan berlaku apabila terjadinya

    kemelesetan ekonomi dunia di mana pengagihan kuasa adalah satu

    langkah untuk berjimat cermat. Dari segi politik, British ingin menguasai

    keseluruhan Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran, iaitu Kesatuan Tanah

    Melayu.

    Secara keseluruhannya, Desentralisasi masih lagi bermotifkan

    penguasaan ekonomi Tanah Melayu oleh kerajaan British. Desentralisasi

    merupakan satu strategi untuk memudahkan penguasaan British ke atas

    negeri-negeri Melayu. Walaubagaimanapun, rancangan pengagihan kuasapusat ini tergendala pada tahun 1941 apabila Tanah Melayu diserang

    Jepun.