zaman prasejarah sejarah tahun 4

7
ZAMAN PRASEJARAH Zaman perkembangan prasejarah dunia terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh bagi sesuatu zaman itu bergantung kepada tahap kemajuan masyarakat pada zaman itu. Sekiranya masyarakat itu mencapai kemajuan yang cepat maka zaman mereka akan singkat manakala kemunduran masyarakat panjang maka zaman mereka akan lebih panjang. Zaman Mesolitik tidak terdapat di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Perkara ini berlaku adalah kerana alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira- kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Zaman Prasejarah Di Malaysia Zaman Prasejarah di Malaysia hanya terbahagi kepada tiga zaman iaitu: 1. Zaman Paleolitik 2. Zaman Neolitik 3.Zaman Logam

description

sejarah tahun 4

Transcript of zaman prasejarah sejarah tahun 4

Page 1: zaman prasejarah sejarah tahun 4

ZAMAN PRASEJARAH

Zaman perkembangan prasejarah dunia terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman

Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh bagi sesuatu

zaman itu bergantung kepada tahap kemajuan masyarakat pada zaman itu. Sekiranya

masyarakat itu mencapai kemajuan yang cepat maka zaman mereka akan singkat

manakala kemunduran masyarakat panjang maka zaman mereka akan lebih panjang.

Zaman Mesolitik tidak terdapat di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh Pusat

Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Perkara ini berlaku adalah kerana alat

batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga

300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

Zaman Prasejarah Di Malaysia

Zaman Prasejarah di Malaysia hanya terbahagi kepada tiga zaman iaitu:

1. Zaman Paleolitik

2. Zaman Neolitik

3. Zaman Logam

Page 2: zaman prasejarah sejarah tahun 4

1. Zaman Paleolitik

Bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Menggunakan alat batu

repihan untuk menetak.

Ciri-ciri :-

a) Penempatan

Hidup berpindah randah, biasanya tinggal di kawasan terbuka (di luar gua), di

dalam gua, dan sekitar tasik .

b) Kegiatan dan Peralatan

Memburu binatang liar serta memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan

pucuk-pucuk daun.

Mengamalkan cara hidup sara diri dan menggunakan alat batu sebagai alat

Utama dalam kehidupan seharian.

C) Kepercayaan Animisme

Anutan Animisme serta mengamalkan upacara perkuburan. Animisme ialah

percaya bahawa pokok dan batu mempunyai roh orang-orang yang telah mati.

Mayat dikebumikan bersama barang-barang makanan dan alat batu.

D) Lokasi di Malaysia

i) Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak.

ii) Gua Niah, Sarawak.

iii)Tingkayu, Sabah.

Tapak Zaman Paleolitik Di Malaysia

Tapak ekskavasi di Kota Tampan, Lenggong,Perak. 1998

Page 3: zaman prasejarah sejarah tahun 4

Penemuan Zaman Paleolitik Di Malaysia

Manusia Perak atau Perak Man

Rangka manusia Zaman Paleolitik yang dikebumikan dengan

kaki terlipat ditemui di Gua Runtuh pada 1990.

Zaman Neolitik

Page 4: zaman prasejarah sejarah tahun 4

Merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula

bercucuk tanam dan memelihara binatang. Zaman ini bermula kira-kira 7000 tahun

dahulu. Masyarakat zaman ini mula tinggal menetap dan menjalankan kegiatan

perdagangan tukar barang.

Ciri-ciri :-

a) Penempatan

-Wujud sistem masyarakat yang mempunyai ketua dan pembahagian tugasan,

tinggal berhampiran sungai dan gua .

b) Kegiatan dan Peralatan

-Memburu binatang liar serta memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan

pucuk-pucuk daun.

-Menangkap ikan dan menternak binatang serta bercucuk tanam.

-Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, belanga dan periuk.

-Berdagang secara tukar barang.

-Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu.

-Mencipta barang kemas seperti kalung, anting-anting, dan gelang.

C) Kepercayaan Animisme

Anutan Animisme serta mengamalkan upacara perkuburan. Animisme ialah

percaya bahawa pokok dan batu mempunyai roh orang-orang yang telah mati.

Mayat dikebumikan bersama barang-barang makanan dan alat batu.

D) Lokasi di Malaysia

i) Gua Cha, Kelantan.

ii) Bukit Tengkorak, Sabah.

Penemuan Zaman Neolitik Di Malaysia

Zaman Logam

Page 5: zaman prasejarah sejarah tahun 4

Merukan zaman perkembangan teknologi berasaskan tanah dan batu kepada teknologi

logam. Bermula di Malaysia kira-kira 4000 tahun dahulu. Zaman di mana manusia

telah mencipta alat gangsa dan besi.

Ciri-ciri :-

a) Penempatan

-Hidup menetap, namun ada yang masih tinggal dalam gua dan berhampiran

sungai. Masyarakat ini mula mempunyai adat resam masing-masing.

b) Kegiatan dan Peralatan

-Menghasilkan alat logam yang diperbuat daripada besi dan gangsa.

-Menangkap ikan, berburu dan menternak binatang serta bercucuk tanam.

-Berdagang secara tukar barang.

C) Kepercayaan Animisme

-Mempunyai pegangan dan pegangan hidup yang tertentu.

-Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu.

D) Lokasi di Malaysia

i) Sungai Tembeling, Pahang.

ii) Gua Harimau, Perak.

iii)Changkat Menteri, Perak.

Penemuan Zaman Logam Di Malaysia