Zaman taqlid mai

30
Zaman Taqlid @ Zaman Kebekuan Maisarah Omar

Transcript of Zaman taqlid mai

Page 1: Zaman taqlid mai

Zaman Taqlid @ Zaman Kebekuan

Maisarah Omar

Page 2: Zaman taqlid mai

Pendahuluan

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana sesungguhnya

pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan

dipersoalkan."

(Surah Al-Isra : 36).

Page 3: Zaman taqlid mai

Definisi

• Taqlid secara bahasa diambil dari kata كالقالد به ! محيطا العنق في الشيء وضع

yang bermakna mengikatkan sesuatu di leher. Jadi orang yang taqlid kepada seorang tokoh ibarat diberi tali yang mengikat leher untuk ditarik seakan-akan haiwan ternak.

• Menurut istilah حجة قوله ليس من اتباع

taqlid bererti beramal dengan pendapat seseorang atau golongan tanpa didasari oleh dalil atau hujjah yang jelas.

Page 4: Zaman taqlid mai

Sejarah Zaman Taqlid

• Bermula dari pertengahan abad ke-4 Hijrah• Para ulama’ dan orang Islam berpegang

kepada fatwa-fatwa imam mujtahid yang dahulu

• Pada zaman kebekuan ini, umat Islam mengalami pelbagai pengaruh politik, pemikiran, akhlak dan sosial yang teruk

Page 5: Zaman taqlid mai

Mujtahid

Ciri-ciri seorang mujtahid:

berpengalaman dalam ilmu syarak (fekah) dan menguasai beberapa bidang ilmu yang lain seperti tafsir, hadis dan ilmu bahasa Arab.

memahami kaedah kiasan dan rukunnya serta selok-belok penggunaan kias dalam hukum syarak.

seorang yang menghafal al-Quran dan memahami makna tersurat dan tersirat didalamnya

ikhlas dan bertanggungjawab terhadap Allah

ketakwaan yang tinggi. memahami bahawa sesuatu hukum yang

diputuskan tidak bercanggah nas al-Quran dan hadis

Mujtahid ialah seorang ulama’ yang menghabiskan hidupnya dalam mengkaji permasalahan agama serta mempunyai pengkhususan dalam bidang hukum syarak.

Page 6: Zaman taqlid mai

Zaman kebekuan?

• Semangat kebebasan dan kemerdekaan berfikir para ulama sudah mati.• Mereka tidak lagi menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama• Menggunakan cara bertaqlid• para fuqaha’ pada zaman taqlid sepakat meninggalkan ijtihad kerana

pelbagai masalah fatwa yang bersimpang siur menyebabkan para fuqaha’ menjauhkan diri dari ijtihad

• menjadi pengikut Abu Hanifah, pengikut Malik, pengikut asy syafi’i atau pengikut Ahmad

• membatasi diri dalam batas-batas lingkungan mazhab-mazhab itu sahaja• memahami lafaz-lafaz dan perkataan imam-imam saja, bukan lagi untuk

memahami nas-nas itu sendiri• bekulah masa pembinaan hukum padahal setiap peralihan zaman

membawa peristiwa yang menimbulkan masalah baru yang memerlukan pembinaan hukum

Page 7: Zaman taqlid mai

Sebab-sebab terhentinya ijtihad

• perpecahan negara Islam kepada berbagai-bagai pemerintahan yang saling berperang di antara satu sama lain.

- pemerintah Islam hanya sibuk dengan peperangan, rusuhan dan pertahanan diri dari segala tipu daya dan memikirkan ikhtiar-ikhtiar untuk mencapai kemenangan.

- umat Islam mengalami kelemahan dan semangat kecintaan mereka kepada ilmu pengetahuan dan akhirnya kelemahan itu telah berkesan melumpuhkan kegiatan perundangan.

Page 8: Zaman taqlid mai

Sebab-sebab terhentinya ijtihad

• setelah imam-imam mujtahid di zaman ketiga (zaman pembukuan dan imam mujtahid) berpecah kepada berbagai-bagai golongan, masing-masing mempunyai fahaman perundangan tersendiri dan masing-masing membawa aliran dan cara yang tersendiri dan pengikut golongan itu berusaha sedaya upaya meninggikan mazhab masing-masing.

- leburlah keperibadian seorang ulama’ di dalam golongan puaknya dan terbunuhlah jiwa kebebasan akal fikiran mereka yang menyebabkan ulama-ulama menjadi orang kebanyakan iaitu muqallid(orang yang bertaqlid pada orang lain).

Page 9: Zaman taqlid mai

Sebab-sebab terhentinya ijtihad

• umat Islam cuai mengatur dan menyusun kuatkuasa perundangan Islam dan tidak mengadakan sesuatu peraturan kemas yang boleh mencegah orang-orang yang tidak berkelayakan dari memasuki lapangan ijtihad.

- pihak-pihak yang berkuasa pun mengeluarkan perintah menutup pintu ijtihad dan memaksa mufti-mufti dan kadi-kadi mengikut hukum imam-imam terdahulu sahaja.

Page 10: Zaman taqlid mai

Sebab-sebab terhentinya ijtihad

• para ulama mengalami keruntuhan akhlak yang menghalangi mereka dari meningkat ke taraf mujtahid.

- Mereka menjalankan propaganda bagi memburukkan dan menjatuhkan nama orang yang cuba berijtihad.

- pupuslah kebijaksanaan dan kepintaran dan lemahlah kepercayaan ulama’ kepada diri sendiri dan seterusnya kekallah mereka menumpukan pegangan kepada mazhab imam-imam yang lalu.

Page 11: Zaman taqlid mai

Golongan ulama’ pada zaman taqlid

• golongan Mujtahid Mazhab.( ahli ijtihad dalam Mazhab)- bersandarkan fatwa dan dasar pegangan mazhab.

Page 12: Zaman taqlid mai

Golongan ulama’ pada zaman taqlid

• golongan Mujtahid dalam masalah-masalah baru.(masalah yang tidak difatwakan dalam mazhab)-berijtihad – berdasarkan fatwa / dasar mazhab- qiyas / perbandingan hukum dengan fatwa / dasar mazhab

Page 13: Zaman taqlid mai

Golongan ulama’ pada zaman taqlid

• ahli takhrij (pentafsir kesamaran).- menjelaskan fatwa yang tidak jelas.- qiyas- ijtihadBerdasarkan fatwa mazhab / dasar pegangan.

Page 14: Zaman taqlid mai

Golongan ulama’ pada zaman taqlid

• ahli tarjih (pemutus).Tarjih – memilih satu-satu pendapat berdasarkan kekuatan dalil.- Cuma membandingkan – fatwa yang kuat, lemah.

Page 15: Zaman taqlid mai

Golongan ulama’ pada zaman taqlid

• Ahli taqlid- mengikut sahaja fatwa / dasar pegangan mazhab

Page 16: Zaman taqlid mai

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Turutlah olehmu apa-apa yang diturunkan Allah. Mereka berkata: Kami hanya akan

menurut apa-apa yang dilakukan oleh orang-orang tua kami. Apakah (mereka mahu

menurut saja) walaupun orang-orang tua mereka tidak mengerti apa-apa dan tidak

mendapat petunjuk?

[Al-Baqarah:170]

Page 17: Zaman taqlid mai

Taqlid buta

• mengikuti seseorang tanpa mengetahui dari mana sumber perkataannya dan tidak dengan dasar ilmu serta yang tidak layak untuk diikuti .

Page 18: Zaman taqlid mai

Pada hari dibolak-balikkan muka mereka dalam neraka, mereka berkata: “Aduhai

kiranya, alangkah baiknya jika kami patuh kepada Allah dan kepada rasul!”

Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mengikut ketua-ketua kamu dan pembesar-pembesar kami,

maka mereka telah menyesatkan kami.

[Al-Ahzab:66-67]

Page 19: Zaman taqlid mai

Bahayanya bertaqlid

• Iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya.

• Jika benar perjalanan orang yang diikutinya, maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.

Page 20: Zaman taqlid mai

Kata-kata: Imam Malik bin Anas

“Sesungguhnya aku ini tidak lain melainkan manusia, boleh jadi aku salah dan boleh jadi aku benar. Maka dari itu, hendaklah kamu memerhatikan pendapatku. Tiap-tiap yang sesuai dengan kitab Allah dan sunnah, kamu ambillah dia dan tiap-tiap yang tidak sesuai dengan kitab dan sunnah, kamu tinggalkanlah dia.”

Page 21: Zaman taqlid mai

Kata-kata: Imam Abu Hanifah

“Haram atas sesiapa yang belum mengetahui dalil fatwaku bahawa dia berfatwa dengan perkataanku.”

Page 22: Zaman taqlid mai

Kata-kata: Imam Ahmad bin Hambal

“Janganlah kamu bertaklid kepada orang-orang tentang agamamu kerana sesungguhnya mereka itu tidak akan selamat bahawa mereka itu bersalah.”

Page 23: Zaman taqlid mai

Kata-kata: Imam Muhammad bin Idris /Imam Shafie

“Apabila kamu dapati dalam kitabku sesuatu yang menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w., maka hendaklah kamu berkata dengan sunnah Rasulullah s.a.w. dan tinggalkanlah perkataanku.”

Page 24: Zaman taqlid mai

Taqlid yang dibolehkan

• taqlid dalam keadaan darurat, kerana seseorang tidak memiliki pengetahuan dan tida cukup waktu untuk menguasai pengetahuannya, maka ia boleh mengikuti orang yang soleh

Page 25: Zaman taqlid mai

Ittiba’ , bukan bertaqlid

Page 26: Zaman taqlid mai

Ittiba’

jika menurut pendapat imam, ulama' dengan mengetahui hujah apa yang digunakan oleh para imam dan ulama' tersebut maka ia tidaklah menjadi taqlid sebaliknya menjadi Ittiba' (Mengikut berdasarkan dalil, yakni menerima dan mengikuti sesuatu pendapat dan ijtihad seseorang ulama' setelah kita mengetahui dalil-dalil yang digunakannya )

Page 27: Zaman taqlid mai

• Ittiba tidaklah dicela bahkan diperintahkan pada golongan awam yang jahil dan tidak mempunyai kemampuan berijtihad lantaran kelemahan dari sudut ilmu, kemampuan akal atau memiliki kekurangan tertentu.

" Bertanyalah kamu kepada orang yang mengerti jika kamu tidak mengetahui"

(Surah An-Nahl : 43)

Page 28: Zaman taqlid mai

Kesimpulannya….

Setiap perkataan, perbuatan dan tindakan hendaklah berlandaskan wahyu Illahi melalui

dalil dan tanda-tanda kebesaran-Nya yang terdapat dalam alam ini kerana:

Supaya manusia menemukan jalan yang benar, terhindar dari kesesatan

Setiap tindakan mendapat keredhaan AllahSetiap perlakuan dan tindakan manusia tidak

terkeluar dari syariat Islam

Page 29: Zaman taqlid mai

Sekian……Prepared by:

Maisarah Omar

Page 30: Zaman taqlid mai

Rujukan

• Handbook Pend. Agama Islam, Sem 2• Makalah ittiba’ dan taqlid, disusun oleh: Eka Lusiandani Koncara• Maksud taqlid:

http://www.mazhab.pja.my/mazhab/maksud-mazhab/• Mujtahid:

http://darululumonline.wordpress.com/2010/05/18/makna-ijtihad-siapa-mujtahid/

• Ittiba’: http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Perintah%20Menjauhi%20Taqlid.htm

• Kata-kata imam: http://www.mazhab.pja.my/mazhab/imam-mazhab-larang-taklid-buta/

• Sebab ijtihad berhenti: http://smsa-student.blogspot.com/2008/10/taqlid.html

• Golongan ulama’: http://smsa-student.blogspot.com/2008/10/taqlid.html