Zhu Ning

34
Zhu Ning (Dilahirkan pada tahun 1931 di Thailand) Sesetengah orang Malaysia dan Singapura bertanya, mengapa saya membawa seisi keluarga menyertai pasukan gerila? Ceritanya panjang .... Saya memberitahu bahawa suami saya diusir ke China ketika berperang dengan kerajaan penjajah. Kalau tidak menyertai PKM dan pasukan gerilanya, bagaimana dapat saya memelihara anak- anak? Anak-anak ini akan kelaparan. Mereka membisu mendengar penjelasan saya. Di rumah Zhu Ning tergantung gambarnya yang cantik yang diambil ketika berumur 16 tahun. Gambar itu begitu menarik dan menawan, sesiapa yang menatapnya akan menganggap dia bintang filem tahun 1960an. Tidak lama setelah temu bual dengannya, Zhu Ning ditimpa nahas. Semasa bekerja di kebun, tiba-tiba dia hilang keseimbangan dan ter­­ ­jatuh ke dalam kawah air panas yang sedang menggelegak. Tubuhnya cedera. Zhu Ning dirawat di hospital se­la­ ma lebih daripada satu bulan. Walaupun tubuhnya begitu menderita, saya tidak pernah melihat dia menitiskan air mata. Kahwin Pada Umur 15 Zaman remaja saya masih amat feudal, baik dari segi pemikiran mahupun kehidupan. Setiap kali jumpa, telangkai di kampung akan

description

ning

Transcript of Zhu Ning

Page 1: Zhu Ning

Zhu Ning(Dilahirkan pada tahun 1931 di Thailand)

Sesetengah orang Malaysia dan Singapura bertanya, mengapa sayamembawa seisi keluarga menyertai pasukan gerila? Ceritanya panjang.... Saya memberitahu bahawa suami saya diusir ke China ketikaberperang dengan kerajaan penjajah. Kalau tidak menyertai PKM danpasukan gerilanya, bagaimana dapat saya memelihara anak-anak?Anak-anak ini akan kelaparan. Mereka membisu mendengar penjelasan saya.Di rumah Zhu Ning tergantung gambarnya yang cantik yang diambilketika berumur 16 tahun. Gambar itu begitu menarik dan menawan,sesiapa yang menatapnya akan menganggap dia bintang filem tahun1960an. Tidak lama setelah temu bual dengannya, Zhu Ning ditimpanahas. Semasa bekerja di kebun, tiba-tiba dia hilang keseimbangan danter­­ ­jatuh ke dalam kawah air panas yang sedangmenggelegak. Tubuhnya cedera. Zhu Ning dirawat di hospitalse­la­ ma lebih daripada satu bulan. Walaupun tubuhnya begitumenderita, saya tidak pernah melihat dia menitiskan air mata.

Kahwin Pada Umur 15

Zaman remaja saya masih amat feudal, baik dari segi pemikiranmahupun kehidupan. Setiap kali jumpa, telangkai di kampung akanmengatakan bahawa saya gadis yang baik dan cantik dan bercadangmencari suami untuk saya. Ini memang kerja telangkai. Bakal mentuaamat puas hati dan suka hati menikahkan anaknya dengan saya. Maka,telangkai pun segera mencari ayah saya untuk meminta persetujuannya.Telangkai ingin sangat menjayakan perkahwinan itu. Dia tidakhenti-henti mendesak saya berjumpa dengan si teruna. Kali pertama sayaenggan, kali kedua saya menolak juga. Dia mendesak begitu kuatsehingga saya panik dan menitiskan air mata. Masa itu saya cumaberumur 15 tahun. Saya rasa perjalanan hidup saya jauh lagi. Sayamahukan masa depan yang baik, tidak ingin berkahwin begitu awal. Sayamenangis sedih. Bagaimanapun, saya tidak ada jalan lain tetapiterpaksa berjumpa dengannya. Mereka menanyakan pendapat saya. Sayasungguh menyesal kerana silap jawab semasa pertemuan itu. Saya tidakpatut memberitahu mereka bahawa saya serah pada ayah untuk buatkeputusan. Sebenarnya saya seorang yang suka berterus-terang. Ayahakhirnya memutuskan bahawa saya hanya berkahwin selepas umur 20 tahun.Saya diam sahaja. Dua minggu kemudian, bakal suami saya datang kerumah, membawa sebentuk cincin permata dan sebuah basikal baru, untukmembuktikan keluarganya berduit dan ada latar belakang. Sebenarnya,keluarganya bukan berada sangat. Dia memujuk saya agar kahwin cepat.Saya berkata, kedua-dua keluarga sudah janji tunggu sampai sayaberumur 20 tahun, saya tidak mahu kahwin awal. Tetapi, ibu berlembuthati. Dia berjaya memujuk ibu dan ibu mula mendesak saya. Pada hari

Page 2: Zhu Ning

pernikahan, saya menangis teresak-esak. Masa itu saya baru berumur 15tahun setengah bulan. Saya berkahwin dengannya bukan kerana saya cintadia, cuma tiada pilihan lain dan dipaksa oleh faktor sekitar, sepertikata peribahasa, "nasi sudah menjadi bubur".Masa itu saya pernah berniat melarikan diri. Tetapi tidak tahuhendak ke mana? Saya masih muda, tidak kenal ramai orang. Saya jugaamat takutkan ayah. Ibu cuba menenangkan hati saya, "... macam ini punbaik, ini nasib awak, terima sajalah!" Pada hari perkahwinan, sayaamat sedih. Saya ada banyak lagi impian dan cita-cita yang belumtercapai! Saya berasa amat kecewa apabila terfikir saya tidak bolehmenentukan nasib sendiri. Tahun itu, saya baru meninggalkan sekolah,iaitu tahun kedua Jepun menakluki Malaya. Pada hari perkahwinan, suamimenjemput saya ke rumahnya dengan teksi. Kami tidak ada gambarperkahwinan. Mujurlah adik-beradik menemani saya sampai ke rumah suamisaya. Rupanya, ibu mentua saya seorang yang amat garang. Bapa mentua pulatidak ambil peduli hal-ehwal keluarga. Segala-galanya ditentukan olehibu mentua. Bapa mentua kemudiannya berkahwin lagi dan membawa isterikedua ke rumah. Ibu mentua selalu marahkan kami.Mereka tidak benarkan saya kerja di luar. Mereka membeli belasanekor babi dan saya ditugaskan membela mereka. Setiap hari sayadikehendaki memasak untuk seisi keluarga seramai 10 orang. Hidup susahdan kerja rumah cukup berat. Saya tidak cukup tidur dan berasa amatletih setiap hari. Ibu mentua langsung tidak bersimpati. Baginya,semua kerja yang saya lakukan itu wajar. Oleh sebab tidak tahan hidupyang susah, ibu mentua muda pernah cuba melarikan diri. Ibu mentua tuamengawal kami dengan ketat. Saya makan nasi lebih sedikit pun diatidak benarkan. Saya selalu makan tidak kenyang, kerja pula berat.Sebenarnya, saya perlu makan dua mangkuk nasi untuk mengekalkankesihatan saya.Ibu mentua kemudiannya menjadi semakin tua dan sakit. Dia cumaboleh berbaring di atas katil. Walaupun dia tidak pernah baik terhadapsaya, saya berasa kasihan juga. Sayalah yang mencucikan baju-bajukotornya. Sungguhpun begitu, sikap buruknya tetap tidak berubah.Suami saya seorang penakut. Dia tidak pernah marahkan saya, tetapijuga tidak berani mempertahankan saya ketika saya dibuli oleh ibunya.Ini memang menyakitkan hati saya. Yang lebih teruk lagi, biarpun sayamasih muda, dia sela­lu berkata ingin mengambil isteri muda. Sayatelah melahirkan dua orang anak untuknya. Tetapi dia masih lagiberbuat sumbang dengan wanita lain. Akhirnya saya memberi amaranterakhir - kalau dia berani berkahwin lagi, saya akanmeninggalkannya. Selepas itu dia tidak berani bercadang hal ini lagi.Masa itu, saya telah melahirkan Cui Hong.Suami saya mengajar di kampung di samping menoreh getah. Semua duitdipegang oleh ibu mentua. Saya tidak ada satu sen pun. Setiap kaliminta duit, ibu mentua berkata, "Macam mana pula cucu? Mereka makan

Page 3: Zhu Ning

apa?" Saya amat kecewa, tidak nampak ada apa pada masa depan danpernah berniat bunuh diri. Namun, saya menyedari hakikat bahawa nyawaberharga, bunuh diri sesuatu yang tidak bermakna. Sebenarnya, sayatelah menyediakan tali gantung. Saya pernah menunjukkan tali tersebutkepada suami dan memberi amaran, kalau dia tidak berubah, saya akangantung diri. Namun dia tetap tidak ambil peduli. Kemudian, saya terbaca sebuah artikel yang amat mengharukan di suratkhabar. Artikel itu berkata, seseorang itu jika ada keberanian untukbunuh diri, dia harus ada keberanian untuk terus hidup. Fikiran sayaberubah setelah membaca ayat itu. Ia telah terpahat di otak saya.

Jadi Ibu Tunggal

Setelah anak ketiga saya dilahirkan, suami saya ditangkap. Petanghari kejadian, dia sedang berehat waktu tengah hari selepas menorehgetah. Tiba-tiba dua orang polis merempuh ke dalam rumah menangkapnya.Saya terkejut, saya gelisah dan bingung. Selain suami saya, beberapapenduduk kampung juga ditangkap, termasuk seorang jiran kami. Masaitu, penduduk-penduduk di sempadan Thailand-Malaysia mudah sangatditangkap oleh kerajaan Thailand mahupun Malaysia atas tuduhanmenyertai parti komunis ataupun menyokong parti komunis. Saya agak adapengkhianat.Suami saya memang pernah menolong komunis membeli barang. Masa itu,kami tidak boleh menolak permintaan begini. Saya naif masa itu. Sayaingat polis akan melepaskan suami saya setelah menyoal siasat. Sebelumdia dibawa balik ke balai polis, saya mengingatkan dia balik awaluntuk menoreh getah. Ketika itu saya mengandung sekali lagi, anak keempat.Saya hanya memahami hal sebenar selepas itu. Rupanya suami sayadikhianati oleh salah seorang jiran. Berhampiran kampung kami ada sekumpulan samseng. Pernah sekali,seorang lelaki yang enggan memberi mereka duit telah ditangkap danduburnya disumbat dengan botol kaca. Kumpulan samseng itu akhirnyadihancurkan oleh pasukan gerila komunis. Perkara ini berlaku pada awaltahun 50-an. Biasanya pihak komunis tidak mengambil tindakan yangterlalu tegas terhadap samseng yang tidak terlalu jahat. Suami saya kemudiannya dihadapkan ke mahkamah tinggi. Kedua-duabelah tangan dan kakinya digari dengan rantai besi. Apabila polismembawanya jalan lalu, saya mendengar bunyi lentang-lentung rantaiitu. Saya menyaksikan semua ini sendiri. Hati saya tenggelam, keadaanburuk sekali!Suami saya dipenjarakan selama setahun sebelum dipindahkan kepenjara lain. Masa itu saya masih muda. Saya masih percaya kepadafeudalisme, pegang kepada ajaran Konfusius bahawa wanita harus "sancong si de". Tidak pernah terlintas di hati untuk meninggalkan rumahsetelah suami tertangkap. Saya suka berterus-terang. Saya pernahmenunjukkan kegeraman saya kepada ibu mentua dan suami. Saya kata,

Page 4: Zhu Ning

mereka menganiayai saya sebegitu, tidak kira sesiapa pun, mereka akanmelarikan diri. Semua duit dipegang oleh ibu mentua. Kegiatan saya amat terkongkong.Tetapi saya wanita yang cukup rajin. Saya telah menanam pelbagaisayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah untuk menambahpendapatan keluarga. Saya berusaha sedaya upaya menjadi ibu yang baik.Saya membesarkan anak-anak dengan usaha sendiri. Saya berusahamenjaga mereka supaya nampak bersih dan kemas dan tidak malu dilihatorang. Ada sekali saya terjumpa wang 10 Baht. Saya tidak sampai hatimembeli barang untuk saya sendiri tetapi membeli barang untukanak-anak. Begitulah miskinnya kami masa itu. Ia adalah masa sayapaling susah hati, kami meronta-ronta di jurang kemiskinan.

Saya Juga Penoreh Getah

Saya tidak ingat saya telah menoreh getah untuk berapa lama. Kerjaini amat letih, terpaksa kerja sampai larut malam. Semasa anak masihkecil, saya membawa mereka ke kebun getah bersama. Kadang-kadang, sayabegitu letih sehingga mendengar bunyi asing dan orang lain bercakap.Saya telah menghidap penyakit insomnia selama lebih daripad 30 tahun.Semasa saya kerja menoreh getah, saya hanya boleh tidur tidak lebihdaripada dua jam sehari.Akhirnya saya menjadi satu-satunya tenaga menoreh getah di rumah, saya bawa empat orang anak bersama saya. Anak lelaki sulung saya mulamenolong menoreh getah sejak usia sembilan tahun. Saya selalu merasatakut ketika menoreh getah di kebun. Pada 1950an, kawasan kamitinggal diancami harimau. Ada penoreh getah yang diserang harimau.Kononnya harimau menyerang pada siang hari juga. Saya begitu takutsehingga makan pun tidak lalu. Biasanya saya mula menoreh getah padapukul 10 malam, saya kerja terus sampai pukul 4 atau 5 subuh. Sayabalik bersarapan, dan kemudian mengutip susu getah pada pukul 9 pagi.Malah saya masih perlu menggalas susu getah seberat 40-50 kilogramturun-naik bukit semasa mengandung.

Jumpa Harimau

Saya pernah terjumpa harimau, secara bersemuka. Matanya besar,sebelah berwarna putih, sebelah hijau. Saya melemparkan cawan getah keatas tanah untuk menghasilkan bunyi. Namun ia tidak bergerak langsung.Saya menjerit minta tolong. Ia beredar pula. Oleh sebab saya tidakmahu dikatakan orang lain saya seorang penakut, saya terpaksa terusmenoreh getah dengan berani, sehingga kerja saya selesai. Sekali lagi, semasa menoreh, tiba-tiba saya terdengar suara ngaumanbertubi-tubi dari jauh. Masa itu saya tidak tahu apa suara itu. Sayahanya sedar ia suara sejenis harimau juga daripada cerita orangkampung kemudian.

Page 5: Zhu Ning

Saya sentiasa berada dalam keadaan tegang. Ibu mentua selalumenyuruh saya pergi menoreh getah di tempat jauh apabila tenaga kerjatidak cukup di rumah. Pada suatu hari, saya terdengar bunyi"woo...woo.. .", saya ketakutan, kaki saya menggeletar, nasib baik itubunyi yang dikeluarkan oleh pasukan gerila komunis. Tentera Pembebasan giat bergerak di sempadan Thailand-Malaysia.Mereka selalu menyusun orang ramai mengadakan majlis tarian,mesyuarat, kegiatan angkatan muda dan sebagainya. Mereka juga kerapmemberi kami makanan. Kami amat miskin. Tentulah amat terharu denganperi laku mereka. Ketika itu anak-anak saya jarang sekali dapat makannasi. Kegiatan komunis telah menarik hati anak-anak saya kerana merekamemang suka menyanyi dan menari.

Akhirnya Menyertai Pasukan Gerila

Saya masuk pasukan kira-kira pada 1967. Orang British sudah pergi.Kami berperang dengan askar Malaya. Saya masuk hutan bersama empatorang anak. Masa itu kami amat miskin, saya terpaksa membawa mereka.Ada orang berkali-kali mengingatkan kami bahawa polis sudahmemerhati tingkah laku kami. Mereka juga kata, polis hendak meracunikami. Jadi kami terpaksa melarikan diri. Selama ini, kami telahmengalami banyak pertempuran. Sebelum menyertai pasukan, saya sudah pun tahu Tentera Pembebasanselalu bertempur dengan musuh. Tentera Pembebasan kemudiannya memujuksaya agar menyertai mereka. Setahun dua kemudian, mereka menjemput duaorang anak saya yang lebih tua menyertai pasukan juga. Kalau demikian,hanya tinggal dua orang anak yang kecil di rumah saja. Mereka berduatentu takut. Akhirnya, saya terpaksa membawa keempat-empat anak masukke hutan. Setelah kami meninggalkan rumah, barang-barang di rumah kamihabis dirampas orang. Masa itu ibu mentua sudah meninggal dunia.Saya tidak mahu ikut suami saya ke China (dia diusir ke China).Dalam surat yang ditulisnya, dia berkata China amat miskin. Jadi sayafikir, kalau begitu, buat apa saya ikut dia? Cuma menyusahkan seisikeluarga sahaja. Dia berkahwin dengan perempuan lain selepas itu. Masa itu, suami sesetengah wanita di kampung juga pergi ke China.Mereka menyuruh saya tolong menulis surat minta bercerai. Saya menolakpermintaan mereka. Saya boleh tolong tulis surat lain tetapi bukansurat minta bercerai. Ada juga lelaki meminang saya, tetapi semuanyasaya tolak. Saya paling prihatin terhadap dua orang anak perempuansaya. Saya tidak mahu mereka dibuli atau dianiayai oleh bapa tiri,tidak mahu mereka sengsara seperti anak-anak tiri yang lain. Saya amat marah suami saya, malah apabila dia masih ada di rumah,dia pun tidak bertanggungjawab langsung. Di pasukan, saya tidakrindukan dia. Setelah membisu selama 10 tahun, anak perempuan bongsusaya akhirnya dapat mencari ayahnya melalui seorang bapa saudara yangtinggal di China, mereka berhubung antara satu sama lain dengan surat.

Page 6: Zhu Ning

Tetapi dia asyik minta kami menghantar wang kepadanya dalamsurat-suratnya. Dia juga kata hendak balik ke sini melawat kami. Sayatidak setuju. Masa itu kami baru keluar hutan. Dia jatuh sakit tidaklama kemudian, maka pun tidak jadi balik. Kemudian, kami menerimasurat daripada anak perempuannya di China bahawa dia telah meninggaldunia. Mula-mula masuk pasukan, organisasi mengatur saya menyertai unitbelia. Anggota-anggotanya ialah mereka yang bersedia dihantar balik kekampung suatu hari nanti. Tugas kami ialah mengangkut makanan untukpasukan. Kehidupannya susah tidak terbayangkan, juga amat bahaya. Kamidikehendaki menggalas barang yang berat berjalan di bukit-bukau yangcuram. Kalau kami tidak berhati-hati dan tergelincir, kami tentumampus. Kami mengisi barang dengan guni baja, seorang seguni,mengharungi sungai dan bukit-bukau. Walaupun saya masih muda dancergas masa itu, saya selalu ketinggalan di belakang barisan.Biasanya kami bertolak pada waktu tengah hari dari kem untukmengangkat bekalan makanan. Perjalanan itu makan masa hampir seharipenuh. Sampai pukul lima atau enam pagi keesokan hari barulah kamiboleh tiba semula ke kem.Pada mulanya, saya diatur masuk ke unit "pengangkutan rakyat".Selain mengangkut bekalan dan memasak, tidak perlu buat banyak kerjalain. Dua tahun kemudian, saya dipindah ke Pasukan Organ. Tiga bulanselepas itu, saya dipindah pula ke Pasukan Penggempur di selatan.Tugas utama saya ialah memasak. Komrad suka masakan saya. Mereka katasedap. Tetapi lama-kelamaan, saya pun rasa bosan sedikit.

Mara ke Selatan, Masuk ke Malaysia

Kira-kira tahun 1971, saya menyertai Pasukan Penggempur ke selatan.Mulanya kami tidak tahu hendak pergi ke mana. Itu rahsia ketenteraan.Kami tidak tahu hendak pergi ke selatan ataupun ke utara. Masa ituzaman susah, kekurangan bahan makanan. Setiap orang cuma dibekalkanberas sebanyak 1-2 tin susu sehari. Kami dibahagikan kepada kumpulan10 orang, masak nasi dan sayur liar. Sayur liar di dalam hutanbagaimanapun terlalu kasar untuk sistem penghadaman, makakadang-kadang kami menggantikannya dengan rebung.Semasa saya dikerahkan ke selatan memasuki Malaysia, cuma anakketiga di sisi saya. Anak-anak yang lainnya dimasukkan ke unit lain.Kebanyakan masa saya seorang diri. Perjalanan ke Malaysia kali iniialah satu perjalanan jauh. Suatu ketika anak saya jatuh sakit,bibirnya jadi hitam. Semasa mara ke selatan, setiap orang perlu menggalassekurang-kurangnya 40-50 kilogram makanan. Justeru anak saya sakittenat, saya menolong menggalas barangnya. Tetapi, tidak berapa jauhberjalan, kaki saya pun menggeletar. Anak terpaksa menggalas barangnyasendiri kerana saya berjalan terhuyung-hayang. Dia budak yang tabah

Page 7: Zhu Ning

dan tahan susah-payah. Beginilah dia berjalan terus sambil menahansakit, terus sampai ke destinasi kami. Sampai saat itulah kami sedarkami diatur ke Pasukan Organ Pasukan Penggempur.Di Pasukan Penggempur kami makan bubur, gandum, sekoi dansebagainya. Makanan sedemikian sudah amat baik. Kami dapat nasi satutin penuh kerap kali. "Banyaknya", kata saya. Orang lain mengingatkansaya, jangan merungut makanan banyak atau sikit. Makanan mungkin kianhari kian kurang pada masa nanti. Kami juga pernah makan daging gajah.Daging gajah panggang, rasanya mirip daging babi. Biasanya kami akanmembentuk kumpulan memburu gajah. Saya pernah menyertai kumpulantersebut satu dua hari, saya tolong mereka menggalas barang. Gajahyang cedera atau terperangkap menjadi sangat ganas. Satu kali dahulu, kami menangkap seekor gajah. Dua hingga tiga hariberikutnya, kami sibuk memproses daging gajah itu. Gajah begitu besar.Kami perlu memotong dagingnya menjadi kepingan kecil, mencuci bersihlalu memanggangnya. Kami kerja dua hingga tiga hari terus, tidak kirasiang atau malam. Saya nyaris pengsan keletihan kerana tidak tidurlangsung!Mencuci usus gajah memerlukan masa yang panjang. Mereka besarseperti tayar kereta. Tapi rasanya tidak berapa sedap. Saya jugapernah makan buah pinggang gajah. Selepas itu air kencing kita menjadiwarna biru. Tetapi sedap rasanya. Tidak ada sebarang rempah, kami cumamencecah daging dengan kicap dan garam. Kami makansekenyang-kenyangny a. Bahagian-bahagian yang sedap rasanya termasukjuga hati gajah, tapak kaki gajah dan selaput tudung hati gajah.

Tukang Masak Pasukan Gerila

Tukang masak pasukan perlu menyediakan makanan untuk 50-60 orangtiga kali sehari. Kerja berat tetapi masih boleh tahan. Masa itukedua-dua belah tangan saya masih ada lagi. (Zhu Ning diam seketika).Setiap kali kami sediakan dua tiga jenis lauk. Kerja ini dilakukanoleh beberapa orang. Seorang masak nasi, yang lain masak sayur dansebagainya. Masa itu saya belum cedera.Saya dan seorang lagi komrad wanita telah buat banyak tauhu. Setiaphari perayaan, kami akan menggoreng tauhu. Kami berdua boleh buat20-25 kilogram tauhu, tetapi mesti ada orang yang tolong mengisarkacang. Kami mula buat persiapan pada pukul empat atau lima petang.Kami bekerja selepas makan sehingga pukul 11-12 tengah malam.Komrad lain akan pergi mengutip sayur liar. Sebagai tukang masak,saya kena bangun awal. Saya bangun pada pukul 2-3 subuh untuk mencucidan memotong sayur. Oleh kerana kekurangan daging, kami perlu keluarberburu. Kami ada dapur besar dan kelengkapan lain untuk memasak. Sayaperlu menggalas benda-benda tersebut tidak kira kami pergi ke manapun. Jadi tukang masak memang amat letih. Kami dikehendaki menyimpanbekas makanan masing-masing.

Page 8: Zhu Ning

Sekiranya anda sudah biasa, memasak "nasi periuk besar" bukanterlalu susah. Setelah menguasai tekniknya, kami dapat mengagaktemponya. Misalnya masak nasi dengan kawah besar, curah beras kedalamnya apabila air mula mendidih. Untuk mengetahui apakah nasi sudahmasak, tidak perlu buka tutup kawah, kami boleh mengagak-agak daripadawap yang keluar dari kawah tersebut. Yang penting api mesti cukup kuat. Biasanya ada beberapa komrad yang membantu saya menyediakan sarapanpagi. Makan tengah hari saya pula siapkan seorang sendiri. Tidak perlumasak banyak jenis, cuma sup, sayur ataupun ikan masin. Semuanya tigajenis. Apabila nasi siap dimasak dan bahan-bahan untuk lauk siapdisedia, saya akan cuci kuali dan gunanya untuk memasak lauk. Nasi danlauk biasanya dimasak secara berasingan.Kami mula memotong sayur untuk makan malam pada pukul 1-2 tengahhari. Makanan biasanya sama jenis. Ada kala kami dapat makan telur.Masa itu, kami belum lagi menanam sayur-sayuran. Semua sayur dibeliatau diderma oleh orang ramai. Apabila makanan sudah siap, tukang masak boleh makan bersama komradlain atau boleh makan secara berasingan di dapur. Pasukan amatprihatin terhadap isu kebersihan. Setiap orang guna sudu sendiri.Sebuah meja dikongsi 10 orang. Setiap meja dihidangkan semangkuk besarlauk. Setiap orang ambil lauk ikut keperluannya ke mangkukmasing-masing. Selepas makan, setiap orang cuci mangkuk sendiri.Periuk nasi dan bekas lauk dicuci oleh petugas dapur. Kami makan nasidengan sudu milik masing-masing. Itulah sebabnya kami dari hutanamatberwaspada dengan sisa-sisa makanan orang lain. Takut jatuh sakitdijangkiti kuman. Umumnya, pada waktu malam, setelah selesai semua tugas yangdijadualkan, kami akan pergi belajar. Jika hendak, di sebelah petangkami boleh rehat sekejap. Apabila situasi agak baik, di sebelahpetang, kami boleh minum teh petang bahkan bubur. Kami juga kerap mengadakan kegiatan sukan. Lepas memasak, jikakeadaan stabil, kami boleh berjoging di padang pada waktu pagi.Petugas dapur juga boleh ikut serta, asalkan salah seorang antara kamijaga dapur. Sekali dahulu saya dipindah ke unit sivil di sempadan Malaysia.Tugas utama kami ialah menghubungi dan menyusun massa serta membelibahan makanan daripada orang ramai. Kami dibahagikan kepada dua hinggaempat orang satu kumpulan. Bagaimanapun saya kurang mahir dalam kerjapropaganda dan pendidikan massa.Unit ini terletak di antara hutan dengan kampung yang palingberdekatan. Dengan bantuan rakyat, kami mengangkut bekalan-bekalanyang kami pesan. Saya selalu takut dan risau pada waktu malam, khasnyaapabila saya ditugaskan pengawal malam. Saya selalu risau tersalahanggap orang kampung yang menyokong kami sebagai musuh. Macam manakalau saya salah tembak mereka? Kadang-kala, saya ditugaskan pengawalmalam dan siang hari berikutnya pula dikehendaki mengangkat bekalan,

Page 9: Zhu Ning

masa sebegitu paling meletihkan.

Ditugaskan "Menutup Jalan"

Ada kalanya saya ditugaskan "menutup jalan". Ertinya berjalan dipaling belakang barisan dan menghapuskan jejak tapak kaki komrad yangberjalan di depan. Pada suatu hari, kami melalui satu jalan yang kamipernah lalui dua kali sebelum itu. Waktu itu dinihari, apabila sayapusing ke depan selepas menghapuskan jejak kaki, saya sudah tidaknampak komrad saya. Saya tidak tahu ke arah mana mereka pergi. Sayatertinggal di belakang dan tidak tahu di mana saya. Lebih teruk lagidi hadapan saya ialah jalan bercabang. Saya tidak tahu yang ana satujalan yang betul. Saya silap memilih sebatang jalan yang menghala kekampung Melayu. Sekonyong-konyong saya terdengar suara bergendang,nampaknya ada ramai orang di kampung itu. Saya bimbang dikesan orang,jadi terpaksa ambil risiko menunggu komrad balik menjemput saya. Akhirnya, ketua kumpulan balik mencari saya. Dia marahkan saya, "Nakcari mati? Jalan ini ke kampung Melayu. Kenapa tidak ikut pasukan?"Saya menjawab, "Saya tidak nampak mereka. Jadi saya rasa yang palingselamat ialah menunggu."

Kehilangan Satu LenganPada suatu hari, kami menghantar bekalan ke suatu tempat lain, disana bekalan kami akan disambut oleh kumpulan lain. Hari itu, kamiseakan-akan sedang menempuh jalan denai yang aneh. Saya beritahu ketuakumpulan rasa kecurigaan saya - jalan itu seolah-olah baru sajadilalui orang lain. Tetapi dia tidak percaya. Dia anggap itu kesanbinatang sahaja. Kemudian, saya mengusulkan agar kami beredar danberkhemah di satu tempat yang lebih selamat. Tempat itu terlaluterdedah. Masa itu sudah pukul tiga petang. Ketua kumpulan menugaskan saya sebagai pengawal hari itu. Masa itusaya baru masuk pasukan, masih amat mentah, banyak pengetahuanketenteraan yang saya tidak tahu. Saya gelisah sepanjang hari.Tiba-tiba saya terdengar bunyi "tang..." yang kuat tidak jauh darisaya. Saya cepat-cepat memandang ke arah bunyi tersebut. Tiga hinggaempat orang sedang menuju ke arah saya. Bekas air mereka mengeluarkanbunyi. Mereka askar tentera kerajaan. Saya panik dan tidak dapatmemutuskan sama ada menembak mereka atau tidak. Mereka masih tidaknampak kami lagi. Masa itu, selain saya, ada sepasang suami isteri,juga rekrut baru. Saya jadi kelam-kabut, tidak tahu apa patut buat. Tiba-tiba saya teringat arahan bahawa kami mesti melepaskan tembakansebelum musuh. Selepas saya melepaskan tembakan pertama, musuhsemuanya meniarap. Saya tidak tahu apakah tembakan saya itu kenamereka. Saya panik dan takut. Mendengar tembakan saya, sepasang suamiisteri itu segera angkat senjata mereka dan berlari ke arah saya.Mereka juga melepaskan tembakan mempertahankan diri. Demikianlah kami

Page 10: Zhu Ning

bertempur sengit dengan musuh. Selepas pertempuran beberapa ketika, kedua-dua pihak terhentiseketika. Saya teringat beg saya tercicir di belakang. Di dalamnya adakain baju harian, barang-barang peribadi, bekalan dan benda-benda yangdiberikan oleh orang ramai. Kesemua ini amat berharga kerana susahsekali mendapat mereka. Sayangnya kalau saya tidak mengutipnya balik.Hairan betul, dalam keadaan yang begitu bahaya, saya langsung tidakteringat bahawa saya mungkin cedera atau mati berbuat demikian. Akhirnya kami cuba berundur. Mendengar suara tembakan musuh, kamisegera meniarap, merangkak dan berundur cepat. Sekali-sekala kami jugamenembak musuh untuk mempertahankan diri. Malangnya, pada masa itulengan saya tertembak. Saya tidak berasa sakit pada mulanya. Tiba-tibasaya nampak darah menyembur dari lengan yang cedera. Saya terkejut,rupanya lengan saya berlubang. Saya minta kawan di sisi memegangsenapang karbin saya, dia perajurit baru juga, langsung tidak tahubertempur. Mujurlah ada komrad lain menolong melindungi kami daritempat berdekatan. Anak saya memberitahu saya kemudian, semasa oranglain melepaskan tembakan, sebenarnya saya boleh mengundurkan diridengan mudah. Namun pada saat genting itu saya tidak terfikir hal ini.Kami berjalan sepanjang tebing sungai sambil menutupi jejakpengunduran dengan baik. Tetapi musuh terus mengebom kami. Kamiberundur ke atas bukit dan bermalam di situ. Musuh menembak kamisepanjang malam, helikopter dan kapal terbangberlegar-legar di bawah kami (kerana bukit tempat kami bermalam amattinggi). Malam itu, komrad tolong merawati luka saya. Mereka memberi sayaubat luka. Tetapi ubat itu seakan-akan tidak berkesan langsung. Lukaitu begitu menyakitkan, sehingga saya tidak dapat makan apa pun sejaksegelas kopi dan sesudu susu yang saya minum pada pukul tiga. Selamabeberapa jam, lengan saya sakit seperti dicucuk jarum. Dalam keadaanmasa itu, mereka tidak ada masa merawati dan membalut luka saya dengancermat. Hari keesokannya, kami dikehendaki balik ke kem segera,perjalanan memakan masa tiga hari. Mereka memutuskan untukmenyembunyikan sahaja senapang karbin saya di satu tempat di hutan. Sesetengah komrad bercadang menggalas saya kerana bersimpati. Tetapisaya menolak cadangan ini. Saya tidak mahu jadi beban mereka. Sayasudah cukup menyusahkan mereka. Akhirnya kami sampai ke kem denganselamat. Terdapat sekeping kulit yang masih bersambung di atas lukalengan saya yang putus. Komrad terpaksa memotong kulit tersebut.Tetapi pisau yang digunakan itu tidak cukup tajam. Sakit betul! Ketikaitu, lengan yang putus itu sudah reput dan hitam, bahkan berulat.Saya pengsan berkali-kali. Sedar kemudian pengsan sekali lagi.Kawan-kawan menggalas saya melintasi sungai. Saya pengsan berkali-kalijuga semasa pembedahan. Mujurlah saya tidak banyak kehilangan darah . Selepas pembedahan, mereka biar saya rehat atas katil. Merekamencuci luka saya dengan air panas, sakitnya menikam hati. Saya hanya

Page 11: Zhu Ning

sedar kemudian, cara itu tidak betul. Luka peluru tidak boleh dicucidengan air panas. Sekarang ini, sebelah lengan yang sempurna itu tidakada apa, tetapi sebelah lengan yang cedera itu masih lagi sakit,khususnya waktu pagi. Kami hanya tahu selepas itu, tempat kami bertempur itu ialahlapangan helikopter musuh! Bekalan-bekalan yang kami simpan di sekitaritu telah dirampas oleh tentera kerajaan. Mujurlah senapang karbinsaya dapat dijumpa balik. Setelah luka saya sembuh, petugas kesihatan memutuskan untukmencabut serpihan tulang di lengan saya. Tetapi dia tidak memberitahusaya terlebih dahulu. Malah dia main muslihat, cuba mengalihkanperhatian saya. Dia bertanya, "Tengok, siapa itu?" Saya menoleh kepalake arah yang ditunjukkannya, saat itulah dia cabut serpihan tulang didalam lengan saya kuat-kuat. Darah menyembur, saya kesakitan, nyarispengsan. Seumur hidup ini, saya telah menghadapi pelbagai kesengsaraandan nahas, tapi saya tetap dapat hidup terus. Saya tabah.Saya cedera pada tahun 1971. Tahun 1973 saya dipindah ke unit sivilyang agak kecil dan ditugaskan mengurus tunai runcit danbertanggungjawab mengeluarkan resit setelah komrad membelibarang-barang. Kerja ini kadang-kadang rumit. Namun saya menjalankantugas ini selama 17 tahun! Walaupun saya tidak dapat bertugas di dapurlagi kerana kelukaan saya, tetapi saya masih perlu bertugas sebagaipengawal. Kadang-kadang saya juga menggantikan komrad lain memunggahbarang, memelihara ayam dan lain-lain . Saya bertugas membela dua ekorbabi. Babi-babi itu membesar dengan pesat. Enam hingga tujuh bulankemudian, beratnya sudah mencapai 100 kilogram lebih. Saya masih bolehmengurus kehidupan harian sendiri. Tetapi saya tetap bimbang,bagaimana kalau saya tertawan di perjalanan pergi memelihara ayamatau babi? Sudah lewat apabila komrad ketahui saya hilang.Saya juga buat kerja lain, misalnya menggalas kayu api, bercucuktanam dan merumput di kebun sayur dan sebagainya. Saya buat saja apayang diarahkan. Ketika itu saya sudah tua, berusia 60 tahun.Sungguhpun cacat, saya tetap bertanggungjawab dan rajin. Sayamengingatkan diri: biar cacat, jangan menjadi orang yang tidakberguna. Saya tidak suka bergantung pada orang lain, itu tidak baik.Setelah luka saya sembuh, saya ambil inisiatif buat apa yang sayalarat. Misalnya menggalas kayu api, asalkan komrad saya tolong ikatuntuk saya, saya turut menggalas.

Adakah Lelaki dan Wanita Berbeza?

Lelaki dan wanita tidur di tempat berasingan. Ada seksyen wanita danseksyen lelaki. Cuma komrad yang berkelamin boleh tinggal di rumahkecil khas secara bergiliran. Saya dan anak tidak tinggal bersama.Biasanya, kami tinggal di seksyen masing-masing. Tambahan pula, merekaakan dihantar ke unit-unit yang berlainan dari semasa ke semasa.

Page 12: Zhu Ning

Kadang-kadang mereka dihantar ke unit saya, tetapi ini tidak kerapberlaku. Tentulah, saya bimbangkan mereka apabila mereka tidak ada disisi saya.Adakah lelaki dan wanita di pasukan berhak sama rata? Dari segikerja, ya. Komrad wanita yang mengandung dan bersalin diberikanlayanan yang sesuai untuk mereka. Ada sekali dahulu pemimpin tanyasaya sama ada boleh jadi bidan. Saya jawab, "Tidak pandai." Diabertanya pula, bagaimana saya melahirkan anak-anak saya? Saya jawab,"Semasa bersalin, saya apa pun tidak tengok." Dia berasa pelik,"Saudari telah melahirkan ramai anak, kenapa apa pun tidak tahu?" Sayamenjelaskan, waktu saya bersalin, jiran saya yang menolong. Merekasuruh saya jangan tengok, kalau tidak saya mungkin pengsan. Maka sayatidak pandai jadi bidan. Saya khuatir kalau tersilap, saya akanmenyesal seumur hidup.

Apakah itu mengawal?

Mengawal maksudnya ialah mengawasi keadaan di dalam dan luar khemahsecara berterusan. Kami membina beberapa buah pos kawalan disekeliling kem, di kesemua empat penjuru. Perajurit yang berkawalmesti sentiasa berwaspada dan menarik tali amaran segera jikakedengaran atau mengesan sebarang hal atau benda yang mencurigakan.Setelah tali amaran ditarik, perajurit barisan hadapan atau kumpulanpenempur yang bertugas akan tampil ke depan serta-merta. Perajurityang berkawal dikehendaki berdiri di posnya, tidak boleh berjalan kesana sini. Sebenarnya tidak ada tempat yang boleh pergi juga.Perajurit berkawal digilir sejam sekali, setiap pos seorang. Jarakantara pos-pos tersebut agak jauh, sesetengahnya keluar dari kem.Tetapi, setiap pos dihubungi dengan tali amaran.

Bersama Pasukan Penggempur

Sekali dahulu, lebih kurang pukul empat petang. Seorang komrad dapatmemburu seekor babi liar. Kami menyembelihnya, mencuci, memotong danmemasak. Apabila semua kerja siap, sudah lewat, lebih kurang pukul 10malam. Kebanyakan komrad balik tidur. Saya bertanggungjawab mengurusdapur, tidak boleh tidur lagi. Justeru kekurangan air, pada malam yanggelap itu, saya terpaksapergi ke sungai seorang sendiri dengan membawasebuah lampu picit untuk ambil air. Sungai terletak jauh dari kem.Hati saya sebenarnya berdebar-debar, bimbang terserempak harimau. Diatas perjalanan balik, saya terjatuh beberapa kali. Dalam pasukan penggempur, ada ramai anggota baru yang datang dariMalaysia. Mereka berpendidikan tinggi, bahkan ada antara merekamahasiswa. Di sepanjang perjalanan, kami terpaksa memakai pakaianseragam kami selama 10 hari. Udara dalam hutan sejuk lagi lembap.Pasukan penggempur kami mara sampai ke Gunung Bintang di Malaysia.

Page 13: Zhu Ning

Hutan khatulistiwa, sekeliling sunyi-senyap, seakan-akan mati. Bekalanmakanan pasukan penggempur saya terhad. Kata mereka, kami sudah dikirabernasib baik kerana masih ada minyak untuk masak. Bagaimanapun masasaya berada di pasukan ini tidak lama. Kadang-kadang, kami dibimbing oleh kawan yang veteran danberpengalaman. Pada suatu hari, semasa kami berjalan, tiba-tiba kamiternampak bekas kaki gajah yang baru. Bekas itu amat besar, lebihbesar daripada saiz dua tapak kaki kita. Tahukah anda bagaimana gajahmenggaru gatal? Ia menggaru gatal dengan menggesek-gesek tubuhnya kebatang pokok. Komrad veteran kata gajah ialah binatang ganas.Kadang-kadang mereka muncul dalam satu kawan. Kata mereka pula, kalaunampak gajah menegakkan telinga dan mengeluarkan bunyi tajam, mestiberwaspada dan berhati-hati. Itu tanda ia naik angin. Semasa berkhemahpada waktu malam, ada komrad memberitahu bahawa kalau terdengar suarakawanan gajah, kami harus segera bersembunyi di belakang pokok besar.Kalau tidak, kami mungkin dipijaknya semasa tidur nanti.Semasa kami beredar, kami pernah melalui banyak gunung. Adasesetengah gunung yang begitu tinggi sehingga burung pun tidak nampak.Kami hanya terdengar bunyi serangga. Kata mereka, di gunung begitujarang sekali terdapat binatang, selain badak sumbu yang berbadanraksasa dan berkulit tebal dan kasar. Kita cuma boleh membunuhnyadengan cara menembak di antara kedua matanya ataupun keningnya saja.Semasa di pasukan penggempur, kami selalu sengsara kerana putusbahan makanan. Kami selalu makan buah-buahan liar dan sayur-sayuranliar. Pada masa itu, kelaparanlah pengalaman yang paling sengsara dantidak boleh dilupai. Justeru kelaparan, tenaga kami habis haus, tubuhjadi kurus kering. Saya menahan lapar sehingga hilang tenaga, tidakmampu menggalas barang. Akhirnya, komrad lain terpaksa menggalas sayapula.Mencari makanan sahaja belum memadai. Perkara yang lebih pentinglagi ialah penyimpanan makanan dengan baik. Ada sekali kami berjayamemburu seekor burung enggang. Akan tetapi, oleh kerana kami tidakmenyembunyikan bulu-bulu dan paruh burung itu dengan baik, ia dikesandan menjemput serangan musuh.

Jumpa Beruang

Pada suatu hari, saya dapati penutup tong yang disimpan umpan ayamitu seakan-akan pernah dialih. Pada mulanya saya ingat saya sendiriyang terlupa menutupnya. Tetapi pada hari kedua, ia terbuka lagi. Sayamula mencurigai ini mungkin perbuatan binatang besar. Saya cubamengesannya. Maka saya letakkan sebuah tin kosong di atas penutup itu.Jika penutup tong itu dialih, tin kosong tentu jatuh dan mengeluarkanbunyi yang kuat. Masa itu saya akan memanggil komrad membunuhnya.Waktu malam hari itu, seperti apa yang disangka, "breng..." tiba-tibaterdengar bunyi tin kosong terjatuh. Kami segera menyerbu dan

Page 14: Zhu Ning

betul-betul terjumpa seekor beruang besar. Rupanya beruanglah yangmencuri umpan ayam kami. Ia suka makan minyak dan gula, dan juga umpanayam kerana rasanya masin. Beruang itu akhirnya kami bunuh. Ada satu cerita yang menarik. Seorang komrad lelaki pergi mengutipdurian hutan. Dia meletakkan senapangnya, dan bersiap sedia untukmenikmati durian, tiba-tiba muncul seekor beruang besar. Rupanyaberuang pun pandai berkawal juga. Dia akan meronda ke sekelilingkawasannya. Demikianlah ia menemui komrad kami, beruang besar itumulai mengeluarkan suara "ho...ho...ho. ..". Mujurlah komrad lelaki itucukup cerdik. Dia segera meniru gerak-geri beruang itu. Bagaimanaberuang itu berbunyi, dia berbunyi begitu juga; beruang gerak ke kiri,dia gerak ke kiri juga. Mereka bersemuka agak lama. Akhirnya, beruangitu beredar pergi. Ini kisah benar. Ajaran daripada cerita ini ialah:mesti bawa senapang anda bila-bila masa.

Ular Senduk

Pernah sekali, apabila saya ambil telur daripada tong besar,tiba-tiba terasa tangan saya itu digigit sesuatu. Rupanya ular sendukyang amat berbisa. Mujurlah ular senduk itu kecil, bukan yang besar.Ular senduk jenis ini suka bersembunyi di daun-daun pokok buah-buahandan menyerang sasarannya secara mengejut. Kononnya, ia akan tampilmenyerang kalau terdengar desiran suara daun. Tetapi saya tidak pernahmenyaksikannya sendiri. Saya bernasib baik. Ubat yang diberikan amatberkesan. Tangan saya yang dipatuk ular itu sihat sehingga hari ini.

Orang Jepun

Jepun mencerobohi Malaya ketika saya berumur 13 atau 14 tahun.Askar-askar Jepun itu cuma pernah merenung saja, tidak pernahmengganggu saya. Saya pernah mendengar banyak cerita tentang kekejamanorang Jepun. Saya sendiri tidak pernah menyaksikannya kerana sayajarang keluar rumah. Kononnya, seorang penjaja sayur terjumpa askarJepun di tengah jalan. Askar Jepun itu bercakap bahasa Jepun denganpenjaja sayur tersebut, mungkin menanyakan nama sayur yang dijualnya.Maka si penjaja itu pun menjawab. Tiba-tiba, tidak tahu kenapa, askarJepun menampar muka si penjaja sayur itu dengan kuat. Jelas sekali, sipenjaja itu mungkin menyebut kata-kata yang dianggap menghina. AskarJepun menanya lagi dan si penjaja menjawab dan ditampar lagi. Iniberulang banyak kali sehingga si penjaja itu pengsan tidak sedarkan diri.Saya diberitahu, orang Jepun cuma menghormati pemenang dan amatmemandang hina si kalah. Mereka selama-lamanya memihak si pemenangsemata-mata. Kononnya, mereka amat menghormati ibu mereka. Mereka amatmarah kalau kita mengeluarkan kata-kata kotor yang bersangkutan denganibu. Saya juga dengar ada seorang wanita di kampung kami dirogol askar

Page 15: Zhu Ning

Jepun. Sekarang umurnya sudah 80 tahun lebih. Anaknya yang mati awalitu kononnya mirip dengan rupa orang Jepun.

Mengenang Masa Lampau

Saya hidup di dalam pasukan selama lebih daripada 20 tahun. Hariperayaan dan hari-hari raya adalah saat yang paling selesa dan seronokbagi kami. Pertunjukan amat menyenangkan hati, ada tarian dan juganyanyian. Saya suka melihat persembahan komrad, saya pernah menyertaipersembahan tarian juga. Antaranya ada sebuah lagu yang bertajuk"Semoga Presiden Mao Panjang Usia". Kami menari sambil menyanyi. Kamimenyanyi beramai-ramai pada hari perayaan. Selain itu kami jugamempersembahkan nyanyian dan tarian kepada orang ramai di luar. Dulusaya pandai banyak lagu, misalnya "Parti Yang Cemerlang", "MercuSuar", "Hati Ibu", "Anak-anak Negeri Pahang" dan lain-lain. Masa itu,saya tidak berasa malu nyanyi di depan umum. Misalnya, pada suatu haridahulu, kampung kami dikunjungi ramai tetamu. Mereka minta sayamenyanyi. Kalau bukan sudah terlatih di hutan, saya tentu tidak beranimenyanyi masa kini. (Ketawa)Dalam perayaan kami selalu menari "Tarian Lagu Sawah Padi".Sebenarnya saya suka menari, boleh menunjukkan aksi yang berlainanmenurut lagu dan rentak irama, seperti tepuk tangan dan sebagainya.Sekarang mengenang kembali, ada kebaikan hidup di pasukan juga. Kamitidak perlu bimbangkan soal makan dan pakai. Sebenarnya, dunia luarbukannya baik sangat. Sebelum masuk pasukan, saya perlu mengurusanak-anak dengan usaha sendiri, sedangkan ketika itu kami sungguhmiskin, makan pun tidak cukup. Tentulah, waktu di pasukan, nyawa selalu menghadapi ancaman. Namunkami memilih jalan ini, sudah pun bersedia akan mati bila-bila masa,jadi apa lagi yang kami kesah? Kadang-kadang nyawa melayang hanyakerana sebiji peluru. (Ketawa)Saya hanya menyertai pasukan setelah suami saya balik ke China untuklama. Menyertai revolusi merupakan arus utama pada zaman kami.Tambahan pula anak-anak saya suka kegiatan kebudayaan. Mereka sukamenari. Semasa di rumah pun begitu. Mereka sudah memilih masuk hutan,apa boleh buat? Susah dijelaskan, anak-anak masuk pasukan keranasayangkan saya, ataupun sebaliknya. Ini cerita panjang. Susah nakcakap.

Kehidupan Berubah Selepas Tahun 1989

Akhirnya kami keluar hutan pada hujung tahun 1989. Hidup kamiberubah. Secara beransur-ansur, kami ada pendapatan, keadaannya amatberlainan dengan pasukan. Di hutan, kami makan "nasi periuk besar",segala-galanya harus kami nikmati bersama. Saya harap, saya dapatbekerja terus, sampai ke akhir hayat.

Page 16: Zhu Ning

Ada orang bertanya: apa yang kami perolehi setelah begitu lama dalamhutan? Saya bungkam. Kami tidak memperolehi apa pun, tetapi kamimemang tidak pernah mengharapkan sesuatu. Kami tidak berfikir terlalubanyak berkenaan hasil perjuangan revolusi.Sungguhpun telah berdamai, saya terus bekerja. Berusaha sedapatmungkin menolong anak perempuan melakukan kerja-kerja rumah tangga,seperti mengelap lantai, membersihkan jendela dan sebagainya. Kalautidak, dia pun terlalu sibuk untuk buat kerja-kerja ini. Saya kasihanmelihat dia begitu letih dan sibuk. Semasa dia menoreh getah, sayamembantu mencuci baju. Suaminya pun sibuk dengan kerja dantanggungjawabnya sendiri. Saudari pun nampak, dia pandai kerja-kerjaelektrik, juga boleh mencuci baju sendiri. Saya sekarang ini dah jadi nenek. Anak dan menantu tidak perlu cucibaju saya. Saya boleh buat sendiri. Saya menggonyoh baju di ataslantai bilik mandi yang bersih dengan kaki, kemudian saya bersihkandengan tangan kiri yang masih kuat. Ada orang yang hairan, macam manasaya pakai baju dengan sebelah tangan. Saya beritahu mereka, saya buatsegala-galanya sendiri. Dalam kehidupan harian, saya tidak bergantungpada orang lain. Saya boleh menggunakan daya cipta sendiri. Walaupun kehilangan sebelah lengan. Saya tetap kerja di kebun,supaya saya tidak termenung sahaja. Kerja di kebun pun satu jenissenaman dan boleh menambahkan pendapatan keluarga. Kerja membuat masaberjalan cepat. Buat kerja apa di kebun? Saya merumput. Rumput dikebun tumbuh cepat, lebat dan tinggi-tinggi. Tidak kira hari cerahatau pun hari hujan, saya kerja setiap hari. Komrad saya menyimpulkanbahawa saya ini wanita besi! Saya fikir, kegigihan ini dilatih melaluihidup saya alami.

Perajurit Revolusi Manusia Juga

Kadang-kadang saya berasa, mereka yang suka menyalah gunakan kuasatidak adil terhadap saya. Berbulan-bulan mereka tidak memberikan wangsaku bulanan kepada saya. Saya pernah mengadukan perkara ini kepadapucuk pimpinan. Akhirnya orang itu bertolak ansur. Peribahasa berkata,rambut sama hitam, hati berlainan. Terdapat orang yang berbeza-bezajuga di dalam pasukan.Sesetengah kader bawah tanah dari Malaysia yang menyertai pasukangerila menanya saya, "Kenapa orang di sini begitu? Komrad bawah tanahsemuanya peramah, kenapa orang di sini pula cepat naik angin?"Bagaimana saya menerangkan fenomena ini? Saya cuma menjelaskan bahawaterdapat pelbagai jenis manusia di dalam pasukan, cacat-cela tentutidak dielakkan.------------ --------- --------- --------- ---