ZianaZain
-
Upload
ahmad-fitri -
Category
Documents
-
view
52 -
download
9
description
Transcript of ZianaZain
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS KOGNITIF
TUGASAN SEMESTERSEPTEMBER 2014
KOD KURSUS : MPU 3312NAMA KURSUS : ETIKA PERBANDINGANPERINGKAT : SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR : NORZIANA BT ZAIN
NO. MATRIKULASI : E30409130119
FASILITATOR AKADEMIK : PN. ROS SILAWATI BINTI
AHMAD@ABDULLAH
PUSATPEMBELAJARAN : KOLEJ INSANIAH, ALOR SETAR
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
ISI KANDUNGAN
Bil. Isi Kandungan muka surat
1. Soalan 1 2
2. Soalan 2 7
3. Soalan 3 11
4. Soalan 4 18
1
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
SOALAN 1
ETIKA ISLAM DALAM SAINS DAN PERUBATAN, PERNIAGAAN DAN
PERDAGANGAN
1.0 PENGENALAN
Perkataan etika berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat.
Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral; ia
diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab
dan sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia
serta tentang yang baik dan yang buruk.
Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia. Etika
Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan
sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya
dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berdasarkan
pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak
kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran.
Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika
Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang
diyakini Barat. Etika Islam ( إسالمية ,(أخالق sebagaimana yang ditakrifkan sebagai "cara
hidup yang baik," terbentuk secara beransur-ansur pada abad ke-7 dan akhirnya wujud secara
lihiriah pada abad ke-11. Ia akhirnya dibentuk sebagai penyatuan yang berjaya daripada
ajaran al-Qur'an, dan ajaran sunnah Muhammad, teladan-teladan ulama Islam, tradisi Arab
pra-Islam, dan unsur-unsur non-Arab (termasuk Parsi dan idea Yunani) yang terdapat dalam
atau disepadukan dengan struktur umum Islam. Walaupun dakwah Muhammad menghasilkan
"perubahan radikal dalam nilai-nilai moral berdasarkan sekatan agama baru dan agama ini,
dan takut kepada Allah dan pembalasan-Nya", amalan puak daripada orang-orang Arab tidak
benar-benar pupus. Sarjana Islam kemudiannya memperkembangkan etika agama Al-Quran
dan Hadis secara terperinci.
2
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
2.0 HURAIAN KONSEP
Amalan Etika dapat dilihat wujud dalam segenap aspek kehidupan manusia, sama ada secara
individual mahupun masyarakat. Dan etika dalam Islam menyusup ke bidang sains dan
perubatan malahan amalan perniagaan dan perdagangan.
Islam telah menyediakan panduan yang sempurna untuk mengatur segala perlakuan manusia
dalam apa jua bidang kerjaya sepanjang zaman. Terdapat konsep-konsep asas yang mampu
membimbing ahli sains dalam urusan peribadi dan profesyennya. Konsep asas tersebut terdiri
daripada tiga unsur utama:
I. Keimanan kepada Allah s.w.t.
II. Kepatuhan kepada Syariah dan Etika kerja
III. Mementingkan aspek Kemanusiaan dan Ihsan
2.1 Etika dalam Sains
Sebagai rumusannya, seseorang ahli sains yang ingin melaksanakan sesuatu perbuatan atau
amalan sainsnya, seharusnya bermula dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah serta
berpegang teguh kepada ajaran agama dalam profesyennya. Beliau juga perlu bertindak untuk
memastikan adanya persiapan yang cukup sama ada dari segi kuasa intelek atau pun kuasa
empirikal yang bercorak teknik. Tindak tanduknya pula dibaluti dengan nilai-nilai etika dan
moral yang suci murni berdasarkan prinsip “melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi yang
mungkar”. Dengan itu persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan sains dapat dihindarkan
dan sains menjadi ilmu yang mampu memberi manfaat yang menyeluruh.
2.2 Etika dalam Perubatan
Perubatan juga adalah satu keperluan agama bagi satu-satu masyarakat. Dari segi pengertian
ugama, apa jua yang diperlukan untuk sesuatu keperluan, secara automatik akan menjadi
“keperluan”. Oleh itu pengecualian dari sesetengah hukum umum harus dibuat untuk
membolehkan pelaksanaan pengajaran perubatan. Contohnya, pemeriksaan rapi badan
manusia sama ada hidup atau mati tanpa mencabul kehormatan seseorang, secara etikanya
semasa hidup atau mati dan sentiasa di dalam ketaatan kepada agama dan menyedari
kehadiran Allah. Pemeliharaan nyawa seseorang hendaklah merangkumi penghormatan
terhadap kemuliaan, perasaan kelembutan orang itu dan juga tanpa mencabul sentimen dan
3
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
anggota tubuhnya. Seorang pesakit berhak menerima layanan yang sepenuhnya, penjagaan
dan perasaan selamat semasa bersama doktornya. Keistimewaan seseorang doktor yang diberi
pengecualian dari sesetengah hukum umum hendaklah disertai dengan rasa tanggungjawab
yang lebih dan menjalankan tugasnya dengan penuh teliti dan cemerlang dibawah
pemerhatian Allah. “kecemerlangan memerlukan kamu menyembah Allah seolah-olah kamu
melihat-Nya. Walaupun kamu tidak melihat-Nya Allah sentiasa melihat kamu.” - Imam
Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah, satu tugas yang mesti
dilakukan oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim dilakukan
kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas, apa jua di
dunia ini tidak dapat dinikmati.
2.3 Etika dalam Perniagaan
Perniagaan yang dijalankan secara beretika dan menurut prinsip-prinsip Syariah amat dituntut
oleh Islam. Di dalam sesebuah masyarakat Islam, perniagaan dan perdagangan merupakan
satu tanggungjawab individu mahupun sosial yang merupakan fardu kifayah. Ia juga
merupakan sebahagian dari tuntutan umum supaya manusia saling bantu-membantu dan
bekerjasama di dalam kehidupan seharian mereka selain memenuhi keperluan hidup
bermasyarakat. Bagi umat Islam ianya adalah sebahagian daripada usaha kerjasama taqwa
dan perkara kebaikan (Muhammad Abdul Mun’im al-Jamal, 1992). Justeru itu, perniagaan
adalah suatu bentuk sumbangan kepada masyarakat umum dan ianya disifatkan di dalam al-
Quran sebagai satu aktiviti yang dihalalkan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya yang
bermaksud:
“Dan Allah menghalalkan jual beli iaitu perniagaan (al-Bai) dan mengharamkan riba.” (Surah
al-Baqarah: 275)
2.4 Etika dalam Perdagangan
Manusia mempunyai pelbagai keperluan dalam hidup dan memerlukan kepada pasaran untuk
menyediakan keperluan-keperluan ini. Dan sememangnya agama Islam adalah agama yang
menggalakkan perdagangan, perniagaan atau bisnes. Ianya merupakan suatu pekerjaan yang
amat disukai Islam. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang saudagar sehingga digelar
Al-Amin bererti "Yang jujur / benar". Rasullulah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan
perniagaan adalah merupakan satu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana
4
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui
perniagaan." - (Hadis Riwayat Tirmizi).
"Bagaimanapun budaya berniaga" hendaklah yang berasaskan kepada prinsip-prinsip dan
nilai-nilai Islam. Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada
bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar.
Baginda bersabda yang maksudnya: "Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi
menghapuskan keberkatannya".- (Hadis Riwayat Bukhari). Oleh itu pengguna adalah
dilindungi dari ditipu oleh janji-janji manis (palsu) yang semata-mata untuk melariskan
barangannya. Rasululllah SAW juga mengingatkan para peniaga supaya memberi kemudahan
dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Di dalam hubungan ini Rasulullah SAW
telah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang susah,
mahupun dilangsaikan hutang tersebut, Allah SWT akan memayungkannya di hari kiamat di
bawah bayangan arash-Nya". Seandainya hadis ini diamalkan oleh para peniaga mereka tidak
akan menagih hutang dengan cara yang akan memberi tekanan kepada pengguna. Bagi
pengguna yang betul-betul tidak mampu membayar hutang, digalakkan agar peniaga
menghalalkannya terus. Perbuatan sedemikian akan mendapat ganjaran yang besar di sisi
Allah.
5
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
3.0 RUJUKAN
1. Muhammad Bukhari Lubis. 1981. Sekitar Sejarah dan Tamadun Islam. Ustara Sdn
Bhd
2. Muhammad al-Buraey. 1990. Management and Admistration in Islam. Saudi Arabia:
Dhahron
3. Watt. Muhammad at Medina and R. B. Serjeant "The Constitution of Medina."
Islamic Quarterly 8 (1964) p.4.
4. Ghamidi, Javed (2006), "Morals and Morality", Mizan (in English), Al-Mawrid
5. Ismail Nor. 2000. Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.-Pengurusan Altruistik: model
ikutan sepanjang masa. Perbandingan-Silang dengan Kepimpinan dan pengurusan
Semasa. Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.
6
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
SOALAN 2
ETIKA DALAM KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN SERTA FUNGSINYA
TERHADAP KEAMANAN
1.0 PENGENALAN
KEBEBASAN telah menjadi lumrah sebagai keinginan manusia. Bagaimanapun untuk
menyekat perbuatan manusia daripada bertindak mengikut rasa dan tidak patuh kepada norma
kemanusian, perlu ada nilai serta adab atau peraturan yang menjadi pedoman. Dengan kata
lain manusia perlu pendedahan tentang moral atau akhlak untuk mengawal perilaku dalam
aspek kehidupan atau juga dikenali sebagai ETIKA. Melihat suasana dunia hari ini, bentuk
kehidupan manusia semakin mencabar, masalah kehidupan akan lebih rumit kerana lebih
bersifat global. Masa kini fikiran manusia bukan sahaja lebih tertumpu dalam menyelesaikan
satu atau dua masalah seperti ekonomi dan politik, malahan pelbagai masalah peradaban yang
disebabkan juga oleh karenah manusia yang hampir terlupa tentang tanggungjawab dan
hilang pertimbangan nilai.
Kebanyakan keagamaan di dunia ini mempunyai komponen etika, yang mana wujudnya dari
wahyu, kuasa spiritual dan juga panduan yang khusus. Berdasarkan Simon Blackburn, "Pada
kebanyakan orang, etika tidak terikat kepada keagamaan, namun ianya berkesinambungan
dengannya". Sesetengah orang tidak berfikir yang mereka perlu berfikir banyak tentang etika,
ini kerana ianya mempunyai kod panduan yang berwibawa, suatu panduan tentang
kehidupan. Etika adalah merupakan cabang utama falsafah, yang merujuk kepada cara hidup
sama ada baik atau buruk. Malahan ianya adalah jauh lebih meluas daripada konsep biasa
dalam menganalisa kebenaran ataupun keburukan.
Aspek yang paling utama dalam etika, ialah 'kehidupan yang baik', kehidupan yang
memuaskan ataupun agak memuaskan, yang mana dipegang oleh kebanyakan ahli falsafah
malah lebih penting daripada moral budaya. Sesetengah menyatakan bahawa agama perlu
untuk mencapai kehidupan yang beretika. Blackburn juga menyatakan yang terdapat mereka,
yang akan mengatakan bahawa kita hanya boleh berkembang di bawah naungan susunan
sosial yang kuat, disimen dengan pematuhan biasa kepada tradisi agama tertentu.
Oleh hal yang demikian, setiap manusia perlu mengamalkan nilai-nilai dan amalan baik
untuk mengekalkan kehidupan yang aman dan damai. Kita tidak dapat nafikan bahawa
dengan amalan kebaikkan yang diamalkan oleh setiap insan akan mengwujudkan keamanan
7
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
sejagat. Dari sudut agama, etika tidak pernah terpisah daripada ajaran agama. Dalam konteks
negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, terdapat empat agama yang besar iaitu
Islam, Buddha, Hindu dan Kristian yang berkait tentang etika keagamaan. Kita akan
menghuraikan hubungan antara etika dengan agama. Setiap agama menganjurkan
penganutnya menuju kepada kebaikan dan setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat
balasan yang baik daripada yang Maha berkuasa.
2.0 HURAIAN KONSEP
Agama adalah kepercayaan kepada Tuhan. Penganut agama yang tulen akan patuh pada
suruhan agama dan meninggalkan perkara yang dilarang. Jelas bahawa, agama merupakan
alat kawalan sosial yang sangat berkesan. Ia mendidik manusia supaya memelihara
keharmonian dan kesejahteraan hidup. Agama memainkan peranan dalam membentuk
peraturan hidup manusia. Secara tidak langsung, agama telah menentukan etika penganutnya.
Jelas kepada kita bahawa etika dalam kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan ajaran
keagamaan.
Setiap agama mempunyai pengertian yang tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai
pandangan yang tersendiri tentang etika. Asas dan alasan setiap agama telah mengwujudkan
etika agama masing-masing seperti etika Islam, etika Kristian, etika Hinddu dan etika
Buddha. Agama ialah satu kepercayaan manusia kepada Tuhan atau Yang Maha Kuasa.
Agama telah menentukan segala asas hidup untuk memandu manusia mencapai kesejahteraan
hidup.Agama memainkan peranan dalam membentuk peraturan hidup manusia. Konsep
pahala atau balasan baik telah menjadi pendorong kepada manusia untuk melakukan
kebaikan manakala konsep dosa atau balasan buruk akan menjadi penghalang kepada
manusia untuk melakukan perkara jahat atau yang bertentangan dengan nilai. Agama telah
menentukan etika penganutnya. Etika keagamaan berasaskan panduan iaitu suruhan dan
larangan telah ditentukan oleh agama. Dan ini telah diperturunkan dari satu generasi kepada
genarasi seterusnya atau akan datang.
Etika tidak pernah terpisah daripada ajaran agama. Etika merupakan sebahagian daripada cara
manusia berurusan dalam kehidupan seharian, maka ia sangat penting kepada manusia
seluruhannya. Etika menunjukkan bahawa manusia tidak boleh bertindak dengan sesuka hati.
Etika atau moral dan akhlak mempunyai tujuan, iaitu mengatur kehidupan manusia supaya
tidak menjadi huru-hara tetapi harmonis dengan diri, keluarga, masyarakat, dan alam
sekelilingnya. Demikian juga agama memainkan peranan dalam membentuk peraturan hidup
8
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
manusia. Jelas bahawa etika dalam kehidupan sangat berkait rapat dengan ajaran agama.
Sebenarnya agamalah yang menentukan etika pengikutnya. Setiap agama mempunyai
pengertian tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai asas dan alasan tersendiri. Maka
dari itu wujud etika yang berbeza berdasarkan agama masing-masing seperti etika islam,
etika Kristianiti, etika Hinduisme dan etika Budhisme.
2.1 Etika dalam Islam
Etika Islam amat jelas kerana ia berlandaskan Allah yang Esa. Allah swt menentukan segala-
galanya. Manusia yang melakukan amal maaruf mendapat pahala, manakala manusia
melakukan perkara mungkar mendapat dosa. Kesemua ini meliputi aspek kehidupan. Bagi
setiap penganut Kristian berharap mendapat kebahagian dan kesejahteraan semasa hidup di
dunia dan selepas mati. Amalan etika kristianiti akan melahirkan manusia yang penyayang,
jujur, bersyukur, adil, bertanggugjawab, cekap, bersemangat, rajin, tekun dan tidak
berdendam. Kesemua ini tidak terpisah daripada ajaran agama. Jika Etika dijadikan pegangan
dan amalan setiap manusia, keharmonian, kesejahteraan dan kebahagian serta keamanan akan
tetap terus terpelihara. Dalam Islam (yang sendiri bermaksud penyerahan), rendah hati adalah
kuasa utama. Islam menunjukkan kesedaran mereka terhadap kebesaran Allah dan tempat
manusia di dunia dengan memerhatikan Rukun iman mereka. Setiap tiang menguatkan
perintah itu sepatutnya alam semesta. Secara tidak langsung mengarap setiap orang Islam
mementingkan keamanan. Malahan keamana adalah amalan paling utama dalam Islam.
2.2 Etika dalam Kristianiti
Etika Kristian adalah satu cabang teologi Kristian yang mentakrifkan konsep hak (mulia) dan
salah (berdosa) tingkah laku dari perspektif Kristian. Pelbagai sumber memaklumkan etika
Kristian tetapi "tulisan etika Kristian komprehensif menggunakan empat sumber dibezakan:
Alkitab dan tradisi Kristian, prinsip dan kaedah, sains dan lain-lain sumber pengetahuan
tentang dunia, dan (4 falsafah ) pengalaman manusia umumnya.
Ahli etika Kristian sering terlibat dengan dan menarik etika sekular. Seperti ahli etika sekular,
pemikir berbeza pendekatan etika Kristian dari perspektif yang berbeza, dengan pelbagai
menggunakan 'deontologikal, consequentialist, utilitarian' dan rangka kerja yang lain untuk
renungan etika. Pendekatan etika menurut juga telah menjadi popular dalam beberapa dekad
kebelakangan ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh kerja-kerja Alasdair MacIntyre dan
Stanley Hauerwas.
9
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
2.3 Etika dalam Buddhisme
Etika dalam agama Buddha secara tradisional berdasarkan apa yang Buddha melihat sebagai
perspektif pencerahan Buddha, atau makhluk pencerahan lain yang mengikutinya. Arahan
moral dimasukkan ke dalam kitab-kitab agama Buddha atau diturunkan melalui tradisi.
Kebanyakan ulama etika Buddha dengan itu bergantung kepada pemeriksaan kitab-kitab
agama Buddha, dan penggunaan bukti antropologi dari masyarakat Buddha tradisional, untuk
menguatkan dakwaan mengenai sifat etika Buddha.
Menurut agama Buddha tradisional, asas etika Buddha adalah Lima Petua: tiada
pembunuhan, tidak mencuri, tidak berdusta, tidak salah laku seks, dan tidak memabukkan.
Dalam menjadi Buddha, atau pengakuan komitmen seseorang kepada agama Buddha, para
sami saja yang digalakkan untuk bersumpah untuk menahan diri dari tindakan-tindakan
negatif. Kata-kata nasihat tidak dirumuskan sebagai penting, tetapi sebagai latihan peraturan
yang menjalankan secara sukarela untuk memudahkan amalan. Dalam Buddha berfikir,
penanaman dana dan tingkah laku yang beretika akan memperbaiki diri mereka kesedaran
kepada apa-apa tahap yang kelahiran semula dalam salah satu neraka yang lebih rendah tidak
mungkin, walaupun tidak ada amalan Buddha lanjut.
III.0 KESIMPULAN
KEHIDUPAN yang indah adalah kehidupan yang disulami oleh nilai-nilai akhlak, moral dan
etika yang menjadi asas kepada apa jua aktiviti kehidupan dan pergaulan. Pengajaran dan
penghayatan nilai-nilai yang mulia ini dalam kehidupan, sebenarnya menjamin kewujudan
keamanan dan kestabilan dalam masyarakat manusia. Sesungguhnya nilai-nilai moral
diperoleh daripada ajaran agama dan ketuhanan. Manusia sebagai makhluk yang dijadikan
Tuhan, mempunyai unsur ketuhanan dalam diri mereka dan lantaran itu akan sentiasa
berpaling kepada agama dan kepada Tuhan walaupun hanya ketika di waktu ditimpa
kesusahan dan kesempitan sahaja dan melupakan Tuhan apabila diulit kemewahan dan
kesenangan. Etika / Akhlak (perkataan-perkataan ini boleh ditukar ganti) adalah percubaan
untuk tiba di pemandangan sifat nilai-nilai manusia, bagaimana kita harus hidup dan apa yang
dimaksudkan dengan yang benar, dengan kekuatan akal semata-mata dan tidak melalui
wahyu. Dalam usaha untuk mencapai tujuan, ia menetapkan matlamat dan menilai tindakan
oleh sejauh mana mereka lagi matlamat ini, contohnya jika kebahagiaan adalah matlamat
maka tindakan yang menghasilkan paling kebahagiaan kepada semua yang terlibat adalah
yang benar. Dan ini perkara yang amat penting dalam mencapai keamanan.
10
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
4.0 RUJUKAN
1 http://www.academia.edu/539377/
A_Brief_Look_at_MacIntyres_Virtue_Ethics_and_Theological_Application
2 Simon, Blackburn (2001). Ethics: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford
University Press. ISBN 978-0-19-280442-6.
3 Damien Keown The Nature of Buddhist Ethics Macmillan 1992; Peter Harvey An
Introduction to Buddhist Ethics Cambridge University Press 2000
4 http://www.ethicalsociety.org/article/37/about-wes/ethical-culture-our-religious-
heritage/faqs-about-ethical-culture/what-does-it-mean-to-be-an-ethics-based-religion
11
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
SOALAN 3
HURAIKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ETIKA BERASASKAN AGAMA
BUDDHISME DAN HINDUISME DAN BAGAIMANA IA DIAMALKAN DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG RELEVAN.
1.0 PNGENALAN
Setiap agama yang wujud di atas muka bumi ini samada bersifat agama samawi (agama yang
datang berasaskan wahyu dari Tuhan) dan agama budaya (agama yang lahir berasaskan
pengalaman tokoh dan kehidupan) semuanya menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Bertitik tolak dari fakta ini, saya akan menganalisa secara deskriptif
pendekatan pelbagai agama yang dominan di Malaysia khususnya berkaitan dengan persoalan
nilai dan etika. Ajaran agama yang berkaitan sistem nilai ini akan dibahaskan dan dibuat
perbandingan bagi menampakkan persamaan dalam persoaaan etika.
Hinduism dan Buddhisme, mempunyai sejarah asal yang sama iaitu kedua-duanya berasal
daripada Kebudayaan Ganges (Agama Kebudayaan) dari Utara India. Yang mana
kemunculannya dari apa yang dikenali sebagai "second urbanisation" kira-kira 500 SM. 'Ia
berkongsi kepercayaan sejajar yang wujud sekian lama; bersama-sama wujud, tetapi
menyatakan yang ianya berbeza' - Y. Masih (2000).
Hinduisme adalah istilah kolektif yang digunakan untuk menyatukan pelbagai tradisi falsafah
dan agama kebudayaan yang berasal dari India. Hindu tidak mempunyai pencipta serta asal
usul kewujudan yang khusus. Sebaliknya, tradisi itu memahami ianya menjadi abadi, telah
sentiasa wujud. Sesungguhnya, koleksi kitab suci kepercayaan yang diketahui, secara
keseluruhan, sebagai Sanatana Dharma, "Pengajaran Kekal." Dengan itu ia adalah tradisi
kompleks yang merangkumi banyak ajaran-ajaran dan amalan yang mempunyai beberapa
ciri-ciri yang sama tetapi yang tidak mempunyai apa-apa sistem penyatuan dalam
kepercayaan dan amalan agama yang saling berkaitan.
Bagi kepercayaan Buddha pula, Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa ianya berasal dari
Utara India pada kurun ke-5 SM. Secara tradisi menjejaki asal-usulnya kepada Siddhartha
Gautama (atau Gotama), yang biasanya dirujuk sebagai Buddha (atau maksud literal "Dia
yang Tersedar" atau "Dia yang diberi Kesedaran"). Berdasarkan kajian sejarah, Siddhartha
mahu mencari kebenaran, tetapi di mana-mana dia adalah dia melihat penderitaan. Beliau
duduk di bawah pokok selama 49 hari, bertafakur, sehingga dia akhirnya memahami masalah
12
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
penderitaan. Ini adalah asal kelahiran agama kepercayaan Buddha dan kepentingannya
terhadap pembasmian penderitaan. Tidak seperti Hindu, Buddha adalah mengenai membantu
untuk menghilangkan penderitaan dan membawa pencerahan spiritual kepada diri sendiri dan
orang lain. Agama Buddha juga tentang melepaskan diri daripada kitaran penjelmaan.
Mereka yang tidak mahu mengikut kitaran penjelmaan yang wujud dalam Hinduisme mulai
menganuti agama Buddha, menjadikannya sangat popular. Ia juga tidak memerlukan
pertapaan tegar seperti Jainisme. Juga, agama Buddha tidak mengikut perbezaan sosial
seperti sistem kasta dalam agamanya. Biara menjadi bangunan kerajaan, rumah-rumah
tumpangan, dan juga bangunan-bangunan penting yang lain dalam masyarakat. Biara juga
menyediakan pendidikan dalam sesetengah masyarakat.
2.0 PERBANDINGAN ANTARA HINDUISME DAN BUDDHISME; SATU
PERBINCANGAN ETIKA
Hinduisme mempunyai sejumlah doktrin utama, dan juga pelbagai doktrin kecil dengan
variasi tempatan mahupun serantau. Pada satu tahap, adalah terlalu sukar untuk melihatnya
sebagai satu kelompok kepercayaan agama dengan sistem teologi yang sangat khusus dan
tradisi ritual; pada peringkat yang lebih tinggi, bagaimanapun, mereka sering memahami diri
mereka sebagai cara yang berbeza untuk mencapai keakhiran yang utama. Pandangan dunia
Hindu adalah berasaskan doktrin-doktrin samsara (kitaran kelahiran semula) dan karma
(undang-undang universal sebab dan akibat), dan pada dasarnya berpendapat bahawa
tindakan seseorang (termasuk cita) secara langsung menentukan kehidupan seseorang,
kehidupan semasa kedua-dua seseorang dan seseorang kehidupan masa depan. Banyak, tetapi
tidak semua, Hindu percaya bahawa alam semesta adalah dihuni oleh banyak dewa-dewa dan
makhluk rohani - dewa dan dewi, atau dewa - yang aktif mempengaruhi dunia dan yang
berinteraksi dengan manusia. Tradisi ini biasanya dibahagikan kepada empat mazhab utama:
Shaiva (penganut dewa Shiva), Vaishnava (penganut dewa Vishnu), Shakta (penganut dewi),
dan Smarta (orang-orang yang memahami bentuk muktamad ketuhanan untuk menjadi
abstrak dan menyeluruh, Brahman). "You cannot believe in God until you believe in yourself"
- Swami Vivekananda(1). Sistem tingkatan kefahaman ini akhirnya membawa kepada kasta.
Manakala dalam sistem kepercayaan Buddha, ajaran sering diringkaskan dalam Empat
Kebenaran Mulia, yang menjadi asas kepada khutbah yang pertama dia berikan selepas
mencapai pencerahan, dan jalan Lapan Lapis, yang menyediakan panduan asas untuk
bagaimana untuk hidup di dunia. Sepanjang sejarah 2500 tahunnya, Buddha telah mengalami
13
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
banyak perpecahan dan pengubahsuaian; pada masa ini terdapat tiga cabang utama tradisi -
Theravada ("Doktrin yang Tertua"), yang Mahayana ("Kenderaan Utama), dan Vajrayana ("
Kenderaan Berlian, "sering hanya dipanggil" Buddha Tibetan"), walaupun terdapat banyak
mazhab dan kumpulan dalam setiap cawangan-cawangan ini. The Buddha kanun terdiri
daripada korpus teks besar yang meliputi perkara-perkara falsafah, kebaktian, dan biara, dan
setiap satu daripada bahagian utama agama Buddha mempunyai versi berbeza sendiri
daripada apa yang dianggapnya berkanun kitab-kitab. Agama Buddha telah merebak dari akar
di India untuk hampir setiap sudut dunia, dan di setiap tempat ia merebak; ia telah
berasimilasi dan menyesuaikan amalan serta kepercayaan tempatan.
Agama Buddha dan Hindu adalah kepercayaan yang popular dikalangan masyarkat India dan
Cina di Malaysia. Buddhisme adalah agama budaya yang diasaskan di India oleh Siddharta
Gautama Buddha, seorang yang kuat berusaha untuk mencapai ketinggian moral dalam
kehidupan, mencari keharmonian hidup dengan usahanya sendiri. Falsafah Buddhisme adalah
untuk memberikan panduan kepada manusia mengenai kehidupan yang bermaruah dan
berasaskan etika kehidupan yang sempurna. Oleh yang demikian, matlamat dalam kehidupan
mereka ialah untuk mencapai satu tahap yang dipanggil 'Nirwana'. Untuk itu, seseorang itu
perlulah melepasi 'Empat Kebenaran Mulia' (Four Noble Truths) atau tahap penderitaan
dalam kehidupan (circle of suffering). "This is my simple religion. There is no need for
temples; no need for complicated philosophy. Our own brain, our own heart is our temple;
the philosophy is kindness" - Dalai Lama(2).
Dari analisa kedua-dua kepercayaan ini, didapati nilai etika serta moral yang diketengahkan
adalah sama;
Ajaran Buddhisme mementingkan kesederhanaan di mana asas pengajarannya ialah
penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada
pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul
atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan
perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Demi mencapai nirvana iaitu;
tahap dimana manusia itu tidak lagi perlu dilahirkan semula (reincarnation).
Secara keseluruhannya, agama Hindu menitik beratkan kehidupan yang lebih baik
berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan
dan tidak melakukan kerosakan terhadap makhluk yang lain sama ada manusia atau
14
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
haiwan (disebabkan hawa nafsu). Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan
mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat
yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas
daripada pusingan kelahiran. Sekira sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan darjat
yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya
daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan.
Baik Hindu mahupun Buddha melihat nilai moral sebagai suatu ideologi. Dan
keharmonian hidup adalah suatu keutamaan serta kepentingan diberikan terhadap
institusi kekeluargaan.
Untuk mencapai kepada 'Empat Kebenaran Mulia' tersebut seseorang penganut Buddha
perlulah melepasi satu tahap yang disebutkan sebagai 'Jalan Mulia Lapan Lapis' (The Noble
Eightfold Path). Ini adalah jalan yang terakhir merangkumi lapan perkara dalam usaha
mengatasi segala masalah kehidupan. Lapan perkara yang dianjurkan ini adalah selaras
dengan kehendak yang dituntut dalam Islam. Perkara ini menampakkan persamaan yang agak
nyata dalam tafsiran sesebuah agama. Tiga kelompok moral yang diketengahkan iaitu Akhlak
(Sila), perkembangan mental (Samaddi) dan Kebijaksanaan (Panna) adalah kelompok akhlak
sosial yang baik dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyrakat. Ini bermakna sepatutnya
tidak berlaku sebarang ‘cultural shock’ dalam konteks pemurnian etika kerana setiap agama
menganjurkan kebaikan yang sama. Hasil pemikiran yang dikemukakan ini dalam konteks
moral dan nilai dalam kehidupan adalah bersifat sejagat kecuali beberapa perkara yang
bersifat penyembahan keagamaan. Apa yang perlu dijelaskan ialah, nilai moral yang
dikemukakan sebagaimana dalam tatacara keagamaan kedua-duanya adalah untuk
membimbing manusia kearah kebaikan dan keamanan sejagat. Manakala perbezaan antara
Buddhism dan Hinduisme adalah dalam perkara yang berkaitan dengan kepercayaan
ketuhanan sahaja.
15
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
3.0 KESIMPULAN
Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama
yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru,
bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang
dipraktikkan dari semasa ke semasa. Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya
dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran
agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta
pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dan etika dalam pelbagai agama dan budaya
akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya
bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.
16
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
4.0 RUJUKAN
1. Ahmad Fawzi Mohd Basri et.al., (1987). Isu-Isu Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur:
Percetakan Seasons Sdn Bhd.
2. Wan Hashim Wan Teh (1983). Race Relation in Malaysia. Kuala Lumpur:
Heinemann Educational Books Ltd.
3. Ananda K. Coomaraswamy (1999). Hinduism and Buddhism. Indra Gandhi National
Center for the Arts. ISBN 81-7304-227-6
4. Y. Masih (2000) In : A Comparative Study of Religions, Motilal Banarsidass Publ :
Delhi, ISBN 81-208-0815-0 Page 18.
5. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Buddhism
6. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Hinduism
7. (1) dan (2) daripada; http://www.brainyquote.com/quotes/topics/topic_religion.html
17
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
SOALAN 4
HURAIKAN ETIKA BERASASKAN AGAMA ISLAM DAN BAGAIMANA IA DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG RELEVAN.
1.0 PENGENALAN
Islam adalah agama yang dominan di Malaysia yang mewarnai kehidupan masyarakat
Melayu selepas pertapakan agama Hindu di Tanah Melayu. Islam adalah agama sejagat
(universal) dan kesejagatan ini adalah terkandung dalam intipati ajaran yang terkandung
dalam al-Qur’an yang seharusnya menjadi pedoman kepada keseluruhan manusia. Asas
kewujudan manusia adalah untuk menjadi khalifah di mukabumi, memimpin manusia dan
alam berasaskan kepada wahyu dan petunjuk al-Qur’an dan Sunnah. Sumber utama ini bukan
sekadar pengarahan peribadatan bahkan juga mempunyai petunjuk yang mutlak dalam
kehidupan manusia. Oleh yang demikian, umat Islam adalah umat yang berpegang kuat
kepada agama samada dalam konteks peribadatan dan kehidupan bermasyarakat. Menurut
perspektif Barat, etika Islam dikategorikan sebagai etika keagamaan (religious ethics).
Namun, hakikat sebenarnya konsep dan skop etika Islam lebih jauh daripada itu. Ia tidak
terhad kepada hal-hal keagamaan sahaja, tetapi ruang lingkupnya merangkumi segenap
urusan kehidupan manusia.
18
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
Etika Islam ( إسالمية adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir (أخالق
Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan
akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih
dahulu. Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai
pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini
melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding
istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat. Islam
merupakan agama yang santun karena dalam islam sangat menjunjung tinggi pentingnya
etika, moral dan akhlak. Akhlak adalah hal yang terpenting dalam kehidupan manusia karena
akhlak mencakup segala pengertian tingkah laku, tabi’at, perangai, karakter manusia yang
baik maupun yang buruk dalam hubungannya dengan Khaliq atau dengan sesama makhluk.
Rasulullah saw bersabda;
"Sesungguhnya hamba yang paling dicintai Allah ialah yang paling baik akhlaknya".
2.0 ETIKA ISLAM DAN PENERAPAN KEHIDUPAN HARIAN
2.1 Kriteria Etika dalam Islam
Sebelum kita melihat kepada penerapan etika islam dalam kehidupan seharian, terlebih
dahulu kita huraikan kriteria penting dalam etika islam. Terdapat empat kriteria yang
menjadikan etika Islam ini cukup unik dan tersendiri;
1. Pertama ialah dari segi sumber asasnya. Asas etika Islam adalah bersumberkan
sumber ketuhanan (dalil naqli) iaitu al-Qur’an dan al-Hadith. Dalam masa yang sama,
Islam turut mengiktiraf sumber kemanusiaan (dalil `aqli) yang terdiri daripada
taakulan akal, naluri dan juga pengalaman manusia. Namun, akal, naluri dan
pengalaman ini mestilah digunakan dengan bimbingan wahyu al-Qur’an dan al-
Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber kemanusiaan ini
menghasilkan etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti kehidupan
manusia. Berbeza dengan etika Barat, sumber pembentukannya adalah bergantung
penuh kepada akal, naluri dan pengalaman manusia. Keupayaan ketiga-tiga sumber
tersebut amat terbatas. Ketiga-tiga sumber tersebut seringkali dipengaruhi oleh unsur-
unsur luar seperti warisan adat tradisi, tekanan pihak tertentu dan hawa nafsu. Hal ini
19
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
menyebabkan para moralis Barat cenderung untuk mengetengahkan teori mengikut
pertimbangan peribadi dan pemahaman yang berbeza-beza. Perbezaan fahaman ini
adalah berpunca daripada kegagalan akal, naluri dan pengalaman membuat suatu
penilaian yang seragam dan bersifat sejagat yang boleh diterima oleh semua pihak.
2. Kedua ialah dari segi skopnya. Etika Islam meliputi aspek teori (majal al-nazar) dan
praktis (majal al-`amal). Ia tidak hanya melibatkan pemikiran teoritis para ulama’
silam dalam pelbagai bidang ilmu, bahkan turut diperincikan dalam bentuk praktikal
berhubung kelakuan manusia itu sendiri. Akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah
s.a.w. merupakan model ikutan yang paling tepat. Baginda mempraktikkan tuntutan
akhlak Islam dalam pengurusan diri, rumahtangga, masyarakat mahupun pentadbiran
negara. Gandingan aspek teori dan praktis ini menjadikan etika Islam cukup lengkap
untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan.
3. Ketiga ialah dari segi rangkuman nilainya. Nilai-nilai dalam etika Islam merangkumi
pelbagai aspek dan dimensi. Bersesuaian dengan sifat Penciptanya yang memiliki
segala kesempurnaan, maka nilai-nilai yang digubal-Nya melambangkan keagungan-
Nya, menepati fitrah semulajadi manusia dan mesra sepanjang zaman. Sesuatu yang
dikategorikan sebagai baik atau buruk, betul atau salah itu akan kekal dan
diterimapakai oleh umat manusia sepanjang masa. Ini berbeza dari teori etika Barat
yang sentiasa berubah-ubah dan hanya diterimapakai bagi suatu tempoh masa tertentu
sahaja. Dari sudut kategori nilai, etika Islam meliputi nilai positif (ijabiyah) dan nilai
negatif (salbiyah). Nilai positif merujuk kepada nilai yang memberi kesan baik kepada
hati dan diri manusia serta dituntut untuk diamalkan. Nilai negatif pula meninggalkan
kesan yang kurang baik dan wajar dihindari kerana mendatangkan kemudharatan
kepada banyak pihak. Dari aspek hubungan, etika Islam mengambilkira nilai-nilai
dalam hubungan manusia dengan Pencipta (habl min Allah), hubungan sesama
manusia (habl min al-nas) dan hubungan dengan alam sejagat. Dari segi skop nilai,
etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan batin (kejiwaan) manusia. Etika
Islam diinterpretasikan melalui pendekatan lahiriah iaitu melalui penampilan, sikap,
perlakuan dan bahasa, mahupun pendekatan batiniah iaitu melalui hati.
4. Keempat ialah dari segi faktor kepatuhannya. Asas kepatuhan Muslim terhadap etika
Islam juga cukup unik. Sesuatu itu bukanlah baik dan buruk secara semulajadi
(zatnya), tetapi Allah s.w.t. yang menetapkan baik atau tidak sesuatu perkara itu.
Maka, faktor yang menggalakkan kepatuhan kepada etika Islam adalah ketaatan dan
kepatuhan kepada ajaran Islam itu sendiri. Segala nilai yang dianjurkan oleh Islam
20
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
dilaksanakan semata-mata kerana Allah s.w.t. dengan penuh keyakinan, iltizam dan
kerelaan hati, bukan disebabkan oleh peraturan kerja ataupun arahan ketua atasan.
Keempat-empat kriteria di atas memperlihatkan keunikan dan keunggulan etika Islam sejajar
dengan kesyumulan ajaran Islam. Paling menarik, ia memperlihatkan keupayaan etika Islam
untuk mengurus multidimensi kehidupan manusia. Di samping memperoleh kebaikan di
dunia, ia turut menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak (al-falah). Ia ternyata jauh lebih baik
daripada etika Barat yang jelas menafikan hak Allah s.w.t., mengabaikan pembangunan
dalaman diri manusia dan hanya berorientasikan keduniaan.
2.2 Etika Islam dalam Kehidupan
Etika serta sistem moral Islam datangnya dari kepercayaan utama, iaitu Kepercayaan
terhadap Allah Tuhan yang Satu, Yang Maha Pencipta dan Peguasa Seluruh Alam. Islam
meyakini bahawa manusia adalah sebahagian daripada penciptaan Allah SWT, dan
merupakan hamba-NYA. Dari perspektif ini secara Islamnya, tujuan utama manusia adalah
untuk menyembah Allah SWT, dengan menjalani kehidupan duniawi harmoni dengan
kehendak Ilahi, dan dengan itu mencapai keamanan di dunia ini, dan kejayaan yang
berkekalan dalam kehidupan akhirat. Islam melihat kepada Al-Quran dan sunnah Nabi
sebagai panduan moral mereka.
Allah SWT melalui Al-Quran ada menyebut;
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka pihak timur dan barat,
tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala
malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya -
sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang meminta, dan
untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta
mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila
mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan,
dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.
(Orang-orang yang demikian sifatnya), maka itulah orang-orang yang benar (beriman dan
mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa” [Al-Qur’an,
Surah Al Baqarah, Ayat:177].
21
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
Ayat ini merumuskan bahawa amalan soleh dan ketakwaan Islam adalah berpegang kepada
iman yang benar dan ikhlas. Kunci kepada kebaikan amalan dan serta keimanan adalah
hubungan baik terhadap Allah SWT, yang melihat semua, pada setiap masa dan di mana-
mana sahaja. Dia mengetahui rahsia hati dan niat di sebalik semua tindakan. Oleh itu, Islam
menyuruh tingkah laku moral dalam semua keadaan; Allah mengetahui setiap satu apabila
tidak ada orang lain dapat melihatnya. Manusia boleh menipu dunia, tetapi ia tidak mungkin
untuk menipu Allah Yang Maha Pencipta. Cinta dan kesedaran yang berterusan terhadap
Allah dan hari kiamat membolehkan setiap manusia itu untuk ikhlas dalam setiap tingkah
lakunya serta hidup penuh dengan nilai murni, setia dan penuh dedikasi.
Surah Al-A Araf, Ayat 33; Bermaksud:
'Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak
ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang
benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak
menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang
tidak kamu ketahui".'
Adalah menarik bahawa al-Quran merujuk kepada "perbuatan dosa, melanggar hak manusia
tanpa alasan yang benar". Ia adalah satu tanda rahmat Allah kepada setiap manusia, rasa
moral yang semula jadi. Rasa seperti moral, apabila tidak bercela oleh keluarga atau
masyarakat, adalah apa yang membawa orang kepada perbuatan kebaikan yang terpuji. Islam
bertujuan untuk meningkatkan dan menguatkan pengertian moral dalam setiap manusia dan
menghiasi watak individu dengan nilai-nilai mulia. Prinsip panduan bagi tingkah laku
seorang Muslim adalah apa yang Al-Quran merujuk kepada sebagai Al `Amal Assalih atau
amalan terpuji. Istilah ini meliputi semua perbuatan, bukan hanya perbuatan ibadat malahan
merangkumi segala perbuatan seharian; samada hendak makan, pergi kerja, bersosial (dan
batasan-batasannya) dan sebagainya. Oleh itu, segala sesuatu yang membawa kepada
kebajikan individu dan masyarakat adalah dari segi moral yang baik dalam Islam, dan apa
yang berbahaya dari segi moral buruk. Memandangkan Islam amat mementingkan
masyarakat yang sihat dan adil, Islam menyokong moral dan perkara-perkara yang membawa
kepada peningkatan moral, yang menghalang gejala keburukan dan perkara-perkara yang
membawa kepada penyebaran keburukan. Segala perintahnya dan larangan dalam Islam
dapat dilihat dalam kebenaran ini.
22
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
3.0 KESIMPULAN
Moraliti dalam Islam wujud disetiap aspek kehidupan seorang muslim, samada hubungan
biasa hinggakan kehubungan antarabangsa. Skopnya universal serta mencakupi segala aspek
kebolehgunaannya. Seorang muslim bukan sahaja perlu berkeperibadian yang suci, malahan
disuruh berbuat kebaikan. Mereka bukan sahaja perlu menahan diri daripada kejahatan dan
maksiat, tetapi juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam meminta orang ramai untuk
menjauhkan diri mereka dari berbuat kejahatan dan maksiat. Dalam erti kata lain, mereka
bukan sahaja perlu dari segi moral sihat, tetapi juga mesti menyumbang kepada kesihatan
moral masyarakat secara keseluruhannya.
Nabi Muhammad saw merumuskan tingkah laku seorang Muslim; "Allah Pencipta ku telah
memberikan aku 9 perintah iaitu: bertakwa kepada-Nya, samada sendirian mahupun dengan
orang lain; bercakap dengan benar, samada dalam keadaan marah mahupun suka; hidup
dengan sederhana, samada dalam kesenangan mahupun kesusahan; menyatukan kembali
persaudaraan walaupun dengan mereka yang memutusnya terhadap aku; memberi kepada
mereka yang tidak mahu menerima dari ku; diam ku dari berkata-kata tentang keburukan;
bahawa aku harus mencari pengajaran; dan aku wajib memerintahkan apa yang benar.
Oleh kerana Allah SWT dalam Islam, Dialah Tuhan Raja, Maha Pemelihara, dan Maha
Berkuasa, lagi Maha Mengasihani, yang belas kasihan-Nya telah memperuntukkan semua
makhluk; dan Dia telah memberikan setiap kemuliaan manusia dan kemuliaan dan
meniupkan ke dalamnya roh, maka Allah SWT mengetahui segala perihal manusia dan
walaupun segala sifat-sifat manusia yang pelbagai itu, manusia adalah sebahagian besarnya
sama dan tidak ketara sebenarnya perbezaan diwujudkan oleh manusia seperti bangsa, warna
atau kaum. Setiap manusia adalah dengan itu berkaitan dengan semua orang lain dan semua
menjadi satu masyarakat persaudaraan dalam perhambaan mulia mereka kepada Allah Tuhan
yang paling Penyayang Alam Semesta.
23
MPU 3312 ETIKA PERBANDINGANNORZIANA BT ZAIN
E30409130119
4.0 RUJUKAN
1. M.A. Rauf. 1964. A Brief History of Islam with Special Refference to Malaysia,
Kuala Lumpur: Oxford University Press.
2. Mohd. Yusof Hassan (2000), Pemikiran Saintifik, Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia
3. S.Q Fatimi. (1963). Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysian Sociological
Research Institute.
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_ethics
5. http://www.ummah.com/forum/showthread.php?5388-Moral-System-Of-Islam
24