Zikir pagi petang (pdf)

download Zikir pagi petang (pdf)

of 42

  • date post

    29-Nov-2014
  • Category

    Documents

  • view

    2.057
  • download

    15

Embed Size (px)

description

 

Transcript of Zikir pagi petang (pdf)

  • 1. Seharian BerzikirSebagaimana Yang Nabi Shallallahu alaihi wa Salam Lakukan http://fiqh-sunnah.blogspot.com
  • 2. Seharian Berzikir Sebagaimana Yang Nabi Shallallahu alaihiwa Salam Lakukanhttp://fiqh-sunnah.blogspot.comBerzikir kepada Allah adalah amalan yang terbaik dan merupakan carayang mulia bagi seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allahyang Maha Suci dan Maha Tinggi. Allah memerintahkan hamba-Nya supayaberzikir kerana dengan berzikir kita akan diberi kelebihan dan manfaatyang banyak. () Allah Subhanahu wa Taala berfirman,Dengan itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula)kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari(nikmat)-Ku. (Surah al-Baqarah, 2: 152)Allah Subhanahu wa Taala berfirman, () Dan sebutlah (nama) Tuhanmu di dalam hatimu dengan merendahkan diridan perasaan takut, serta dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagidan petang, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai. (Surahal-Araaf, 7: 205)Juga firman-Nya, () Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama)Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (Surah al-Ahzaab, 33: 41)Juga firman-Nya yang lain, () 1
  • 3. Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allahtelah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.(Surah al-Ahzaab, 33: 35)Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam bersabda,Mahukah kamu aku tunjukkan amalanmu yang terbaik, paling suci di sisiRajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu, lebih baik bagimudaripada menginfakkan emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripadakamu bertemu dengan musuhmu, lalu kamu memenggal lehernya ataulehermu dipenggal? Para sahabat yang hadir berkata, Mahu wahaiRasulullah! Beliau bersabda lagi, Berzikir kepada Allah Yang MahaTinggi.1Beliau Shallallahu alaihi wa Salam juga bersabda,Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dengan orang yangtidak berzikir kepada Tuhannya adalah seperti orang yang hidup denganorang yang mati.2Mereka yang banyak berzikir kepada Allah hatinya akan menjadi tenang.Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala, () ... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.(Surah ar-Rad, 13: 28)Terdapat begitu banyak doa dan zikir yang telah ditunjukkan ataudiajarkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam yang sewajarnyamenjadi amalan bagi setiap muslim. Dengan mengamalkannya, ia akanmenjadikan kita sentiasa mengingati Allah dan terhindar daripadamenjadi orang yang lalai. Dengannya juga, Allah akan sentiasa memberi1 Hadis Riwayat at-Tirmidzi (no. 3377), Ibnu Majah (no. 3790). Lihat juga Shahih at-Tirmidzi (3/139, no. 2688) dan Shahih Ibni Majah (2/316, no. 3057), dari Sahabat AbudDarda radhiyallahu anhu.2 Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6407 Fathul Bari 11/208). Imam Muslim meriwayatkandengan lafaz sebagaimana berikut: Perumpamaan rumah yang digunakan untuk berzikirkepada Allah dengan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir, adalah seperti oranghidup dengan orang yang mati. (Shahih Muslim (no. 779 (211)). Dari Abu Musa al-Asyariradhiyallahu anhu) 2
  • 4. perlindungan agar kita dijauhkan dari pelbagai bentuk gangguan Syaitanyang terkutuk, kerana Syaitan adalah musuh yang nyata bagi setiapmuslim.Allah Subhanahu wa Taala berfirman,Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah iasebagai musuh, kerana sesungguhnya Syaitan-syaitan itu hanya mengajakkelompoknya supaya mereka menjadi penghuni Neraka yang menyala-nyala. (Surah al-Fathir, 35: 6)Di antara zikir yang telah ditunjukkan oleh Nabi Shallallahu alaihi waSalam melalui hadis-hadis yang shahih adalah zikir di waktu pagi danpetang dan zikir selepas solat fardhu lima waktu.Risalah kecil ini mempersembahkan kepada anda panduan dan bentuk-bentuk zikir di waktu pagi dan petang serta zikir selepas solat fardhu yangbertepatan dengan Sunnah Nabi Shallallahu alaihi wa Salam supayadengannya ia akan mudah difahami, dihafal, dan diamalkan oleh parapembaca.Melalui risalah ini, kami hanya membawakan hadis-hadis yang shahih danhasan sahaja berdasarkan penilaian para ulama hadis.Kami berdoa kepada Allah semoga risalah ini memberi manfaat bagi dirikami dan para pembaca. Mudah-mudahan Allah memberikan hidayahtaufiq kepada kita supaya dapat mengamalkannya bertepatan denganSunnah yang mulia.Semoga selawat dan Salam dicurahkan kepada Nabi Shallallahu alaihi waSalam, keluarganya, para Sahabatnya, dan sesiapa yang mengikuti jejakmereka dengan baik sehingga ke hari Kiamat. 3
  • 5. KELEBIHAN DOA DAN ZIKIR (MENGINGATI ALLAH SUBHANAHU WATAALA)Terdapat begitu banyak kelebihan doa dan zikir kepada kita. Maka di sinikami hanya menyebutkan sebahagian daripadanya yang di antaranyaadalah,1 Meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Taala.2 Mengusir, menundukkan, dan menjadi pendinding daripada Syaitan.3 Melahirkan perasaan bahawa diri kita ini sentiasa diawasi oleh Allahsehingga menjadi pendorong untuk sentiasa melakukan perkara kebaikan.4 Melahirkan sifat merendah diri dan pasrah kepada Allah. Iaitu dia akansentiasa memiliki sifat tawakkal yang tinggi di mana hanya kepada Allahtempat bergantung sama ada ketika susah atau pun senang dan kepadaAllah kita akan dikembalikan.5 Mendekatkan diri kepada Allah. Seberapa banyak dia melakukan zikirkepada Allah, maka semakin dekatlah dia dengan Allah. Dan seberapajauh dia lalai untuk berzikir, maka sejauh itulah jarak yangmemisahkannya dengan Allah.6 Membukakan pintu yang luas dari pelbagai pintu marifat.3 Semakinbanyak kita berzikir, maka semakin luas pintu marifat yang dibukakan.7 Melahirkan rasa takut kepada Allah dan memuliakan-Nya.8 Menjadikan kita sentiasa mengingati Allah iaitu sebagaimana firman-Nya, () ... 3 Marifat diperolehi dengan cara:1 Mempelajari al-Quran dan as-Sunnah berdasarkan kefahaman para Sahabatradhiyallahu anhum.2 Mengamalkan segala yang wajib, sunnah, dan menjauhi apa yang dilarang di dalamagama.3 Ikhlas dalam beramal.4 Sentiasa mengikuti sunnah dan petunjuk dari Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam.5 Sentiasa berzikir kepada Allah Subhanahu wa Taala. 4
  • 6. Kerana itu, iangatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula)kepadamu... (Surah al-Baqarah, 2: 152)9 Menjadikan hati sentiasa hidup. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyahrahimahullah berkata, Zikir bagi hati adalah ibarat seperti air denganikan. Maka apakah yang akan terjadi kepada ikan tersebut sekiranya iadipisahkan dengan air?10 Zikir merupakan santapan hati dan rohani. Jika hati dan rohkehilangan makanannya, maka samalah ia dengan badan yang tidakmendapatkan bekalan zat nutriennya. Pada suatu masa, kami (IbnuQayyim al-Jauziyyah) menemui Ibnu Taimiyyah yang sedang melaksanakanSolat Fardhu Subuh. Selepas solat, dia berzikir kepada Allah sehinggahampir pertengahan siang. Pada ketika itu, beliau menoleh kepadaku laluberkata, Inilah santapanku. Sekiranya aku tidak mendapat santapan ini,kekuatanku akan hilang. Syaikhuil Islam Ibnu Taimiyyah juga pernahberkata kepada kami, Aku tidak akan meninggalkan zikir, melainkandengan niat memang itulah yang dikehendaki oleh jiwaku atau kerana akuingin berehat. Bagiku berehat ini adalah persiapan untuk melakukan zikiryang berikutnya.11 Membersihkan hati dari kekotoran. Kekotoran hati yang dimaksudkanadalah lalai dan bergelumangnya dengan hawa nafsu. Maka, cara untukmembersihkannya adalah dengan bertaubat dan memperbanyakkanistighfar.12 Menghilangkan kerisauan dan ketidakyakinan dalam mentaati Allah.Orang yang lalai, dia sering mengalami kerisauan terhadap soalhubungannya dengan Allah. Maka, kerisauan itu dapat dihilangkan denganmelaksanakan ibadah zikir.13 Takbir, tasbih, tahmid, dan tahlil yang diucapkan oleh seseorang diwaktu dia berzikir, dapat membantu dirinya di waktu kesusahan. Iniadalah kerana Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang berimandan melaksanakan amal-amal yang soleh.14 Seseorang yang mengenali Allah Subhanahu wa Taala dengan caraberzikir di waktu senang, akan menjadikannya sentiasa mengingati Allahwalau bagaimana pun keadaannya di waktu susah.15 Amalan berzikir kepada Allah mampu menjadi benteng yang manpandari pelbagai keburukan dunia dan akhirat. Ia juga mampumenyelamatkan diri seseorang dari azab Allah, sebagaimana yang 5
  • 7. dijelaskan oleh Muaz bin Jabal