zulhashim

5
Disini saya ingin memperkenalkan sesuatu yang baru pada pemancing di tanah air. Adalah menjadi kesukaran buat kami untuk komersialkan umpan yang berjenis kering kerana sukar ditemui pemancing di Malaysia menggunakannya atau ia sesuatu yang baru untuk dicuba. Saya amat menggalakkan pemancing menggunakannya adalah kerana :- Pemancing tidak perlu membeli atau mencarinya semasa hendak memancing kerana umpan tersebut sentiasa ada bersama alat pancing anda. Mudah digunakan serta menjimatkan masa. Umpan boleh digunakan sedikit demi sedikit bergantung kepada keperluan, sama sekali tidak membazir. Tidak mudah busuk dalam sesuatu masa yang singkat kerana ia terkawal akan penggunaanya. Sifatnya yang lebih kenyal serta liat berbanding umpan hidup, amat sesuai bagi meraka yang suka membuat balingan kuat. (kategori pantai) Jimat dari segi pengguaannya kerana anak-anak ikan gagal untuk makan curi kerana ia bersifat kenyal seperti getah. Boleh menyimpan stok atau boleh dijadikan sebagai umpan stanby jika umpan lain habis digunakan. Umpan yang baru dihidrat dengan air adalah sama seperti umpan yang baru mati, tiada perbezaan dari segi warna, bau, size dan rasa bagi ikan kerana tiada bahan pengawet digunakan.

description

Disini saya ingin memperkenalkan sesuatu yang baru pada pemancing di tanah air.

Transcript of zulhashim

Page 1: zulhashim

Disini saya ingin memperkenalkan sesuatu yang baru pada pemancing di tanah air.

Adalah menjadi kesukaran buat kami untuk komersialkan umpan yang berjenis kering kerana sukar ditemui

pemancing di Malaysia menggunakannya atau ia sesuatu yang baru untuk dicuba. Saya amat menggalakkan

pemancing menggunakannya adalah kerana :-

Pemancing tidak perlu membeli atau mencarinya semasa hendak memancing kerana umpan tersebut

sentiasa ada bersama alat pancing anda.

Mudah digunakan serta menjimatkan masa.

Umpan boleh digunakan sedikit demi sedikit bergantung kepada keperluan, sama sekali tidak membazir.

Tidak mudah busuk dalam sesuatu masa yang singkat kerana ia terkawal akan penggunaanya.

Sifatnya yang lebih kenyal serta liat berbanding umpan hidup, amat sesuai bagi meraka yang suka

membuat balingan kuat. (kategori pantai)

Jimat dari segi pengguaannya kerana anak-anak ikan gagal untuk makan curi kerana ia bersifat kenyal

seperti getah.

Boleh menyimpan stok atau boleh dijadikan sebagai umpan stanby jika umpan lain habis digunakan.

Umpan yang baru dihidrat dengan air adalah sama seperti umpan yang baru mati, tiada perbezaan dari

segi warna, bau, size dan rasa bagi ikan kerana tiada bahan pengawet digunakan.

Page 2: zulhashim

Cara penggunaannya :-

Buka plastik tersebut dan masukkan sejumlah kecil air kedalamnya, pastikan air mengenai

seluruh anggota ruat tersebut dan buang semula air tersebut jika berlebihan.

Untuk menpercepatkan proses penghidratan anda boleh melakukan perkara sedemikian:-

Rendam ruat tersebut kedalam air panas ( pastikan ruat itu didalam bungkusan).

Jemur dibawah terik matahari.

Atau rendam semalaman.

Untuk pengetahuan para pemancing semua teknik umpan kering ini telah lama berada dipasaran luar

Negara dan telah lama dipraktikkan oleh pemancing seluruh dunia. Oleh itu saya mengambil

kesempatan ini untuk memperkenalkan kepada

semua pemancing ditanah air.

Tahukah anda :- ??

Dengan menggunakan ruat kering saya lebih

yakin untuk memperolehi tangkapan yang lebih dari

menggunakan ruat hidup, ini kerana ruat kering lebih

sukar dimakan dan dihabiskan oleh ikan yang kecil.

Perkara ini terjadi kerana sifat ikan yang besar lebih tertumpu pada perebutan makanan dari

ikan-ikan yang kecil. Dengan keadaan sedemikian ikan yang besar lebih rakus untuk mendapatkan

makanan tersebut, ikan yang besar akan memakan umpan secara telan berbanding ikan yang kecil yang

hanya mampu mencebis umpan tersebut. Anda harus memahami keadaan situasi sedemikian kerana ia

adalah logik.

Soalan yang sering ditanya..

1. Berapa lama ruat kering ini boleh disimpan dan adakah perlu disimpan didalam peti ais?

Untuk pengetahuan anda, saya telah menggunakan ruat kering ini 3 tahun yang lepas dan berbagai RnD

telah dilakukan untuk memastikan mutu dan keberhasilan penggunaan ruat tersebut. Didalam penelitian

saya ruat tersebut tidak akan rosak sekiranya ia tidak terdedah dengan kelembapan kerana bakteria

(Micro) akan membiak. oleh itu jangan buka bungkusan jika tidak menggunakannya kerana silica didalam

bungkusan itu akan rosak. Tidak perlu disimpan didalam tempat sejuk cukup lah simpan bersama alat

pancing anda. Jangka hayat yg pernah saya simpan adalah selama 1tahun, ia seperti anda menyimpan

sotong kering dan rendaman yang akan mengembangkannya ia kembali.

Page 3: zulhashim

2. 5gram ada berapa ekor?

Untuk kepastian anda saya tidak menjual didalam bentuk kuantiti sebaliknya jumlah berat ruat tersebut

dimana proses pengeringan dilakukan (Ratio 1kg : 300gram), ruat hidup ditimbang sebanyak 1kg dan bila

dikeringkan menjadi 300gram.

3. Bolehkan ia digunakan untuk pancingan laut ataupun tasik dan sebagainya?

Boleh, ia bergantung pada ikan yang memakan cacing sahaja. Anda boleh menggunakan umpan ini

termasuklah untuk memancing udang galah.

4. Kenapa harganya mahal?

Untuk pengetahuan anda hanya ¼ sahaja ruat ini boleh dikeringkan dan digunakan semula iaitu

dibahagian kepalanya sahaja.

5. Pupuslah ruat kalau setiap hari ia dicari kerana habitatnya rosak kerana dicangkul?

Untuk pengetahuan anda saya hanya mendapatkan sumber ruat ini dengan menggunakan teknik cabut,

hanya dengan merenjis air yang mengandungi makanan keperluannya maka ruat tersebut akan keluar

dengan sendirinya. Dalam waktu yang sama saya akan memilih size yang besar sahaja, tidak sama sekali

menggunakan cangkul untuk mendapatkannya kerana perkara itu akan merosakkan habitat dan

ekosistem ruat yang lain. Dan yang penting sekali saya hanya perlukan bahagian kepalanya sahaja untuk

dikeringkan.

Page 4: zulhashim

6. Apakah yang saya lakukan sekiranya ruat itu dapat seekor tanpa putus, apa yang boleh dibuat

dibahagian ekor ruat tersebut?

Untuk bahagian ekor saya tidak jual kepada sesiapapun kerana saya hanya gunakan sendiri

untuk merawai. Iaitu saya keringkan ruat tersebut bersama matakail dan menyimpannya. Dan

saya sendiri yang akan merawai atau memancing menggunakan umpan tersebut. (seperti

gambar diatas)

7. Bagaimana untuk proses pembelian?

Untuk proses pembelian anda hanya perlu bankin duit ke akaun dan maklumkan kepada:-

Maybank (1012 4501 4782)

Nama Zulkanain Bin Hashim

Maklumat pembayaran 012 739 7051

Beri nama penuh serta alamat anda.

Kos tambahan untuk poslaju adalah seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia RM6.00

Sabah dan Sarawak Rm10.00

8. Mengapa umpan tersebut sukar dimasukkan kedalam matakail?

Untuk makluman semua memang sukar untuk memasukkan umpan tersebut ke matakail kalau

ia tidak cukup kembang kerana ia akan seperti getah. Anda hanya perlu potong ruat tersebut

lebih kecil mengikut size kail anda, ini kerana air akan masuk kedalam liang ruat yang dipotong

semasa ia direndam. Adalah lebih baik jika ia liat sedikit kerana suhu air laut dan kedalam air

laut akan mengembangkannya lagi.

GALERI

Page 5: zulhashim

Selain dari soalan yang berikut anda boleh ajukan kepada saya di talian :- 012-739 7051.

Sekian terima kasih..