--
~ f
18 Khamis 24 Mac, 2016 SEMASA New Sabah Times
OLEH MARRYAN RAZAN ([email protected]) ~ ~4 1C\r.tc; J;OIIi IS KOTA KINABALU: Ahli akademik di negeri ini khususnya yang berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) digalakkan menghantar permohonan atau pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) 2016.
Anugerah berprestij anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu adalah acara tahunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sektor pendidikan dan dimulakan sejak 2012. Sehingga tahun 2014, seramai tiga ahli akademik dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu.
Permohonan ATABM dibuka kepada semua ahli akademik warganegara Malaysia yang berkhidmat di universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Tarikh tutup permohonan pencalonan, pada I Julai ini dan majlis anugerah akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2016.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS Prof.Dr.D.Kamarudin D.Mudin berkata ATABM merupakan salah satu ini~iatif strategik yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa IImu di Universiti Awam 2016 hingga 2020 di bawah objektif I iaitu "Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa IImu.
"Aktiviti Jerayawara Anugerah Tokoh Akademik ini melibatkan enam zon iaitu Utara, Selatan, Tengah, Timur, Sabah dan Sarawak di
Ahli akademik UMS digalakkan hanlar pencalonan di ATABM 16
marin. Teks ucapannya disampaikan oleh Dekan
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS. Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan.
Turut hadir Pengarah Institut Islam Hadhari. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dato' Dr.Mohd Yusof Haji Othman dan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu. UKM Prof. Dr.Nor Hashimah Jalaluddin. Kedua-dua mereka adalah Tokoh Akademik Bahasa Melayu tahun 2013 dan 2014.
D.Kamarudin berkata, ATABM mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik dalam memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat KPT.
"Pengiktirafan in) juga meliputi sllmbangan cemerlang ahli akademik dalam mengembang dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai wahana penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan khidmat ikhtisas kepada masYarkat.
"Saya berharap jerayawara ini dapat mencapai objektif. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi kerana memberi kepercayaan kepada UMS untuk menjadi penyelaras kepada aktiviti ini," katanya.
Maklumat lanjut mengenai. permohonan ATABM boleh diperolehi melalui laman web KPT di www.mohe.gov.myiatabm.
DR. Nor Hashimah menjawab soalan daripada pensyarah UMS. pada majlis itu . .
mana pelaksanaan dijalankan Bahagian Akademik universiti awam dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan itu Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS dilantik menjadi penyelaras Jerayawara ATABM 2016 zon Sabah.
"Objektif Jerayawara ini adalah untuk mem
beri hebaan dan menyebar luas berkenaan ATABM kepada semua ahli Akademik di universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta," katanya dalam teks ucapan sempena Jerayawara Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2016, di Galeri UMS, di sini, kel
Top Related