جاويتوليسن سيستم
رتام ڤج .ج.ڤرتموان برسموک ڤ يسران عبدالعزيز دي ا
'Saya jatuh cinta seni tulisan
Jawi' – BH 29/6/08
Prof. Dr. Kang Kyoung Seok
OBJEKTIF
Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat:
• mengaplikasikan kemahiran menulis dan membaca Jawi dengan lancar (pengetahuan),
• menghargai warisan agama, bangsa, dan negara dalam konteks pembinaan jati diri (sosial), dan
• mengemukakan saranan penyelesaian berdasarkan bukti yang kukuh dengan menyempurnakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan (kemahiran insaniah).
SINOPSIS
• Kursus ini melibatkan perbincangan
mengenai sejarah dan perkembangan
tulisan Jawi, bentuk-bentuk huruf Jawi,
jenis-jenis ejaan Jawi, kaedah mengeja kata
dasar bahasa Melayu asli, kata-kata
pinjaman, kata berimbuhan, dan latihan
membaca Jawi klasik.
KANDUNGAN 1
• Sejarah tulisan Jawi, perkembangan dan
penyebaran tulisan Jawi
• Huruf Jawi dan padanannya dengan huruf
Rumi, dan bentuk huruf Jawi
• Jenis ejaan Jawi: ejaan tradisi, ejaan lazim
dan ejaan mengikut hukum.
KANDUNGAN 2
• Kaedah mengeja Jawi: diftong, glotis,
geluncuran, gelinciran, kata gabungan, kata
ulang, homograf, mengeja daripada huruf-
huruf tertentu, kata pinjaman, dan kata
berimbuhan.
• Latihan menulis dan membaca Jawi
• Tulisan khat dan Jawi klasik
• Masa hadapan tulisan Jawi
PENILAIAN
Setiap pelajar yang mengikuti kursus ini
akan dinilai mengikut peratusan di bawah:
Ujian Pertengahan Semester : 30%
Tugasan (Kertas Kerja) : 30%
Peperiksaan Akhir : 40%
PEPERIKSAAN
• Peperiksaan Pertengahan Semester.
• Mengandungi 60 soalan berbentuk objektif
yang merangkumi unit 1 topik 1 hingga unit
3 topik 5 dalam Modul Pembelajaran BBM
3402: Sistem Tulisan Jawi.
• Nilaian markah: 30 Markah
• Masa menjawab: 1 jam 15 minit.
PEPERIKSAAN
Contoh Soalan:
Huruf Jawi yang dipinjam daripada huruf
Arab berjumlah:
a. 25
b. 30
c. 31
d. 35
e. 40
Peperiksaan Akhir
• Mengandungi dua bahagian:
• Bahagian A: Objektif, mengandungi 60
soalan (30 markah)
• Soalan yang diberikan merangkumi
keseluruhan isi kandungan Unit 4 hingga 7
dalam Modul Pembelajaran BBM 3402:
Sistem Tulisan Jawi.
Peperiksaan Akhir
• Bahagian B: Esei, mengandungi 2 soalan (10 markah) yang mesti dijawab. Ia bertujuan menguji kemahiran menulis dan membaca Jawi.
• Soalan pada Bahagian B berbunyi: – Jawikan petikan berikut (tidak melebihi 50 patah
perkataan).
– Rumikan petikan berikut (tidak melebihi 50 patah perkataan).
• Masa menjawab 1 jam 30 minit.
*Tarikh, masa dan tempat bagi kedua-dua peperiksaan akan dimaklumkan oleh pihak PPL.
Peperiksaan Akhir
• Contoh soalan:
1. Jawikan petikan berikut:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya
ialah menciptakan langit dan bumi dan
berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu.
Sesungguhnya pada yang demikan itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
orang-orang yang mengetahui.”
Peperiksaan Akhir
• 2. Rumikan petikan berikut:
ونن ڠالݢي كبوچورن سيليڠ ممبابيتكن با - يم 9كواال ملڤور سواي بارو دأوبه ڠيفريلمن ونن ڠباتربارو ، ميليک كراجاءن
.ورنچانم كبو اليمڠدكسن م
RUJUKAN
• Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi, 2008 (Edisi ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Matlob, 2003. Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publication.
• Hamdan Abdul Rahman, 1999. Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Hashim Musa, 2006. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi (edisi kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Za’ba, 2009. Rahsia Ejaan Jawi (edisi ejaan Rumi). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
RUJUKAN
• Al-Azim.com, 1421 H. Jawi Multikey (dalam talian) http://www.al-azim.com/masjid/jawi.htm
• Konvensyen Tulisan Jawi, 1991. (dalam talian) Koleksi Digital, http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/default&s=1&oid=61.htm
• Next-Q Technologies. Keistimewaan Jawi Translater Versi 5.0 dan Kamus 3 Bahasa! (dalam talian) http://www.next-q.com.my/site/
• Nik Muhammad Nik Abdul Kadir, 2006. Ejawi.net. (dalam talian) http://www.ejawi.net/converter.php?go=jawi
Unit 1: Ejaan Tradisional
Bil. Rumi Jawi
1. Ada اد 2. Tiada تياد 3. Pada ڤد 4. Kepada كڤد 5. Dari دري 6. Daripada درڤد 7. Maka مک 8. Ia اي
Bil. Rumi Jawi
9. Kita كيت 10. Lima يلم 11. Manusia ماءنيس 12. Ini اين 13. Itu ايت 14. Jika جک 15. Dia دي 16. Demikian دمكني
Ralat dalam Modul
Halaman 15:
“Bentuk تتكال (tatkala) ini...semestinya
berkembang sehingga sampai kepada تتكاال” .
diubah kepada:
“Bentuk تتكال (tatkala) ini telah berkembang
menjadi تتكاال dalam ejaan sekarang”.
Ralat dalam Modul
Halaman 33:
“Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu pada mulanya mempunyai 30 abjad termasuk huruf ta marbutah (ة). ...Dengan yang demikian huruf Jawi kini berjumlah 36 huruf.”
diubah kepada:
“Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu pada mulanya mempunyai 31 abjad termasuk huruf ta marbutah (ة), hamzah (ء), dan alif maqsurah atau ye (ى), tetapi tidak termasuk lam alif (ال). ...Dengan yang demikian huruf Jawi kini berjumlah 37 huruf.”
Ralat dalam Modul
Hal. Perkataan Perubahan
46 Beta Demikian
61 Wahyu Talu
64 Pola u + i Pola u + u
67 Gu Gol
70 Seru Serbu
74 Panaroma Panorama
75 Habuan Dimasukkan ke dlm. senarai pertama
75 Haluan Dimasukkan ke dlm. senarai pertama
76 Dirgahayu Dipadamkan
PENUTUP
• Nota kuliah pertemuan bersemuka pertama dan
peperiksaan pertengahan semester merangkumi
unit 1 hingga 3 dalam modul BBM3402.
• Jika terdapat percanggahan antara modul
BBM3402 dengan nota/tugasan terkini yang
disediakan pensyarah, sila gunakan nota/tugasan
terkini.
• Semoga pelajar yang belajar bersungguh-sungguh
dan jujur dengan ilmu akan berjaya.
واهلل اعلم
كاسيهترميا ،سكيان
Top Related