KUTIPAN DERMA
Kami ahli BSMM telah melibatkan diri dalam aktiviti kutipan derma bagi
menampung perbelanjaan sepanjang kem tahunan itu berlangsung pada 2-4
NOVEMBER 2013. Kem ini berlangsung di IMPIAN COUNTRY RESORT di Hulu
Langat Selangor. Dana yang besar diperlukan bagi menampung kos sepanjang kami
berada di sana seperti kos penginapan, makan dan minum serta untuk menampung
kos aktiviti. Kutipan derma ini dilakukan sebelum berlangsungnya program ini.
Proses pengutipan derma itu dilakukan di luar kawasan universiti yang melibatkan
masyarakat luar. Setiap orang perlu mengumpul derma sekurang-kurangnya
sebanyak RM 20.00. Semasa proses kutipan derma itu dijalankan kami mesti
menunjukkan surat kelulusan daripada pihak universiti bagi meyakinkan masyarakat
tentang program yang bakal berlangsung ini. Berikut adalah refleksi kami sebagai
pelajar dan refleksi masyarakat luar terhadap kami:
REFLEKSI PELAJAR:
Kami sebagai ahli BSMM dan juga pelajar dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi dengan masyarakat luar. Sebagai contoh kami perlu
menerangkan kepada mereka tentang program kem tahunan ini disamping
dapat meyakinkan mereka tentang kesahihan program yang dianjurkan oleh
BSMM cabang UKM.
Kami dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian kami sewaktu proses
kutipan derma berjalan. Kami memerlukan keyakinan yang tinggi untuk
berkomunikasi dengan masyarakat luar yang kami sendiri tidak tahu akan
latar belakang mereka.
Kami dapat meluaskan pandangan kami melalui aktiviti kutipan derma ini. Hal
ini terbukti semasa proses ini berlangsung kami telah bertemu dengan
pelbagai jenis masyarakat contohnya ada yang tidak berminat pun untuk
mendengar penjelasan apatah lagi untuk menderma dan juga yang memberi
kerjasama seperti mendengar penjelasan kami dan mereka sanggup
menderma untuk menjayakan program ini.
Dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap kami.Ramai masayarakat
yang menyangka kami sebagai pelajar hanya mementingkan akademik
sahaja berbanding aktiviti luar. Oleh itu program ini secara tidak langsung
telah mengubah pandangan masyarakat terhadap kami sebagai pelajar dan
juga sebagai “first aider”.
REFLEKSI MASYARAKAT
Masyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk
memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana.
Sebagai buktinya ramai masyarakat yang sanggup menyumbang dalam
bentuk kewangan bagi menyokong kami untuk lebih mahir dalam proses
menyelamatkan mangsa dalam kesusahan.
Lapisan masyarakat yang terdiri golongan tua dapat menggalakkan anak
muda seperti kami untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar yang ini sangat
berguna untuk masa akan datang. Contohnya ilmu kecemasan yang
diperolehi daripada program ini boleh digunakan tidak kira waktu dan tempat.
Penderma sedang menandatangan di borang derma berserta jumlah wang yang diberikan
Bersama orang awam yang menderma (kanan)
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
Pada 2 hingga 4 November 2013, kami telah menghadiri Kem Tahunan
BSMM Cabang UKM di Impian Country Resort, Sungai Semungkis, Hulu Langat,
Selangor. Kem ini juga turut disertai oleh orang-orang luar dari detachment lain
seperti Detachment A,B , C, D, H, Z dan sebagainya. Kami mewakili BSMM
Detachment 88W. Tenaga pengajar yang dipilih untuk memberi tunjuk ajar kepada
kami didatangkan khas dari luar. Semua peserta seramai 130 orang telah
dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada
10 hingga 13 orang peserta. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada detachment yang
berlainan.
Semua peserta telah selesai dibahagikan kepada sepuluh kumpulan
Terdapat beberapa aktiviti utama yang dijalankan. Salah satu aktiviti utama
yang dijalankan ialah aktiviti latihan dalam kumpulan(LDK). LDK pertama yang kami
lakukan ialah “ice breaking” iaitu sesi perkenalan antara semua peserta. Semasa
sesi ini, setiap ahli kumpulan telah memperkenalkan serba sedikit tentang diri
mereka seperti nama, fakulti, detachment dan jurusan masing-masing. Setiap
kumpulan diberi tugas untuk mencipta logo dan sorakan kumpulan. Setiap kumpulan
diberi masa selama 20 minit untuk menyelesaikan tugas mereka. Setiap kumpulan
dikendalikan oleh dua hingga tiga orang fasillitator dari detachment yang berlainan.
Daripada aktiviti ini, kami dapat meningkatkan kemahiran sosial di samping dapat
mengenali rakan-rakan baru dari detachment lain.
Sesi perkenalan antara ahli kumpulan yang terdiri daripada detachment yang berlainan
Kami berlatih untuk mencipta sorakan kumpulan yang paling menarik dengan tunjuk ajar fasilitator (tengah)
Kami sedang melukis logo kumpulan yang tepat menggambarkan kumpulan kami
Kami telah membentangkan logo dan sorakan kumpulan masing-masing
Selain itu, terdapat aktiviti “station game”. Dalam aktiviti ini terdapat 10 stesen
yang dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator. Di setiap stesen, kami diminta
untuk melakukan aktiviti yang berlainan. Contoh tugasan yang diberikan ialah, kami
diminta untuk berlakon berdasarkan situasi kecemasan yang diberikan. Berdasarkan
situasi kecemasan ini, kami diminta untuk menjalankan rawatan pertolongan cemas
kepada mangsa renjatan elektrik, patukan ular, histeria, lemas dan asma. Semua
mangsa terdiri daripada orang luar. Seterusnya, kami diminta untuk membuat
balutan seperti balutan kepala, anduh besar,anduh kecil, anduh segitiga, patah kaki,
terseliuh, dan terkehel. Melalui aktiviti ini kami dilatih untuk menyemai sikap
kebertanggungjawaban dalam diri masing-masing untuk membantu mangsa-mangsa
yang memerlukan. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli
kumpulan. Setiap ahli juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap tugasan
yang diberikan.
Di stesen ini, kami mempelajari cara-cara untuk mengangkat mangsa yang pengsan atau tidak sedarkan diri
Kanak-kanak ini telah turut serta melakonkan situasi kecemasan untuk rawatan renjatan elektrik
Setiap ahli kumpulan berbincang untuk melepaskan seorang mangsa mengharungi halangan tali. Cabaran ini memerlukan sikap tanggungjawab
setiap ahli dalam menjalankan tugas masing-masing.
Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan di stesen ini, iaitu membuat balutan kepala menggunakan kain anduh.
Seterusnya, terdapat malam kebudayaan pada malam terakhir kami di kem tersebut.
Pada malam kebudayaan tersebut, setiap kumpulan diminta untuk membuat
persembahan yang bertemakan tujuh prinsip asas BSMM iaitu, kemanusiaan,
bersatu, kebebasan, berkecuali, khidmat sukarela, dan kesaksamaan. Setiap ahli
kumpulan bertanggungjawab dalam menyumbangkan idea untuk menghasilkan
sebuah persembahan yang menarik. Dalam persembahan tersebut, setiap ahli
mempunyai peranan masing-masing bagi menjayakan persembahan malam
kebudayaan. Setiap ahli bertanggungjawab bagi melakonkan watak yang diberikan
dengan baik bagi memastikan persembahan tersebut berjalan dengan lancar.
Persembahan ini telah diadili oleh pegawai BSMM Cabang Selangor. Melalui aktiviti
ini, kami dapat berinteraksi dengan peserta-peserta dari detachment lain dan juga
para penonton yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Daripada aktiviti ini,
kami dapat meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam diri
masing-masing.
Perbincangan bersama ahli kumpulan tentang persembahan yang akan diakukan
Persembahan dikir barat daripada salah satu kumpulan di malam kebudayaan
Antata persembahan yang dilakukan pada malam kebudayaan yangmelibatkan semua ahli peserta
Juri-juri dari BSMM Cabang Selangor
Kesimpulannya, kami dapat menimba pelbagai pengalaman dan ilmu baru
melalui kem ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di kem ini dapat memupuk dam
meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban para peserta. Di
samping itu, kem ini dapat memupuk nilai-nilai murni yang lain seperti kerjasama,
bertolak ansur, tolong-menolong dan keyakinan diri.
CERAMAH KURSUS BANTUAN BENCANA DAN OPERASI MENYELAMAT
(KBBOM)
Sejak pagi lagi pada 3 November 2013, kami telah mendengar ceramah
mengenai asas-asas pertolongan cemas, cara-cara ikatan tali bagi mengangkut
mangsa apabila berlaku kecemasan, dan juga cara-cara mengangkut mangsa dari
sebuah kawasan ke kawasan yang lain dalam ceramah kawat usungan. Ceramah
pada pagi tersebut diberikan oleh tiga orang penceramah yang berbeza yang cukup
berpengalaman luas dalam Bulan Sabit Merah Malaysia.
Ceramah mengenai asas-asas pertolongan cemas merangkumi jenis-
jenis kecemasan seperti luka, patah, pitam dan sebagainya. Ceramah ini juga
menekankan tentang perkara dan rawatan yang perlu dijalankan seandainya
mangsa benar-benar memerlukan rawatan kecemasan sementara menunggu
kedatangan paramedik mahupun ambulans ke tempat kejadian.
Kami berlatih melakukan balutan telapak tangan dengan bantuan rakan-rakan yang lain
Selain itu, ceramah mengenai ikatan tali pula memberi para peserta peluang
untuk mengenali dan mempelajari pelbagai jenis ikatan yang mampu diaplikasikan
sewaktu kecemasan. Ikatan-ikatan ini amat penting dalam pertolongan cemas
kerana ikatan-ikatan ini sangat diperlukan ketika ingin mengangkut mangsa yang
tidak mampu bergerak, terutamanya ketika mangsa dan unit pertolongan cemas
berada di tempat yang sukar untuk dicapai seperti di dalam hutan, di tebing bukit
dan sebagainya.
Kami telah berlatih untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat sebagai persiapan pertolongan cemas
Kemudian, kami didedahkan pula dengan cara-cara mengangkut mangsa
daripada sesuatu tempat yang jauh ke pusat kawalan sewaktu bencana berlaku
dengan menggunakan kain dan alat pengusung (stretcher), melalui ceramah kawat
usungan. Alat-alat pengangkutan seperti ini memerlukan kecekapan para petugas
pertolongan cemas semasa mengendalikannya kerana jika tersalah cara ikatan,
mahupun cara memegang pengusung, mangsa boleh terjatuhdaripada pengusung
dan mampu mengakibatkan kecederaan yang lebih serius kepada mangsa.
Penceramah ini sedang memperkenalkan salah satu cara untuk mengangkat mangsa yang tidak dapat berjalan
Kami bersama-sama bertanggungjawab mengalihkan mangsa dari satu tempat ke satu tempat
menggunakan kaedah ‘relay’
Kami telah belajar membuat ikatan kaki untuk ‘immobalization’ sebelum mengangkat
mangsa
Selepas tunjuk ajar penceramah, kami berlatih sendiri kaedah mengangkut mangsa
Kami mempelajari cara-cara memeriksa keadaan stretcher
Aktiviti yang dijalankan selepas malam kebudayaan ialah praktikal latihan
bencana alam dan operasi menyelamat (KBBOM). Aktiviti ini memberikan kami
pendedahan awal tentang cara-cara menghadapi bencana alam sebenar. Selaku
ahli BSMM, sememangnya menjadi kewajipan kami untuk menjalani sesi praktikal ini
kerana ilmu dan pengalaman yang didapati hasil daripada praktikal ini dapat
membantu kami untuk berkhidmat kepada masyarakat kelak seandainya terdapat
apa-apa bencana yang berlaku di dalam negara. Dalam aktiviti ini, kami telah
diagihkan kepada 4 unit iaitu unit pemantau, unit bantu mula, unit penyelamat dan
unit kebajikan.
1) Unit Pemantau (First Responder)Dalam praktikal latihan bencana alam dan operasi menyelamat (KBBOM),
Unit pemantau merupakan unit pertama yang perlu bergerak ke tapak
bencana. Tugas unit pemantau adalah untuk memantau kawasan bencana
dan kami dikehendaki untuk mencari mangsa. Kemudian,kami akan
mengenal pasti jenis kecederaan yang dialami oleh mangsa dan meletakkan
tag berwarna . Tag tersebut terdiri daripada warna merah,kuning,hitam dan
hijau. Setiap warna mewakili tahap-tahap kecederaan yang dialami mangsa.
Tujuan tag diberikan kepada mangsa adalah untuk memudahkan kerja unit
penyelamat dan unit bantu mula memberikan rawatan kepada mangsa.
Unit pemantau menjumpai seorang mangsa dan memberikan rawatan sebelum ketibaan unit lain
2) Unit Bantu Mula (First Aider)Unit bantu mula atau lebih dikenali sebagai “First Aider” merupakan salah
satu unit yang terdapat dalam praktikal latihan bencana alam dan operasi
menyelamat (KBBOM). Tugas utama unit bantu mula adalah untuk memberi
rawatan awal kepada mangsa-mangsa bencana sebelum di hantar ke bilik
rawatan. Rawatan awal diberikan bertujuan untuk mengurangkan kecederaan
dan kesakitan. Apabila tiba di tempat kejadian, kami akan memberi rawatan
awal kepada mangsa-mangsa bencana menggunakan peralatan yang
terdapat di dalam peti pertolongan cemas. Jika peralatan tidak mencukupi,
kami akan menggunakan barang-barang yang terdapat di sekitar tempat
kejadian. Mangsa-mangsa yang mengalami tahap kecederaan yang lebih
serius diberikan keutamaan.
Pasukan bantu mula memberikan rawatan awal sebelum unit penyelamat tiba untuk mengeluarkan mangsa dari tempat bencana
3) Unit penyelamat (Rescue team)Tugas utama unit penyelamat adalah membawa mangsa ke pusat kawalan
bencana atau tempat yang lebih selamat. Unit ini memerlukan ahli yang ramai
kerana mereka perlu bekerjasama mengangkut mangsa-mangsa ke tempat
yang jauh. Peralatan yang mereka gunakan untuk mengangkut mangsa ialah
stretcher.
Unit penyelamat mengusung mangsa keluar dari tempat bencana
4) Unit kebajikanBagi Unit Kebajikan, kami para peserta iaitu ahli-ahli BSMM sendiri
bertanggungjawab menjaga kebajikan anggota unit-unit yang lain seperti unit
peninjau,unit penyelamat dan unit rawatan pertolongan cemas. Sewaktu
operasi menyelamatkan mangsa bencana, anggota unit kebajikan
bekerjasama dan saling membantu bagi menyediakan makanan dan
minuman yang mampu memberi tenaga dan kerehatan kepada anggota unit
peninjau,unit penyelamat dan unit rawatan pertolongan cemas .
Akhirnya,kami,anggota unit kebajikan telah berjaya menyediakan roti,telur
dan kacang pol sebagai santapan untuk diberikan kepada anggota unit-unit
yang lain setelah mereka selesai melaksanakan tugasan mereka dalam
operasi menyelamatkan mangsa bencana.
Akhir kata, kami telah banyak mempelajari kemahiran dalam sosial dan
kebertanggungjawaban melalui kem ini. Interaksi bersama peserta-peserta
dari detachment lain, penceramah, dan jurulatih dari luar meningkatkan
kemahiran sosial kami. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah banyak
mengajar kami tentang tanggungjawab seorang ‘first aider’ yang perlu
memberikan khidmat kepada mereka yang memerlukan pada bila-bila masa
sahaja.
Top Related