POLISI & GARISPANDUAN
PATIENT’S OWN MEDICINES
Edisi Pertama
2016
© HAK CIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mana - mana bahagian menerbitkan semula, menyimpan dan
menyiarkan dalam sebarang bentuk edaran sama ada secara elektronik, mekanikal,
fotokopi, rakaman pita atau lain-lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti
46350 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 603-7841 3200 Fax: 603-7968 2222
Laman web : www.pharmacy.gov.my
KATA PENGANTAR
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Program Patient’s Own Medicines (POMs) adalah merupakan salah satu program yang
dilaksanakan sebagai salah satu langkah penjimatan kos pembelian ubat-ubatan di
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya percaya program ini telah dilaksanakan
dikebanyakan hospital KKM. Namun pelaksanaannya masih tidak seragam dan tidak
didokumentasikan.
Sehubungan dengan itu, polisi dan garispanduan ini telah dibangunkan sebagai
langkah untuk menyeragamkan pelaksanaannya dan dalam masa yang sama fasiliti
terlibat dapat mendokumentasikan maklumat-maklumat penting seperti data
penjimatan kos pembeliaan ubat-ubatan di KKM.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam membangunkan polisi dan garispanduan ini secara langsung
mahupun tidak langsung. Diharap polisi dan garispanduan ini dapat membantu Pegawai
Farmasi di fasiliti KKM menjayakan Pogram Patient’s Own Medicines ini.
Terima kasih
ABIDA HAQ BINTI SYED M.HAQ
Pengarah Amalan & Perkembangan Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Disediakan oleh:
Cawangan Penjagaan Farmaseutikal
Bahagian Amalan & perkembangan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Disemak oleh:
Puan Abida Haq Binti Syed M. Haq
Pengarah Amalan & Perkembangan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Penghargaan:
Bahagia Perkhidmatan Farmasi mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada:
Semua peserta Bengkel Penyediaan Polisi & Garispanduan Patient’s Own Medicines
yang diadakan pada 11-13 April 2016
Ahli Jawatankuasa Kerja Kecil Farmasi Pesakit Dalam 2016-2017
KANDUNGAN
1. DEFINISI PATIENT’S OWN MEDICINES (POMs) ............................................................................................... 1
2. MATLAMAT ...................................................................................................................................................................... 1
3. POLISI PENGGUNAAN POMs ..................................................................................................................................... 1
4. PRA KEMASUKAN WAD .............................................................................................................................................. 2
5. PROSEDUR POMs ........................................................................................................................................................... 2
6. PEMINDAHAN PESAKIT .............................................................................................................................................. 3
7. PEMBEKALAN POMs KETIKA DISCAJ.................................................................................................................... 4
8. PENGENDALIAN POMs DADAH BERBAHAYA/ BAHAN PSIKOTROPIK/ UBAT-UBATAN YANG
TIADA DALAM FASILITI ATAU FORMULARI FASILITI ............................................................................................ 4
9. POMs YANG TIDAK DIGUNAKAN ............................................................................................................................ 5
10. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KAKITANGAN YANG TERLIBAT ................................................. 5
APPENDIX A ............................................................................................................................................................................... 7
APPENDIX B ............................................................................................................................................................................... 8
APPENDIX C .............................................................................................................................................................................. 9
APPENDIX D ............................................................................................................................................................................ 10
APPENDIX E ............................................................................................................................................................................ 13
APPENDIX F ............................................................................................................................................................................ 14
APPENDIX G ............................................................................................................................................................................ 15
GLOSARI .................................................................................................................................................................................... 16
1
POLISI & GARISPANDUAN ‘PATIENT OWN MEDICINES (POMs)
1. DEFINISI PATIENT’S OWN MEDICINES (POMs)
POMs adalah ubat-ubatan pesakit yang telah dipreskrib atau dibeli sendiri oleh pesakit dan dibawa
ke hospital semasa memerlukan rawatan di wad. Pesakit perlu membawa ubat-ubat mereka ke
hospital supaya anggota kesihatan dapat mengenal pasti sejarah pengubatan yang tepat bagi
memastikan kesinambungan penjagaan pesakit. Ubat komplementari termasuk ubat tradisional dan
suplemen adalah dikecualikan daripada POMs kerana kesukaran untuk mengenalpasti kandungan
dan indikasinya.
2. MATLAMAT
Objektif polisi & garispanduan ini adalah untuk memberi panduan pengurusan POMs semasa
kemasukkan pesakit ke dalam wad di fasiliti kesihatan KKM. Pengurusan POMs yang berkesan dapat
mengoptimakan penggunaan ubat dan mengelakkan pembaziran.
3. POLISI PENGGUNAAN POMs
3.1 Pesakit atau penjaga hendaklah membawa kesemua ubat pesakit ke hospital pada setiap kali
kemasukan ke wad. Penerangan yang jelas mengenai POMs hendaklah diberikan semasa sesi
orientasi di wad.
3.2 Penggunaan POMs semasa di wad hanya akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan
daripada pesakit atau persetujuan penjaga yang sah bagi pesakit kanak-kanak dan yang bergantung
kepada penjaga.
3.3 Keadaan ubat hendaklah dinilai oleh anggota kesihatan di peringkat awal kemasukkan pesakit ke
wad atau sebaik sahaja ubat dibawa ke hospital. Senarai ubat yang telah disemak hendaklah
direkodkan dalam borang CP1 dan disimpan bersama fail pesakit.
3.4 POMs hendaklah berada di bawah pengawasan anggota kesihatan bagi mengelakkan berlakunya
kesilapan pengubatan (medication error).
3.5 POMs hendaklah disimpan di tempat yang selamat di wad, mengikut tatacara penyimpanan yang
betul dan dilabel dengan jelas nama serta nombor pendaftaran pesakit.
3.6 Pesakit hendaklah dimaklumkan dengan jelas mengenai perkara berikut:
2
3.6.1 POMs akan digunakan mengikut keadaan klinikal pesakit dan setelah dinilai kesesuaiannya.
3.6.2 Baki POMs akan dipulangkan semula kepada pesakit semasa discaj jika regimen rawatan itu
perlu diteruskan. Namun begitu, POMs yang dibeli sendiri akan dipulangkan semula walaupun
rawatan tersebut tidak diteruskan.
3.6.3 Pesakit tidak dibenarkan untuk mengambil/menggunakan POMs tanpa kebenaran daripada
anggota kesihatan.
3.7 Lokasi penyimpanan, sebarang pertukaran tempat penyimpanan dan baki POMs yang
dipulangkan kepada pesakit atau penjaganya mesti didokumenkan dengan jelas.
4. PRA KEMASUKAN WAD
Penerangan/risalah mengenai pelaksanaan Program POMs akan diberikan semasa pesakit berada di
klinik/Jabatan Kecemasan.
5. PROSEDUR POMs
5.1 Penerimaan ubat POMs
a. Pada hari kemasukan pesakit ke wad, makluman mengenai POMs akan dibuat semasa
orientasi wad.
b. Semua ubat POMs perlu diserahkan kepada Pegawai Farmasi.
c. Semua POMs perlu dinilai dari segi kesesuaian untuk digunakan semula oleh Pegawai
Farmasi mengikut ubat yang dipreskrib oleh Pegawai Perubatan di wad. Kriteria POMs yang
boleh diguna pakai adalah seperti di Appendix A.
d. Persetujuan pesakit akan diperolehi (secara lisan) sekiranya terdapat ubatan yang akan
digunakan semula di wad dan persetujuaan dicatat di dalam CP1.
e. Senarai ubat yang telah disemak hendaklah direkodkan dalam borang CP1 (Appendix B) dan
disimpan bersama fail pesakit.
5.2 Pelabelan POMs
a. Semua ubatan POMs yang telah dikenalpasti untuk diteruskan di wad akan dilabel semula
dengan jelas menggunakan nama generik (rujuk contoh label 1 di APPENDIX C) bagi
mengelakkan kekeliruan dan berlakunya kesilapan pengubatan.
5.3 Penyimpanan POMs
a. Semua POMs mestilah disimpan di kawasan penyimpanan POMs yang telah ditetapkan di
wad.
b. Bagi ubat rangkaian sejuk, ianya perlu disimpan di peti sejuk wad.
3
c. Bagi ubat dadah berbahaya/ psikotropik, ianya perlu disimpan di tempat yang berkunci.
5.4 Preskripsi POMs
Ubat POMs yang akan digunakan di dalam wad mestilah di preskrib oleh Pegawai Perubatan
dan ditandakan/dicop dengan perkataan ‘POMs’ pada preskripsi.
5.5 Pembekalan Ubat
a. Bagi preskripsi berlabel POMs, ubat tidak akan dibekalkan oleh Farmasi Pesakit Dalam tetapi
menggunakan ubat POMs pesakit berkenaan di wad.
b. Preskripsi tanpa label POMs akan dibekalkan mengikut sistem bekalan ubat sedia ada.
c. Ubat POMs akan diisi di troli pengubatan wad oleh Pegawai Farmasi/Penolong Pegawai
Farmasi di wad.
d. Sekiranya bekalan POMs kehabisan, Pegawai Farmasi Wad perlu memaklumkan kepada
Farmasi Pesakit Dalam untuk membuat pembekalan ubat tersebut. Pembekalan ubat adalah
mengikut sistem bekalan ubat sedia ada.
e. Bagi ubat yang di luar formulari hospital, Pegawai Perubatan hendaklah menilai keperluan
ubat tersebut dan rujuk kepada prosedur sedia ada di fasiliti masing-masing.
5.6 Administrasi POMs
a. Jururawat Terlatih perlu merujuk kepada Carta Pengubatan Pesakit sebelum administrasi
ubat dilakukan.
b. Jururawat Terlatih bertanggungjawab memastikan ubat-ubatan termasuk POMs diberikan
kepada pesakit seperti yang telah dipreskrib oleh Pegawai Perubatan.
c. Pastikan ubat dimakan oleh pesakit dan kemudian direkodkan ke dalam carta pengubatan
pesakit atau Medication Administration Record (MAR) seperti biasa.
6. PEMINDAHAN PESAKIT
6.1 Jururawat perlu memastikan ubat-ubatan POMs dihantar bersama pesakit yang akan
dipindahkan antara wad atau ke fasiliti yang lain bagi tujuan rawatan.
6.2 Maklumat POMs tersebut perlu dicatat di dalam borang pemindahan pesakit untuk makluman
wad atau fasiliti yang dirujuk.
6.3 Jururawat yang menerima pesakit tersebut di wad atau fasiliti yang baharu, perlu memastikan
ubat-ubatan POMs diterima mengikut SOP sedia ada.
6.4 Jururawat perlu memaklumkan kepada pihak Farmasi Pesakit Dalam jika berlaku pemindahan
pesakit mengikut prosedur di fasiliti masing-masing.
4
7. PEMBEKALAN POMs KETIKA DISCAJ
7.1 Senarai POMs perlu disemak oleh Pegawai Farmasi dengan preskripsi discaj bagi memastikan
sama ada POMs diteruskan atau tidak.
7.2 Bagi POMs yang akan diteruskan, penambahan kuantiti ubat-ubatan perlu dilakukan mengikut
durasi dalam preskripsi discaj.
7.3 Bagi POMs yang tidak diteruskan, ubat-ubatan tersebut akan diserahkan kepada Farmasi Pesakit
Dalam dan dimaklumkan kepada pesakit/waris.
7.4 Bagi memudahkan proses pembekalan ubat-ubatan discaj, preskripsi yang telah disemak perlu
ditandakan sebagai:
a. “POMs √” di preskripsi discaj bagi bekalan POMs yang mencukupi sehingga tarikh temu
janji berikutnya.
b. “POMs +” di preskripsi discaj bagi POMs yang perlu ditambah kuantiti.
7.5 Pembekalan ubat discaj adalah mengikut prosedur sedia ada dan mengikut praktis fasiliti masing-
masing.
8. PENGENDALIAN POMs DADAH BERBAHAYA/ BAHAN PSIKOTROPIK/ UBAT-
UBATAN YANG TIADA DALAM FASILITI ATAU FORMULARI FASILITI
8.1 POMs DADAH BERBAHAYA/ BAHAN PSIKOTROPIK
a. POMs di bawah kategori ubat ini hendaklah disimpan di dalam kabinet berkunci dan
dikendalikan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan prosedur pengendalian Bahan
Psikotropik 1989.
b. Semua ubatan ini perlu dimasukkan ke dalam satu beg plastik lutsinar dan dilabelkan.
c. Setiap penerimaan dan penggunaan ubat ini perlu direkodkan di dalam buku rekod khas yang
berasingan daripada buku rekod dadah berbahaya/bahan psikotropik wad tersebut.
8.2 POMS YANG TIADA DALAM FASILITI ATAU FORMULARI FASILITI
POMs yang tiada di fasiliti/ di dalam formulari fasiliti/ formulari KKM hendaklah disimpan
dan dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh fasiliti masing-masing.
5
9. POMs YANG TIDAK DIGUNAKAN
9.1 POMs yang telah diberhentikan terus/sementara (withhold) penggunaan semasa kemasukan wad
a. Perlu diikat (contoh dengan cabel tie) dan disimpan di dalam bekas khas yang berlabel.
b. POMs dari fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak digunakan semasa di wad akan
dipulangkan ke Farmasi Pesakit Dalam selepas pesakit discaj.
c. POMs yang dibeli sendiri akan disimpan sepanjang berada di dalam wad dan akan diberikan
semula kepada pesakit semasa discaj.
9.2 Ubatan yang rosak dan tamat tarikh luput
a. Ubatan yang rosak dan tamat tarikh luput perlu dihantar ke Farmasi Pesakit Dalam bagi
tujuan pelupusan.
b. POMs di bawah kategori ubat terkawal/ dadah berbahaya/ bahan psikotropik mesti
diserahkan kepada Jabatan Farmasi untuk dilupuskan mengikut Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan prosedur pengendalian Bahan Psikotropik 1989.
10. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KAKITANGAN YANG TERLIBAT
10.1 Pegawai Perubatan
a. Mempreskrib ubatan yang bersesuaian dengan keadaan semasa pesakit.
10.2 Pegawai Farmasi
a. Mengambil sejarah pengubatan pesakit menggunakan borang CP1.
b. Menyemak dan menyaring ubat-ubatan yang dibawa oleh pesakit serta kesesuaian untuk
digunakan semula di wad.
c. Menerangkan mengenai POMS kepada pesakit dan mendapatkan persetujuan daripada
pesakit secara lisan sekiranya perlu digunakan semasa pesakit berada di wad.
d. Menyemak dan menyaring preskripsi ubat-ubatan di wad.
e. Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad.
10.3 Jururawat Terlatih
a. Memaklumkan pesakit/waris agar membawa ubat-ubatan yang sedang diambil ke hospital
semasa menerima rawatan di wad.
b. Administrasi ubat-ubatan kepada pesakit seperi yang telah dipreskrib.
10.4 Penolong Pegawai Farmasi
a. Mengemaskini profil pesakit
b. Membuat pelabelan semula ke atas ubat POMs sekiranya perlu.
c. Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad.
6
d. Membuat penambahan kuantiti ubat-ubatan POMs semasa pesakit discaj.
7
APPENDIX A
KRITERIA POMS YANG BOLEH DIGUNA PAKAI
Secara am, semua ubat yang telah sampai tarikh luput tidak boleh digunakan semula
Ubat dalam pek asal perlu mempunyai:
o Label
o No kelompok ubat
o Tarikh luput
Kriteria Boleh digunakan Di larang guna
Ubat biji/“loose
tablet” di dalam
botol/sampul
Masih dalam pembungkusan asal lengkap dengan butiran ubat
Tiada maklumat lengkap
Ubat biji di
dalam “blister
pack”
Terdapat maklumat berikut pada blister pack:
Nama ubat
Kekuatan ubat
Tarikh luput
Nombor kelompok
Tiada nama ubat
Tiada kekuatan ubat
Tiada tarikh luput
Tiada nombor kelompok
Ubat krim dan
suppositori
Dalam pek asal
Belum tamat tempoh
Ubat dalam keadaan bersih
Telah sampai tarikh luput
Krim telah berubah warna
Pembungkusan kotor/rosak
Cecair Belum tamat tempoh/mempunyai tarikh buka
Penyimpanan yang betul
Di simpan dalam botol asal
Tiada/tamat tarikh luput
Cara penyimpanan tidak dapat dikenal pasti/ tidak betul
Fizikal ubat telah berubah
Insulin Dibekalkan/dibuka kurang dari 28 hari (jika tidak disimpan dalam peti sejuk)
Dibekalkan/dibuka lebih dari 28 hari (jika tidak disimpan dalam peti sejuk)
8
APPENDIX B
9
APPENDIX C
PATIENT’S OWN MEDICINES (POMs)
Label 1
Nama Pesakit
R/N
NAMA UBAT
Kuantiti Ubat
10
APPENDIX D
Prosedur Pembekalan ‘Patient’s Own Medications’ (POM)
BIL. TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1.0 Pesakit diberikan makluman mengenai POMs di wad PF
2.0 Ubatan akan dipreskrib oleh Pegawai Perubatan setelah melihat
kondisi pesakit
HO/MO
3.0 Dapatkan keizinan pesakit (secara lisan) untuk menggunakan
ubatan POMs sepanjang pesakit berada di dalam wad
PF
4.0 Sekiranya pesakit bersetuju:
i. Semua POMs perlu dinilai dari segi kesesuaian untuk digunakan semula oleh Pegawai Farmasi mengikut ubat yang dipreskrib oleh Pegawai Perubatan di wad.
ii. Senarai ubat yang telah disemak hendaklah direkodkan dalam borang CP1
iii. POMs dilabel dan disimpan di tempat yang ditetapkan
iv. Ubat POMs tersebut akan ditandakan/dicop dengan perkataan ‘POMs’ pada preskripsi.
PF
5.0 Pembekalan ubat di Farmasi IP :
i. Bagi preskripsi berlabel POMs, ubat tidak akan
dibekalkan oleh Farmasi Pesakit Dalam tetapi
menggunakan ubat POMs pesakit berkenaan di wad.
ii. Preskripsi tanpa label POMs akan dibekalkan mengikut
sistem bekalan ubat sedia ada.
iii. Ubat POMs akan diisi ke dalam laci pesakit di troli
pengubatan wad oleh Pegawai Farmasi/Penolong
Pegawai Farmasi.
PF /PPF
11
BIL. TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
iv. Sekiranya bekalan POMs kehabisan, Pegawai
Farmasi/Jururawat Terlatih perlu memaklumkan
Pegawai Perubatan untuk mempreskrib semula ubat
tersebut. Pembekalan ubat adalah mengikut sistem
bekalan ubat sedia ada.
v. Bagi ubat yang di luar formulari hospital, Pegawai
Perubatan hendaklah menilai keperluan ubat tersebut
dan rujuk kepada prosedur sedia ada di fasiliti masing-
masing.
PF/MO/JT
MO
6.0 Pemberian ubat kepada pesakit dalam wad :
i. Bagi ubat biasa, bekalan diperolehi daripada troli
pengubatan/ward stok
ii. Bagi ubat POMs, bekalan ubat diperolehi daripada laci
setiap pesakit di troli pengubatan.
iii. Jururawat Terlatih bertanggungjawab memastikan POMs
diberikan kepada pesakit.
iv. Pastikan ubat dimakan oleh pesakit dan kemudian
direkodkan ke dalam carta pengubatan pesakit atau
Medication Administration Record (MAR)
JT
7.0 Pesakit Discaj :
i. Senarai POMs perlu disemak oleh Pegawai Farmasi
dengan preskripsi discaj bagi memastikan sama ada
POMs diteruskan atau tidak.
ii. Bagi POMs yang akan diteruskan, penambahan kuantiti
ubat-ubatan perlu dilakukan mengikut durasi dalam
preskripsi discaj
iii. Bagi POMs yang tidak diteruskan, ubatan tersebut akan
diserahkan kepada Farmasi Pesakit Dalam dan
dimaklumkan kepada pesakit/waris.
iv. Bagi memudahkan proses pembekalan ubat-ubatan
discaj, preskripsi yang telah disemak perlu ditandakan
seperti berikut:
PF/PPF
12
BIL. TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
a. “POMs √” di preskripsi discaj bagi bekalan POMs yang
mencukupi sehingga tarikh temu janji berikutnya.
b. “POMs +” di preskripsi discaj bagi POMs yang perlu
ditambah kuantiti
v. Pembekalan ubat discaj adalah mengikut prosedur sedia
ada dan mengikut praktis fasiliti masing-masing.
PF/PPF
13
APPENDIX E
CARTA ALIR KERJA PEMBEKALAN ‘PATIENT’S OWN MEDICATIONS’ (POM)
MULA
TAMAT
Ubat-ubatan dipreskrib oleh doktor setelah menilai kondisi pesakit
Dapatkan keizinan pesakit untuk menggunakan POMs ketika di dalam wad
Ubat POMs ditandakan/dicop dengan perkataan ‘POMs’
pada preskripsi.
SETUJU TIDAK SETUJU
SESUAI DIGUNAKAN SEMULA TIDAK SESUAI
Pembekalan ubat di Farmasi Pesakit Dalam
Ubat dilupuskan di farmasi
i. POMs dinilai dinilai dari segi kesesuaian untuk digunakan semula berdasarkan ubat yang telah dipreskrib
ii. Senarai ubat yang telah disemak hendaklah direkodkan dalam borang CP1
Ubat dipulangkan semula kepada pesakit
Administrasi kepada pesakit dan direkodkan ke dalam carta pengubatan pesakit atau Medication Administration Record (MAR)
Preskriber
Tanggungjawab
Pegawai Farmasi
Pegawai Farmasi
Pegawai Farmasi
Pegawai Farmasi/Penolong
Pegawai Farmasi
Jururawat
14
APPENDIX F
Pembekalan ubat POMs ketika discaj
BIL. TINDAKAN TANGGUNG
JAWAB
1.0 Senarai POMs perlu disemak dengan preskripsi discaj bagi
memastikan sama ada POMs diteruskan atau tidak.
PF
2.0 Bagi memudahkan proses pembekalan ubat-ubatan discaj,
setiap POMs yang telah disemak perlu ditandakan sebagai:
I. “POMs √” di preskripsi discaj bagi bekalan POMs yang
mencukupi sehinggatarikh temu janji berikutnya,
sekiranya terdapat kuantiti berlebihan , baki yang
terlebih hendaklah diambil dan dimaklumkan kepada
pesakit.
II. “POMs +” di preskripsi discaj bagi POMs yang perlu
ditambah kuantiti
III. Bagi POMs yang tidak diteruskan, ubatan tersebut akan
diserahkan kepada Farmasi Pesakit Dalam dan
dimaklumkan kepada pesakit/waris
PF
3.0 Pembekalan ubat discaj adalah mengikut prosedur sedia ada dan
mengikut praktis fasiliti masing-masing.
PF/PPF
15
APPENDIX G
CARTA ALIR KERJA PEMBEKALAN UBAT POMS KETIKA DISCAJ
MULA
Senarai POMs perlu disemak dengan preskripsi discaj bagi memastikan sama ada POMs diteruskan atau tidak.
Ada permasalahan dan perlukan
intervensi?
Tandakan “POMs +” pada preskripsi
Ubat sedia ada di fasiliti? (bagi ubat yang
tiada dalam FUKKM dan Formulari hospital
TIADA
ADA
Buat pembetulan dan catit intervensi
ADA
Ubat POMs perlu ditambah kuantiti?
Tandakan “POMs√” pada preskripsi YA
TAMAT
TIADA
TIDAK
Tidak dibekalkan oleh fasiliti
Ubat dibekalkan
Tanggungjawab
Pegawai Farmasi
Pegawai Farmasi
Pegawai Farmasi/Penolong
Pegawai Farmasi
16
GLOSARI
1. Medication Administration Record (MAR) adalah rekod administrasi ubat-ubatan yang
diberikan kepada di dalam wad
2. Pegawai Farmasi merujuk kepada Fully Registered Pharmacist (FRP) atau Provisional
Registered Pharmacist (PRP).
3. Pegawai Perubatan merujuk kepada Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Perubatan atau
Pakar Perubatan.
4. Sistem bekalan ubat sedia ada
Ubat-ubatan pesakit akan disediakan di Farmasi Pesakit Dalam dengan menggunakan Unit Dose
System (UDS) dan stok wad. UDS merupakan sistem pembekalan ubat-ubatan wad dengan
menggunakan troli pengubatan (Medication Trolley) berlaci di mana ubat dibekal mengikut dos
setiap waktu dan waktu pengambilan setiap hari bagi setiap pesakit secara individu mengikut
Garispanduan Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam. Stok wad merupakan stok ubat yang
disimpan di wad yang mempunyai kekerapan penggunaan yang tinggi iaitu merangkumi floor
stock, after office hour (AOH) dan troli kecemasan.
Top Related