LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA
KEWANGAN LKIM TAHUN 2014
`
(YANG TELAH DI AUDIT)
1
SENARAI KANDUNGAN
Muka Surat MAKLUMAT KORPORAT
PERUTUSAN 3 MAKLUMAT KORPORAT LKIM Logo Korporat 7 Ahli Jemaah Lembaga LKIM 8 Ahli Jawatankuasa Audit LKIM 9 Ahli Jawatankuasa Perjawatan LKIM 10 Ahli Jawatankuasa Kenaikan Pangkat LKIM 11 Ahli Jawatankuasa Tatatertib LKIM 13 Ahli Jawatankuasa Pelesenan LKIM 14 Pengurusan Kanan- Ibupejabat 15 Pengurusan Kanan- Negeri 16 Alamat Pejabat-Pejabat LKIM 17 Struktur Organisasi 18 LATAR BELAKANG Penubuhan dan Objektif 19 Fungsi 20 Piagam Pelanggan 21 Aktiviti-Aktiviti Utama LKIM 22 KALENDAR MESYUARAT JEMAAH LEMBAGA LKIM 23 KALENDAR PERISTIWA 24 LAPORAN PERUNTUKAN KERAJAAN 29
2
LAPORAN PENCAPAIAN AKTIVITI UTAMA LKIM Pembangunan Masyarakat Dan Institusi Nelayan 41 Program Insentif Kepada Kumpulan Sasar 56 Pembangunan Pemasaran 65 Pembangunan Industri Asas Tani 88 Pembangunan Infrastruktur 97 Kawalselia Pendaratan Ikan 109 Perancangan Dan Pembangunan 120 Pelesenan 123 Penguatkuasaan 125 Kejuruteraan 130 Komunikasi Korporat 135 Khidmat Pengurusan 136 Latihan 145 Pentadbiran 147 Pengurusan Maklumat 150 Audit Dalam 153 Undang-Undang 156 Integriti 162
PENYATA KEWANGAN Penyata Akaun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Yang
Telah Diaudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2014
163
3
PERUTUSAN YB PENGERUSI LKIM
Tidak dinafikan bahawa sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam
pembangunan ekonomi negara. Sektor ini telah menyumbang sebanyak 2.4 peratus
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang RMK -10. Tidak terkecuali
sub-sektor perikanan turut menyumbang kepada angka berkenaan.
Selaras dengan usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk
meningkatkan daya pengeluaran hasil-hasil pertanian negara dengan mutu yang
terjamin, LKIM turut mengorak langkah ke arah tersebut. Antara program utama yang
dilaksanakan termasuklah program Pembangunan Pemasaran, Pembangunan
Infrastruktur, Pembangunan Masyarakat Dan Institusi Nelayan, Pembangunan Industri
Asas Tani dan Pengurusan Pendaftar Persatuan Nelayan yang mampan.
Dalam usaha itu, LKIM telah dan sedang memperkemaskan dan menyusun program
pembasmian kemiskinan masyarakat nelayan, bantuan modal dan peralatan projek
ekonomi kepada nelayan di samping dana nelayan dan usahawan perikanan. Ianya
telah menjana kepada usaha transformasi nelayan tradisi kepada nelayan moden.
Selain itu, LKIM juga telah berjaya menaiktaraf beberapa pelabuhan dan kompleks
pendaratan LKIM bagi memenuhi piawaian antarabangsa. LKIM juga telah berjaya
menaiktaraf jeti pendaratan ikan LKIM dan diberi latihan dan kursus peningkatan
kapasiti nelayan.
Bagi menyokong usaha murni MOA untuk memastikan rakyat mendapat protein
daripada ikan segar dan hasil-hasil perikanan bermutu, LKIM juga telah membina
beberapa pusat pengumpulan dan pemprosesan ikan, dan ini termasuk ikan
akuakultur.
Lebih menyerlah apabila LKIM melancarkan jihad terhadap manipulasi orang tengah
yang mencengkam nelayan pada 9 Februari 2014 di Kuantan Pahang yang dikenali
4
Jihad Memerangi Orang Tengah di Sub-Sektor Perikanan. Ini telah mendorong
Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Persatuan Nelayan Negeri (PNN) dan
Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menceburi bidang pemasaran ikan
secara serius dan konsisten.
Sesungguhnya usaha murni berkenaan akan diteruskan dalam Perancangan Malaysia
Ke Sebelas (RMK-11) yang menuntut LKIM untuk menyediakan prasarana nelayan
seperti perumahan yang lebih tersusun serta keceriaan kampung-kampung nelayan.
Ini dapat menjadikan masyarakat nelayan yang maju dan berdaya saing dengan
menggunakan teknologi moden. Ianya juga adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan
melalui Modal Baru Ekonomi (MEB) yang berasaskan transformasi.
Sekian, wassalam
(DATO HAJI IRMOHIZAM BIN HAJI IBRAHIM)
5
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
Bersyukur kita kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya telah dapat kita melalui
pelbagai pengalaman di dalam kita melaksanakan program atau projek dalam sub-
sektor perikanan kepada para nelayan sepanjang tahun 2014.
Sesungguhnya dalam tempoh itu, banyak program dan projek telah dapat dijayakan
hasil kerjasama erat dan penyertaan golongan sasaran (nelayan). Kita amat
berterima kasih di atas tindak balas positif oleh para nelayan terhadap usaha kita
dalam meningkatkan pendapatan mereka.
Pada tahun 2014, kita telah mendapat kelulusan penstrukturan semula organisasi kita
daripada Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Penstrukturan semula ini, telah
dan sedang dilaksanakan di semua peringkat jawatan. Proses pengiklanan jawatan
kosong, temuduga dan lantikan sedang dibuat secara berperingkat sepanjang tempoh
2014. Sehingga kini, LKIM telah mengisi jawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (3),
Kumpulan Pengurusan dan Profesional (168), Kumpulan Sokongan I (1339) dan
kumpulan Sokongan II (118).
Selain itu, LKIM juga berjaya melaksanakan pelbagai projek dan program yang
membelanjakan peruntukan sebanyak RM 134,350,000.00 bagi Kumpulan Wang
Mengurus (KWM) dan RM 26,966,463.00 bagi Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).
Selain itu juga, LKIM telah berjaya melaksanakan pembayaran IHTN berjumlah RM
90,225,183.00 pada tahun 2014.
Sehingga Disember 2014 LKIM telah menyumbangkan Elaun Sara Hidup kepada
51,461 orang nelayan di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak
RM123,506,400.00 dengan agihan RM 200/nelayan.
Menyentuh mengenai program Jihad Memerangi Orang Tengah (JMOT) di sub-sektor
Perikanan, LKIM telah berjaya membina 50 buah pasar nelayan pada tahun 2014.
6
Pada masa yang sama LKIM sedang menggerakkan Persatuan-Persatuan Nelayan
Kawasan (PNK), Persatuan Nelayan Negeri (PNN) dan Persatuan Nelayan
Kebangsaan (NEKMAT) untuk menjual ikan di pasar-pasar tani dan sehingga kini
sebanyak 284 Pasar Tani telah disertai dan akan meneruskan agenda ini pada masa
akan datang.
Berpaksikan kepada iltizam untuk memberikan khidmat terbaik kepada nelayan dan
pengguna, LKIM turut terlibat di dalam program Jimat Belanja Dapur dengan
memberikan galakan kepada PNK, PNN dan NEKMAT menjual ikan pada harga yang
seminima mungkin tanpa melibatkan kos operasi.
Sesungguhnya LKIM akan terus menongkah arus dan gelombang bagi
membangunkan para nelayan di Malaysia khususnya untuk mengajak orang muda
menceburi bidang 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) yang diketahui menjanjikan
pulangan yang lumayan.
Sekian.
(ABDUL RAHMAN BIN HAJI ELLIS) Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
7
LOGO KORPORAT
Logo di atas melambangkan identiti satu Pertubuhan yang terlibat secara langsung
dalam perusahaan perikanan.
Bentuk kepala panah menggambarkan usaha positif ke arah memajukan perusahaan
perikanan dan meninggikan taraf hidup nelayan dengan menekankan aktiviti
menangkap, menternak, memproses dan memasarkan ikan. Warna biru adalah warna
laut dan perusahaan perikanan.
Bulatan yang melingkungi kepala panah, ikan dan jaring menggambarkan penyatuan
tenaga dalam usaha membangun sektor perikanan.
LKIM
8
AHLI JEMAAH LEMBAGA LKIM
PENGERUSI
YB. DATO HAJI IRMOHIZAM BIN HAJI IBRAHIM AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR, SELANGOR
AHLI-AHLI
YH DATO HAJI MOHAD KHAZIN BIN HAMZAH (sehingga 27/8/2014) ENCIK ABDUL RAHMAN BIN HAJI ELLIS (dari 15/10/2014)
KETUA PENGARAH LKIM
YBHG. DATO MOHD HASHIM BIN ABDULLAH(sehingga 31/8/2014) Y.BHG. DATO ARIF BIN AB.RAHMAN(dari 15/10/2014)
WAKIL KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
PUAN CHE WAH BINTI IBRAHIM WAKIL UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI
ENCIK WAN OMAR BIN WAN AB. GHANI(sehingga 30/6/2014) ENCIK RAZALI BIN MOHAMAD (dari 1/7/2014) WAKIL PERBENDAHARAAN MALAYSIA
ENCIK ROHIZAD BIN RIDZWAN WAKIL LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)
TUAN HAJI JOHARI BIN RAMLI WAKIL JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
YBHG. PROF. TAN SRI DATUK DR. NIK MUSTAPHA BIN R. ABDULLAH (dari 15/4/2014)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
YH DATO HAJI MOHAMAD BIN DOLMAT PENGERUSI PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN (NEKMAT)
YB. DATUK JAMES RATIB AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SUGUT, SABAH
YH. DATUK HAJI WAN ADNAN BIN WAN MAMAT KETUA UMNO BAHAGIAN KUANTAN
YBHG. DATO HAJI DIN BIN ADAM KETUA UMNO BAHAGIAN DUNGUN
SETIAUSAHA JEMAAH LEMBAGA
TUAN HAJI MOHAMAD NORPI BIN ABU HASSAN PENGARAH BAHAGIAN PERANCANG DAN HAL EHWAL KORPORAT
9
AHLI JAWATANKUASA AUDIT LKIM
PENGERUSI
PUAN CHE WAH BINTI IBRAHIM WAKIL UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI
AHLI- AHLI ENCIK WAN OMAR BIN WAN AB. GHANI WAKIL PERBENDAHARAAN MALAYSIA
ENCIK RAZALI BIN MOHAMAD
WAKIL PERBENDAHARAAN MALAYSIA
ENCIK ROHIZAD BIN RIDZWAN
WAKIL LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)
TUAN HAJI JOHARI BIN RAMLI
WAKIL JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
TUAN HAJI MOHAMAD BIN DOLMAT
PENGERUSI PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN (NEKMAT)
JURUAUDIT LEMBAGA
TETUAN AFRIZAN TARMILI KHAIRUL AZHAR
NO.2, JALAN RAMPAI NIAGA 2,
RAMPAI BUSINESS PARK,
53300 KUALA LUMPUR.
Top Related