UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
DALAM TAJUK UNGKAPAN ALGEBRA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya: NURULHUDA BINTI ABU BAKAR (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO. 21 JALAN MAJU 3. TAMAN MAJU. 83000 BATU PAHAT JOHOR.
PN. MARLINA BINTI ALI
Nama Penyelia
Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) ”
Tandangan :
Nama Penyelia : PUAN MARLINA BT ALI
Tarikh : APRIL 2008
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM TAJUK UNGKAPAN ALGEBRA
NURULHUDA BINTI ABU BAKAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) ”
Tandangan :
Nama Penulis : NURULHUDA BINTI ABU BAKAR
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tercinta,
Abu Bakar Bin Katar
Dan
Nor Hapipah Binti Omar
Pengorbanan tidak terhingga banyaknya hingga saya menjadi insan yang berguna dan
berjaya dalam hidup serta sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya.
Tidak lupa juga buat adik-adik yang sentiasa menjadi teman untuk berbicara dan
berkongsi masalah.
Tidak ketinggalan juga buat insan yang teristimewa dalam hidup saya,
Muhamad Taufik Bin Mohamed Ali
yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dalam mencapai cita-cita murni untuk
kesejahteraan masa depan bersama.
Serta rakan-rakan taulan yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan terutamanya
di saat-saat saya memerlukan.
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua di atas segala-galanya. Hanya Allah
S.W.T sahaja yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta selawat ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat
menyempurnakan tesis ini mengikut perangkaan yang telah dibuat.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada
Pn. Marlina Binti Ali
selaku pensyarah pembimbing projek ini di atas tunjuk ajar, panduan dan kerjasama
yang sepenuhnya telah diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada :
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ),
Penolong kanan dan guru-guru serta pelajar-pelajar Sek. Men. Keb. Kolam Air,
Batu Pahat, Johor yang terlibat dan membantu secara langsung dalam kajian ini.
Tidak lupa juga untuk rakan-rakan seperjuangan dan semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung sehingga berakhirnya kajian ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar
terhadap tajuk di kalangan pelajar tingkatan empat Sek. Men. Keb. Kolam Air, Batu
Pahat, Johor Darul Takzim dalam tajuk Ungkapan Algebra. Seramai 145 orang
pelajar yang terdiri daripada 62 orang pelajar lelaki dan 83 orang pelajar perempuan
terlibat dalam kajian ini. Dalam konteks kajian ini, terdapat lima subtopik yang diuji
iaitu memudahkan ungkapan algebra, mentaksir ungkapan algebra dengan menukar
ganti abjad kepada nombor, pendaraban dan pembahagian ungkapan algebra dengan
nombor, penambahan dan penolakan dua ungkapan algebra dan permudahkan
ungkapan algebra. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Diagnostik Ungkapan
Algebra. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = .842. Stastistik deskriptif
seperti min dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t dan korelasi pearson-
r telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap
kefahaman keseluruhan pelajar dalam tajuk Ungkapan Algebra adalah pada tahap
sederhana. Di samping itu, keputusan menunjukkan tahap kefahaman dalam tajuk
Ungkapan Algebra pelajar tingkatan empat merentas jantina adalah tidak bererti pada
aras .05. Seterusnya keputusan kajian ini menunjukkan terdapat pertalian positif yang
rendah di antara tahap kefahaman dalam tajuk Ungkapan Algebra dengan minat
pelajar dalam matematik pada aras .01.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the level of understanding of form
four student’s from Sek. Men. Keb. Kolam Air, Johor Darul Takzim in Algebraic
Expression. This research involves 145 students from both genders which consist of
62 males and 83 females. This research was carried on five subtopics which are
simplify algebraic expression, evaluate algebraic expression by compute alphabets
to numbers, multiplication and division algebraic expression with numbers, addition
and subtraction two terms algebraic expression and simplify algebraic expression.
Algebraic Expression Diagnostic Test is used as the instrument for this study. The
reliability value of this research is α = .842. Data was analysed using descriptive
statistics, which are mean and percentage while for inference statistics are t-test and
Pearson-r correlation. The outcome of the study shows that the students’
understanding in the Algebraic Expressions topic is at moderate level. This research
also shows that no significance difference across gender at alpha level .05. Further,
the result shows low positive correlation between students’ understanding of
Algebraic Expressions and interest in mathematics at alpha level .01.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.1.1 Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah
viii
1.1.2 Konsep Asas Yang Lemah
1.2 Pernyataan masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kerangka Konsep Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 9
1.6.2 Kepentingan Kepada Guru 10
1.6.3 Kepentingan Kepada KPM 10
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Takrifan Operasi 11
1.9 Rumusan Bab 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 14
2.1 Definisi Kefahaman 15
2.2 Tokoh-Tokoh Dalam Ungkapan algebra 16
2.3 Teori-Teori Yang Berkaitan Tentang Kefahaman 19
2.4 Tahap Kefahaman Merentas Jantina 21
2.5 Kajian Diagnosis 22
2.6 Kesilapan-Kesilapan Dalam Ungkapan Algebra 23
2.7 Punca- Punca Kesukaran 28
2.7.1 Aspek Pedagogi 28 2.7.1.1 Kadar Pengajaran 28
2.7.1.2 Penekanan kepada Kemahiran atau
Algorithm 29
ix
2.7.1.3 Pengajaran yang Tidak Mengaitkan
Konsep-konsep Matematik 30
2.7.2 Aspek Kognitif 31
2.7.2.1 Kelemahan dalam Menguasai Pengetahuan
Prasyarat 31
2.7.2.2 Kesukaran Bahasa 31
2.7.2.3 Penggunaan Pengitlakan yang Melampau 32
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 33
3.1 Reka Bentuk kajian 33
3.2 Sampel kajian 34
3.3 Alat Kajian 34
3.4 Tatacara kajian 36
3.5 Kajian Rintis 37
3.5.1 Kesahan 38
3.5.2 Kebolehpercayaan 38
3.6 Analisis Data 39
3.6.1 Analisis Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan
4 Dalam Menyelesaikan masalah Ungkapan Algebra 39
3.6.2 Analisis Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4
Merentas Jantina 40
3.6.3 Analisis Pertalian Antara Minat Dengan Tahap
Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 Dalam Tajuk
Ungkapan Algebra 40
3.7 Andaian Kajian 42
x
3.8 Batasan Kajian 43
3.9 Rumusan 43
BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 45
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Maklumat Latar Belakang
Pelajar 45
4.2 Analisis Data 47
4.2.1 Tahap Kefahaman Pelajar Dalam Ungkapan Algebra 48
4.2.2 Perbezaan Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4
Merentas Jantina Dan Tahap Pencapaian Pelajar
Dalam Ungkapan Algebra 49
4.2.3 Pertalian Di Antara Minat Dan Tahap Kefahaman
Pelajar Tingkatan 4 Dalam Ungkapan Algebra 50
4.3 Rumusan 50
BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 52
5.1 Ringkasan 52
5.2 Kesimpulan Kajian 53
5.3 Perbincangan 54
5.3.1 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 Dalam Tajuk
Ungkapan Algebra 54
xi
5.3.2 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 Dalam Tajuk
Ungkapan Algebra Merentas Jantina 55
5.3.3 Pertalian Di Antara Minat Dan Tahap Kefahaman
Pelajar Tingkatan 4 Dalam Ungkapan Algebra 57
5.4 Cadangan 58
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 58
5.4.2 Cadangan Kepada Guru 60
5.4.3 Cadangan Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 62
5.5 Cadangan Kajian Masa Depan 62
RUJUKAN 65
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Subtopik dan Bahagian-Bahagian Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra 35
3.2 Tahap Kefahaman Ungkapan Algebra dan Markah Keseluruhan Yang
Diperoleh 40
3.3 Jadual Kekuatan 40
3.4 Kaedah Statistik Kajian 42
4.1 Taburan responden mengikut jantina 45
4.2 Taburan responden mengikut minat 46
4.3 Taburan responden mengikut bangsa 46
4.4 Taburan responden mengikut Pencapaian Matematik Semasa PMR 47
4.5 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat dalam Menyelesaikan
Masalah Ungkapan Algebra 48
4.6 Ujian-t Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina
dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam Ungkapan Algebra 49
4.7 Korelasi Pearson-r Minat dan Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 dalam
Ungkapan Algebra 50
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKASURAT
1.1 Kerangka Konsep Kajian 8
2.1 Penyempurnaan Kuasa Dua Al-Khawarizmi 18
3.1 Tatacara kajian 36
xiv
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
KBSM - Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UDUA - Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia
B Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran
Johor
C Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan
D Soal Selidik
E Pengesahan Soal Selidik
F Pengesahan Pakar Bidang
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Wawasan 2020 adalah usaha kerajaan Malaysia untuk mengajak seluruh rakyat
memandang masa depan bagi mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Bagi mencapai usaha ini, negara memerlukan rakyat yang mempunyai pengetahuan dan
kepakaran tinggi dalam sains dan teknologi. Oleh yang demikian, ini telah menimbulkan
cabaran kepada bidang pendidikan di negara kita untuk melahirkan generasi yang
berketerampilan dan mampu menyahut cabaran bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Sehubungan dengan itu, pendidikan matematik telah mendapat perhatian yang
serius dalam penggubalan kurikulum sekolah semenjak sekian lama. Ini dapat dilihat
melalui matlamat pendidikan matematik seperti yang dinyatakan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, PPK (1989) :
Matlamat matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran
mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta
kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seorang individu
dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan
bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
2
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), matematik menjadi
salah satu mata pelajaran teras yang perlu dipelajari. Ia adalah merupakan lanjutan
daripada perhatian serius yang diberikan sejak perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) lagi. Menurut Abd. Fatah (1994), di peringkat sekolah rendah iaitu dari
darjah 1 hingga darjah 6, murid diajar dalam matematik asas manakala pelajar sekolah
menengah iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 lebih menekankan kepada kefahaman
penggunaan konsep dan penyelesaian masalah. Manakala di pusat pengajian tinggi pula
adalah lanjutan daripada apa yang diajar di sekolah menengah dan dikaitkan dengan
bidang tertentu.
Menurut Sukatan Pelajaran Matematik KBSM (2000), proses pengajaran dan
pembelajaran matematik menegaskan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran
dalam Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. Ketiga-tiga ini merupakan bidang
yang saling berkait. Ini bermakna pelajar perlu menguasai sesuatu topik sebelum
mempelajari topik seterusnya. Oleh itu, pemahaman konsep dan kemahiran matematik
adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Namun, kelemahan pelajar dalam mata
pelajaran matematik terutama dalam menguasai konsep dan kemahiran sering kali
mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan pendidik malah pihak-pihak yang terlibat
dalam bidang pendidikan sama ada secara langsung atau tidak langsung termasuklah
para penyelidik yang prihatin dengan masalah ini.
Ini dapat diperkukuhkan lagi dalam laporan analisis yang dibuat oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, prestasi matematik SPM (1993)
menunjukkan masih terdapat segolongan besar pelajar yang belum dapat menguasai
konsep dan kemahiran asas matematik. Kini Kementerian Pendidikan Malaysia telah
ditukar menjadi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebahagian besar pelajar kita
mengalami kesukaran dalam melakukan operasi asas matematik dan sering melakukan
kesilapan ketika menyelesaikan masalah matematik. Kesukaran dan kesilapan yang
sering berlaku mungkin berpunca dari pelbagai faktor terutamanya tahap kefahaman
pelajar yang masih lemah dalam matematik.
3
Masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya
yang terlibat dalam bidang pendidikan. Kesedaran perlu ada untuk memastikan pelajar-
pelajar menguasai konsep asas matematik dengan cemerlang dan tahap kefahaman
pelajar dalam matematik akan meningkat. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan
prestasi dalam peperiksaan terutama dalam SPM. Di samping itu, pelajar-pelajar ini
akan menjadi generasi yang dapat merealisasikan wawasan 2020.
Oleh itu, penyelidik berpendapat satu kajian harus dijalankan bertujuan untuk
mengenal pasti tahap kefahaman dalam tajuk ungkapan algebra.
1.1 Latar Belakang Masalah
Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan matematik adalah amat penting bagi
seseorang dalam mengendalikan dunia ledakan teknologi yang semakin kompleks dan
sentiasa berubah-ubah. Namun demikian, kemerosotan pencapaian para pelajar dalam
mata pelajaran matematik merupakan suatu permasalahan yang sering dibincangkan dari
masa ke semasa yang terdapat di akhbar, majalah, radio dan televisyen tempatan. Setiap
tahun apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan mata pelajaran matematik
sentiasa menjadi mata pelajaran yang mempunyai peratusan pencapaian yang rendah
(Laporan Lembaga Peperiksaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun
1992) .
Terdapat sebahagian besar pelajar di sekolah menengah mempunyai tahap
kefahaman yang rendah. Fenomena ini seharusnya diambil berat oleh guru-guru yang
mengajar matematik. Ini kerana pengajaran matematik di sekolah menengah adalah
dalam tatatingkat (Aida Suraya, 1991). Sebagai contoh, tajuk Ungkapan Algebra (I)
akan dipelajari pelajar semasa tingkatan satu. Semasa di tingkatan dua, pelajar akan
mempelajari tajuk Ungkapan Algebra (II) pula yang mana dalam tajuk ini isi
pelajarannya adalah lebih mendalam sedikit berbanding tajuk yang dipelajari
sebelumnya. Sekiranya pelajar tidak dapat memahami sepenuhnya Ungkapan Algebra
4
(I), ini akan membawa masalah yang besar dalam mempelajari Ungkapan Algebra (II).
Azrul Fahmi (2007) juga menyatakan ungkapan algebra merupakan salah satu tajuk
dalam matematik yang sering pelajar melakukan kesilapan.
Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai konsep asas matematik di sekolah
rendah, pelajar akan menghadapi masalah dalam mempelajari matematik di peringkat
sekolah menengah seterusnya di peringkat pengajian tinggi, (Wong Khoon Yong, 1987).
Antara faktor-faktor yang menyebabkan tahap kefahaman pelajar tingkatan
empat adalah rendah dalam tajuk ungkapan algebra ialah penguasaan Bahasa Inggeris
yang lemah, konsep asas yang lemah, dan ungkapan algebra yang abstrak
1.1.1 Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah
Menurut Tengku Razaleigh (2004) banyak kajian oleh pelbagai pihak berhubung
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
telah mendapati banyak masalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar tersebut.
Jumrang (2004) menyatakan jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan
pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa
maka pastinya ia akan membawa kepada masalah pembelajaran matematik kepada
pelajar tersebut.
Kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris terhadap
pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang sederhana (Farahasnida, 2004). Hasil
kajian mendapati kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Yen Yeong, 2004). Laborde (1990) telah
membuktikan bahawa kesukaran seseorang mempelajari matematik sekolah samalah
laluannya dengan seseorang mempelajari bahasa asing baginya dan oleh itu, seseorang
yang mempelajari matematik menerusi perantaraan bahasa asing akan mengalami
kesukaran yang berganda.
5
Menurut dapatan kajian Mohd Nasir (2004), guru-guru tidak yakin untuk
mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris apabila kurikulum ini berkuatkuasa
memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran sebelum ini adalah menggunakan
Bahasa Melayu sepenuhnya.
Menurut Aziz (2003), dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
pelajar sekolah luar bandar menghadapi masalah pembelajaran matematik dan
menyatakan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amat sukar untuk
diikuti. Hal ini disebabkan kurangnya keupayaan pelajar untuk memahami permasalahan
metematik tersebut dan penggunaan bahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
1.1.2 Konsep Asas Yang Lemah
Pelajar perlu menguasai konsep asas ungkapan algebra yang telah diajar pada
peringkat menengah rendah. Ini kerana, dengan menguasai konsep asas ia akan
meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam menghadapi masalah ungkapan algebra di
peringkat menengah atas. Oleh yang demikian, kini perubahan perspektif pengajaran dan
pembelajaran di sekolah yang menekankan kepada memahamkan konsep terlebih dahulu
di kalangan pelajar cuba dijalankan di mana pelajar membina sendiri pengetahuan
berasaskan pengalaman lalu. Fahaman ini juga mengandaikan bahawa pelajar sentiasa
bersifat aktif, bermatlamat tertentu dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya
(Von Glaserfeld, 1987).
Kajian persepsi pelajar dewasa tentang matematik menunjukkan bahawa mereka
mengalami kesukaran memahami konsep selain masalah lain (Hazimah dan Aziz, 1997).
Saripah Latipah (2000) mendapati pelajar tidak menguasai konsep asas ungkapan
algebra dengan baik dan ini menyebabkan berlakunya salah konsep dalam operasi asas
algebra. Chan Siew Lian (1999) pula menyatakan dalam kajiannya ke atas pelajar aliran
6
vokasional mendapati tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap tajuk operasi
algebra berada pada tahap yang rendah dan ini menyebabkan berlakunya kesilapan salah
konsep.
1.2 Pernyataan masalah
Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan di bahagian latar belakang
masalah, dengan itu penyelidik ingin menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap
kefahaman pelajar tingkatan empat di Sek. Men. Keb. Kolam Air, Batu Pahat dalam
tajuk Ungkapan Algebra.
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk
beberapa objektif kajian :
1. Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam
menyelesaikan masalah ungkapan algebra.
2. Membandingkan tahap kefahaman pelajar tingkatan empat merentas jantina
dalam tajuk ungkapan algebra.
3. Menentukan pertalian antara minat dengan tahap kefahaman pelajar tingkatan
empat dalam tajuk ungkapan algebra.
7
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut :
1. Apakah tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam menyelesaikan
masalah ungkapan algebra?
2. Apakah tahap kefahaman pelajar tingkatan empat merentas jantina dalam
tajuk ungkapan algebra?
3. Apakah pertalian antara minat dengan tahap kefahaman pelajar tingkatan
empat dalam tajuk ungkapan algebra?
Top Related