1
TAJUK
KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI:
PENGALAMAN DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
Oleh
Dr Bharuddin bin Che Pa1
Pendahuluan
Siasah syar‘iyyah merupakan satu cabang ilmu dalam bidang pengajian Islam yang kini
lebih dikenali sebagai Ilmu Sains Politik Islam. Aspek utama yang menjadi teras kepada ilmu
siasah syar‘iyyah ialah mempelajari dan mengkaji tentang kaedah mengendalikan urusan
pemerintahan negara mengikut landasan syara‘ berpandukan al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijtihad
yang boleh menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Di peringkat awal ilmu siasah
syar‘iyyah tidak dianggap sebagai satu bidang khusus dalam pendidikan Islam, sebaliknya ia
hanya dianggap sebagai salah satu dari sub bidang yang dibincangkan dalam pengajian ilmu fiqh
sahaja. Sebaliknya hari ini siasah syar`iyyah telah berkembang menjadi suatu disiplin ilmu yang
wujud secara terpisah. Dalam sejarah perkembangan ilmu, para ulama dan sarjana politik Islam
telah memperkenalkan ilmu siasah syar`iyyah sesuai dengan perkembangan dan keperluan di
zaman mereka. Di zaman awal Islam mereka membicarakan siasah syar`iyyah yang tulin
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah tanpa terpengaruh dengan orientasi politik luaran. Contoh
ulama sedemikian ialah seperti al-Mawardi, Abu Ya`la, al-Imam al-Juwayni, Abu Yusuf, al-
Ghazali dan lain-lain. Ada juga ulama yang menghuraikan siasah syar`iyyah dalam bentuk
pendekatan falsafah seperti al-Farabi, al-Kindi dan Ibn Sina. Di samping itu terdapat juga
perbahasan ilmu tersebut dalam bentuk realiti pentadbiran semasa yang berupa nasihat kepada
raja dan para pemimpin semasa. Dalam sistem pendidikan hari ini ilmu siasah syar`iyyah lebih
dikenali dengan istilah ilmu sains politik Islam atau Islamic political Sciences.
Konsep kenegaraan yang terdapat dalam siasah syar‘iyyah telah diperkenalkan dalam
bentuk perbandingan melalui kurikulum tersendiri yang di ajar di Jabatan Siasah Syar`iyyah
2
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (selepas ini akan disebut APIUM). Kertas kerja ini
bertujuan untuk membincangkan perkembangan kurikulum Sains Politik Islam yang terdapat di
beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia dan dinegara-negara lain. Bidang Sains Politik
Islam merupakan suatu bidang dalam pengajian Islam yang ditawarkan di APIUM sejak Akademi
tersebut ditubuhkan sehinggalah hari ini. Oleh itu huraian kertas kerja ini akan dibuat berdasarkan
pengalaman semakan kurikulum Sains Politik Islam yang dilakukan di Jabatan Siasah Syar‘iyyah
Akademi Pengajian Islam pada tahun 2009. Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di
Jabatan siasah syar`iyyah pada asasnya menyediakan dua bidang utama dalam Sains Politik Islam
iaitu bidang politik dan pentadbiran. Kurikulum dalam bidang politik termasuklah perbincangan
tentang; Pengantar Sains Politik, Kaedah-Kaedah Siasah Syar‘Iyyah, Sejarah Perkembangan
Politik Islam, Sejarah Pemikiran Politik Moden, Institusi politik Islam, Perhubungan Antarabangsa
Islam, Kepimpinan Islam, Etika Ahli Politik Dalam Islam, Pemikiran Politik Islam Perbandingan
serta Islam dan Idologi Moden. Manakala kurikulum dalam bidang pentadbiran pula merangkumi
beberapa bidang seperti; Pentadbiran dan Dasar Awam Malaysia, Sistem Pentadbiran Islam,
Pentadbiran Organisasi Awam Islam, Pentadbiran Politik dan Masyarakat Malaysia, Pengurusan
Kualiti Perbandingan, Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi, Etika Penjawat Awam Dalam Islam
dan lain-lain.
Pengertian Siasah Dari Segi Bahasa
Perkataan siasah syar‘iyyah berasal dari dua perkataan bahasa Arab iaitu al-Siasah dan al-
Syar‘iyyah. Kedua-dua perkataan tersebut perlu diperjelaskan sebagai kunci bagi memahami
konsep siasah syar‘iyyah yang sebenar. Perbincangan akan dimulakan dengan pengertiannya dari
segi bahasa. Kemudian pengertian kedua-dua perkataan tersebut secara gandingan akan
diperjelaskan pula dari segi istilah. Mengikut Kamus Arab, perkataan siasah adalah kata terbitan
(masdar) daripada kata dasar sasa – yasusu - siasatan. Apabila disebut sasa al-amr, siyasatan ia
bermaksud mentadbir dan mengendalikan sesuatu urusan, pekerjaan dan sebagainya dengan baik.2
Menurut Ibn Manzur kata dasarnya sasa atau sawasa adalah jelas menunjukkan perkataan siasah
adalah istilah yang berasal dari perkataan arab. Sebab itu beliau menolak pandangan yang
mengatakan perkataan siasah berasal dari bahasa Farsi atau Monghul.3 Dalam penggunaan istilah
bahasa Arab perkataan siasah memberi maksud yang sangat umum termasuklah mengendalikan
urusan yang berkaitan dengan manusia, haiwan dan pelbagai urusan yang lain.4 Jika disebut sasa
al-dabbah misalnya, ia memberi maksud seseorang itu menjaga atau memelihara binatang. Selain
3
itu siasah juga diertikan sebagai arahan dan larangan serta tugas mendidik yang menjadi
sebahagian dari usaha mentadbir.5
Perkataan siasah boleh digunakan dalam pelbagai aspek, namun demikian semua
maksudnya tidak terkeluar dari maksud asalnya iaitu melakukan sesuatu tindakan yang
menguntungkan atau mendatangkan kebaikan.6 Keuntungan dan kebaikan tersebut diperolehi
dengan pelbagai cara seperti dengan cara memimpin, merancang, mengurus, mentadbir,
mengendalikan urusan, mejaga keperluan, membantu dan sebagainya.7 Oleh itu siasah adalah satu
istilah yang sangat berkaitan dengan urusan kerajaan dan rakyat, skopnya ialah bagaimana pihak
kerajaan mengendalikan hal-ehwal kenegaraan yang memberi kebaikan dan keuntungan kepada
rakyat dan masyarakat.
Pengertian Syar‘iyyah Dari Segi Bahasa
Perkataan Syar‘iyyah diambil dari lafaz syara‘( شرع ). Ia sebagai menjelaskan atau
membuktikan mengenai sesuatu yang disandarkan kepada syara‘ dan menerimanya sebagai sesuatu
yang sah. Secara literalnya, perkataan syar‘iyyah memberi maksud tentang sesuatu yang sah di sisi
syarak.8 Namun dari segi bahasanya ia bermaksud jalan yang lurus dan tempat laluan air. Tempat
laluan air itulah yang disebut al-Syar’. Selain itu ia juga disamakan dengan perkataan al-Din dan
al-Millah9.
Di dalam pengajian Ilmu Fiqh para Fuqaha mentakrifkan al-Syariah sebagai hukum-hakam
yang diwahyukan oleh Allah kepada para Nabi untuk dibawakan kepada sekalian hambaNya.
Dinamakan hukum-hukum tersebut syariah kerana ia suatu ajaran yang lurus dan disamakan
kedudukannya seperti tempat aliran air kerana Syariah Islam menghidupkan jiwa dan akal manusia
sebagimana air menghidupkan tubuh badan.10
Dari segi kaedah Bahasa Arab perkataan syar‘iyyah menunjukkan sesuatu yang
disandarkan (dinisbahkan) kepada syarak dan syarak menerimanya sebagai sesuatu yang sah, atau
secara literalnya perkataan syar‘iyyah memberi maksud tentang sesuatu yang sah di sisi hukum
syarak.11
Apabila Syariah dinisbahkan kepada agama, maka ia adalah suatu perkara yang
disyarakkan oleh Allah. Atau dengan kata lain perkataan syariah bermaksud sesuatu hukum yang
dinisbahkan kepada hukum syarak sebagai syariah yang wajib dilaksanakan dalam pentadbiran
4
negara, di mana pemimpin-pemimpin dan pentadbir yang tidak melaksanakan hukum-hukum
Allah sebagai syariah akan menerima balasan buruk di akhirat kelak.12
Definisi Siasah Syar‘iyyah Menurut Istilah
Penggunaan istilah siasah syar‘iyyah dikesan telah berlaku semenjak dahulu lagi melalui
penulisan para ulamak Silam. Para ulamak telah mengemukakan pelbagai definisi terhadap istilah
siasah syar‘iyyah mengikut kefahaman dan persepsi masing-masing. Daripada pelbagai definisi
yang dikemukakan oleh mereka ianya boleh diklasifikasikan kepada dua aspek utama iaitu:
Pertama: Siasah syar‘iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara
menurut perspektif Islam.
Kedua: Siasah Syar‘iyyah sebagai kaedah penentuan hukum di bawah bidangkuasa
kerajaan Islam.
Dalam kertas kerja ini penulis akan membincangkan siasah syar‘iyyah mengikut pengertian
pertama iaitu; Siasah syar‘iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara menurut
perspektif Islam. Siasah dalam konteks ini menekankan kepada maksud pengendalian urusan
pemerintahan negara mengikut landasan syarak samada berpandukan kepada al-Qur’an, al-Sunnah
atau Ijtihad bagi menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Ianya merangkumi seluruh aspek
pentadbiran dan pemerintahan negara seperti politik, pentadbiran, kewangan, ekonomi, sosial,
kemasyarakatan dan sebagainya.
Siasah Syar‘iyyah Mengikut Pandangan Ulama silam
Para Ulama silam telah memberikan pelbagai definisi terhadap siasah syar‘iyyah mengikut
pandangan masing-masing, yang sesuai dengan realiti pada zaman mereka. Di antara ulama yang
memberikan definisi tersebut ialah:
i. Ibn Aqil menyatakan siasah syar`iyyah ialah :
Suatu tindakan oleh pemimpin yang boleh menyelamatkan orang ramai dan
menghindarkan mereka dari kehancuran, walaupun tindakan tersebut tidak dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. atau pun tidak ada wahyu berkenaan perkara tersebut.13
5
ii. Ibn Nujaim berpendapat:
Siasah syar‘iyyah ialah satu tindakan sesuatu dari pihak pemerintah berdasarkan
kemaslahatan yang dilihatnya sekalipun tidak ada dalil secara langsung dan terperinci ke
atas perbuatan itu.14
iii. Ibn Abidin menegaskan:
Siasah ialah mengelokkan keadaan orang ramai dengan membimbing dan memimpin
mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat.15
iv. Al-Bujairimi menyatakan:
Siasah ialah mengelokkan urusan rakyat dan mentadbir urusan mereka.16
v. Al-Nasafi pula berpendapat:
Siasah ialah mengendalikan urusan rakyat kepada kebaikan secara lemah lembut atau
kekerasan.17
Siasah Syar‘iyyah Mengikut Pandangan Ulama Kini
Para sarjana Islam masa kini bersetuju dengan pentakrifan yang telah dibuat oleh ulama
terdahulu. Di antara ulama yang bersetuju dengan pentakrifan di atas ialah:
i. Rizq Muhammad al-Zalbani di mana beliau menjelaskan:
Siasah Syar‘iyyah ialah mengendalikan urusan awam atau bersama berdasarkan hikmat
yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah walaupun tindakan
tersebut tidak disokong oleh dalil-dalil juz`i.18
ii. Fathi Ahmad al-Durayni pula berpendapat:
Siasah ialah menjalankan pentadbiran negara (umat) sama ada hal ehwal dalam negara
atau luar negara berpandukan maslahah.19
iii. Dr. Muhammad Na‘im Yasin menjelaskan:
Siasah ialah pentadbiran hal ehwal rakyat yang dijalankan oleh pemimpin Islam atau
pembantunya berdasarkan maqasid al-Ammah.20
walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab.21
iv. Syeikh Abd al-Rahman Taj mendefinisikan siasah syar‘iyyah sebagai:
6
Hukum-hukum atau peraturan yang mengatur perjalanan pentadbiran negara dan rakyat,
di mana ianya hendaklah bertepatan dengan ruh syariah, selaras dengan usul-usul
kulliyah, seterusnya dapat mencapai objektif kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu
tidak disebut secara langsung oleh nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah.22
v. Syeikh Abd al-Wahab Khallaf pula menjelaskan:
Siasah Syar‘iyyah ialah menjalankan pentadbiran awam sebuah negara Islam berdasarkan
sesuatu yang menjamin kebaikan dan mengelakkan keburukan dimana ia tidak terkeluar
dari batas-batas syariat dan dasar-dasar umumnya walaupun perkara itu tidak menepati
pendapat para imam mazhab.23
Berdasarkan beberapa pandangan di atas bolehlah dirumuskan bahawa siasah syar‘iyyah
merupakan sistem politik yang mentadbir kerajaan Islam, yang mengurus urusan kerajaan dan
rakyat dalam setiap aspek. Kaedah pentadbiran ini dipetik dari nas-nas syariah yang terdiri dari al-
Qur’an dan al-Sunnah yang ditafsirkan oleh para ulama. Jika sekiranya kaedah pengurusan itu
tidak disebut oleh nas al-Qur’an dan al-Sunnah maka ia hendaklah diambil daripada pendapat
imam mujtahid. Dengan syarat ianya tidak bertentangan dengan ketetapan-ketetapan umum dan
kaedah-kaedah asas yang ditetapkan oleh syariah Islam. Begitu juga secara dasarnya ia tidak boleh
bercanggah dengan dalil-dalil yang nyata serta semangat perundangan Islam. Oleh itu siasah
syar`iyyah adalah suatu istilah yang digunakan membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin
dengan berpandukan sumber hukum dan kaedah ijtihad bagi membentuk sistem politik Islam.24
Hasil rumusan ijtihad mereka dalam pelbagai bidang dan sektor inilah membentuk polisi–polisi
kerajaan bagi memandu bidang-bidang yang berkaitan.
Menurut penggubalan silibus siyasah syar`iyyah sebagai suatu disiplin tersendiri mula
dicetuskan di Universiti al-Azhar pada awal bulan Jamadil Awal tahun 1342 Hijrah bersamaan
Disember 1923. Beliau sendiri sebagai gurunya pada masa itu. Subjek tersebut diajarkan kepada
kalangan graduan terpilih yang mengikuti program Kehakiman Syar`i di Universiti al-Azhar.
Menurut beliau, sebelumnya subjek ini belum pernah diajar atau dipelajari secara formal. Sebab itu
beliau mengalami sedikit kesukaran pada peringkat awalnya untuk mengajar subjek tersebut secara
sistematik.25
7
Hasil inisiatif Abd al-Wahab Khallaf melalui sorotan karya-karya tertentu, beliau mencari
titik keseragaman dan penyelarasan tajuk-tajuk hingga berjaya membina tajuk tersendiri. Usaha
beliau melibatkan mengkategorikan bidang siyasah syar`iyyah kepada Dusturiyyah
(Perlembagaan), Kharijiyyah (hubungan luar) dan Maliyyah (kewangan). Kategori ini
kemudiannya dikembangkan dengan membina tajuk-tajuk melalui penjelasan-penjelasan hukum.
Usaha ini dikemaskan lagi melalui telaah perbandingan dengan sistem moden.26
Hasilnya beliau berjaya membangunkan ilmu siyasah syar`iyyah sebagai disiplin tersendiri
berbeza dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain. Ini dapat dibuktikan melalui pembentukan objektif
serta fokus disiplin ini. Menurut beliau objektif siyasah syar`iyyah ialah melihat hal ehawal umat
Islam ditadbir oleh sistem yang berdasarkan Islam di samping membuktikan kemampuan Islam
menjalankan sebuah pemerintahan yang adil dan merealisasikan maslahah orang ramai di pelbagai
zaman dan negara.”27
Fokusnya pula adalah untuk mengkaji setiap sistem dan peraturan yang
diperlukan dalam pentadbiran negara hingga keputusan yang terhasil selaras dengan prinsip-
prinsip Islam serta dapat memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat.28
Buku-buku Rujukan Utama Bidang Siasah Syar‘iyyah
Sumber utama bagi pengajian siasah syar‘iyyah ialah kitab-kitab turath (buku-buku klasik)
yang ditulis oleh para ulama Islam yang terkenal. Sebahagian besar buku-buku tersebut ditulis
dalam bahasa Arab dan di terbitkan di negara-negera Timur Tengah seperti di negara Lubnan,
Mesir, Syaria, Jordan dan lain-lain. Sebagai contoh di sini disenaraikan beberapa judul buku yang
telah diterbitkan sebagaimana berikut:
i. Al-Farabi (m. 339 H.), Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad, Kitab Ara’ Ahl al-
Madinah al-Fadilah, Beirut: Al-Matba‘ah al-Katulikiyah, 1959.
ii. Al-Mawardi (m. 450 H.), Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Basri al-
Baghdadi, al-Ahkam al-Sultaniyyah Wa al-Wilayah al-Diniyyah, Beirut: Dar al-Kutub
al-‘Ilmiyyah, t.t.
iii. Abu Ya‘la (458 H.), Muhammad Ibn al-Husayni al-Farra’, al-Ahkam al-Sultaniyyah,
Kaherah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladuh, cet. kedua, 1966.
8
iv. Al-Juwayni (m. 478 H.), Abdul Malik Ibn Abdullah Ibn Yusuf Ibn Muhammad Ibn
Hayyuyah al-Juwayni al-Naisaburi, Ghiath al-Umam Fi Iltiyath al-Zalam,
Iskandariyyah, t.t.
v. Abu Yusuf, Ya‘qub Ibn Ibrahim, Al-Kharaj, Kaherah: al-Matba‘ah al-Salafiyyah, cet.
ke 6, 1997.
vi. Al-Ghazali (m. 505 H.), Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad, al-Iqtisad Fi al-
I‘tiqad, Kaherah: Maktabah Wa Matba‘ah Muhammad ‘Ali Sabih Wa Awladuh, 1981.
vii. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m.751 H.), Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams al-
Din, A‘lam al-Muwaqqi‘in, Kaherah: Maktabah al-Kulliyah al-Azhariyyah, 1968.
viii. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m.751 H.), Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams al-
Din, Al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, 1995.
ix. Ibn Taymiyyah (m. 782 H.), Ahmad Ibn ‘Abd al-Halim Ibn ‘Abd al-Salam Ibn ‘Abd
Allah Ibn Abi al-Qasim Abu al-‘Abbas, al-Siyasah al-Syar‘iyyah Fi Islah al-Ra‘i Wa
al-Ra‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.
x. Ibn Khaldun (m. 808 H.), ‘Abd al-Rahman Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, Tarikh al-
‘Allamah Ibn Khaldun, Beirut: Maktabat al-Madrasah Wa Dar al-Kitab al-Lubnani, j. I,
cet. kedua, 1961.
xi. Al-Mawdudi (m. 1400H.), Abu al-A‘la, Nizam al-Hayah Fi al-Islam, al-Ittihad al-
Islami al-‘Alami Li Munazzamah al-Tullabiyyah, 1981.
xii. Al-Mawdudi (m. 1400H.), Nazariyyat al-Islamiyyah al-Siyasiyyah, Damsyiq: Dar al-
Fikr, 1968.
xiii. Khallaf, ‘Abd al-Wahhab, Dr., Al-Siyasah al-Syar‘iyyah Aw Nizam al-Dawlah al-
Islamiyyah Fi al-Syu’un al-Dusturiyyah Wa al-Kharijiyyah Wa al-Maliyyah, Beirut:
Muassasah al-Risalah, 1984.
Kurikullum Sains Politik Islam Di Institusi Pengajian Tinggi
Kurikulum siasah syar‘iyyah atau sains politik Islam ada ditawarkan di beberapa buah Universiti
di Malaysia dan di negara-negara lain. Antaranya ialah:
Di Indonesia kurikulum sains politik Islam ada terdapat di Universitas Islam Negeri
(Uin) Syarif Hidayatullah Jakarta29
. Kurikulum tersebut ditawarkan di Fakultas Syari'ah Dan
9
Hukum di bawah program studi Siyasah Syar'iyah. Program studi Siyasah Syar'iyah bertujuan
untuk menghasilkan sarjana yang menguasai bidang studi tata negara. Mata Kuliah Keahlian
yang diberikan pada Program Studi ini meliputi: Ilmu Tafsir, Tafsir Ahkam, Hadits Ahkam,
Ushul Fiqh, Ilmu Hukum, Fiqh Siyasah, Fiqh Jinayah, Al-Fatwa, Metodologi Penelitian Siyasah,
Ilmu Falak, Fiqh Mawarits, Fiqh Munakahat, Qawaid Fiqhiyah, Hukum Pidana dan Acara
Pidana, Hukum Tata Negara, Hukum Islam di Indonesia, Muqaranah Mazahib fi al-Jinayat,
Tarikh Tasyri', Kriminologi, dan Fiqh Ibadah.30
Selain itu terdapat juga jurusan Jinayah Siyasah
(Pidana/Tata Negara). Program Studi Pidana Islam bertujuan menghasilkan sarjana yang
menguasai bidang studi pidana Islam. Mata Kuliah Keahlian yang diberikan dalam Program
Studi ini meliputi: Ilmu Tafsir, Tafsir Ahkam, Hadits Ahkam, Ushul Fiqh, Ilmu Hukum, Fiqh
Siyasah, Fiqh Jinayah, Al-Fatwa, Metodologi Penelitian Siyasah, Ilmu Falak, Fiqh Mawaris,
Fiqh Munakahat, Qawaid Fiqhiyah, Hukum Pidana dan Acara Pidana, Hukum Tata Negara,
Hukum Islam di Indonesia, Muqa-ranah Mazahib fi al-Jinayat, Tarikh Tasyri', Kriminologi, dan
Fiqh Ibadah. Untuk mendapatkan Ijazah Strata 1 jumlah kredit yang perlu diambil oleh para
mahasiswa ialah sebanyak 144 jam kredit. Subjek yang ditawarkan berbentuk menyeluruh dan
kontemporari iaitu gabungan subjek Sains Politik Islam dan moden.
Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kurikulum sains politik ditawarkan di
Jabatan Sains Politik, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Ijazah yang di keluarkan
ialah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik). Kurukulum Sains Politik di bawah
program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik) ini adalah bertujuan untuk
menghasilkan graduan yang berpengetahuan tentang politik menurut perspektif Islam dan
konvensional. Ini bagi membolehkan mereka bersedia untuk menjadi pemimpin negara dan
umat. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan adalah terdiri dari empat bidang pengkhususan
iaitu; Politik Perbandingan, Perhubungan Antarabangsa, Teori Politik dan Falsafah serta
Pentadbiran Awam.31
Kursus sains politik yang ditawarkan ini memberi ruang kepada pelajar untuk memilih
jurusan Sains Politik sebagai bidang utama pengajian atau major dalam program Sains Politik di
jabatan tersebut. Pelajar juga boleh mengambil jurusan sains politik dalam bentuk double majors
atau double degrees serentak dengan bidang-bidang sains sosial yang lain seperti bidang
Komunikasi, Psikologi, Sejarah, Sosiologi, Antropologi, Undang-undang, Sains Maklumat,
Ekonomi atau diambil serentak dengan bidang ilmu-ilmu Islam seperti bidang fiqh, Al-Quran
dan Sunnah, dan Usuluddin dan Perbandingan Agama. Jabatan ini memperkenalkan program
10
sains politik menurut perspektif Islam. Ia juga mengutamakan penerapan nilai-nilai Islam dalam
kerangka Sains Politik konvensional.
Di Universiti Sains Islam Malaysia Kurikulum sains politik Islam berada di bawah
tanggungjawab Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Objektif penubuhan Fakulti Kepimpinan
dan Pengurusan adalah untuk menghasilkan graduan yang pakar dalam falsafah dakwah dan
pengurusan serta dapat menyumbang kepada pembangunan dakwah moden. Ia juga bertujuan
untuk melahirkan graduan yang matang dalam bidang pengajian Islam dan komited dalam
bidang dakwah dan pengurusan. Selain itu objektifnya ialah menghasilkan graduan yang mampu
untuk menjalankan tugas secara profesional dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat
dan negara dalam bidang dakwah.32
Jumlah kam kredit yang perlu diambil oleh pelajar ialah
sebanyak 131 jam kredit.
Di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu, kurikulum sains politik Islam ada
ditawarkan di Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Jabatan ini baru di
tubuhkan pada tahun 2006. Kurikulum yang diperkenalkan tertumpu kepada bidang antropologi
dan dakwah, kerja sosial, penyampaian perkhidmatan, politik dan urus tadbir, serta
pembangunan keluarga dan komuniti. Matlamat penawaran program tersebut adalah untuk
melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran memimpin dan berpengetahuan sesuai dengan
cabaran semasa masyarakat dan negara. Ijazah yang dikeluarkan ialah; Ijazah Sarjana Muda
Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) Dengan Kepujian.33
Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kurikulum sains politik Islam ditawarkan
di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Islam, Fakulti Pengajian Islam.34
Namun demikian subjek
teras di jabatan tersebut ialah dakwah dan kepimpinan Islam. Ini berbeza dengan program yang
terdapat di Akademi Pengajian Islam di mana subjek dakwah tidak diajar di Jabatan Siasah
Syar‘iyyah tetapi diajar di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Selain itu di Al-Fateh
University Tripoli, Libya kurikulum sains politik ditawarkan di Fakulti Ekonomi dan Sains
Politik (Faculty of Economics and Political Sciences). Ijazah yang dikeluarkan ialah Bachelor in
Political Sciences.35
Terdapat beberapa elemen persamaan dengan apa yang ditawarkan di
Akademi Pengajian Islam bagi subjek-subjek politik dan pentadbiran Islam. Tetapi ada sedikit
perbezaan di mana Universiti al-Fateh memberi fokus kepada teori Politik Timur Tengah dan
11
hubungan antarabangsa negara-negara Arab sedangkan di APIUM Fokusnya ialah gabungan
subjek sains politik Islam dan moden serta pentadbiran Islam dan moden.
Kurikulum Sains politik Islam Di APIUM
Kurikullum siasah syar‘iyyah telah diperkenalkan oleh Akademi Pengajian Islam sejak
Akademi tersebut mula ditubuhkan secara rasmi pada 1 haribulan April 1981. Dibawah struktur
lama sebelum 1996, Akademi Pengajian Islam dikenali dengan nama Akademi Islam. Terdapat
dua fakulti yang ada di Akademi Islam pada masa itu iaitu fakulti Syari‘ah dan fakulti Usuluddin.
Pada peringkat awal di kedua-dua fakulti tersebut tidak terdapat jabatan-jabatan seperti yang ada
sekarang. Kursus Siasah Syar‘iyyah dan politik Islam ada ditawarkan untuk pelajar-pelajar di
Fakulti Syariah. Cuma sebahagian dari kursus tersebut sahaja dikira sebagai kursus wajib dan
sebahagian yang lain pula dianggap sebagai kursus elektif untuk pelajar-pelajar Syariah. Manakala
kursus-kursus pentadbiran pula ditawarkan secara elektif bagi pelajar-pelajar dari fakulti
Usuluddin dan fakulti Syariah.
APIUM seperti yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara Jabatan
Pengajian Islam dan Akademi Islam. Sebelum tahun 1996 Jabatan Pengajian Islam dan Akademi
Islam merupakan dua institusi yang berlainan dan wujud secara terpisah dalam Universiti Malaya.
Kurikullum Siasah Syar‘iyyah dan pentadbiran telah diperkenalkan secara lebih meluas di
Akademi Pengajian Islam selepas tertubuhnya Jabatan Siasah Syar‘iyyah. Penubuhan Jabatan
Siasah Syari’yyah adalah hasil daripada penstrukturan semula antara Jabatan pengajian Islam dan
Akademi Islam pada 15 Januari 1996, yangmana kedua-duanya sebelum ini merupakan dua
komponen yang terpisah.36
Ini bertujuan supaya kursus-kursus dapat diajar secara lebih mendalam
dan lebih berkesan.37
Daripada penstrukturan semula inilah nama asal Akademi Islam telah ditukar
kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).
Jabatan Siasah Syar‘iyyah di APIUM juga merupakan satu-satunya jabatan politik dan
pentadbiran Islam yang ditubuhkan di Malaysia. Di bawah strukturnya yang baru selepas tahun
1996 Akademi Pengajian Islam dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Pengajian
Syariah, Bahagian Pengajian Usuluddin dan Bahagian Pengajian Bersama. Setiap bahagian
mengandungi beberapa jabatan. Jabatan Siasah Syar‘iyyah telah diletakkan di bawah program
pengajian Syariah dimana ianya merupakan salah satu daripada lima jabatan yang baru
12
ditubuhkan di Bahagian Pengajian Syariah. Penubuhanya adalah selari dengan penubuhan
jabatan-jabatan lain di Bahagian Pengajian Syariah. Objektif umum penubuhannya ialah supaya
kursus-kursus dapat ditawar dan diajar dengan lebih mendalam dan berkesan serta lebih mudah
difahami, tersusun dan mudah untuk dikuasai oleh pelajar dengan berkesan, di samping bagi
melahirkan ilmuan agama yang pakar di dalam bidang masing-masing. Program yang
dikendalikan oleh Jabatan Siasah Syar‘iyyah pada masa itu lebih dikenali sebagai Sarjana Muda
Syariah (Siasah Syar‘iyyah) atau ijazah yang dianugerahkan ialah Ijazah Sarjana Muda Syariah,
Siasah Syar‘iyyah (Major).38
Sebelum semakan semula kurikulum dilakukan pada tahun 2009,
bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Syariah seseorang pelajar hanya perlu
menyelesaikan sebanyak 102 jam kredit atau dalam tempoh pengajian selama 6 semester
sahaja.39
Semakan Semula Kurikulum Sains Politik Islam di APIUM Tahun 2009
Pada tahun 2009 usaha penyemakan semula kurikulum telah dilakukan di Jabatan Siasah.
Tujuan semakan tersebut ialah bagi memenuhi keperluan Kerangka kelayakan Malaysia
yang menggariskan supaya jumlah kredit bagi program sarjana muda mesti sekurang-
kurangnya mengandungi 120 jam kredit pembelajaran dan memberi penekanan kepada hasil
pembelajaran. Semakan Kurikulum itu juga merupakan salah satu mekanisme untuk
mengukur dan sebagai penanda aras (benchmark) serta memastikan kursus yang
ditawarkan dalam program adalah relevan kepada perkembangan ilmu dan kehendak
pasaran samada di peringkat tempatan atau di peringkat antarabangsa.40
Program Sarjana Muda
Syariah (Sains Politik Islam) yang baru diperkenalkan mulai semester 1 sesi pengajian
2010/2011 merupakan program pengajian dijalankan secara sepenuh masa dan keperluan jam
kreditnya telah ditetapkan sebanyak 125, dalam tempoh pengajian sekurang-kurangnya 7
semester dan maksimum 11 semester.
Semasa kerja-kerja semakan semula kurikulum dilakukan, ahli jawatankuasa semakan
telah mencadangkan supaya nama asal program Sarjana Muda Syariah (Siasah Syar’iyyah)
ditukar kepada Ijazah Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam). Manakala nama jabatan
masih kekal sebagai Jabatan Siasah Syar‘iyyah Akademi Pengajian Universiti Malaya,
sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pentadbiran Universiti Malaya. Mesyuarat Jabatan
Siasah Syar‘iyyah pada 8.8.2008 dan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Khas Semakan
13
Kurikulum pada 24.9.2008 juga telah membincangkan keperluan pertukaran nama
tersebut.41
Kedua-dua mesyuarat telah bersetuju untuk menukar nama Sarjana Muda Syariah
(Siasah Syar’iyyah) kepada Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam) kerana beberapa
sebab. Antaranya sebabnya ialah, (1) Nama Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam) lebih
mudah difahami pelajar dan masyarakat. (2) Perbincangan juga telah diadakan dengan
ahli jawatankuasa Lajnah Siasah Syar’iyyah bertarikh 5.11.2008 berkenaan perkara ini dan
hasil perbincangan mendapati; (a) Pelajar beranggapan nama Siasah Syar’iyyah kurang sesuai
dan tidak berjaya menarik perhatian mereka. (b) Pelajar juga beranggapan nama program
Sarjana Muda Syariah (Siasah Syar’iyyah) menggambarkan hanya kursus-kursus politik sahaja
yang diajar di jabatan. Sedangkan sebenarnya kurikulum Sains Politik Islam merupakan
gabungan antara bidang politik, pentadbiran, perhubungan antarabangsa Islam dan lain-
lain.42
Semakan kurikulum pada tahun 2009 juga dibuat kerana beberapa keperluan profesional
dalam bidang Sains Politik Islam di Malaysia. Malaysia memerlukan lebih ramai penyelidik
yang mempunyai asas dalam bidang Sains Politik dan Pentadbiran Islam. Ia juga bagi memenuhi
keperluan pembangunan modal insan khususnya dalam bidang Politik dan Pentadbiran Islam.
Ini selaras dengan teras utama RMK9 untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan kreativiti
dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Selain itu ia dilakukan untuk memenuhi
keperluan kerjaya di sektor awam dan swasta seperti institusi pentadbiran, pendidikan,
penyelidikan dan badan-badan profesional yang lain. Usaha ini diharap dapat memenuhi
keperluan guna tenaga selaras dengan perkembangan teknologi dalam bidang politik dan
pentadbiran di Malaysia.
Matlamat Kurikulum Sains Politik Islam di APIUM
Visi utama Program Sains Politik Islam di APIUM ialah untuk melahirkan program
cemerlang dan terkemuka dalam bidang Sains Politik Islam yang mendapat pengiktirafan di
peringkat global. Misinya pula ialah untuk melahirkan graduan cemerlang dalam bidang Sains
Politik Islam dengan menyediakan program pengajian terkini. Objektif kurikulum pula ialah
untuk melahirkan graduan cemerlang dalam bidang Sains Politik Islam yang memiliki nilai,
etika, integriti dan profesionalisme yang tinggi agar dapat berdaya saing dalam persekitaran
kompetitif, dan dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara dan global.
14
Dari segi hasil pembelajaran program (programme outcome) adalah diharapkan para siswazah
dapat :
i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang Sains Politik Islam.
ii. Menggunakan kemahiran perisian komputer untuk memahami dan menganalisis isu
politik Islam.
iii. Menunjukkan tanggungjawab sosial dan tanggungjawab terhadap persekitaran
ketika melibatkan diri dalam bidang politik dan pentadbiran Islam.
iv. Mengamalkan nilai-nilai positif, sikap terpuji dan profesionalisme dalam bidang politik
dan pentadbiran Islam.
v. Mengamalkan komunikasi berkesan, bekerja secara berpasukan dan memiliki sifat-sifat
kepimpinan semasa melibatkan diri dalam masyarakat.
vi. Menggunakan keupayaan saintifik dalam menyelesaikan masalah masyarakat yang
berkaitan dengan politik dan pentadbiran Islam.
vii. Memiliki dan menguruskan maklumat dan pengetahuan yang relevan dengan politik dan
pentadbiran Islam, serta mengutamakan pembelajaran sepanjang hayat.
viii. Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam kerjaya politik dan
pentadbiran Islam.
Kandungan Kurikulum Sains Politik Islam di Universiti Malaya
Antara faktor terpenting yang memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan pendidikan
Islam ialah wujudnya silibus dan kurikulum yang mantap dalam pengajiannya.43
Dari segi
struktur, jumlah jam kredit keseluruhan Program Sains Politik Islam yang baru diperkenalkan
ialah 125 jam kredit yang terdiri daripada; 21 jam kredit kursus Universiti yang memberi
penekanan kepada pengetahuan umum dan pembentukan sahsiah. 11 jam kredit kursus akademi
yang memberi penekanan kepada asas pengajian Islam, 42 jam kredit kursus teras wajib jurusan
syariah, 36 jam kredit kursus Sains Politik Islam di Jabatan yang memberi penekanan kepada
ilmu Sains Politik Islam dan 15 jam kredit kursus elektif yang membuka pemikiran dan minda
kepada pelbagai ilmu pengetahuan. Di sini penulis kemukakan senarai beberapa subjek Sains
Politik Islam yang ditawarkan oleh Jabatan Siasah Syar‘iyyah APIUM untuk tujuan
perbincangan dan penilaian bersama. Terdapat dua bidang utama yang ditawarkan iaitu bidang
politik dan bidang pentadbiran.
15
Subjek-subjek Dalam Bidang Politik
1. IHEH 1101 Pengantar Sains Politik
Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar-pelajar kepada bentuk dan kawasan tinjauan ilmu
Sains Politik, mengupas soal-soal definisi ilmu Sains Politik; meninjau bidang-bidang ini seperti
negara, kuasa, ideologi politik, teori pengasingan kuasa dan sistem demokrasi. Ia akan turut
menyentuh politik Malaysia seperti struktur jentera kerajaan, sistem parti dan perundangan.
2. IHEH 1105 Kaedah-Kaedah Siasah Syar‘iyyah
Menghuraikan konsep Siasah Syar‘iyyah dan juga metode-metode yang digunakan dalam Siasah
Syar‘iyyah.Kursus ini juga memberi beberapa contoh aplikasi penggunaan Siasah Syar‘iyyah
dalam bidang politik.
3. IHEH 1106 Sejarah Perkembangan Politik Islam
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan politik Islam
dalam sejarah pemerintahan negara-negara Islam di zaman lampau. Ini termasuklah di zaman
Rasullullah, zaman sahabat, tabi‘in dan seterusnya. Selain dari mendedahkan fakta sejarah
kepada para pelajar, kursus ini akan dijalankan dalam bentuk analisis dan perbincangan secara
kritis terhadap fakta-fakta sejarah yang ada. Ini termasuklah menilai sumber-sumber sejarah dan
kaedah mengambil pengajaran darinya.
4. IHEH 2101 Sejarah Pemikiran Politik Moden
Kursus ini menghuraikan perkembangan pemikiran politik yang merujuk kepada konsep kuasa,
ketertiban (order), kewajiban, kebebasan dan kesaksamaan hak. Ide masyarakat, negara,
pemerintahan (kerajaan dan kedaulatan), individu dan hak dan obligasi politik akan juga diberi
perhatian. Aliran-aliran pemikiran seperti konservatisme, liberalisme dan sosialisme akan juga
dikaji.
5. IHEH 2103 Institusi Politik Islam
Kursus ini untuk memperkenalkan kepada para pelajar Institusi-institusi politik yang terdapat
dalam sistem kerajaan Islam serta fungsi institusi tersebut dalam membangunkan masyarakat dan
negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep pengagihan kuasa kepada legislatif, eksekutif
dan judikatif dan peranannya sebagai sebuah institusi. Selain itu turut dimuatkan tentang
16
perbahasan konsep al-Dawlah, al-Khilafah, al-wizarah, al-Imamah dan pertubuhan politik yang
lain sebagai sebuah institusi utama dalam sistem politik Islam.
6. IHEH 3110 Perhubungan Antarabangsa Islam
Kursus ini akan membincangkan perhubungan Islam dan peraturan yang mengawal masyarakat
antarabangsa. Ianya akan meliputi : Konsep perhubungan Islam Antarabangsa dan sejarah
perkembangannya, serta sumber-sumbernya. Turut dikaji ialah Negara, termasuk persoalan-
persoalan mengenai rakyat, negeri dan kedaulatan. Begitu juga persoalan-persoalan tentang
kelahiran dan pengiktirafan terhadap kewujudan sesuatu negara itu, hak-hak dan segala
kewajipannya di peringkat antarabangsa. Kursus ini akan menekankan bentuk-bentuk
perhubungan Antarabangsa Islam yang meliputi konsep perdamaian dan peperangan.
Walaubagaimanapun kursus ini juga akan melihat bentuk diplomasi yang dijalankan di zaman
kegemilangan Islam dan yang dilaksanakan oleh negara-negara Islam kini.
7. IHEH 3114Kepimpinan Islam
Kursus ini akan mendedahkan pelajar tentang konsep kepimpinan serta sumber kuasa politik
bersama institusi perwakilan politik dalam sistem pemerintahan sebuah negara menurut
perspektif Islam. Lanjutan itu konsep kepimpinan Islam mengikut al-Qur’an dan al-Sunnah akan
dikupas. Selain itu ia juga membincangkan persoalan penyerahan kuasa politik kepada pihak
pimpinan dan peranan Majlis al-Syura dalam kerajaan Islam.
8. IHEH 3118 Etika Ahli Politik Dalam Islam
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada adab-adab dan peraturan yang digariskan oleh
Islam dalam menjalankan kegiatan politik dan pentadbiran. Etika merupakan satu elemen yang
amat penting dalam politik kerana ia dapat memimpin ahli politik dan masyarakat kepada
kegiatan politik yang sihat dan membina. Kursus ini merangkumi definisi etika politik dan etika-
etika berpolitik seperti ikhlas, amanah, bertanggungjawab, bersungguh-sungguh, istiqamah, tidak
khianat, berani, tegas dan sebagainya. Contoh-contoh amalan etika politik dalam sejarah
pemerintahan Islam akan disentuh. Di samping itu penilaian terhadap amalan etika politik
semasa juga akan dibincangkan
17
9. IHEH 3280 Kertas Projek
Kursus ini bertujuan melatih pelajar menjalankan penyelidikan ilmiah dengan mengaplikasikan
metode-metode kajian yang sesuai dengan masalah kajian yang dikaji. Pelajar akan diselia oleh
seorang penyelia yang pakar dalam bidang kajiannya dari jabatan untuk memastikan kerja-kerja
penyelidikan teratur dan data-data yang diperolehi mempunyai nilai validity dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Di akhir semester, pelajar perlu mengemukakan hasil laporan
penyelidikannya dengan mengikut format penulisan ilmiah yang telah ditentukan oleh akademi.
10. IHEH 2305 Pemikiran Politik Islam Perbandingan
Kursus ini secara umumnya untuk mengkaji pemikiran Islam secara topikal yang menyentuh
tentang pemikiran tokoh, aliran tradisi dan moden melalui perbandingan. Oleh itu, pelajar akan
didedahkan dengan faktor-faktor yang mempunyai kesan terhadap lahirnya kepelbagaian politik.
Selain itu, turut didedahkan aliran pemikiran politik yang dibawa oleh tokoh atau aliran. Pelajar
juga akan mengkaji pemikiran politik yang diketengahkan dalam topik tertentu secara
perbandingan.
11. IHEH 3313 Islam dan Ideologi Moden
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada berbagai-bagai ideologi moden dan
menganalisa perbezaan-perbezaan atau persamaan dengan Islam sebagai sistem hidup yang
menyeluruh. Pelajar akan didedahkan kepada usaha manusia untuk mencari “negara yang
sempurna”. Dengan itu lahirlah beberapa falsafah untuk mencipta acuan negara yang diidamkan.
Justeru kursus ini membandingkan beberapa aspek yang tertonjol dalam ideologi tersebut dengan
Islam.
Subjek-subjek Dalam Bidang Pentadbiran
1. IHEH 3111 Pentadbiran dan Dasar Awam Malaysia
Kursus ini akan mendedahkan teori pentadbiran awam dan perlaksanaannya dalam konteks
Malaysia. Ia juga akan memperlihatkan perkembangan dan gaya Pentadbiran Awam di Malaysia
dari sebelum hinggalah selepas kemerdekaan. Selain itu pelajar akan menganalisa keperluan
perubahan dalam pentadbiran awam di Malaysia berasaskan perubahan dan tuntutan masyarakat.
2. IHEH3116 Sistem Pentadbiran Islam
18
Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan konsep pentadbiran dalam Islam serta perkembangannya
di zaman kegemilangan Islam. Antaranya di zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa’ al-Rasyidin.
Selain dari itu, ia juga bertujuan mengenalpasti struktur, sistem serta peranan para pentadbir pada
ketika itu. Sistem-sistem utama seperti syura, khilafah dan wizarah juga dibincangkan.
3. IHEH 3120 Pentadbiran Organisasi Awam Islam
Bahagian pertama kursus ini akan menjelaskan konsep dan bentuk organisasi awam Islam
Malaysia. Penerangan juga meliputi peranan dan kepentingan yang dimainkan oleh organisasi
awam Islam. Bahagian kedua kursus ini akan menjelaskan beberapa isu penting yang dihadapi
dan perlu diselesaikan oleh organisasi awam Islam Malaysia.
4. IHEH2302 Pentadbiran Politik Dan Masyarakat Malaysia
Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman tentang konsep pentadbiran politik serta latar
belakang pentadbiran politik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Ia melibatkan
secara ringkasnya sejarah politik di Malaysia. Penelitian diberi terhadap struktur pentadbiran
politik Malaysia (seperti perlembagaan, parlimen, birokrasi, parti-parti politik dan pilihanraya)
dan peranan masyarakat sebelum dan selepas kemerdekaan. Penggubalan dasar yang melibatkan
elemen etnisiti dan komunalisme serta kaitannya dengan sistem politik negara. Akhirnya
meninjau kesan pentadbiran politik dengan budaya politik masyarakat.
5. IHEH 2306 Pengurusan Kualiti Perbandingan
Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep dan ciri-ciri pengurusan kualiti. Pendapat
guru-guru kualiti juga akan dibincangkan. Konsep, ciri-ciri dan model mengenai Pengurusan
Kualiti Menyeluruh (TQM) juga akan dibahaskan. Sebagai perbandingan, kursus juga
mengetengahkan kritik terhadap pengurusan kualiti daripada perspektif Islam. Dibincangkan
juga perbezaan pengurusan kualiti konvensional dan pengurusan kualiti islam. Akhirnya,
dibahaskan bagaimana integrasi pengurusan kualiti dilakukan dengan menyuntik elemen-elemen
pengurusan Islam terhadap pengurusan kualiti masa kini.
6. IHEH 3303 Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi
Kursus ini akan mengenalpasti aspek-aspek utama dan masalah-masalah mengenai pentadbiran
kakitangan di sesebuah organisasi. Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan termasuklah
kepentingan pentadbiran kakitangan di sesebuah organisasi . Selain itu, konsep-konsep utama,
19
isu, cabaran dan teknik-teknik utama pentadbiran kakitangan. Beberapa aspek kelakuan
organisasi akan turut disentuh.
7. IHEH 3319 Etika Penjawat Awam Dalam Islam
Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran memahami aspek etika Islam
dalam berorganisasi bagi mencapai matlamat melahirkan bakal-bakal penjawat awam Islam yang
berakhlak mulia. Untuk itu kursus ini menerangkan secara khusus tentang tanggungjawab
beretika dalam sektor awam, konsep-konsep penting tentang etika kerja dalam pentadbiran
Islam, contoh-contoh etika dalam sejarah Islam, kepentingan beretika dalam perkhidmatan awam
dan kajian kes-kes semasa yang memaparkan isu etika penjawat awam.
8. IHEH 3380 Latihan Industri
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar melaksanakan latihan praktikal lapangan di
organisasi-organisasi tertentu seperti jabatan kerajaan, syarikat swasta atau NGO yang berkaitan
dan relevan dengan program yang dipelajari. Latihan ini dibimbing dan diselia oleh pihak
organisasi dan pensyarah daripada Sains Politik Islam, APIUM.
Peluang Pekerjaan Bagi Graduan Bidang Sains Politik Islam APIUM
Para graduan lepasan Jabatan Siasah Syar`iyyah akan berpeluang untuk menceburkan diri
di dalam profesion-profesion yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan juga di
peringkat negeri-negeri di Malaysia serta mempunyai peluang yang luas untuk berkhidmat dengan
mana-mana kerajaan di peringkat antarabangsa. Selain itu mereka sesuai untuk berkhidmat dengan
badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan NGO dan lain-lain samada di
Malaysia atau peringkat antarabangsa. Secara khususnya antara kerjaya atau jawatan yang layak
disandang oleh graduan jabatan ini ialah:
i. Berkhidmat dalam bidang pendidikan seperti sebagai pensyarah, pembantu pensyarah,
tutor, Pegawai Pendidikan Siswazah dan lain-lain di Institusi-institusi Pendidikan Awam
dan Swasta. Mereka mempunyai peluang yang cerah untuk meneruskan pengajian di
peringkat M.A. dan Ph.D samada di Malaysia atau luar negara.
ii. Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia atau guru
di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Mereka biasanya terlebih
20
dahulu mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah atau Diploma Pendidikan di
Universiti atau di Maktab Perguruan di Malaysia.
iii. Berkhidmat dalam bidang pentadbiran seperti; sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik
(PTD), Pegawai Tadbir, Pegawai Penguat Kuasa, Pegawai Penerbitan dan lain-lain.
Graduan ini biasanya dipilih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia selepas
temuduga dan ujian yang diadakan. Graduan akan mengikuti latihan anjuran Institut
Tadbiran Awam Negara Malaysia, kemudian dilantik sebagai Pegawai Tadbir.
iv. Pegawai Tadbir di Jabatan Agama Negeri-negeri seluruh Malaysia berdasarkan keperluan.
v. Sebagai Pegawai di badan-badan berkanun dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO). Contohnya di Bank Islam, Syarikat Takaful Nasional dan lain-lain.
vi. Kerjaya dalam bidang politik seperti menjadi Wakil Rakyat, Setiausaha Politik,
Setiausaha Akhbar, penganalisa politik dan lain-lain.
Walaubagaimanapun ini hanya sebahagian sahaja dari ruang dan peluang kerjaya yang
boleh disenaraikan di sini. Yang paling utama ialah, Siasah Syar‘iyyah ini sebenarnya adalah teras
dan kemuncak kepada seluruh pengajian Islam. Ia bukan sekadar mendedahkan para mahasiswa
tentang keunggulan sistem politik islam dan pentadbirannya, malah menyediakan kemampuan dan
kepakaran untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Tanpa Siasah Syar‘iyyah, Syariah sukar
didaulat atau dimartabatkan sewajarnya. Bertitiktolak dari sinilah, maka satu rangka bagi program
pengajian Siasah Syar‘iyyah yang bersepadu telah dihasilkan. Program ini dimantapkan lagi
dengan kombinasi pengajian politik dan pentadbiran moden. Ini sekaligus memberikan
keistimewaan kepada Jabatan ini untuk melahirkan satu indentiti pemimpin dan pentadbir muslim
yang unggul di semua peringkat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, bidang siasah syar‘iyyah yang kini lebih dikenali dengan Ilmu Sains Politik
Islam merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting dalam pengajian Islam. Ilmu ini sentiasa
relevan sepanjang masa kerana ia sentiasa sesuai dengan perubahan masa dan keadaan. Oleh itu
kurikulum siasah syar‘iyyah atau sains politik Islam sepatutnya terus diajar dan di perkenalkan di
pusat-pusat Pengajian tinggi Islam. Terbukti ia masih ditawarkan di beberapa buah Universiti di
Malaysia dan di negara-negara Islam yang lain. Tanggungjawab utama umat Islam hari ini ialah
malaksanakan kurikulum tersebut secara berkesan sehingga dapat melahirkan para graduan yang
21
berketerampilan, bermutu tinggi dan bersedia untuk bersaing dalam persekitaran sejagat yang
kompetitif. Untuk melahirkan generasi yang berketerampilan dalam semua bidang ilmu,
kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan mestilah mengambil pendekatan
multidisiplinary kerana pelbagai disiplin ilmu seperti politik, pentadbiran, hubungan antarabangsa,
teknologi maklumat, perniagaan, ekonomi dan lain-lain saling berkaitan antara satu sama lain.
Para pensyarah sudah tentu memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan hala tuju
masa depan yang gemilang kepada para pelajar bimbingannya. Para mahasiswa pula perlu
menerima segala cadangan yang baik untuk menjadikan diri mereka insan kamil yang seimbang
dalam semua aspek kehidupan.
Nota Hujung
1 Dr Bharuddin Che Pa merupakan pensyarah dan Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
2 Al-Muqirri (1994), al-Misbah al-Munir, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, j. 2, h. 295.
3 Ibn Manzur (1990), Lisan al-‘Arab, Beirut, j. 6, h. 108. Lihat juga al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad Ibn ‘Umar
Ibn Hussin (1992), Mukhtar al-Sihhah, Beirut: t. pt., h. 135.
4 Al-Zubaydi (t.t.), Taj al-‘Arus Min Jawahir al-Qamus, Beirut: Dar al-Maktabah al-Hayah, j. 4, h. 169; Lihat juga
Ibrahim Anis (t.t.), al-Mu‘jam al-Wasit, t.tp., h. 462.
5 Al-Tahir, Ahmad al-Zawawi (t.t.), Tartib al-Qamus al-Muhit, Beirut, j. 2, h. 646.
6 Ibn Manzur (1990), op.cit., j. 7 h. 413.
7 Shukeri Mohammad (1999), Siasah Syar`iyyah dan kedudukannya Sebagai Metod Penentuan hukum. Dalam
Abdul Karim Ali dan Raihanah Hj. Azhari (ed.) (1999), Hukum Islam Semasa bagi Masyarakat Malaysia yang
Membangun, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 99.
8 Ibrahim Anis dan lain-lain (t.t.), t.tp., Al-Mu‘jam al-Wasit, c. 2, j. 1, h. 681.
9 Badran Abu al-‘Ayn (t.t) al-Syari‘ah al-Islamiyyah. Iskandariyyah: Mu’assasah Syabab al-Jami‘ah, h. 27.
10
Yusuf Hamid al-‘Alim (Dr.), (t.t.), al-Maqasid al-‘Ammah Li al-Syari‘ah al-Islamiyyah, Khartoum: Dar al-
Sudaniyyah Li al-Kutub, h. 19-21.
11
Ahmad al-‘Ayid (t.t.), Mu‘jam al-Asasi, t.tp., al-Munazzamah al-Arabiyyah Li al-Tarbiyyah Wa al-Thaqafah wa
al-‘Ulum: Jami‘ah al-Duwal al-‘Arabiyyah, Larus, h. 681.
12
Haji Said Haji Ibrahim (1997), Manhaj Ilmu Fiqh, Kuala Lumpur: Dar al-Ma‘rifah, h. 3833.
13
Ibn Qayyim al-Jawziyyah (t.t.), al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, h. 11.
14
Zainuddin Ibn Nujaim (t.t.), al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanzu al-Daqa’iq, c. ke 3, Dar al-Kitab al-Islami, j. 5. h. 11.
15
Muhammad Amin Ibn ‘Abidin (1966), Hasyiyah Radd al-Mukhtar ‘Ala al-Durr al-Mukhtar, c. 3, Beirut: Dar al-
Fikr, j. 4, h. 15.
22
16
Sulayman Ibn ‘Umar Ibn Muhammad al-Bujayrimi (1965), Hasyiyah al-Bujayrimi ‘Ala al-Manhaj, Kaherah:
Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladuh, j. 2, h.178.
17
Najm al-Din Ibn Hafs al-Nasafi (1311 H.), Talabah al-Talabah Fi al-Istilah al-Fiqhiyyah, Baghdad: Maktabah al-
Muthna, h.167.
18
Rizq Muhammad al-Zalbani (t.t.), Mudhakkirah Fi Maddah al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Kaherah: Matba‘ah al-
Syarq, h. 19.
19
Fath al-Durayni (1987), Khasa’is al-Tasyri‘ al-Islami Fi al-Siyasah Wa al-Hukm, Beirut, h. 189.
20
Muhammad Na‘im Yasin, Dr. (1992), Muzakkirah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Amman: Jami‘ah al-Urduniyyah.
21
Abd al-Wahab Khallaf (1988) al-Siyasah al-Syar‘iyyah fi al-Syu’un al-Dusturiyyah wa al-Kharijiyyah wa al-
Maliyyah. Kuwait: Dar al-Qalam Li Nasr wa al-Tawzi‘, h. 17.
22
‘Abd al-Rahman Taj (1415 H), al-Siyasah al-Syar‘iyyah Wa al-Fiqh al-Islami, Kaherah: al-Azhar, h. 12.
23
Abd al-Wahab Khallaf (1988), op. cit., h. 17.
24
Sistem politik Islam bermaksud peraturan –peraturan dasar dan kaedah-kaedah pelaksanaan yang menjadi garis
panduan serta landasan para pemimpin dan kerajaan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara yang
melibatkan pelbagai sektor dan kementerian.
25
Abd al-Wahab Khallaf (1988), op. Cit., h.5.
26
Ibid. hh. 6-7.
27
Ibid. h. 7.
28
Ibid.
29 Fakultas Syari'ah dan Hukum, Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta; Lihat,
http://www.uinjkt.ac.id/index.php/fakultas/fsh/info-fakultas.html.
30 Ibid.
31
Bachelor of Human Sciences in Political Science; http://www.iium.edu.my/programmes-courses#ug_irkhs
32
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam alaysia; http://www.usim.edu.my/usimweb/index.
33
Jabatan Sains Sosial Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Lihat http://www.fki.udm.edu.my/index
34
Fakulti Pengajian Islam, UKM; http://www.ukm.my/fpi/
35
Lihat Alfateh University; http://www.university-directory.eu/Libya/Alfateh-University.html#
36
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 1997/98,
Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 3.
37
Akademi Islam Universiti Malaya (1986), Dalil Akademi Islam Universiti Malaya 1986/87, Kuala Lumpur:
Akademi Islam Universiti Malaya, hh. 136-137.
38
Nama tersebut masih digunakan dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah yang dianugerahkan kepada pelajar-pelajar
Jabatan Siasah Syar‘iyyah dalam Konvekesyen yang diadakan pada 5 Oktober 2011 yang lalu. Lihat Universiti
Malaya, Istiadat Konvokesyen 3-8 Oktober 2011, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hh. 145-153.
23
39
Akademi Pengajian Islam (2003), Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 2003/2004, Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 36.
40
Lihat Jabatan Siasah Syar‘iyyah (2009), Dokumen Pengiktirafan Program Sedia Ada Untuk Kelulusan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kuala Lumpur: Jabatan Siasah Syar‘iyyah, h. 3.
41
Rujuk minit mesyuarat Jabatan Siasah Syar‘iyyah pada 8.8.2008 dan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Khas
Semakan Kurikulum pada 24.9.2008 yang memutuskan perlunya menukarkan nama Sarjana Muda Syariah
(Siasah Syar‘iyyah) kepada Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam).
42
Rujuk minit perbincangan antara Ketua Jabatan Siasah Syar‘iyyah dengan Ahli Jawatankuasa Lajnah Siasah
Syar’iyyah yang bertarikh 5.11.2008.
43
Mohd Fauzi Hamat, Dr, Pengajian Akidah Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Di Malaysia: Analisis
Terhadap Silibus Pengajian Di UM dan UKM, dalam Jurnal AFKAR, bil. 7, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan
Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Top Related