PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
1.0 PENDAHULUAN Dunia sekarang berada pada era maklumat, di mana Teknologi Maklumat
memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa
sempadan. Selaras dengan hasrat negara kita, Malaysia berhasrat menjadi sebuah
negara yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang
telah maju dalam bidang Teknologi Maklumat. Justeru, sistem pendidikan
kebangsaan haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi Maklumat untuk
tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Demi mencapai hasrat
tersebut, murid-murid yang masih berada di bangku sekolah perlu disemaikan
dengan rasa ingin tahu dan cinta terhadap kemajuan dan pembangunan. Murid-
murid sebagai generasi muda harus dilatih untuk menyumbangkan tenaga dan
pemikiran bagi menghasilkan rekacipta yang boleh memberi manfaat kepda
manusia.
Sehubungan dengan itu, Kelab Komputer bagi Sekolah Kebangsaan Kepala
Batas ditubuhkan bertujuan untuk menambahkan kegiatan dalam bidang pendidikan
di sekolah. Menerusi penubuhuhan kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat
dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid.
2.0 MATLAMAT KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATDalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang
Teknologi Maklumat, matlamat Kelab Teknologi Maklumat di sekolah berhasrat untuk
menjadi sebuah sekolah yang setaraf dengan sekolah bestari, iaitu tempat
pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan murid. Melalui pertubuhan kelab ini,
murid-murid boleh mempelajari pengetahuan dan menguasai kemahiran asas
Teknologi Maklumat. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untu meningkatkan
keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan
arus moden berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
3.0 OBJEKTIF KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATMatlamat Kelab Teknologi Maklumat dapat direalisasikan melalui objektif-
objektif yang berikut:
3.1 Pengetahuan (i) Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan
dengan sistem komputer.(ii) Membimbing murid mengetahui dan mengenali sistem pengoperasian
komputer.
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
(iii) Memberi peluang kepada murid untuk meneroka perkembangan
terbaharu dalam pelbagai disiplin ilmu Teknologi Maklumat.(iv) Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan
dengan pengkomputeran dan Teknologi Maklumat3.2 Kemahiran
(i) Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang
diperlukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat.(ii) Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu atau kumpulan
melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian
komunikasi.3.3 Nilai
(i) Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.(ii) Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan kelab,
antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.
4.0 PERSEDIAAN DAN PENUBUHAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATUntuk menjayakan penubuhan Kelab Teknologi Maklumat, beberapa langkah
yang penting sebagai persediaan akan dilaksanakan seperti berikut:
4.1 Melakukan permohonan untuk Kelab Teknologi Maklumat secara bertulis dan
mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah.4.2 Menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat.4.3 Memilih dan mengaktifkan Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat.4.4 Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid dan ibu bapa
mengenai peranan mereka dalam Kelab Teknologi Maklumat.4.5 Membentuk dan merangka Sukatan Pelajaran bagi Kelab Teknologi Maklumat
yang tidak bercanggahan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.4.6 Menyediakan Kurikurilum Kelab Teknologi Maklumat dengan objektif
termasuklah pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai yang hendak
dicapai.4.7 Menyediakan jadual waktu Kelab Teknologi Maklumat yang sesuai mengikut
situasi di sekolah.4.8 Mewujudkan sebuah Makmal Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan
dan peralatan komputer.4.9 Menetapkan tenaga pengajar dan pengawas Makmal Komputer.4.10 Mendapatkan kebenaran pengakuan ibu bapa atau penjaga sebagai
kesediaan murid menjadi ahli Kelab Teknologi Maklumat.
5.0 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATPenaung
(Guru Besar)
Pengerusi
(Penolong Kanan Kokurikulum)
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
Naib Pengerusi I
(Guru Penasihat)
Naib Pengerusi II
(Guru Penasihat)
Setiausaha
(Murid)
Bendahari
(Murid)
Ahli Jawatankuasa
(Murid)
(Murid)
(Murid)
*rujuk Lampiran 1 – Bidang Tugas Jawatankuasa
6.0 SUMBER KEWANGAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMATSumber kewangan untuk Kelab Teknologi Maklumat boleh diperolehi melalui:
6.1 Semua kutipan yuran keahlian Kelab Teknologi Maklumat.6.2 Peruntukan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga
Pengelola Sekolah (LPS).6.3 Tajaan daripada Syarikat komputer swasta.6.4 Sumbangan luar Kementerian Pendidikan Malaysia seperti orang
perseorangan dan badan korporat.
7.0 SENARAI AKTIVITI UTAMA KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT7.1 Perjumpaan mingguan di luar waktu rasmi sekolah.7.2 Latihan untuk mengembangkan kemahiran menggunakan komputer.7.3 Ceramah yang disampaikan oleh agensi kerajaan atau swasta yang berakitan
dengan penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan.7.4 Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat seperti Cyberjaya untuk
menambahkan ilmu pengetahuan ahli-ahli kelab.7.5 Pertunjukan filem atau video yang berkenaan dengan perihal komputer dan
penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan seharian.7.6 Edaran risalah atau brosur kepada ahli-ahli kelab.7.7 Pameran atau Hari Terbuka bagi Kelab Teknologi Maklumat.7.8 Penilaian dan ujian terhadap tahap penguasaan murid terhadap bidang
Teknologi Maklumat.
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
8.0 PENUTUPSebagai kesimpulannya, cadangan untuk menubuhkan Kelab Teknologi
Maklumat dilihat sebagai satu keperluan bagi murid-murid di sekolah. Dengan
penubuhan Kelab Teknologi Maklumat ini, murid-murid yang berminat boleh
mendaftar menjadi ahli kelab dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran diri
mengenai Teknologi Maklumat. Seterusnya, murid-murid yang merupakan generasi
muda dapat membina penampilan diri yang yakin muncul sebagai pemimpin negara
yang tidak ketinggalan dalam arus moden ini. Semoga cadangan penubuhan kelab
diluluskan oleh pihak pentadbir dan akan terlaksana dengan jayanya.
Disediakan oleh,
……………… ( ) Guru Akademik Sekolah Kebangsaan Kepala Batas,Kedah Darul Aman.
Disokong oleh,
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
............………….( )Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kepala Batas,Kedah Darul Aman.
BAHAGIAN A : GURU BESAR
DILULUSKAN
TIDAK DILULUSKAN
Ulasan : .........................................................................................................................
..........................................................................................................................
...........................................................................................................................
...........................................................................................................................
...........................................................................................................................
............................................. ......................................................
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)
Lampiran 1 – Bidang Tugas Jawatankuasa
Bidang Tugas Jawatankuasa
Kelab Teknologi Maklumat
Jawatan Personalia Bidang Tugas1. Penaung Guru Besar Menjadi rujukan utama dalam
pengurusan kelab. Memantau perkembangan kelab
dari semasa ke semasa.2. Pengerusi Penolong Memastikan segala perancangan
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
Kanan
Kokurikulum
aktiviti dan program kelab berjalan
dengan teratur. Memastikan matlamat dan objektif
kelab tercapai. Bertindak sebagai pihak
perantaraan di antara sekolah
dengan ibu bapa serta masyarakat. Membimbing dan memberi galakan
kepada pelaksana bagi
meningkatkan lagi kecekapan guru.3. Naib Pengerusi I &
II
Guru
Penasihat
Bertugas sebagai ketua penyelaras
dan penyelia bagi semua kegiatan
kelab. Bertanggungjawab dalam
pengagihan tugas dalam kalangan
guru penasihat. Membantu pengerusi dalam memilih
dan menentukan perancangan dan
pelaksanaan aktiviti yang
bersesuaian dengan kelab di
sekolah.4. Setiausaha Murid Merekodkan dan
mendokumentasikan semua aktiviti
yang telah dijalankan oleh kelab. Mencatatkan minit mesyuarat dalam
kelab setiap kali bermesyuarat.5. Bendahari Murid Mengutip yuran dan menyimpan
rekod kutipan yuran. Menyimpan rekod perbelanjaan
yang digunakan oleh kelab. 6. Ahli Jawatankuasa Murid Bertindak sebagai ketua kumpulan
yang menghubungkan guru
penasihat dan ahli-ahli kelab yang
lain.
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
Logo Kelab Teknologi Maklumat
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
Uniform Kelab Teknologi Maklumat
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
Rujukan Tuan: RujukanKami:
Tarikh: 12 Oktober 2016
Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Kepala Batas,Alor Setar,Kedah Darul Aman.
Melalui:Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat
Tuan,
Permohonan Menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat Sekolah KebangsaanKepala Batas
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, _________ berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT BAHRU mulai 1 hb.Januari, 2017.
3. Bersama-sama ini disertakan :
2 Draf Perlembagaan.3 Draf Aktiviti Asas.4 Senarai Nama Jawatankuasa.
4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
…………………………..( )Setiausaha,b.p. Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat,Sekolah Kebangsaan Kepala Batas.
s.k. 1. Guru Penolong Kanan KokurikulumSekolah Kebangsaan Kepala Batas.
KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS
NO. PENDAFTARAN 18/2016/SKKP
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta KerajaanMalaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan)Kelab Teknologi Maklumat SK Kepala Batas yang selepas ini disebut sebagai ”kelab”sahaja.
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
PERATURAN 1 NAMA
a. Nama Persatuan: KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS
PERATURAN 2 MATLAMAT
Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat Kelab Teknologi Maklumat di sekolah berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah yang setaraf dengan sekolah bestari, iaitu tempat pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan murid. Melalui pertubuhan kelab ini, murid-murid boleh mempelajari pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untu meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan arus moden berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.
PERATURAN 3 OBJEKTIF
Matlamat Kelab Teknologi Maklumat dapat direalisasikan melalui objektif-objektif yang berikut:
3.1 Pengetahuan (i) Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang
berkaitan dengan sistem komputer.(ii) Membimbing murid mengetahui dan mengenali sistem
pengoperasian komputer.(iii) Memberi peluang kepada murid untuk meneroka
perkembangan terbaharu dalam pelbagai disiplin ilmu Teknologi Maklumat.
(iii) Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan pengkomputeran dan Teknologi Maklumat
3.2 Kemahiran (i) Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang
diperlukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat.(ii) Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu atau
kumpulan melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
3.3 Nilai (i) Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi
Maklumat.(ii) Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan kelab,
antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yangdisediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepadaPerlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagimenjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan danpelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasaaktiviti dijalankan.
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasamanakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuksebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihattanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklahmenghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa kelab hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Bendahari
6.6.5 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat danbertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segalakeputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GuruPenasihat dari masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GuruPenasihat dari masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporankegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan denganpersatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GuruPenasihat dari masa ke semasa.
7.4 Bendahari
7.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.4.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkarakewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.4.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunanserta menandatanganinya.
7.4.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta didalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.4.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangdalam Mesyuarat Agung.
7.4.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GuruPenasihat dari masa ke semasa.
7.5 Ahli Jawatankuasa
7.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.5.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa
PERATURAN 8 KEWANGAN
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
8.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yangdiputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyakRM 25.00 seorang.
8.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yangmemerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagimembiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalamAkaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaranPengetua/Guru Besar.
PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yangdijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turutdikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotongmarkah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambilsekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung ataumesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dandiumumkan kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi olehsemua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakantatatertib.
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuandan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil bolehmembuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulisdan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehinggaia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahlijawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secarabertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AhliJawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut danmeluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dandisahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14 PEMBUBARAN KELAB
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jikadidapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
2 Segala hutang wajib dijelaskan.
3 Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadapaktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti denganpenuh minat.
Pemilihan Ahli Kelab Teknologi Maklumat
Ahli-ahli Kelab Teknologi Maklumat diberi anggaran dalam kalangan 50 orang ahli.
Murid-murid yang ingin menjadi anggota Kelab Teknologi Maklumat perlu mempunyai
sifat-sifat seperti
1. Merupakan warga sekolah SK Kepala Batas, Alor Setar.2. Berminat dengan ilmu dan peralatan Teknologi Maklumat.3. Sifat ingin tahu mengenai Kelab Teknologi Maklumat.4. Berkeupayaan untuk mengendalikan komputer dan peralatan-
peralatan yang canggih.5. Menjaga dan memelihara peralatan dengan baik.
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
6. Bersikap mesra dan mudah bergaul.7. Sifat bertanggungjawab.8. Bersikap bekerjasama.9. Suka berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan rakan-rakan.10. Suka tolong-menolong antara satu sama lain.11. Tidak berputus asa apabila menghadapi dugaan.
Borang Permohonan Keahlian
Kelab Teknologi Maklumat
Gambar
Berukuran
Pasport
Nama:
No. KP:
Bangsa:
tahun Tarikh Lahir:Umur:
__________(sila nyatakan)
CinaMelayu
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
Nota*Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM25beserta 2 keping gambar berukuran passport.*Sila isikan maklumat diri diruang yang disediakan menggunakanhuruf besar.
Infrastruktur Kelab Teknologi Maklumat
1.0 Infrastruktur kelab terdiri daripada:
a. Makmal/Bilik Komputer.
b. Perkakasan.
c. Perisian.
1.1 Makmal/Bilik Komputer.
Kristian
Lain-lainIndia
Lain-lainBuddha
IslamAgama:
Alamat Surat Menyurat:
_____________ (sila nyatakan)Kelas:
Emel:
No. Tel:
Segala maklumat yang diisi
adalah benar.
__________________
(Tandatangan Pemohon)
Tarikh: ____________
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
1.1.1 Bagi menjamin keselesaan murid dan guru, pengurusan fizikal makmal/bilik
komputer hendaklah mengambil kira:
a. saiz makmal/bilik.
b. bilangan murid
nisbah murid : komputer
1.1.2 Makmal/Bilik komputer sebaik-baiknya berhawa dingin.
1.1.3 Makmal/Bilik Komputer harus menggunakan meja komputer yang sesuai.
1.1.4 Unit pengimbang kuasa (power stabilizer units) adalah dinasihatkan dipasang,
terutamanya bagi kawasan yang sering mengalami gangguan elektrik.
1.1.5 Makmal/bilik komputer sebaik-baiknya terletak di tingkat satu atau lebih tinggi
dan dipasang jerjak/jeriji pada pintu dan jendela bagi keselamatan peralatan.
1.1.6 Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading) mestilah
dielakkan dan perlu mendapatkan kelulusan pihak JKR terlebih dahulu.
1.2 Perkakasan.
1.2.1 Perkakasan komputer hendaklah memenuhi spesifikasi minimum semasa:
a. Keperluan utama.
i) Komputer mikro (multimedia); dan
ii) Pencetak (1 unit untuk setiap 5 - 10 unit komputer mikro).
b. Keperluan Tambahan (mengikut kemampuan kelab)
i) Pengimbas;
ii) Modem dan sambungan internet;
iii) Rangkaian setempat (LAN);
iv) Projektor LCD atau TV dan kad; dan
v) Lain-lain peralatan komputer,
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
1.2.2 Setiap komputer mikro hendaklah dilengkapkan dengan sistem pengoperasian
yang berlesen dan sesuai dengan perisian.
1.2.3 Semua perkakasan komputer sebaik-baiknya hendaklah diinsuranskan.
1.3 Perisian.
1.3.1 Semua perisian hendaklah sesuai dengan keperluan pengajaran dan
pembelajaran serta kokurikulum di sekolah.
2.0 Penyelenggaraan (Makmal, Perkakasan dan Perisian)
2.1 Semua perkakasan dan perisian hendaklah direkodkan ke dalam buku stok
sebagai rekod inventori.
2.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk.
2.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan secara berkala oleh pihak
sekolah atau dengan perkhidmatan pihak luar, jika perlu
2.4 Kelab adalah digalakkan menyedia dan menyimpan salinan (backup) perisian
dan aplikasi sebagai langkah keselamatan.
Peraturan Makmal Kelab Teknologi Maklumat
1.0 Peraturan Makmal
1.1 Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan
makmal bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan
yang perlu dipatuhi ialah;
a. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal.
b. Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam makmal
kecuali dengan kebenaran guru penasihat.
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
c. Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang perkakasan/perisian
komputer.
d. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di
belakang komputer, atau membuka tudung komputer.
e. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan makmal
untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal,
1.2 Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara
sekolah/ guru penasihat kelab (jika difikirkan perlu).
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan
Kelab Teknologi Maklumat
Guru Penasihat Bertugas 1…………………………………………………..
2…………………………………………………..
3…………………………………………………..
Setiausaha ……………………………………………………
Tarikh / Hari ……………………………………………………
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
Minggu ……………………………………………………
Tempat ……………………………………………………
Jumlah Kehadiran ……………………………………………………
Laporan Kegiatan ……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
Hal-Hal Lain ……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
Yang benar,
…………………………… …………………………….
( ) ( )
Setiausaha Kelab Guru Penasihat Kelab
PUA SHWU TYNGPISMP SEM6 B&K
Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat
SK Kepala Batas. SK Kepala Batas.
Top Related